Memaparkan catatan dengan label Haji & Umrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haji & Umrah. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Disember 2017

My Beloved Mokde :: Pergi Tak kembali

Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Petang kelmarin aku disentap dengan berita kematian ibu tiri yang sangat baik hati & banyak membantu kami adik beradik, terutama dalam hal2 menguruskan segala perkara yang berkaitan harta pusaka arwah umi & abi. Banyak juga dia membantu abg & adik-ku dari segi kewangan. Adik bongsu-ku Ahmad Naziruddin atau lebih mesra di panggil Sadiq masih lagi menuntut di tahun ke-2 UKM. Yuran semester selalunya Mokde yang tolong bayarkan, walaupun tiap2 bulan budak kecik tu dah dapat duit pencen arwah umi beriban2. Masa Sadiq masuk Hospital Putrajaya awal tahun haritu pun mokde juga tolong bayarkan bil hospital yang mencecah hampir 3 ribu tu, klu tidak memang masak jugak dibuatnya jika aku nak kene bayar, maklumlah budak kecik tu bukan ada duit. Tidak dinafikan Mokde memang tidak pernah berkira jika ada yang minta bantuan. Dia selalunya akan bersangka baik saja. 

Dulu aku jarang bercakap sangat dengan dia. Tapi sejak arwah abi telah tiada aku semakin rapat dengan dia. Perasaan tanggungjawab untuk ambil berat terhadap dia sedikit menebal dalam diri, kerana dia hanya tinggal seorang diri di rumahnya di Kuala Dungun tu. Walaupun rumah adik beradik dia hanya selang beberapa rumah saja tetapi dia lebih senang duduk sendiri katanya. Lagipun mokde tiada anak, hanya anak saudara saja yang selalu datang menjengoknya. Perkara itu menambahkan lagi rasa hiba dihatiku terhadap nasib mokde. Ya Allah engkau menguji hamba2mu sesuai dengan kemampuan mereka. Sejak pencen dari menjadi cikgu, Mokde menghabiskan masa terluang-nya dengan menghadiri kelas agama. Pernah juga aku mengajaknya untuk ke Rumah-ku di Kajang mahupun Putrajaya tetapi dia menolak, katanya sayang untuk meninggalkan kelas agama yang sudah diikuti hampir setahun itu. 

Setiap kali balik ke kampung aku pasti singgah sebentar di rumahnya untuk melihat keadaan dia. Last aku jumpe dia adalah ketika pulang ambil Muiz pada awal bulan 7 haritu. Banyak perkara yang diborakkan. Dia seorang yang memahami & sering memberi kata2 positif kepada aku. Walaupun hanya ibu tiri tetapi rasa prihatin terhadap anak2 (adik beradi-ku) masih juga diambil perhatian. Aku melihatnya sebagai seorang guru yang tegas tetapi baik hati. Masih teringat kata2 arwah abi kepada-ku, "buat baikla dengan "ummi" tu, tak jumpa lagi dah ibu tiri baik macam dia" yer abi... ade benarnya kata2 abi tu. Memang dia seorang perempuan & ibu yang baik. Maka tidak hairanlah jika kematian dia pun dalam keadaan yang baik.

Kali terakhir aku berhubung dengan mokde adalah pada 26 Nov 2017. Memaklumkan tentang pencapaian Muiz untuk peperiksaan akhir tahun 2017. Dia bertanya juga mengenai bila due date aku & turut mendoakan semoga urusan hidup-ku dipermudahkan. Itulah doa & kata2 terakhir yang sempat dibualkan bersama mokde. Rasa terkilan kerana tidak dapat bertemu mokde buat kali terakhir sebelum Mokde bertolak untuk menunaikan umrah pada 8 Dis 2017 haritu. Mungkin takdir Allah telah tertulis. Semoga Allah merahmati & menempatkan Mokde dikalangan hamba2NYA yang Mulia. 

Setelah mendapat berita mengenai kematian mokde aku tidak dapat lelap walau seminit pun pada malam semalam. Terasa benar kehilangan-nya. Belum sempat aku mengenalinya dengan lebih dekat, dia telah pergi menemui sang pencipta. Setelah arwah abi meninggal genap setahun 8 bulan, akhirnya semalam mokde pula menyusul. Maka hilanglah tempat adik2 meminta belas ehsan. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kalian & juga aku untuk terus hidup dengan segala amanah yang dipikul sendiri. 

Arwah mokde meninggal ketika transit di Jordan sebelum ke Madinah. Aku difahamkan, cuaca di Amman Jordan begitu sejuk iaitu sekitar 8 darjah celcius & mokde ada mengadu sesak nafas kepada rakan jemaah sebelum jatuh pengsan. Rombongan Umrah mereka bertolak dari KLIA pada 8 Dis 2017 sekitar jam 10pm waktu malaysia dan sampai di Amman sekitar jam 5am waktu Jordan. Jenazah arwah mokde tidak dibawa pulang ketanah air. Semua ahli keluarga bersepakat untuk kebumikan jenazah disana saja.

