Memaparkan catatan dengan label Biznes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biznes. Papar semua catatan

Isnin, 30 April 2018

Mahu Berkerja Dari Rumah ?

Banyak benda yang bermain dalam kepala sekarang ni. Nak buat bisnes ape pun tak tahu. Walaupun memang dah buat macam2 da pun. Trading Currency tu memang perkara utama. Tapi kadang2 kena jugak ade real business seperti jual baju ke, jual cadar ke, jual mainan kanak2 ke, ye dak?

Trading Currency pun kadang2 boleh stress jugak. Lagi2 time kena libas.. hadoiilaa.. panas kepala rasanya. So kenala ada backup perniagaan jugakkan, kata orang pandai2 "do not put all your egg in one basket" pendek kata kene pelbagaikan cabang perniagaan. Haaa gitu... 

Tengok macam menarik je orang buat business menggunakan FB Live sekarang. Sale beribu2 lemon kalau kene elok. Tapi apa2pun nak buat sesuatu ni kenalah study dulu, bukan boleh main terjah gitu aje tanpa ape2 knowledge. 

Aku ni takde bakat nak jual kosmetik bagai, maklumlah aku bukan suka sangat nak grooming2 ni. Orang kata nak buat bisnes ni kene cari yang kita enjoy nak buat.  Walaupun tengok macam best je netizen kt FB tu duk berniaga, tapi itulah, lain padang lain belalang.  Ada juga terfikir nak jual kain, tapi nak jual kain ape ye ? hmm... 

Mohon korang tolonglah doa2kan yer, Moga aku jumpa perniagaan yang betul2 ngam & serasi dengan diri aku ni suatu hari nanti. Manala tau boleh buat import export ke nanti. Tuah Ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tau kan... hihihi....

Oklaa nak siap2 tunggu waktu marghib la pulak. Malam ni malam Nisfu Sya'aban. Malam yang penuh Barakah. Dah niat nak mohon dengan ALLAH supaya dipermudahkan segala jalan hidup  & juga rezeki kami sekeluarga. Mudah2n mendapat perkenan Allah swt. Mohon maaf atas segala kesilapan yea, zahir & batin. Walaupun belum Raya lagi... hihihi... 💚

Hidup mesti cerita, bahagia, gembira & berjaya. Ameen 😘





Ahad, 2 April 2017

Best Homestay @ Putrajaya :: Putera Suite Putrajaya



Anda mencari tempat penginapan yang bertaraf hotel dengan harga homestay di Putrajaya ??

Silalah berkunjung ke Homestay kami yang beralamat di Dwiputra Residence fasa 2, Presint 15 Putrajaya bersebelahan dengan Alamanda Mall Putrajaya & 4km ke IOI City Mall . Kami menyediakan penginapan yang selesa, ceria & istimewa untuk anda & keluarga.


Facilities & Amanities :-

1. Kitchen kabinet yang dilengkapi dengan peralatan memasak. (Hob & Hood)
2. Microwave
3. Fridge
4. Washer Machine
5. Iron 
6. Thermo pot
7. Water Heater
8. LCD TV 43'
9. Video decoder
10. Sofa
11. Dining table
12. Resort Swimming pool
13. Gym 
14. Playground


15. BBQ pit
16. Surau
17. Court Badminton / futsal


Penginapan yang indah & menyeronokkan sudah pasti akan menjadi kenangan buat anda & keluarga di Putera Suite @ Putrajaya.


Lawati page kami di Facebook : -



Harga yang tawarkan sempena promosi pembukaan bermula dari serendah RM180 sehingga RM300. Anda boleh memilih pakej yang bersesuaian untuk anda & keluarga tercinta. 




Dekorasi bedroom yang akan mengembalikan momen malam pertama anda bersama pasangan. Pasti ia sangat mengujakan !



Kami juga mengambil pelbagai tempahan bagi menyediakan kejutan buat pasangan mahupun sambutan harijadi atau sambutan anniversary untuk anda & pasangan dengan tawaran harga yang istimewa. Kami akan membantu anda menyiapkan suasana yang indah & romantis untuk anda & pasangan tercinta.


