Memaparkan catatan dengan label Contoh Teladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contoh Teladan. Papar semua catatan

Khamis, 14 Julai 2016

Rainbow Paradise Hotel Tanjung Bungah


Dalam duk kalut nk check out dr pearl view, penginapan di area Batu Ferringghi atau Tanjung Bungah belum mendapat keputusan muktamat lagi. Faktor utama pemilihan bilik adalah di tepi pantai & mempunyai saiz swimming pool yg ok untuk si kecik bermain. Pada mulanya aku nak stay di Holiday Inn tapi hubby cakap jauh sangat bimbang jalan jam nnt, takkan lepas subuh dah nk turun katanya. Aiisshh banyak pulak syarat pakcik ni tau. Survey punye survey aku tengok Rainbow Paradise Hotel pun macam bagus. Harga pun bolehla, sedikit murah dari Holiday Inn. Nampaknya hubby mcm positive sikit dengan lokasi hotel ni. So tak payah banyak cerita kita booking terus. Main terjah aje. Tapi sebelum nk terjah tu aku dah khatam semua review hamba Allah yg pernah menginap di situ. Mmg tak sanggup nk hadap kisah seram lagik dah. 



Deruan angin pantai yg menyelinap di balik pepohon & tetiang membuatkan suasana petang di sini cukup mendamaikan.   


Setibanya kami di perkarangan Hotel, semuanya kelihatan bagus & mendamaikan. Dengan semua bilik partial sea view mmg membuatkan aku sedikit teruja & berlapang dada. Hari untuk relax & bersenang2. hihihihi... Nuha pula macam biasa, bila dah nampak pool yg bersimpang siur menjerit-jeritlah dia nk terjun. Opps..Ops.. nnt dulu, float tak pasang lagik jgn berani nk terjun. Tak sabar-sabar si kenit ni, tak padan dengan kecik tapi perasan dah besar... aiishh ... 




Dah tak sabar nk terjun la tu.. Nuha .. Nuha .. semoga zaman kanak2mu penuh makna anak-ku. Moga bila kau menjengah dewasa nnt, saat2 bersama ibu & Abi adalah sebuah kenangan paling indah dalam hiudpmu.   


Dalam jugak kolam ni 1.5m Rasa macam nk join Nuha terjun skali. 
bertabah jeklaa...


Ramai Foreigner stay kt Hotel ni, sepanjang beberapa hari kami melepak di sini hanya 1 pasangan melayu jek yg aku nampak, yg lain semua mat saleh & the geng.  Mungkin disebabkan bulan puasa kot tak ramai org stay kt Hotel.



 Habis jelajah kolam besar main kolam kecik pulak... As u wish je laa si kecik !


Kedudukan Hotel yang betul berada di persisiran pantai memudahkan pengunjung untuk duduk di bangku2 menikmati angin laut yg bertiup nyaman. 


Jauh-nya pakcik baju oren mengelamun. Fikir ape tu pakcik, jangan duk merenung semek saleh yg berpakaian tak cukup kain tu udah la yea.. 
Kurang pahala puasa nnt.



Tak cukup dengan mandi kolam nak main pasir pulak, mainlah budak kecik, nikmatilah zaman kanak2-mu itu. Ibu pun nk duk mengelamun sat, semua org duk layan mood masing2...



Pantai yg bersih dengan pemandangan persisir pantai yg cantik...



Bersih & kemas jek... cume semak dengan manusia yg kurang berpakaian sempurna. Nak buat camne dah tempat2 camni, ramailah warga asing yg berjemur mcm ikan masin...

 Lama tak amik gambar berdua, kasi UP skali.. hihihi sekadar kenang-kenangan di hari tua nnt...






Nuha Safiya mula kelihatan seperti anak india. Kesian kakak dahla tak berapa nk cerah, main pantai +  berendam dalam kolam bertambah2lah kurang cerahnya itu... Next time nk main pantai suh abi bli sunblock dulu yea. Itulah aktiviti sepetang di Rainbow Paradise, dah nk jam 3.30 ptg kitorang pun beransur naik ke bilik & berehat sebentar. 



