Memaparkan catatan dengan label Kembali Kepada Tuhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembali Kepada Tuhan. Papar semua catatan

Rabu, 15 November 2017

Zikir Meringankan Beban Hidup


Alhamdulillah, 

Hari ini aku ingin berkongsi dengan kawan2 mengenai keajaiban zikir & mengingati Allah. Amalkanlah untuk sentiasa beristighfar sebanyak 100x sehari paling kurang. Sambil naik kereta, memasak & buat kerja pun boleh. Asalkan mulut tidak ikut berkerja skali. 

Banyak perkara yang telah aku lalui & aku sendiri alami. MasyaAllah hebat sunngguh kuasa Zikir ni. Dari satu kesulitan kepada satu kesulitan yang lain, satu persatu aku hadapi dengan satu keyakinan bahawa Allah itu tidak pernah menzalimi hambanya. Aku sentiasa percaya & yakin bahawa dengan memohon keampunan atas setiap dosa kepada Allah akan memudahkan urusan & meringankan beban hidup & Alhamdulillah ia memang benar2 berlaku terhadap aku. Walau pada perkiraan dunia, aku merasakan bahawa kesulitan itu amat sukar tetapi akhirnya penyelesaian satu persatu merungkaikan setiap permasaalahan hidup & aku kembali tenang. Allah hummaantarobbi...

Setiap manusia ada kelemahan diri, walau sehebat manapun mereka, manusia tetap lemah & banyak kekurangan. Suatu ketika Pernah seorang hamba Allah berniat jahat terhadapku, mungkin dia mulai dengki, bermacam2 perkara yang dilakukan semata-mata untuk menjatuhkan aku & memalukan aku. Tetapi Allah ada. Mereka bukan seorang, tetapi berkumpulan membuat cubaan fitnah kepada-ku. Dan aku tetap percaya, Allah ada bersama-ku. Ya Allah bantulah. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan sambil aku terus menerus beristighfar moga tentera Allah datang membelaku. Yeerr itulah akhirnya yang berlaku. Allah sentiasa mendengar walaupun kita berbisik di dalam hati...  


Allah berfirman 

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri" 

Al-Baqarah : 222

Sesungguhnya syaitan telah berkata "Demi Kemuliaan-Mu ya Allah, aku akan terus menerus menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada (masih hidup) Maka Allah berfirman, " Demi kemuliaan & keagungan-Ku, aku akan sentiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampun (beristighfar) kepada-Ku" 

HR Ahmad & Al-Hakim


Cubalah, InsyaAllah kamu juga akan merasakan sesuatu keajaiban yang tiba-tiba datang. InsyaAllah. Yakin & percayalah bahawa tiada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa Melainkan Dia yaitu ALLAH. 


Salam sejahtera...  





Ahad, 18 Jun 2017

Ke-Syukuran Yang Tidak Terhingga !

Ya Allah, 
Apa lagi yang perlu aku harapkan sementara hidup di dunia ni?
Semua yang aku minta telah dikabulkan Oleh-NYA 
Yang tidak aku minta juga tetap diberikan tanpa aku terduga

Ya Allah,
Tidak terucap sebuah perkataan yang lebih mulia selain mengatakan "ALHAMDULILLAH" sesungguhnya Dia adalah Raja segala Raja, Yang Maha Kaya lagi Maha Memberi

Tahun 2017 adalah tahun yang begitu indah dengan segala bagai cerita & peristiwa. Setiap cerita itu punyai liku-liku yang menguji kekuatan hati & menuntut 1001 kesabaran di dada. Tetapi teruslah bersangka baik dengan-NYA. Kerana Pelangi nan Indah sudah dikirim ke jendela hidup-mu, bersabarlah sedikit lagi. 

Kerana tika engkau menikmati akan indahnya sebuah anugerah itu, barulah engkau terasa betapa kecilnya dugaan yang menuntut sebuah kesabaran jika diberbandingkan dengan Rahmat & kasih sayang yang akan di tebarkan sesudah itu. 


Allahumma Anta Robbi ...



