Khamis, 30 Jun 2011

The Love Storey


Minggu ni aku n hubby layan citer Korean je, asalnye hubby mmg xminat nk layan, katanye lama sangat n banyak CD, skali aku pakse jugak dia tengok, last2 dia plak yg addict layan cite korean, sampai ke pagi pun da xsedar.. huhuhu.. abg2.. seronok plak dia layan cite Love Storey In havard eehehehe, itu mmg citer feberet aku, mase mule2 aku layan cite tu, mase aku mule2 nk kenal ngan my hubby, mase tu aku tinggal kt umah flat no 32 tingkat 5 sek 7 shah alam. Mmg romantic habis cite tu.. melayang jauh atas awan rasenye, bile aku tengok balik cite dia, teringatla segala kisah2 yg pernah aku lalui dulu. very the sweet time.. :))

Esok pagi nk bergerak ke KL plak, aku ade interview hari isnin ni kt DTZ property consultant jalan ampang Menara Citibank, company ni cam ok n quite besar jugak operation dia, aku di tawarkan temuduga untuk jawatan Valuation Executive, kalau ikutkan ati aku mmg da malas nk kerje, tp bile memikirkan hutang2 aku yg da mule mendaki n dah beli umah di kajang terpakasa la aku usahakan jugak untuk kerje buat sementara waktu. Maybe keadaan akan kembali pulih xlama lg Insya'Allah.

Bukan senang nk senang, bukan susah nk susah, ape2 pun itulah namanya kehidupan, pada aku kebahagiaan itu bukanlah suatu distinasi dlm kehidupan, tp kebahagiaan itu adalah adalah sebuah perjalanan menuju ke destinasi kehidupan..

Semalam hubby kate lepas raye ni, dia kene posting kt Butterworth plak, hmm berita baik jugak pada aku, coz dekat skit ngan KL, klu nk travel hujung minggu xdela penat sangat, da jimat sejam setengah. dlm 4 jam  dah boleh sampai KL. Alhamdulillah, semoga segala urusan hidup dipermudahkan Allah ameen..

Selamat berjuang & terus tabah dalam mengharungi hidup ini, semoga Allah memberkatimu.. Doaku slalu mengiringi setiap apa yg abg lakukan.. I love U so much..

Selasa, 28 Jun 2011

Cuti Isra' Mijraj

Harini Kedah public holiday, cuti kerana menyambut Israj Mijraj. aku n hubby plan nk kemas bilik yg berselerak ngan barang2. da naik rimas aku tengok barang2 yg xtersusun, nk kemas sendiri xlarat, so sempenan cuti ni, kitorang plan nk ubahsuai bilik ni agar kelihatan kemas n menarik skit.. :))

Aktiviti bermula dengan sarapan pagi pada jam 8 pg, pagi ni kitorang makan ns lemak, bihun goreng n kuih2 skit. lepas siap sarapan, aku da siapkan plan susun atur barang2. katil, TV, almari, rak makanan, penyidai baju, meja study carpet & ruang utk memasak skit (masak nasi n telur goreng) maklumlah duk kt Mess ni cam duk kt asrama jugak, x dibenarkan memasak, tp aku bantai aje, setakat masak yg ringan2 ajelaa. Lg pun ramadhan xlama lg da. persediaan sedikit sebanyak mesti difikirkan jugak, aku xkisah ape2 pun boleh, cukup aje dgn ape yg ade. yg penting aku dapat tido y lena, makan secukupnya n rehat dengan baik. yg lain2 tu klu ade kire extra laa.

Hidup ni kekadang kite kt bawah kekadang kt atas, walau dimana pun kite berada semangat untuk hidup adalah amat penting, kesabaran & kekuatan mental untuk menghadapi semua ujian bukanlah semudah yg kite fikirkan, kata org lama, berat mata memandang berat lg bahu yg memikul. Aku dah biasa hidup camni, hidup ala2 cukup je. ape yg penting bagi aku kebahagiaan & rahmat allah sentiasa ade, time duk umah besar dulu, duit xhabis pun, camtu jugak, hati xdela happy mane pun.. kekadang lg terseksa dr sekarang rasenye. Klu diberi pilihan, semestinyala aku nk kan kemewahan dlm hidup, tp bukan sekadar mewah shj, aku juga inginkan suami yg memahami & penyayang serta anak2 yg comel, soleh lg solehah. buat mase skrg ni, ape2 pun aku terima. untuk bangkit semula aku perlukan kekuatan. arwah ummi slalu berpesan, walau ape pun rintangan, halangan, dugaan yg datang dlm hidup, walaupun kesakitan itu tidak tergambar lg oleh kata2, percayalah, dengan kekuatan hati, ketabahan, kesabaran & percaya pada yg maha kuasa Insya'Allah segala2nya akan kembali pulih seperti biasa. Jiwa perlu sentiasa kental & utuh. Mmg xdinafikan kini, aku yakin pada kata2 manusia agung itu, kerana ape yg terucap dibibirnya semuanya telah menjadi nyata dlm hidupku, kata2nya seperti sebuah script lakonan hidupku. cume bile & dimana semuanya akan terjadi hanya waktu yg akan menentukannya.