No bilik Kami 1601 


Saiz bilik yang agak luas & sangat selesa untuk kami 3 beranak. Cuma katil jek kurang selesa. Spring dah sagging, agak sedikit tenggelam klu tidur di tengah2. Aku siap panggil housekeeping tukar tilam lagik.. hihihihi.. sakit belakang lorr tidur tilam tenggelam camtu ... :)




Lebih kurang jam 5 ptg kami bersiap2 untuk ke Restaurant Nasi Beriyani Hameediyah di Lebuh Campbell tu. After that kitorang singgah ke Tesco yg berdekatan Hotel belikan KFC untuk si kecik. Sambil tu sempat lagik borong air minuman & sedikit makanan untuk bersahur esok  pagi. Walaupun kami mmg mendapat kupon breakfast aka sahur tp seperti biasa aku lebih senang makan kurma & minum susu di bilik shj. Hubby jek la yg akan turun untuk makan sahur. 
Untuk hari2 yg seterusnya, seperti biasa hubby pagi2 lagi dah ke Kem Butterworth & kami 2 beranak duduk di bilik & kadang2 turun temankan si kecik Nuha mandi laut atau swimming. Kepala terasa ringan & aman. Indahnya hidup bile dunia bukanlah perkara utama yg perlu difikirkan. Hidup dengan tenang tanpa sebarang tekanan. Tetapi sampai bila ? Mungkin Allah jua lah yang Maha Mengetahui perjalanan hidup hamba-NYA ini.



Duduk di beranda sambil melampar pemandangan nun jauh ke ufuk alam...



Pada suatu petang ketika aku temankan Nuha bermain kolam, aku di sapa oleh seorang warga Switzerland namanya Solomi. Kami berbual2 panjang. Dia bersama baby lelaki (2++ yrs) & suaminya telah menjelajah hampir setahun ke seluruh negara di Asia. Hameekkk kau ! Target 18 bulan melancong pusing keliling ke negara2 Asia. Katanya Dia masih mempunyai masa lebih kurang 6 bulan untuk menjelajah Malaysia & Thailand sebelum kembali ke Swiss. 

Aku bertanya bagaimana dia mengumpal wang yg banyak untuk mengembara berbulan2. Katanya Ibu mertua-nya meninggal setahun yg lalu & suaminya adalah anak tunggal, maka segala harta menjadi hakmilik suaminya, Oleh itu dana 50k Euro digunakan untuk mengembara bagi tempoh 18 bulan. Iaitu peruntukan lebih kurang RM12,000/month. Dia duduk di Hotel tu untuk tempoh 2 bulan. Bulan depan dia akan ke Kuala Lumpur pula katanye. Dahsyat betul diorang ni, mengembara makan tahun. 

Banyak benda yg dapat aku kongsikan dengan Solomi hari tu. Dia banyak kondem org islam yg katanye suka berperang & tidak cintakan kedamaian. Ramai pendatang asing yg menetap di Europe kebanyakkan-nya datang dari negara2 bergolak seperti Syria, Jordan, Bosnia & Palestin. Kelihatan dari tutur bicaranya dia kurang memahami Islam di samping dia meletakkan satu tanggapan yg kurang baik terhadap Islam. 

Aku sedaya mungkin untuk mengubah tanggapan negative Solomi terhadap islam dengan memberikan beberapa contoh yg mudah untuk dia fahami. Alhamdulillah dia kelihatan begitu berminat dengan jalan penceritaan aku. Dengan berbekalkan sedikit ilmu sejarah islam di Portugal, Perancis, Spain & juga di Germany dia sedikit faham hakikat Islam yg sebenarnya. Apabila aku cuba kaitkan pula sejarah Kristian vs Islam Solomi kelihatan mula berminat secara total untuk mendengar penjelasan-ku tentang Islam selanjutnya. Aku dapat mengagak bahawa Solomi adalah seorang penganut Kristian yg tegar (Kuat Beribadat). Tetapi sayangnya dia tidak tahu yg penganut Islam juga menyanjungi Nabi Isa (Yesus) tetapi dengan cara pemahaman yg berbeza dengan mereka. Hampir 3 jam juga aku duduk berbual dengan Solomi. Dia juga terkejut apabila aku menafsirkan maksud namanya Solomi = Peace = Salam in Islam. 

Dengan mewujudkan suasana perbincangan yg lebih ikhlas & tidak menyanggah mana2 kepercayaan mereka, ia menjadi sebuah perbincangan ilmiah yg sangat indah. Mudah2n Solomi dapat melihat Islam dengan cara yg berbeza. Hidayah itu dari Allah, kita hanya menyampaikan... Moga bermanfaat untuk-nya.. InsyaAllah.










