Memaparkan catatan dengan label UmiAbi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UmiAbi. Papar semua catatan

Rabu, 5 Julai 2017

Salam 1 Syawal 1438


Masih tidak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin & muslimat. Semoga Ramadhan yang telah berlalu mengajar kita menjadi manusia yang tahu erti bersyukur & berterima kasih.

1 Syawal tahun 2017 ini sama sahaja seperti tahun2 yang lalu. Kami menunaikan solat hari raya di Masjid Presint 15 Putrajaya berdekatan rumah kami. Pagi yang sungguh indah dan sangat menggamit sebuah perasaan rindu kepada kedua umi&abi. Aku duduk dibarisan paling belakang di tepi dinding sambil bertakbir hari raya bersama imam. 

Ini adalah solat hari raya yg pertama aku lakukan sejak arwah umi tiada. Boleh dikatakan setiap kali menjelang 1 Syawal aku didatangi "uzur syar'ie". Suasana bersolat hari raya bersama arwah umi di Masjid Kg Pulau Serai kembali singgah di memoriku saat itu, hati terasa begitu sebak sekali. Tiba2 aku di sapa oleh seorang jemaah yang ingin duduk di sebelah saf-ku. "Selamat Hari Raya" katanya kepada-ku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut salamnya dengan senyuman. Sebaik saja aku menatap wajahnya, alangkah terkejutnya aku apabila raut wajah wanita itu saling tidak tumpah seperti raut wajah arwah umi yang sangat aku rindui. Bertapa besarnya kurniaan Allah swt, Dia tahu hambanya ini dalam kesedihan merindukan seseorang di hari lebaran yang mulia dan dia datangkan seseorang yang mengubat sebuah kerinduan itu. Allahumustaan ...

Kami berbual ringkas, kemudian melaksanakan solat hari raya di saf yang sama. Sepanjang solat hati-ku begitu tersentuh dengan sebuah anugerah yang kelihatan biasa tetapi begitu bermakna buat diri-ku. Airmataku tidak henti2 mengalir deras dipipi sepanjang solat hingga membasahi telekung. Sungguh tidak mampu lg aku menahan-nya. Seusai solat aku bergegas keluar ke tempat wuduk untuk membasuh muka. Ya Allah Ya Rahman engkau terlalu baik kepada-ku sedangkan hamba-mu ini terkadang alpa daripada segala larangan & perintah-mu. Maha Suci Allah yang cinta & kasih-NYA kepada seorang hamba melebihi kasih & cinta-nya seorang ibu terhadap anaknya. 

Hari raya yang biasa2 saja pada mulanya bertukar menjadi sedikit ceria & penuh erti. Aku menceritakan kisah di Masjid tadi kepada hubby. Dia hanya mampu tersenyum & kelihatan memahami perasaan-ku. Kami pulang ke rumah sebentar kemudian terus ke rumah Opah di Semenyih. Alhamdulillah banyak rezeki di rumah Opah. Berbagai juadah yang dihidangkan Opah pada pagi itu. Nasi Lontong kegemaran-ku juga disediakan Opah. Terasa bahagia-nya bila ada insan yang sudi menyediakan juadah kegemaran seperti arwah umi selalu hidangkan di pagi raya. Maaf untuk Opah kerana tidak dapat membantu untuk menyiapkan juadah di malam raya. Banyak kekangan hal2 peribadi yang tidak dapat dielakkan. Pengakuan & permohonan maaf itu penting agar setiap jiwa merasa diri di hargai. Jika kita mahukan orang lain menghargai kita, terlebih dahulu kita harus menghargai orang lain. Hampir tengah hari juga kami berada di rumah Opah, kemudian kami bergerak ke rumah makcik hubby di Petaling Jaya. 

Menjelang petang kami berangkat pulang ke rumah Hillpark. Badan terasa letih, cukuplah setakat itu dulu acara ziarah kami di hari raya. Aku perlukan rehat yg cukup agar kesihatan terjaga. Alhamdulillah selesailah sambutan hari raya kami pada tahun 2017.  Esok berpagi pagi kami hendak bertolak ke Kuala Terengganu pula. Asalnya tiada rencana untuk pulang ke Terengganu oleh hubby. Kekangan kewangan hubby tidak begitu mengizinkan, tetapi memandangkan hari Raya ke 2 itu adalah hari kelahiran hubby maka aku dengan hati terbuka telah menempah bilik & menaja seluruh perbelanjaan untuk pulang ke kampung. Tidak mengapalah, aku memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM1500 untuk pulang ke kampung. Itu adalh duit tabungan yang aku simpan untuk membeli HP baru untuk hubby sebenarnya, tetapi aku menduga dia lebih gembira jika dapat bertemu sanak saudara-nya dikampung pada hari lebaran yang mulia itu.

