Memaparkan catatan dengan label Mekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mekah. Papar semua catatan

Khamis, 23 Jun 2016

Salam Takziah !

Baru beberapa minggu yg lalu aku & keluarga pulang ke kampung untuk melawat saudara mara yg sedang di timpa dengan ujian sakit. Tidak sampai 2 minggu setelah bertemu dengan Cik Ngoh Dah di rumahnya di Kuantan & berborak panjang mengenai susur galor keturunan kami. Tiba2 pada hari Isnin yg lalu 20 June 2016 bersamaan 15 Ramadhan pada jam 3 ptg, Cik Ngoh telah kembali kehadrat Illahi. Bertemu pencipta sekelian alam ini- Al Malik.  

Teringat perbualan ku dengan hubby selepas melawat arwah pada petang itu, aku memberitahu hubby tentang keadaan cik ngoh. Melalui pemerhatianku, aku rasa cik ngoh sudah tidak mempunyai waktu yg panjang. Paling-paling lama pun 2 bulan. Aku bukan meneka & membuat andaian tetapi itulah yg sering aku perhatikan pada setiap ahli keluarga yg semakin hampir menemui ajal. Walaupun kelihatan agak sihat & masih petah berkata2 serta masih boleh ketawa kecil walaupun agak termengah-mengah, tetapi keadaan jasad seperti seolah2 memberi isyarat bahawa usia-mu kini semakin hampir ke penghujung. Saki baki waktu yg ada ini persiapkanlah untuk menghadapinya. (sakaratul-maut)

Sepanjang perbualan kami pada petang itu, aku sempat berpesan kepadanya supaya membuat persiapan untuk menghadapi alam barzakh, bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa tetapi kerana keyakinan kepada hidup selepas mati itu, kerana setiap daripada kite akan tiba waktunya. Alangkah indah jika waktu yg akan tiba itu sudah kite persiapkan diri untuk menghadapinya. Bila mana 2 malaikat datang menjemput saat itu, kite sudah bersedia untuk pulang bertemu Tuhan pencipta alam. Tiada apa yg kita hiraukan lagi mengenai dunia yg akan kita tinggalkan, semuanya sudah di susun & di atur sebaik mungkin. 

Cik ngoh adalah seorang guru al-quran yg di segani di Istana Pahang, dia seorang insan yg sentiasa ceria & menghiburkan. Mudah2n Allah merahmatinya & di tempatkan di kalangan hamba2 yg solehah.

Ketika arwah umi melalui saat2 akhir kehidupannya, arwah umi berpesan kepada aku tentang semua dokumen2 penting yg telah di simpan di dalam satu fail. Semua dokumen hartanah & juga buku bank simpanan semua telah di simpan di situ. Tetapi aku hanya memandng sepi pesanan itu, kerana aku tidak mengharapkan arwah umi untuk pergi terlalu awal meninggalkan aku sendiri. Demi sesungguhnya janji Allah itu telah jelas, setelah arwah pergi aku mula mencari fail yg dimaksudkan arwah umi di balik susunan buku di rak. Apabila aku membuka fail berkenaan, sungguh aku terasa takjub, subhanAllah, umi sepertinya sudah tahu yang ajalnya semakin hampir. Kami sekeluarga tidak mempunyai sebarang masalah untuk menguruskan segala peninggalan arwah umi. Semuanya seperti telah tersedia dengan rapi untuk diuruskan. Indahnya sebuah kematian.          

Hidup ini hanyalah seketika. Dunia ini hanyalah tempat berlakon & berseloka, tiada apa yg kekal abadi untuk dimiliki, semuanya hanyalah pinjaman semata-mata. Dalam setiap doa yg aku lafazkan, Ya Allah.. sampaikanlah hasrat hatiku untuk tinggal di bumi Madinah mahupun Mekah pada penghujung hidup-ku. Sedarkanlah aku jika aku terlalai & terleka terhadap dunia & matikanlah aku dengan sebaik2 kematian & tempatkanlah aku dengan sebaik2 tempat kembali pada sisi-MU. Ameen Ya Robbal 'Alamin.







