Ahad, 8 Julai 2018

Memberi Senyuman Pada Yang Tersayang 💚

Setiap orang pasti akan ada point2 yang membuatkan mereka gembira & bahagia. Lain org lain rasa & kehendak. Jadi berbalik kepada perkara yang membuatkan aku akan selalu rasa bahagia setiap kali aku melakukannya.   

Ada orang puas dengan modified kereta, bila tekan pedal minyak berdesup macam pelesit, ada orang gemar memancing sampai segala ceruk dia tau tempat mana port baik nak mancing. Arwah abi dulu hobi dia memancing, segala jenis joran bersusun kt dinding rumah aku tu. Dah macam kedai joran. Pendek cerita setiap manusia ada "button" gembira. Kadang2 kita sendiri pun tak pasti bagaimana membuatkan hati kita sendiri rasa gembira, puas & tenang. So mulai harini kenali dirimu sendiri sebelum mengenali orang lain. 


Kegembiraan bagi jiwa aku ialah apabila aku dapat membuatkan orang2 yang aku sayang berasa gembira. "Orang yang aku sayang" itu adalah subjektif bagi aku, kerana mereka boleh jadi bukan siapa2, bukan kaum keluarga tetapi aku berasa sayang kepada dia atas dasar Ukhwah fillah. Selalunya aku cuba membahagiakan mereka dengan memenuhi permintaan mahupun impian mereka untuk memiliki sesuatu serta membantu mereka yang menghadapi masalah samada dari segi kewangan, mengajarkan  mereka ilmu2 perniagaan & juga kata2 nasihat.  

Beberapa bulan ni aku sedang berusaha untuk memenuhi harapan my belove hubby untuk membeli sebuah motosikal bagi keperluannya berulang alik kerja setiap hari. Beberapa bulan lepas hubby cakap klu ada duit lebih dia nak beli "dominar 400" keluaran modenas utk daily commute. 



Suzuki V-strom 650 😘

Dah lama tak fikir pasal motor, tiba-tiba terus trigger balik memori aku mengenai jentera beroda dua yang versatile seperti Suzuki V-strom 650, Kawasaki Versys 650  ataupun Honda CB500X. 


Honda CB500X pun cantik jugak... 

Pernah juga fikir nak amik scooter. Tapi hubby ala2 tak berminat je cadangan aku tu. Cantik ape Yamaha X-Max 250 tu. 

Plannya nak beli cash je, tak nak hutang. kalau dominar 400 tu adalah nampak cahaya sikit nak cash. Tapi alang2 nak beli bike yang CC besar tu better angkat yang elok sikit. Cuma aku tengah fikir camne nak buat untuk menjadikan semua cita2 tu realiti dengan membeli secara Cash. Bestnya kalau daun pokok depan rumah aku bertukar jadi note 100 semuanya. Huhuhuhu...

Berbulu jugakla kepala aku memikirkannya. Kalau boleh nak hubby rasa happy dengan kasi sedikit kejutan kat dia. Tapi tulah bimbang2 nanti aku pulak yang terkejut dulu. Haduhaaiiii.... Jalan tu aku dah nampak cuma biasalah banyak benda yang aku fikirkan. Beli motor besar ni bukan sekali tu je keluar duit. Lagi nak service dia, nak tukar itu ini, nak tambah accessories ABC...D...E...Dah Macam dapat baby pulak lagi sorang nak kene take care. 

Kat porch tu dah bersusun baby2 yang belum sempat diberi perhatian lagi. Macam2 penyakit seketul2 tu. Adooiiii... bertabah sajalah. Pelan2 kayuh. Memang silap planning dulu. Tapi skali dah tersalah beli kenela tanggung tiap2 bulan... Uuuuwaaaaaa....   


Lepas ni sebelum nak beli ape2 jentera kene fikir maintenance dulu habis2. InsyaAllah jika ada rezeki lebih nanti adalah rezeki hubby. Kira hadiah Bestday hubby untuk tahun 2018 sekaligus juga sebagai hadiah 10 tahun anniversary pada bulan 8 nanti. 😘😘😘

Moga turunlah rezeki untukku dari Langit ... Ameen  



Rabu, 27 Jun 2018

Trip Bandung Day 2 ♡ Dinner di Pavilliun Sunda & Factory Outlet Jalan Riau

Bersambung kisah cuti kami ke Bandung sebelum Ramadhan haritu....


Semua sudah keletihan tawaf Pasar Baru dan sekitarnya dari pagi hingga ke petang, maka lepas check in di Paviljeon Hotel kami berehat di bilik saja sambil menunggu marghib. Rancangnya lepas marghib baru nak turun cari makan & window shopping di sekitar Jalan Riau. 



Sementara tu bolehla Nuha & baby Faz berehat & tido puas2 dulu. Petang tu kami buat projek masak Maggie je di bilik...huhuhu... Dah macam duduk London pulak yea, masak kat bilik. Padahal banyak je kedai2 kat bawah tu tapi dah tak larat + malas nak turun. Sebabtu aku suka bawak makanan klu travel ke mana2 pun. Even dalam Malaysia. Mudah, bila rasa lapar blh terus makan dlm bilik sambil golek2 atas katil... haaaa gitu kisahnya 😅



Sedaapp juga makan Maggie sayur ni, skali skala makan barulah terasa nikmatnya. 