Itu adalah hadiah istimewa untuk hubby, wish he will appreciate it. Untuk aku tiada apa yang menarik untuk pulang ke kampung tika waktu puncak begini. Dengan jalan yang penuh sesak & kedai makan pun turut tutup semuanya selama seminggu. Lain org lain cara pemikiran-nya. Pada aku tak semestinya hari raya baru sibuk hendak bersua muka & meminta maaf segala, sedangkan hari2 lain saling mengumpat & memburuk-kan sesama sendiri. Apakah makna hari raya yang disambut ??? Fikir2kan & selamat beramal. Kenyataan ini tidak ada kene mengena dengan sesiapa, hanyalah sebuah kenyataan general yang ditujukan kepada semua. 

Selama di Terengganu kami menginap di Permai Hotel Kuala Terengganu. Rumah pertama yang kami singgah adalah Rumah Mak Su di Dungun. Singgah makan nasi dagang. Tqvm Mak su kerana dengan berbesar hati membuatkan nasi kegemaran-ku seawal pagi. aku sangat menghargai-nya. Semoga Allah membalas kebaikan itu dengan ganjaran yang berganda di akhirat kelak. Walaupun tiada lg arwah umi&abi di kampung tetapi aku masih punyai makcik2 yang selalu menganggap aku sebagai anak mereka. Walaupun hanya jarang2 aku singgah bertemu mereka tetapi mereka tetap seperti dulu tika arwah umi & abi masih ada. Hubungan itu masih seperti dulu, malah terasa semakin erat, jika dulu tiada pula yang bertanya "Balik tak raya ni ? Nak makan apa raya ni?" "Kalau balik raya, datang tidur di sini pun xpe" Tapi aku selalunya menyambut pelawaan sesiapa saja dengan ucapan terima kasih. Kerana aku lebih senang tidur di Hotel berbanding di rumah saudara mara. Entahlah aku masih terasa janggal. Maafkan aku jika sikap itu membuatkan ada sesetengah yang kurang senang. Setiap manusia punyai kelebihan & kekurangan, Dan aku adalah manusia yang punyai 1001 kekurangan itu. 

Aku tidak perlukan penghargaan sesiapapun kerana itu aku hanya bersifat seperti seadanya diri aku kepada sesiapa sahaja. Jika dia orang yang lebih tua, maka aku hormati dia seadanya dengan layanan & tutur kata yang baik. Kalau dia adik2 maka aku melayani mereka selayak-nya untuk digauli. Aku tidak pandai berpura-pura, jauh sekali untuk berdrama. Jika aku tidak selesa, maka jelas sekali kelihatan ketidak selesaan itu pada wajah & tingkah laku-ku. Aku selalu menjadi diri-ku seadanya, kerana aku tiada sebarang kecenderungan & kehendak terhadap sesiapapun. Mungkin ada yang merasakan aku ini hanya mahu mengikut kehendak sendiri tanpa pedulikan orang lain, mungkin itu sangkaan mereka, Tapi itu hanyalah sangkaan mereka, banyak benda yang mereka tidak tahu. Tapi perlu ke untuk aku peduli kepada semua sangkaan itu ? Maaf sangkaan kamu mahupun tindakan kamu itu tidak sedikit pun terkesan dalam hidupku. Dan dengan sangkaan kamu itu juga tidak sedikitpun menambah nilai ataupun mengurangkan kualiti hidupku. Kedengaran sedikit angkuh di situ. Tapi itulah realiti, kerana mereka2 itu langsung tidak mengetahui duduk perkara yang sebenarnya. Biarlah mereka, aku tidak apa2. 

Tidak banyak rumah yang aku lawati ketika pulang ke kampung haritu. Kekangan kesihatan yang membuatkan segala aktiviti menjadi terbatas. Cukuplah mana yang sempat untuk di ziarahi. Dari kejauhan ini aku mendoakan semua saudara mara yang jauh mahupun dekat aku doakan moga dikurniakan kesihatan yang baik & diberikan rahmat serta di ampuni segala dosa. 

