Memaparkan catatan dengan label Bumi Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bumi Allah. Papar semua catatan

Rabu, 14 November 2018

Merhaba Turkiye :: Menjelajah Balkan & Memandu di Turkey



Alhamdulillah trip kembara ke Turkey yang bermula pada 27 Oktober & berakhir pada 11 November 2018 telah meninggalkan kenangan indah buat kami sekeluarga. Trip kali ini sedikit mencabar kerana baby faz baru saja berusia 9 bulan pada tanggal 27 oktober haritu. Banyak keperluan pakaian, makanan & juga ubat2n baby yang perlu disediakan sebelum berangkat. Melakukan pengembaraan bersama anak kecil tidaklah semudah travel bersama kawan2 ataupun berdua bersama pasangan. Persediaan mental juga perlu kerana mood anak2 tidaklah sama seperti kita. Waktu tidur & makan yang cukup adalah point terpenting untuk memastikan anak kecil sihat & tidak meragam sepanjang perjalanan. Untuk Stok makanan, susu serta pampers sudah penuh satu beg. Kami hanya membawa 2 beg troli, satu untuk pakaian & satu beg lagi adalah untuk barang2 makanan serta keperluan baby. 

Penginapan yang mempunyai washer serta dryer adalah pilihan utama kami. Walaupun kos agak tinggi tetapi demi memastikan semua orang happy & fresh dengan pakaian baru lebihan kos tu terpaksa kami abaikan. Selalunya kami akan menginap di homestay yg mempunyai washer berselang seli dengan Hotel. 2 hari stay di Hotel & 2 hari stay di Homestay. Begitulah jadual penginapan kami selama lebih 2 minggu berada di Tuykey & juga Rantau Balkan.

Bulan Oktober lebih nyaman & tidak terlalu sejuk seperti di musim winter tetapi persediaan jaket yang bersesuaian juga penting untuk anak2, walaupun musim winter mula masuk sekitar akhir November tapi cuaca pada awal November di sesetengah tempat sudah mencapai suhu di bawah 10 degree. 

Trip penjelajahan kami bermula dari :-


Istanbul - Sarajevo - Mostar - Sarajevo - Istanbul - Izmir - Konya - 
Cappadocia - Ankara - Saffronbolu - Bolu - Istanbul. 

Dari Istanbul kami menggunakan penerbangan Turkish Airline untuk ke Sarajevo. Tempoh perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Beza waktu di Sarajevo adalah 2 jam ke belakang berbanding di Istanbul. Kami Take off dari Istanbul pada jam 7.30pm & landing di Sarajevo juga pada jam 7.30pm. Suhu di Sarajevo sedikit sejuk berbanding di Istanbul.  Kos tiket adalah sekitar RM550++per person, tapi jika anda bernasib baik, harga tiket boleh dapat serendah RM280 per person untuk return tiket dari Istanbul ke Sarajevo. (IST - SJJ) 

Dari Sarajevo ke Mostar ada 2 pengangkutan utama iaitu Train & juga bas. Kos menaiki train lebih murah iaitu hanya 12 BAM sehala berbanding tiket bas adalah 22 BAM sehala.  1 BAM = RM2.50 atau 2 BAM = 1 Euro. Euro juga diterima di sana cuma kita akan rugi jika menggunakan Euro, lebih baik tukar siap2 duit BAM / withdraw di ATM sahaja. Kerana ada juga yang mengambil kesempatan dengan memulangkan duit BAM apabila kita membayar di dalam note Euro. Ia sedikit mengelirukan & selalunya jumlah yang kita dapat akan berkurang kerana diorang akan round figure sesuka hati. Banyak kali juga kami terkena. 

Jadual perjalanan agak padat pada 7 hari terakhir kerana kami mengejar masa memandu merentasi sebahagian Negara Turkey selama 6 hari. Kos sewa kereta 160TL/day untuk kereta jenis Hyundai Ascent Blue automatik diesel, harga termasuk insurance & juga unlimited mileage. Ada syarikat yang menawarkan harga lebih murah tetapi dengan mileage 300km/day saja. Jadi terpaksa kami ketepikan. Untuk yang tidak mempunyai Kredit Card, anda tidak perlu bimbang kerana semua car rental di Airport menerima cash dengan deposit. Harga petrol di sana sekitar  5.90TL -  6.50TL per liter. Untuk trip yang kami lakukan ia melibatkan jarak perjalanan sejauh 2700 KM dengan kos diesel sebanyak 670TL. Pemanduan kami bermula dari Airport Atatuk hingga kembali semula ke Airport. Tidak perlu International Driving License, sudah memadai dengan lesen Malaysia yang mempunyai dwibahasa.

Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat memakan masa lebih 5 jam setiap hari, yang paling lama adalah dari Izmir ke Konya memakan masa 8 jam ++ kerana faktor jalan yang masih dalam penambah-baikan serta cuaca hujan & berkabus menjelang malam. Tips yang boleh kami berikan untuk memandu di Turkey pada musim autumn mahupun winter adalah "elakkan perjalanan pada waktu malam, seboleh-bolehnya kita sudah sampai ke destinasi sekitar jam 7 mlm" 

Mengenai makanan Halal di Turkey ianya bukanlah menjadi masalah kerana lambakkan kedai2 muslim sepanjang perjalanan. InsyaAllah Halal untuk di makan. Walaupun kedai mereka tidak menjual "pork" tetapi ada sesetengah kedai yang menghidangkan arak. Untuk kami, memang kami akan elakkan makan di kedai yang menjual arak. Terasa lebih senang & bahagia makan di kedai yang semuanya halal. Harga untuk setiap satu hidangan di Turkey adalah sekitar 15TL ke 50TL. Paling murah adalah kebab gulung 15TL. Jika di Istanbul kite boleh beli kebab dengan harga yang lebih murah di kiosk kecil lot kedai di sekitar Serkeci station. Saiz kebab sama tetapi harga jauh lebih murah iaitu hanya 7TL untuk segulung kebab ayam. 