 This is your "truly abi" ye anak2


2 beradik yang dilamun mimpi. Doa ibu moga korang saling membantu & menyayangi sampai ke Syurga yea. Jangan gaduh2. Mesti hidup dengan rukun damai walaupun ibuabi telah tiada. Hidup ini sementara & terlalu singkat untuk saling berdendam & menyakiti. 


Barang2 dah mula memenuhi meja 😉




Abi & Adik ... buah hati ibu dunia & akhirat






Turun kt pool sekejap temankan Nuha mandi kolam. Air suam seronoklaa nak berendam.




Budak suka main air. Asal ke mana2 mesti tanye Ada kolam ke tak. Asyik nak berendam je kerja dia. Tak puas2 lagi dengan kolam besar gabak kt rumah tu...  




Berangan ape tu kakak... ?



Makan Malam Kami yang simple di Pavilun Sunda. Alhamdulillah sedaap & kenyang. Harga pun ok tak mahal pun. Dengan keadaan kedai yg selesa & makanan yg sedap memang kami repeat sini jela. 






Restauran ni hanya depan hotel je. huhuhu... 




Berjalan kaki ke Heritage FO. Dari hotel kami tu lebih kurang 300m je. 




Cascade Jalan Riau. Walaupun Heritage & Cascade ni bersambung bangunan dia tapi lain2 management. Dari survey yang di buat harga pakaian lebih murah di cascade (same brand) So sebelum nak shopping sakan tu pusing2 la dulu. Banyak juga beza harganya. 




Breakfast kt hotel. Alhamdulillah memang puas hati. Macam2 Ada. Menu terbaik.


Waffle coklat adalah menu setiap hari yg wajib aku sambil. 





Deko croissant sendiri. Asah bakat ber"bakery" sekali skala. Pendek kata semua sedap. Nasi padang macam2 lauk Ada tapi aku lebih kepada roti2 & sayur2 je. pengambilan carbo berat dikurangkan... hihihi 



Sian abi tak boleh makan dengan aman. Adik bukan boleh duduk dalam stroller lama2. Itulah dia hasil berkepit dengan ibu je setiap masa & ketika. Kak Nuha dulu kecik2 da kene tinggal rumah opah. Coz ibu kene g kerje nun jauh di Bandaraya. Tapi  time Adik ni pulak Alhamdulillah ibu ada banyak masa untuk menjaga sendiri anak ibu.  Sebab tu Adik Faz ni manja dia lain macam sikit. Apepun ibu doakan yg terbaik untuk anak2 ibu.  




Menu  sarapan paling win. Low kalori, sedap & fresh.



Tengok tu. Kat mana2 saja. budak zaman gadjet.



Da habis melaram ke budak kecik? berangan ala2 princess ler tu. Dah anak pompuan ape nak dikata. Scaft rambut tu tak tau kali yang ke berapa beli. Paling lama tahan 3 bulan lepas tu dah tak tahu ke mana letaknya... hmmm Aduhaii anak. Nanti tahun depan masuk sekolah tak tahu camne rupela pulak ceritanya.

Kami da bersiap2 untuk keluar ronda2 ni. Plan harini adalah ke Jalan Dago FO cari kasut anak2 kemudian ke Toko Buku Gramedia jalan Merdeka.

Sambung next entry la. Sejak Ada anak kecik ni terkejar kejar buat semua benda.

see u soon stay tune 😘




Selasa, 15 Mei 2018

Trip Bandung Day 1 ♡ Bila Travel Bersama Anak Kecik



Ok sambung cerita trip kami ke Bandung pada minggu lepas. Date kami berangkat adalah pada 5hb May 2018. Haritu adalah tarikh mengundi awal bagi tentera. So agak kelam kabut juga pagi tu, Walaupun dah planning tapi huru hara jugakla dibuatnya.

Hubby da keluar rumah sekitar jam 6.30am lagi coz tempat mengundi di Setiawangsa KL. Punyalah ramai orang keluar mengundi  kalini, even hubby da beratur dari jam 7.30am tapi kul 9am pun belum siap lagi. Aku pulak dengan budak2 kecik 2 orang ni pun macam2 cerita juga. Sorang mandi berejam2 tak siap2, sorang menjerit nak menyusu badan. aduhaii. Aku pulak tak bersiap ape pun lagi.  Walaupun luggage semua dh siap packing tapi nak urus budak2 cinonet ni amik masa juga. Memang kena reserve masa skit, nak cepat pun tak jadi cepat.

