Isnin, 21 September 2015

Trip Johor :: Aidil Adha ke Pulai Spring Resort Johor

Salam Aidil Adha untuk semua kawan2. Rasanya sudah berkurun blog ni aku tak diupdate dengan cerita percutian & aktiviti kami sekeluarga. Kekangan masa amat terhad, jika ada masa pun semua full dengan aktiviti jalan2 & lepak di rumah bersama my beloved doter. Selama beberapa bulan ni banyak juga tempat yang sudah kitorang jelajah ke segala ceruk alam. InsyaAllah jika ada kelapangan nanti aku akan update satu persatu untuk panduan kawan2. 


Sempena Raya Korban ni, kitorang plan  jalan2 ke Pulai Spring Resort Johor. Anak yatim piatu camnilah gaya-nya, nak balik kampong pun dah takde mood coz 22 belah parent dah takde. So bila time cuti panjang camnilah kitorang buat aktiviti jalan2 bertiga. 

Lagipun aku nak jumpa member kamcing yang dah pindah ke Johor Bharu, Sambil2 tu boleh la bercuti JJCM & lepak di swimming pool hotel yang besar tu skali. Perkara pertama yang akan aku tengok bila nak book hotel kat mana2 ialah saiz swimming pool hotel itu. coz kami anak beranak ni memang suka berendam. ❤️❤️❤️

Hello Kitty Town comel je kan, Nuha mesti suka ni kalau dapat pergi ni.
Kos bilik penginapan di Pulai Spring Resort ni berharga RM350/nite coz consider as peak season (Hari Raya). Tapi kitorang dapat discount sebab my hubby kerja gomen so dapatlah gomen rate. Alhamdulillah settle booking bilik 3H2M. Aktiviti yang telah dirancang sepanjang disana adalah, Window Shoping kt JPO (Johor Premium Outlet), Hello Kitty Town, Legoland, Pusing2 Nusajaya tengok new development kat situ, lepak2 cari makan sekitar JB or masuk Singapore klu rajin. Hmm itu jelah aktiviti yang kami rancang. Plan nak ke LEGOLAND tu masih dalam pertimbangan sebab harga tiket  dia ... adusss dekat 3g pure gold dah lebur kt situ. Ape2 nnt akan diceritakan dalam Episod akan datang. Itupun jika berkesempatan untuk hapdet.