Di Cappadocia pula anda boleh memilih untuk menginap di Uchisar ataupun di Goreme. Kedua2 tempat menjanjikan pemandangan yang indah & happening. Uchisar lebih tinggi berbanding Goreme & pemandangan lebih luas. Dari atas Uchisar Castle kita boleh melihat pekan kecil Goreme & juga chimney stone yang seperti cendawan kontot :)). Untuk mencari sedikit kelainan bolehlah cuba untuk menginap di dalam gua (Cave Hotel). Memang terasa lain feeling-nya & ia adalah satu pengalaman yang cukup bermakna. Kami menginap di Cave room Taskonaklar Hotel. Walaupun harga-nya agak mahal berbanding Cave Hotel disekitarnya tetapi view dari balkoni & juga garden hotel memang superb terbaik. Sekali sekala mencuba kelainan apa salahnya, kan ? :))

Untuk yang memandu dari Izmir ke Konya anda boleh stopover di Ephesus & juga Pamukkale seketika semasa dalam perjalanan, peruntukkan sedikit masa sekitar 1 jam++ untuk setiap tempat lawatan. Manakala dari Konya ke Cappadocia pula anda boleh cover lawatan ke Ihlara Valley & juga underground city (Derinkuyu / Kaymakli) Kerana kedua2 tarikan utama ini berada di antara perjalanan Konya - Cappadocia. Itulah yg kami lakukan, cover sebanyak mungkin tempat lawatan sepanjang travelling, fully utilize time before reach to the next destination.

Memandu di sendiri di mana2 negara semstinya menjanjikan sebuah pengalaman yang tidak tergambar uniknya, kerana kita boleh berhenti di mana2 saja yang kita sukai & divert perjalanan sesuka hati. Kite adalah mastermind untuk melakar kenangan indah kite sendiri. 

Untuk cerita selanjutnya insyaAllah akan di update kemudian, semoga diberi kesempatan & kelapangan masa nak recall semua cerita & peristiwa sepanjang perjalanan. 










Rabu, 2 Mei 2018

Trip Bandung ♡ Merancang Travel Bersama Baby 3 Bulan

Alhamdulillah Baby Faz sudah berusia 3 bulan lebih. InsyaAllah sudah boleh ikut ibu, abi & kak Nuha untuk jalan2 melihat indahnya bumi Nusantara. Ini adalah trip pertama bawak baby Travel keluar negara. Sebelum ni sudah beberapa kali bawak baby travel sampai ke utara semenanjung menggunakan kereta. Alhamdulillah baby Faz macam ok je bila bawak berjalan, tak banyak akai pun dia, menangis bila lapar atau "popo" je, selebihnya dia akan tido dalam dakapan ibu. Harapnya nanti masa naik flight ke Bandung pun adik baik2 saja ye.  Apepun kita try travel yang dekat2 dulula b4 nak fly jauh2 okeh... 😘😘😎😘😘

Tiket untuk ke Bandung kali ni telah ditempah pada akhir bulan Februari 2018 ketika Malindo Air buat promo. Memandangkan Februari adalah bulan istimewa buat aku maka dengan suci hati-nya aku telah menempah tiket jalan2 untuk kami sekeluarga. Maklumlah sudah lama tidak keluar ke mana2 sejak mula aku masuk ward bersalin hingga habis pantang haritu. Jadinya sebagai tanda syukur sempena bulan kelahiranku, maka ibu yang baik hati ni, dalam diam2 telah merancang sesuatu untuk menghiburkan hati suami, anak2 & juga diri sendiri.... bosannye lahai duduk bertapa kat rumah lama2... Itu yang laju je booking tiket masa tu... hihihi....

Nak kata promo Malindo Air murah sangat tu, mungkin taklah kot. Sebab promo AA lagi murah rasanya berbanding Malindo. Tapi yang bestnya naik Malindo ni, sebab dia siap kasi makan + luggage dan juga Entertainment inflight, Suka la semek Nuha nanti, dapat layan video onboard. Disebabkan service itulah juga menjadikan harga tiket Malindo Air sedikit up berbanding AA even tengah promo.

Ini adalah kali ke 2 kami melawat Bandung. Lawatan pertama kami ke Bandung adalah pada Mac 2016 yang lalu klu tau silap, boleh klik kat label "Bandung" tu hah... mesti keluar cerita yang berkaitan. Trip kali ni tak  perlu pakai supir. Coz dah kami dah tau jalan & tempat yang hendak dituju sendiri. Lebih jimat & selesa.

Genap 2 tahun dari kunjungan yang pertama dulu, kini kami kembali lagi ke Kota Bandung bersama Baby Faz pula. Dulu hanya ber-3 tapi kali ni ber-4. Sepatutnya ber-5 tapi atas sebab2 tertentu jadi ber-4 sajalah. Walaupun tiket dah book untuk 5 orang. Itulah dia, Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Dan Allah adalah sebaik2 yang merancangan.

Ittinerary perjalanan sedikit santai & tidak terlalu padat. Bimbang  juga baby tak tahan dengan atucara perjalanan yang padat, lagi parah kalau baby demam atau kena ape2 jangkitan, nauzubillahiminzalik mintak jauh semua benda2 camtu. Sebab tulah trip kami kali ni lebih relex sambil jalan2 cari makan je. Shopping tu sikit2 jela kot. Buat syarat da sampai Bandung saja. Poket pun sudah tidak setebal dulu. Banyak sangat dah bocor merata2. Hmm takpela nak buat camna. Redha sajalah,  So kita sightseeing sajalah ye anak2, yang penting happy & dapat release semua -ve input yang bersarang dalam kepala ibu ni... InsyaAllah.

Walaupun pada awalnya, trip kali ni hendak dibatalkan saja atas sebab2 tertentu. Tapi bila kami buat kira2 & duduk berbincang semula keputusan-nya trip ON seperti dirancang. Lagipun  semua bilik penginapan sudah ditempah awal2 lagi, cuma tinggal duit poket utk makan2, public transport & juga sedikit duit shopping. Hopefully segala urusan berjalan lancar insyaAllah.

Insurance adalah perkara wajib kalau travel bersama anak kecil. Risiko perlu diminimumkan. Kami hanya menggunakan insurance yang di sediakan oleh Malindo. Tambahan sebanyak RM180 untuk cover 5 orang klu tak silap. InsyaAllah sudah memadai untuk kami. Harapnya tiada apa2 musibah sepanjang Traveling nanti. Moga dipermudahkan Allah segala urusan kami sekeluarga. Ameen.

Kami memilih 2 hotel berbeza sepanjang di Bandung. Malam pertama kami menginap di Pasar Baru Square Hotel by DHM untuk 2D1N saja. Alasannya sebab aku nak tawaf Pasar Baru dari tingkap bawah sampai atas. So mudah skitlah klu stay kat area situ je. Memang dah plan satu hari tu memang untuk jalan2 sekitar Pasar Baru. Windows shopping & cuci mata.

Lagi balance 4D3N kami memilih De'peviljeon Bandung Hotel by HIM, yang berada di Jalan Riau. Review & rating hotel yang baik serta lokasi yang bagus menjadi faktor utama kami memilih hotel ini. Hanya walking distance saja ke tempat2 makan & shopping area seperti Heritage Mall. Jimatlah sikit duit tambang angkutan coz semuanya within walking distance.

