Memaparkan catatan dengan label Renovation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renovation. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mei 2016

Wet Kictchen :: Pemasangan Sudah Siap


Entry ini sudah tersadai di bahagian draf hampir 3 tahun. Bile aku review balik rupenya aku terlupa masukkan date untuk publish. Punyala lama duk bertapa ... hihihihi ...

Last week KS Work Kitchen dah datang untuk membuat pemasangan Kitchen Cabinet untuk aku punye wet kitchen. Pemasangan KC yang jenis playwood ni mengambil masa 2-3 hari untuk siap. Ini kerana proses pemasangan & penampalan di buat di rumah client. So diorang akan membawa debu kayu kt umah korang. bersedialah untuk jadi kilang papan sepanjang tempoh pemasangan tu yea.
Walaubagaimanapun perkara paling utama adalah kualiti cabinet seharusnya lebih kukuh & tahan lama berbanding cabinet jenis Milamine. Jom layan gambar
dululah.


Ruang hob & hood sebelum pasang pekakas...

Ruang dapur sebelum di pasang cabinet. Luas lantai berskala kecik 12ft x9ft shj. So boleh nk bergossip bagaila kt dapur basah aku ni, setakat nk lepak 3 org tu okla. Klu lebih dari tu mmg sesak jugakla nk buat kerje... ehehehe


Tu dia lorry sudah sampai depan rumah, Hampir 5 minggu tunggu turn untuk datang pasang, sekat sebulan jugaklah duk tengok lakaran 3D design yang di beri oleh pihak KS Work. Lakaran 3D DI SINI

Inilah dia warna pintu yg di pilih, walaubagaimanapun ada sedikit kesilapan pada jenis material yg di pilih. Aku pilih Glossy Black, skali diorang bawak yg jenis matt. So terpaksa buat pintu baru. So aritu diorang just pasang rangka cabinet shj. InsyaAllah this coming Friday datang pasang pintu & touch up mana2 yang xberapa nk kemas.


Masa ini hubby masih duk sibuk mengemas dapur. See my beloved yg sangat rajin setiap kali perabut baru nk masuk rumah. Of coz dia akan sibuk nk meng"vacum" & mengelap situ sini. hehehe.. so ringanlah skit kerja aku. Tetapi harus di ingat, time nk masuk yang baru shj. Time lain sendiri bikinla. Klu aku dah penat or rasa macam xlarat nk kemas kene 10x mintak dia tolong kemas baru Nampak hasilnya.. hehehe.. kadang2la.. tapi selalunya rajin aje ( kang terbaca entry ni ada plak merajuk sebulan) :) 


Semua barang loading kt Carporch. nasib baikla carporch panjang, klu tak dah sesak nk buat kerja. Coz time tu ada 2 kontraktor yg dtg buat pemasangan barang kt rumah. Nak tau ape..?? nnt kita story di lain entry plak. hikhikhik macam poyo la plak.. adoiillaa...  :))


Antara barang2 yg diorang kene siapkan di rumah aku, mana box yg besar2 diorang dah siap2 pasang formica tu. Cube tengok dekat2. Itulah yg dipanggil playwood. bukan playwood sekeping yang nipis tu. Dalam tu pun adalah kayu. Tiada rongga or lubang. Solid playwood.


Antara hasil yg Berjaya di rakam. tp belum siap sepenuhnya tu. saje je aku menyibuk untuk snap gambar. da sedikit terhad ruang dapur aku. Tp sangat seronok coz lepas ni dah boleh kemas dapur dan membuat susun atur barangan dgn kemas & teratur. ehehehe..