Taqobbalallah huminna wamingkum   

Salam Eidul fitri maaf zahir & batin 


Sabtu, 22 Oktober 2016

Allah Berikan Dia Untuk-Ku

Makna kehidupan ini begitu luas. Kita hidup bukan hanya untuk diri sendiri, bukan juga hanya semata-mata untuk anak & isteri kita, mahupun adik beradik kita. Tetapi kita dihidupkan untuk menjadi agent Tuhan. Menyampai & menyebarkan kebaikan kepada semua insan. Fahamilah erti ke-Angongan & Rahmat Tuhan. Ia akan turun melalui diri manusia yang mulia. Carilah bantuan Allah pada hamba2-nya yang pemurah. Kerana pada diri mereka itu diturunkan 1001 Rahmat.  

Cik atau juga dipanggil Opah oleh Nuha Safiya. Dia adalah satu-satunya adik perempuan kepada arwah ibu-ku. Allah gantikan dia untuk-ku. Dia-lah tempat aku meminta pendapat tentang kehidupan-ku. Dia selalu membuatkan hari2 suram-ku menjadi sedikit terang. Dia selalu risau tentang diri-ku. Aku juga sayang kepadanya seperti aku sayangkan arwah ibu-ku. 


 Setiap masa, Cik sentiasa ingat kepada-ku, kalau dia kemana-mana adalah menjadi satu kewajipan untuk dia membeli sesuatu kepada-ku. Indahnya aturan Tuhan. Sesungguhnya DIA bisa menghadir-kan kasih sayang sesiapa saja untuk diri-mu. Kerana kasih sayang-NYA tidak pernah habis walau seisi alam. Allahhurobbi.. !!

Ketika arwah umi melalui hari-hari terakhir kehidupan di dunia. Arwah selalu berpesan supaya aku berbuat baik kepada saudara-mara  dan juga ipar duai. Pesan arwah lagi, Jika Abi berkahwin lain, jangan lupa menghormati ibu tiri seperti ibu sendiri. Pesanan itu aku semat di dada-ku. Tetapi tidak semudah itu untuk dilakukan. Kerana setiap manusia itu punyai sikap & perangai yang kadang-kala menjengkelkan hati. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Memang sakit melalui hari2 tanpa kasih seorang ibu. Kerana aku adalah anak ummi, anak perempuan yang sangat rapat dengan-nya. Kalau dia menangis, aku juga menangis. Kalau ummi gembira, aku juga gembira. Dimana ada umi di situ ada aku. Dia teman yang paling jujur untukku. Bagaimana dapat aku gambarkan bila dia pergi buat selama-lamanya dari hidup-ku. 

Dunia-ku Gelaapppp segelap-gelapnya .... itu sahaja yang dapat aku kata-kan. Walau ketika itu aku ada suami, aku masih punyai abi. Tetapi kegembiraan aku terus padam & hilang. Hari pertama aku melalui hidup tanpa arwah umi, aku tidak bercakap dengan sesiapa pun, tidak dengan abi, tidak juga dengan suami-ku. Aku hanya menangis dan terus menangis. Siang & malam sama sahaja bagiku. Aku ambil semua baju2 arwah umi, aku peluk & aku cium. Aku mencari segala bau arwah yang masih ada. 

Cik juga ada ketika itu, dia menasihati aku supaya tidak terus menerus bersikap demikian, aku hanya mendengar saja, marah sungguh dia kepada-ku ketika itu kerana bersikap demikian. Tetapi mereka tidak faham. Mereka tidak tau bertapa aku tidak dapat hidup ketika itu. Seminggu juga aku begitu. Suami-ku mungkin sedikit memahami. Tidak banyak kata-kata yang di lontarkan, hanya sepatah dua menasihatiku supaya tabah & menerima takdir.

Bulan demi bulan terus berlalu, emosi-ku sedikit baik tetapi perasaan & fikiran-ku tidak menentu. Aku tidak lagi seperti dulu lagi. Aku lebih banyak diam & memendam rasa. Bukan mudah untukku mengatur langkah demi langkah, mencari kembali rentak kehidupan-ku seperti dulu. Sungguh tidak mudah. Sehinggakan arwah Abi bertahun-tahun tidak menegur-ku. Katanya aku pentingkan diri sendiri. Abi juga tidak memahami-ku. Apabila arwah Abi berkahwin beberapa bulan setelah arwah ummi pergi, sebenarnya naluri-ku terluka lagi, ia menjadi semakin parah. Tapi aku hanya diam tanpa berkata apa2. Aku tahu arwah Abi juga terluka dengan sikap-ku yang dingin kepadanya & ibu tiri. Maafkan saya abi. Saya masih mencari kekuatan diri untuk menerima segala ketentuan. 