Dalam Doa yang penuh ikhlas dari lubuk hati ini, aku memanjatkan doa kepada Allah swt semoga urusan mokde dipermudahkan sebagaimana mokde telah mempermudahkan segala urusan kami adik-beradik selama ini. Saya mungkin akan merindui mokde sebagaimana saya merindui arawah ummi & juga Abi. Semoga kita sekeluarga akan bertemu nanti di Syurga Allah. Amin Ya Robbal a'lamin. 




Khamis, 19 Mei 2016

Pengembaraan Rohani :: Mekah Kota Yang Diberkati 2



Melakukan umrah secara sendiri tanpa menggunakan mana2 travel agent merupakan sebuah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Ia mengajar kami erti sebuah kekuatan, kesabaran & saling berkerjasama antara satu sama lain. Alhamdulillah, tidak banyak dugaan yg datang menimpa sepanjang perjalanan, semuanya menjadi mudah & indah. Seperti DIA menghantar seorang PA yg sentiasa ada & bersedia membantu kami pada bila2 masa. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.



Hari Last kami di Kota Makkah. kami Pusing2 ke Menara Jam & beli sedikit buah tangan untuk ahli keluarga & kawan2. Nuha Safiya pula seperti biasa bile melihat burung merpati yg banyak di perkarangan Masjid, mulalah dia berlari ke sana ke mari.

"bermainlah sepuas hatimu wahai anak, mudah2 ini bukan kali terakhir engkau bergembira dibumi yg penuh barakah ini. InsyaAllah kita akan ke sini lg nnt"




Yang bahagian belakang tu adalah bangunan Hotel Hyatt Regency & juga Hilton Suite. Tetapi lokasi bilik kami berada di bahagian menara yg sebelah sana (kanan). Bangunan sebelah kanan yg berada di hadapan itu adalah bangunan Hotel Intercontinental Dar At-Tawhid manakala bangunan sebelah kiri adalah Hilton Tower, Zamzam Tower @ Menara Jam. 
 


Dihadapan pintu bilik kami yg banyak meninggalkan 1001 cerita sepanjang 11 hari kami di sini.

Hari-hari terakhir kami di Haramain terasa begitu sayu. Setelah 18 hari kami di tanah suci, hati begitu lapang sekali, Jiwa amat tenang & bahagia. Syukur ke hadrat Allah kerana Dialah yang mengurniakan segalanya untuk kami. Bilakah lg kami akan dijemput ke sini. Berat rasanya kaki untuk melangkah keluar, rasa ingin shj aku menetap di kota ini. Hendak mengemas beg pun terasa malas. Lagipun tidak ada ape yg perlu di Pack, coz barang2 tidaklah sebanyak mana. Waktu penerbangan pulang kami pada hari itu adalah pada jam 11 mlm waktu Saudi. Pada mulanya kami merancang untuk bertolak ke Jeddah selepas Asar. Tetapi setelah berfikir kembali lebih baik bertolak sedikit awal, manala tau jika ada sebarang kesulitan yg berlaku nnt, sekurang2nya masih ada sedikit masa yg berbaki. Jadi kami Check out bilik selepas Zuhur. Sekitar jam 2.30 ptg kami telah bertolak ke Jeddah menggunakan Teksi, tambang SAR150 shj. Tempoh perjalanan mengambil masa sekitar sejam suku. Teksi tu bawak kereta macam ribut. Boleh tahan laju. Jam 3.45 ptg kami dah sampai di Jeddah Airport.



Sementara menunggu Abi check out. Alhamdulillah staff hotel pun sgt baik, mereka tidak kisah pukul berapa kami nk check out, walaupun waktu check out sebenarnya adalah sebelum jam 12.30 tghr. Klu nak check out malam pun boleh. InsyaAllah jika ada rezeki lg kami dtg ke bumi ini, kami akan menginap di sini lg.



Pakcik tu adalah Tokey yg menjual air zam-zam untuk airport, seorang yg baik hati, bersembang dengan aku mcm dah kenal lama jek, sgt baik & peramah org-nya. Siap bagitau aku, klu nk post air zam-zam ke Malaysia pun boleh tapi kos penghantaran kene tanggung sendiri.. hihihhihi...

Semasa di kaunter check in, satu dari 3 beg bagasi kami melebihi berat sebanyak 9kg menjadikan jumlah berat 32kg . Sepatutnya tiada masalah kerana total berat setiap penumpang adalah 46kg. Tetapi di Airport Jeddah ia sedikit rumit. berat 46kg itu hanya untuk 2 beg shj, tidak dibenarkan untuk 1 beg melebih berat 23kg. Jadi terpaksalah kami membeli kotak & repack balik barang2 kami. Tetapi yg peliknya semasa di kaunter Saudi Arabian Airline KLIA ok shj, tiada pulak masalah beg berat dr 23kg kene reject. Hmm Lain negara lain caranya. Kata org tua2, Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Setelah selesai pack barang2 aku membeli 4 botol air Zam-Zam untuk di bawa pulang. Rupe2nya hanya 3 botol shj yg dibenarkan check in. Kerana hanya 1 botol dibenarkan untuk 1 passport.. Adooilaaa mcm2 hal.. akhirnya aku dapat satu Idea, better aku masukkan sekali botol air zam-zam tu ke dalam Luggage. Dengan syarat berat luggage tidak melebih 23kg. Alhamdulillah, percubaan yg mendatangkan hasil. hihihihi..



