Memaparkan catatan dengan label cinTa-CinTan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinTa-CinTan. Papar semua catatan

Selasa, 27 September 2016

Membina Cinta & Keserasian

Mencari cinta... !

Dalam hidup berumah tangga kadang-kadang banyak perkara yang membuatkan kita hilang kesabaran untuk terus mengekalkan cinta & kasih sayang pada tahap yang sepatutnya. Bukan mudah untuk maintain perasaan dengan sentiasa bersangka baik walaubagaimana pun ia bukanlah mustahil, cuma kita perlukan sedikit kekuatan jiwa untuk sentiasa mendidik diri supaya positive dalam apa jua keadaan. Hubungan baik dengan pencipta adalah faktor utama menyumbang kepada hubungan baik sesama manusia. Hanya insan yang mempunyai hati yang bersih akan mendorong mereka untuk berkelakuan baik.   

Mencari keserasian itu amatlah payah. Walaupun sudah bertahun-tahun hidup bersama, dalam erti kata hidup berumah tangga, tetapi masih banyak benda yang belum kita fahami sepenuhnya, tentang bagaimana cinta hati kita itu boleh berubah dari ketawa menjadi duka. Walaupun pada dasar-nya, kita berasa bahawa kitalah insan yang paling memahami sikap & perangai mereka, kerana hubungan antara dua jiwa yang sangat intim berbanding org lain. Tetapi itu adalah anggapan peribadi kita semata-mata, adakah pasangan kita merasa benda yang sama atau sebaliknya. Hanya dia & yg maha pencipta sahaja mampu untuk merungkaikan segala persoalan di hati.  

Setiap manusia akan berubah mengikut masa, samada berubah semakin baik mahupun sebaliknya. Cara & tanggapan kita terhadap pasangan adalah perkara paling utama. Sebagai seorang teman yang baik, kita seharusnya tahu menjaga hati sesama kita. Menjaga aib & menjaga nilai diri sesama kita. Jika ada yang terkurang kita lengkapkan, jika ada yang terlebih kita kongsikan, bukan saling menjatuh & menghina sesama sendiri. 

Berapa lama tempoh kita bersama pasangan bukanlah satu tanda aras yg betul untuk kita mengukur tahap keserasian. Tetapi sejauh mana kita menghargai, menjaga hubungan baik, menjaga maruah & rasa kebersamaan yang tinggi bak kata pepatah cubit peha kanan, peha kira terasa sakitnya. Hidup ini bukan untuk memenuhi kehendak manusia semata-mata, kita hidup sebagai hamba tuhan, menumpang secebis kasih sementara nyawa di kandung badan. Tiba masanya semua-nya kita tinggalkan. Kita hanya menumpang sesama kita. Menumpang kesenangan, menumpang jiwa untuk dicurahkan rasa cinta & kasih sayang. Maka apakah yang kita harapkan dari sebuah kehidupan yang hanya cuma menumpang buat seketika. 

Kadang2 kita terluka, kadang2 kita menzahirkan rasa cinta mahupun rasa benci. Kadang2 ada yang terluka lantaran kata yang menusuk kalbu. Tetapi bila di kenang kembali tentang hakikat kehidupan, tiba2 sahaja hati menjadi kosong. Kosong tanpa ada apa2 rasa. Kerana pengharapan yang sebenar-nya itu adalah mengharap kasih sayang Robbal'alamin. 

Semoga kita bertemu juga di Syurga nanti. salam sayang, salam kasih buat yang tersayang. 









Rabu, 5 Mac 2014

Undangan Majlis Perkawinan @ Putrajaya


 
Tahniah kepada kedua mempelai iaitu Syirin & Fitri. Selamat melayari bahtera rumahtangga, semoga bahagia hingga ke Jannah. Semua org seronok menyambut hari bahagia, tapi tidak semua org mampu menjamin kebahagiaan yang di rasai pada hari pertama itu akan kekal hingga hujung nyawa. Namun kita hanya merancang, tapi Allah menentukan segalanya.
 
 
 
 
 
Majlis perkahwinan ni berlangsung di Dewan bersebelahan dengan bangunan Putrajaya Holding. Aku pun lupa nama dewan tu ape. Harga sewa untuk dewan sahaja ialah RM5000. Itu baru dewan, belum masuk hantaran + Mas kahwin + Catering + Pelamin + Juru solek + Pakaian. dengar khabarnya sepupu aku ni menghabiskan 35k++ untuk menjayakan hari bahagia mereka berdua ni. Mak dato... banyak tol duit diorang ni. Telan air liur jela dengar, aku kawin haritu xdela berhabis sampai banyak tu. kahwin biasa2 je, buat kt kampong je pun. So xde nk sewa dewan bagai, jimat duit :). Berjimat cermat amalan mulia. Tapi kalau berkemampuan ape salahnya. Silakan, kemampuan setiap org ni xsama, jika tidak membebankan tidak ada salahnya.
 
 
 
 
Jumlah wang hantaran sekarang makin mahal. Kalau dulu-dulu, 5k tu dah kire mahal sangatla tu. 10k lagila mahal. Tambah plak bakal pengantin perempuan tu ada Master or dalam proses nk habiskan PhD, adoiii masaklaa di buatnya, klu ikut trend skrg ni, Harga hantaran yang di tetapkan untuk pengantin perempuan yang ada Ijazah antara 12k - 15k. Kalau ada PhD mungkin boleh cecah 20k kot... 

Bila dah mahal sangat hantaran yang di letakkan, adala plak adegan tawar menawar. Adoiii dah jadik macam barang daganganla plak. Aku pun tak nak komen lelebih pasal hantaran ni, coz Nabi SAW sendiri pun tidak berkata ape2 tentang itu. Wanita berhak untuk menentukan nilai mahar dirinya. Lagipun bila dah berumah tangga nanti selalunya pihak wanita jugak yang banyak mengeluarkan duit perbelanjaan bagi membantu suami. So terpulang kepada pihak lelaki, tepuk poket Tanya duit, berapa RM ada dalam simpanan. Kalau rasa cukup bolehla melamar bunga di taman, kalai rasa xcukup buatlah pinjaman. tapi maksure mampu bayarla tiap2 bulan. Ehehehehe...
 