Tahun 2017 tahun rezeki yang melimpah. Alhamdulillah segalanya begitu mudah ditempuhi satu per satu. Seolah2 ada yang datang membantu. Maha Suci Allah yang sentiasa hampir kepada hamba2-NYA. 

Bersihkanlah jiwa, Lapangkanlah hati daripada segala dendam & iri hati. Berdoalah kepada Allah Sang pemilik Alam Buana ini. Dia mampu memberikan apa sahaja kepada-mu, tetapi dengan syarat jadilah hamba2NYA yang bersyukur & berlapang dada. 

Sesungguhnya Dia Maha Memberi & Dia suka-kan hamba2-nya yang suka memberi. Rahmat Allah hanya turun kepada hamba2NYA yang tidak kikir & bermurah hati. 

Believe it Or Not ..??? 

Believe it with whole of your heart !!! 


Isnin, 17 Oktober 2016

Sedekah Itu Ajaib !

Hari ni aku nak share tentang Nikmat bukan pasal pakcik yang nama Nik Mat yea. Jangan salah faham di situ... Heeeee

Aku hanya ingin berkongsi cerita tentang segala nikmat hidup yang telah dikurniakan oleh Allah Yang Maha Kaya kepada diriku selama aku hidup. Dia memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Maha Suci Allah Yang Maha memiliki seluruh cakerawala alam semesta ini. Demi Kemuliaan-NYA aku adalah hamba-NYA yang kerdil, yang sering kali lupa untuk bersyukur. Alhamdulillah.




Ramai orang bertanya kepada aku. Samada kawan-kawan terdekat mahupun keluarga. 

"Mung ni gaji berapa ribu, belanja macam pitih dok habis, gi berjalan situ sini, macam mok datin nih"

Alhamdulillah ramai insan yang concern tentang diri aku. Terima kasih semua. 

Satu perkara yang aku ingin kongsi dengan kawan2 tentang nilai Sedekah & Rezeki. Ia adalah saling berkait rapat. Kita perlu yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah swt adalah Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya. Dialah yang berkuasa untuk memberikan sebutir nasi kepada seekor burung. Dia juga Tuhan yang berkuasa untuk memberikan air kepada seekor biawak di padang pasir yang tandus. Sesungguhnya Dia Yang Maha Kaya yang memiliki kekayaan yang tidak akan pernah habis sampai bila-bila. 

Setiap rezeki yang kita perolehi, samada dengan jalan berkerja mahupun berniaga itu semua adalah dari Allah. Dia telah menetapkan untuk kita sebanyak mana rezeki kita setiap hari setiap bulan & setiap tahun hinggalah ke akhir hayat kita.

Teringat ceramah yang berbahagia Ustaz Ahmad Dasuki tentang Menghadapi Saat Kematian, apabila malaikat datang kepada jiwa yang hendak dicabut nyawa-nya maka dia berkata :- 

"Hai Ruh, aku mencari setitik air untuk kamu sudah tiada, aku mencari sesuap makanan untuk kamu makan sudah tiada, aku mencari selangkah kaki untuk kamu melangkah sudah tiada...."  

Maka fahamlah kita, bahawa dikala nyawa sudah kian berakhir itu bermakna rezeki yang ditetapkan untuk kita juga sudah kian habis. Bagaimana dengan simpanan duit puluhan juta di bank2. sesungguhnya itu milik orang lain. Harta-harta itu hanya singgah kepada kita buat sementara waktu sahaja. Jika kita mempunyai akal yang waras & bijak, pastilah kita akan menjadikan harta itu milik kita yang abadi dengan  BerSEDEKAH. Nilai yang kita keluarkan itu, itulah milik kita yang hakiki, ia telah ditukarkan ke dalam bentuk PAHALA. Yakinlah tiada seorang pun yang rajin bersedekah menjadi miskin melainkan semakin ditambah rezekinya. 

Perumpaan yang mudah untuk difahami, apabila kita hendak melancong ke Singapore, kita harus tukar duit MYR kepada SGD. Begitulah juga jika kite hendak berpindah dari alam Dunia kepada alam Akhirat nilai itu juga harus ditukar sesuai keadaan di sana.