Uncle tengah buat measurement. kire terror gakla uncle ni buat kerja. cume yang tak berapa nk terror ialah "Lancai" yang datang buat measurement tu. Hmm lain kita ckp lain dia p ukur. Banyak ukuran yg di buat xberapa nk tepat. Nasib baik uncle ni dpt cover.  So dah jadi banyak kerje skitla. Uncle tu pun turut membebel pasal ukuran yg xtepat. So dia terpaksa potong & buat baru kt situ lagi skali.
Kt bahagian tepi ni aku buat T-section. kat bahagian bawah tu sebenarnya ada lg satu cabinet kecik. Yang besar tu duk kt bahagian dapur atas, bukan duk kt situ. bahagian bawah tu aku tinggalkan kosong untuk letak rak pinggan mangkuk. Sebelah tepi sana dah xboleh nk isi ape dah coz kt situ da bahagian untuk pintu. Apepun dengan sedikit arrangement kt bahagian atas ni membuatkan semua barang2 keperluan dapur aku dpt di sisi dengan baik. Alhamdulillah puas hati jugaklah.

InsyaAllah Nnt klu ada duit lebih boleh sambung projek dry kitchen plak. Nak buat skali harung mmg xterkejarlaa, so aku lebih suke ambil sikap tunggu & lihat, sebab hidup ni bukan sekadar nk siapkan rumah je. Banyak lg keperluan lain yg perlu di ambil kire. Peruntukkan untuk lepak & Jalan-jalan cari makan pun nk kene ada jugak. Itu belum masuk peruntukan meneroka keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan. Ehehehe klu nk di senaraikan mmg xtersenarai. So kite jalan slow2, macam siput pun xpe, yang penting "better late, than never" Eh tersasul omputih plak .. hehehe...
Ok itu shj perkongsian untuk kali ini.. Ok papai.. Assalamualaikum.

Selasa, 25 Februari 2014

My Home :: Pasang Auto Gate JackPro

Cadangan untuk memasang autogate ni mmg sudah lama di buat. Walaubagaimanapun ianya hanya siap di pasang pada hujung minggu lepas. Mulanya kitorang fikir nak tukar pagar dulu baru pasang autogate. Tapi bila fikir balik, macam membazir duit plak nk tukar pagar, coz pagar yang sedia ada masih ok. So hubby cadangkan untuk tambahkan saja sebatang besi kt bahagian bawah pagar supaya kucing or anjing xboleh menyorok untuk masuk ke dalam rumah.

 
Sticker original dari Jackpro.
 
Autogate Jackpro Heavy Duty jenis kunci menjadi pilihan. Warranty selama 3 tahun. Untuk Arm Alan key lebih murah berbanding arm kunci, beza dalam RM150 ke RM200 camtu. Kebaikan jenis arm kunci ini ialah apabila motor rosak senang skitla nk bukak. Klu alan key kene banyak kali pusing baru boleh bukak. Itu je la beza dia. Kebanyakkan installer kasi warranty setahun or setahun setengah je. Tapi beli direct dengan HQ dia di Bandar Puchong Jaya tu, Warranty akan di beri selama 3 tahun. incase la motor rosak ke, arm xberfungsi ke, so xperlu risau dalam tempoh 3 tahun tu. barang dapat tukar free je.

 
2 org installer dari Jackpro yang datang untuk pemasangan autogate. Sangat cepat buat kerja. Nampakla Pro buat kerja cume yang aku xberapa suka coz diorang ni buang plastic berteraburan. Bukan reti nk pungut balik segala sampah2 yg diorang buat sepah tu, main tinggal je. Huh...
 
 
Berkenaan dengan harga pula ada banyak jenis & banyak harga bermula dari yang basic RM1100 hingga RM1400. Untuk jenis arm kunci + auto close after 3 minit + alarm + heavy duty + 4 channel kunci + keypad auto lock harga bermula dari RM1600 - RM2200. Sendiri tengok, fikirkan kesesuaian & kemudian boleh decide mana satu nak beli.


Yang bulat putih kat bahagian atas tu menunjukkan bahawa Arm ini menggunakan kunci. Klu xde tu makna-nya arm pakai alan-key shj di bahagian hujung.

