Memaparkan catatan dengan label Mimpi Ngeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mimpi Ngeri. Papar semua catatan

Khamis, 14 Julai 2016

Hotel ke Rumah Hantu Ni ?

Ada Apa Dengan Penang ..?

Asyik2 kami ke Penang, addoiiii tak ade tempat lain ke hubby nak outstation ni ? Dah bosan kot, asyik ke Penang je. Untuk trip kali ni tak nak stay kat The Light Hotel coz nak cari environment lain pulak huhuhu, skali skala tukar angin, walaupun The Light is always the best sebenarnya. 

Mungkin kami akan stay di area Batu Ferringhi or Tanjung Bungah pulak. Walaupun agak jauh untuk hubby, tapi pandai2la hubby keluar awal sikit nanti untuk ke kelas di Kem Butterworth. Ala2 kejam skit kali ni hihihi... 

Pergerakan kami dari Kajang ke Penang agak lewat petang, sebab tengah duk fikir nak gerak harini atau esok pagi. Tapi akhirnya gerak harini juga, sebab hubby tak nak nanti kelam kabut pagi2. OK yunk as you wish. Jom gerak. 

  
Menu berbuka puasa untuk kami yang bermusafir ke Penang. Kami berbuka puasa di R&R gopeng, nasi arab tu kami tapau di Arabian House Seksyen 7 Bangi... Antara kedai favourite nasi arab aku... :)


Berbuka & bersolat di RTC Gopeng sebelum meneruskan perjalanan kami. Macam2 ada di RTC ni, selesa & sangat mesra pengguna.


Nuha Safiya melepaskan hajat dari mula sampai dah nak main, asyik nak bermain je kerja dia. 

Memandangkan Kami ke Penang agak lama lebih kurang 5D4N. Maka pada malam pertama tu kami stay di Pearl View Hotel sekitar Seberang Jaya. Itupun sebab kami sampai dah lewat malam sekitar jam 11pm. Kalau ikut rancangan awal, kami terus ke Hotel sekitar Tanjung Bungah or Batu Ferringhi tapi sebab dah lewat sangat sampai, macam membazir pula bayar mahal2 sekadar untuk stay beberapa jam jek. So kitorang decide lepak kat Pearl View Hotel dulu malam tu, esok baru gerak ke area pulau.


Harga untuk buffet berbuka puasa RM63 untuk adult. entah ada sijil halal ke tidak hotel ni. Wallahualam... 

Suasana dalam bilik, abaikan segala benda yg berselerak tu, bantal tido wajib using kalau ke mana2, selagi boleh angkut kite angkut. Huhuhuhu. 


Sebenarnya ini adalah 1st time kami stay di hotel ni. So meh sini baca review aku untuk hotel ni. Ini adalah cerita benar. Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. 

Pertama kali kami tiba untuk check in, secara peribadi suasana hotel ni memang agak menyeramkan. Jalan untuk masuk ke bilik dari tempat parking kereta sikit punyalah jauh, berpusing-pusing jugakl kami anak beranak cari jalan, macam main treasure hunt pulak. Aku just follow hubby masuk pintu keluar pintu, bilik pun tak nampak rupa lagik, dalam hati dah membebel sendiri dah, tapi diam2 sendiri sudah, coz aku juga yang book hotel ni. Kang banyak cakap, ada kena tiaw dengan pakcik hubby tak pasal2

Dengan hanya bertemankan lampu kuning yg suram di segenap laluan jalan menuju ke bilik membuatkan bulu roma aku semakin meremang. Di tambah pula dengan dekorasi hotel yang penuh dengan patung2 binatang kiri & kanan, suasana pula sunyi sepi, seolah-olah kitorang sahaja yg menginap di level tu. Bilik sikit punya banyak, tapi macam takde guest pun, sunyi sepi je. Laluan koridor bilik pun sempit. Akhirnya kami sampai ke bilik. Kecik je pun biliknya, ala2 hotel bajet. Dalam gambar nampak macam luas. Tipah tertipu lagi kalini. Nasib baik semalam je menginap kat sini. 

