Pages

Followers

Tuesday, July 10, 2012

Panduan Bercuti Di China Guangzhou Part 1

Seminggu ni aku membuat carian tentang tempat2 menarik Guangzhou China. Saje je, mengupdate maklumat dalam hard disk aku yg masih banyak kosong ni.. ehehe.. yerlaa kekadang kite perlu mencari or buat sesuatu perkara yg dapat menghiburkan hati kite even kite mmg gile2 xde mood pun sebenarnye.. itu adalah terapi jiwa yg paling bagus utk memastikan mood berada pada level Neutral... ehehe..

Meh sini aku senaraikan tempat2 yg harus dilawati dan juga wajib dikunjungi kepada sesiapa yg berkunjung ke China. Aku sendiri pun xpernah sampai lg, Insya'Allah klu ade rezeki hujung tahun ni boleh kot jalan2 ke China ehehe, itupun kene  tunggu my hubby balik dr Aussi dulu... xpelaa xsalah nk berangan kan..? aku ni mmg jenis manusia yg kuat berangan,  Banyak angan2 itu xbagus sebenarnya, ehehe tp kekadang tu sebelum kite mampu nk mencapai ape2 kite iginkan, semuanya bermula dgn angan2 dahulu, pastu barulah kite akan membuat jalan untuk menuju kepada cita2 yg kite impikan tu.. ehehe.. x gitu.. 

Okla berbalik kepada tajuk utama blog harini aku nk senaraikan perkara2 yg wajib ada dan berada dlm senarai Tuan2 dan Puan2 sebelum berlepas ke China. Maklumla nk ke negeri org ni bukannye senang, bukan kite tahu ape yg akan terjadi di sana kan, so mengikut kepada beberapa blog dan penulisan yg telah aku ikuti ade beberapa perkara yg mesti dititik beratkan. Klu ade yg terkurang tu bolehlah di update kemudian yea.

Senarai perkara yg perlu ade dlm perhatian

1. Passport (Wajib ade dahulu klu nk booking tiket MAS melalui internet, klu ke kaunter xpe xde pasport dulu pun. Klu Air Asia xperlu ade dulu pun xpe, blh book tiket dulu. No hal punye :))

2. Tiket Flight (paling kurang belilah 5D4N, itu adalah tempoh paling ideal untuk melawat ke mana2 tempat di luar negara. Lg lama lg bagus tp cam biasalah sediakan fulunye.. ehehe)

3. Visa (Yg ni wajib ade klu nk ke China, klu xde visa mau xleh masuk nnt, kene dapatkan kelulusan di Embassy. Biasanya dibuat 2 - 3 minggu sebelum berangkat. Ini kerana Visa ni hanya sah digunakan selama sebulan shj, dan anda mesti ke China dlm tempoh 3 bulan setelah Visa dikeluarkan. klu ke Hong kong xpe xde Visa pun)

4. Kompas (Untuk menentukan arah kiblat kt bilik hotel or kt memana shj klu anda nk solat nnt. beli yg kecik tu je senang nk sangkut kt travel beg tu nnt.)

5. Mandarin Dictionary ( hah yg ni pun tersangatlah penting, dr maklumat yg aku dapat di china tiada rangkaian Google & juga applikasi Facebook, xtaula knp, agaknye di haramkan ke ape wallahualam, amatlah payah untuk berkomunikasi dgn warga China di sana, coz boleh dikatakan hampir 90% penduduknya tidak memahami English. so sendiri mau ingatla yea, ehehe)


Ini adalah contoh yg telah di translate-kan ke dlm bhs mandarin. so blh tunjukkan kepada Chinese di sana ape yg ingin anda katekan. maklumlah ayam dgn itik mane boleh bercakap, kenela guna bahasa isyarat, biarkan tulisan berbicara.. huhuhu

6. Ubat - ubatan (Pastikan segala peralatan ubat2n haruslah dibekalkan seperti minyak yuyi ke, minyak panas utk urus2 kaki ke, panadol, Ubat demam baby klu bawak anak kecil, plaster dan juga ponstan. Ini adalah mini-medicine yg wajib ade walau kemana skalipun anda pergi di Luar Negara)

7. Makanan kering (Adalah dinasihatkan untuk membawa sedikit jajan seperti maggi/roti/biskut/ sambal ayam+daging /coklat ini adalah bertujuan sekiranya anda sgt lapar dan pada ketika tu tiada kedai makanan halal yg anda temui, maka dgn adenya sedikit bekalan makanan tu dptlah untuk anda alas perut dan mengelakkan anda terkena gastrik. Pastikan tahap kesihatan adalah di tahap yg baik)

8. Kasut & Stokin ( pastikan anda membeli kasut yg tahan lasak & selesa utk berjalan jauh yea, no high heel laa, nnt xsampai beberapa meter jalan da melecet situ sini, so pastikan kaki anda juga di jage dgn baik, nama nk jalan2 kan, so sile cari kasut yg selesa skit yea, dlm kepala NB/Nike/Adidas ehehe)

9. Baju sejuk & Sarung tangan (pastikan anda membawa winter jaket 
sekiranya disana adalah musim sejuk. so pastikan keadaan musim di tempat yg anda ingin kunjungi dahulu sebelum membuat ape2 perancangan yea, ini bertujuan supaya nnt anda tidak pitam kesejukan disana nnt)