Stok Air Zam-zam yg banyak, Setiap kotak hanya 5 liter

Lebih kurang jam 5 ptg kami dh siap check in beg, maka kami bergerak ke Red Mall. Sekadar igin mengenali bandar Jeddah dengan lebih dekat. Kami naik teksi ke Red Mall. Tambang dr Airport SAR70. Tersangatlah mahal. Mmg dah terkene. Pada mulanya hubby memberitahu aku tambang teksi SAR17 sehala. Dua tiga kali aku tanya, betul ke, jgn2 SAR70 tak. Coz hubby yg deal. Aku tunggu je kt dlm airport tu. Bila dah nak turun kt Red Mall tu barulah hubby tau yg tambang SAR70. Dah miscommunication lg kt situ. Mmg tepatlah sangkaan aku. Xde nk murahnya klu tengok org luar, mesti nk ketuk kaw2. Hmm ape2lah, bayar ajelah. kepada jemaah yg nk Ke Mekah or Madinah aku sarankan jgn speak english sgt dgn diorang ni, coz mmg entah ape2, jarang2 je yg faham. Sebut harga pun xbetul. Better belajar sikit sebutan dalam bahasa Arab cthnya : 50 riyal = Khomsiin,  10 Riyal = Isyriin 100 Riyal = Miiah. 



Kami berada di Red Mall sampai jam 8 mlm kemudian kami bergegas untuk ke Airport semula. Tiada ape yg best sangat di Red Mall. nak shopping pun xde mood. Sekadar jalan2 & pusing Mall menghabiskan sisa masa sementara menunggu take off. Tepat jam 1030 mlm kami di panggil masuk untuk boarding. 


Selamat Tinggal Bumi yang penuh barakah, semoga di lain waktu kami akan tiba kembali ke bumi ini. InsyaAllah. Perjalanan pulang juga baik2 belaka. Tiada cuaca buruk mahupun gegaran yg berlaku. Alhamdulillah kami tiba di KLIA sekitar jam 12.30 ptg. 

Sesampai di Rumah aku mendapat berita Kota Mekah di landa angin kencang serta hujan lebat yg menyebabkan Masjidilharam banjir pada ptg 26 April 2016 itu. Bahagian dalam masjid di tingkat 1 di penuhi air setinggi paras betis. Kejadian berlaku selepas Asar. MasyaAllah nasib baik kami telah bertolak keluar lebih awal, kerana jika diikutkan plan asal kami ingin bertolak ke Jeddah selepas Asar. Tetapi tiba2 perasaan berubah untuk keluar selepas Zuhur. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.     


Seminggu sebelum kami ke bertolak dari KL ke Madinah, Kota Mekah juga di landa ribut & banjir. Namun selama 11 hari kami di Kota Mekah, cuaca Alhamdullilah elok2 shj, walaupun sedikit panas. Elok shj ketika kami bertolak meninggal Kota Mekah beberapa jam, Mekah kembali di landa ribut & banjir. Maha Suci Allah yg memelihara kami daripada sebarang kesulitan. Dialah Allah yg memelihara sesiapa shj yg DIA ingini. 


Subhaanallah Alhamdulillah walaailahaillallah huallaahuakhbar !

Rabu, 18 Mei 2016

Pengembaraan Rohani :: Mekah Kota Yang Diberkati 1

Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk (tempat Ibadat) manusia, ialah Baitullah di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. (Surah Ali ‘Imran, ayat 96)

Bakkah ertinya memecah, mencarik, atau menunduk. Dinamakan Bakkah kerana ramai manusia datang kepadanya dan menyebabkan orang bersesak-sesak padanya. Makkah juga menunduk atau menghancurkan orang yang zalim dan menghapuskan mereka.Ada empat pendapat mengenai nama Bakkah ini: 

a. Nama kepada seluruh Tanah Haram, seperti nama Makkah.
b. Nama kepada tapak Kaabah.
c. Nama kepada Kaabah dan Masjidilharam
d. Nama tempat di antara dua bukit sekeliling Kaabah

Di Lobby Hotel, 1st day sampai di Makkah. Seronok bukan main budak kecik ni bile dah sampai ke Makkah, nak pergi kt Ka'abah katenye.

Bilik kami view masjid, sangat seronok dapat tengok org ramai yg berpusu-pusu ke masjid bila azan berkumandang, jarak antara hotel dengan dataran masjid adalah sejauh 10m. Lintas jalan saja terus masuk dataran masjid. Jarak antara hotel ke Pintu masuk masjid lebih kurang 100m. jalan 2, 3 minit dah sampai dlm masjid. Alhamdulillah Sesungguhnya DIA Maha Mendengar. 