Isnin, 6 Jun 2016

Ramadhan Kareem :: Ingatan-ku di Bulan Ramadhan !

Selamat menyambut 1 Ramadhan kepada semua insan di mukabumi Allah ini. Ramadhan membawa barakah kepada seluruh alam bukan hanya kepada umat islam tetapi kepada semua makhluk di bumi ini. Maka marilah kita sama-sama bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia ini.


Bila Ramadhan tiba hati teringatkan arwah Umi & Abi yg telah pergi kehadrat Ilahi. Arwah umi telah pergi pada 07 Oktober 2009 (bersamaan 16 syawal), manakala selepas 6 tahun berlalu arwah Abi pula menyusul pada 29 April 2015 yg lalu. Masih terngiang di telingaku ini, saat abi meniti hari2 terakhir dalam hidupnya Abi kerap kali bertanya "berapa lama lagi nk puasa ni ?" dia seolah2 sangat berhajat sekiranya Ramadhan sempat di temui pada tahun itu. Tetapi kehendak Allah lebih mendahului. Sebulan lebih sebelum kedatangan Ramadhan Abi telah kembali kepada Tuhan pencipta alam. Bertapa aku sangat terkesan dengan ketiadaan kedua ibu bapa yg aku kasihi pada usia yg agak muda. Bertapa hidup ini terasa teramat sunyi & kosong tanpa mereka. Walaupun aku sudah mempunyai keluarga, aku sudah punyai anak, aku juga punyai seorang suami yg baik & sentiasa sabar melayan kerenahKU tetapi hati tetap merindui telinga seorang ibu untuk ku-ceritakan segala jerih perih hidup yg aku lalui, hati tetap rindukan raut wajah seorang ayah bila mana setiap kali melihat-ku pulang ke kampung. 

Pada Ramadhan sebelumnya ketika aku & keluarga dalam perjalanan  pulang ke kampung untuk menyambut 1 syawal. Pada Ramadhan terakhir itu, Arwah abi menunggu kepulangan-ku di beranda sehingga senja, beberapa kali dia bertanya kepada adik-ku, pukul berapa aku akan sampai. Cerita itu membuatkan aku semakin sedar, walau kekadang sifat ayah yg kelihatan hanya bersahaja melihat anaknya pulang, tetapi jauh di sudut hati, mereka sangat bahagia menanti kepulangan anak yg di kasihi. Wahai anak2 yg masih punyai ibu & ayah, pulanglah bertemu mereka, bahagiakanlah mereka seperti mana kau ingin membahagiakan anak2-mu. Kerana hidup ini tiada maknanya tanpa kedua umi & abi.

Terimbau ingatanku setahun yang lalu, Ketika arwah Abi sedang tenat melawan cancer paru-paru tahap 4, Tahap 4, yer aku tekankan sekali lagi cancer Tahap 4 hanya menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya. Tetapi Aku pada ketika itu terpaksa ke Jepun kerana beberapa bulan sebelum itu, aku telah menempah tiket penerbangan untuk bercuti ke Jepun, Abi juga telah maklum tentang percutianku itu. Tetapi tiada pula suara2 sumbang yg kedengaran lantaran pergi bercuti saat abi sedang bertarung antara hidup & mati. Jika tika itu abi menyuruh aku tidak pergi ke Jepun, Nescaya akan aku canclekan semua tiket penerbangan & hotel. Tetapi aku pegi juga kerana Abi menyuruh aku pergi.

Mungkin naluri seorang ayah dapat meneka kegundahan hati anak kesayangannya, Tiba2 saja arwah abi menelefonku pada petang itu, ketika itu aku dalam perjalanan pulang dari kerja, dia bertanya bila aku akan berangkat ke Jepun dan berapa lama ? lantas arwah abi berpesan supaya aku tidak membatalkan tiket penerbangan itu. Tidak perlu risau tentang-nya, katanya, "Kite duduk kt mana2 pun di muka bumi ni, kite boleh berdoa kan, klu Allah nak amik nyawa Abi, mung duduk sebeloh pun abi mati jugok, Tiket beli semua doh kan, pergilah, Klu mg dok g Jepun tu sebab abi, Mintok maaf banyak, mung jangan balik jumpe abi, ramai doh org tunggu Abi ni, Umi pun ada sokmo sebeloh ni (umi : merujuk kepada mak tiri aku) Jadi mg dok soh nk susoh hatilaa" Aku hanya diam mendengar dengan teliti kata-kata abi ketika tu, tanpa aku sedar satu persatu air mataku menitis laju di pipi. Bertapa kasihnya seorang ayah yg sentiasa ingin membahagiakan anaknya. Tidak pernah sekalipun abi merungut mahupun bersikap kurang senang jika aku jarang2 sekali menjenguknya kerana dia tahu yg anaknya ini mempunyai tugas & beban kerja ketika itu, & yang lebih dari itu dia tidak ingin meletakkan anaknya ini dalam dilemma kehidupan semata-mata demi memuaskan tuntutan naluri-nya. Dia sering menipu untuk membuatkan aku merasa sedikit aman, walau hakikatnya dia sangat inginkan aku menguruskan dia di saat2 akhir kehidupannya. Sebuah pengorbanan yang tidak terbayar walau seisi dunia.

Aku anak kesayangannya, anak perempuan tunggal yg sangat rapat dengannya, Aku lebih rapat dengan arwah abi berbanding umi. Apa sahaja yg aku minta pasti sedaya mungkin ditunaikan-nya. Tetapi bile aku sudah berumah tangga, Arwah abi selalu berpesan "Nk buat ape2 mintok izin suami dulu, nak beli ape2 tanya suami dulu, jgn buat macam kite zaman bujang dulu, ikut suke nk g mana, ikut suka nk beli ape, kene hormat ke tok laki macam kite hormat ke mok ayoh kite"

Sikap Umi & Abi seperti sama sahaja. Tidak pernah mereka memaksa atau jauh sekali meletakkan aku dalam dilema memikirkan antara diri sendiri & mereka. Klu aku bagitahu mereka yang aku ingin  pulang kampung, arwah abi lah yg terlebih dahulu membebel di telefon "Nok balik wat menda lg, raya haritu kan balik doh, nak balik naik kereta tu bukan isi air, klu mg ade kerje nk balik xpela, klu kata nak balik sebab nk mari tengok umi ke, nk tengok abi ke, dok payoh balik acap kali sangatlah..." itulah yg seringkali abi katakan setiap kali jika aku ingin pulang ke kampung. Mereka sangat menyayangi anaknya tetapi dalam masa yang sama mereka sentiasa ingin menjaga kerukunan rumah tangga kami, bimbang jika suamiku terasa terbeban melayan kerenah isteri yg sentiasa ingin pulang ke kampung untuk bertemu umi & abi, sampai begitu sekali mereka menjaga-ku. Sebuah kehilangan yang tidak dapat aku ungkapkan, Yang pasti hari2 yg aku lalui hanya semata2 demi seorang anak yg aku doakan semoga menjadi manusia yg berguna. Secara peribadi, hidup-ku kini terasa kosong, sebuah kekosongan yg tidak dapat di penuhi. 

Apepun semuanya telah berlalu pergi, kini aku lalui hidup tanpa mereka lagi. Aku hairan melihat gelagat manusia yg tanpa segan silu membuat pelbagai kenyataan, memaksa untuk di fahami tetapi tidak pernah sedikit pun ingin memahami. Aku janggal hidup dalam lingkungan org2 yg sangat mementingkan diri sendiri. Aku telah  terbiasa di didik untuk memikirkan org lain mendahului diriku sendiri, tetapi kadang2 aku sedar sikap yg di pupuk arwah umi & Abi tu sangat berat untuk aku contohi. Hidup dalam sebuah masyarakat yg sngt pentingkan diri sendiri membuatkan kesabaranku semakin hilang & terhakis. Aku tidak mampu menjadi sekuat arwah umi & abi. Maafkan anakanda-mu ini kerana terlalu dhaif dalam meniti hidup yg penuh kerakusan.

Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan mengembirakan Umi & abi di alam sana. Semoga Allah merahmati segala susah payah Umi & Abi selama mendidik kami. Ya Allah rahmatilah mereka berdua & kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecil-ku hingga aku menjelang dewasa. Ampunilah mereka ya Allah, jangan kerana keburukan sikap & akhlak-ku engkau menyiksa mereka, Sesungguhnya mereka adalah insan terbaik yg banyak mengajarkanku tentang Islam & Iman. Tempatkanlah mereka sebaik-baik tempat kembali di sisi mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rabbal'alamin. Ameeen ....



 

Rabu, 25 Mei 2016

Zikir Harian :: Imam Al-Ghazali

Bacaan zikir amalan imam Al-Ghazali ini bukanlah sesuatu yg wajib jumlahnya 1000, tetapi ia adalah amalan seorang ulama' besar. Walaupun tiada hadith nabi secara terang menyatakan haruslah kite berzikir sebanyak sekian & sekian pada hari sekian & sekian. Tetapi tidaklah menjadi perkara yg Bidaah sekiranya kite ingin mengamalkan perkara yg baik selagi ia tidak bertentangan dgn hukum hakam agama. 

Jika perbuatan berzikir 1000 kali sehari itu di katakan bidaah kerana terdapat penetapan bilangan padanya, ia bukanlah paksaan, itu hanyalah amalan seorang ulama' besar, mungkin jika kite boleh berzikir lebih dari itu, ataupun cukup sekadar 500 sahaja atau ikut suka sendiri berapa saja bila ngan yang Di ingini. Maka tidak menjadi masalah kerana ia bukan perkara yang wajib bagi kita. Ia hanyalah susunan amalan seorang alim. 

PEMBAHAGIAN BID`AH 

Bid`ah terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Bid`ah Dhalalah. Disebutkan juga Bid`ah Sayyi-ah atau Sunnah Sayyiah. Iaitu perkara baru yang menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah.


Kedua: Bid`ah Huda atau disebutkan juga Bid`ah Hasanah atau Sunnah Hasanah. Iaitu perkara baru yang sesuai dan selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Jika masih ada juga yang mengatakan ia Bidaah, bagaimana pula dgn pemakaian harian kita. Cthnya Nabi SAW tidak memakai Songkok. Adakah ia bidaah ? Nabi sepanjang masa memakai serban. Nabi juga tidak memakai baju melayu & seluar panjang, adakah ia bidaah. Walaupun tujuan untuk menutup aurat kita seharusnya mengikut cara Rasulullah SAW berpakaian ketika solat & sebagainya. Adakah benar pemikiran seperti itu ? Nyatalah tidak tepat sama sekali. Selagi ia tidak melanggar mana2 perkara agama, Kerana hukum asal setiap perbuatan itu adalah "HARUS" selagi mana ia tidak bercanggah dengan Agama. 





Hari Jumaat

YA ALLAH (1000 Kali) 
Fadilatnya : Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah 


Hari Sabtu

LAA ILA HA ILLALLAH (1000 Kali) 
Fadilatnya : Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan kepada hamba yang memujinya

Hari Ahad 

YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM (1000 Kali) 
Fadilatnya : Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia semasa hidup kita


Hari Isnin

LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM (1000 Kali) Fadilatnya: Setiap bacaan, Allah memberi ganjaran pahala sebesar Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepada hambanya serta menghindarkan sifat2 mazmumah dalam diri kita   


Hari Selasa


ALLAH HUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LAA AALII MUHAMMAD (1000 Kali) Fadilatnya: Setiap satu kali bacaan, mendapat rahmat Allah dan Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun serta mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat 



Hari Rabu

AS TARG FIRULLAH HAL A’ZIM (1000 Kali) 
Fadilatnya : Setiap kali di baca zikir di atas, Allah akan menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan kepada hambaNya


Hari Khamis

SUBHA NALLAH HIL A’ZIMI WA BI HAMDIH (1000 Kali) 
Fadilatnya : Setiap satu kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga


Jika hari2 kita boleh membaca surat khabar & menonton berita, adakah kita tidak punya masa untuk berzikir kepada Allah yg telah memberi kita penglihatan & mengurniakan kita masa yg panjang. Tidakkah kite berasa malu dengan tidak sedikitpun memperuntukkan masa itu untuk Tuhan yg telah memberi Masa itu untuk kita. 

 Fikir2kan & selamat beramal. Mudah2n Hiudp kita di berkati.

Selasa, 5 April 2016

Nuha Dah Besar !

"Ibu... Ibu... Nuha da besar kan ? 
"Ibu... ibu.. Nuhaa da empat tahun kan ? (sambil menunjukkan tangan dengan 5 jari hihihihi... :))

"Yer, Nuha dah besar, budak besar kene behave, kene dengar kate ibu, kene sembahyang, kene selalu mengaji Quran tau.. "

Sejak da masuk usia 4 tahun ni, Nuha Safiya sudah nampak sedikit perubahan. Banyak perkara yg aku cuba sampaikan masa dia umur 2 to 3 tahun sudah dapat dilakukan dengan sedikit baik. Mmg benarlah kata org tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya, klu dah jadi buluh tu sendiri faham jela. Anak2 melihat & mendengar ape yang sering di ulang2 kepadanya. Oleh itu aku sedaya upaya cuba untuk memaksimakan seberapa banyak pesanan mudah2n lekat di minda & di hati dia sehinggalah ke usia tua. Seperti mana arwah umi selalu memberikan pesanan kepada aku sejak aku kecil lagi. Pesanan menjaga kebersihan rumah & diri. Pesanan menjaga maruah & tatasusila seorang wanita. Pesanan supaya beradap dengan org yg lebih tua & sebagainya. Alhamdulillah segala pesanan itu semakin kukuh di dalam dada walaupun arwah umi telah tiada.

Antara perkara yg selalu aku pesan & latih Nuha sejak dia umur 2 ialah :-

1. Sudah makan pinggan masukkan dalam sinki
2. Saki baki makanan yg tak habis di makan buang dulu dalam bakul sampah baru pinggan dimasukkan ke dlm sink
3. Buang plastik / sampah ke dalam bakul sampah.
4. Baju kotor masukkan ke dalam washer machine
5. Towel mesti di sangkut selepas di gunakan
6. Basuh tangan sebelum makan
7. Cuci berus gigi selepas guna
8. Baca doa makan sebelum makan / minum
9. Baca doa tido sebelum tido
10. Salam & cium ibu & abi sebelum tido
11. Klu buat salah kene minta maaf
12. Perlahankan HP bile tengok Ibu / abi sembahyang / mengaji alquran
13. Selalu share makanan dengan ibu & abi
14. Ambil Makanan satu - satu jgn tamak
15. Makan hanya di meja makan shj
16. Klu ke Maidin / Mall hanya boleh beli 1 barang shj. klu sudah amik coklat tak boleh nk amik vitagen lg. 
17. Simpan buku & barang mainan elok2 selepas guna (yang ni banyak kali nk kene pesan)
18. Sudah tido kene kemas katil & susun segala bear dengan elok2.
19. Cakap elok2 & perlahankan suara xperlu jerit2 atau cakap kuat2
20. Baca doa masuk tandas & pakai selipar tandas
21. Cuci / lap jika buat kotor / tumpahkan air di carpet / di lantai 
22. Malu jika x pakai baju or seluar
23. Ucap terima kasih apa bila di beri sesuatu.
24. Meminta Izin untuk mengambil barang Ibu / Abi
25. Memberi salam & mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik ibu & Abi
26. Memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah
27. Susun kasut & selipar selepas guna.   

Itu adalah beberapa pesanan yang selalu aku ulang & ulang kepada anakanda kesayangan sejak umur dia 2 tahun lagik. Aku cuba latih dia buat sendiri setakat yg dia mampu dan aku akan bantu untuk menyempurnakan setiap perkara tu supaya dia nampak ape yg sepatutnya dia buat.

Nuha Safiya seorang budak yg bijak & sangat peka, sering kali aku terlupa di mana aku meletakkan barang2 seperti kunci kereta ataupun HP, maka dialah yg selalu membantu aku mencari barang2 sehingga jumpe. Aku juga sering lupe kt mana aku parking kereta. Tapi jika dia ada, dialah yg selalu menunjukkan tempat letak kereta. Kadang2 aku sendiri kagum dengan dia, walaupun masih kecil pada pandangan mata aku, sebenarnya dia sudah banyak belajar & memerhati sesuatu dengan mendalam. 

Alhamdulillah aku sangat berharap Nuha Safiya menjadi seorang budak yang baik & berjaya dunia & akhirat. Ibu selalu doakan yg terbaik untuk anak Ibu. Mudah2n Allah memakbulkan segalanya. Ameen ya Rabb.