 
IC yang di gunakan oleh Jackpro.


Pilihan function yang kitorang pilih adalah heavy duty + arm kunci & alarm shj. Auto close + Keypad auto lock tu kitorang xnakla. So harga yang di berikan ialah RM1600.

Sekiranya korang beli dengan installer luar, harga mungkin sedikit murah, tapi warranty yang di berikan cuma setahun shj. Lagi satu barang yang di berikan juga lain. Sebelum tu aku ada bace melalui forum mengenai supplier utk Jackpro ni tp bile aku call & Tanya spec mmg ternyata banyak spec yang di kurangkan. Warranty yang di beri cuma 1 tahun atau paling lama setahun setengah. My advise better amik dengan HQ je. Warranty 3 tahun, siap ade surat hitam putih lg. Klu rosak ke ape senang nk cari, xperlu risau samada nk lari ke or tukar no HP bagai. Barang2 camni nk pakai lama & kemungkinan untuk motor rosak kene kilat dalam tempoh 2 tahun tu adalah sangat tinggi. So jaminan yg lebih panjang tu mmg sangat berbaloi.

 
Rupa Arm dari luar adalah sama tapi tiada sticker Jackpro & juga component dalaman yang di pakai jugak tidak di ketahui mungkin telah di tukar bagi tujuan mendapatkan keuntungan lebih. Macam HP original dengan AP Set. Dari luar Nampak sama tapi kualiti lain2. 

 
Kunci hanya 2 Channel, sedangkan ini adalah set Heavy Duty. Bukan Basic. Klu set basic mmg pakai 2 Channel shj untuk yang Heavy Duty sepatutnya 4 Channel seperti gambar di bawah.
 
 
Contoh kunci original (4 Channel) yang di beri oleh JackPro. Tapi yang di offer oleh installer luar hanya 2 channel. Meaning that untuk 2 channel hanya boleh bukak & tutup gate shj.
 
Tujuan utama pasang autogate ni adalah kerana mood malas nak turun bukak & tutup pagar semakin menjadi-jadi. Lagi satu malas nk kunci pagar once tinggal rumah after pergi kerje or jalan2. Maka dengan adanya autogate ni gate dengan sendirinya dah berkunci. So org luar xkan sembarangan boleh access ke dalam kawasan rumah.
 
Kepada yang berminat untuk membuat pemasangan autogate bolehla cuba tengok brand ni. Local product, kilang ada kt puchong & cawangan ada kt setiap negeri. Sudah beroperasi lebih 18 tahun.
 
Alamat kedai :
Jackpro Master Sdn. Bhd, No 8 Jalan Helang 15, Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Selangor. Miss Fong : 03-80758468

Ahad, 19 Januari 2014

Pemasangan Polycarbonate Pagola Style



Musim tengkujuh dah xmenentu skrg. Dah masuk pertengahan bulan January pun masih hujan lebat lagi. Bila dah hujan memanjang, aktiviti untuk menjemur pakaian menjadi terhad. Lagi2 bila tiada space di bahagian belakang untuk ampaian. Bila dah jadi macamni, barulah kitorang realize bahawa ruang untuk menyidai baju adalah sangat penting & seharusnya setiap rumah perlu ada ruang untuk ampaian.

Akhirnya kitorang telah bersepakat untuk membuat pemasangan awning di bahagian carporch. Sekurang2nya masalah untuk menyidai baju dapat diselesaikan bile hujan. Selalunya kami hanya sidai baju di bahagian belakang dapur. Tp bile hujan turun habislah basah kuyup semua baju kitorang. Sedihkan... balik dari kerje tengok baju sume dah lencun habis. terpaksalah angkat, basuh lagi skali & sidai tepi rail staircase. Dah macam rumah setinggan.

