Memaparkan catatan dengan label Resepi Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Masakan. Papar semua catatan

Khamis, 26 Mei 2016

Sedap Ke LOBSTER ?




Banyak iklan yg menayangkan tentang keenakan LOBSTER. Betul ke Lobster ni super sedap ..?? Alhamdulillah aku telah beberapa kali makan lobster nih. Aku kan penggemar udang yg tegar. Arwah abi dulu adalah seorang pemancing udang galah di Sungai Dungun & Paka, aku pun pernah 2,3 kali follow abi memancing naik boat. Setiap minggu mesti kami adik beradik akan meratah udang galah sebesar lengan org dewasa. Bukan seekor dua tau, berkilo-kilo di ratah begitu shj. Hanya rebus dgn garam shj. Kadang2 my brother bakar atas tungku dapur. Mmg lazat tidak terkata. Subhanallah.

Lobster ni pada aku tidaklah seenak udang galah. Jika di beri pilihan aku akan pilih udang galah. Lobster pun sedap juga cume isinya sedikit keras & kurang rasa manis berbanding udang galah. Tetapi dari segi harga pasaran Lobster jauh lebih mahal berbanding udang galah.Mungkin nak dapat tu payah kot, itu yg jadi mahal agaknya.




Beberapa minggu yg lalu hubby di arahkan bertugas di Sandakan Sabah. Sebelum bertolak balik ke semenanjung, hubby telah singgah ke salah satu tempat ternakan Lobster di Sandakan. Itupun staf TLDM yg bawa hubby ke sana dengan boat diorang. Kebetulan masa tu bukan musim Lobster katanya. Hanya ada beberapa ekor shj yg sedikit besar. So hubby beli 1kg shj utk di bawa balik. Harga agak mahal kerana di luar musim RM120/kg. Selalu bila dtg musim hanya RM60/kg katanya. terus up 50% dari normal price.

Maka naik flightlah Lobster hingga ke Hillpark 2. Seminggu jugaklah Lobster tu bertapa dalam peti ais sementara masuk perut. Coz aku belum berkesempatan untuk memasak. Just masak lauk simple2 je seminggu tu. Nak masak cincai-cincai macam sayang pulak rasanya. Sambil tu aku bt carian resepi di Mr google cari resepi yg mudah & sedap utk masak Lobster ni. Last2 aku masak dengan maggi jek.. kuikuikuikui... Buat Maggi Lobster gitu. Resepi paling mudah lah katakan... :))




Dah siap Maggi Lobster. Aku hanya meratah Lobster jek, Hubby & my Younger Brother yg habiskan Maggie tu ... 


Kesimpulannya Maggi Udang Galah jauh lebih menyengat berbanding maggi Lobster. Sekian dulu ...

Selamat Mencuba !



 

Jumaat, 4 Mac 2016

Part 4 : Maggi Udang Galah & Sarawak Cultural Village



Kat bandar Kuching ni tak ade ape yg istimewa or best sangat pun pada aku. Nak makan pun tak berapa selera, mungkin cara masakan dia kurang kena dengan tekak aku ni, mungkin org lain ok kot, Selera masing2. Antara tempat yang kami kunjungi adalah di "Sarawak Culturer Village" tiket masuk RM60/pax. Nak ke SCV ni agak jauh jugakdr bandar, sekitar 32km lebih iaitu menghala ke arah Gunung Santubung. Lokasi SCV mmg betul2 berhadapan dengan Resort Pandai Damai. Ape yang menarik kt sini..?? Mula2 kami sampai kami di sajikan dengan tarian kebudayaan semua etnik di Sarawak (dlm theater hall). Persembahan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Agak menarik jugak persembahan diorang, lawak pun ade.