Tadi aku da siap mengemas 3 beg baju, semua telah kususun kemas di dlm almari, da nampak lapang skit ruang legar kt tengah2 bilik ni, yg lain2 tu agak berat, aku xberani nk angkat, tunggu hubby balik dulu la, sian dia angkat buku2 n rak TV sesorang kt umah lama, aku xleh nk tolong angkat, sorry syg.

Hamster aku y sekor ni, terpaksala aku jual kt kedai apek kt pekan Jitra, walaupun aku syg dia, tp itulah buat masa skrg keadaan mmg xmengizinkan aku utk bela dia lg, keadaan bilik yg sempit di tambah lg dgn bau dia yg agak menusuk lubang hidungku, tiada air circulation yg baik, nnt baby kt dlm ni plak kene affection. xpelaa klu dia duk kt kedai apek tu, mesti dia dpt hidup ramai2 dgn kawan2 baru, happy la tu lama2 nnt. aku pk nk jual skali ngan sangkar2 skali, bape hinggit la apek ni nk amik, aku beli dulu siap dengan sangkat 175 MYR, aku harap paling kurang pun apek amikla 50 MYR, walaupun xsampai separuh harga, xpelaa, bukan nk jual sngt pun, sekadar nk lepaskan dia n memastikan keadaan bilik lebey selesa.

hmm okla aku nk sambung kemas skit lg..

Isnin, 27 Jun 2011

Chenta Hati Ibu & Abi

Harini Genaplah usia kandunganku 11 minggu mengikut perkiraan hari pertama haid terakhirku 13 April 2011, beberapa harini aku mengalami sedikit pendarahan. Risau juga hatiku bile memikirkan pendarahan dlm usia kandunganku masih awal. hmm ade2 saje dugaan yg datang, ya Allah tabahkanlah aku dlm melalui liku2 hidup ini, Doaku moga baby selamat dilahirkan. Ini adalah kandungan kedua ku setelah aku mengalami keguguran pada 5 April 2010 yg lalu, harapanku moga kandunganku kali ini berada dlm keadaan yg selamat & sihat hendaknya, memana ibu pun dlm dunia ini sentiasa mengharapkan yg terbaik & mendoakan kesejahteraan utk anaknya selagi hayat dikandung badan.

Aku mengajak hubby ke klinik untuk mengenal pasti punca pendarahan di samping meninjau keadaan janinku, samada masih selamat atau dlm keadaan yg kritikal. seperti ape yg berlaku pada tahun yg lalu, jantung janinku tetiba hilang dr kantungnya. doktor yg membuat check up pun tiada sebarang jawapan utk masalah itu, cume dia mengatakan kemungkinan janin aku tidak normal. ape2 pun aku terima dgn hati yg terbuka & redha, ada hikmah atas semua perkara yg berlaku. kesedihan & rase hampa semestinya tidak dapat lari dr  bersarang diruang hatiku, namun itulah takdirnya. yg pergi xkan kembali.

Alhamdulillah setelah melakukan medial check up dgn Kpt Dr. Muzammil Ozair di RSAT alhamdulillah dia mengatakan janin dlm keadaan yg sihat & aku juga sihat. Pendarahan yg berlaku mungkin disebabkan aku banyak berjalan ataupun melakukan aktiviti luar secara berlebihan. Keadaan rahimku juga stabil, cume sedikit lemah, aku disarankan untuk mengambil ubat penguat rahim dan juga asid folic bagi menjaga kesihatan kandunganku. kata doktor aku dijangka bersalin lebih awal, iaitu pada 9 January 2012, mengikut perkiraan asal dijangka pada 20 Jan 2012, 11 hari awal dr jangkaan. janinku sudahpun mulai bergerak, mempunyai tangan kaki & kepala. Ahhhh tersentuh aku melihat kejadian Tuhan yg agung ini "Subhanallah" moga anakanda menjadi Insan Kamil yg mulia & terpuji akhlaknya lg bijaksana, yg taat perintah agama, yg mendirikan solat 5 waktu serta menghormati kedua ibu bapa.