Sekitar jam 9am baru kami 3 beranak bertolak kluar untuk ke Putrajaya Sentral. Kami menggunakan ERL. Kereta parking di bahagian parking berbumbung Putrajaya Sentral RM6/day. Masa nak masuk parking tu, tiba2 touch&go decline. Baki tak cukup katanya, balance kena ada rm10 baru boleh masuk parking. Ya Allah bertabah sajalah. Aku parking kereta kat luar & tinggalkan anak2 dalam kereta sekejap. Kebetulan ada guard melayu kat situ, jadi aku mintak tolong dia tengok2kan anak2 aku tu, Walaupun dah pesan kat Nuha supaya kunci pintu siap2. ALHAMDULILLAH selamat semuanya walaupun da sedikit terlewat. 

Kul 1030am  kami sampai di KLIA. Alhamdulillah aku dapat express lane sebab bawak baby. Lega rasanya sebab semua dah check in. Hubby pula sampai 15 minit kemudian. Sebelum masuk tu Kami sempat breakfast dulu di KFC coz semek Nuha da merengek lapar. Itulah antara cabaran bawak anak2 ni. Perut diorang nak kene jaga. Banyak pula requestnya, Nak makan itu ini... haiihhh... sabar sajalah. Mana yang boleh layan tu layanlah. 


     
        Sarapan KFC dulu sebelum boarding 😊


    Baby Faz 3 bulan ++ da naik flight yea syg 😘


Elok sampai nak boarding, announcement flight delay pula,  ada masalah teknikal katanya. Tapi tak lama pun, lebih kurang 30 minit camtu je. Sempatlah menyusu Baby Faz dulu. 


Kami antara penumpang yang masuk ke flight paling akhir sebab taknak berserabut dengan penumpang2 yang nak letak beg & cari seat segala bagai. Sepanjang penerbangan baby Faz tido nyenyak. Masa flight nk take off & landing aku menyusu baby, bagi mengelakkan telinga dia berdengung kerana perubahan tekanan udara. Segalanya menjadi mudah & tempoh perjalanan selama 2 jam++ terasa aman. 


Lena betul Adik Faz tido yea. Cuaca sepanjang penerbangan pun elok je. Alhamdulillah. 


Inflight services. meal + Entertainment. 💚


Dah sampai Bandung. Jom gerak !


Lepak makan kt Solaria Cafe depan airport. Tujuan sebab nak guna Wi-Fi. Coz line Digi belum dapat connection lg masa ni. Beteri fon pulak dah nazak. Hmmm bertabah sajalah. Hopefully sempatlah request Grab sebelum beteri die. Cafe Solaria ni tak sedap &  Mahal. Langsung tak recommend.

Kami sampai di Bandung pada jam 2pm. Dari Airport kami kene keluar ke Jalan utama untuk amik "grabcar" sebab diorang tak boleh pickup kat dalam kawasan airport. So kene menapak skitlaa lebih kurang 300m ke pintu gerbang biru. Tambang Grab jauh lebih murah berbanding teksi2 dalam airport tu. Teksi bluebird nak charge Kami 150k untuk ke Hotel di Pasar Baru. Tapi Grab hanya 45k sahaja (RM13.50). Banyakkan beza. So ape lagi kami menapak la skit. Jalan kt Bandung ni memang macet sepanjang masa. Dekat 1 jam juga kami nak sampai Hotel padahal dekat je pun. 


Dari jendela bilik kami. Depan tu adalah Bangunan Pasar Baru & Heritage.


Kami makan KFC lagi untuk menu dinner. Walaupun Ada Restaurant Ampera e.g. masakan Sunda area situ tapi keadaan dalam kedai tu aku kurang selesa nak makan. Even dah masuk & duduk dah pun, pastu cakap kat hubby kita makan KFC je laa. hihihi... sorry... aku agak cerewet bab penyediaan makanan & keadaan kedai.


Susana pagi. Semua sedap berselimut lagi. Aku dah tak lena nak tido. Mood nak turun meronda dah membuak2. Ronda waktu pagi2 ni best.


Yeah saya dah bangun ! 😘


Dua beradik yang masih berselimut. 


Sarapan di Pasar Baru Square Hotel ni Alhamdulillah. Banyak juga pilihan makanan. Jagung kt Bandung ni sedap betul. Fresh sungguh. Bile gigit tu sampai merecik air jagung. Rangup sungguh. rindu nak makan jagung Bandung lagi.   


Abang Macho depan pintu bilik kami 817.. 
huhu


Saya dah siap2 nak kluar ni.


Bilik kami luas & selesa.


Kami stay 1 malam jek kat sini. 


Semek Nuha yang macam2. Mengalahkan baby perangai dia ni. Tengah jalan2 sibuk nak kencingla nak berakla. Kat bilik suruh kencing tak nak. Baru keluar jalan2 sekejap je, adalah nnt kejutan dia. hmm...


Dah nak check Out. Pagi tadi sempat pusing2 Pasar Baru sampai kul 3pm. Beli baju kemeja Abi & juga kain lace untuk ibu & juga Nuha. Itu je yg kami shopping di Pasar Baru. Tak ade ape yang menarik sangat. 