Hubungi kami di talian @ whatsapp : 
019 335 3616 / 010 766 3616


  🔺

Jumaat, 26 Februari 2016

Buy & Sell NETELLER HERE !




To all NETELLER user, We Buy/Sell  NETELLER with Super Duper Best price in the Market everyday !


Get Updated Price Everyday at : 

Please Click the link above at  LADYPIPS26

LOCATION: MALAYSIA / SINGAPORE / BRUNEI / INDONESIA
LOCAL BANK : CIMB / MAYBANK 


  
24 HOURS A DAY 
7 DAYS A WEEK



PLEASE WHATSAPP /TELEGRAM TO MY LOVELY NO :-

019 335 3616


HOW TO WITHDRAW FROM NETELLER ACCOUNT ?

If you want to SELL Neteller to us. 
Follow the steps below


Step 1
Transfer your NETELLER to : ladypips26@gmail.com
(Please notify us before you make a transfer)
Step 2
 After you have transferred the funds you want to sell, please notify us on your tranfer through Email / Whatsapp / Telegram / Sms 
 (print screen the Receipt / Transaction history)
 
Step 3
Transactions are processed within 10 minutes.
If you are BUYING Neteller, you will need to pay into our bank account and send us the prove Payment / Transfer amoun

(print screen the Receipt / Transaction History)




Have A Nice Day with NETELLER !






Ahad, 14 Februari 2016

Monday :: Hari Yang Ku Tunggu

Alahai lamanye nk tunggu Isnin. Terasa seperti hari2 lambat shj berlalu. Klu dulu bile isnin nk datang ya Allah punyelah malas nk g kerja. Rasa weekend begitu pantas berlalu tup..tup dah tiba hari isnin, tak kan sekejap je cuti kot, wawawaaaa nak cuti lagik.... 

Bila tiba isnin hati dah mula serabut, pk malas nk bersesak kt Highway Sungai Besi yang amik masa berjam-jam nk sampai opis. Bile da sampai opis, pk pulak nk berebut parking kereta, silap haribulan parking penuh, kene park kt tepi jalan je, pastu nnt petang balik kerja dapat surat atas cermin mintak duit. Itu belum lagi lampu minyak tiba2 menyala sebab minyak dah tinggal 2 bar. dengan jalan yang penuh sesak, mengucap panjang aku setiap kali terkena camtu. 

Pagi2 lagi nk siapkan Nuha, masak sarapan, kasi makan siap2 kt rumah dulu than baru hantar ke Taska, pastu dah sampai taska layan drama sedih kt Taska pulak, melalak meraung depan pagar taska tak nak pergi school. Ya Allah ape ke seksa benor hidup aku dulu. Setiap pagi stress di buatnya. Nasib tak kene darah tinggi je aku ni. Dah sampai office pulak mamai nk layan macam2 benda nk kene bt. time xde kerje happy la dapat lenggang kangkung je, tp bile time nk submit project proposal, tak menang tangan di buatnya, akulah yg buat slide, betulkan, buat surat, binding report, photocopy, pergi hantar report to client, follow up client, meeting, site visit & segala bagai kerja yg budak despatch buat pun aku kene buat. Penat gile oOOo.

Insaf-insaf... dah serik dah nk lalui semua benda tu. walaupun duduk kt rumah ni pun bukannya aku goyang kaki sangat, banyak benda jugak yg aku kene settlekan, dari bersih rumah, masak, basuh baju, mop lantai, vacum rumah, siram pokok, kutip sampah & Berbisnes. Letih mengalahkan kerje kt opis kadang2 dibuatnya, tapi yg penting aku happy, aku blh aturkan kerja aku mengikut kesesuaian masa aku. Than paling penting xde org nk perli2 & xde haters yg busuk hati nk stalker hal aku & gossip entah ape2. Aman se aman-aman nye aku ckp ko. 