Sesampai sahaja di bilik penginapan, kami terus bersiap2 untuk turun ke masjid melakukan tawaf & Sa'i.Memandangkan ini kali pertama melakukan tawaf hubby agak bimbang untuk membawa Nuha bersama. Jadi kami tinggalkan Nuha di bilik. Beberapa kali juga aku berpesan supaya jgn ke mana2 sehingga ibu & abi balik semula. Kami turun selepas asar, kami hanya solat asar berjemaah berdua di bilik. Setelah itu kami terus turun untuk ke Masjidilharam. Jemaah agak ramai ketika itu, beberapa kali juga hubby hampir jatuh kerana di rempoh oleh jemaah Pakistan & India. Tetapi Alhamdulillah, setelah hampir 2 jam baru kami selesai melakukan 7 kali pusingan. Aku sgt keletihan ketika itu. Hampir sahaja terasa ingin pitam. Kami berehat seketika & melakukan solat sunat tawaf & kemudian sambung untuk bersa'i di Safa & Marwah.  

Sambil melakukan sa'i hati asyik teringatkan Nuha, ape agaknye dia buat dibilik sesorang tu. Jgn dia keluar sudah. Selesai sa'i hubby memberitahu ada beberapa miscall drpd no 012 ++. Agak pelik, itu no Saudi, hanya aku sahaja yg ada no hubby. Setelah selesai sa'i hubby menelefon no berkenaan. Rupe2nya panggilan daripada pihak hotel. Nuha Safiya menangis di luar bilik & di jumpai oleh cleaner Hotel. nasib baik dia tahu nama Abi. Jadi pihak hotel terus menelefon kami. Ape lagi kami terus bergegas ke hotel. Aku hanya tunggu di level bawah @ starbuck cafe. Hanya hubby yg pergi berjumpe manager hotel tu. Banyak juga hubby kene tazkirah kerana kecuaian menjaga anak. Nuha pula dah kenyang makan di jamu oleh staf hotel yg ditugaskan untuk menjaga dia sehingga my hubby datang. Nasib baik aku tak follow skali, klu tak dgn aku2 kene ceramah dgn pak arab tu.... adddooiiiilaa...




Duduk di Starbuck sementara menunggu hubby amik Nuha. 
 
Bila aku tanye balik Nuha, kenapa keluar dari bilik. Dia cakap lama sangat tunggu ibu & abi balik, Nuha nk tengok jek kt luar. Agaknya bile dia bukak pintu bilik & menjengok keluar, pintu tu terus tertutup & dia dah tak boleh masuk balik ke dlm bilik itu yg dia menangis kt luar tu. Nuha cerita yg dia follow uncle cleaner tu bersih bilik, sapu sampah, tukar cadar & sebagainya. Lepas tu uncle bawak dia g makan kt bawah. Amboi2 bukan main seronok yer. After kejadian tu kami agak berhati2 utk tinggalkan dia di bilik. Hanya waktu subuh shj kami tinggalkan, waktu2 lain mmg bawak ke masjid. Tapi sampai skrg aku duk fikir, mcmne Nuha blh bukak pintu bilik tu, coz pintu tu tersangatlah berat. Aku 2,3 kali suruh dia bukak balik pintu balik tu, sampai ke sudah dia tak boleh bukak pintu tu. Hmm tak mengapalah, yg penting anak ibu dah selamat, nasib baik tak jadi ape2 yg tak di ingini. Pengajaran yg sangat berguna juga buat abi Nuha. Supaya next time jgn ambil mudah nk tinggal anak camtu jek. Klu ikutkan, aku mmg nk bawak Nuha g masjid skali masa tu, tapi hubby ckp xleh nk bawaklah itula.. inilah... apepun Syukur Alhamdulillah semua dh selamat. Jagalah Allah, Allah akan menjagamu !
 


 Bilik yg agak selesa. Katil Twin tu pun cukup besar untuk kami bertiga, klu nk tambah anak sorang lagipun ok. masih selesa untuk tido. 



Melakukan tawaf sunat bersama sikecik lepas zuhur, cuaca agak panas sekitar 43 darjah celcius. Mmg terasa bahangnya masa mula2 kami masuk ke bahagian luar untuk bertawaf. Nuha pun dah sepet2 mata menahan cuaca panas, tetapi setelah kami memulakan tawaf, cuaca panas yg pada mulanya sgt membahang, tiba2 semakin lama semakin berkurang rasa panasnya, seperti ada filter tahan panas yg melindungi kami. Bahang kepanasan itu berkurang lebih 50% dari mula2 kami masuk untuk bertawaf. Selesai 2 pusingan tawaf Nuha telah lentok di bahu abi. Aman sejahtera dia tido sampai habis 7 pusingan tawaf.



Mataf belum sepenuhnya dibuang ketika ni, tapi 2 hari sebelum kami kembali ke tanah air, Alhamdulillah semua dah clear. Kawasan untuk tawaf menjadi sangat lapang. Hubby pun banyak kali jugak buat tawaf sunat. syukur ke hadrat Allah kerena dikurniakan kesihatan yg baik semasa di sana.