Itu rumah bidayuh klu tak silap aku, tp rumah tu hanya untuk org lelaki yang bujang sahaja, biasanya rumah ni akan berada di bahagian hadapan kerana dia bertindak sebagai "Guard House" 


ok macam yang kt atas tu, bahagian belakang tu rumah org melanau yang sudah keluarga, orang perempuan pun duduk kt bahagian belakang jugak. Bagus jugak senibina diorang ni, ada ciri2 keislaman sikit2 dalam bab menjaga hak kaum wanita dengan mengasingkan lelaki bujang & juga anak dara daripada bertemu muka. Islam itukan Fitrah manusia. alhamdulillah kerana aku adalah seorang penganut agama islam. :) 


naik jambatan buluh yang tak berapa tinggi...
Kt dalam SCV ni ade di bina beberapa jenis rumah rakyat org sarawak. Seperti Rumah Melanau, Rumah Iban, Rumah Penan, Rumah Cina, Rumah Orang Ulu dan macam2 lg. Tapi masa kami pergi tu tak ade ape2 event, so agak membosankan jugak kerana tiada ape2 yang dapat dilihat kecuali masuk ke rumah2 untuk melihat senibina & ukiran kebudayaan diorang. Selebihnya agak membosankan. Mungkin klu korang nk dtg kene tunggu ada ape2 event kt situ baru meriah. kami ambil masa sekitar 2 jam lebih kt SVC. Pastu ke pantai Damai sat. Tengok dari jauh jek, coz nk cari jalan masuk ke pantai, sampai sudah tak jumpe.. Sudahnya kitorang carik jalan ke kedai makan. Lapaaarrr ...

Pusing punye pusing cari kedai, ade beberapa kedai yg kami jumpa & singgah, tapi aku tak berapa selesa nk makan, coz keadaan kedai yg kurang bersih, so hubby terpaksa pusing lg carik kedai lain. Nasib baik hubby ok je, xde nak marah2.. muahhahaha sayang abg :) yerla kedai bersepah dengan puting rokok, lantai hitam berkerak, kt atas tempat hidangan lalat buat playground, camne tu..?? ade selera nk makan ..?? hihihi.. makan roti gardenia cicah air milo lagi selera kot. 

Akhirnya kitorang jumpe tempat makan yg agak ok iaitu di Bukhary Cafe, lokasi kt jalan Satok, sederet dengan cafe ni ada KFC, Pizza Hut & Secret recipe. Makanan yang dijual cume nasi beriani je, ape2la yang penting dapat makan. harga agak berpatutan & sangat banyak. Rasa pun sedapla jugak. Tengah lapar apepun sedap kan .. :)

Lepas makan tu kitorang singgah ke Kubah Ria, kt situ aku beli 2 ekor udang galah, saiz XXL harga RM85/kg. Kire standard hargala kot. Plan kitorang nk makan dengan Maggi je. So otw nk balik ke bilik malam tu gigihla my hubby singgah ke Parkson untuk dapatkan bekas & juga Maggi. Kitorang kan mmg dah terror bak masak memasak dalam bilik ni hihihihi.... Mmg best gile makan hingga licin kuah Maggi tu di hirupnya. So dinner kitorang malam tu Maggi Udang Galah XXL, menyengat habiss, mmg terbaik !









Sabtu, 7 Februari 2015

Pisang Goreng Cheese ?

Bukan main mahal harga Gorpis Cheese. Banyak org bercerita tentang Gorpis Cheese ni, so aku tidak ketinggalan turut mencuba Pisang Goreng Cheese ala Jakarta yang terletak di Syeksen 8 bandar baru Bangi yang berada di sebelah Restoren Kelisa tu. Harga klu tak silap aku RM7.00 satu set. ade dlm 7 potong pisang yg dihiris nipis. Sedap sangat ke ? Hmm xdela best sngat pun, sekadar tambah cheese. 1st and last kot aku beli Gorpis Cheese ni. Xberbaloi langsung pada aku.

hihihi ini shj yg tinggal, after dah siap goreng, sambil goreng sambil makan..


So memandang hari cuti ni kitorang mmg tak kemana-mana so terasa nk buat Gorpis Cheese ni. Tengok dalam fridge ade seikat pisang yg di beli 2 minggu lepas di pasar borong Sri Kembangan. Terus cakap kt Hubby "Jom buat Pisang Goreng Cheese, tapi kene pergi beli cheese dululaa..." hihihihi.. so my beloved hubby pun pergilah beli Mozarella Cheese yg telah siap diparut kt Billion depan jalan sana. 

Ape yg xkene dengan cheese yg dah siap parut ni ?? mmg xberapa nk menjadi laa coz cheese yg dah siap parut tu besar sgt, so lambat nk melting atas pisang tu. tapi bile makan tu sama je rasa dia, lagi best ape, sebab bersudu-sudu cheese aku taruk atas seketul pisang tu, xcukup letak atas pisang, aku sumbat masuk dalam pisang hahahaaha... amik kaw.. nak cheese sgt kan. hihihihi....

Rabu, 3 Julai 2013

Kisah Seorang Budak & Sebatang Pokok Besar

Aku ingin kongsikan sebuah cerita yang pernah aku baca pada zaman kanak-kanak-ku dulu. Aku juga pernah menceritakan kisah ini kepada arwah umi. Masih terbayang bagaimana riak wajahnya bilamana aku menceritakan kisah ini kepadanya di suatu malam ketika sedang duduk bersembang di meja makan marmar di dapur rumah-ku. Hanya aku & Umi, abi mungkin ke masjid ketika itu. Kerana seingat aku, abi tiada bersama.
 
Aku : Umi nk dengor cerita dok, sedih sgt cerita ni, cerita pasal seorang budak dengan sebatang pokok.
Umi : Dah mg bace mane cerita tu...
Aku : Dalam majalah, dengor la ni, kite nk cerita ni... (aku pun mula bercerita)
 
Belum sempat pun aku menghabiskan cerita ini, air mata umi telah berjujuran jatuh ke pipi. Entah kenapa sedih sungguh umi ketika itu. aku hairan. Tetapi dlm menangis itu umi masih senyum & ketawa mungkin ingin menutup rasa malunya menangis di hadapanku secara tiba-tiba . Aku pun turut bersedih ketika bercerita kisah ini kepada-nya. Mungkin umi terharu dengan cara penyampaian ku agak-nya. Detik hatiku ketika itu. Masa tu, aku berusia 11 tahun. Aku sering terlibat dalam apa sahaja acara ko-kurikulum sekolah. Samada bercerita, mendeklamasi sajak, berdebat & berforum. Aku juga adalah seorang anak & pelajar yang sgt aktif bersukan. Setiap kali pertandingan, Aku selalunya akan mendapat Johan atau paling kurang Naib Johan peringkat Daerah Dungun. Dan org pertama yang akan aku berita-kan adalah umi. Aku sanggup ponteng kelas agama petang semata-mata untuk menunggu umi pulang dari kerja. Sungguh tidak sabar untuk kongsikan berita gembira itu kepadanya, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Arwah adalah teman yg paling rapat dengan-ku pada zaman kanak-kanak-ku. Walaupun kekadang aku sering di rotan oleh Abi gara-gara leteran arwah, Tetapi aku tetap sayang kepada-nya. Semua cerita aku kongsi-kan dengan-nya, dia pula melayan aku seperti kawan. Tidak sedikit terasa janggal bile bercerita, ape shj cerita pun aku boleh kongsi dengan arwah, dia adalah pendengar setia cerita-cerita-ku.
Kini umi telah pergi buat selama-lamanya. Setiap kali menjelang ramadhan aku sangat merinduinya. Kerana banyak peristiwa & kenangan terakhir yg arwah tinggalkan untukku pada hari-hari terakhir kehidupanya di sepanjang bulan Ramadhan & sambutan 1 syawal. 
Dulu aku mungkin tidak mengerti mengapa arwah umi menangis bila aku menceritakan kisah ini kepadanya. Namun kini setelah aku mempunyai seorang anak perempuan yg semakin membesar. Yang selalu ingin bermanja-manja denganku, yang selalu menanti kepulanganku setiap petang, yang begitu gembira setiap kali aku merangkulnya dengan erat... Aku mulai mengerti segalanya. Dan aku semakin sedar bertapa arwah sangat menyayangiku melebihi dirinya sendiri... Allahuakhbar... Azah sangat rindukan umi... :,(  Pada ketika aku menulis cerita ini. Airmataku berjurai tidak henti-henti. Terasa benar ralatnya hatiku ini. Belum sempat aku membalas ketulusan kasih syg yang tidak pernah berpenghujung.. Umi telah pergi buat selamanya meninggalkan aku sendirian bersama dunia yang luas ini... :'( 
Hampir habis setengah kotak tisu, nasib baiklah time lunch hour. Semua org tiada di office hanya aku seorang shj tidak kemana-mana. Time rehat sengaja aku skip kerana ingin pulang sedikit awal ptg nnt. Hati seorang Ibu, tidak pernah lupe pada anak2nya walau di mana dia berada..