So... Hari ni aku nk stori kt kengkawan yg masih mencari contarctor or kedai besi yg boleh buat "Polycarbonate Pagola Style" dengan harga yang sngt berpatutan. Klu sebelum ni aku tak kisah dengan siapa nk buat & siapa yg buat pemasangan. Tapi setelah mengalami banyak pengalaman buruk dengan kontarktor Indon & juga pekerja indon yg entah ape2 kejanya, so aku decide untuk amik Chinese sebagai kontraktor untuk kes yg xseberapa ni. Nama Lancai ni Jonhson. As long as aku berurusan dgn Jonhson ni, mmg kitorang berpuas hati.

Jonhson ni sangat baik & tak banyak songeh, Walaupun banyak kali aku mintak dia ubah design & buat sedikit tambahan besi tapi still dia layan dengan baik & tidak menyakitkan hati. Service mamat chinese ni pun mmg terbaik. Hasil kerja pun blh tahan. Dan paling penting harga antara yang termurah di pasaran. Aku rasa sebab dia masih muda & baru shj amik alih bisness kilang besi ni dengan Bapak dia, itu yg kekadang dia mamai skit & xpandai sgt nk pusing sana sini.

 
 
Kat bahagian tepi tu aku sengaja kosongkan, tujuannya adalah untuk memberi laluan kepada air hujan. Coz pokok-pokok aku tu kene dpt pencahayaan yang secukupnya. So after duk fikir2 maka aku decide untuk buat design camtu, asalnya mmg xde pun camtu masa discuss dgn Johnson sebelum tu. Tp after tengok diorang pasang, dan2 tu aku ubah fikiran and request diorang tambahkan 4 batang besi kt bahagian kosong tu, at-least bolehla aku sangkut pokok orchid ke ape kan.. hehehe.
 
 
 
 
Besi yang aku pakai untuk bahagian hadapan adalah size 6 x 2 inchi. Slalu org pasang 4 x 2 je. Klu besi depan tu besar Nampak lagi real macam kayu skit. walaubagaimanapun aku cat kolor silver gray. saje xnak cat color coklat. dah macam rare sgt.. hehehe sesekali mencari kelainan.
 
 
Aku pernah Tanya kt Unigate untuk quotation polycarbonate pagola style ni. Harga yang aku dapat tersangatlah mahal. Delux kasi quotation siap pasang semua RM26/sft. Lagi dia hanya pakai besi 2 x 4 inchi shj untuk alang di bahagian hadapan, klu kite nk pakai besi 2 x 6 inchi kene tambah lagi +-RM200. Tp dengan Lancai yang baik hati ni dia kasi harga mmg terbaik. siap boleh tukar2 design lg. harga sama je tp layan jela dia membebel itu ini. ehehhe kononlah, X-untungla, rugila.. bla..bla..bla.. tp last2 ok je, bile dah siap aku bayar senyap je pun... ehheeh Jonhson2, Kasi minum limau ais bergelas2 senyap terus dia. siap boleh offer aku untuk pasang Autogate plak. hehehe.. Harga pun terbaik di pasaran. InsyaAllah klu ada bajet mmg nk pasang jugak Autogate ni. senang kerja & bagus untuk keselamatan. Keselamatan la sgt, padahal dah ade guard berpalang pun kt depan sana. Tp xpela, klu musim hujan xpayah nk basah2. Tp kene hold dululaa, bulan-bulan depan la pulak, banyak sangat dah kuar duit 2 bulan ni. Saving pun sampai dah kering.

 
Yg duk tengah tula si Jonhson. Muda lagi pun umur baru 26 yrs old. Ada skali tu dia janji nk dtg kul 3 ptg so kitorang tunggula. Aleh kul 6 ptg baru sampai, Lori dia breakdown kt highway. hehehe muka bukan main cuak takut kitorang angin. Tp aku cool je, xde nk marah ke ape, coz aku pun kuar jln2 dr kul12 sampai kul 5 lebih baru sampai rumah.. kesianla jugak kt si Johnson ni, Siap dtg hantar pagar & besi2 kt rumah aku dengan towing truck lagik. Mmg lawak tul si lancai ni...
 