Destinasi kami seterusnya adalah ke Peviljeon Hotel di Jalan Riau. Kami menggunakan Grab dengan tambang hanya 13k IDR, lebih kurang RM4 saja. 


okla sambung Next entry, 
nak g masak dulu... 😘

Adios ... 🤗



    


Rabu, 2 Mei 2018

Trip Bandung ♡ Merancang Travel Bersama Baby 3 Bulan

Alhamdulillah Baby Faz sudah berusia 3 bulan lebih. InsyaAllah sudah boleh ikut ibu, abi & kak Nuha untuk jalan2 melihat indahnya bumi Nusantara. Ini adalah trip pertama bawak baby Travel keluar negara. Sebelum ni sudah beberapa kali bawak baby travel sampai ke utara semenanjung menggunakan kereta. Alhamdulillah baby Faz macam ok je bila bawak berjalan, tak banyak akai pun dia, menangis bila lapar atau "popo" je, selebihnya dia akan tido dalam dakapan ibu. Harapnya nanti masa naik flight ke Bandung pun adik baik2 saja ye.  Apepun kita try travel yang dekat2 dulula b4 nak fly jauh2 okeh... 😘😘😎😘😘

Tiket untuk ke Bandung kali ni telah ditempah pada akhir bulan Februari 2018 ketika Malindo Air buat promo. Memandangkan Februari adalah bulan istimewa buat aku maka dengan suci hati-nya aku telah menempah tiket jalan2 untuk kami sekeluarga. Maklumlah sudah lama tidak keluar ke mana2 sejak mula aku masuk ward bersalin hingga habis pantang haritu. Jadinya sebagai tanda syukur sempena bulan kelahiranku, maka ibu yang baik hati ni, dalam diam2 telah merancang sesuatu untuk menghiburkan hati suami, anak2 & juga diri sendiri.... bosannye lahai duduk bertapa kat rumah lama2... Itu yang laju je booking tiket masa tu... hihihi....

Nak kata promo Malindo Air murah sangat tu, mungkin taklah kot. Sebab promo AA lagi murah rasanya berbanding Malindo. Tapi yang bestnya naik Malindo ni, sebab dia siap kasi makan + luggage dan juga Entertainment inflight, Suka la semek Nuha nanti, dapat layan video onboard. Disebabkan service itulah juga menjadikan harga tiket Malindo Air sedikit up berbanding AA even tengah promo.

Ini adalah kali ke 2 kami melawat Bandung. Lawatan pertama kami ke Bandung adalah pada Mac 2016 yang lalu klu tau silap, boleh klik kat label "Bandung" tu hah... mesti keluar cerita yang berkaitan. Trip kali ni tak  perlu pakai supir. Coz dah kami dah tau jalan & tempat yang hendak dituju sendiri. Lebih jimat & selesa.

Genap 2 tahun dari kunjungan yang pertama dulu, kini kami kembali lagi ke Kota Bandung bersama Baby Faz pula. Dulu hanya ber-3 tapi kali ni ber-4. Sepatutnya ber-5 tapi atas sebab2 tertentu jadi ber-4 sajalah. Walaupun tiket dah book untuk 5 orang. Itulah dia, Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Dan Allah adalah sebaik2 yang merancangan.

Ittinerary perjalanan sedikit santai & tidak terlalu padat. Bimbang  juga baby tak tahan dengan atucara perjalanan yang padat, lagi parah kalau baby demam atau kena ape2 jangkitan, nauzubillahiminzalik mintak jauh semua benda2 camtu. Sebab tulah trip kami kali ni lebih relex sambil jalan2 cari makan je. Shopping tu sikit2 jela kot. Buat syarat da sampai Bandung saja. Poket pun sudah tidak setebal dulu. Banyak sangat dah bocor merata2. Hmm takpela nak buat camna. Redha sajalah,  So kita sightseeing sajalah ye anak2, yang penting happy & dapat release semua -ve input yang bersarang dalam kepala ibu ni... InsyaAllah.

Walaupun pada awalnya, trip kali ni hendak dibatalkan saja atas sebab2 tertentu. Tapi bila kami buat kira2 & duduk berbincang semula keputusan-nya trip ON seperti dirancang. Lagipun  semua bilik penginapan sudah ditempah awal2 lagi, cuma tinggal duit poket utk makan2, public transport & juga sedikit duit shopping. Hopefully segala urusan berjalan lancar insyaAllah.

Insurance adalah perkara wajib kalau travel bersama anak kecil. Risiko perlu diminimumkan. Kami hanya menggunakan insurance yang di sediakan oleh Malindo. Tambahan sebanyak RM180 untuk cover 5 orang klu tak silap. InsyaAllah sudah memadai untuk kami. Harapnya tiada apa2 musibah sepanjang Traveling nanti. Moga dipermudahkan Allah segala urusan kami sekeluarga. Ameen.

Kami memilih 2 hotel berbeza sepanjang di Bandung. Malam pertama kami menginap di Pasar Baru Square Hotel by DHM untuk 2D1N saja. Alasannya sebab aku nak tawaf Pasar Baru dari tingkap bawah sampai atas. So mudah skitlah klu stay kat area situ je. Memang dah plan satu hari tu memang untuk jalan2 sekitar Pasar Baru. Windows shopping & cuci mata.