Semoga Cerita ini menjadi pengajaran paling berguna kepada sesiapa sahaja yang membacanya. InsyaAllah ... Jom hanyati kisah tauladan ini..
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan buah2n sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok  itu juga menyayangi-nya.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah kepadaku, bermain-mainlah di sekitarku seperti dulu" ajak pokok besar itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak kecil, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau, Aku mahukan permainan dan Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok besar itu berkata, "Kalau begitu, petiklah buah-buah yang ada padaku. Jualkanlah ia untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan, mungkin itu akan membuatkan kau gembira."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik ke semua buah di pokok besar itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok besar itu merasa sedih.

Masa terus berlalu, berbulan-bulan lamanya, pokok besar tetap setia menunggu kehadiran kanak-kanak kecil yg selalu bermain di sekitarnya suatu masa dulu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok besar itu merasa gembira melihat-nya.

Dengan nada gembira pokok besar itu berkata "Marilah bermain-main di sekitarku, aku rindu untuk melihat senyumanmu seperti dulu"

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu dengan riak wajah yg muram.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." kata Pokok besar itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong ke semua dahan pokok besar itu dan pergi dengan gembiranya dengan membawa pulang dahan2 besar untuk di buat rumah bagi keluarganya. Pokok besar itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu. Lama pokok besar menanti, tahun berganti tahun, musim bertukar musim...

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok besar itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok besar itu dulu. Kini dia telah matang dan dewasa. Kelihatan budak kecil yang dulu, kini telah menjadi seorang lelaki yg gagah perkasa. Pokok besar gembira melihatnya kembali...

"Marilah, bermain-mainlah di sekitarku seperti dulu, lama aku tidak melihatmu ketawa riang.." ajak pokok besar itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada-mu. Tetapi kau boleh memotong batang ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok besar itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok besar itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju ke pokok besar itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok besar itu. Dia rindu untuk bertemu pokok besar. Dia ingin berehat & berteduh di bawah rimbunan dedaun pokok besar. Tetapi sayang-nya pokok Besar itu telah tiada. yang tinggal hanyalah tunggul & akar di dalam Tanah. Apabila pokok besar melihat budak yg sering bermain dengan-nya dulu telah kembali semula kepada-nya, pokok besar berkata :-

"Maafkan aku. Aku tidak punyai apa-apa lagi untuk diberikan kepada-mu. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku kau jadikan kapal untuk berlayar . Kini aku hanya ada sebatang tunggul dan akar yang telah mati..." kata pokok besar itu dengan nada perlahan, sedih & pilu.

"Aku tidak mahu buahmu kerana aku sudah tiada gigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang besarmu kerana aku berupaya lg untuk belayar jauh. Aku hanya merasa penat dan ingin berehat di batang-mu serta berteduh di bawah-mu" jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku, moga dengan itu bisa membuatkan kamu merasa tenang & bahagia" kata pokok besar itu.
Pokok besar itu sangat gembira, kerana akhirnya budak kecil yg dulu sering berlari di bawahnya kini telah kembali seperti dulu. Biar pun pokok besar tidak mampu untuk melindunginya dengan rimbunan dedaun & dahan-nya tetapi cukuplah untuk mengubat kerinduan-nya selama ini terhadap budak kecil itu yang kini semakin tua di makan usia.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di tunggul pokok besar. Dia menangis menyesali atas segala perbuatan-nya terhadapat pokok besar yang begitu menyayangi-nya selama ini.  Walau sebanyak mana sekalipun dia menangis. Pokok besar yg dulu pernah menjadi teman permainan kini hanyalah sebatang tunggul yg telah mati.

Selasa, 25 Jun 2013

Resipi Mee Goreng Mamak

Haiii kawan2, hari ni aku nak share resepi Mee Goreng Mamak versi aku sendiri. Slalu aku suka buat Mee Goreng Basah ala Trengganu je, Resipi Asli my late beloved Umi. Yummy2 sedaappp meh... :))
 
So kepada kawan2 di luar sana yg suke makan Mee kt kedai mamak tu, better try masak sendiri kt rumah, confirm meletoop & yang penting korang boleh masak dengan sedap & berkhasiat untuk hidangan anda sekeluarga.