Kereta yang kita miliki bila-bila masa saja boleh di curi orang. Rumah yang kita ada, bila-bila masa saja boleh hangus terbakar di jilat api. Jadi mana satu milik kita? Milik kita apabila kita membelanjakan harta itu ke jalan Allah, berinfak, bersedekah, berzakat & membelanjakan harta ke jalan yang di redhai. Itulah rezeki kita ! 

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah itu Maha Pemurah. Dia Maha Kaya. Boleh sahaja dia jadikan di bawah rumah kita itu Lombong Emas. Tetapi Dia lebih mengetahui keperluan diri kita. Boleh sahaja DIA gerak-kan hati sesiapa sahaja untuk memberikan sumbangan mahupun derma 2.6 billion ringgit kepada kita :)) Tidak mustahil kan? 

Dunia yang kita nikmati ini ada hukum alam-nya. Samada kita ingin percaya ataupun tidak itu terpulang. Melalui pemerhatian yang aku buat selama ini. Aku membuat satu kesimpulan bahawa dunia ini memang ada hukum alam-nya yang kita tidak sedari. Seperti hukum Graviti, Hukum tenaga & sebagainya. 

Allah swt juga berjanji kepada sesiapa yang bersedekah akan dilipat gandakan kepada 700 kali ganda, 

“Setiap amal baik manusia akan diganjar kebaikan sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya” 

(HR. Muslim no.1151)

Kenapa Allah berikan dalam bentuk angka, boleh sahaja Allah katakan akan dilipat ganda sebesar gunung everest. Tetapi kerana alam ini ada Matematiknya. Dari situ aku semakin jelas bahawa alam ini punyai Hukum yang kita tidak ketahui. Duduk & berfikirlah sejenak, mudah2n dibukakan segala "hijab" untuk kita memahami hakikat kehidupan yang sebenar. Bukan sahaja untuk kenikmatan dunia tetapi juga untuk kebahagiaan alam akhirat yang penuh dengan 1001 kenikmatan.

Dulu semasa zaman persekolahan peringkat menengah, seorang ustaz pernah berkata, Nikmat dunia ini tidak dapat dibandingkan dengan nikmat akhirat. Tidak terfikir oleh akal bertapa hebatnya alam akhirat itu. Oleh kerana itu Allah swt berikan dunia ini kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk mendapatkan-nya, samada dia beriman mahupun tidak, dia Islam mahupun Kafir, dia taat mahupun derhaka, samada manusia ataupun Haiwan semua-nya mendapat bahagian di dunia ini. Itulah yang dinamakan dengan Sifat Ar Rahman Allah swt. Sepertinya Allah telah menetapkan suatu hukum alam untuk manusia menikmati dunia dengan pelbagai cara. Kerana Dia tidak sedikitpun peduli dengan nikmat dunia yang di sediakan ini, kerana nikmat itu terlalu sedikit. Maka sesiapa yang ingin mengejar dunia, maka dia harus meneliti hukum alam. Kerana setiap kejadian Allah itu ada perkiraan yang Maha Teliti lagi Maha Hebat.


Apakah kaitan dengan memberi sedekah & bersyukur? Sekiranya kamu bersyukur akan aku tambahkan nikmatku kepadamu. Maka bersyukurlah dengan menginfakkan sebahagian harta yang kita ada. Jika ada RM100. maka sedekahkanlah sebanyak mana yang termampu. Pokok pangkalnya kita yakin bahawa Allah akan menggandakan rezeki kita. 

Jika kita berasa hebat dengan suatu teknologi "Drone" sebagai tentera pengintip. Allah telah lama menghantarkan tenteranya (malaikat) yang tidak terlihat oleh mata, tidak terdengar oleh telinga yang berada di bahu kanan & kiri kita untuk mencatat segala amal perbuatan kita. Subhanallah !

Antara perkara ajaib yang sering aku alami setiap kali aku memberikan sumbangan/sedekah kepada sesiapa sahaja. Dengan izin Allah perkara yang aku sedang usahakan menjadi mudah & berhasil tanpa apa2 masalah. 

Nilai keuntungan Saham meningkat dari hari ke hari. Keuntungan menjadi berlipat ganda, aku sedar setiap kali nikmat itu singgah kepada-ku, ia adalah pemberian Allah swt, dan aku sedar, di dalam setiap rezeki-ku itu ada juga bahagian insan lain yang perlu aku penuhi dengan bersedekah & berzakat. 

Pada hari2 yang seterusnya aku bertemu pula dengan seorang insan yang kelihatan begitu naif. Aku tumpangkan dia ke tempat yang ingin dituju. Tidak lama selepas itu bantuan Allah itu datang secara tiba-tiba, terasa semua perkara yang aku lakukan itu seperti sedang dibantu oleh satu kuasa yang maha hebat. 

Bila berhadapan dengan seseorang yang pada hakikatnya dikenali kesombongan & kesukaran untuk berurusan dengannya tetapi bila aku datang kepada manusia itu, sambil di dalam hatiku berkata:-

"Ya Allah permudahkanlah urusanku dengan-nya, sesungguhnya engkau sebaik-baik yang mengurus" 

Subhanallah tiba-tiba saja manusia itu berlemah-lembut denganku. Segala perkara yang sukar diselesaikan menjadi semudah ABC. Siapakah yang punya kuasa untuk membolak-balik-kan hati manusia ?? 

Aku ingin selalu dipuji manusia, Maka aku memuji Tuhan-ku pada setiap pagi & petang. Tanpa aku sedari, dalam diam ramai manusia yang memuji-ku tanpa aku ketahui. Sambil tersenyum aku berbisik sendiri, "Demi Allah engkaulah Tuhan yang maha Tinggi lagi maha Agong, Ampunilah aku kerana sering kali lupa memuji-mu sedangkan engkau selalu menjaga sebutan namaku di kalangan hamba2mu"

Maha Suci Allah. Aku yakin dia sentiasa ada untuk diriku pada setiap masa & ketika. Dia mengaturkan segala rezeki untuk-ku sekali pun aku tidak bersusah payah untuk mendapat-kannya. Dan apabila aku memperolehinya, aku tahu itu adalah pertolongan dari Robbi untuk diri-ku. 

Demi Allah dan Ke-Agongan-nya, 
Dia menjaga-ku dengan sebaik-baik penjagaan, 
Yang mendengar segala keluh kesah yang aku khabarkan, 
Yang sentiasa membantu-ku tepat pada ketika-nya, 
Yang sentiasa memenuhi segala keperluanku, 
Yang sentiasa menjadi pelindung-ku,
Yang sentiasa memaafkan segala kesilapan & keterlanjuran-ku,
Yang membuka jalan Petunjuk & Hidayah kepadaku,
Yang sentiasa Kasih kepadaku
Dia-lah Allah yang aku sedari keberadaan-nya yang Maha Tinggi 
Setelah mana arwah ibu-ku pergi meninggalkan aku seorang diri di dunia fana ini. 

Dalam setiap doa, aku mengungkapkan kata-kata :- 

"Ya Allah engkau telah mengambil ibu yang aku kasihi daripadaku, yang sentiasa mendengar segala rintihan hati-ku, yang sentiasa cuba menyelesaikan segala kesulitan hidupku, yang sentiasa sayang kepada-ku walau aku sering menyakitinya, yang sentiasa menceriakan hari2ku yang suram. Maka janganlah engkau biarkan aku sendiri tanpa engkau kembalikan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk-ku, kerana engkaulah Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani"

Setiap kali kesulitan demi kesulitan datang bertandang ke dalam hidup kami, maka akan aku katakan :- 

"Allah ada & dia tidak akan membiarkan hamba yang sentiasa taat kepadanya berada di dalam kesulitan & kepayahan hidup, insyaAllah bantuan akan tiba"


Bersangka baiklah kepada Tuhanmu (ALLAH) kerana dia akan berurusan dengan hamba-hambaNYA mengikut prasangka hambaNYA terhadapNYA.



       Wallahualam       



Ahad, 18 September 2016

Salam Aidiladha !

 
 
 
Raya Aidiladha tahun ini kami tidak balik kampung mahupun jalan-jalan keluar kota. Kami hanya duduk di rumah & ziarah saudara mara yg ada sekitar Kajang & Putrajaya sahaja. Tempat wajib singgah di pagi raya adalah ke Rumah Opah di Putrajaya. Meraikan pagi raya dengan hidangan nasi dagang, rendang daging, lemang & juga lontong. Pada sebelah tengah hari pula kami menjamu selera dengan Sup Tulang lembu hasil korban Opah.. Alhamdulillah. Seharian kami di Putrajaya.  
 
Memandangkan cuti hujung minggu bersambung dengan Sambutan Aidiladha, kami pada awalnya ingin jalan-jalan ke Melaka tapi akhirnya kami hanya lepak di rumah sambil mengemas mana yang patut. Walaupun sebenarnya agak kebosanan juga tidak kemana-mana apabila cuti panjang tapi kami terpaksa mengawal perbelanjaan & membuat tabungan travel untuk beberapa bulan ini. berjimat cermat lorr... duit banyak mau pakai nak travel nanti. hihihihi... :) 
 
Walaupun dalam mood catuan perbelanjaan tetapi kami tetap mengagihkan sedikit daripada tabungan kami untuk tujuan melaksanakan ibadah korban untuk tahun ini. Jimat-jimat juga, tuntutan ibadah harus juga diutamakan.
 
Life to Hereafter ! 
 
Kami menggunakan Yayasan Amal Terengganu sebagai perantaraan untuk ibadah korban di Sudan. Pada perkiraan kami mereka (Warga Sudan) lebih memerlukan & lebih utama untuk menerima daging korban berbanding kita di Malaysia. Doa kami, semoga amanah yang di berikan kepada Yayasan Amal Terengganu itu dapat di laksanakan dengan baik. InsyaAllah.
 
 
 
 
Salam Aidil Adha untuk seluruh muslimin & muslimat semoga Rahmat & kasih sayang Allah sentiasa melimpahi diri kita hendaknya. Amin Ya Robbal'alamin.
 
 

Selasa, 19 Julai 2016

Akhir Ramadhan :: Masjid Puteh @ Masjid Raja Kuala Terengganu

Banyak negeri yang kami lewati sepanjang Ramadhan kali ni. Dari Kuala Lumpur hingga ke Utara & seterusnya ke Pantai Timur Tanahair. Menjejak tapak2 kenangan, mencari erti sebuah kehidupan di bumi Tuhan. Walaupun hidangan berbuka kami tidaklah selalunya enak2 belaka, ada kalanya kami terbeli makanan yang teruk sekali rasanya. Jika di bulan Ramadhan pun masih hendak menipu & tidak jujur, bagaimana pula sikap mereka ketika di luar Ramadhan. Semoga Allah berikan hidayah untuk mereka menjadi umat yang lebih baik. 

Meraikan Ramadhan kali ini aku merasa sungguh bahagia sekali, seperti aku menyambut Ramadhan ketika arwah umi & abi masih ada. Hinggakan aku terlupa segala cerita duka yg melanda. Allahuakhbar aku rindu untuk bertemu Ramadhan lagi. Moga di izinkan Allah & di panjangkan usia dalam ketaatan & kerendahan hati.

Pada malam terakhir Ramadhan kami sekeluarga bermalam di Felda Residence Kuala Terengganu. Lebih selesa & mudah untuk kami bergerak menziarahi sanak saudara yg berada di sekitar Kuala Terengganu. Bertemu kaum keluarga yang sudah bertahun tidak berjumpa. Menziarahi mereka yang masih sakit & sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun umi & abi telah tiada.
 


Pandangan luar dari Felda Residence Hotel


Saujana mata memandang nun jauh Jambatan Pulau Duyung...