 
 
 
Oh ye lagik satu aku nak ingatkan, rasanya tak perlulah adegan tawar menawar dilakukan bile sesuatu nilai hantaran diletakkan oleh pihak perempuan. Kalau mak bapak rasa macam mahal baik diamkan sahaja. Bukan ape, nanti akan menimbulkan rasa kurang senang pada pihak pengantin perempuan. Sikap pertama yang di tonjolkan oleh ibu-bapa itu adalah pandangan pertama yang akan mencerminkan hubungan antara keluarga. Pada aku, ibu bapa baik xpayah campur tentang jumlah hantaran. Biarkan kedua pasangan berbincang & menentukan jumlah berapa banyak yang dipersetujui. Itu lebih baik aku rasa.
 
 
 
 
 
 
Eh dah melalut panjang plak aku kali ni. Ok laa... itu jela yg aku nak kongsi harini. Yang dah lama kawin tu, jagalah rumah tangga korang baik-baik yea. Gaduh baling-baling bantal tu biasa, jangan baling pinggang mangkuk udahla, Kalau rasa nk baling better pilih yg jenis plastic or periuk belanga, atleast xdela pecah berderai. Nnt klu dah pecah nak kene beli baru plak. kang dah membazir tu. hikhikhikhik....
 
Dalam rumah tangga ni perlukan tolak ansur. Tidak ade hubungan yang selamanya bahagia & gembira tanpa dugaan. Hidup ini adalah pentas ujian. kalau xde ujian tu mmg bukan dinamakan hidup. So laluilah setiap detik dengan penuh berhati-hati & kasih sayang. Semoga Rahmat Allah sentiasa melimpahi diri kita. InsyaAllah.
 
 

Khamis, 26 Disember 2013

Kawan Lelaki Paling Rapat Dari Zaman Sekolah

Macam ada skandal plak tajuk, sajek je kasi Up skit.. kihkihkih... Al kisahnya my X-schoolmate datang ke rumah last 2 week. Datang nk hantar barang. Coz aku ade beli barang dengan dia. Klu ikut plan awal kitorang nk jumpa tepi jalan je pun, ambik barang & bayar balance. Pastu tetiba plak my frenz ni ada meeting last minit so appointment terpaksa ditunda lewat skit. Aku plak tak kan nk menunggu kawan tu sampai ke marghib kat tepi jalan. Nanti lain plak jadinya, xpasal2 kene tangkap berkhalwat. Dahla area Bangi tu ramai Tok Imam. So memang tak sesuai. Last2 aku balik rumah dulu & plan nak ajak my hubby keluar skali amik barang after marghib. Diskus punya discus, hubby cadangkan jemput my frenz tu datang ke rumah kitorang je. So aku pun dengan senang hati whatsapp la my frenz ke rumah. Itula ringkasan cerita dia.
Actually Ada cerita antara Aku dengan kawan aku ni. Cerita zaman remaja dulula. Kitorang ni memang pernah berutus kad raya bagai tapi sekadar kawan jela, kawan rapat gitu, Bukan ada ape pun. Ala2 mesra gitu je. 

Masa aku kat dapur siapkan makan malam hubby duk usik macam2. Isk dia ni geram pulak rasanya. Bukan dia nk menolong aku masak ke apa. Sajela tu nak buat aku sakit hati. Hmm ape2 je la yunk. Malas aku nak layan, tadi masa aku cakap nk jumpa kawan aku kat luar untuk amik barang, dia yg beria suruh datang rumah, dah aku cakap kat kawan tu suh datang rumah. Ngada2 betul hubby ni. 



Takde apa nak di jeles-nya. Dia pun dah ada anak bini. Aku pun takda intention lebih dari  sekadar kawan dengan member aku ni. Klu betul aku syok kat dia dari dulu lagi dah aku try dia kihkihkih (ketawa jahat skit). Tapi dah nama pun kawan, kawan jela kan. Ade plak fikir entah ape2. Naik berbulu telinga aku duk kt dapur dengar my hubby mengomel dengan my doter. Rasa nak cili2 je mulut dia time tu, nasib baiklah si kecik tu  tak faham ape-ape lg... Hmm hubby aku ni sejak akhir2 ni makin sensitip plak dia. Selama ni ok je. Tiba-tiba plak datang mood over cemburu dia.  Bulan mengambang agaknya. 

Lama jugaklah my frenz lepak kt rumah kitorang. Bukan main berselara makan, maklumlah bini duk jauh. So xde hal la dia nk melepak lama pun. Macam2 cerita kuar. Dari kes Kastam sampai ke cerita di Kota Mekah & Madinah. Hah baru my hubby tau, kawan aku ni klu dah bersembang memang payah nk berenti. Memang mesra alam gitu. Tak kira dengan siapa pun, da jenis dia cepat ngam gitu. Tambah plak aku ni, dari dulu suka  je layan dia bercerita, lagila panjang lebar ceritanya. Memang seronok skali skala klu kengkawan datang ke rumah. Terimbas kembali zaman remaja dulu2. 

Bukan senang nk jumpe lelaki yg still boleh keep contact once dah ada haluan hidup masing2. Walau dulu pernah nak ehem-ehem tapi tak menjadi, apepun still boleh make frenz & kongsi cerita suka & duka as a frenz. I like ...




Isnin, 23 Disember 2013

Entah Dari Mana Datangnya Gambar2 Tu ...!

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku


Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang telah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada


Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku


Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Seandainya (seandainya) kamu bisa (kamu bisa)
Mengulang kembali lagi cinta kita (cinta kita)


Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku


Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Seandainya (seandainya) kamu bisa (kamu bisa)


Mengulang kembali lagi cinta kita (cinta kita)

Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)


Takkan ku sia-siakan kamu lagi..
Takkan ku sia-siakan kamu lagi..




