Rabu, 29 Mei 2019

Aidilfitri 2019

Salam Aidilfitri untuk semua umat islam...

Kemeriahan menyambut Aidilfitri makin terasa, lagu2 raya mula kedengaran di corong2 radio. Kawan2 pun ramai update nak balik raya ke kampung. Alhamdulillah semuanya gembira  ingin menyambut Aidilfitri bersama ibu-bapa mereka. 

Kerinduan pada mereka yang sudah tiada tetap segar seperti dulu. Walau hampir 10 tahun telah berlalu tapi kerinduan itu sentiasa ada di hati buat selama-lamanya. 

Seperti tahun2 yang sudah aku jarang pulang ke kampung ketika Raya. Tiada siapa yang aku rindu untuk bertemu. Semuanya biasa2 saja. Sekadar bersua muka & bertanya khabar, mungkin waktu lain pun boleh juga. Itu cara aku berfikir. Jika masih ada ibu & ayah mungkin situasinya sedikit berbeza. 

Lagipun keadaan kewangan juga tidak berapa baik kalini. Simpanan aku hanya cukup utk menampung segala komitmen bulanan semasa. Hmmm... mungkin ada yang fikir aku pentingkan diri sendiri, asal raya je tak nak balik, pergi tempat lain ade pula duit-nya. So aku malas nak jawab, kang klu aku jawab lain pula bunyinya. Lebih baik aku diam saja, lagipun duit aku cari sendiri tak mintak sedekah kt sapa2, hutang aku pun, aku sendiri yang kene fikir, tak sempat lagi nak tambah beban fikir hal org lain. Maaflah kepada yg rasa tak puas hati tu. Lebih baik kita saling mendoakan itulah yg terbaik. 

Sejak banyak peristiwa yang terjadi dalam hidup aku, banyak perkara yang semakin jelas pada aku. Kata org tua, buat baik berpada2. Jgn sampai kita pula yg menjadi korban, tak kiralah adik beradik, keluarga terdekat atau pasangan hidup sendiri. Berwaspada itu sentiasa kene ada. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati setiap manusia. Bila2 saja boleh berubah jahat & durjana. Masing2 pentingkan diri sendiri. Semua manusia zaman sekarang sama saja, hanya tahu mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka. Kerana itu aku lebih banyak fikir pro & con sebelum buat sesuatu perkara. Tentang ape orang nak kata tu, lantak ko lah, aku dah tak amik peduli, macamlah mereka peduli susah payah hidup aku. Sebab yang nak tanggungnya aku sendiri juga. Bunyinya agak sombong tapi itulah realiti, banyak perkara telah terjadi & aku semakin matang. Mohon maaf jika ada yang terasa. Apa2 pun hidup perlu diteruskan.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan