Memaparkan catatan dengan label Ibu & Abi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibu & Abi. Papar semua catatan

Isnin, 16 Disember 2019

3rd born :: Part 2 :: Khalifah Kecil Yang Dinanti 💖

Bersambung...


Pada tarikh 17 November 19, lebih kurang jam 9 malam aku mengalami contraction yang agak kuat, berselimut habis seluruh badan dibuatnya. Walaupun contraction agak kuat tapi aturannya tak sekata, jadi aku tak nak ke hospital lagi, kalau belum betul2 keluar tanda nak bersalin memang buat penat je menunggu kat bilik rawatan tu. Tahan sakit kat rumah jela dulu, selalunya kalau sakit tak sekata ni, nanti dalam 2 - 3 jam camtu hilanglah. Tapi kali ni, Tunggu punya tunggu sampai ke pagi juga sakit tu melanda tak hilang cumanya rasa sakit tu sedikit berkurang. 

Malam tu, aku dah call my little brother Sadiq yang study kat UKM untuk datang tidur kat rumah, bimbang juga Jika air ketuban pecah awal2 pagi, sekurang2nya boleh la dia tengok2kan Budak2 ni kat rumah sementara hubby hantarkan aku ke hospital. Opah pun dah pesan, budak2 tu hantar jela kat rumah dia kalau nak pergi hospital, tapi aku malas nak hantar diorang rumah Opah, biar jela diorang duk rumah, lagipun bukan dekat2 juga nak pergi ke Pelangi Semenyih 2 pastu nak patah balik ke Putrajaya pulak, silap hari bulan boleh terberanak dalam kereta nanti. So pilihan terbaik minta paksu diorang je yang jaga sekejap. Seboleh2nya aku tak nak menyusahkan sesiapa. That's my attitude, mungkin terikut2 perangai arwah ummi. Selagi boleh tanggung sendiri, diam2 sendiri sudah. 

Lepas subuh tu, sakit dah semakin berkurang, aku terpaksa solat Subuh di kerusi kerana keadaan kaki yang semakin membengkak, dah macam kaki gergasi aku rasa, nak angkat pun rasa berat semacam. Banyak pulak sakit yang datang untuk pregnancy kali ke 3 ni. Dulu tak pernah2 pun aku mengalami bengkak kaki seteruk ni, walhal masa tu aku berkerja, lagi banyak bergerak ke sana ke mari & panjat tangga bertingkat2 untuk building inspection. Sekarang duk rumah je pun, mungkin faktor usia yang semakin meningkat agaknya. Aduhaai dah semakin tua rupanya. Betullah kata orang, lain anak, lain ragamnya, makin tua makin banyak risiko nak mengandung. Moga Anak2 ibu menjadi penyejuk mata & penenang hati ibu ye. Amin.

Pagi2, kat rumah ni mesti ada sarapan, paling simple pun roti & telur goreng atau Telur separuh masak, tapi aku da tak larat nak prepare-kan sarapan, jadi aku minta hubby belikan roti canai kat luar je. Kebetulan haritu, semua kedai roti canai yang biasa kitorang makan tutup pulak, sian hubby, sampai ke Jenderam Hilir dia pusing cari kedai roti canai. Nasib baik ada kedai yang bukak, sempatlah aku bantai 2 roti canai kosong & separuh roti telur. Walaupun aku tau berat baby  semakin bertambah tapi nafsu makan tetap maintain... Hihihi

Tak lama lepas makan tu, contraction datang lagi, Oleh kerana sakit sudah berlarutan dari semalam jadi hubby cakap better-lah ke hospital terus. Jadi kami bersiap2 pagi tu untuk ke HPJ. Sebaik masuk ke bilik rawatan, aku di minta untuk berbaring di bed untuk cex jantung baby & tekanan darah. 


Alhamdulillah jantung baby ok, cuma tekanan darah aku agak tinggi sampai 150, tak pernah2 tekanan darah aku naik setinggi tu, Nurse ingatkan aku ada darah tinggi sebelum ni, bila dia cek buku merah OK je katanya. Mungkin sebab aku sakit dari semalam & tak cukup tidur menjadi punca tekanan darah naik mendadak. Nurse suruh berehat dulu, nanti dia datang balik untuk amik bacaan lagi. 