 
Benar aku tidak tahu dari mana datang-nya segala gambar2 tu. Tiba-tiba sahaja berkeping2 di lantai. Hmm... apa lagi perkataan yg mampu aku katakan. Tiada niat untuk menyakiti hati-mu walau sedikitpun. Ada apa pada kisah lalu itu...??Cukuplah hanya sekadar sebuah kisah yang setiap org pasti akan melaluinya. Biarlah semua itu aku simpan dalam hati. Tidak guna untuk menyakiti hati sesiapa dengan kisah lama itu. The reality is all about US... Belive it or not ? Belive it.. ! 
 
 
 
 
 







Isnin, 3 Jun 2013

Indahnya Hidup Bersama Hati !

...HATI...
 
Segumpal Darah yg menyimpan sejuta Rasa. Hati seorang insan sukar untuk difahami, jauh sekali untuk dimiliki sepenuhnya. Kita mungkin dapat menawan dirinya, tetapi belum tentu kita dapat menawan hatinya. Kisah hidup yg di lalui meninggalkan segala cerita pada sekeping hati. Mungkin kite mampu utk menipu & memperdayakan orang lain tetapi kite tidak dapat membohongi Hati sendiri. Ape yang ada di dalam Hati Kadangkala di zahirkan, kadangkala disembunyikan. Seperti kalam Allah :-
 
"Kami mengetahui apa2 yg kamu zahirkan & apa2 yg kamu sembunyikan
(di dlm hati)

Bertanya Akal kepada Hati...

Akal :: Wahai Hati, Perlukah semua perkara yang berlaku di dunia ini, di nilai dgn Hati..???

Hati :: Wahai Akal, Jika dirimu inginkan sebuah kebahagiaan yg tidak ada taranya, yang tidak mampu di rasa & di capai oleh akalmu maka lihatlah & nilailah sesuatu dgn Hatimu terlebey dahulu sebelum kamu menilainya menggunakan Akal... Tetapi jika kamu tidak kisah tentang sebuah rasa, maka nilailah & Putuskanlah sesuatu dengan akalmu terlebey dahulu sebelum kamu menilainya dengan Hatimu...

Sering kali ungkapan di luahkan pada sekeping Hati...
 
Ikut Hati, Mati... Ikut Rasa, Binasa...!!!

Cinta yg Subur di dlm diri akan selamanya ada di hati... Sebuah ingatan yg telah terpahat pada-nya Hanya akan lenyap pada satu ketika.. Bilamana Roh telah meninggalkan Jiwa..
 
Sejauh mana manusia ingin lari dari sebuah kenyataan yg telah jelas tergambar di mata hatinya pasti akan menempuhi jalan2 sepi yg hanya ceria berlatarkan sinar mentari di siang hari, namun bile malam melabuhkan tirai-nya, Jalan2 kehidupan kian sepi, Jelas sekali kegelapan yg tersingkap pada sekujur Diri, mencari, meraba dalam sunyi, andai ade sedikit sinar yg sudi menerangi.. Jujurlah pada diri, carilah erti kebahagian itu bersama Cinta Hakiki.
 
Andai diri Hidup bersama Hati, walau siang beransur pergi namun malam tetap indah di bawah bintang & bulan, Kegelapan suatu kenyamanan dari keperitan panasnya siang.  Sepi tidak lg berteman sunyi. Segala yang berlaku dirasakan indah berlaka. Semuanya di tafsirkan oleh sekeping Hati, Indahnya hidup bersama Hati, Bahagianya jiwa bertemankan Naluri...
 
"Allah tidak melihat kepada ape yang engkau perlakukan, Tetapi Allah melihat kepada apa yang ada di dalam Hatimu..."  Segala sesuatu yg berlaku samada baik atau buruknya, segalanya bermula dari Hati. Settinglah Hati untuk bertemu Cinta Ilahi.

Jika kamu ingin mencari sebuah Cinta sejati, Rasailah ia dengan Hati akan Sebuah Jiwa yang ingin kau cintai dengan sepenuh hati. Yang sanggup kau korbankan apa sahaja untuknya bukanlah kerana kata-kata cintanya kepadamu, tetapi semua itu adalah refleksi Hatimu terhadap bayangan Hatinya. Sedalam & setinggi mana si dia mampu meletakkan Hatimu di dalam Hatinya, maka sejauh itulah kamu akan merasa bahang cintanya.



Semakin mendalam cinta itu di pasakkan di dalam hati, maka sejauh itulah masa yang kamu perlukan untuk membuangnya dari seluruh Panca-Indera-mu. membuang wajahnya dari penglihatanmu, membuang lunaknya suaranya dari gegendang auditori-mu, membuang sentuhan-nya dari setiap inchi kulitmu, membuang segala ceria-nya dari belaian-mu, membuang harum-nya bau dari hidung-mu, membuang manja-nya dari sebuah perhatianmu.. ?? Maka silakan untuk melukai jiwa-jiwa yg telah banyak menghidangkan sebuah kebahagiaan Untuk dirimu ... Silakan untuk terus melukai-nya andai kau merasakan jiwa-mu utuh untuk menepis segala rasa.. jgn sudahnya nanti engkau menjadi seperti Pungguk Rindukan Bulan, menangis, meratap, menyesali pada sebuah kesilapan diri !

Maka cintailah Dia dengan setulus Hatimu, kerana cinta yang suci itu akan meresap ke jiwanya, bertambah subur di Hatinya sampai bila-bila. Seperti Cinta-nya Muhammad kepada isterinya Khatijah...  
 
Tanyalah pada diri, apekah kamu telah mencintai si dia dengan sepenuh jiwa ragamu. Kamu sesekali tidak akan mampu menjawab menggunakan akalmu, tetapi kamu akan merasakan sakitnya & pilunya hati bile dia telah hilang dari hidupmu.
 
Nilailah sebuah Cinta itu dengan hatimu, buanglah dendam & benci yang hanya sekadar merosakkan hati. Kerana semakin banyak dendam & benci yg kamu simpan, semakin sakit & tertekan jiwamu.
 
Dendam itu umpama sebuah jarum yg berada diantara dua daging, jika kamu menambahkan dendammu maka bertambahlah luka & rasa sakit jiwa-mu...
 