Kasih sayang & rasa kebergantungan kepada arwah umi sangat besar. Kehilangan-nya membuatkan aku hilang pedoman untuk seketika. Satu persatu Allah aturkan untuk-ku. Dia ingin aku menjadi kuat. Dia ingin kata-kan kepada-ku... "Bergantung haraplah dengan-KU, bukan dengan makhluk ciptaan-KU..." Kekuatan itu mulai hadir sedikit demi sedikit, tetapi jiwa-ku masih rapuh. Emosi-ku mudah tercalar, hanya dengan sepatah kata, boleh membuatkan hati-ku terguris. Aku sedikit beremosi. Kadang2 aku sendiri tidak faham apa yang sedang aku fikirkan. 

9 tahun aku melalui detik itu. Allah memberiku waktu untuk aku memperbetul segala sikap & prilaku-ku. Dalam diam DIA mendidik-ku dengan hikmah & kasih sayang. DIA hantarkan seorang insan yang kupanggil "Cik" untuk terus menemani hari-hariku. Dia persis ibu-ku. Dia banyak memberi semangat baru untuk diri-ku. Dia banyak mengisi ruang2 kosong dalam jiwa-ku. Dia selalu mendoakan aku. Bila aku ingin menghadiri apa2 temuduga, akan aku khabarkan kepada-nya minta di doakan mudah2n dipermudahkan urusan. 
 


Alhamdulillah aku semakin rapat dengan-nya. Hari2 yang aku lalui semakin indah. Dari hati yang kosong & kontang kini telah menjadi taman yang subur kembali. Tetapi masih ada ruang yang belum terisi. Belum ada insan yang dapat mengisi kekosongan ruang itu. Kerana itulah ruang kasih sayang yang pernah ditabur & dibaja oleh seorang ibu. 

Apepun aku sangat bersyukur, kerana DIA mempermudahkan jalan kehidupan-ku. Memberikan apa sahaja yang aku minta daripadaNYA. Apa yang tidak aku minta, juga diberikan olehnya. DIA memenuhi segala keperluan-ku setiap masa. Alhamdulillah... Allah itu ada, Dia Maha Mendengar !

Terima kasih semua insan yang pernah membahagiakan hari2-ku. Terima kasih juga kepada manusia yang sentiasa berniat jahat & dengki kepada-ku. Engkau seperti rumput2 kering yang mewarnai taman hidup-ku juga seperti Ulat beluncas yang memakan daun2 hijau dipepohonan kebun2 kehidupan-ku. Teruslah berada di situ kerana aku tidak apa2. Allah sentiasa menjadi penjaga untuk-ku. Moga suatu masa engkau kembali sedar, bahawa perbuatan-mu itu hanya sia-sia belaka. Kerana kebun & taman-ku terlalu luas untuk kau musnahkan !


Salam hujung minggu...


Terima kasih untuk semua....




Jumaat, 21 Oktober 2016

Ummi, Saya Sangat Rindu Kamu !


I Miss You Mom, You & I had a lot great memories together. I never thought I'd have to  say goodbye so soon...




Entah kenapa hati terasa sangat rindu kepada arwah ummi yang telah hampir 9 tahun meninggalkan aku sendiri di dunia ini. Telah lama waktu itu berlalu, tapi masih tidak mampu mengubat kerinduan-ku kepada-mu. Banyak perkara yang telah aku lakukan untuk mengisi ruang hatiku yang kosong yang belum terisi semenjak detik pertama arwah menutup mata-nya & membisu tanpa bicara.



Ummi...





Ummi...





Ummi...




"Azah sangat rindu pada ummi....... !!!!!!!!!!!!!!!!
Walaupun semua orang sangat baik, tetapi azah sangat berharap ummi ada...."


Setiap kali terjaga dari tidur di tengah malam, aku sangat mengharapkan telinga-ku dapat menangkap bacaan ayat suci al-quran yang arwah ummi selalu bacakan di tepi katilku. 24 tahun sudah berlalu, terlalu pantas tanpa sempat aku lakukan ape2 untuk arwah ummi. 