 
Sebelum pasang aku mintak dia sembur antirust dulu selepis. tujuan dia supaya tahan karat skitlaa. maklumlah musim skrg ni kejap hujan, kejap panas. Mmg cepat aje berkarat klu xsapu antirust. Ini baru sapu antirust, color ala2 light blue, dah siap pasang tergantung kt atas sume baru diorang cat color light gray.
 


Masa 1st day diorang dtg pasang kt rumah. Tempoh pemasangan selama 2 hari setengah. yang jadi lama tu pasal lori dia breakdown kt highway cheras-kajang. klu tak satu hari setengah dah siap dah. Workmanship pun kemas. Secara keseluruhan kitorang mmg berpuas hati dengan hasil kerja diorang ni. Xde nak sakit kepala, xde nk marah2. senang hati berurusan dgn manusia yg  buat kerja secara jujur ni. Klu tak boleh migraine aku layan kerenah indon2 yg buat rumah sebelum ni. Aahai indon...

Polycarbonate yg aku pasang ni buatan Malaysia gred terbaik kata si Jonhson. Bukan yang kitar semula ke ape yea. Code MK 57 color light gray. So make sure klu korang nk pasang tu, Tanya dulu kontraktor ape jenis dia kasi, pastikan anda mendapat brand Marklon polyglass. Warranty 10 tahun jika retak, pecah, pudar warna ataupun leaking. Delux pun pasang yg jenis ni jugak. klu yang japan tu mahal skit. Tp klu dah warranty 10 tahun tu okla tu. Setakat nk jemur panas & tahan hujan kt carporch tu xpayahla nk branded bagai, cukup da yang tu ( untuk aku laa, tp klu yang berkemampuan tu ape salahnye kan). Bagi aku yang penting good kualiti, ada jaminan ketahanan jika rosak, functioning, harga mampu milik & cantik di pandang. Dah cukup tu.

ok setakat itu shj perkongsian kali ni, klu ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan sebarang pertanyaan di bahagian komen di bawah yea. InsyaAllah klu berkesempatan aku akan bantu mana yang mampu. Bapaiii... Zaasss....




 
 

Jumaat, 19 April 2013

Projek Memasang Sendiri Railing Tempered Glass di Balcony

"Kerje Gile tu namanye, nk murah sangatla tu, skali indon dah cabut nk kene upah lain plak, dah 2x kerje..." kata my aunty.
 
Alkisahnye bermula apabila aku dengan bangganya telah membuat direct Order from factory untuk tempahan tempered glass balcony. So after dah buat tempahan glass tu, aku dah deal dgn pekerja Indon untuk buat railing di balcony atas. Klu ikut plan mmg dah cun da kerjenya. Tp itula kite hanya merancang Allah yg menentukan segalanya. 
 
Kepada kengkawan yg nk hire pekerje Indon ni, amatlah dinasihatkan untuk slalu monitor kerja diorang. Jgn nk expect diorang ni bagus sgt, walaupun diorang ckp sume benda tau buat, huh haramjadah je sume tu. Klu bak sembang mmg x-kalah. klu tanye suh buat kapal terbang pun tau buat. Tp nnt bile dah suh buat, taula nasib-nye camne.
 
Sambung citer pasal railing kt umah aku ni, lain kite suh dia buat, lain plak yg dibuatnye. Ukuran yg aku kasi adalah 1.5 Inchi tp mamat indon tu buat 1 inchi je. dah 100x aku ckp ngan dia, mesti 1.5 inchi xboleh kurang, lebey besar skit xpe, jgn kurang. Skali lain plak dibuatnye, So mmg jahanam la jawabnye. Terpaksalah aku pecahkan balik sebahagian railing yg dah dibuat. Sabo jelaa, bile aku suh dia buat balik dia xnk buat dah. Mula2 dtg pastu ckp nnt hujung minggu dia dtg betulkan. last2 xdtg-dtg.. Mmg-la duit upah dah bayar, ape lg, sah2 dia cabut je. Huh angin je satu badan. Mangkuk ayun betol.
 