Lagi balance 4D3N kami memilih De'peviljeon Bandung Hotel by HIM, yang berada di Jalan Riau. Review & rating hotel yang baik serta lokasi yang bagus menjadi faktor utama kami memilih hotel ini. Hanya walking distance saja ke tempat2 makan & shopping area seperti Heritage Mall. Jimatlah sikit duit tambang angkutan coz semuanya within walking distance.

Tempat lawatan utama kali ni  adalah di sekitar Jalan Riau, Jalan Dago & juga Toko 3. Lepas tu mungkin singgah di Toko Buku Gramedia di Jalan Merdeka untuk beli tafsir Alquran, katanya murah & cantik Quran kat Bandung ni, dah lama niat nak beli terjemahan Alquran yang colourful yang ada terjemahan pada setiap perkataan tu. Kat KL aku dah survey, Mahal sungguh harga dia lebih RM200 senaskah. Dengar kata di Bandung tak sampai RM40. Tak sabar nak g intai kitab2 yang lain juga. My hobi adalah mengumpul buku2 & kitab2...hihihi...🤗😘💚

Selain pusing2 dalam bandar, Kami juga bercadang untuk ke Farmhouse & juga floating market di Lembang. Itupun jika berkesempatan. Transport mungkin naik Grab car saja. Apepun doakan moga semuanya berjalan lancar seperti  yang dirancang.

Trip kami ni bukanlah trip bajet yea. Ia lebih kepada trip jalan2 & lepak di Hotel sambil menikmati keindahan kota Bandung secara santai tanpa terkejar2 untuk ke mana2.

Hidup perlukan ketenangan & masa untuk diri sendiri menikmati indahnya dunia dari sudut pandang yang berbeza. Hargailah masa2 bahagia bersama yang tersayang...

Salam PRU Ke -14 💚💚💚


Isnin, 30 April 2018

Mahu Berkerja Dari Rumah ?

Banyak benda yang bermain dalam kepala sekarang ni. Nak buat bisnes ape pun tak tahu. Walaupun memang dah buat macam2 da pun. Trading Currency tu memang perkara utama. Tapi kadang2 kena jugak ade real business seperti jual baju ke, jual cadar ke, jual mainan kanak2 ke, ye dak?

Trading Currency pun kadang2 boleh stress jugak. Lagi2 time kena libas.. hadoiilaa.. panas kepala rasanya. So kenala ada backup perniagaan jugakkan, kata orang pandai2 "do not put all your egg in one basket" pendek kata kene pelbagaikan cabang perniagaan. Haaa gitu... 

Tengok macam menarik je orang buat business menggunakan FB Live sekarang. Sale beribu2 lemon kalau kene elok. Tapi apa2pun nak buat sesuatu ni kenalah study dulu, bukan boleh main terjah gitu aje tanpa ape2 knowledge. 

Aku ni takde bakat nak jual kosmetik bagai, maklumlah aku bukan suka sangat nak grooming2 ni. Orang kata nak buat bisnes ni kene cari yang kita enjoy nak buat.  Walaupun tengok macam best je netizen kt FB tu duk berniaga, tapi itulah, lain padang lain belalang.  Ada juga terfikir nak jual kain, tapi nak jual kain ape ye ? hmm... 

Mohon korang tolonglah doa2kan yer, Moga aku jumpa perniagaan yang betul2 ngam & serasi dengan diri aku ni suatu hari nanti. Manala tau boleh buat import export ke nanti. Tuah Ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tau kan... hihihi....

Oklaa nak siap2 tunggu waktu marghib la pulak. Malam ni malam Nisfu Sya'aban. Malam yang penuh Barakah. Dah niat nak mohon dengan ALLAH supaya dipermudahkan segala jalan hidup  & juga rezeki kami sekeluarga. Mudah2n mendapat perkenan Allah swt. Mohon maaf atas segala kesilapan yea, zahir & batin. Walaupun belum Raya lagi... hihihi... 💚

Hidup mesti cerita, bahagia, gembira & berjaya. Ameen 😘





Rabu, 25 April 2018

Dugaan Hidup :: Tenanglah Wahai Jiwa

Hidup ini tidak dapat lari daripada 1001 dugaan. Dan setiap ujian yang Allah swt berikan itu adalah dalam lingkungan kemampuan hamba2NYA. Allah tidak membebani setiap manusia itu diluar daripada kemampuannya untuk menanggung setiap ujian mahupun dugaan.

Ujian yang Allah berikan bukanlah kerana Allah benci kepada hamba-NYA tetapi ujian mahupun dugaan itu adalah untuk meninggikan darjat seseorang serta menjadi kifarah kepada dosa2 di masa lalu dengan syarat haruslah dia bersabar ketika menghadapinya. Maha Suci Allah yang bersifat dengan ArRahman & ArRahim terhadap sekelian makhluknya.