Walau Cinta itu tidak memilih-mu bersama-nya. Usahlah dendam yang beraja di Hati-mu. Tapi alangkah Indahnya jika kau Hias & Bingkaikan ia di sudut hatimu tanpa ada sesiapun yang mengetahui-nya. Jadikanlah Hati-mu itu seperti taman-taman syurga yang dihiasi bunga-bunga & kumbang berterbangan, Rumput carpet yang menghijau, burung-burung yg berkicau riang, aliran sungai yang mendamaikan... Oh Indahnya sebuah Kenangan ...  
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Khamis, 11 April 2013

My HRHP2 ~ Pekebun Moden

Jom kite berkebun, Kite Hijau-kan kawasan rumah kite. Semangat punye pasal, Rumah xmasuk pun lg, kerja2 renovation pun xsiap lg. Tpiiiiii... nk buat camne Tukang kebun dah xsabar nk mengHIJAUkan kawasan di rumah kitorang ni. Seramai 2 org pekerja telah di ambil untuk menjalankan tugas membersihkan kawasan sekitar & menanam pokok2 & juga rumput carpet. Jom kite ikuti aktiviti tukang kebun aku ni... Zaassss....
 
 
Pekebun kecik datang mintak kerje... Memandangkan masih ade kekosongan kerja, maka Pekebun kecik diterima utk bekerja.

 
Pekebun kecik yg sangat rajin, bagus2 kerje rajin2 yea.. muahaha...
 
 
semua pekebun aku ni sgtla rajin2 belaka... nnt aku sediakan makanan yg sedap2 ok, Untuk pekebun kecik pastinya sebotol susu & juga nasi lauk ayam goreng menjadi habuan, utk ketua kebun nnt mlm kite bincang nk makan ape yea.. ehehehe...
 
 
 
Inilah kepala bagi segala Tukang kebun, Tp Tukang kebun ni demanding lebey skit, kerje sikit tp nk upah lebey.. mmg rugi skitla hire tukang kebun ni.. huhuhu..
 

 
Olo2.. rajin sungguh tukang kebun kecik ni, siap dgn Topi skali, bagus2..
 
 
 
 

Rabu, 2 Januari 2013

Gambar Kekasih Lama !!

Aduss pedih je tajuk, Dah agak lama aku xmenulis rasanya, hampir 2 minggu kot rase2 jela. Last week aku ke Penang, lepaking sambil makan ape segala jenis masakan udang. This week aku terpaksa catu pemakanan coz tahap kolestrol semakin tinggi & dada da mula rasa sakit. Terpaksa sambung makan ubat kolestrol balik. Aduyaii
 
Last week jugak kitorang anak beranak di jangkiti virus demam. 3-3 beranak kene demam & selsema. Sangat seronok dapat menghabiskan masa bersama my hubby selama seminggu lebey. Da macam pergi summer camp pun yea. ehehe...
 
Eh lari tajuk jauh sangat dah ni, sebenarnya aku nk cite pasal "Gambar Kekasih Lama" Jeng..jeng..jeng..citernya bermula masa aku sibuk duk mengemas brg2 my hubby yg bersepah dlm kotak. Sekali terjumpa gambar my hubby dgn awek dia. Huhuhu Gambar Dinner Mess Nite lagi U.. Amboiii... Tp aku xdela nk emo plak kt dia,buat biasa jelaa... aku pun banyak jugak simpan gambar2 my Xbf dulu2.. so xdela kisah sgt. Barang lama jangan di kenang. Lagipun gambar tu masa kitorang belum kenal pun lagi. Pendek cite aku masukkan dlm dusbin jela yea. nk simpan buat ape.. hikhikhik..jeles ke.. hmm xdelaa jeles sngt.. Sikit tu adelaa.. tp after tat aku terus kene migrain. Adeeeehhh... Dont know why.. tetiba rasa sakit kepala dtg, Agaknya tekanan darah tinggi   kot.. huhuhu
 
Mood cool & biasa2 je. Bangun pagi tadi my hubby sediakan sarapan Nasi Goreng. Nak amik ati ke ape tu..? huhuhu ..thanks alot, Nasi goreng U sgt sedap cume sedikit masin... But I Love it muahaha...
 
 
 
 

Sabtu, 13 Oktober 2012

Perfect Match

Pasangan paling Ideal...!!!!
 
Itulah yg selalu di harapkan oleh setiap manusia, samada Adam mahupun Hawa. Mengharapkan agar teman yg didampingi-nya memahami, mengasihi & sanggup melakukan ape shj demi menjamin hubungan yg lebih lestari.
 
Adakah sebuah percintaan yg berakhir dengan ikatan perkahwinan boleh di katakan sebagai "Perfect Match" ? Hmm Mungkin YA, jika hubungan itu mampu bertahan hingga ke akhir hayat. Tp  Mungkin TIDAK, jika ia hanya beberapa tahun sahaja & kemudian didapati tidak serasi bersama, itu mmg xperfect langsung-la. So xpayah sedey2 better search for another... Bukan senang cek oii nk jumpe soulmate ni.. dlm seribu teman yg ditemui, belum tentu jumpa 1 yg serasi.
 
Walaubagaimanapun, petua untuk bahagia bukanlah mengharapkan sebelah pihak shj yg sentiasa memahami, bertolak ansur, berkorban ape shj. tapi kedua-dua pasangan haruslah saling memahami & mengerti bagaimana untuk membahagiakan jiwa pasangan-nye. Cinta hanya akan bererti bile kamu tahu bagaimana untuk membuatkan kekasih-Mu mampu tersenyum & menangis.

Jika dia menangis, kamus-lah insan yg mampu membuatkan-nye kembali tersenyum & ceria & jika dia gembira, kamulah insan yg pertama akan menghargai-nya & ikut bahagia dgn setiap pencapaian-nya.
 
So skrg aku tengah duk menonton rancangan kegemaran-ku setiap weekend "PERFECT MATCH" ..huhuuhu merapu dipetang hari.. coz dah lama xmenulis.. dah naik sawang nampaknye.. :)) 




 

Rabu, 3 Oktober 2012

Aku, Dia & Tong Sampah !!