 
Tauhu yg da siap di goreng...

 
Udang yg telah siap dibuang kulit & di tos kan..

 
Bahan2 yang diperlukan :
 
 Sepeket Mee kuning (halal & suci/ pastikan buatan org islam)
 2 ketul Tauhu di goreng & di potong dadu
 Sawi di potong kecil
sebijik kentang di rebus & di potong kecil
Udang/Sotong/Ayam/Daging (ikut citarasa nk banyak mana)
sebijik telur
 6 btg Cili Kering di rebus & di kisar lumat
 5 btg cili padi di belah 2 (klu nk pedas blh tambah)
segenggam Taugeh
sebijik Limau nipis di belah 4
 5 ketul Bawang Merah di kisar separa lumat
 2 ulas Bawang putih di kisar separa lumat
 Sos cili, sos tiram, Kicap, garam & gula
 



 
Cara membuatnye :
 
Tumiskan bahan bertanda Merah di atas dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan Udang/Sotong/Ayam/Daging yang telah di bersihkan.
Masukkan sedikit garam & gula (mengikut citarasa)
Masukkan 2 sudu sos cili, sesudu Sos Tiram & kicap manis
 Kemudian Masukkan Mee Kuning & gaul sebati.
ketepikan Mee & Masukkan sebijik telur  ditengah2 kuali bersama sedikit minyak, biarkan telur sedikit masak & gaul rata bersama Mee.
Selepas beberapa minit, masukkan sawi, taugeh, kentang & tauhu.
Kacau sehingga Mee & sayur sebati.
Biarkan Mee sedikit Kering.
Angkat & sedia untuk di makan.
Perahkan sedikit Limau sebelum makan, pasti melekat.. !!




Ok sayang dah  Mee Mamak da siap masak, jom kite dinner... :))



 
Gendang-Gendut tali kecapi, Kenyang Perut suke hati...
hikhikhikhik... :)
 
 













Sabtu, 24 November 2012

Sarapan Nasi Lemak Royale

Haiii kawan2.. Selamat berhujung minggu...
 
 
 
Jom sarapan Nasi Lemak Royal this morning. Klu di Alor Star Nasi lemak Royale ni sgt glamour, tp mase aku duk Aloq Staq dulu pernah gakla try nasi lemak yg menjadi kegilaan ramai ni. Tp ape boleh aku simpulkan kepada peminat nasi lemak, nasi Lemak royale ni  rasa dia ala2 je, xdela mantaap sgt pun sambal dia, cume nasi dia color kuning. Sebab tula nama dia "Royale" ala2 color raja camtu.. huhuhu mcm2.. Tp itu mengikut aku punye raselaa.. maybe korang boleh cuba jugak dulu.. kt Jitra pun ade kedai nasi lemak ni...
 
 
Sambal telur puyuh.. yummy2.. :)
 
 
Ikan bilis Pangkor, RM65 sekilo... sedappp...

 
Ayam berempah my hubby yg buat, nampak mcm sedap...
 
So pagi ni aku baru siap masak nasi lemak ni, berpagi2 lg aku dah bangun & keluarkan ayam. Sekarang ni tinggal nk mamam jelaa.. jap lg aku nk ke Shah Alam, nk register something kt SACC Mall... nnt da berjaya register aku akan share kt sini ye.. 


 
 
Oklaa jemput makan semua...
 
 
 
 

Jumaat, 23 November 2012

Gulai Lemak Cili Api

 
 
Aku bukanlah seorang perempuan yg pandai menggoda, bukan juga pandai bergaya. Aku hanyalah seorang gadis kampung yg hanya tau menghargai & menzahirkan kasih syg melalui perbuatan bukan sekadar berkata-kata. Semoga dirimu dapat merasakan kebahagiaan walau hanya seketika. Ape yg aku tau, aku akan sentiasa bersama kamu & menyayangi-mu hingga ke-akhir nafasku.
 