Kadang2 kita berasa sudah cukup sempurna kesabaran kita melalui hidup ini. Tetapi bila Allah datangkan seseorang untuk menguji diri kita, sejauh mana kita kuat untuk terus istiqomah bersabar dengan sempurna ??? Ia seperti dicabar & terus dicabar.  Walau sekalipun engkau sudah keletihan, kesabaranmu akan terus dicabar & dipersendakan. Semakin engkau lemah semakin kuat pula ia mendesak dibenak jiwamu. Bukan sekali, bukan 10x malah beribu2 kali engkau akan terus diuji & di diuji. Sehingga satu ketika engkau akan berasa kesabaranmu sudah berada dipenghujungnya. Penghargaan yang diberi, sampah yang dipulangkan. Sabarkah engkau ??? kerana orang yang mampu bersabar walau ape jua yg datang, Syurga sudah terjamin untuknya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Mengadu & bergantung haraplah hanya kepada Tuhanmu ALLAH. Hanya Allah saja yang akan mendengar setiap keluh kesah jalan cerita hidupmu dengan penuh cinta & rasa kasih sayang yang tidak terhingga. Dan Simpanlah cerita duka-mu bila bersama manusia. Kerana tiada apa2 manfaat untuk kau hadapkan keluhan mahupun dukamu kepada hamba yang juga miskin & mengharapkan ehsan Tuhanmu. Senyumlah & lemparkan kebahagiaan pada dunia moga jiwamu kembali bernafas. 

ALLAHumustaan.... Mahal sungguh harga sebuah kesabaran. Walaupun sudah engkau pahatkan di dalam hati untuk ikhlas & istiqomah atas jalan kebaikan tetapi tidaklah ia membawa makna melainkan setelah engkau diuji dengan-nya.

2018 bermula dengan Rahmat yang besar. Sekalipun ia terlihat seperti satu malapetaka besar yang akan melenyapkan  sebuah empire kehidupan, tetapi aku berasa tenang2 saja melewatinya. Tidak dinafikan kesakitan itu tetap terasa, yer sungguh bisa sekali pedihnya, cumanya hati ini terus dipaksa untuk berlapang dada & redha atas segala usaha.

Semua kesakitan itu hanya kecil nilainya untuk sebuah Syurga yang diharapkan. Moga hari2 yang mendatang doaku hanya satu, moga2 ujian kesabaran yang bakal tiba menjadikan aku seorang hamba yang Sabar & sentiasa bersyukur. Kerana nanti aku akan terasa hina bila berhadapan Tuhanku dengan membawa dosa2 yang memenuhi alam jagat ini. Moga2  di akhir kehidupan ini, saat aku ingin bertemu Tuhan, tika lembaran amalku dibentangkan, aku berharap dosa2ku telah padam.


Allahumma antarobbi 
Lailaahailla anta...




37 Week ♡ Bersalin Puteri Ke-2 di Hospital Serdang

Alhamdulillah puteri yang dinanti telah selamat dilahirkan pada tanggal 10 Jamadil Awwal 1439H bersamaan 27 January 2018 di Hospital Serdang, pada awal subuh bertepatan jam 0635 pagi.




Baby Auliya atau panggilan manja yang selalu ibu panggil "Adik Faz". Masa ni Kat Perak, teman abi kursus. So sementara lepak dalam bilik hotel tu sempatla ibu meng"kreative"kan diri. hihihi... 

Pada usia kandungan tepat 37 minggu, puteri kesayangan yang diberi nama Nufa Auliya binti Muhammad Shafie dengan jayanya meluncur keluar ke rahim ibu dengan begitu cepat skali.  Semua panik dibuatnya. hanya seorang nurse saja yang sempat menyambut baby, itupun lepas abi panggil beberapa kali. Kalau tak, mungkin Abi yang jadi bidan terjun pagi tu.

Nurse di labour room siap marah2 lagi. Coz bukaan baru 4cm masa dia cek 30 minit yg lepas. Lambat lagi nk bersalin katanya. Tapi hubby cakap "isteri saya dah nak bersalin tu, kepala baby dah turun bawah". Nurse dengan muka tak puas hati cakap kat hubby "Ini last ye encik saya cek laluan ni, last ni. procedure cek 3 jam skali bukan 30 minit skali" Aduhuaii bertabah sajalah ibu ni melayan nurse yang tengah period ni. Dah tak larat nak cakap banyak, mulut pun tak berhenti baca segala doa moga dipermudahkan urusan kelahiran Kali ni.

Once nurse tu seluk je, terus dia cakap "eh betullah kepala baby dah kat bawah sangat ni, puan dah rasa nak teran ke? dah boleh teran puan"  So aku apa lagi terus amik nafas & push buat Kali yang pertama. Masa push tu memang terasa baby bergerak laju menuju pintu keluar. Lepas tu aku tarik nafas kedua. Baru aku nak push, Nurse tu suruh stop. Coz dah nampak kepala baby tapi forcep pulak takda. Siap jerit2 mintak nurse lain bawak masuk forcep. aduhaiii sabor ajeler. Tapi aku da tak boleh nak tunggu dah, memang kene push jugak. Baby dah terjojol depan pintu sangat dah masa tu, So aku amik nafas skali lagi & push sekuat hati ...... akhirnya.... Baby Nufa Auliya tersembul keluar dari rahim ibu tanpa tunggu forcep. Sebaik saja baby keluar aku terus melafazkan Alhamdulillah. Sungguh lega rasanya, hanya Allah saja yang tahu bertapa sakitnya pinggang masa baby mula turun ke bahagian servik. Tapi Alhamdulillah sakit tu tak lama hanya kurang lebih 40 minit saja. Masa Kat LR tu aku mintak hubby pasangkan surah Maryam. Walaupun tengah sakit tapi jiwa rasa sedikit tenang bila mendengar alunan ayat2 suci alquran.  Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.