10. Lip Balm & Losyen Badan (paling penting utk mengelakkan kulit anda kekeringan)

11. Money Exchange (makesure anda membuat penukaran duit dari MYR ke RMB/Yuan di Malaysia terlebey dahulu sebelum ke sana, kerana di sana payah untuk membuat tukaran matawang, USD pun xlaku disana, penukaran hanya boleh di buat di bank of China, so adalah lebey baik anda tukar siap2 di sini dgn amount yg mencukupi, ia lebey memudahkan anda percayalah) Sile rujuk entry berkenaan Fake Money RMB / Yuan 

12. Calculator (Alat ini paling penting untuk memudahkan anda berurusan dgn peniaga di sana nnt, So kite hanya tekan2 je amount yg kite setuju n tunjuk kt dia and make a good deal. is better for U ehehe. bawak yg kecik dah le)

13. Antibacterial Wipes & Botol air mineral (Harus di ingat, Toilet disana tiada paip air yea, so utk keselesaan anda, pastikan anda selalu membawa air mineral & tisu basah utk lap2 mane yg patut yea. jadi cam baby sekejap pakai wet tissue ehehe)

14. Rangkaian Pengankutan awam (Pastikan anda telah print semua rangkaian pengangkutan awam yg ade disana, ini adalah bertujuan untuk memudahkan anda menentukan jenis pengangkutan apekah yg patut anda ambil & waktunya, dlm internet banyak blh search di Mr. Google yea, mengikut laporan yg diperolehi pengangkutan awam disana tersangatlah efisien so anda tidak perlu risau, cume anak kene pastikan waktu , no train & stesen yg sebetulnya shj) Boleh klik di sini utk High Speed China Bullet Train Jadual Bullet Train Guangzhou - Shenzen

Fast Food Salam Harbor Restaurant @ Guangzhou :)

15. Kedai Makanan Halal (Di Guangzhou tidak susah untuk mendapatkan Makanan Halal, kebiasaanya kedai makanan halal berada di sekitar kawasan Masjid, Kedai Muslim akan di labelkan dgn stiker berwarna hijau itu sebagai Tanda kedai makanan halal. Ini adalah Restoran Tomyam Muslim di Guangzhou sile lawati yea. :) Salam habor berada bersebelahan dgn station Metro Jalan San Yuan Li.

16. Camera (Ini brg paling wajib di bawa, ehehe mmg xboleh tinggal ni, klu di China plug pin dia xsama dgn Mesia, so kene beli siap2 plug pin converter tu yea, pastikan ianya adalah betul)

17. Topi/Penutup kepala ( bulan Oktober to End Disember adalah musim dingin di China, so makesure segala peralatan pakaian musim sejuk haruslah di sediakan selengkapnya untuk memudahkan anda mengembara tanpa sebarang masalah)

Tip Shopping Di China

1. Pastikan anda tidak berjalan berseorangan semasa membeli belah kerana dikhuatiri penjual akan memaksa anda membeli barangan secara paksa, kerana dilaporkan penjual di sana sangtlah tiada budi bahasa yg baik. so hati2 yea.

2. Pastikan anda membeli di kedai bukan dari org perseorangan yg menjual di jalanan, krn dikhuatiri barangan yg di jual adalah tiruan.

3. Pastikan anda menyediakan duit secukupnya sekiranya anda ingin membeli dr penjual jalanan kerana mereka mungkin tidak akan mengembalikan lebihan baki wang anda. Krn kebanyakan harga penjual jalanan adalah lbey murah berbanding di kedai2.

4. Membuat tawaran harga 80% lebih rendah dr harga yg di paparkan.

5. membeli secara pukal adalah lebih jimat & murah.

6. Pastikan stok barangan ade.

7. membuat tawaran harga secara betul2 sekiranya anda telah memutuskan utk membeli barangan tersebut shj, jgn main tanye2 pastu blah, nnt anda akan di maki hamun oleh penjual. sama cam Petaling Street laaa.. huhuhhu

8. Dapatkan senarai pemborong bukannye penjual kecil2lan. kerana pemborong akan menjual dgn harga yg jauh lebey rendah.

9. Gunakan pengangkutan awam seperti bas, Train(Metro) ataupun teksi berdaftar bukan prebet sapu yg xpakai meter, nnt anda akan di pau habis2n. hati2 yea.

10. Sebelum keluar bershopping pastikan anda minta Biz card dr Lobi Hotel tu supaya nnt senang utk anda tunjukkan shj kad Hotel tersebut kepada pemandu taxi yg akan menghantar anda pulang ke Hotel setelah habis bershopping.

11. Carilah penginapan yg berdekatan dgn Masjid, ini kerana banyak kedai makanan halal ada di sekitar masjid, samada restoran mahupun penjaja jalanan.

12. Sekiranya anda menaiki Tren/Metro/Bas pastikan anda mencatat No. Tren/Metro/Bus yg anda naik (cth : Bas  G61 atau Tren T95 etc.), ini bagi memudahkan anda untuk balik semula setelah habis bershopping. hanya tunjukkan shj No Bas/Tren yg berkenaan di kaunter pembelian tiket. Kerana seperti yg umum ketahui kebanyakan rakyat China mmg xfaham berbahasa Inggeris.

Harapnye segala maklumat yg di kongsi bermanfaat untuk semua. sy akan sentiasa mengupdate senarai keperluan dari mase ke semasa sekiranya perlu. :))