Hubby aku begitu teruja bile melihat janin sudah mempunyai tangan & kaki, dr raut wajahnya begitu gembira dia nampaknya, sibuk dia berkira-kira tarikh kelahiran n menjangkan kelahiranku pada 1 jan 2012, katanya klu awal seminggu lg ok, awal tahun depan da bergelar "abi" la dia, mudah2n abg menjadi ayah yg bertanggugjawab, pengasih & penyayang, doaku moga segala2nya berjalan dengan baik. semoga dengan kalahiran chenta hatiku ini, akan menambahkan kebahagiaan sebuah keluarga. kul 2.30 ptg ni aku ade appointment dengan doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar berkenaan jangkaan awal kelahiran. aku sendiri pun xpasti ape masalah yg sebenarnya sehinggakan doktor Muzammil mengarahkan aku membuat check up susulan dgn doktor pakar di situ. xmengapalah, asalkan semuanya baik2 belaka...

 Firman Allah SAW :-
 " Allah telah mengamanatkan kepada manusia supaya tidak menyembah kecuali Allah dan sentiasa berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, lebih2 lg apabila keduanya telah menginjak usia tua, janganlah sesekali berkata Cis ataupun bersuara keras kepada mereka, melainkan berkatalah dengan penuh hormat.
Rendahkanlah seluruh anggota tubuhmu, sebagai tanda kasih sayang kepada keduanya dan sentiasalah berdoa " Ya Rabbi, kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku". 
(surah al-isra' ayat 23-24)

Happy BestDay

1st of all, i want to wish happy belated birtday to my beloved hubby 26 June 2011, hope u'll happy & cheer up alwiz. haritu celebrate bestday my dear kt Terengganu, kebetulan kitorang balik kampung coz ade pencerobohan tanah oleh pihak lain. Walaupun xde hadiah yg besar2 n mahal, aku harap my dear happy. Itu aje yg mampu aku hadiahkan untuk dia tahun ni, insyaAllah awal tahun depan aku ade hadiah lagi bermakna untuk dia. what ever it is u are the best dear. I alwiz Love U untill the end of my life. I've nothing Only U..

Mase kt terengganu haritu aku g melawat adik aku n family dia kt Kuala Terengganu, sebelum tu, kitorang g shooping barang2 makanan kt "Sabasun" pasaraya feberet aku tu, ape yg best kt pasaraya ni ialah banyak barangan keluaran melayu islam yg halal serta owner dia pun org islam, disamping harga barang2 keperluan yg agak murah berbanding dengan pasaraya2 lain. selain pada tu arwah ummi pun ske membeli belah kt pasaraya tu, so secara xlangsung aku lebih cenderung untuk melakukan perkara yg sama yg pernah aku lakukan bersama arwah dulu. aku sngt2 merinduinya. Al-Fatihah.

Adik aku ajak aku belanja dia makan sup bubur daging kt Restoran Cinta Sayang, klu sesapa ke kuala terengganu bolehla singgah menjamu selera kt kedai ni, kedai dia tepi jalan je, kt area kampung kubang tangga, jalan nk menghala ke kuala berang. kedai ni mmg glamour sejak aku kanak2 lg, arwah ummi slalu bawak kitorang makan mlm kt kedai ni bile nk celebrate ape2 event, besenya time dia dapat bonus or aku dapat result pekse yg baik. Bestnye zaman kanak2..

lebey kurang kul 7 mlm, kitorang bertolak balik ke dungun, kul 8.30 mlm baru sampai umah. lepas siap2 mandi n makan buah2n skit, aku da penat n masuk tido. esok nk melawat kubur ummi n ke pejabat tanah plak n than balik ke Alor setar.. aaarrrgghhh penatnyer... ZzZzzZzzZz

Babaiii.. see U tomollo..