Bila tali pusat dah potong semua, Nurse yang sambut baby tu tunjuk baby pada aku  & tanya, "Baby boy ke girl ni puan" aku jawablah girl coz dah nampak "titi" baby bentuk burger tu. Memang sah gegirl. hihihi... tak lama kemudian nurse letak baby atas dada aku, untuk bonding time ibu & anak lebih kurang 2 jam sambil nurse menjahit kt bawah. Part paling ngeri after bersalin ialah kene jahit. Allahhu ... Sakit kene jahit lagi menderita daripada sakit bersalin. Jika diingat2 memang serik rasanya nak beranak lagi. 

Kesian Adik, muka berlemak sampai ke kepala. Mungkin air ketuban tak bersih sangat aku rasa. Kulit baby macam diselaputi lemak warna putih ketul2.  Nuha dulu bersih aje. Takde lekat lemak macam adik nufa ni. Masa peknen kat Nuha tu boleh kata selang sehari aku minum air kelapa sejak kandungan 5 bulan sebab gerai jual air kelapa kat depan rumah je. Apapun syukur baby Nufa cukup sifat & sihat sejahtera.

Mula2 aku tengok muka baby SubhanAllah memang terasa sebuah perasaan kasih sayang yang mengalir deras dalam diri. Alahaii murni sungguh anak ibu. Dengan mata yang bersinar terang & berkedip2 memandang ke arah ibu. Oh anak ibu. sambil aku memeluk erat baby & membacakan beberapa surah pendek supaya tiada gangguan jin & syaitan mengganggu Adik hendaknya. Perasaan kali ni lain sikit. Mungkin kerana aku lebih bertenaga & blajar kaedah yang betul semasa meneran baby. Tak sempat nak penat sangatla berbanding bersalin Nuha dulu. huhuhu...  Jadinya aku lebih relex & rasa sedikit bertenaga untuk peluk & menatap muka baby lama2.

Ok berbalik semula cerita masa mula2 rasa sakit nak bersalin. First contraction datang pada jam 5.15 am Masa tu nurse datang kejutkan aku untuk cek CTG sekitar jam 4.30 am. Aku minta untuk ke tandas dulu untuk gosok gigi & kencing skali. Bila dah siap bersihkan diri, aku duduk di katil semula, sementara menunggu nurse datang, aku makan 2 biji pil habatussaudah sambil berdoa moga dipermudahkan proses bersalin nanti.

Tak lama lepas makan pil tu, tiba2 rasa sakit perut yang sangat kuat mula datang menyerang. Aaaah dah nak beranak ni aku rasa. Tapi aku hanya berbaring sambil menahan sakit. Dekat 10 minit jugak aku tahan sendiri tanpa panggil nurse. Tak lama kemudian aku terpaksa tekan button kecemasan yang dekat kepala katil tu jugak coz dah tak tahan sangat dah. Lain macam rasa sakit bersalin menggunakan kaedah induce ni. Dia Punya sakit tu datang terus menerus tak henti2, tak macam rasa sakit bersalin normal dia datang berperingkat rasa sakit tu. Cuma aku boleh cakap, rasa sakit tu tetap sama. Mana ada tak sakit, dah nama nak beranak. Tambah pula aku ada slipdisk, rasa sakit kali ni lebih terasa dibahagian pinggang. Memang terasa nak terputus pinggang aku masa tu.

Lepas aku tekan button kecemasan tu, nurse datang beberapa minit kemudian & cek laluan. "Bukaan dah 4cm, dah boleh masuk ke labour room dah ni" katanya, tanpa berlengah aku terus di tolak ke LR. Masa nurse tengah tolak Ya Allah sakitnya. Dengar orang bercakap pun naik serabut. Bila dah sakit kuat datang memang terasa sungguh lemah seluruh badan. Nak bersuara pun dah tak mampu. Terus terbayang saat sakarat. Ya Allah ampunkanlah segala dosa hambamu ini.

Sebelum aku ditolak ke LR aku sempat call hubby untuk bagitau yang aku dah masuk ke LR & minta hubby datang sekarang. Moga hubby sempat datang b4 aku bersalin & Alhamdulillah memang hubby sempat datang.