 
 
 
Memandangkan aku mempunyai idea & tahu camne nk buat railing bagi pemasangan tempered glass selebar 12mm tu maka dgn rasminya aku telah melantik my hubby jadi pekerja untuk menyiapkan projek terbangkalai tu. Setelah sume barang di sediakan maka proses pemasangan railing pun bermula. Masak jugaklah nk buat ukuran balik. Yerlaa bukan senang OoOo nk adjust balik kerja-kerja terbengkalai ni. mmg memerlukan kesabaran & ketekunan. Alhamdulillah 80% telah menampakkan hasil yg positif. Hah pandai pun my hubby buat. Ape-ape pun, dlm hidup ni kite perlukan keyakinan & usaha yang disertakan dengan sedikit ilmu. InsyaAllah semuanya akan baik2 belaka.
 
 
 
Pekerja baru yg berdedikasut.. huhuhu

 
Setiap sekaki 3 skrew di tanam. Mmg letih skitla,
mata drill pun dah 2x beli baru...


Inilah hasil kerja pertukangan my hubby. Good job sweetheart. This weekend sambung lagi yea. Xpela buat pelan2 pun yg penting benda tu siap mengikut spesifikasi yg dikehendaki. Moral of the story, ape shj kerja yg dibuat mestilah di buat inspection terbeley dahulu sebelum membuat ape2 pembayaran. Sebab-nya tiada sekor manusia yg blh percaya dlm dunia ni. Semua kaki penipu & pelesap duit je. So hati-hati yea.
 
 




Jumaat, 12 April 2013

My HRHP2 ~ Tutup Tembok Rumah

Perkara pertama yg aku fikirkan masa tengok area depan Carporch adalah "Nak tutup tembok antara dua Rumah" ehehehe... Xnk berjiran ke..? oh tidak.. bukan itu sebabnya, alasan aku menutup tembok tu adalah untuk memudahkan kerje2 untuk menyidai baju. Bahagian blakang dah xde ruang untuk aku sidai baju, So terpaksalah aku menggunakan ruang depan untuk menjemur baju. Klu X-tutup ruang tu mcm xsyok la plak kan, nk sidai2 baju, manala tau ade underware berlubang ke ape ehehehe... So kepada jiran2 aku jgn plak pikir aku ni anti hidup berjiran ye.. huhuhu... Aku ni mmg suke berkawan, mmg suke berkongsi idea, so xde dlm kamus hidup aku nk anti hidup bermasyarakat. :)
 
 
 
Datang rumah minggu lepas tengok diorang dah mulakan kerje memasang bata kt tembok tu. after 2 days dtg lg tengok dah siap plaster. Hmm oklaa tu.. Dalam kepala duk berfikir, klu buat Pagola kt depan tu pun cantik jugak kan..? hahaha... dia da mai nk berangan tu.. aarrgghh sudah... ehhehe..
 
 
Cantikkan klu buat Pagola kt sini, Letak kayu 5 batang kt depan tu, susun jarang2, pastu pasang kayu kt bahagian bawah dlm 2 kaki tinggi, dah jadi macam Lanai gitu, ptg2 boleh duk berbaring sambil mesra2. Kt blakang tu plak buat water feature skit, pastu tambah pokok2 hiasan.. Hmmm cantik & mendamaikan.. "Amacam YG, best x..?" ehhehe mmg kuat berangan kan aku ni..
 