Tempat lawatan utama kali ni  adalah di sekitar Jalan Riau, Jalan Dago & juga Toko 3. Lepas tu mungkin singgah di Toko Buku Gramedia di Jalan Merdeka untuk beli tafsir Alquran, katanya murah & cantik Quran kat Bandung ni, dah lama niat nak beli terjemahan Alquran yang colourful yang ada terjemahan pada setiap perkataan tu. Kat KL aku dah survey, Mahal sungguh harga dia lebih RM200 senaskah. Dengar kata di Bandung tak sampai RM40. Tak sabar nak g intai kitab2 yang lain juga. My hobi adalah mengumpul buku2 & kitab2...hihihi...🤗😘💚

Selain pusing2 dalam bandar, Kami juga bercadang untuk ke Farmhouse & juga floating market di Lembang. Itupun jika berkesempatan. Transport mungkin naik Grab car saja. Apepun doakan moga semuanya berjalan lancar seperti  yang dirancang.

Trip kami ni bukanlah trip bajet yea. Ia lebih kepada trip jalan2 & lepak di Hotel sambil menikmati keindahan kota Bandung secara santai tanpa terkejar2 untuk ke mana2.

Hidup perlukan ketenangan & masa untuk diri sendiri menikmati indahnya dunia dari sudut pandang yang berbeza. Hargailah masa2 bahagia bersama yang tersayang...

Salam PRU Ke -14 💚💚💚


Rabu, 15 November 2017

Zikir Meringankan Beban Hidup


Alhamdulillah, 

Hari ini aku ingin berkongsi dengan kawan2 mengenai keajaiban zikir & mengingati Allah. Amalkanlah untuk sentiasa beristighfar sebanyak 100x sehari paling kurang. Sambil naik kereta, memasak & buat kerja pun boleh. Asalkan mulut tidak ikut berkerja skali. 

Banyak perkara yang telah aku lalui & aku sendiri alami. MasyaAllah hebat sunngguh kuasa Zikir ni. Dari satu kesulitan kepada satu kesulitan yang lain, satu persatu aku hadapi dengan satu keyakinan bahawa Allah itu tidak pernah menzalimi hambanya. Aku sentiasa percaya & yakin bahawa dengan memohon keampunan atas setiap dosa kepada Allah akan memudahkan urusan & meringankan beban hidup & Alhamdulillah ia memang benar2 berlaku terhadap aku. Walau pada perkiraan dunia, aku merasakan bahawa kesulitan itu amat sukar tetapi akhirnya penyelesaian satu persatu merungkaikan setiap permasaalahan hidup & aku kembali tenang. Allah hummaantarobbi...

Setiap manusia ada kelemahan diri, walau sehebat manapun mereka, manusia tetap lemah & banyak kekurangan. Suatu ketika Pernah seorang hamba Allah berniat jahat terhadapku, mungkin dia mulai dengki, bermacam2 perkara yang dilakukan semata-mata untuk menjatuhkan aku & memalukan aku. Tetapi Allah ada. Mereka bukan seorang, tetapi berkumpulan membuat cubaan fitnah kepada-ku. Dan aku tetap percaya, Allah ada bersama-ku. Ya Allah bantulah. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan sambil aku terus menerus beristighfar moga tentera Allah datang membelaku. Yeerr itulah akhirnya yang berlaku. Allah sentiasa mendengar walaupun kita berbisik di dalam hati...  


Allah berfirman 

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri" 

Al-Baqarah : 222

Sesungguhnya syaitan telah berkata "Demi Kemuliaan-Mu ya Allah, aku akan terus menerus menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada (masih hidup) Maka Allah berfirman, " Demi kemuliaan & keagungan-Ku, aku akan sentiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampun (beristighfar) kepada-Ku" 

HR Ahmad & Al-Hakim


Cubalah, InsyaAllah kamu juga akan merasakan sesuatu keajaiban yang tiba-tiba datang. InsyaAllah. Yakin & percayalah bahawa tiada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa Melainkan Dia yaitu ALLAH. 


Salam sejahtera...  





Jumaat, 13 Oktober 2017

Holiday HK :: Jejak Hong Kong Bersama Keluarga

Fakta Hong Kong


Nama Hong Kong bermaksud “pelabuhan yang wangi”, berasal dari bahasa Cina, Heung dan Gong. Nama lengkap Hong Kong adalah Special Administrative Region, atau yang biasa dikenal dengan “Hong Kong SAR”. Kowloon pula membawa erti “Sembilan Naga”’ & kota Lantau bermaksud “Gunung daratan yang besar”


Peak Tram menjadi tram kabel pertama di Asia pada tahun 1888 dan tetap menjadi salah satu rel kabel tertua dan tercuram di dunia. Rata-rata ada 11.000 penumpang Peak tram setiap hari atau lebih dari 4 juta setiap tahun. Transport udara dengan kereta kabel terpanjang di Asia ada di kota Ngong Ping 360. Perjalanan selama 25 minit dari Tung Chung ini memberikan pemandangan pulau Lantau yang menarik.




Percutian singkat kami ke Hong Kong telah di rancang secara adhoc pada awal bulan 9. Itupun gara2 gatal tangan bukak website Airasia yang buat promo untuk route Hong Kong Return RM440/adult & RM350/child. So untuk tahun 2017 ni Mohla kite ke Hong Kong untuk melihat Bandaraya terpadat & antara yang termoden di dunia ni. 

Trip kali ni lebih santai & relex saja. Tidak ada travel masuk ke sempadan negara China, lagipun kami dah 2x terjah ke China pada tahun 2012 & juga 2013. So trip Hong Kong ni memang semata-mata nak explore Hong Kong saja. Di samping membawa anak2 melihat dunia luar & mengenali budaya yang berlainan dengan Budaya Melayu. Kami sekarang dah berempat. Anak saudara aku yang berumur 10 tahun sudah tinggal bersama kami sejak 3 bulan yang lalu. So kos Tiket penerbangan, Tempat tinggal, Makan & lain2 semua-nya bertambah. Kata orang lama "Barang sedikit sama di jinjing barang banyak sama diusung" 

Penginapan kami selama di HK adalah di area Tsim sha Shui Kowloon iaitu di Mirador Mansion (Pearl Premium Guest House). Dengan 2x katil queen (Family room) bagi 5D4N ia menelan kos RM1100++ dengan saiz bilik hanya muat2 untuk 2 katil, sedikit ruang dan toilet. Kami memilih penginapan di sini kerana ia mendapat rating terbaik di booking.com iaitu 8.2 serta guest review yang rata-rata sangat berpuas hati dengan lokasi & service yang diberikan. Apa yang penting bagi aku, bilik bersih & selesa untuk tidur buat seketika di malam hari.