Than kenapa skrg aku tunggu hari isnin tiba ? tak kan kerja rumah pun nk tunggu isnin baru nk buat. Oh bukan kerje rumah yg aku maksudkan. Aku tunggu Currency Market open on Monday closed on Friday !!  tak sabar nk angkut duit masuk account. Lagi satu tak sabar nk tengok berapa USD yang masuk ke acc hasil last week client trading... Wooo.Woo..Wooo... Rezeki nak datang baii, duit nak masuk, mana tak hawau nk menunggunya. Walaupun aku bukan mata duitan, tapi aku suka cari duit. Tak kisahlah ape aku nk buat dengan duit tu. Aku nk simpan ke, nk sedekah ke, itu hak masing2 tapi yg nyata bukan untuk dihabiskan beli handbeg mahal2. Aku pakai porch Tomie or Poh Kong tu je. Senang aku nk sumbat masuk dlm poket seluar aku. Xde aku nk angkut ke Hulu- Hilir beg tangan yg bajet berended tu. tapi dlm beg duit xde banyak mana pun. Itu bukan cara aku. aku seorang yg simple. gaya hidup aku biasa2 shj, yang penting pakaian aku menutup aurat, kemas & wangi. No bau masam.. i dont like manusia yg bau masam or hapak duk sebelah aku. Please stay away !

Banyak sangat ke duit Trading Currency ni ? takdelah banyak mana, bolehla buat belanja, lepasla nk order makanan kt "Tony Ramas" ke TGI friday ke. Cume yg best-nya ko blh angkut duit dari market tu bile2 yg ko mahu, tapi ada cara dia jugakla der. bukan boleh main kaut macam ko amik beras dlm guni tu. silap hari bulan dia pulak angkut duit ko. Yang tu nk kene belajar sikitlah, nk tangkap ikan pun ada kekdahnya. lagi ko tanya camne nk kaut duit yg lebih 5 Trillion USD floating dalam pasaran everyday. 

Lagi satu yang best-nya duit tu dlm USD yea... sekali lagik aku cakap ko, dengar baik2 USD bukan Ringgit ! aku selalu target sehari untuk kaut USD100 ke USD150 sehari, kadang time news keluar aku blh angkut sehingga USD500/day. Berapa banyak capital yg aku dagangkan dalam pasaran ? takdelah banyak sngt, cukup2 makan jela. klu nk dalam ringgit tu paling tidak pun kene ade 20k MYR jugak dlm satu2 account dagangan. Baru sedap nk pasang umpan. tapi ade je yg pasang umpan kecik2. bak kata org tua2 dulu, berdikit-dikit lama2 jadi bukit. Wallahualam.

Okla itu je aku nk cerita, pada yg nk belajar pasal FOREX ni boleh jer roger aku, aku ajar free je. cume korang perlu register under my Trading link. Ade org buat class FOREX ni mahal gile. ade yg cas sampai 50k. Itu pun ade org g bayar. Tapi aku xdela sampai kejam camtu, aku xharapkan duit korang untuk buat makan. bukan cakap sombong der, aku cakap ikhlas, aku niat nk ajar je pun. Mana yg aku tau aku share. bukan nk buat class pastu fee cekik kedarah, than korang trading satu ape pun xtau. Belajar dengan aku ni basic jela aku ajar. selebihnya korang akan belajar dari pengalaman & pemerhatian sendiri.

Welcome My Day !

Isnin, 8 Februari 2016

Review :: The Light Hotel Seberang Jaya Pulau Pinang

The Light Hotel ni antara Hotel baru di Seberang Jaya, suasana pun best cuma kolam dia agak kecik. (kecik sangat) 

Suasana persekitaran hotel yang kondusif & bersebelahan dengan Sunway Carnival Shoping Mall membuatkan hotel ini sering kali menjadi tempat penginapan kami sekeluarga. Ia amat memudahkan kami untuk membeli belah & mendapatkan makanan hanya dengan melintas jalan utama di hadapan hotel. 



Selain daripada persekitaran yg bagus, Sarapan pagi di sini juga begitu menarik perhatian. Banyak pilihan makanan yang menyelerakan sehinggakan si kecik Nuha setiap kali ingin makan, pasti dia mengajak aku untuk lepak di Restaurant Hotel, Demanding betul budak kecik ni.