 
My hubby paling angin klu aku ckp nk buat itu ini, Klu aku kuarkan Idea ala2 nk buat itu ini nnt dia cakap " Dah2la tu berangan, yg dah ade tu pun xsiap lg, xpayah nk berangan mcm2" isk.. dia ni, kita cakap skit ade je nk komen. Dahla komen xmembina langsung. kadang2 tu angin jugak di buatnye.. ehhehe tp kejap jelaa. Hidup ni klu asyik happy je pun xsyok jugak, kene jugak ade percanggahan pendapat baru kite boleh mix up together-gether... hehehe...
 
 

Khamis, 11 April 2013

Renovation Progress :: Pamasangan Plaster Syiling

Salam satu Akidah kepada semua kawan2, maaf kerana aku agak lama x-mencoretkan ape2 di sini. Banyak benda yg aku nk share sebenarnya, Cume aku xde masa nk menulis je. Maklumlah personal Laptop aku dah arwah, di kerjekan my Beloved Doter. Sekarang aku tengah sibuk monitor perkembangan Projek Renovation yg sedang berjalan di Hillpark 2 Kajang. Aku nk share dari mana pun xtau, so aku main tulis je la yea. Klu ade ape2 yg korang nk tau, boleh PM aku. InsyaAllah aku akan reply klu aku bace nnt.

 
Sebelum besi2 di pasang diorang buat ukuran dulu. Selalunya ukuran yg dibuat adalah mengikut kehendak Tuan Rumah, tp aku xde bg ukuran bagai pun. sekadar explain lebey kurang je, bape besar size box & bape bijik box yg nak. Pastu design mcmne nk buat aku lukis atas kertas A4. Satu copy aku simpan & satu copy kasi Tukang. Jumlah downlight yg nk dipasang juga mesti di beritahu, klu korang nk harapkan diorang kasi Idea, ofcoz diorang akan kasi idea yg menyenangkan kerje mereka aje. So better korang kerje lebey skitlaa, lukis elok2 n tulis satu2. Pastu explain balik kt diorang di site projek yg hendak di buat. perbincangan dengan my beloved mesti mencapai kata sepakat la ye. Xmo la gaduh2, sorang nk camtu, sorang nk camni. Gaduh manja skit2 tu beselaa.. huhuhu.. last2 MEM punye idea sebulat suara di guna pakai kihkihkih...
 


Ok dah siap pasang besi dengan segala wire yg berjulur, Hmm satu masalah diorang ni ialah, diorang xpakai paip utk masukkan wire tu, katanye macam tu lagi mudah nk repair. Adeehh.. klu ikutkan aku mmg aku nk suh masukkan dlm paip putih tu, tp itulah... malas nk bertekak lg dgn diorang pasal hal tu, so kite abaikan aje, Aku dah siap2 bagitau, nnt klu ade pepe masalah pendawaian eletrik, confirm aku menjerit panggil diorang tu balik.. hehehe... Main ugut saje... ehehe... yerlaa banyak duit kuar OoooOOo.. ikat perut habis sebulan dua ni...
 
Oklaa di pendek kan cite, aku nk tunjukkan kan progress rumah aku utk aktiviti pemasangan plaster ceiling (Ceiling Kapur). Alhamdulillah, semuanye berjalan seperti yg di rancang. Cume sedikit je yg tidak menepati kehendak aku. Tp xpelaa nk buat camne, aku pun lupe nk tulis dlm drawing aku masa explain kt diorang. Apepun, aku berpuas hati dengan hasil kerje diorang ni. Aku mmg enjoy bekerja dgn manusia yg mudah di bawa berbincang, Cepat buat kerja & xbanyak kerenah.