"Ya Allah ampuni arwah UmiAbi-ku. Sediakan sebaik-baik tempat untuk mereka ya Allah. Dia-lah hamba-mu yang sentiasa mengajar-ku tentang kebesaran-MU, mendidik-ku supaya sentiasa taat kepada-MU. Rahmati mereka berdua ya Allah. Kasihi mereka Ya Allah seperti mereka mengasihi-ku ketika aku kecil...  :.(   :.(  "
 




Khamis, 23 Jun 2016

Salam Takziah !

Baru beberapa minggu yg lalu aku & keluarga pulang ke kampung untuk melawat saudara mara yg sedang di timpa dengan ujian sakit. Tidak sampai 2 minggu setelah bertemu dengan Cik Ngoh Dah di rumahnya di Kuantan & berborak panjang mengenai susur galor keturunan kami. Tiba2 pada hari Isnin yg lalu 20 June 2016 bersamaan 15 Ramadhan pada jam 3 ptg, Cik Ngoh telah kembali kehadrat Illahi. Bertemu pencipta sekelian alam ini- Al Malik.  

Teringat perbualan ku dengan hubby selepas melawat arwah pada petang itu, aku memberitahu hubby tentang keadaan cik ngoh. Melalui pemerhatianku, aku rasa cik ngoh sudah tidak mempunyai waktu yg panjang. Paling-paling lama pun 2 bulan. Aku bukan meneka & membuat andaian tetapi itulah yg sering aku perhatikan pada setiap ahli keluarga yg semakin hampir menemui ajal. Walaupun kelihatan agak sihat & masih petah berkata2 serta masih boleh ketawa kecil walaupun agak termengah-mengah, tetapi keadaan jasad seperti seolah2 memberi isyarat bahawa usia-mu kini semakin hampir ke penghujung. Saki baki waktu yg ada ini persiapkanlah untuk menghadapinya. (sakaratul-maut)

Sepanjang perbualan kami pada petang itu, aku sempat berpesan kepadanya supaya membuat persiapan untuk menghadapi alam barzakh, bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa tetapi kerana keyakinan kepada hidup selepas mati itu, kerana setiap daripada kite akan tiba waktunya. Alangkah indah jika waktu yg akan tiba itu sudah kite persiapkan diri untuk menghadapinya. Bila mana 2 malaikat datang menjemput saat itu, kite sudah bersedia untuk pulang bertemu Tuhan pencipta alam. Tiada apa yg kita hiraukan lagi mengenai dunia yg akan kita tinggalkan, semuanya sudah di susun & di atur sebaik mungkin. 

Cik ngoh adalah seorang guru al-quran yg di segani di Istana Pahang, dia seorang insan yg sentiasa ceria & menghiburkan. Mudah2n Allah merahmatinya & di tempatkan di kalangan hamba2 yg solehah.

Ketika arwah umi melalui saat2 akhir kehidupannya, arwah umi berpesan kepada aku tentang semua dokumen2 penting yg telah di simpan di dalam satu fail. Semua dokumen hartanah & juga buku bank simpanan semua telah di simpan di situ. Tetapi aku hanya memandng sepi pesanan itu, kerana aku tidak mengharapkan arwah umi untuk pergi terlalu awal meninggalkan aku sendiri. Demi sesungguhnya janji Allah itu telah jelas, setelah arwah pergi aku mula mencari fail yg dimaksudkan arwah umi di balik susunan buku di rak. Apabila aku membuka fail berkenaan, sungguh aku terasa takjub, subhanAllah, umi sepertinya sudah tahu yang ajalnya semakin hampir. Kami sekeluarga tidak mempunyai sebarang masalah untuk menguruskan segala peninggalan arwah umi. Semuanya seperti telah tersedia dengan rapi untuk diuruskan. Indahnya sebuah kematian.          

Hidup ini hanyalah seketika. Dunia ini hanyalah tempat berlakon & berseloka, tiada apa yg kekal abadi untuk dimiliki, semuanya hanyalah pinjaman semata-mata. Dalam setiap doa yg aku lafazkan, Ya Allah.. sampaikanlah hasrat hatiku untuk tinggal di bumi Madinah mahupun Mekah pada penghujung hidup-ku. Sedarkanlah aku jika aku terlalai & terleka terhadap dunia & matikanlah aku dengan sebaik2 kematian & tempatkanlah aku dengan sebaik2 tempat kembali pada sisi-MU. Ameen Ya Robbal 'Alamin.