Khamis, 20 Mac 2014

UMRAH :: Rindu Untuk Kembali Ke Mekah & Madinah

Beberapa minggu ini aku asyik membuat carian berkenaan dengan menunaikan Umrah ke Tanah suci tanpa menggunakan Agen. Banyak juga maklumat yang aku dapat. Setiap ketika perasaan untuk kembali ke Tanah Haram mula membuak-buak. Kali pertama aku ke Menunaikan Umrah pada tahun 2004. Aku mendapat sponsor penuh dari arwah cik ngah. Travel agen yg membawa kami pada ketika itu bernama Al-Quds. Alhamdulillah berada di Tanah Haram pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan adalah sebuah perasaan yang sangat Indah. Perasaan pertama kali melihat Ka'abah tidak dapat aku bayangkan dengan kata-kata. Jangtung berdegup kencang, ingin melihat sebuah rumah yg Maha Suci, yang menjadi tujuan ibadat setiap umat Islam di Bumi. Dari celah2 tiang Masjidil Haram yang berdiri megah aku dapat melihat Ka'abah dari pintu Babusalam. Tanpa sedar aku menangis. Mungkin terlalu gembira agaknya. Allahurobbi.

Tiket untuk menunaikan Umrah pada bulan Ramadhan sekarang melambung tinggi. Kebanyakkan Pakej bermula dari angka RM5500++ untuk bilik 4/6. Itu harga di awal ramadhan, bukan pertengahan Ramadhan apetah lagi untuk 10 hari terakhir Ramadhan. Harga melambung2 sampai mencecah 30k seorang. Ya Allah... Bumi yang tandus & kontang itu suatu masa dahulu tidak mempunyai apa2, kini berdiri megah dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Mungkin juga ini petanda dunia akhir zaman. Mendengar cerita dari sanak-saudara yang baru sahaja balik dari sana, semuanya telah jauh berubah. Kedai2 atap semua dah xde. Hotel2 yang berhadapan masjidil haram semuanya telah di robohkan. Perubahan yang begitu drastic sekali dalam masa beberapa tahun.
Jika di izinkan Allah aku berhasrat untuk sana lagi. Terasa ingin mengulang & merasai detik2 yang indah selama berada di bumi haramain pada bulan yang mulia & penuh barakah itu. Mudah2n Allah sudi menjadikan aku Tetamu di Rumah-NYA.


Antara Travel Agent yang menjadi perhatian adalah Andalusia Travel, Felda Travel & juga Rayhar Travel. Harga pakej untuk menyambut awal Ramadhan dengan bilik berdua semuanya bermula dari Angka RM7500++ bagi penerbangan Saudi Air/MAS/ Emirate. Kitorang bercadang untuk berpuasa di Mekah selama 6 atau 7 hari sekurang-kurangnya. Menunaikan Umrah di bulan Ramadhan sama pahala-nya dengan menunaikan ibadat Haji. Itu yang aku nak sangat pergi ketika bulan Ramadhan. Pahala pun berlipat ganda, Mudah2n aku tidak tergolong dari kalangan manusia yg muflis di hari akhirat nanti.  

Beberapa sessi perbincangan bersama hubby & my aunty telah dilakukan. Memandangkan anakanda Nuha Safiya terpaksa ditinggalkan bersama Opah (my aunty) Jika kami pergi menunaikan Umrah pada awal Ramadhan nanti. Perancangan awal aku mahu membawa Nuha sekali ke sana, tetapi setelah banyak kali di fikirkan dan beberapa factor keselamatan, maka aku terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan Nuha. Walaupun berat hati aku ni hhmmm... Tapi demi menjamin kesempurnaan ibadah & juga keselamatan Nuha aku terpaksa Redha untuk tidak membawanya. 


Mengikut pengalaman yang lepas, pada setiap kali tiba bulan Ramadhan jumlah Jemaah meningkat berkali ganda, melebihi waktu2 yang lain. Ada yang kata jumlah Jemaah sama ramainya dengan musim Haji. Nak berjalan pun memang bersesak-sesak. Jika aku membawa Nuha dalam keadaan sebegitu mungkin kurang sesuai untuk dia yang masih kecil, baru saja hendak memasuki umur 2 tahun. InsyaAllah jika di izinkan Allah, aku akan membawa Nuha ke Tanah Suci bila dia sedikit besar & pandai menjaga diri InsyaAllah. 

Memandangkan ini adalah Umrah yang pertama kali bagi my hubby, dia mencadangkan kitorang pergi bersama agent saja. katanya agak rumit untuk pergi sendiri tanpa agent. Bimbang ada perkara-perkara ibadah yang tidak sempurna di lalukan sendiri tanpa panduan ustaz2. Oleh itu aku bersetuju untuk pergi dengan Travel Agent, tapi travel agen yang mana satu belum dapat di putuskan lagi. Persediaan dari segi mental & fizikal juga harus di mantapkan. Harapnya niat untuk ke Tanah haram ini di mudahkan jalannya oleh Allah. 


Amen ya Rabb...