Best gile layan cite ni, ala2 cite Korea .. huhuhu slalu cite melayu jarang yg buat cite bersahaja camtu, tp kali ni aku solute ngan pengarah cite ni.. Best..Best.. Teringat plak kisah zaman remaja dulu2.. ehehe tp tajuk tu kite tune skit "Aku Dia & Friendster" jalan cite hampir sama je.. ehehe lawak2..
 
Lagu dia pun best "Jatuh" Liyana Fizi yg nyanyikan lagu ni, xpernah dengar pun sebelum ni nama penyanyi ni, adakah aku yg x-update atau mmg x-glamour pun minah ni.. aku pun xtau.. ehehe.. what ever it is aku ni mmg jarang update pasal artist2 ni.. dr 100% database aku ni, maybe 5% kot.. itupun database yg lama2 dulu.. huhuhu..
 
Okla da penat & lewat mlm sudah, aku pun nak solat isya' n tito.. esok nk p kerje plak.. Gudnite kengkawan.. nnt sambung cite lg, BB Nuha da lama berlayar... muhahaha... sambil layan U-tube lagu "Jatuh"...
 
 
 
 
Assalamualaikum...
 
 
 

Ahad, 23 September 2012

Aku Tak Ingin Sendiri !


Relexkan minda di pagi hari Isnin yg begitu berjiwa. Bangun pagi dgn semangat yg berkobar-kobar untuk ke tempat kerje ehehehe... Mandi pun termenung hampir 10 minit di bawah shower, Terasa telusnya aliran air yg mengalir, membaluti seluruh tubuhku...Fikiran melayang jauh entah ke-mana, mungkin ke syurga...keindahan yg xdapat aku lakarkan dgn kata-kata.. :)
 
Sepanjang perjalanan ke tempat kerje layan sinar FM. macam biasa lawak SY dan juga mak banang buat aku tergelak sesorang. hahaha.. lawak cekodok la diorang ni. Lagu paling best pagi ni di Sinar ialah nyanyian Hetty Koes Endang "Tak Ingin Sendiri". Semua lagu Hetty Koes Endang aku mmg suke... Best..Best..
 
Mendengar lagu tu, membuatkan aku terbang jauh ke tepian pantai, di buai2 angin sepoi bahasa.. aarrrhhhh I miss all the past memories.. zaman remaja yg begitu bermakna dan zaman kanak2 yg membahagiakan. Bile tiba pagi Jumaat perkara yg sering aku lakukan ialah membonceng motor ke tepi pantai Seberang Pintasan. Best pagi2 layan ombak di sana... My mom mmg da tau kemana aku pergi, klu pagi Jumaat tu aku xde, mmg dia dah leh agak ke-mana her beloved doter mengelamun... I Miss U Mom.. Love U so Much.. U always understand me, always knows what i want without i notice u anything..
 
Jom Layan lagu ni, Moga anda juga mendapat Kebahagiaan & ketenangan hidup yg di cari... :)
 
 
 
 
Aku dan laut seperti Romeo & Juliet. Aku sgt bahagia bile berhadapan dgn ombak yg menghempas pantai. Sungguh bahagia berada bersamanya. Aku seperti berada nun jauh di alam lain, setiap kali aku berada di tepian pantai. Klu hati terasa sedey, laut adalah teman setia yg sentiasa membuatkan hatiku kembali ceria & berbunga-bunga. Thank God kerana menciptakan ombak & pantai untuk membahagiakan hidupku...
 
 
 
 
 
 

Apa Sahaja Untuk Kamu !!!

Untuk Dia
(Najwa Latif + Sleeq)
 



Best gile kot, klu dapat jadi pompuan macam dlm lagu ni..
Ape shj utk kamu.. huhuhu...  Jom Berangan.. :)
 

Isnin, 10 September 2012

Siapakah Manusia Celaka !!

Siapakah manusia yg amat di cela ini..? ada beberapa golongan yg dikategorikan sebagai manusia yg celaka. Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud :-
 
"CELAKA  sungguh org yg mendengar namaku di sebut tetapi tidak berselawat ke atasku, CELAKA sungguh org yg sempat bersama Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan, CELAKA sungguh org yg berkesempatan berbakti kepada kedua org tuanya, tetapi tidak dimasukkan ke syurga" Hadith Riawayat Imam Ahmad
 
 
Perkataan Celaka telah di labelkan untuk beberapa golongan manusia tersebut secara terang sekali. Ini bermakna Rasulullah saw ingin mengingatkan kepada umat manusia bahawa melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa semasa hayat mereka adalah perkara penting yg sepatutnya dilaksanakan oleh seorang manusia yg bernama ANAK.
 
Berselawat ke atas nabi apebila mendengar namanya disebut juga amatlah dituntut. Di sini jelas kepada kita bahawa kepentingan & bertapa besarnya tuntutan melakukan ke-3 tiga perkara tersebut. Kelihatan-nya seperti remeh shj perbuatan itu. Tetapi hanya Allah & Rasul-nya lebih mengetahui.

Dalam hadith yg lain ada disebut, jika engkau berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atas-mu 10 kali. Maha suci Allah yg Maha Agong lagi Maha Tinggi, Raja seluruh alam. Apekah kite tidak merasakan ape2 dgn peringatan & ganjaran yg amat besar itu hanya dgn melakukan perkara semudah berselawat ke atas Nabi. ?
 
Bagi manusia yg tenang hatinya, bersih jiwanya, sihat akal fikiranya sudah pasti dapat mencongak dgn mudah ganjaran yg akan diperolehi dlm setiap perbuatan memartabatkan agama Allah. Jika berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW itu mendapat rahmat yg berlipat ganda di sisi Allah, inikan pula melaksanakan perintah & segala ajaran yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Menjunjung & memartabatkan segala ajaran, perbuatan & gaya hidup yg di bawa oleh-NYA. 
 