Balik dari opis ptg td aku terus berkejar ke Pasar Borong Sri Kembangan. Hasil belian adalah  sekilo Udang galah & juga seekor ayam. Udang galah tu adalah untuk masakan mlm ni coz my hubby balik ptg ni, InsyaAllah mlm ni sampai la kot tp xtaula jam bape sampai ke rumah. Xpela, nnt da sampai bolehla hubby makan, coz minggu lepas aku dah janji nk masakkan lauk gulai lemak cili api ky dia skali xkesampaian untuk di masak. So today aku dah tunaikan hajat my hubby yg mengidam mcm2 sejak akhir2 ni. Nnt makan banyak2 ok.  
 
Semoga sampai dgn selamat & cepat coz da lapar ni. Hmm klu lambat sgt nk sampai nampaknya ade org yg akan ngap dulula nampaknye, coz xelok mkn mlm2 sgt, nnt bertambah Bam jadinya.. ehehe.. :)
 
 
 
 

Rabu, 17 Oktober 2012

Hubby Mengidam Gulai Tulang


This weekend my hubby dah balik.. yeyeye... terasa ceria-la skit hidup ni ehehehe, dlm kepala mmg da lama pk nk masak apela nnt once my hubby balik yea? Hmm klu masak gulai tulang + daging pun sodap tu. ehehe aku mmg Xpert klu masak gulai2 ni, almaklumlah dari kecik sampai ke besar mmg arwah ummi hari2 suh aku tumbuk bawang & sediakan rempah ratus untuk masakan gulai daging. My abi mmg xsah klu xde lauk gulai daging. Itu adalah menu wajib rumah kitorang. My ummi sgt pandai masak.. soo sedap U.. bile duk asrama mula-la terasa masakan yg sngt xserasi dgn tekak.. huh entah ape2 rase ... tp nk buat camne itu je makanan yg di hidangkan, terpakse kutelan jua. huhuhu
 
Oleh kerana my hubby pun dah ala2 kasi hint nk makan gulai daging + tulang td, so aku pikir2 besok petang aku nk ke pasar borong Sri Kembangan untuk cari Daging & beli rempah ratus skit.. aku kan isteri solehah. xpayah cakap nk ape2, kasi hint skit pun da tau da ehehe perasan sesorang... tp mmg camtu slalu pun. Ade pakcik tu suke buat ayat "Daging ade x lagi kt rumah..?" padahal ayat tu nk bagitau yg dia nk makan gulai daging or daging goreng kunyit. ayat pengenalan terbaik dari pakcik yg ala2 berbudi bahasa.. ehehe tp mmg berbudi bahasa pun... tats Y laa I Lap U  :)

Untuk menyediakan Gulai Tulang, Selalunya aku akan rebus dulu daging + tulang sampai empuk semalaman, pastu baru aku sediakan bawang + rempah2 untuk di tumis ke-esok-kan harinya. After tat aku akan amik air rebusan daging td aku campurkan ke dlm tumisan yg da di goreng garing. Pastu tunggu mendidih + masukkan santan & perlahankan api. Daging da di masukkan awal2 td lg yea. Tujuan masukkan daging awal2 adalah supaya rasa rempah tumisan & daging sebati, barula naik rasa gulai tulang tu.. ehehe .. yummy sedaappnye..
 
untuk menambahkan rase gulai yg sedap, sile lebeykan sedikit bawang merah yea dan kurangkan bawang putih. letakkan sedikit lengkuas klu gulai tulang. sikit je, jgn banyak2 nnt xsedap. Ok nnt dah siap aku uploadkan gambar. lambat lagi-la tapinye... this weekend yea :)
 
 
 
 

Rabu, 1 Ogos 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ PJ Hilton Kuala Lumpur

Salam all my beloved Frenz..

Sempena bulan Ramadhan yg penuh barakah ini, aku doakan semua kengkawan sihat walafiat & bahagia selalu dunia & akhirat. Hari ni aku nk storey tentang buffet Ramadhan yg telah dianjurkan oleh pihak pengurusan Office untuk beberapa kerat staf opis aku yg di cintai ini...