Hotel Intercontinental Dar At-Tawhid. Hotel ini berada di dalam kawasan dataran masjidil haram. Ia di kire termasuk drpd sebahagian masjidilharam, di bahagian atas hotel ini, ada hall untuk solat berjemaah. Sesiapa yg malas turun ke masjid boleh shj solat berjemaah di ruangan solat yg disediakan. Selalunya bile tiba musim Ramadhan mmg jemaah sangat ramai setanding musim Hj. Jadi Hall solat tu mmg sgt berguna untuk mereka yg menginap di sini. Hyatt Regency berada betul2 di belakang Hotel Dar At-Tawhid ni. Mengikut rancangan pembangunan Masjidil Haram yg baru, Hotel Dar At-Tawhid ini akan di robohkan. Oleh itu View untuk Hyatt Regency & Hilton Suite akan menjadi lebih indah & lapang kerana betul menghadap Masjidil Haram tanpa sebarang halangan.   

 


Bersiar-siar sekitar Masjidil Haram selepas waktu dhuha. Budak kecik yg tak sempat mandi pagi.  Waktu subuh sekitar jam 4.25 am. Jika Nuha terkejut & nk ikut ke masjid, maka kami akan bawak, tapi jika dia masih lena, kami just tinggalkan. Alhamdulillah selamat. Sedap aiskrim ni RM5 riyal satu bekas tu. Kawasan sekitar Hotel As Safwah & Elaf Kinda.



Bakery pun banyak pilihan, maklum sajalah, arab kan mmg suka makan roti. Aku kurang gemar, cuma wafer shj menjadi pilihan aku setiap hari, wafer bersama aiskrim coklat. Muahhhh... mmg sedaap... Alhamdulillah...


 

Pilihan buah-buahan yg sgt banyak, manis2 semuanya. Yogurt pun ada banyak pilihan, sapa2 yg penggemar yogurt mmg heaven, hari2 angkut buat naik bilik. Kitorang hari2 angkut buah epal & Jus dlm botol. penuhkan stok peti dlm bilik. 



Chef dari malaysia yang baru 2 bulan bekerja di sini untuk bahagian Asean Kitchen. Sedap jugak dia masak cekodok bilis, berbakul2 habis. Mmg Mendapat permintaan hangat. 


Hari2 menu yg mmg menjadi pilihan aku ialah meat bacon dengan nasi arab. Beras dia sangat panjang, sampai hubby pada mulanya ingatkan Mee, aku pun sama. Tapi setelah diberitahu oleh staff hotel itu ialah nasi beriani, barulah kami tahu... 
 



Staff Hotel yg sangat ramah & sentiasa memberikan layanan yg terbaik, membuatkan kami sgt gembira & terasa sangat selasa. 



Epal 2 biji dh siap sedia untuk di bawak naik.. hihihihi...





Stok makanan dlm peti ais kami. Stok makanan yg banyak dah xpayah nk beli lagi dah. Lagipun banyak makanan yg tak habis, sampai pihak hotel terpaksa sedekahkan kepada jemaah luar yg memerlukan.



Nasi beriani Kambing harga SAR25 sebungkus

Untuk makan tengah hari selalunya kami hanya makan buah & minum jus shj, sebab masih full dengan sarapan pagi yg berat. Kami amik sarapan sekitar jam 10am to 11am. jadi lunch, kami hanya makan ringan2 shj. Kami makan mlm selalunya selepas Asar atau pun selepas marghib. Kami beli nasi beriani & ayam grill di food court level C4, satu bangunan dengan hotel kami. Bermacam2 menu ade. Tapi hidangan paling rare ialah nasi beriani & ayam grill bersama ulam lada hijau besar. Alhamdullah mmg sedap & cukup kenyang utk kami bertiga. Harga SAR25/bungkus. 


 Budak kecik yg asyik nk makan ayam goreng AlBaik


Tambahan menu untuk Nuha ialah Ayam AlBaik. kadang2 budak kecik ni makan banyak, tengah2 mlm sibuk nk makan lagik. so kami beli siap2 utk dia. Set AlBaik tu hanya SAR9/set. perbelanjaan makan kami sehari tidak lebih SAR40 sehari.   

Nuha & kawan2, setiap hari ade shj kawan baru dia. Seronok tengok mereka berinteraksi, walaupun masing2 cakap dengan bahasa masing2 tetapi cara beeinteraksi tu mcm faham jek. hihihi lawak betul budak2 ni. 



Pemandangan di dalam masjid sejurus selepas solat. Ada yg tido, mengaji alquran secara berjemaah & sebagainya. 


Aktiviti kami di Makkah sama shj semasa di Madinah, cuma yg bezanya, di Makah ni kami melakukan umrah. Selama 11 hari kami di sana, kami sempat melakukan 3 kali umrah. Pada mulanya aku nak buat umrah kali ke 4 tetapi hubby tidak mengesyorkan. Katanya mengikut buku panduan yg di keluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi, tidak ada syariat melakukan umrah berulang-ulang kali begitu & tidak digalakkan. So aku pun membatalkan niat untuk melakukan umrah. Oleh itu kami hanya memperbanyakkan tawaf sunat shj. 