Pada perkiraan akal yg sihat, berapa besar-kah pula ganjaran yg akan diberikan Allah kepada insan yg dgn setulus hati memperjuangkan agama Allah di-muka bumi. Menyambung wasiat para nabi..??  Tidak perlulah untuk kamu menjadi pakar dlm bidang ilmu matematik untuk membuat hitungan secara kasar. Kamu tidak akan menolak pendapat yg mengatakan menjunjung & menyokong segala usaha yg dibawa bagi memartabatkan Agama Muhammad bin Abdullah ini akan mendapat ganjaran pahala sebesar-besarnya yg tidak tergambar oleh akal & tidak terhitong oleh pasir2 di bumi. 
 
Adakah kamu akan menolak pendapat yg mengatakan menyokong puak yg dengan jelas menolak, meminggirkan & mempersendakan segala perbuatan, ajaran & gaya hidup yg di bawa oleh Nabi Muhammad SAW ini akan mendapat kecelakaan & seburuk-buruk balasan dari Allah SWT ????  Fikir2kan & selamat beramal.
 
Perumpamaan mudah yg ingin aku bawa di sini. Andai kamu mencintai seseorang dengan sepenuh hati kamu, nescaya kamu akan marah andai ade manusia yg melukakan hati kekasihmu. Apetah lagi andai manusia lain mengeji, mempersendakan & meminggirkan kekasihmu itu. Apekah kamu hanya akan berdiam diri & membiarkan sahaja perkara itu berlaku. Sudah sekali-kali tidak. Melainkan tiada rasa cinta di hati kamu kerana itu tiada apa2 tindakan & perasaan yg timbul di hati kamu apabila insan lain melukanya. itu adalah fitrah alam. Sifat yg Allah SWT ciptaan pada setiap manusia. Maka apekah kamu fikir Allah SWT akan memuliakan kamu, menempatkan kamu di syurga-NYA & menikmati segala nikmatnya setelah kamu dgn senang hati menyokong puak2 yg menghina, meminggirkan & mempersendakan Kekasihnya itu. Iaitu Muhammad bin Abdullah...!!!  
 
Ingatkah kamu akan peristiwa di mana Rasullullah SAW di hina & di cerca semasa baginda menjalankan dakwahnya Di Taif ? Malaikat Jibril turun memberi salam & menyampaikan wahyu kepada baginda ketika di Qarn al-manazil Katanya :-


"Sesungguhnya Allah telahpun mendengar kata-kata kaum itu dan segala jawapan dan penolakan mereka terhadapmu, justeru itu Allah telahpun mengutuskan malaikat penguasa gunung-ganang untuk kau perintahkan kepada-nya bertindak terhadap kaum itu."

Kemudian datang malaikat penjaga gunung memberi salam lalu berkata :-

"Wahai Muhammad, itu dia bukit-bukit, apa yang engkau mahu, sekiranya engkau mahu aku tangkupkan mereka dengan bukit Al-Akhsyabain itu, nescaya aku lakukan."


Al-Akhsyabain itu dua buah bukit, bukit Abu Qubais dan bukit Qaiqa'an, letaknya di Mekkah. Namun Muhammad bin Abdullah ini adalah manusia yg tinggi akhlaknya, baik budi bahasanya & terlindung baginda daripada sifat2 yg keji. Baginda menolak dengan berkata :-


"Aku berharapkan agar Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Maha Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun."
 
 

Wallahu'alam
 
 
 
 
 
 


Rabu, 8 Ogos 2012

Wahai Purnama (Ya Badrotim)


I really Love This Khasidah...
Berjujuran airmataku bile teringatkan masa yg telah berlalu...
Ya Allah ampuni hambamu ini andai aku pernah terleka
Dari mengingati-MU dan Rasul-MU..
Sesungguhnya aku hanyalah hambamu yg lemah,
Maka Kau ampunilah aku Ya Allah,
Andai Engkau tidak mengampuniku
Maka termasuklah aku dlm kalangan hambaMU
yg kerugian Dunia & Akhirat,
hadirlah Ya Allah, hadirlah...
Dlm setiap denyut nadiku...
:.(


20 Ramadhan Kareem !!



Rabu, 18 Julai 2012

Dari Yang Tersayang :))

Petang td aku balik awal,  lepas singgah amik Nuha dr umah opah di Putrajaya lepak sekejap sambil bergosip & menikmati pisang goreng yg telah tersedia atas meja. ehehe muke xmalu betoiii dtg2 umah org xbawak makanan pun pastu sedaap plak melantak makanan umah org tu.. adeehh.. dah org jemput makan, xkn jual mahal plak kan, nnt klu xmakan org kate sombong plak.. ehehe alasan utk makan free..pisang goreng cik ni mmg best, rangup semacam je tepung dia.. nyum..nyum.. sedap ehehe...

Hujan yg agak lebat petang tadi telah menyumbang kepada traffic congestion yg melampau dr susur keluar Putrajaya nk ke Kajang.. huh berejam duk bersesak td.. nasib baik adek sgt baik ptg td, sedar2 tengok dia da lentuk kt car seat tu.. sian syg ibu, seharian buat perangai opah kata... mcm2 opah membebel kt ibu, tepu telinga ibu dengar opah mengomel pasal adek harini.. hmm adek2.. esok jgn buat perangai yea syg.. cian opah banyak nk buat kerje, nk masak lg, nk menjahit lg, nk jaga adek lg.. nnt klu opah xnk jaga adek, mamai jugak kepala ibu nk memikirkan tempat yg selamat utk adek... muahaha syg anak ibu...

Sesampai di kawasan umah, hati terdetik nk tengok peti pos, bukak2 je peti pos jeng..jeng.. ade surat dari Abi rupenye.. ehehe xsabar nk bukak surat abi ni.. Lepas park kete terus bukak n bace.. ehehe tergelak kecil sendirian, xsangka plak Abi sgt pandai mengarang surat berjela2.. geli ati bercampur gembira xterkata bace karangan abi yg bersahaja + skema ehehe, adek da besar nnt boleh bace yea, ibu simpan dlm kotak semua surat2 abi, tp surat2 abi sebelum ni simple & ringkas aje, zaman bercinta-cintun dulu pun abi xpernah plak tulis surat berjela camtu, tetiba skrg banyak plak idea Abi.. ehehe Abi2.. sgt rindu abi, rindu serindunya...