Khamis, 23 Jun 2011

Percutian ke Sabah II

Selepas berehat dr segala kepenatan perjalanan semalam, pagi ni kitorang bangun seawal jam 5.00 pg. klu waktu semenanjung jam 6.15pg. kire xdela awal sngt. subuh pun nk habis. walaupun aku agak xterbiasa bangun seawal camtu, keletihan smlm pun xhabis lg, hmm ape2 pun aku kene cepat siap coz kul 9.30pg bas ke pekan semporna da nk gerak. Selesai breakfast sume, kitorang naik taxi ke pekan Sabindo, kt situla pusat bas express, nk kate besar xdela besar sngt, biasa2 je.. sampai je di bus station aku terus bergegas ke kaunter tiket, skali diorang kata perjalanan bas di tunda ke jam 10.30 coz bas yg sepatutnye kul 9.30 tu ade masalah. so sementara nk menunggu bas ke semporna, kitorang jalan2 pusing pekan Sabindo, rupe2nye hotel yg kitorang tinggal tu xdela jauh sgt dr pekan sabindo tu, adeehh terkene lg, xpasal2 bayar taxi rm10, padahal jalan kaki pun boleh, lebey kurang 15 minit jln kaki sampai laa.. uh.. rugi2..  

                                                                 Mahkamah Tawau

                                                                        Plaza Sabindo

                                                                 Naik Bas ke Semporna

Perjalanan dr Pekan Tawau ke semporna lebey kurang 2 jam menggunakan bas, klu teksi dlm sejam lebey skit je, maklumla bas berenti turunkan org, so take time skitla. Tambang bas RM10/paxklu naik taxi RM90 sehala. so ini adalah cara paling menjimatkan kpd yg merancang utk bercuti ke Tawau. Pemandangan sepanajang perjalanan diliputi bukit bukau & hutan2 kecil. Ia adalah pengalaman yg paling berharga apabile dapat melihat makcik2 yg mengengdong bakul2 di atas kepala, kemiskinan masih lg berleluasa di Tawau, majoriti penduduknya melakukan aktiviti pertanian.

Setelah 2 jam berlalu kami akhirnya sampai di Pekan Semporna, keadaan di Semporna tidakla semaju di Tawau, ia cume sebuah pekan kecil yg pekerjaan utama penduduknya adalah nelayan & bertani, setelah turun dr bas kami berjalan kaki lebey kurang 25 minit ke Dragon Inn Hotel, hotel terapung di atas air. Harga bermula dari RM99/night, paling mahal RM180/night. Oleh kerana penat berjalan, kaki aku tetiba tersadung, walaupun xberapa teruk cukup untuk membuatkan kulit betisku bertukar warna. agak sakit sebenarnye. Adoooiiilaa.. :(

Dragon Inn, Semporna



                                                                    Pekan Semporna

Setelah check in kt Dragon Inn Chalet, hubby ajak aku jalan2 pusing bandar Semporna, lagipun dia nk cari bank, coz besok kitorang nk ke pulau Mabul, kt sana nnt xde bank ke ape, so better bawak duit lebey skit. Actually aku da malas nk kemana2 coz jam pun da menunjukkan pukul 4.30 petang, sat g kul 6.30 da gelap.  tp memikirkan esok pagi da nk ke Mabul island terpaksala aku gagahkan jugak kaki aku yg da cedera ni, lagipun perut nk kene isi jugak ni, lapo da ni.. so kitorang jln kaki pusing2 pekan semporna yg xsebesar mana tu, banyak betul org kampung jual makanan laut yg da siap di bakar, macam udang bakar, sotong bakar, ikan bakar & macam2 lg, tp aku xbape selera nk beli, memandangkan keadaan tempat jualan yg agak meloyakan, yg si penjual tu plak kuku nye ya rabbi, adeehhh sabo ajelaa.. terus mati selera aku di buatnye.

selepas 2 jam lebey berjalan2 kitorang singgah kt sebuah restoran tepi pantai, kire ok jugakla kedainya, keadaan kedai tu bese2 je, xdela besar mana pun, besela kedai kampung.. aku makan nasi goreng kampung n sotong goreng tepung. harga nasi goreng mmg da standard kt Tawau, sepinggan 6.50 paling murah. so xkisahla yg penting aku dapat makan n perut kenyang. hmm rase makanan pun ala2 aje, xabar nk balik semenanjung n melantak puas2.. selepas siap2 makan kitorang balik bilik, mandi2 n tido..




Percutian ke Sabah I

Last February haritu aku ke negeri di bawah bayu bersama my beloved hubby, mase tu aku baru je masuk kerje baru kt PJ, so terpaksalah aku amik unpaid leave selama seminggu. Berbaloi la jugak holiday aku walaupun kene unpaid leave, lantakla nk buat ape pun, yg penting aku mau holiday.. yuhuuuuu.. planning cuti ni dari April 2010 tu, sikit punye lama tu, aku tempah tiket Air Asia yg under promo mase tu, so kire murahla.