Umrah ke-3 kami, Masa ni jam 4.00am hanya menunggu azan untuk solat subuh. Aku sangat penat masa ni, sampai nk saie pun hubby kene tolak pakai kerusi roda, entah ape penyakit yg dtg pun xtau. nk berjalan terasa terhuyung hayang, mungkin aku pening berada dlm jemaah yg sangat ramai. Thank syg coz sudi membantu menyempurnakan umrah. Sian hubby, mesti lebih penat dr aku, coz bukan dekat2 jugak tolak kerusi roda dari Safa ke Marwah, berkilo meter jugakla. Semoga Allah memberi ganjaran yg lebih baik untuk abg.



Begitulah hari2 yg kami lalui sepanjang di Makah, semuanya baik2 belaka. Untuk ke Tanaim kami mengambil teksi dengan bayaran 40 riyal pergi & balik. So driver teksi tu akan tunggu kami untuk solat sunat ihram & berniat di masjid. Pada kali ketiga melakukan umrah kami pergi ke Tanaim menggunakan bus. Tambang 2 riyal/pax shj. Tetapi agak bersesak dgn jemaah dari india & Pakistan, agak kurang selesa di situ. Masa nk balik tu aku ambil teksi coz malas nk bersesak dgn diorang lg, agak memeningkan kepala. Bayaran sehala 20 riyal shj.


Masjid Tanaim. Kami pergi berniat ihram di Tanaim selepas marghib.

3 hari sebelum berangkat pulang aku di datangi Uzur. Sangat sedih kerana tidak dapat melakukan solat jemaah & duduk di masjid lagi. Entah bile lg dapat dtg pun tak tau. Hubby pada mulanya buat muka sedih coz dia kene pergi masjid sorang2, selalunya kami akan ke masjid bertiga, kadang2 berdua shj utk waktu subuh coz Nuha masih nyenyak tido. So bile kene pergi sesorang tanpa teman ala2 sedih gitu.. Olo..olo..Olo... baby jgnla sedih... hihihihi...



Setiap kali masuk waktu solat aku akan duduk di tepi tingkap menghadap Masjidil Haram, melihat jemaah yg solat berjemaah. Teringin sgt rasanya untuk turun berjemaah sekali bersama. Tapi apekan daya. Moga Allah memberi peluang untuk kami kembali lagi ke bumi yg penuh barakah ini sebanyak yg mungkin.. InsyaAllah.



 





Isnin, 16 Mei 2016

Pengembaraan Rohani :: Madinah Bumi Yang Sejahtera 2

Rutin harian kami di bumi Madinah hanyalah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah. Walaupun kedai2 menjual pelbagai barangan ada di mana2 shj tetapi aku sepertinya hilang tarikan untuk membuat tawaf di kedai sekitar hotel. Hanya melihat dari jauh tanpa ada perasaan untuk singgah, apetah lagi untuk membeli. Mungkin juga kerana satu doa yg pernah aku minta kepadaNYA di setiap sujudku :-

"Ya Allah tutuplah keinginan hatiku untuk membeli-belah & berseronok terhadap perkara dunia ketika aku tiba di sana (Mekah & Madinah), sesungguhnya aku datang dari jauh ke bumi haramain ini adalah keranaMu ya Allah. Berilah kekuatan mental & fizikal untukku melakukan ibadah sebanyak2nya sepanjang masa selama aku berada di 2 tanah suci ini"


Waktu solat & suhu di Madinah pada 13 April 2016 hari ke 3 kami di bumi Madinah, pada 11hb yg lalu suhu sekitar 20 - 21 darjah celcius.

Ya.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, aku hanya membeli beberapa KG kurma & juga minyak atar serta sepasang jubah pada hari terakhir aku di bumi Madinah. Walaupun melihat makcik2 dari Malaysia & juga Indonesia bukan main lagi bershopping sakan setiap kali habis waktu solat subuh terutamanya. Pernah satu hari aku pulang awal ke Hotel, selepas habis solat subuh berjemaah, aku hanya membaca beberapa surah & kemudian terus pulang ke Hotel sekitar jam 5.45 pagi. Suasana di hadapan gate 25 itu seperti pasar borong. Terdengar suara2 penjual jalanan "khamsah riyal....khamsah Riyal... a'syarah riyal... asyarah riyal..." maka berpusu-pusulah kaum2 hawa. Aku hanya melihat & berlalu pergi, mmg murah jika dibandingkan harga jualan di kedai2, tapi bila nafsu seperti tiada, apepun yg datang seolah-olah seperti angin yg berlalu pergi. 