Pada malam itu kami menunaikan solat terawih yg ke 30 di Masjid Negeri atau lebih di kenali sebagai Masjid Puteh. Lokasi bersebelahan dengan Stesen bas Kuala Terengganu. Kebetulan lalu di situ, teringat pula melalui zaman persekolahan Menengah di SMK(A)DG Marang. Setiap bulan aku akan menunggu bas untuk balik ke Dungun. Sambil tunggu bas tu sempat lagi berdating. hihihihi... zaman remaja lah katakan. tetapi dating secara berhemah yea, xde duduk rapat or pegang2 tangan bagai HARAM ! dating cara budak sekolah agama gitu. Yerla dengan tudung labuh segala tak ke gile nk dating pegang2, oh tidak !!! Terserempak dengan budak2 senior or warden asrama masak kene tindakan disiplin nanti... Hukmak aiii... tapi Takut kepada Allah itu yg lebih utama. Gelak sendiri bile teringatkan zaman remaja yg di lalui. Semuanya hanya tinggal kenangan yg sungguh indah untuk di kenang.

Eh terlebih cerita pulak yea... sambung cerita Solat terawih kami yg terakhir bagi Ramadhan tahun 2016 di Masjid Putih Kuala Terengganu. 

Sungguh sedap skali bacaan Imam Masjid Putih pada malam itu, mirip bacaan di Masjidil Haram, MasyaAllah tidak terasa berada di Malaysia sepanjang solat terawih itu. Bacaan qunut yang sangat panjang pada rakaat witir yang terakhir membuatkan aku terimbau kenangan Umrah ketika Ramadhan pada tahun 2004 bersama arwah Cik Ngah & Ustaz Alauddin di Masjidil Haram. SubhanAllah airmata terasa hangat membasahi pipi. Imam juga kedengaran beberapa kali tersedu-sedu sepanjang memanjatkan doa. Memang tidak sia-sia kami datang berterawih di Masjid ini. 



Alhamdulillah seusai solat & bacaan doa aku terus berpusing ke belakang mencari si kecik Nuha. Dengan jumlah jemaah yang sangat ramai amat menyukarkan pandangan mata mencari si kecik yg lincah & suka bergaul itu. Bimbang juga si kecil hilang atau di culik orang. Zaman yang kecoh dengan kes penculikan budak membuatkan hati aku semakin berat di himpit rasa gelisah. Hampir 15 minit aku berpusing sekitar masjid, luar & dalam masjid namun belum kelihatan kelibat si kecik Nuha. Ya Allah hanya DIA sahaja yang memahami rasa hati ketika itu. Aku menghubungi hubby memberitahu tentang Nuha yang masih belum kelihatan dari tadi. Kami berpusing ke setiap sudut masjid melihat di celah2 jemaah. Akhir-nya hubby menemui si kecik Nuha duduk sendirian di tepi tangga yang agak tersorok sambil memakan roti. Ya Allah Ya Tuhan.... 

Perasaan risau tadi bertukar menjadi geram, rasa ingin sahaja aku cubit2 telinga budak kecik ni. Bersenang lenang dia duduk di situ sambil makan roti. Amboiii joli sungguh. Nasib baik Abi menjadi penyelamat, klu ibu yg jumpa tadi alamatnya memang sakan da kene.... Oh anak sering membuat jantungku berdegup kencang.


Suasana di Masjid Puteh pada malam ni kelihatan agak meriah, rupanya Sultan Mizan & kaum kerabatnya juga turut sama bersolat terawih di situ. Pihak Masjid menyediakan hidangan makanan yg agak enak iaitu roti, nasi putih, Sup tulang, kuih muih & juga air sirap. Agak membuka selera juga moreh mlm tu. Selepas jumpa si kecik Nuha, kami duduk di tepi pagar masjid sambil menjamah sedikit makanan sebelum bertolak balik ke bilik. Alhamdulillah Malam penutup yg sungguh bermakna. Jika di izinkan, tahun depan aku bercadang untuk pulang ke Kuala Terengganu lebih awal & menginap di mana2 Hotel sekitar Kuala Terengganu untuk sama2 memeriahkan malam2 terakhir Ramadhan di Masjid Puteh ini. InsyaAllah.