                                                                  Lepak d' LCCT
1st time nk ke sabah, agak excited gaklaa, Perjalanan aku bermule dr Alor setar, coz sebelum dapat kerje kt PJ aku tinggal kt Kepala Batas dlm kediaman TUDM, aku amik flight dr Alor Setar ke LCCT jam 8.30pg so sampai sane lebey kurang kul 9.30 pg, lepak kt airport dlm 6 jam sementara nk menunggu flight ke Tawau Sabah kul 3.30 ptg. Aktiviti pagi dimulakan dgn breakfast kt Old Town, makan roti bakar je. pastu lunch kt McD.. huhuhu.. mmg santai gile lepak kt LCCT berjam-jam.. bolehla try lg next time  :))

Kul 3.30 flight aku da take off ke Tawau. Mase penerbangan untuk sampai ke Tawau Di anggarkan 2. jam 30 minit. lebey kurang sejam kemudian pramugari mengedarkan makanan, mak aiii berbulu hidung aku bau macam2, lapar nii.. adeehh, bau nasi ayam la, ns minyak la.. adoyaaii perut da menyanyi2, nasib baikla aku ade bawak bekal roti, da habis makan roti bekal, aku lapar lg, last2 aku order sandwich 2 paket n nasi ayam 1. coz itu je yg tinggal, yg lain sume da habis, xpela cukupla buat isi perut aku buat sementara waktu.. lepas makan sume da lentok.. ZZzzzZZZzz

                                                                        Airport Tawau

Sampai kt Tawau jam 6.30 ptg, flight terlewat 30 minit disebabkan cuaca yg kurang baik, sesampai je aku kt Tawau, aku disambut oleh hujan lebat, basah kuyup.. hmm.. xsangka plak aku airport Tawau ni camni, agak lama & nampak buruk huhuhu.. ape2 pun da sampai Tawau pun aku, pusing2 keliling airport cari taxi nk ke Pekan tawau. Tambang RM40/taxi. Perjalanan dr airport ke pekan Tawau lebey kurang 25 minit. pemandangan mlm sepanjang perjalanan xdela menarik sngt, kawasan kampung je sepanjang jln. aku rs cam duk kt hulu terengganu la plak. ehehehe..

Kitorang sewa hotel di Bandar Tawau, Heritage Hotel RM 90/ night, xde breakfast. aku on je, malas nk pk panjang, lgpun badan da keletihan, perut pun da berbunyi, nk kene g cari kedai makan berdekatan, pusing punyer pusing, payah betoii nk cari kedai makan yg agak bersih n halal, banyak kedai cina area sini, ape yg lebey meloyakan aku, banyak tikus2 mampus kt depan kedai kene penyet ngn kete. adoooiii ni yg xtahan ni, rs je aku nk bawak periuk ns sendiri, leh aku masak sendiri.. last2 jumpe la jugak kedai yg agak ok, kitorang order ns goreng udang. harga 6.50/sepinggan. huhuhu agak mahal, kate makanan laut murah kt sini, awatnye mahal sngt ns goreng ni, hmm makan jelaa da lapor.. betul laa kate kawan2 aku sebelum ni, masakan kt sabah ni lain skit, xcam masakan kite kt semenanjung, rase masakan dia agak kureng skit..

                                                                Nasi Goreng Udang

                                                                      Fresh Orange

Selepas makan kitorang ronda2 sekitar Pekan Tawau, walaupun xde ape yg menarik sgt pun, tp sj je, alang2 da sampai kite pusing ajelaa.. :)) ade beberapa keping gambar yg sempat di ambil mlm tu. setelah 1 jam lebey ronda, kitorang pulang ke bilik & ZZzZzZZzz , Esok nk ke Semporna plak..

                                                                Inilah Pekan Tawau..



Inilah Hotel yg kitorang tinggal Hotel Heritage, nk kate bagus sngt pun xdela, so kire okla compare dgn harga yg ditawarkan, cukup selesa & bersih. Hotel Kingston tu kt belakang hotel kitorang je. :))

Rabu, 22 Jun 2011

Sebuah Ikatan

Cinta, Kasih, Rindu, Benci, Dendam, Gembira, Bahagia, Sepi..... Adalah secalit perasaan yg akan menemani setiap insan, sesiapa sahaja pasti merasakannye walau sesaat dlm hidup. Tetapi adakah kite mampu melabel-kan setiap perasaan itu sebagai sesuatu yg indah mahupun sesuatu yg menyakitkan, aku sendiri tidak pasti, bagaimanakah rasenya Bahagia bile sepi berlabuh dihati, dan bagaimana rasenya Rindu bile benci membuak di kalbu. Sedang lidahku mengatakan benci, tapi jauh di kanvas naluri, aku rindu.. rindu yg teramat..