Ini bentuk plaster di bahagian Hall. Idea ni aku dapat dalam majalah. Hmm so aku sepakat ngan my hubby nk buat camni jugakla kt umah nnt. Alhamdulillah akhirnya angan2 menjadi kenyataan. :)

Yang aku kate x-puas hati ialah, Org yg buat plaster syiling rumah aku ni x-tinggalkan ruang untuk Langsir kt tepi tingkap di bahagian Hall. Itu yg aku agak angin skitlaa. Sikit je pun x-banyak. Mana tak-nye, aku dah siap tempah pun langsirnya. Padahal aku dah cakap kt diorang awal2, mungkin dia ala2 faham tp xfaham agaknye.. adoiii... so terpaksalah aku hantar balik kedai untuk potong balik langsir aku tu. Duit lg... So lepas ni, kepada kengkawan yg nk buat ape2 renovation, sile explain betol2 kt pekerja rumah anda supaya dia betul2 faham & lg satu jgn lupe monitor pekerjaan diorang sekerap mungkin. Tujuan-nya adalah untuk memastikan semua perkara yg diorang bikin tu kene dgn kehendak kita. Klu dah 100% siap baru terkial2 nk betulkan, Confirm diorang akan mintak extra cas.
 
Ok berbalik kepada Hasil kerja yg da hampir 80% siap, Keseluruhannya aku berpuas hati dgn kecekapan & juga kehalusan kerja diorang ni, Aku nk kasi 4.5 star. Lagi 0.5 tu aku tolak, coz diorang ni suka buang segala sisa makanan kt dlm rumah aku, ala2 sikit pengotorla, apepun mmg nk kene cakap kt diorang ni supaya jgn main buang merata sampah, plastik & putong rokok tu. Ade satu minggu tu kitorang laki bini terpaksa jadi MPKj angkat segala sampah sarap yg diorang sepah2kan diluar & dalam rumah. Mau xangin satu badan OooOo.. Panas je ati, nk biarkan sampah2 camtu, sakit plak mata aku yg memandang. Adooii.. last2 aku warning diorang, klu buang lg merata & aku laki bini kene bersihkan aku akan tolok duit diorang, Upah kitorang buat kerje. banyak cantik, ingat aku tukang kutip sampah ke.. amboii3... hah tau takut kene potong duit. Pandai pun buang sisa makanan kt tempat yg sepatutnya. Ape2pun kite mesti bertegas dgn diorang ni, klu nk ugut pun, ugut cara berhemah laa.. jgn main tengking xtentu hala, nnt ade lari indon2 tu kan. huhuhu..


Ini design utk bahagian dining area. Buat yg simple jelaa.. klu ikutkan aku nk buat Box jugak kt tengah2 tu, tp hubby cakap nnt kipas mcm rendah plak.. So keputasan-nya x-jadi buat Box kt tengah.

Setakat ni Hall, Dining & juga tingkat atas dah cover semua. Cuma bahagian dapur & bilik  bawah belum siap sepenuhnya lg. Untuk tingkat atas aku suh diorang pasangkan Cornice je. pastu mintak tambahkan lampu kasi banyak skit. Hmm lapang skit dada aku menengok-nya. Harapnya hujung bulan ni dah siap sume kerja. Maybe bulan 5 dah boleh mengecat syiling. Tp itu baru aku citer pasal Plaster syiling. pasal dapur aku belum siap lg. Pasal X-ten dapur tu nnt aku citer lain N3 la yea. Gambar pun xleh nk upload banyak2. Xtaula knp.. asyik reject je. Itu yg kekadang aku malas nk upload gambar. aiishh.


Ok hasil kerja yg di nantikan sudah hampir siap, InsyaAllah nnt dah siap sepenuhnya aku akan tempek gambar yea.. ehehe xsabar nk masuk rumah ni, walaupun masuk berdua ngan my doter je pun, my hubby ade hujung minggu aje pun.. hmm xpelaa.. buat2 happy la jugak..

Kepada yg belum pernah buat renovation rumah tu, aku sarankan pilih kontraktor yg betul2 tau buat kerja, jgn tau cakap je. Mmg sindrom sakit otak akan melanda klu korang duk pikir harga murah. Buat rumah bukan senang, siang mlm duk berfikir. Letih menunggu rumah siap sepenuhnya oiii. Rase nk cepat2 je semua ni berlalu, cepatla siap wahai rumah. :)