 


Khamis, 23 Jun 2016

Salam Takziah !

Baru beberapa minggu yg lalu aku & keluarga pulang ke kampung untuk melawat saudara mara yg sedang di timpa dengan ujian sakit. Tidak sampai 2 minggu setelah bertemu dengan Cik Ngoh Dah di rumahnya di Kuantan & berborak panjang mengenai susur galor keturunan kami. Tiba2 pada hari Isnin yg lalu 20 June 2016 bersamaan 15 Ramadhan pada jam 3 ptg, Cik Ngoh telah kembali kehadrat Illahi. Bertemu pencipta sekelian alam ini- Al Malik.  

Teringat perbualan ku dengan hubby selepas melawat arwah pada petang itu, aku memberitahu hubby tentang keadaan cik ngoh. Melalui pemerhatianku, aku rasa cik ngoh sudah tidak mempunyai waktu yg panjang. Paling-paling lama pun 2 bulan. Aku bukan meneka & membuat andaian tetapi itulah yg sering aku perhatikan pada setiap ahli keluarga yg semakin hampir menemui ajal. Walaupun kelihatan agak sihat & masih petah berkata2 serta masih boleh ketawa kecil walaupun agak termengah-mengah, tetapi keadaan jasad seperti seolah2 memberi isyarat bahawa usia-mu kini semakin hampir ke penghujung. Saki baki waktu yg ada ini persiapkanlah untuk menghadapinya. (sakaratul-maut)

Sepanjang perbualan kami pada petang itu, aku sempat berpesan kepadanya supaya membuat persiapan untuk menghadapi alam barzakh, bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa tetapi kerana keyakinan kepada hidup selepas mati itu, kerana setiap daripada kite akan tiba waktunya. Alangkah indah jika waktu yg akan tiba itu sudah kite persiapkan diri untuk menghadapinya. Bila mana 2 malaikat datang menjemput saat itu, kite sudah bersedia untuk pulang bertemu Tuhan pencipta alam. Tiada apa yg kita hiraukan lagi mengenai dunia yg akan kita tinggalkan, semuanya sudah di susun & di atur sebaik mungkin. 

Cik ngoh adalah seorang guru al-quran yg di segani di Istana Pahang, dia seorang insan yg sentiasa ceria & menghiburkan. Mudah2n Allah merahmatinya & di tempatkan di kalangan hamba2 yg solehah.

Ketika arwah umi melalui saat2 akhir kehidupannya, arwah umi berpesan kepada aku tentang semua dokumen2 penting yg telah di simpan di dalam satu fail. Semua dokumen hartanah & juga buku bank simpanan semua telah di simpan di situ. Tetapi aku hanya memandng sepi pesanan itu, kerana aku tidak mengharapkan arwah umi untuk pergi terlalu awal meninggalkan aku sendiri. Demi sesungguhnya janji Allah itu telah jelas, setelah arwah pergi aku mula mencari fail yg dimaksudkan arwah umi di balik susunan buku di rak. Apabila aku membuka fail berkenaan, sungguh aku terasa takjub, subhanAllah, umi sepertinya sudah tahu yang ajalnya semakin hampir. Kami sekeluarga tidak mempunyai sebarang masalah untuk menguruskan segala peninggalan arwah umi. Semuanya seperti telah tersedia dengan rapi untuk diuruskan. Indahnya sebuah kematian.          

Hidup ini hanyalah seketika. Dunia ini hanyalah tempat berlakon & berseloka, tiada apa yg kekal abadi untuk dimiliki, semuanya hanyalah pinjaman semata-mata. Dalam setiap doa yg aku lafazkan, Ya Allah.. sampaikanlah hasrat hatiku untuk tinggal di bumi Madinah mahupun Mekah pada penghujung hidup-ku. Sedarkanlah aku jika aku terlalai & terleka terhadap dunia & matikanlah aku dengan sebaik2 kematian & tempatkanlah aku dengan sebaik2 tempat kembali pada sisi-MU. Ameen Ya Robbal 'Alamin.