Memaparkan catatan dengan label FOREX. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOREX. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Julai 2020

My Love :: Samsung A71 Hadiah Bestday My Hubby Yang Ke-38



Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah swt untuk kami bersama-sama meraikan hari lahir my beloved Hubby yang ke 38, semoga hubby dipanjangkan usia dalam Rahmat & keberkatan InsyaAllah. 

Untuk bestday hubby kalini, aku tak sempat nak sediakan apa2 hadiah pun untuk hubby pada tanggal 26 Jun 2020, nak masak special pun tak ada idea, pasal travel berturut-turut from last 2 week. Start pertengahan Jun haritu kami balik kampung @Terengganu 3D2N and the week after that kami travel ke Penang pula dari 20hb sampai 24hb, sepatutnya kami stay kat Penang sampai 26th Jun 2020 dan rancangnya nak celebrate bestday hubby kat Batu Ferringhi, Sekali 25th Jun tu hubby ada urgent meeting pulak, so Lepas habis kuliah di Butterworth pada 24hb petang tu, kami terus bertolak balik ke Kuala Lumpur. Hmmm... Rugi penginapan 1 malam di The Light Hotel. Nak mintak refund da tak boleh sebab booking melalui Agoda. Redha-kan jela. Dah nama pun anggota tentera, memang 24hr kena bersedia untuk di panggil atas pelbagai tugasan & arahan. Bukan baru sekali  ni kena camni, da banyak kali da pun, so da macam tak kisah sangat, nasib baik planning local je, kalau planning luar negara tiba2 kena cancle, tak tau nak kata apala. Mau menangis bucu katil kot seminggu. 

So idea nak celebrate tu da macam tak ketahuan. Lain rancang, lain pula jadinya. Akhirnya aku ajak juga hubby celebrate simple2 je malam tu, sambut dengan our family jelah. Sian juga kat my hubby, satu hadiah pun tak sempat nak beli. Cuma sempat wish je kat Wassap. Malas nak show off kasih sayang kat FB sangat sekarang. Kita private massage je la ye. As long as you know, I always love you & hope you will be happy till Jannah kira romantis ape.. hihihihi...






Sebenarnya awal2 lagi aku da plan nak belikan hubby handphone untuk bestday dia. Cumanya minggu sebelum tu acc trading aku tak menjadi sangat, bajet nak hentak margin, Sekali aku pulak yang kena hentak. Aduuuhaai bertabah jela. Kita buat slow2 balik, tak payah nak hentak2 sangatlah. Layan je slow2, yang penting HIJAU. Dan Alhamdulillah dengan berkat kesabaran akhirnya semua semakin pulih & bertambah baik dengan jaya-nya Alhamdulillah. So bolehlah reserve duit untuk korban & akikah Umar nanti. InsyaAllah.

Profit durian pun agak bagus, walaupun xdelah banyak mana pun, bolehla sikit2 buat cover belanja makan2 kat luar, yang penting ada duit poket sendiri. Dalam diam aku da belikan hubby Samsung A71. Sebab 2 hari sebelum tu hubby adalah bercerita pasal officemate dia beli HP baru. Sajalah tu kasi hint nak handphone jugak huhuhuuhu. Memang da tau da, tapi saja je buat2 tak faham. Kalau cakap awal2 tak supprise lah pulak kan.

Itu jelah kisah sambut Bestday Hubby tahun 2020 ni.Semoga hubby akan simpan kenangan tu hingga ke syurga. Hidup ni singkat je, moga dalam waktu yang sesingkat azan & iqomat ini kita dapat mengecapi rasa bahagia hidup berumah tangga. Tergigit lidah sekali sekala tu biasalah, tapi selalunya paling lama pun 2 hari tu dah baik dah, tak laratlah nak layan perasaan lebih2 sangat, nak keluar jalan2 pun payah ... hahahaha...

 



Khamis, 24 Januari 2013

Jom Trade Dgn Bergaya !

 
 
Hasil selama beberapa hari trading mengunakan Insta MT4 ..
Harap profit maintain, Loss skit2 tu biasalah.. :)

Setelah hampir 3 tahun aku meninggalkan dunia Saham dan Trading ni, entah kenapa tiba-tiba angin nk open position & clik2 kt MT4 datang balik. Mood untuk trade dah kembali.. ehehe.. nk trading pun kene ade mood jugak tau, jgn xtau yea. Semua benda nk buat pun nk kene ade mood dulu baru ade mari.. huhuhu

Last 4 years aku adalah antara trader tegar yg sentiasa memerhati pasaran saham BSKL. Aku pernah mengalami kerugian sebanyak 35K gara2 aku main kontra dengan Hwang DBS, masa tu aku di sem akhir pengajian. Huh.. mmg rase nk mati je time tu, Stress yg amat, mood mmg xmenentu, maklumlah darah muda.. ehehe.. tp after beberapa tahun aku mengadap online trading ni, aku dah dapat menyesuaikan diri, mood, fikiran & masa aku. Mmg aku xnafikan trade saham secara kontra mmg best, dlm mase beberapa hari je 2, 3 ribu ringgit tu perkara biasa. tp klu saham merudum, mmg menangis la ko..
 