Pagi2 lagi hubby sudah ke Kem Butterworth.  Lepas sahur & solat subuh kami 2 beranak sambung lena lagi. Qada' tidur semalam. Lebih kurang kul 10 pagi baru kami turun ke bawah untuk temankan Nuha breakfast. 

Walaupun dah siang, tapi suasana kat korridor tu agak suram. Mungkin kurang pencahayaan. Siap tersesat lagi untuk turun breakfast. Berpusing pusing kami cari jalan ke lift untuk turun. Ya Allah apa teruk sangat hotel ni, after dah jumpa lift, lift pulak buat hal sangkut tak nak bergerak, bertambah bingung aku di buatnya, keluar masuk 2, 3 kali cari staf hotel kot2 ade area situ, satu kelibat manusia pun tak nampak. Akhirnya aku buat call ke reception menggunakan telefon yg tersangkut di dinding Hotel. Cerita berjela pun tak guna, dia suruh kitorang tunggu je kat level tu, nanti ada staf datang guide katanya. 

Akhirnya kami di selamatkan oleh cleaner yg kebetulan ada di situ, Dah mcm dalam filem seram kot. Hotel ke Rumah hantu ni ? After dah siap kasi Nuha makan, maka kami pun naik ke bilik kembali. Nuha ajelah yang makan, aku sah2lah puasa. Tempat breakfast dengan bilik Hotel sikit punya jauh, kena keluar ke bawah dan masuk blok lain pula. Teruk betul arrangement bilik & facility. 

Sesampai di bilik aku terus call hubby mintak balik cepat sikit, dah tak tahan kot duk bertapa kat rumah hantu ni. Boleh pulak hubby gelak bila aku cerita pengalaman ngeri kami tadi kat dia. Rupa2nya hubby pun alami nasib yang sama semasa nak turun sahur tadi pagi. Aku tak turun sahur, cuma makan kurma & segelas air jek di bilik. Adooii pengalaman ngeri betul laa. Memang tobaaatt lahum aku tak akan stay lagi hotel ni. Macam tempat ape jek ! haaiiishh silap betul tak baca review dulu sebelum booking hotel ni. Nasib baik book untuk 1 malam jek. Kalau tak, confirm demam kura aku dibuatnya. Apepun aku masih terfikir, Untuk ape diorang buat bilik2 yang banyak tapi takde guest sangat pun. Ke ada aktiviti yang tak sepatutnya dijalankan di situ. Hmm masih tertanya-tanya..... ?????.... 

Lebih kurang jam 1200 tgh hari kami dah check out dari hotel tu dan terus menuju ke Tanjung Bungah iaitu Hotel yang sepatutnya kami stay dari semalam. Alhamdulillah selesai sudah sebuah pengalaman ngeri lagi menyeramkan di Hotel Pearl View. 1st & last aku stay kt situ, mintak sisih 7 keturunan tinggal kt situ lagik. 





    

Rabu, 5 Mac 2014

Di Hempap Syiling Kapur Ketika Tidur

Seperti biasa tepat jam 10.30 malam kitorang sekeluarga akan bersiap untuk tidur. Selalunya aku akan lena pada jam 11.30pm & ke atas. Nuha pulak cepat pulak tidurnya pada malam itu.  My hubby pun sama. Kalau dah letak kepala & tutup lampu tak sampai 20 minit berdengkur la dia. Aku plak mmg jenis payah nk lelap. Macam-macam benda bermain dalam kepala. Tapi berlainan pula pada malam kejadian..  After letak je kepala sekejap, entah bila pun aku tak sedar yang aku telah hanyut di alam mimpi.
 
 
 
 
Tepat jam 1.30am tiba-tiba bunyi Berdegang !! Auch terasa amat sakit di bahagian mulut. Hubby turut  terperanjat. Bingkas dia bangun & bukak-kan lampu. Apa yang berlaku ..??? Dalam terpinga-pinga kitorang sangat terkejut. Cornice di bahagian kepala katil telah jatuh menghempap kepala hubby. Nasib baik Nuha tidak ape-ape. Alhamdulillah Allah selamatkan adik dari sebarang kecederaan terkena cornice. Lena-nya Nuha tidur hingga tidak sedikit pun dia terganggu dengan bunyi tu... 
  