HK mempunyai taraf hidup yang tinggi. Harga makanan di sana lebih mahal berbanding di Western. Jadi kami sudah sedia maklum mengenai harga yang berlipat kali ganda & telah membuat sedikit persiapan makanan. Sepinggan nasi goreng biasa di HK sekitar 50HKD to 70HKD (RM30 - RM45). So kami decide bawak Brahim's dan sedikit bekalan yang di masak di rumah. Amalan penjimatan mesti sentiasa didahulukan. Lagipun masak sendiri lebih terjamin kebersihan & semestinya halal 100% tanpa was-was. :))

Antara tempat yang menjadi tumpuan persinggahan kami di HK adalah di :-

1. Ocean Park
2. Citygate Outlet 
3. The Peak & Sky terrace 428
4. Tsim sha Tsui Promenade
5. Big Bus (Lantau Island)
6. Ride Star Ferry
7. Hong Kong Museum
8. Snoopy garden
9. Causeway bay
10. Ladies Market


Kebanyakkan entrance tiket kami tempah di KLOOK kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding membeli secara online di website mahupun beli secara terus di kaunter. Untuk Transportaion selama di HK kami menggunakan Airport Express Travel Pass yang kami beli secara terus dari website MTR boleh lawati website MTR DISINI untuk harga yang jauh lebih murah. Dengan menggunakan AETP ni kami dapat menggunakan service airport Express untuk 1x & 72hrs Free untuk penggunaan MTR & juga Subway. Memang suit dengan bajet & tempoh percutian kami hanyalah 5D4N. AETP ni juga boleh di topup untuk penggunaan Star Ferry & juga sesetengah perkhidmatan Bus, so cukup dengan kad AETP ni saja, tak perlu Octopus kad lagi. Selain itu, bagi tiket big bus pula, kami dah saip2 beli semasa matta fair yang berlangsung di PWTC haritu. Alhamdulillah jauh lebih murah dari semua website. 

Malangnya kami tidak dapat untuk ke Disneyland, memandangkan kekangan masa yang terlalu singkat, jadi kami memilih untuk lebih santai dan tidak tergesa2, point terpenting ialah "Every1 Must Happy" dan kami ingin menikmati bumi HK dengan tenang. Lagipun kami bukan pergi lama sangat hanya 5D4N. So 10 aktiviti itu sudah cukup memadai bagi kami meneroka HK. Di tambah pula dengan keadaan diri-ku yang sudah masuk 22 minggu ni, manala larat nak ke hulu ke Hilir sangat. Entah2 jalan setapak dua dah sakit pinggang segala. Apepun doakan yang baik2 sajala yea.  ðŸ˜Š

Insya-Allah cerita penuh akan diupdate sekembalinya kami dari Trip nanti. Bila pergi ? Yang tu kene rahsia, mana boleh nak kasi specific date Bahaya !!! hihihihi.. Nanti kalau dah sampai HK insyaAllah adalah tu ceritanya ... Happy Holiday kepada semua kawan2 juga. 

Gerak dulu... byee... ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š



Rabu, 4 Januari 2017

Antara Azan & Iqomat

Selamat menyambut tahun baru 2017


Untuk tahun yang baru ini, aku hanya mengharapkan semoga Allah menambahkan kebaikan & rahmat-NYA untuk diriku, keluarga-ku, anak2-ku & zuriat keturunan-ku. Tiada yang lebih indah & bahagia ketika menikmati hidup dalam redha & kasih sayang Allah swt.

Jika Allah ingin melimpahkan kebaikan untuk-mu maka tiada siapa di dunia ini yang mampu menghalangi-nya. 

Ketika melihat anakanda kesayangan-ku semakin membesar, aku melihat diri-ku semakin dekat kepada ajal. Bertapa masa yang ada hanya-lah seketika. Ya Allah.... ampunilah segala dosa ! 

Dalam kesibukan mencari harta dunia, membeli itu dan ini, meneroka segala ceruk rantau. Aku terlupa akan hamba2nya yang perlu dibantu. Aku terleka dengan kehijauan dunia, Andai itu satu dosa yang membuatkan kehidupan akhirat-ku menjadi huru-hara... Ya Allah ampunilah !

Moga dipanjangkan usia dalam ketaatan & kelapangan hati. 

DIA-lah Allah yang sentiasa ada & memerhati dengan sebaik-baik pemerhatian !

Jumaat, 4 November 2016

Active Mood :: Pengembaraan Bermula !


... EUR0PE ... 

Mung Tunggu Kami Datang !!!



Peta Benua Eropah 

Alhamdulillah setelah 3 bulan lebih membuat persiapan untuk mengembara ke Benua Eropah maka dengan jaya-nya kami akan merealisasikan segala jadual pengembaraan tanpa agent untuk ke Negara2 di Eropah yang bermula dari London United Kingdom dan berakhir di Paris France. 

Berikut adalah 11 Negara di Benua Eropah yang akan kami jelajahi :-

1. United Kingdom - London, Birmingham, Oxford
2. Belgium - Brussle
3. Netherlands - Amsterdam, Volendam, Zaandam, Hague
4. Germany - Cologne, Koblenz, Heidelberg, Frankfurt, Stuttgart, Munich, Fussen 
5. Austria Innsbruck
6. Italy - Verona, Venice, Milan
7. Switzerland - Lugano, Luzern, Grindelwald, Interlaken, Lauterbrunen, Wengen, Bern
9. Portugal - Lisbon, Sintra
10. Spain - Madrid, Cordoba, Granada
11. France - Paris

Kami menggunakan penerbangan Etihad Airways Bussiness Class, oppss tersasul mak nak, tersilap coach tadi, tiket ekonomi rupanya... Heeee...  :)) 

Penerbangan kami bermula dari KLIA kemudian Transit di Abu Dhabi selama 2 jam +++ dan seterusnya ke London menggunakan Etihad Airbus. Walaupun segala persiapan telah dilakukan dengan sebaik mungkin tetapi segala kemungkinan yang berlaku adalah di luar pengetahuan kita. 

Jadi dengan rasa penuh tanggungjawab terhadap keluarga aku telah mencadangkan Hubby untuk mengambil Insurance AXA SmartTraveller VIP untuk cover 1 family kecil kami, sekiranya berlaku apa2 perkara diluar jangkaan selama tempoh mengembara maka AXA adalah entiti yang akan memberi perlindungan insurance dari segi pembiayaan perubatan, jaminan kehilangan barang2, kemalangan, Flight/Train delay & sebagainya. Kita hanya merancang selebihnya Dia yang menentukan. 