Swimming pool agak kecil untuk golongan dewasa, tetapi sekali sekala untuk merelexkan diri & berendam bolehla juga terjun ke pool yg agak serdahana besar itu. Gym juga turut di sediakan. Hotel ini seperti memenuhi kehendak 5* Hotel. Tetapi tidaklah begitu sempurna, bak kata orang, lebih baik ada juga dari tidak ada. Hotel ini adalah pilihan yg agak sempurna untuk aktiviti perniagaan & juga sebarang mesyuarat syarikat. Kedudukan yang dekat untuk ke Pulau Pinang juga menjadikan hotel ini adalah pilihan tepat bagi sesiapa ingin menginap di Seberang Jaya. 




Selalunya kami akan makan malam Char Kuew Teow di sekitar Sungai Dua Butterworth (sign board Telur Basuh) atau pun ke Lebuh Camble pulau pinang untuk menikmati nasi kandar Hameediyah, hmm mmg sedap nasi kandar di sini, harus cuba jika anda ke pulau pinang. Selain itu kami juga sering ke Restaurant Puncak Mutiara Cafe di Kg. Pelet Kubang Seman kerana di sini banyak pilihan makanan yang agak sedap walaubagaimanapun ianya agak jauh dari The Light Hotel.

Sepanjang 2 bulan ini (Januari & Februari 2016) Kami telah menginap sebanyak 4 kali di sini atas tujuan kerja & urusan perniagaan. Dengan harga yg agak berpatutan & keadaan hotel yg menarik serta dapat memberikan sedikit kelapangan minda The Light Hotel adalah pilihan kami untuk persinggahan sementara di Penang.

Ahad, 20 Disember 2015

Savvy Part 1 : Menang Lelongan Kereta

Pembelian yang tidak dirancang, aku pada mulanya hanya berniat untuk membelikan sebuah kereta kecil untuk kegunaan my younger brother. So pilihan terbaik adalah membida kereta lelong. Target kereta pilihan adalah Gen 2 , Myvi or Viva. Entah bagaimana tiba2 saje hati tertarik dengan kereta proton Savvy, seperti cinta pandang pertama, tengok2 lebih kurang terus aku masuk bid. Sekali menang pulak, adusss.... my hubby dah buat muka cuak coz tak sempat nk cek enjin bagai alih2 aku dah masuk bid than menang. Kos repair belum buat kira2 lg. Aku macam biasa, muka confident ala2 semua ok, sekali bile hubby bukak enjin, nah amik ko, banyak gile barang yg xde. Anggaran kos 6k untuk beli computer box, TCU, Map Sensor, beteri & segala mak nenek sensor renault yg bapak mahal. Ting...ting...ting... da nampak duit keluar dalam awan kt atas kepala aku. Bawak betenang dulu. Ape2 kereta ni nk kene buat fullpayment kt Bank dulu. Step by step jgn gelabah. Walaupun aku pun dah cuak jugak tp berlakon ala2 ok jela... Huhuhuhu...


Hubby tgh cek barang2 dalam kereta..

Setelah selesai membuat spotcek barang2 yang xde, maka kami pun beransur pulang. Sepanjang perjalanan adela call supplier sparepart renault. Harga mmg dah agak dah, mengalahkan BMW derr. Seketul sensor RM200++ itu baru satu. Total repair yg diberi oleh sebuah bengkel dalam 8k. Aduuuss... Mahai nak mam.. nii. Last2 kitorang buat decision untuk let it go je kereta savvy tu. So deposit kami RM1550 akan hangus laa. Mmg sebak jugak nk buang camtu je, tp klu camtu rupenya mmg tak kuasa nk perabis fulus sebanyak tu utk kereta savvy tu. Kami masih ade  10 hari untuk berfikir semasak2nya, samada nk amik kete savvy tu or deposit hangus. 


Gear lever pun hilang, camne aku boleh tak perasan 😂😂...

Dalam tempoh tu, semua blog pasal savvy aku bukak & menelaah satu persatu, dari segi harga barang, tempat nk dapatkan brg spare part, bengkel yg tak cekik darah & etc. Mmg Allah dah takdir untuk kereta Savvy tu menjadi sebahagian dr keluarga kami. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk amik kete tu & bt pembayaran penuh kepada bank. 