Tak lama kemudian datanglah doktor untuk cex laluan... "dah bukak laluan 3cm" katanya. Kemudian aku dipanggil masuk ke bilik lain untuk scan Baby. Part paling menyeramkan adalah bila doktor cakap saiz baby awak ni besar ni, est 3.9kg !!! Awak kene operate ni. Terus rasa sebak sampai ke dada, terkedu seketika, perkara yang paling aku tak nak dengar akhirnya semakin dekat & hampir menjadi kenyataan. Doktor tanya saiz baby sebelum ni berapa kilo. Aku bagitaulah Nuha 3.25 kg dan Auliya cuma 3.0 kg, setakat ni belum Ada yg lebih 3.50 kg. Nampaknya peluang untuk operate semakin tinggi. Doktor minta aku panggil hubby masuk untuk memberitahu keadaan aku dan seterusnya membuat keputusan dalam tempoh setengah jam sebab bukaan sudah 3cm, anytime aku boleh bersalin. 

Setelah mendengar penjelasan doktor, Hubby bersetuju untuk aku menjalankan operation, tapi aku masih lagi blur & tak dapat berfikir secara waras apa yang perlu aku buat, apekah hanya bersetuju untuk jalankan operation atau sebaliknya. Dari penjelasan yang diberikan kedua-dua procedure samada operation atau normal masing2 mempunyai risiko yang tinggi untuk aku. Kerana slip disk aku berada pada L4/L5 maka bius separuh badan tidak dapat dilakukan, Oleh itu aku terpaksa dibius sepenuhnya. Kemudian dengan history low blood pressure & darah cair pula, kemungkinan untuk aku sedar selepas operation & juga tempoh untuk pulih sepenuhnya mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Aku mungkin berada di wad sekurang2nya seminggu ke 2 minggu atau lebih, bergantung kepada tahap pemulihan. Tetapi jika aku memilih untuk bersalin normal pula, risiko untuk baby tersangkut bahu adalah tinggi, kerana bahu baby adalah besar dari biasa untuk ibu yang ada kencing manis kata doktor. Risiko untuk baby lemas & kemungkinan ibu mengalami tumpah darah juga sangat tinggi.

Dua orang doktor consult aku masa tu. Operation akan dilakukan segera jika aku bersetuju & sign surat kebenaran. Walaubagaimanapun aku minta sedikit masa untuk melakukan solat istikharah sebelum apa2 keputusan dibuat. Jam masa tu menunjukkan 12.30 T/hari. Doktor minta aku solat di biliknya saja.

Sebaik saja mengangkat takbir, airmataku berguguran deras bak hujan yang turun sepertinya saat itu adalah saat2 terakhir dalam hidupku. Sedih, takut, putus harapan, semua perasaan itu berhimpun di dadaku. Kini aku serahkan segala pengharapan hanya kepada Dia, bantulah ya Allah. Terasa sungguh lemah & tiada upaya diriku atas segala takdir yang bakal dilalui. Istikharah itu adalah solat yang paling indah dalam hidup, sebulat tekad & harapan hanya mengharapkan belas ehsan daripadaNYA semata-mata. Seusai bangun dari sujud setelah segalanya aku luahkan kepada DIA, sungguh terasa sebuah ketenangan & semangat diri tiba2 hinggap di jiwaku. Allahurobbi sesungguhnya DIA Maha Mendengar & Maha Mengasihani kepada setiap hamba2NYA.

Azan zuhur pula berkumandang, aku bangun dan terus solat zuhur. Mana lah tau jika itu adalah solat zuhurku yang terakhir. Nurse beberapa kali memanggil namaku dari luar. Selepas solat aku keluar & bertemu doktor. Dengan penuh yakin aku menjawab pertanyaan doktor. Jawabku tenang "Saya rasa, saya boleh bersalin normal & saya nak bersalin normal" doktor tanya aku beberapa kali "are you sure?" Dan jawapan aku tetap sama. Kemudian dia menepuk bahuku dan berkata "Good Luck" sambil tersenyum dan berlalu keluar.

Kemudian doktor pelatih mengarahkan nurse untuk mengambil darahku & juga memasang line di tangan kerana aku akan terus ke wad.


Sambil mencucuk jarum ke tangan kiriku, sempat lagi nurse memberikan kata2 semangat untuk aku, kerana tadi, dia pun Ada bersama ketika aku memberitahu doktor yang aku decide untuk bersalin normal.

Kata dia "Allah yang berikan semua pada kita puan, susah pun dari Allah, mudah pun dari Allah, InsyaAllah kalau puan yakin puan boleh bersalin normal InsyaAllah boleh, kita ni ibu, Allah bagi kita hati untuk kita rasa, ikutlah apa kata hati puan, selebihnya berserahlah pada Allah".

Kata2nya itu ringkas tetapi begitu dalam maknanya, ia benar2 membuatkan hati aku bertambah teguh dengan keputusan yang aku lakukan, sepertinya Allah  sedang menghantarkan mesej melalui hambanya untuk disampaikan kepadaku bagi menjawab segala luahan dalam istikharahku sebentar tadi. Allahurobi. Sesungguhnya Engkau dekat! 