Naik kt umah mandi2, salin baju & online, sambil tu layan cite Dejavu di Kinabalu.. Dapat call dari Abi.. sembang2 n say thanks to Him with the special + cute + Jiwang zaman P.Ramlee.. ehehe Love U syg.. xsabar nk jumpe U n Peluk Cium U.. muahaha..



Tengok tu siap ade muke ape entah kt kepala surat.. hehehe Abi adek ni mmg xhabis2 dgn Shin Chan & Action Kamil nya...

Klu ikutkan hati mmg aku ade terfikir nk ke Sydney pada Hari Raya nnt, tp itula bile mengenangkan keadaan kewangan yg xberapa mengizinkan utk aku terus menerus berbelanja tanpa berfikir, maka aku simpan jauh2 impian aku utk beraya bersama my hubby di sana. Terlalu banyak benda yg harus aku fikirkan, jauh dlm hati aku berkata " sabarlah wahai diriku, ade yg lebih patut kau utamakan, InsyaAllah Dia sentiasa bersamamu, bersabarlah wahai diriku.."

Setiap kali nk balik beraya di Kampung aku tersangatlah sedey, klu arwah ummi ade lg, xdela aku sedey sgt rasenye... Hmm ape2pun nampak gayenye aku terpaksa ikut Cik balik ke Terengganu jugak la nnt, wawawa bosannye balik kampung tanpa hubby...

Puasa pun blum lg tp aku da dapat rasekan yg Aidilfitri aku tahun ni sgtlah membosankan. Slalu aku akan bersama hubby bakar satay n masak2 pada mlm raye, tp kali ni sudah pasti aku xkan buat ape2, coz aku tersangatlah sedey menyambut Aidilfitri tanpa my hubby.. sob..sob.. sob.. Yggggg.. balikla cepat, org sgt sedey ... :.(  Harap dgn adenya adek dan Opah di sisi .. aku masih mampu utk mengukir senyuman di pagi Aidilfitri nnt.. Ameen..

Tido awal mlm ni.. da penat seharian td memanjat Bukit Tunku KL, esok nk kene masuk opis awal.. sambung len kali plak ble free.. Selamat mlm semua...




Selasa, 3 Julai 2012

Skype Connection Sangat Teruk !!

Jauh di mata dekat di hati, itula pepatah org tua2 dulu, mungkin ade benarnye, tp jauh di mata kekadang tersangatlah menyakitkan hati bile nk call payah (kos yg mahal). So pendekatan mudah ialah mengunakan internet.

Tp itula barang Free ni kekadang camtulaa.. bukan-nye bagus sngt.. hmm sabo ajelaa.. 2,3 arini aku berhubung dgn my hubby hanya mengunakan FB kekadang skype, call mmg hari2 tp kejap2 jelaa.. bapak mahal charge dia.. RM30 hanya 30 minit. mane cukup nk cite sume benda 30 minit, sgt sedey..

Cite pasal skype ni, mmg sebelum ni pun kitorang mmg slalu berhubung mengunakan internet ni, maklumla senang, lg pun alang2 da pakai Unifi kan.. gune sume facilities yg ade semaksimum mungkin... ehehehe.. (Jimat tahap gaban skrg, no more wastage)

Tp bile duk makin jauh ni, ingatnye skype ni mcm blh membantu kitorang menjimatkan kos utk berkasih syg, skali masyaAllah teruknye, siang2 ok lg klu nk chit chat, klu mlm adeehh jgnkan nk video call, chit chat pun lama gile dia nk loading mmg menguji kesabaran toilaa.. hmm last2 aku top up I-Talk RM60, tempoh pengunaan hanya sejam shj, 2 hari pakai da habis.. hmm pastu melopong je aduyaiii...

Mood sgt sedey coz menghadapi pelbagai kesulitan.. dugaan semua ni.. banyakkanlah bersabar wahai diri-ku, agaknye dia nk suh kumpul duit bli tiket flight g sana kot.. hehehe.. berangan jela labu...



Sabtu, 30 Jun 2012

Saat Kau Pergi Jauh

Jam 7.30 pg bersiap2 untuk hantar hubby ke KLIA, 
aritu aku pk  mcm xnk  hantar my hubby ke KLIA, coz aku sebenarnya tersangat sedey, xnk tengok my hubby pergi tinggalkan aku & Nuha. Nnt ade aku berjujuran airmata kt situ, so aku suh hubby amik Limo jelaa...

Tp bile aku terbangun subuh td pagi, tetiba jiwa di selubungi rase sedey yg teramat bile mengenangkan yg hubby akan berangkat ke Aussi jam 10am kejap lg, pantasnya masa membawa aku, tub2  hubby da nk berangkat, terasa seperti mimpi je sume ni, aargghh mampukah utk aku lalui hari2 tanpa hubby sepanjang 3bulan lebey ni..

Yaa Allah berilah aku kekuatan, bertapa ku lemah utk hadapi dugaan ini tanpa dia yg aku kasihi. aku decide nk hantar hubby ke KLIA jugak, so suh dia cancelkan je LIMO tu, aku akan cube menenangkan diri aku, ape yg bermain di fikiranku saat itu hanyalah ingin menghabiskan sisa2 waktu yg ade bersamanya. Dan ape yg pasti aku-lah insan yg paling rindu kepadanya dan saban hari berdoa moga2 dia cepat kembali di sisi... :'(




Saat kutahu kau akan pergi jauh,
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu..

Agar kau tau bertapa ku terlalu mencintaimu..
Aku akan menunggu hingga dirimu kembali utkku..

Moga Allah sentiasa menjagamu & merahmati dirimu sygku... aku sentiasa menantimu di sini 
dgn seberkas doa pada setiap sujudku 
utk kebahagiaan dirimu... :'( 


Sepanjang perjalanan balik dr KLIA td, airmataku xhenti2 mengalir, terasa benar kesepian bile hubby xde, Baru je beberapa jam berpisah, rasenya mcm aku nk peluk hubby kuat2 and xkasi dia pegi, tp aku hanya berilusi sendiri... realitinya aku hanya melihatnya pergi meninggalkan aku...