Tempoh masa pengembaraan ke Bumi di Benua Eropah ini mengambil masa selama beberapa minggu. Antara pengangkutan utama yang terlibat sepanjang pengembaraan kami ini adalah :-

1. Train, Subway, Bus
2. Kereta Sewa  
3. Low cost flight (Ryanair, Easyjet)

Perkhidmatan Train kami gunakan semasa di UK dan juga di Netherlands. Kemudian kami menyewa kereta untuk perjalanan melintasi negara German - Austria - Italy & Switzerland. 

Kami ke Portugal menggunakan perkhidmatan penerbangan Ryanair di Hahn Airport. Dari Portugal kami ke Spain menggunakan penerbangan tambang murah Easyjet. 

Manakala untuk ke Cordoba & Granada dari Spain Capital City (Madrid) kami hanya mengambil Express Train dan menyewa kereta selama di Cordoba. Sekali lagi kami menggunakan perkhidmatan Easyjet untuk perjalanan ke France dari Madrid Airport. Perjalanan kami akan berakhir di France. 

Kami mempunyai masa selama 3D2N di Paris untuk melawat Eiffel Towel & juga cuci mata ke butik2 berjenama yang sentiasa menjadi sebutan ramai rakyat Malaysia tercinta.  Ada sapa2 nak kirim beli barang ke? hihihihi... kirim air liur memang tak dapek den nak bantu laa... :))

Bagi tempat penginapan pula, kami menggunakan beberapa laman web antaranya :

1. www.wimdu.com
2. www.airbnb.com
3. www.booking.com
4. www.agoda.com 

Untuk penyediaan makanan & keperluan harian pula, kami hanya membawa sedikit bekalan makanan seperti nasi arab Brahims, Sardin, Sup Kambing Adabi, Sambal bilis dan coklat serta makanan ringan e.g biskut untuk memastikan si kecik Nuha berada dalam keadaan terkawal. 

Kami juga membawa pan serta sudip bagi tujuan memasak selama di sana. Seperti biasa my hubby memang suka shopping barang basah untuk di masak di bilik. Itu memang dah hobi kitorang :)). Walaubagaimanapun kami telah sedia maklum bahawa banyak halal shop di sana. Memandangkan kami mempunyai waktu yang singkat untuk meneroka segala ceruk negara maka dengan memasak apa sahaja di bilik adalah lebih mudah & cepat utk kami bergerak. 

Jadual perjalanan kami memang kelihatan sedikit padat bagi Traveller yang mengembara bersama anak kecil (4yrs old). Walaubagaimanapun  aku berdoa ke hadrat Ilahi semoga segala urusan kami dipermudahkan serta dikurniakan kesihatan yang baik untuk kami dan juga Nuha Safiya. InsyaAllah Ameen. 


Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakeel...
Ni'mal Maula Wa Ni'man Naseer !!!



Oklah tu jek nak cerita setakat ni. 


Gerak dulu..



Bye !







Khamis, 20 Oktober 2016

Fakta Benua Eropah

Jom kita baca Fakta European Continent !


Aku adalah seorang manusia yang sangat meminati bidang geografi dan juga photography. Dari zaman kanak-kanak hingga kini aku sangat suka membaca buku-buku yang berkaitan bentuk muka bumi sesebuah negara & melihat hasil seni photography tentang alam semulajadi. Sebab tu hobi aku adalah melancong & photography. 

Lain macam feeling dia kalau dapat amik gambar pemandangan yang super cantik, lagi-lagi bila waktu nak terbit matahari & juga waktu senja. Nikmat dia tu tak dapat digambarkan dengan tulisan. Hanya jiwa yang mencintai alam semulajadi saja yang dapat appreciate & memahami... Mendalam tu kata-kata. hihihihi...
     
Jom kita ke Benua Eropah sat. Sila pejam mata dan ber-emaginasi seperti kita sedang berada di Benua Eropah. Ia terletak dia sebelah Benua Asia & Benua Afrika serta dikelilingi oleh lautan Atlantik. Keluasan-nya menjangkau 10,507,630 kilometer persegi iaitu 1/8 daripada jumlah daratan di dunia ini. Ia juga terbahagi kepada 5 wilayah yang utama sperti berikut :- 

Eropah Barat 
Wilayahnya terdiri dari 7 buah negara, iaitu United Kingdom, Netherlands, France, Belgium, Ireland, Luxemburg & Monaco

Eropah Utara                                                                           
Wilayahnya terdiri dari 5 buah negara, iaitu Denmark, Sweden, Norway, Finland dan Estonia.

Eropah Tengah
Wilayahnya terdiri dari 8 buah negara, iaitu German, Poland, Swiss, Republic Czech, HungarySlovakia, dan Liechenstein.

Eropah Timur
Wilayahnya terdiri dari 10 buah negara iaitu, Rusia, Armenia, Azerbaijan, Ukraine, Georgia, Lithuania, Estonia, Latvia, Belarus dan Moldova.

Eropah Selatan 
Wilayahnya terdiri dari 7 buah negara, iaitu Italy, Spanyol, Portugal, Andorra, San Mario, Vatikan dan Malta.

Benua Eropah satu-satunya benua yang tidak mempunyai gurun dan ia juga mempunyai 3 semenanjung utama yang tersebar di 3 wilayah :-

1. Scandinavia di bahagian Utara
2. Siberia di bahagian Barat
3. Italia di bahagian Selatan


Sebagian besar penduduk Eropah merupakan bangsa-bangsa dari Ras Kaukasoid  yang berkulit putih dan berambut perang. Hal ini menjadi ciri khas yang membezakan ia dari benua2 lain. Penduduk2 ini dapat diklasifikasikan kepada lima kelompok iaitu, Suku bangsa Nordik, Suku bangsa Alpina, Suku bangsa Mediteranian, Suku bangsa Slavia dan Suku bangsa Dinara. 


Benua ini mempunyai kitaran 4 musim seperti musim Panas, Luruh, Sejuk, dan musim Bunga. Walau bagaimanapun setiap wilayah dipengaruhi oleh iklim fizik semulajadi mengikut kawasan. 

Benua ini masih memiliki 1/4 kawasan hutan dari seluruh hutan dunia, hutan spruce Skandinavia, hutan pine yang luas di Russia, hutan hujan chestnut Caucasus dan hutan oak cork di Mediteranian.

Binatang liar, seperti banteng, ibeks, bison dan kijang berbulu halus yang jarang sekali ditemui di benua lain. Walau bagaimanapun binatang2 ini turut mengalami kepupusan yang agak kritikal sehingga kesatuan Eropah telah menggubal akta perlindungan hidupan liar melalui persempadanan hutan simpan yang dipelihara.