Inilah tempat feveret aku, antara banyak2 tiang masjid nabawi, aku sering berada pada tiang di bahagian hadapan ini. Membaca Alquran, sembahyang & mahupun duduk berzikir & memohon ampun atas segala dosa2. Setiap kali tiba waktu Dhuha sekitar jam 6.15 pg, bumbung masjid akan terbuka, suasana masjid menjadi terang benderang, disusuli dengan deruan angin yg sangat membelai, tidak terlalu sejuk & tidak pula terlalu hangat, Subhanallah keindahan & kedamaian apakah ini ? Ketika waktu begini, masjid sudah lengang, jemaah selalunya pulang ke hotel lepas solat jenazah dan selalunya waktu beginilah yg membuatkan kite merasa sungguh aman & selesa untuk melakukan ibadah. Sepertinya salah satu dari petak2 masjid itu kita yg punya. Kadang2 shj ada beberapa org arab yg duduk berdekatan sambil membaca alquran. Jauh di sudut hatiku berkata.. Ya...Inilah suasana yg sering aku rindui walau dimana shj aku berada. Cukuplah dgn hanya makanan & minuman yg sekadarnya. Aku ingin selalu berada di bumi ini.



Suami2 yg menunggu isteri masing2 di perkarangan masjid. hubby masih belum kelihatan, mungkin sedikit lewat hari ini. 


 Selepas dhuha sekitar jam 7.20 pg selalunya hubby & Nuha safiya akan menunggu aku di salah satu tiang di bahagian hadapan Ladys Gate. Nuha lebih senang bersama abi kerana di bahagian solat lelaki lebih lengang & lapang berbanding bahagian wanita. Kadang2 sahaja Nuha Safiya bersama aku ketika di masjid. Setiap pagi dari jauh aku sudah nampak kelibat mereka berdua, sungguh indah rasa hati setiap kali melihat hubby & anakanda kesayangan menunggu aku di luar pintu masjid. Sebuah kebahagiaan yang jarang2 dapat dinikmati. Terasa indahnya hidup dalam Iman & Rahmat Allah. Terasa hebat berada di bumi yang tertanam padanya jasad seorang Nabi kekasih Allah. Rahmat & kasih sayang itu seperti meliputi setiap penjuru alam. Terasa aman & damai di bumi Madinah. Cinta kerana Allah, bersama-sama menuju kepada Allah dan mencari redha-NYA



wajah yg sering aku gambarkan setiap kali aku memejamkan mata. Moga Rahmat Allah sentiasa meliputi dirimu wahai suamiku.


"Abi, ibu dah sampai... Ibu dah sampai.."
Bila melihat aku muncul dari masjid itulah gelagat si kecik Nuha, selalu menceriakan hari2ku

Aku selalu berpesan kepada hubby untuk membawa sarung selipar setiap kali ingin ke masjid, tetapi kadang2 dia hanya memandang sepi pesananku itu. "Letak shj di rak kasut tu, takde nk hilangnya, lagipun abg keluar ikut pintu yang sama jugak" balas hubby setiap kali aku berpesan kepadanya untuk membawa sarung selipar. Hmm terpulanglah. Suatu pagi keesokkan harinya, aku lihat ade selipar asing dibilikku, saiz yg agak kecil, tertukar selipar agaknya..?? aku berkira-kira sendiri. Tidak lama kemudian hubby menceritakan kepadaku yg selipar dia telah hilang & di ganti dgn selipar yg kecil itu. Hmm x mengapalah selipar jepun shj pun. Lagipun Aku mmg dh siap2 bawa extra selipar jepun, incase hilang or tercicir. Klu hendak di beli di sana, harga selipar jepun pun sekitar 15 to 20 riyal. Padahal kt Malaysia baru RM2 - RM5. After kejadian tu hubby dah mula pandai membawa sarung selipar. Klu sekadar aku yg pesan mmg dia buat tak tahu saja. Baguslah, pengajaran yg berkesan.


Dari gate 25 terus shj masuk ke pintu masuk perempuan, Untuk ke Raudhah juga melalui pintu ini. Masa 1st day aku di bawa oleh perempuan pakistan itu, dia membawa aku pusing 1 pusingan masjid rupanya, kerana pintu 15 berada di sebelah hujung sana (sebelah kanan gambar). Mungkin dia pun kurang arif lg mengenai kedudukan pintu masjid ini. Alhamdulillah aku diberi peluang sebanyak 3x masuk ke Raudhah, pada kali terakhir aku masuk ke Raudhah pada malam jumaat sekitar jam 12 mlm dan aku pulang ke bilik pada jam hampir 2 pagi. Syukur ke hadrat Allah, walaupun pada malam itu jumlah wanita yg igin masuk ke Raudhah tersangatlah ramai tetapi Allah memberi aku peluang untuk masuk & solat sunah 6 rakaat 3 salam di atas kerusi di belakang tiang bersebelahan mihrab nabi. Pada saat2 akhir aku igin beredar dari hiruk pikuk suara2 wanita arab yg menjerit2, kawasan carpet hijau Raudhah menjadi lapang, aku lihat ramai yg bersolat secara berdiri, tanpa berlengah aku juga mengangkat takbir & bersolat. Selesai solat 2 rakaat & berdoa, barulah aku tahu knp tiba2 td kawasan hadapan Raudhah menjadi lapang, rupanye perempuan2 arab yg berbadan besar membuat dinding untuk jemaah mereka melakukan solat. Jadi Jemaah lain terhalang seketika sehingga jemaah mereka selesai bersolat & aku termasuk salah seorang dari kalangan mereka. Alhamdulillah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