Sarapan kt KFC KLIA td pun aku xbape nk makan, cume di gagah-kan juga utk menelannya, hati bergolak kencang. sedaya upaya aku cube utk tidak mempamerkn kesedihan dihadapannya. Bimbang nnt perasaanku makin menjadi2...

cume ape yg mampu aku katakn padanya " abg take care ok, nnt kt sana jgn lupa call selalu yea, pagi, ptg & mlm coz nnt adik (Nuha) rindu..." Tp yg sebenarnya akulah yg rindu padanya setiap saat dan ketika...

Ape yg aku buat dr td serba xkena, lepas tidokan Nuha ingatnye aku pun nk lelap skali, tp hati & fikiran asyik teringatkan hubby, Tersangat-sangat rindukan hubby, sambil menulis coretan ni pun airmataku xberenti mengalir je dr td..

 
Doaku semoga segalanye baik2 belaka... :'(
Cepatlah mase berlalu pergi...
Aku ingin dia kembali kepadaku...
Love & Miss U so much syg...






Selasa, 26 Jun 2012

Happy Bestday My Darling Hubby

Today on 26 June 2012 is my Beloved Hubby Bestday, I Dropped here just want to wish Happy Best-Day 2U My Sweetheart, U always make Our life Cheerful & Feel Perfect. Thanks a Lot, May Allah Bless U Dear... Baby Nuha Also Wishing U Happy Best-Day.. We Love U Abi.. :)



MY DEAR LOVE,
YOU'RE ALWAYS THERE FOR ME
WHEN THINGS TEND TO GO WRONG
IT'S THAT FAITH YOU HAVE IN ME
THAT MAKES OUR MARRIAGE STRONG

IT'S YOUR LOVING AND YOUR CARING
AND KNOWING THAT YOU'RE NEAR
THAT SPECIAL KNACK YOU HAVE
MAKE MY TROUBLES DISAPPEAR

A BETTER HUSBAND NO WOMAN COULD WANT
WITH YOUR SWEET AND GENTLY WAYS
AND KNOWING THAT YOUR LOVE FOR ME
IS JUST AS STRONG TODAY

I LOVE YOU BABY WITH ALL MY HEART
WE'VE HAD OUR ARGUMENTS
OVER THE YEARS
AND SOME OF THEM
BROUGHT ME TO TEARS

BUT MORE IMPORTANT
ARE THE GOOD TIMES WE'VE SHARED
THE THINGS YOU'VE DONE
TO SHOW ME YOU CARE

YES, WE HAVE ARGUMENTS NOW AND THEN
BUT OUR LOVE ENDURES THROUGH THEM ALL
AND MOST OF THEM I CAN'T EVEN RECALL

BUT ALL THE GOOD TIMES WE SHARED
ARE BURIED DEEP WITHIN IN MY HEART
LOVING MEMORIES DEAR TO ME
MEMORIES FROM WHICH I'LL NEVER PART

I LOVE YOU DEARLY
THIS YOU ALREADY KNOW
IT'S OUR LOVE THAT'S
MADE OUR MARRIAGE GROW...




Moga cinta kite kekal hingga ke syurga !! 

Ahad, 24 Jun 2012

Keroncong Hujan

Ini adalah antara lagu keroncong yg paling memberi kesan mendalam dlm seluruh kehidupan aku,klu di kenangkan kembali, Zaman layan keroncong ni, macam2 peristiwa yg aku lalui ketika tu tp Alhamdulillah dgn sedikit kekuatan mental & ketabahan hati yg ade, aku berjaya tempuhi susah payah kehidupan zaman remajaku dgn tulus sekali, dan keroncong inilah yg selalu menemani  ruang hati saat2 sepi dan rindu menusuk kanvas sanubari-ku...

Keroncong Hujan & Kolej Mawar, my X-roomate mase tu, budak Law, selalu gelakkan aku bile time dtg mood jiwang nyanyi pakai hands free..uhuhu mmg lawak, walaupun dia slalu gelakkan aku kekadang dia pun terkinja2 skali nyanyi ngan aku bile time stress, hahaha kanak2 riang toi..

aku suke versi nenek ni, tp dia nyanyi xhabis..

Inilah diri-ku, gambaran jiwa-ku, seorang manusia yg cintakan kedamaian
dan ketenangan...  Dalam menghadapi kehidupan yg kekadang sukar utk di duga, aku lebih suke berhadapan dgn insan yg jiwanya penuh dgn
cinta & keharmonian kasih syg...   


Yg ni versi adibah Noor, moden skit.. boleh laa dr xde.. :)

Sekali Cinta itu singgah di hatimu, percayalah.. ia akan selamanya bersemadi dlm hatimu sampai bile2, Ia tidak akan pernah hilang walau sejuta kali engkau menghalaunya pergi, kerana ia telah sebati didalam dirimu, bersatu dlm hati "kau & dia" dan membentuk sebuah rase yg kau pangil cinta...
Oleh itu hati2lah dlm bermain cinta... 

Mood Layannzz di malam hari :)) ...








Sabtu, 23 Jun 2012

Biar Aku Menjadi Lilin

Di suatu pagi yg santai, OTW ke tempat kerje, aku akan layan Classic FM, ala2 jiwang kan, layan classic gitu huhuhu.. aku mmg xsuke lagu2 rock kapak ni, semak kepala otak den, layan keroncong ke, instrumental ke, baru ade class.. Jom layan lagu ni, sgt bermakna, dah lama aku cari tajuk ni,
semalam baru  aku jumpe,
thanks Classic FM :))





Jumaat, 22 Jun 2012

Deja Vu di Kinabalu


Takat leleh cite ni,
berkejar balik opis ari2 semata-mata xnak mis this cite... Mood terawang di langit Ke 7..
sob3..  sgt sedey..
suke sgt2 watak Akashah,
yg sngt macho + baik ati + setia + Encem..
muahaha xsabar nk tengok episod seterusnye...
Tiz Zaqyah pun mantop dlm cite ni,
penuh dramatis U...




I am Dreaming become Tiz Zaqyah
.....ahahahaha....