 
 
 
Dalam keadaan yang agak pening & masih terkejut, aku & hubby bersihkan serpihan cornice yang berteraburan di atas katil. Aku masih mencari-cari sebab mengapa cornice tu boleh jatuh. Adakah sesiapa ada di atas bumbung rumah & menyebabkan tekanan pada syiling..?? Sejak akhir2 ni banyak kejadian pecah rumah di kawasan kejiranan aku ni. Walaupun ada pengawal keselamatan tapi entah macamne diorang masih boleh menerobos masuk ke kawasan perumahan & memecah masuk ke dalam rumah.
 
After dah siap2 bersihkan sisa-sisa kapur & habuk di lantai aku mintak hubby turun ke bawah untuk usha keadaan. Rasa takut begitu kuat mencengkam dada. Dalam pada itu aku jugak tidak lupa memanjatkan syukur kepada Allah kerana tiada kecederaan teruk yang di alami. Aku hanya terkene sedikit torehan di bibir. Hubby pula berjalur di tepi kepala. Nasib baik cornice tu tidak jatuh menjunam ke atas muka, jika tidak nauzubillah. Mungkin berkat aku selalu menmaca  doa tidur & surah 3 KUL serta menghembus kiri & kanan sebelum tidur.
 
Sesekali terdetik juga, Syukur ajal-ku masih panjang. Di tempat tidur di rumah sendiri pun belum tentu kite selamat. Malang datang tidak berbau. Di mana-mana sahaja bala bencana ada. Samada kite bernasib baik atau tidak itu semua di atas kehendak Allah. Allahuakhbar... !!!
 
 
 



Selasa, 12 November 2013

Anak Mimpi Ngeri, Ibu Yang Xleh Tido !

Pening  lalat aku di buatnya. Asal tengah malam dia tersentak & menangis. Ya Allah apsal ni, asyik mimpi ngeri je adik sejak akhir2 ni. Syaitan apekah yg suka kacau my little princess ni. Tolonglah aku nk tido pun x aman. Aku la yg akan terjaga bile my baby menangis or bangun dengan tiba-tiba di tengah malam. Kaum Adam yg sebelah tu mmg tido mati, jangan haraplah nk bangun. Klu BoOm xmeletup kt telinga dia mmg xde makna-nya dia nk bangun. Sabo ajelah labu.
 
Semalam adik mimpi ngeri lagi, bukan sekali tp berkali2., Siap mata membulat seperti sedang perhatikan sesuatu, pastu siap tunjuk lg, Adusss parah camni. Last2 aku yg xleh nk lelap sampai ke Subuh. Kepala rasa berdenyut gile, camne nk g kerja ni, boleh tertido tengah jalan sat g. Hmm tengok jam dah 7.30 pagi. Mata mmg xleh nk bukak, dah la pagi tu ada Meeting jam 9 di MINDEF, tp kepala aku tersangat-lah berat. Macam ada batu 10kg kt kepala ni. Last2 aku terlena tanpa sedar. Bukak balik mata jam dah menunjukkan kul 9 pg. Nampaknya sakit kepala aku masih belum hilang. Terpaksa amik MC ni. Mmg xleh nk perform camni.
 
Pakcik dah selamat ke tempat kerja seawal jam 7.15 pagi lagi dah. Dia beselah.. tang kerja mmg no. 1. So dengan jaya-nya aku amik MC juga. Sumpah xlarat & segala urat sarat di kepala terasa nk pecah. Agaknya bercampur migrane skali kot. Si kecik kul 10 baru bangun. Walaupun terasa sedikit bersalah coz xdapat attend meeting last minute tp apekan daya. Harap semua ok2 belaka.
 
Lepas ni nk kene panggil org bacakan ayat2 penghalau Jin & Syaitan kt umah nampaknya. Mungkin diorang masih ada & berkeliaran kt umah aku ni. Letihla klu asyik xleh nk lelap selalu. Satu kerja pun xleh nk buat bile sakit kepala datang melanda.