Kisah bersalin kali ni memang banyak dugaan dia. Sebab aku telah ditahan dekat 2 minggu di wad 5E kerana air ketuban "leaking" sedikit- sedikit menjelang minggu ke 35 kehamilan. Aku hanya perasan air ketuban leaking bila pentis aku sering terasa basah macam terkucil. Tapi tak banyak mana, so aku tak pergi ke hospital lah, kerana aku anggap biasa2 saja. Rupanya bahaya bila air ketuban leaking, Baby boleh kena jangkitan kuman & boleh menyebabkan baby meninggal dalam kandungan. Nasib baik seminggu kemudian aku ada checkup dekat KK Kajang. Tapi masa checkup tu aku tak inform pulak doktor atau nurse pasal leaking tu coz masa doktor scan air ketuban, dia cakap air ketuban aku terlebih. So doktor terus rujuk aku ke Hospital Kajang untuk check up segera tapi aku mintak tukar ke Hospital Serdang, coz aku dah plan nak masuk bilik 1st class after birth nanti, alasannya hubby boleh temankan, takdelah aku terkial-kial sesorang uruskan baby sendiri macam masa Nuha dulu, memang seksa skali rasanya. Atas permintaan tu, aku di refer ke Hospital Serdang. Petang tu jugak aku terus daftar ke dewan bersalin hospital Serdang. Masa checkup kat Serdang tulah doktor cek balik air ketuban & laluan. 

Keputusannya, air ketuban aku normal sekitar 15, jadi aku terus cakap kt doktor pasal leaking tu. Bila doc cek memang betul ade leaking. Makanya aku terus di tahan di wad bersalin petang tu jugak. Aku datang hospital pasal suspek air ketuban terlebih tapi kene warded pasal air ketuban bocor. Kadang2 judgement Doktor pun ada juga silapnya. Biasalaa nama pun manusia kan.

Punyalah ramai orang Q nak masuk wad bersalin kat Serdang ni . Ada yang dah tunggu lebih 24 jam kt PAC tu. Laahaaii memang kesian, nasib baik aku tunggu tak lama. Allah mudahkan urusan aku yang part tu. Selepas kes aku dirujuk pakar.  Esoknya tu Pakar advise untuk aku di induce sebab bimbang baby terkena jangkitan kuman, Walaupun tiada sebarang tanda2 jangkitan lagi masa tu. Apepun  memandangkan aku dah leaking dekat 2 minggu, so Doktor minta aku di induce segera, klu boleh esok katanya. Dalam keadaan yang masih blur aku mintak Doktor tangguh sampai ke hari Khamis atas alasan nak bincang dengan hubby dulu. Lagipun aku agak seram bila doc kata nak induce. Banyak cerita yang agak menakutkan bila baca Kat blog2 pasal bersalin secara induce ni. Hakikatnya sakit tu sama saja. Cuma yang buat seram tu sebab sakit tu datang terus menerus tak mcm sakit bersalin semulajadi. Tapi ade je yang kene induce sampai 3x tapi xde ape2 effect. Last2 kene ceaser. Aku kene induce 1x je terus laluan terbuka 2cm. Lepas tu doktor twist dengan tangan dia untuk mempercepatkan bukaan servik. Perrgghh boleh tahan sakit jugak kene twist tu. bercucur jugakla darah keluar. bergenang air mata aku tahan sakit .... sob...sob... 

Dipendekkan cerita. Aku kene induce jam 6am hari Khamis. Lepas kene induce tu, aku langsung tak rasa sakit nk bersalin ke apa. Cuma doktor minta baring sejam lepas induce untuk pastikan ubat tu meresap. Lepas tu bolehla nak bangun ke mana2. Sakit pertama yg datang lepas induce sekitar jam 9pm. Tapi takde rasa nak bersalin ke apa, cuma sakitnya Ya Allah mmg lain macam. Sakit terus menerus 5minit sekali dari jam 9pm sampai 3am. dekat 6 jam menderita sakit. Bila nurse cek, servik masih 2cm. Aku call hubby suh datang sekitar jam 1am coz dah tak tahan sangat sakit masa tu. Nurse nak kasi ubat tahan sakit suntik kt bontot tapi aku tak mau. Takpelah aku masih sanggup tahan sakit. Sedar2 aku terlena sekitar 3am. Bila aku tersedar tengok jam kul 6am, langsung da tak sakit. Magic betul. Ingat  dah nak beranak pagi Jumaat tu, skali sihat sejahtera, nurse cek bukaan masih 2cm lg. Itu yang doktor twist aku punye servik tengah hari tu. Katanya membantu untuk cepatkan bukaan. Keaadan servik dah lembut so tak perlu induce lagi. InsyaAllah malam nanti bersalin, kata doktor comel yang cek laluan aku masa tu. 

Hmm sepanjang seminggu lebih duduk wad tu hari2 kene kangkang untuk cek laluan. Part tu memang seksa sungguh rasa, lagi2 bila doktor laki yang cek. hmmm bertabah sajalah. Apepun syukur Alhamdulillah penantian tu berakhir pada pagi Sabtu walaupun berhajat nak deliver baby hari Jumaat. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. 

Harini baby Auliya da berusia 3 bulan. Semoga membesar dengan sihat & menjadi wanita yang solehah ya anak ibu.