Isnin, 6 Jun 2016

Ramadhan Kareem :: Ingatan-ku di Bulan Ramadhan !

Selamat menyambut 1 Ramadhan kepada semua insan di mukabumi Allah ini. Ramadhan membawa barakah kepada seluruh alam bukan hanya kepada umat islam tetapi kepada semua makhluk di bumi ini. Maka marilah kita sama-sama bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia ini.


Bila Ramadhan tiba hati teringatkan arwah Umi & Abi yg telah pergi kehadrat Ilahi. Arwah umi telah pergi pada 07 Oktober 2009 (bersamaan 16 syawal), manakala selepas 6 tahun berlalu arwah Abi pula menyusul pada 29 April 2015 yg lalu. Masih terngiang di telingaku ini, saat abi meniti hari2 terakhir dalam hidupnya Abi kerap kali bertanya "berapa lama lagi nk puasa ni ?" dia seolah2 sangat berhajat sekiranya Ramadhan sempat di temui pada tahun itu. Tetapi kehendak Allah lebih mendahului. Sebulan lebih sebelum kedatangan Ramadhan Abi telah kembali kepada Tuhan pencipta alam. Bertapa aku sangat terkesan dengan ketiadaan kedua ibu bapa yg aku kasihi pada usia yg agak muda. Bertapa hidup ini terasa teramat sunyi & kosong tanpa mereka. Walaupun aku sudah mempunyai keluarga, aku sudah punyai anak, aku juga punyai seorang suami yg baik & sentiasa sabar melayan kerenahKU tetapi hati tetap merindui telinga seorang ibu untuk ku-ceritakan segala jerih perih hidup yg aku lalui, hati tetap rindukan raut wajah seorang ayah bila mana setiap kali melihat-ku pulang ke kampung. 

Pada Ramadhan sebelumnya ketika aku & keluarga dalam perjalanan  pulang ke kampung untuk menyambut 1 syawal. Pada Ramadhan terakhir itu, Arwah abi menunggu kepulangan-ku di beranda sehingga senja, beberapa kali dia bertanya kepada adik-ku, pukul berapa aku akan sampai. Cerita itu membuatkan aku semakin sedar, walau kekadang sifat ayah yg kelihatan hanya bersahaja melihat anaknya pulang, tetapi jauh di sudut hati, mereka sangat bahagia menanti kepulangan anak yg di kasihi. Wahai anak2 yg masih punyai ibu & ayah, pulanglah bertemu mereka, bahagiakanlah mereka seperti mana kau ingin membahagiakan anak2-mu. Kerana hidup ini tiada maknanya tanpa kedua umi & abi.

Terimbau ingatanku setahun yang lalu, Ketika arwah Abi sedang tenat melawan cancer paru-paru tahap 4, Tahap 4, yer aku tekankan sekali lagi cancer Tahap 4 hanya menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya. Tetapi Aku pada ketika itu terpaksa ke Jepun kerana beberapa bulan sebelum itu, aku telah menempah tiket penerbangan untuk bercuti ke Jepun, Abi juga telah maklum tentang percutianku itu. Tetapi tiada pula suara2 sumbang yg kedengaran lantaran pergi bercuti saat abi sedang bertarung antara hidup & mati. Jika tika itu abi menyuruh aku tidak pergi ke Jepun, Nescaya akan aku canclekan semua tiket penerbangan & hotel. Tetapi aku pegi juga kerana Abi menyuruh aku pergi.