Seringku dengar kata2 indah, luahan rindu & madah2 cinta singgah ke saraf auditori-ku sekian lama, aku telah tepu dengan semua itu, bosan mendengarnya, semuanya dongengan semata-mata, mainan perasaan yg membawa aku jauh dari duniaku yg nyata. Namun setiap kali itu aku tidak mampu menolak kehadirannya, sedalam mane benci, sejauh mana pun aku pergi, ingatanku, rinduku, cintaku, kasihku tetap ada. Seperti bayang2 yg sentiasa mengekoriku setiap ketika, aku diam, aku lari dari semuanya, dengan harapan aku mampu menolaknya dari jiwaku, sedikitpun tidak hilang, walaupun sedikitpun, cinta itu tetap disitu seperti telah sebati, sebuah ikatan yg bersimpul mati.

Kata pujangga, membina mengambil mase, meruntuh sekelip mata. Menjalinkan sebuah ikatan, "Sehari untuk mengenali, seminggu jatuh cinta, seminit untuk membenci & selamanye untuk melupai.."  Mencintai seseorang bererti kite telah membuka ruang untuk dilukai. Memang benar kata2 itu, pernah seseorang mengingatkan aku tentangnya, berhati2 dlm memberi cinta, walau ape pun kini, aku cube untuk bahagia, cube untuk memahami jiwaku sendiri, cuba menghargai semua insan yg ade disisiku.

Kisah lalu akan menjadi memoir dlm hidupku, walaupun rindu tetap ade, biarlah aku shj yg tau, dengan sekuat hati, sepenuh jiwaku aku ingin merasakan hidup yg bebas dari ingatan kepadanya. sungguh aku hilang panduan, segala-galanya hilang dr hidupku kerana dia. Saat ini, bila aku menoleh kembali pada tinggalan mase silamku, sungguh banyak perkara yg telah aku abaikan, berapa ramai insan yg mengasihiku seikhlas hati telah aku korbankan dan berapa banyak kasih syg yg telah aku curahkan, berapa banyak mase yg telah aku habiskan semata-mata untuk memenuhi hasrat hati seorang insan namun harini segalanya lenyap seperti debu. Aku tau cinta manusia tidak pernah abadi, cume cukuplah sekadar menjaga hati seorang insan yg pernah melupakan semua kepentingan diri, menggadai segala-galanya, demi memenuhi hasrat hatimu yg xpernah puas dgn keduniaan.

Aku sedar segala-galanya telah terlewat. Walau sekuat mana aku menrintih, walau selautan air mata aku titiskan segalanya hanyalah sia-sia belaka, yg pergi xkan kembali lg, yg terpisah xkan sudi bersama lg, aku menyesali atas semuanya, Cume ape yg aku harapkan kini, moga Tuhanku masih sudi memandangku, masih ade ruang untukku kembali kepadanya, moga2 dengan Rahmat dan kasih syg-Nya hatiku yg suram kembali bersinar. Ampunkan aku ya Allah, ampunkan aku Ummi, aku lupa siapa diriku, aku lalai menuruti nafsuku, aku jauh tersasar dlm mencari erti kehidupanku.. maafkan aku.. maafkan aku.. :.(

Sekapur Sirih

Harini hari pertama aku buat posting kt Blog aku ni, walaupun da lama aku create blog ni, cume aku xde mase je untuk mencoretkan ape2 lg, Alhamdulillah harini dengan izin-NYA aku dapat juga memulakan coretan hidupku untuk tatapan sesiapa sahaja, moga2 ia dapat menjadi panduan, tauladan & juga sempadan untuk setiap insan dlm menrokai hari2 dlm Dunia yg fana ini.

Segala catatan hidupku, suke-duke perjalanan sepanjang kehidupan akan aku coretkan disini. Mungkin juga bisa menjadi teman utk seseorang lebih memahami setiap gerak nadi & hirup nafasku selama aku masih mampu melihat mentari senja di ufuk timur.. wallahu'alam.