Lepas aku mengalami Loss yg teramat besar dlm hidup aku tu, aku dah stop main kontra. Aku telah diperkenalkan oleh seorang kawan dgn Forex Trading plak. ehehe.. Aku ni mmg xpernah reti nk serik, kene berpuluh ribu pun still nk melabur lg. Aku mmg sedar Forex ni mmg berisiko tinggi. Tp klu kene gaya InsyaAllah kite mampu menjana duit setiap masa. Apepun aku rasa berbangga kerana pada usia semuda tu aku dah dapat rasa macam2 dugaan besar dlm hidup,  mungkin kawan2 seusia aku masih sibuk nk bercintan-cintun, dating situ sini, tp aku mmg xde mase nk pk sngt bab2 entah ape2 canggitu, Ape yg paling buat aku angau time tu, bile dpt jumpe taiko-taiko besar yg dah lama trading, yahooo.. mmg best gile.. rase mcm nk menjerit je.. I want BIG money !!!..

Pada tahun 2010 adalah tahun yg paling masyuk untuk aku. Alhamdulillah rezeki aku dlm FOREX trading ni melimpah2. Pendapatan sebulan aku mase tu sekitar 5k - 7k bergantung kepada keadaan. tp mmg xlari dari angka tu laa.. huhuhu... senyap2 je aku buat tabungan dalam bank persatuan. Yerla duit ade buat ape nk kecoh2, diam-diam udah lee.. huhuhu... My hubby pun xtau. Cume yg dia syak tu, bile dia tengok aku berbelanja bukan main banyak, duit mari tang mana..?? Siap boleh belikan hadiah harijadi kt My hubby sebijik motor SYM, Beli cash lg U... nipis akaun aku sekejap.. hehehe.. Klu dah syg duit banyak2 nk simpan buat ape.. kite share2 buat yg tersayang barulah terasa bahagianya hidup ini...


Hmm suke-la tu dapat hadiah special... Okla tu klu suka, U suke I lg-la suke... Bulan 10 tahun 2010, Lokasi di Officer Mess Quaters,
 Kepala Batas Alor Star kedah :)...
Nampak kurus & hensem-la plak Pakcik ni...
Hmm skrg pun encem jugak cume mcm ala2 comel skit,
maklumlah dah dpt pingat PJK skrg.. ehehehe 
 
Daripada duit Forex Trading jugaklah aku beli rumah pertama aku di Taman sepakat Indah 2 kajang tu. Deposit 30K tu.. huh mmg masak. Rumah lelong faham2 ajelah, mcm2 nk kene bayar. itu baru downpayment 20% xmasuk lg fees lawyer & etc. berhabis dekat 45k jugak aku kt umah tu. After aku buat Calculation balik, Pulangan Trade Forex secara Online telah memberi pulangan sebanyak 70k++ dlm tempoh tidak sampai setahun. Syukur Alhamdulillah.. Tp semua-nya dah habis. So after duk pk2, aku nekad utk mulakan hoby berisiko aku ni semula. mmg dah lama aku tinggal. banyak benda yg aku dah lupe, sume indikator yg power2 sume dah hilang. mmg nk kene g Jumpe my Sifu balik pasni... Trade Forex ni mmg best time masyuk, tp bile time loss mmg tension.. tersangatlah tension.. so kestabilan emosi mesti dapat dikawal dgn sebaiknya supaya keputusan yg baik dapat di capai InsyaAllah.
 
Mudah2n Allah memberi rezeki untuk aku utk kali yg ke 40 juta... semua rezeki tu dtg dr Allah, setakat dia nk kasi 2, 3 ratus ribu tu mcm xde ape, dunia ni milik DIA, cume yg penting kite perlu yakin & percaya, serta melakukan setiap perkara dengan jujur & Ikhlas kerana Allah, Bile dah masyuk tu jgn la lupe bayar zakat & membantu insan yg lemah yea... Amen ya Allah moga di buka pintu rezeki..
 
 
Salam Jumaat ..