Setelah mengetahui ciri-ciri alam di Benua Eropah maka haruslah kita juga menyimpan cita-cita untuk menjejak-kan kaki ke Benua ciptaan Allah yang Maha hebat lagi penuh misteri. Antara cita-cita yang tertanam di hati adalah ingin menyaksikan cahaya Aurora Borealis di Scandinavia atau di Iceland. Kita masukkan dalam list dululah. Jika di izinkan Allah, InsyaAllah sampai la tu nanti. Ameen.



Ok dah habis citer...


Nak berangan pulak ni... !  


Adios... ! 







                                                                                                                                                                                  









Isnin, 17 Oktober 2016

Sedekah Itu Ajaib !

Hari ni aku nak share tentang Nikmat bukan pasal pakcik yang nama Nik Mat yea. Jangan salah faham di situ... Heeeee

Aku hanya ingin berkongsi cerita tentang segala nikmat hidup yang telah dikurniakan oleh Allah Yang Maha Kaya kepada diriku selama aku hidup. Dia memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Maha Suci Allah Yang Maha memiliki seluruh cakerawala alam semesta ini. Demi Kemuliaan-NYA aku adalah hamba-NYA yang kerdil, yang sering kali lupa untuk bersyukur. Alhamdulillah.




Ramai orang bertanya kepada aku. Samada kawan-kawan terdekat mahupun keluarga. 

"Mung ni gaji berapa ribu, belanja macam pitih dok habis, gi berjalan situ sini, macam mok datin nih"

Alhamdulillah ramai insan yang concern tentang diri aku. Terima kasih semua. 

Satu perkara yang aku ingin kongsi dengan kawan2 tentang nilai Sedekah & Rezeki. Ia adalah saling berkait rapat. Kita perlu yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah swt adalah Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya. Dialah yang berkuasa untuk memberikan sebutir nasi kepada seekor burung. Dia juga Tuhan yang berkuasa untuk memberikan air kepada seekor biawak di padang pasir yang tandus. Sesungguhnya Dia Yang Maha Kaya yang memiliki kekayaan yang tidak akan pernah habis sampai bila-bila. 

Setiap rezeki yang kita perolehi, samada dengan jalan berkerja mahupun berniaga itu semua adalah dari Allah. Dia telah menetapkan untuk kita sebanyak mana rezeki kita setiap hari setiap bulan & setiap tahun hinggalah ke akhir hayat kita.

Teringat ceramah yang berbahagia Ustaz Ahmad Dasuki tentang Menghadapi Saat Kematian, apabila malaikat datang kepada jiwa yang hendak dicabut nyawa-nya maka dia berkata :- 

"Hai Ruh, aku mencari setitik air untuk kamu sudah tiada, aku mencari sesuap makanan untuk kamu makan sudah tiada, aku mencari selangkah kaki untuk kamu melangkah sudah tiada...."  

Maka fahamlah kita, bahawa dikala nyawa sudah kian berakhir itu bermakna rezeki yang ditetapkan untuk kita juga sudah kian habis. Bagaimana dengan simpanan duit puluhan juta di bank2. sesungguhnya itu milik orang lain. Harta-harta itu hanya singgah kepada kita buat sementara waktu sahaja. Jika kita mempunyai akal yang waras & bijak, pastilah kita akan menjadikan harta itu milik kita yang abadi dengan  BerSEDEKAH. Nilai yang kita keluarkan itu, itulah milik kita yang hakiki, ia telah ditukarkan ke dalam bentuk PAHALA. Yakinlah tiada seorang pun yang rajin bersedekah menjadi miskin melainkan semakin ditambah rezekinya. 

Perumpaan yang mudah untuk difahami, apabila kita hendak melancong ke Singapore, kita harus tukar duit MYR kepada SGD. Begitulah juga jika kite hendak berpindah dari alam Dunia kepada alam Akhirat nilai itu juga harus ditukar sesuai keadaan di sana.

Kereta yang kita miliki bila-bila masa saja boleh di curi orang. Rumah yang kita ada, bila-bila masa saja boleh hangus terbakar di jilat api. Jadi mana satu milik kita? Milik kita apabila kita membelanjakan harta itu ke jalan Allah, berinfak, bersedekah, berzakat & membelanjakan harta ke jalan yang di redhai. Itulah rezeki kita ! 

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah itu Maha Pemurah. Dia Maha Kaya. Boleh sahaja dia jadikan di bawah rumah kita itu Lombong Emas. Tetapi Dia lebih mengetahui keperluan diri kita. Boleh sahaja DIA gerak-kan hati sesiapa sahaja untuk memberikan sumbangan mahupun derma 2.6 billion ringgit kepada kita :)) Tidak mustahil kan? 

Dunia yang kita nikmati ini ada hukum alam-nya. Samada kita ingin percaya ataupun tidak itu terpulang. Melalui pemerhatian yang aku buat selama ini. Aku membuat satu kesimpulan bahawa dunia ini memang ada hukum alam-nya yang kita tidak sedari. Seperti hukum Graviti, Hukum tenaga & sebagainya. 

Allah swt juga berjanji kepada sesiapa yang bersedekah akan dilipat gandakan kepada 700 kali ganda, 

“Setiap amal baik manusia akan diganjar kebaikan sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya” 

(HR. Muslim no.1151)

Kenapa Allah berikan dalam bentuk angka, boleh sahaja Allah katakan akan dilipat ganda sebesar gunung everest. Tetapi kerana alam ini ada Matematiknya. Dari situ aku semakin jelas bahawa alam ini punyai Hukum yang kita tidak ketahui. Duduk & berfikirlah sejenak, mudah2n dibukakan segala "hijab" untuk kita memahami hakikat kehidupan yang sebenar. Bukan sahaja untuk kenikmatan dunia tetapi juga untuk kebahagiaan alam akhirat yang penuh dengan 1001 kenikmatan.

Dulu semasa zaman persekolahan peringkat menengah, seorang ustaz pernah berkata, Nikmat dunia ini tidak dapat dibandingkan dengan nikmat akhirat. Tidak terfikir oleh akal bertapa hebatnya alam akhirat itu. Oleh kerana itu Allah swt berikan dunia ini kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk mendapatkan-nya, samada dia beriman mahupun tidak, dia Islam mahupun Kafir, dia taat mahupun derhaka, samada manusia ataupun Haiwan semua-nya mendapat bahagian di dunia ini. Itulah yang dinamakan dengan Sifat Ar Rahman Allah swt. Sepertinya Allah telah menetapkan suatu hukum alam untuk manusia menikmati dunia dengan pelbagai cara. Kerana Dia tidak sedikitpun peduli dengan nikmat dunia yang di sediakan ini, kerana nikmat itu terlalu sedikit. Maka sesiapa yang ingin mengejar dunia, maka dia harus meneliti hukum alam. Kerana setiap kejadian Allah itu ada perkiraan yang Maha Teliti lagi Maha Hebat.