Mungkin naluri seorang ayah dapat meneka kegundahan hati anak kesayangannya, Tiba2 saja arwah abi menelefonku pada petang itu, ketika itu aku dalam perjalanan pulang dari kerja, dia bertanya bila aku akan berangkat ke Jepun dan berapa lama ? lantas arwah abi berpesan supaya aku tidak membatalkan tiket penerbangan itu. Tidak perlu risau tentang-nya, katanya, "Kite duduk kt mana2 pun di muka bumi ni, kite boleh berdoa kan, klu Allah nak amik nyawa Abi, mung duduk sebeloh pun abi mati jugok, Tiket beli semua doh kan, pergilah, Klu mg dok g Jepun tu sebab abi, Mintok maaf banyak, mung jangan balik jumpe abi, ramai doh org tunggu Abi ni, Umi pun ada sokmo sebeloh ni (umi : merujuk kepada mak tiri aku) Jadi mg dok soh nk susoh hatilaa" Aku hanya diam mendengar dengan teliti kata-kata abi ketika tu, tanpa aku sedar satu persatu air mataku menitis laju di pipi. Bertapa kasihnya seorang ayah yg sentiasa ingin membahagiakan anaknya. Tidak pernah sekalipun abi merungut mahupun bersikap kurang senang jika aku jarang2 sekali menjenguknya kerana dia tahu yg anaknya ini mempunyai tugas & beban kerja ketika itu, & yang lebih dari itu dia tidak ingin meletakkan anaknya ini dalam dilemma kehidupan semata-mata demi memuaskan tuntutan naluri-nya. Dia sering menipu untuk membuatkan aku merasa sedikit aman, walau hakikatnya dia sangat inginkan aku menguruskan dia di saat2 akhir kehidupannya. Sebuah pengorbanan yang tidak terbayar walau seisi dunia.

Aku anak kesayangannya, anak perempuan tunggal yg sangat rapat dengannya, Aku lebih rapat dengan arwah abi berbanding umi. Apa sahaja yg aku minta pasti sedaya mungkin ditunaikan-nya. Tetapi bile aku sudah berumah tangga, Arwah abi selalu berpesan "Nk buat ape2 mintok izin suami dulu, nak beli ape2 tanya suami dulu, jgn buat macam kite zaman bujang dulu, ikut suke nk g mana, ikut suka nk beli ape, kene hormat ke tok laki macam kite hormat ke mok ayoh kite"

Sikap Umi & Abi seperti sama sahaja. Tidak pernah mereka memaksa atau jauh sekali meletakkan aku dalam dilema memikirkan antara diri sendiri & mereka. Klu aku bagitahu mereka yang aku ingin  pulang kampung, arwah abi lah yg terlebih dahulu membebel di telefon "Nok balik wat menda lg, raya haritu kan balik doh, nak balik naik kereta tu bukan isi air, klu mg ade kerje nk balik xpela, klu kata nak balik sebab nk mari tengok umi ke, nk tengok abi ke, dok payoh balik acap kali sangatlah..." itulah yg seringkali abi katakan setiap kali jika aku ingin pulang ke kampung. Mereka sangat menyayangi anaknya tetapi dalam masa yang sama mereka sentiasa ingin menjaga kerukunan rumah tangga kami, bimbang jika suamiku terasa terbeban melayan kerenah isteri yg sentiasa ingin pulang ke kampung untuk bertemu umi & abi, sampai begitu sekali mereka menjaga-ku. Sebuah kehilangan yang tidak dapat aku ungkapkan, Yang pasti hari2 yg aku lalui hanya semata2 demi seorang anak yg aku doakan semoga menjadi manusia yg berguna. Secara peribadi, hidup-ku kini terasa kosong, sebuah kekosongan yg tidak dapat di penuhi. 

Apepun semuanya telah berlalu pergi, kini aku lalui hidup tanpa mereka lagi. Aku hairan melihat gelagat manusia yg tanpa segan silu membuat pelbagai kenyataan, memaksa untuk di fahami tetapi tidak pernah sedikit pun ingin memahami. Aku janggal hidup dalam lingkungan org2 yg sangat mementingkan diri sendiri. Aku telah  terbiasa di didik untuk memikirkan org lain mendahului diriku sendiri, tetapi kadang2 aku sedar sikap yg di pupuk arwah umi & Abi tu sangat berat untuk aku contohi. Hidup dalam sebuah masyarakat yg sngt pentingkan diri sendiri membuatkan kesabaranku semakin hilang & terhakis. Aku tidak mampu menjadi sekuat arwah umi & abi. Maafkan anakanda-mu ini kerana terlalu dhaif dalam meniti hidup yg penuh kerakusan.

Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan mengembirakan Umi & abi di alam sana. Semoga Allah merahmati segala susah payah Umi & Abi selama mendidik kami. Ya Allah rahmatilah mereka berdua & kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecil-ku hingga aku menjelang dewasa. Ampunilah mereka ya Allah, jangan kerana keburukan sikap & akhlak-ku engkau menyiksa mereka, Sesungguhnya mereka adalah insan terbaik yg banyak mengajarkanku tentang Islam & Iman. Tempatkanlah mereka sebaik-baik tempat kembali di sisi mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rabbal'alamin. Ameeen ....