Adik aku pulak tak nak pakai kete savvy tu, mahal katanya, xde duit nk repair nnt, Dari pakai savvy baik amik motor SYM200 (Motor My hubby). Hmm ape2la, so my hubby ckp dia je nk pakai savvy tu, motor SYM200 tu kasi jela kt sadiq. Bnyk pulak duit nk kluar, nk repair kereta lg, nk repair motor lagi. Sendiri cari pasal, sendiri fikirlaa. 

Allah yg Maha Pengasih selalu membantu hambanya, tiba2 ade seorang pomen yg offer good price utk repair savvy kami tu, kos sekitar 3k shj katanye. Alhamdulillah, akhirnya kami temui jalan keluar. Banyak juga barang2 yg rosak, so kereta tu park dekat bengkel Wan di Seri Kembangan lebih kurang sebulan. 

Bersambung......



Jumaat, 12 Disember 2014

EMAS Satu Perniagaan, Bukan Sekadar Simpanan

Salam semua kawan-kawan

Sungguh lama aku tidak mencoretkan sesuatu di laman ini. Desakan masa, kerja & keluarga membuatkan aku terkejar-kejar setiap hari. Tidak banyak benda yang dapat aku lakukan sehari-hari. Semua masa dihabiskan di pejabat & jalan raya. Perjalanan hari2 ke tempat kerja mengmabil masa 3 jam lebih untuk pergi dan balik kerja. Sampai rumah pun hari sudah gelap. Terkadang rasa terlalu penat melayari hidup sehari-hari seperti itu. Hanya hujung minggu waktu yg aa untuk dihabiskan bersama keluarga & membuat ape shj. Terasa seperti telah diikat kuat pada seutas tali, kaki seperti dibelenggu. Tiba Isnin, rutin kerja pun bermula, hinggalah Jumaat kembali tiba. Entah sampai bile harus teruskan hidup begini, mungkin sampai menutup mata. Demi membina hidup dunia yang lebih sempurna. Ya Allah berilah aku satu peluang rezeki yang dapat memberikan aku lebih masa untuk keluarga & agama. 

Beberapa bulan yang lepas, seorang sahabat di zaman University datang berkongsi sesuatu dengan aku. Pada mulanya aku hanya mendengar kerana mengambil hati seorang teman rapat. Tetapi setelah beberapa hari aku membuat carian berkenaan peluang yg dikongsikan itu, aku melihat sesuatu yg benar istimewa & menakjubkan. Namun ade beberapa faktor Hukum perlu diambil kira. Aku terus membuat carian berkenaan Isu agama, ape guna duit berjuta tetapi hanya menambah dosa. Allahurabbi, minta dijauhkan. Dunia bukan kekal abadi, Dunia ini hanyalah jambatan menuju akhirat. Biarlah ape yg diusahakan didunia ini memberi manfaat untuk hidup di Alam Sana.



GOLDEN.... Sampai masuk ke alam mimpi. Bertapa aku begitu asyik memikirkannya. Yess Mungkin peluang ini tiba kerana Allah ingin membuka pintu Rahmat untukKu, tapi mungkin juga sebagai ujian untukKu, Allahuakbar Mudah2an nikmat yg Allah berikan ini membuatkan aku semakin hampir kepada yang Esa. Allahurobbi, berilah jalan & petunjuk yang benar, Apekah yang sepatutnya aku lakukan. Jalan yang terbaik untuk aku lalui.

Alhamdulillah, beberapa bulan telah berlalu, rezeki itu datang tanpa diduga, Rezeki itu milik Allah, terasa bahagia bila menerima sesuatu nikmat hasil usaha yang tidak henti2. Peniagaan EMAS adalah sebuah perniagaan yang begitu syumul. Orang kebanyakkan tidak tahu bagaimana menjadikan Emas sebagai perniagaan yang amat menguntungkan. Islam itu mudah tetapi jangan dipermudahkan. Yang halal itu jelas & yang Haram itu pun jelas. Mudah2n kite menjadi umat islam yang membina martabat agama di mata dunia. Dengan kekayaan, sesebuah bangsa itu dipandang Mulia.

Untuk maklumat Lanjut Mengenai perniagaan EMAS berlandaskan hukum syariah, sila Whatsapp / call ke 019-3353616. Semoga dapat Merungkaikan masalah kewangan Anda.