Apakah kaitan dengan memberi sedekah & bersyukur? Sekiranya kamu bersyukur akan aku tambahkan nikmatku kepadamu. Maka bersyukurlah dengan menginfakkan sebahagian harta yang kita ada. Jika ada RM100. maka sedekahkanlah sebanyak mana yang termampu. Pokok pangkalnya kita yakin bahawa Allah akan menggandakan rezeki kita. 

Jika kita berasa hebat dengan suatu teknologi "Drone" sebagai tentera pengintip. Allah telah lama menghantarkan tenteranya (malaikat) yang tidak terlihat oleh mata, tidak terdengar oleh telinga yang berada di bahu kanan & kiri kita untuk mencatat segala amal perbuatan kita. Subhanallah !

Antara perkara ajaib yang sering aku alami setiap kali aku memberikan sumbangan/sedekah kepada sesiapa sahaja. Dengan izin Allah perkara yang aku sedang usahakan menjadi mudah & berhasil tanpa apa2 masalah. 

Nilai keuntungan Saham meningkat dari hari ke hari. Keuntungan menjadi berlipat ganda, aku sedar setiap kali nikmat itu singgah kepada-ku, ia adalah pemberian Allah swt, dan aku sedar, di dalam setiap rezeki-ku itu ada juga bahagian insan lain yang perlu aku penuhi dengan bersedekah & berzakat. 

Pada hari2 yang seterusnya aku bertemu pula dengan seorang insan yang kelihatan begitu naif. Aku tumpangkan dia ke tempat yang ingin dituju. Tidak lama selepas itu bantuan Allah itu datang secara tiba-tiba, terasa semua perkara yang aku lakukan itu seperti sedang dibantu oleh satu kuasa yang maha hebat. 

Bila berhadapan dengan seseorang yang pada hakikatnya dikenali kesombongan & kesukaran untuk berurusan dengannya tetapi bila aku datang kepada manusia itu, sambil di dalam hatiku berkata:-

"Ya Allah permudahkanlah urusanku dengan-nya, sesungguhnya engkau sebaik-baik yang mengurus" 

Subhanallah tiba-tiba saja manusia itu berlemah-lembut denganku. Segala perkara yang sukar diselesaikan menjadi semudah ABC. Siapakah yang punya kuasa untuk membolak-balik-kan hati manusia ?? 

Aku ingin selalu dipuji manusia, Maka aku memuji Tuhan-ku pada setiap pagi & petang. Tanpa aku sedari, dalam diam ramai manusia yang memuji-ku tanpa aku ketahui. Sambil tersenyum aku berbisik sendiri, "Demi Allah engkaulah Tuhan yang maha Tinggi lagi maha Agong, Ampunilah aku kerana sering kali lupa memuji-mu sedangkan engkau selalu menjaga sebutan namaku di kalangan hamba2mu"

Maha Suci Allah. Aku yakin dia sentiasa ada untuk diriku pada setiap masa & ketika. Dia mengaturkan segala rezeki untuk-ku sekali pun aku tidak bersusah payah untuk mendapat-kannya. Dan apabila aku memperolehinya, aku tahu itu adalah pertolongan dari Robbi untuk diri-ku. 

Demi Allah dan Ke-Agongan-nya, 
Dia menjaga-ku dengan sebaik-baik penjagaan, 
Yang mendengar segala keluh kesah yang aku khabarkan, 
Yang sentiasa membantu-ku tepat pada ketika-nya, 
Yang sentiasa memenuhi segala keperluanku, 
Yang sentiasa menjadi pelindung-ku,
Yang sentiasa memaafkan segala kesilapan & keterlanjuran-ku,
Yang membuka jalan Petunjuk & Hidayah kepadaku,
Yang sentiasa Kasih kepadaku
Dia-lah Allah yang aku sedari keberadaan-nya yang Maha Tinggi 
Setelah mana arwah ibu-ku pergi meninggalkan aku seorang diri di dunia fana ini. 

Dalam setiap doa, aku mengungkapkan kata-kata :- 

"Ya Allah engkau telah mengambil ibu yang aku kasihi daripadaku, yang sentiasa mendengar segala rintihan hati-ku, yang sentiasa cuba menyelesaikan segala kesulitan hidupku, yang sentiasa sayang kepada-ku walau aku sering menyakitinya, yang sentiasa menceriakan hari2ku yang suram. Maka janganlah engkau biarkan aku sendiri tanpa engkau kembalikan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk-ku, kerana engkaulah Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani"

Setiap kali kesulitan demi kesulitan datang bertandang ke dalam hidup kami, maka akan aku katakan :- 

"Allah ada & dia tidak akan membiarkan hamba yang sentiasa taat kepadanya berada di dalam kesulitan & kepayahan hidup, insyaAllah bantuan akan tiba"


Bersangka baiklah kepada Tuhanmu (ALLAH) kerana dia akan berurusan dengan hamba-hambaNYA mengikut prasangka hambaNYA terhadapNYA.



       Wallahualam       



Sabtu, 30 Julai 2016

Special Celebrating For Our 8th Wedding Anniversary !

Kaki rasa dah gatal nak berjalan pulak nii...


: >



: >



: >

 


Ada org kata aku ni asyik berjalan saja. Memang aku suke berjalan, sebab hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Selagi ade kudrat dan sedikit kemampuan aku lebih senang untuk menikmati keajaiban alam semesta. Mencari diri pada setiap tempat yang aku singgah & mencari erti seorang hamba Tuhan. Melihat kebesaran ciptaan-NYA menjadikan aku seorang manusia yg tau harga diri.   


Sebenarnya plan untuk travel kali ni telah lama di fikirkan oleh kami berdua, cume dari segi kemampuan kewangan juga agak terbatas. Bila org tengok kita asyik upload gambar berjalan situ sini, maka ramai yg beranggapan kita ni mempunyai lebihan wang atau dengan kata lain "berduit" mungkin ye bagi sesetengah pihak. Tapi bagi kami, asal ada kami on saje, tak perlu nk tunggu kaya raya baru nk keluar melihat dunia. Kepada kawan2 yg ada cita-cita untuk travel tu, rajin-rajinlah survey tiket penerbangan murah & bacalah setiap pengalaman traveller yg pernah menjelajah ke segala ceruk rantau. Kerana dari situ kita akan dapat sedikit idea bagaimana untuk merangka perjalanan kita dengan bajet yg terhad & menyeronok-kan. Buatlah satu tabung ayam untuk Jalan-Jalan. Jangan pulak korang sapu bajet yang nak bayar hutang bank bulan-bulan tu. Rancang perbelanjaan anda dengan berhemat.   