 

Rabu, 23 Disember 2015

Car Auction :: Pertama Kali Membeli Kereta Lelong

Ke lelongan kereta kali ni aku bersama my younger brother "Sadiq". Tujuan hanya untuk tengok2 kereta & ajar budak tu camne nk beli kereta lelong. Mmg blh buat duit sebenarnya klu rajin & ade sedikit capital at least 15k. Oklaa aku nk cerita sikit sejarah aku mula menceburkan diri dalam bidang lelongan kereta ni. Aku mula membuat bidaan pertama pada awal tahun 2004, masa tu aku masih menuntut di UiTM Shah Alam. Aku bersama seorang rakan pada mulanya hanya sekadar ingin mendapatkan feel tengok org bid kereta lelong. So kami pun pergi berdua je kt salah satu autioneer kereta yg dekat sungai sekamat Kajang. Sambil duk tengok org bid tu dalam hati rasa macam nk join jugak bid. Coz harga kereta mmg murah. Aku kan kepala bisness, asal tengok peluang yg bagus je terus nampak duit berkepok2 akan masuk poket. Walhal banyak benda lain lg yg perlu difikirkan. Dipendekkan cerita aku dengan tidak sengaja telah membuat bidaan untuk kereta kancil EX850 2001, harga sekitar 7k tp aku menang bidaan pd harga RM11,800. Kereta kancil tu telah ditukar enjin-nya kepada Enjin Daihatsu L2, siap dengan meter bagai. Mmgla ada kerosakan biasa spt tayar yg sudah rosak, masalah komponen enjin yg perlu diganti & sebagainya.

Walaubagaimanapun aku selalu bernasib baik kerana dlm keadaan yg serba tidak tahu tiba2 ada seorang "Abg" yg juga pembida kereta lelong disitu memberi sedikit panduan & tunjuk ajar kepadaku. Alhamdulillah dengan bantuan & maklumat yg diberikan kereta lelong pertama aku tu telah selamat dipakai selama 2 tahun lebih sepanjang pengajian di UiTM Shah Alam & telah dijual dengan harga RM16k pada tahun 2007. Selepas tu ade beberapa siri lelongan kereta lg berlaku. Hampir 8 buah kereta lelong telah berjaya aku beli & uruskan. Kereta kancil EX660 yg aku beli pada tahun 2006 telah aku gunakan sebagai kereta sewa kepada student2 UiTM masa tu. Sebulan pendapatan daripada hasil sewaan blh mencecah hampir RM2000. Alhamdulillah rezeki Allah itu di mana2 shj. Kereta tu pun aku jual pada tahun 2010 dengan harga RM9500.

Dalam banyak episod suka & bahagia tu, ada juga kisah2 duka yg mengiringi perjalanan pengurusan kereta lelong ni. Bila sesekali terkenangkan kisah2 itu fikiranku terpaut pada wajah2 insan mulia yg tidak pernah jemu mendidik & menyelesaikan segala masalahku sepanjang hidupnya. Aku dan arwah Umi serta Abi beberapa kali berulang alik ke JPJ Kota Bharu bagi membuat geran kereta & proses tukar nama. Juga beberapa kali ke JPJ Johor Bharu kerana geran kereta di sana. Seorang kawan yg baik & sudi membantu juga adalah tunjang utama kejayaan ku pada masa itu. Semua kepayahan itu telah aku lalui, membuatkan jiwa & mindaku telah lali menghadapi suka duka sebuah kehidupan. Bukan senang untuk senang, dan bukan susah utk susah.

Hidup perlukan seorang teman yg bersedia untuk menghadapi suka duka bersama, bukan hanya berdiri kaku & memandang sepi tanpa ape2 penyelesaian. Hidup akan terasa indahnya bila kekuatan mental itu dikongsi bersama. Kadang2 hanya dengan memberi beberapa maklumat & idea, walaupun idea yg diberikan itu tidaklah  sebernas mana, tetapi sudah cukup untuk memberi pintu kepada kekusutan sesuatu masalah. Rasa Kebersamaan dan saling mendokong itu amatlah penting bagi mencapai sesuatu hasrat & impian. Mudah2n dihadirkan disisiku insan hebat & mulia seperti mereka yang pernah hadir dalam hidupku suatu masa dahulu. Ameen. Salam Maulidur Rasul.