 

Ruang menunggu untuk ke Raudhah, di sebelah sana adalah Raudhah, di bawah kubah hijau. Kawasan tempat menunggu ini adalah bahagian luar masjid nabawi yg asal, di mana ia menjadi tempat sahabat2 berkumpul & berbincang mengenai perkara2 hukum hakam & undang2 islam suatu ketika dahulu. Bahagian menjadi Makam baginda & sahabat sekarang adalah tapak rumah Nabi SAW, dan bahagian hadapan itu adalah masjid nabawi yg asal sebelum dilakukan pembesaran. 



Suasana malam di masjid nabawi
 

Suasana sekitar jam 12 tgh mlm


Setiap masa pasti ade jemaah yg memeriahkan masjid. 


Menu Sarapan pagi di Dallah Taibah yg sentiasa menjadi ingatan. Nyum..Nyum..
sungguh sedap pencuci mulut ni.


Tiada Nasi di sediakan di Dallah Taibah, hanya roti & lauk pauk yg banyak. tetapi sudah cukup mengenyangkan & memberi tenaga utk kami sementara menunggu makan tgh hr pada jam 2 ptg

 

Suasana sekitar perkarangan masjid selepas waktu zuhur. Aktiviti mencuci lantai masjid & membuang segala sampah sarap yg ditinggakan oleh mereka yg kurang bertanggungjawab.


Makan berjemaah, kitorang berjemaah dalam bilik je. lebih selesa & sejahtera. :)


Walaupun sudah berumur tapi masih semangat menghadirkan diri untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Ada yg kudung kaki pun dtg bertongkat ke masjid, ada yg berkerusi Roda & mcm2. Alhamdulillah, hidayah Allah itu kepada sesiapa shj yg dikehendakinya.


Semasa berada di Madinah Juga kami membuat lawatan ke beberapa tempat sejarah seperti ke Bukit Uhud, Masjid Qiblatain & juga Masjid Putih. Kami ke tempat2 ini menggunakan Teksi kos 90 riyal untuk 1 jam 30 minit lawatan.




Membeli tiket Bas SAPTCO utk ke Mekah. Lokasi di Crown Plaza Hotel Madinah.


Sementara menunggu bas bergerak, kite amik gambar kenangan dulu, budak kecik yg sentiasa menjadi perhatian arab2 di sini, mungkin cara pemakaian yg agak berbeza & nampak comel. hihihihihi....


                   Service yg disediakan. Alhamdulillah semuanya terbaik.


Antara makanan yg di beri sepanjang perjalanan. 

Menikmati pemandangan padang pasir yg gersang, sambil di dlm hati berkata, bagaimanakah Nabi Saw & para sahabat berhijrah melalui padang pasir yg kering kontang & bergunung ganang menggunakan unta selama berhari2 merentasi gurun untuk ke Madinah. Allahurobbi... sebuah pengorbanan yg tidak terkata demi mendaulatkan syiar Islam di bumi Allah.




 Umrah pertama ... semangat tu lain macam sikit nampaknya :))

Bus yg kami naiki berhenti di Bir Ali lebih kurang 30 minit untuk memberi ruang kepada jemaah melakukan solat sunat ihram & berniat Ihram. Ini adalh kali kedua aku berniat ihram di sini, banyak juga perubahan setelah 12 tahun yg lalu.

Masjid Bir Ali dari luar. Untuk berniat ihram kita tidak di wajibkan berhenti melakukan solat sunat ihram. Jika jemaah terlalu ramai seperti musim haji, bas selalunya akan berpusing sekitar kawasan masjid satu round & ketika itu kita sudah boleh berniat ihram. Tetapi jika berkesempatan untuk turun & solat sunat ihram itu lebih baik. 
 



Antara gambar kenangan yang sempat aku rakamkan semasa di Bir Ali. Perjalanan kami diteruskan ke Mekah untuk melakukan Umrah. Tempoh masa perjalanan lebih kurang 5 jam. Alhamdulillah tepat Jam 3 ptg kami selamat tiba di stesen Bus di Mekah. Kami mengambil Teksi untuk ke Hotel. Tambang sebanyak 30 riyal. Satu kejadian yg sering di pesan kepada para jemaah supaya jangan membiarkan sesiapa pun mengambil barang atau mengangkat barang2 kite samada di stesen bus mahupun di airport. Kerana mereka menolong bukan secara percuma. Kami pun terkena jugak masa kt Stesen bus ni, siap cas 10 riyal coz tolong angkat beg buat kluar dari bus. Padahal xde sapa suruh dia angkat pun. Hubby pula ingatkan mamat bangla tu adalah salah seorang pemandu bas. Hmm.. mcm2... nasib baik 10 riyal je dia minta. Kerje tak sepadan dengan upah.