Okeh sambung cerita balik... Hobi aku sejak dari kecil adalah berjalan ke mana-mana saja. Aku selalu berimpian untuk ke luar negara melihat dunia luar yg sering diceritakan org. Jadi dari situ, aku memasang niat untuk menjejakkan kaki ke setiap negara Omputeh yang selalu dipaparkan keindahan alam-nya melalui rancangan TV & juga majalah-majalah. Tabung kembara adalah salah satu account yg aku wujudkan semata-mata bertujuan untuk memenuhi impian pengembaraan-ku untuk mengenali Dunia. Pedulikan apa org nk kata. Asal cukup bajet seadanya aku akan memulakan perjalanan. Berapa banyak bajet ? itu terpulang pada diri masing2lah, aku bukan kaki "shopaholic" yang asyik memburu butik-butik mahal di setiap negara yang disinggah. 

Aku hanya berjalan mengikut langkah, kadang2 aku pun tak tahu kemana aku nak tuju, tapi yang pasti di setiap ceruk jalan itu aku dapat mengenali budaya sesebuah negara & melihat cara hidup mereka dengan lebih real. Aku lebih puas jika dapat melalui lorong2 yang memaparkan kehidupan sebenar sesebuah tempat yang aku lewati. Dari situ aku belajar sesuatu tentang erti hidup dan aku semakin bersyukur dengan ape yang Tuhan kurniakan kepada-ku. Aku adalah seorang pengembara !

Berkenaan trip pengembaraan kami pada kali ini, sebenarnya tidaklah dirancang. Pada mulanya aku hanya bergurau dengan hubby untuk bercuti ke negara sekian & sekian setelah membaca kisah pengembaraan seorang blogger yang mengembara ke seluruh dunia selama 333 hari. Tapi aku bukan nk travel selama tu. Siapa pulak nak tolong bayar Rumah & segala hutang bank aku tu. Tapi kalau ada yang berhati mulia nak kasi tu, nanti boleh Inbox aku yea, jangan segan-segan aku terima dengan hati terbuka.. . :))

Setelah melihat hubby sedikit berminat & menyambut baik tentang cerita yang cuba aku sampaikan kepadanya maka aku pun mulalah membuat sedikit summary perjalanan ke situ & ke sini. Seperti korang sedia maklum kami berdua ni memang kaki gamble. Memang ada-ada saja plan yg entah ape2. Asal boleh jek kami terjah. My hubby is My bestfriend. Walaupun kekadang, sesekali gaduh tu tak ingat dunia ... hihihii... (Dunia jekla tak ingat, akhirat ingat lagi ..hihihi..)



Pengembaraan kami kali ini adalah untuk meraikan Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke 8. Sudah agak lama rupanya kami hidup bersama, sedar tak sedar sudah 8 tahun. Di awalnya penuh dengan cabaran tapi di pertengahan usia kini hidup semakin baik & terasa indahnya hidup bersyariat. Mungkin kerana kematangan fikiran sudah mula bercambah & pengalaman selama bermusafir berdua banyak mengajar kami saling berganding bahu dalam menyelesaikan setiap permasalahan yg timbul. Itulah penting-nya pasangan yang muda2 tu keluar mengembara, bukan melancong tapi mengembara. Melancong ni selalunya bila duit korang dah tak habis than lepak kt shopping complex & butik ternama. Kalau camtu tak dinamakan mengembara ! 

Seorang cendikiawan pernah berkata "Untuk kamu mengenali seseorang maka bermusafirlah bersama mereka" Kerana selama bermusafir itu banyak rona & rintangan yang akan tiba. Dari situlah kita akan kenal apakah perwatakan sebenar pasangan kita tu. Kerana ketika bermusafir ia amat menuntut 1001 kesabaran hati & sifat kebersamaan yang tinggi. 

Melancong adalah perkataan yg sesuai untuk org yg ingin berjalan dengan gaya mewah & bershopping di merata tempat serta tinggal di Hotel2 mewah tanpa merasai kehidupan masyarakat setempat yg sebenar. Tetapi Mengembara lebih kepada mengenali alam, mencari makna sebuah kehidupan, mengenali budaya & kehidupan masyarakat setempat dengan lebih dekat. Itulah manisnya sebuah pengembaraan yg jarang2 dinikmati oleh mereka yg hanya datang untuk melancong.

Walaupun segala rancangan telah kami atur dengan sebaik mungkin, tapi kita hanya merancang, segalanya hanya Allah-lah yang menentukan & ketentuan Allah itu adalah yg paling terbaik untuk kita. Apepun aku sgt berharap agar semua rancangan kami kali ini akan berjalan lancar & di rahmati seperti mana perancangan UMRAH tanpa agent kami yg lalu. 

Segalanya kami serahkan kepada Yang Maha Merencana. Masih banyak perkara yg belum selesai & memerlukan penelitian rapi, baik dari segi penginapan & local transport. Paling utama adalah perbelanjaan semasa di sana. Selain itu, Travel Insurance juga antara perkara penting untuk difikirkan & dimasukkan ke dalam bajet, kerana malang tidak berbau. Insurance company yg menyediakan khidmat untuk travel antaranya adalah Alliance & juga Etiqa. Selalu kami menggunakan khidmat Alliance insurance. 



Merangka Itinerary perjalanan bukanlah semudah yg difikirkan, banyak faktor yg perlu di ambil kira contohnya dari mana ingin bermula & berakhir di mana. Main Route adalah perkara terpenting sebelum membuat tempahan penginapan. Setelah memperolehi "Route" yg sesuai maka tugas seterusnya adalah membuat tempahan penginapan & barulah difikirkan best location to stay, Local transportation, currency rate, Entrance Fee, Place to visit  & Halal Food. 

Perngambaraan kali ni lebih kepada menikmati alam & menyingkap sejarah Tamaddun Islam yg Agung. Sekiranya di izinkan kami bercadang untuk begpack bagi memudahkan pergerakan, walaubagaimanapun beg beroda wajib kene bawak juga. Aku mana larat nk kendong beg besar gabak atas belakang, setakat beg kecik tu bolehlah lagi. Sejak di diagnos mengidap slip disc L4 & L5 ni, aku memang kurangkan aktiviti berat. Jadi kita buat setakat yg mampu ajelah. Ade rezeki lain kali kita terjah lagik. mudah-mudahan segala urusan kami dipermudahkan  ameen !
 
Oklah jumpe lagi  untuk updating all the itinerary pengembaraan & keperluan barang2. See You Soon.... 
Babai...