Selepas membuat beberapa cadangan tempat berbuka puasa mengikut keperluan lokasi, kemudahan & jenis makanan maka kitorang telah bersetuju utk memilih Paya Serai @ PJ Hilton sebagai pilihan berbuka terbaik ehehe... menu makanan & juga privacy our VVIP amatlah di titik beratkan. maklumlah klu setakat nk berbuka ala kadar tu kt memana pun boleh, lg satu keselesaan our staf menjadi topik utama untuk pemilihan lokasi. Aku xkisah, memana pun ok je, cume klu jauh2 sgt xmolaa coz payah nk balik after berbuka nnt. dlm kepala mesti terfikirkan my cuties baby, ape dia buat agaknya.. cian adek..

Insya'Allah Jumaat ini kitorang dah decide berbuka di sana. So nantikan entry seterusnya yea, Insya'Allah klu berkesempatan aku akan cube mengambil beberapa keping gambar makanan yg mnejadi tumpuan, tp itula nnt mcm jakun plak nampaknye.. ehehe tgk keadaan la camne, bukan heran sgt pun, klu aku rs aku ade mood nk berphotography Insya'Allah aku amik..



Hilton Petaling Jaya


No 2 Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya
Reservations: 03 7955 9122 / 03 7955 9122     

Price: First week of Ramadhan (RM99++ per person) The following weeks (RM129++ per person). Truly a feast to all senses, break fast at Paya Serai’s well-known Ramadhan buffet which features an abundant spread of over 100 sumptuos local delights that satisfy all palates this July 2012. Live cooking stations especially the Roasted Lamb carving station are not to be missed. Pick the ingredients and watch them prepared a la minute and served in a lively and interactive atmosphere at the bustling bazaar.

Makanan di sini mmg membuka selera, huh aku akan angkut Lobster sepinggan.. lain2 tu kemudian.. thats my fav. seafood ever after.. yummy sedappnyeee...


Lihat menu di Paya Serai @ Hilton PJ  






Sabtu, 12 Mei 2012

Masak Pai Kentang + Daging

Sempena hujung minggu ni aku terasa mcm nk masak Pie Kentang Daging, rase cam rajin nk msk2 harini. lgpun klu my hubby ade aku barula syok skit nk masak2, yerlaa klu dia ade, adela org nk makan. ini setakat aku sorang je yg nk makan,
xde maknanye aku nk masak. beli bungkus lg senang.

Jom layan gambar2 yg di ambil sepanjang proces membuat Pie kentang ni.. yummy2.. :))




Kentang di buang kulit & direbus  lebih kurang
30 minit, After that kite lenyet2 dia
sampai lumat, kite tenyeh2,
klu mood tgh nk angin kat sesape
tu mmg elok sngtlah. blh tenyeh sesungguh
hati yea... huhuhu


Ini adalah Inti Daging + Cendawan butang
yg di beli  dalam tin tu, so tumiskan ape segala bahan2 sampai air daging kering n berbau wangi 



Taburkan Chese yg telah di parut di atas
lapisan atas kentang..


Yummy2 inilah hasilnya sudah siap utk dihidangkan buat Hubby Tersayang bersama air Limau ais..
Jemput makan syg.. muahahaha.. :))


Jumaat, 11 November 2011

Resipi Nasi Dagang Terengganu

....Nasi Dagang Oh Nasi Dagang....


Bahan-bahan ( Untuk 25 orang makan )

Untuk Nasi:
  • 1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
  • Segenggam bawang merah setelah dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
  • 1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
  • 1 - 2 sudu besar halba
  • Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong)
  • 1 sudu besar gula
  • segenggam garam
Untuk Lauk:
  • 4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
Untuk Kuah:
  • 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
  • 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
  • segenggam lengkuas setelah dihiris
  • 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
  • 1 labu bawang putih (yang besar)
  • 2 inci halia
  • 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
  • 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
  • kerisik dari 1/2 biji kelapa
  • 4 keret besar nisan
  • santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
  • 2 inci kulit kayu manis
( Untuk Penyediaan kuah yg lebih senang, boleh dapatkan rempah nasi dagang Terengganu di Pasar Payang ataupun dapatkan di pasar memana pasar borong )

 Untuk Acar
  • 3 biji timun 1 batang karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)
  • Telur rebus: 12 - 13 biji

Cara-cara

  1. Cara-cara memasak kuah: semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
  2. masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
  3. masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
  4. Cara-cara memasak nasi: beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, halba dan bawang merah yang dimayang halus.
  5. kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.
  6. Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.