"Nikmat Tuhanmu yang mana lagi, yang ingin engkau dustakan?"

                                 
My katil 


Warded 18/11/2019 @ 2pm


View SPRM dari tingkap bilik


Ok juga bilik berdua ni. My Roommate ni Chinese yg sangat peramah & petah berbahasa Melayu. Kandungan dia pun sudah masuk 39 minggu tetapi saiz baby pula agak kecil estimate hanya 2.50 kg saja. 


Depan tu toilet, sangat dekatkan 👍


Perabut yang disediakan di bilik. 

Sekitar jam 2pm aku di tolak naik ke wad bersalin di blok D. Memandangkan bilik single full, Yang available hanya bilik berdua. Maka aku di masukkan di katil di tepi tingkap. Akhirnya perancangan Allah tu mengatasi segala kehendaki kita, mungkin itulah yang terbaik, aku dah malas nak fikir apa2 lagi. 


Kuih minum petang pertama di wad. 

Tak lama kemudian, Hubby naik hantarkan Barang2, beg & sebungkus nasi kandar LAN Kedah. Dari senyuman hubby tu, aku tau dia sangat faham yang isteri dia ni cekal hatinya & kuat tekadnya. Terima kasih kerana sangat memahami. Kami berbual seketika, menguatkan hati atas segala kemungkinan & risiko yang bakal aku lalui. sebelum balik aku minta hubby doakan moga dipermudahkan segala urusan & memohon maaf atas segala kesilapan selama ini. Kita ini hanyalah seorang manusia yang serba kekurangan. 

Petang tu beberapa orang doktor yang bertugas di wad datang lagi. Bertanya keadaan aku & explain benda yang sama juga. Mungkin doktor nak aku hadam secukupnya segala risiko yang bakal dihadapi jika aku tetap dengan keputusan untuk bersalin secara normal. Aku just dengar  je dan kemudian memberi jawapan yang sama. 

Lebih kurang 6.30 ptg hubby sampai. dengan bawak air kelapa sebotol & juga barang2 keperluan. Hujan renyai2 petang tu, hubby datang dengan motor, Nuha & Nufa tinggal kat rumah je berdua. Aku sempat buat video call kat diorang, mula2 tu  si kecik Nufa happy je nampak, tengok cerita karton Umar Hana sambil makan ayam goreng dengan kakak dia, tapi tak lama Lepas tu sedih pulak dia, menangis teresak-esak sampai berjejeh hingus keluar. Ya Allah sayu je hati ibu ni rasa. Ibu pun sedih tinggalkan adik, ibu doakan  moga semuanya selamat & ibu cepat2 bersalin & dapat balik rumah dengan baby skali.

Bila dah tengok Nufa makin lama menangis tak henti-henti sampai teresak-esak, aku suh hubby balik dulu, kesian dia, nanti demam susah pulak, sudahnya memang demam pun si kecik tu. Tak pernah lagi aku tinggalkan dia sejak dari kecik. Inilah 1st time kene tinggal, baru beberapa jam kene tinggal terus demam anak ibu.

Nuha pun cakap dia sedih juga, rindu kat ibu, tak best bila ibu takde katanya. Siap wasap ibu lagi. Tiba2 ibu pulak yang rasa nak menangis.


Perasaan yang serupa hadir ketika malam pertama arwah Umi tiada (Dejavu), Aku masih ingat bila aku tidur sambil memeluk baju arwah yang belum dicuci. Semua orang marah kepadaku masa tu, Opah pun sama, tapi Mereka tidak tahu ape yang aku rasa, aku cume menangis sendiri menahan rindu yang tak terluah, tanpa bebicara dengan sesiapapun. Arwah ummi adalah teman yang paling rapat, terlalu awal dia meninggalkan aku, walaupun sudah bersuami, tetapi aku tetap inginkan arwah ummi ada bersamaku hingga ke hari tua ku. Tetapi aturan Allah mengatasi segala kehendak kita. 

Walaupun kadang2 perangai Nuha tu buat ibu rasa geram je tapi most of the time Nuha banyak tolong ibu jagakan adik Nufa. Tolong suapkan adik makan Walaupun selalu usik adik sampai tumpah segala makanan atas lantai. Selalu juga tolong ibu cuci pinggan mangkuk Walaupun 1000x nak kene ibu ingatkan "Nuha, sudah makan tu cuci pinggan, lap meja" selalu juga tolong ibu vacum rumah & sidaikan baju Walaupun senget benget & bergumpal2. Ibu hargai semua yang Nuha buat, ibu doakan semoga hidup Nuha sentiasa dalam Rahmat & pemeliharaan Allah & jadi hamba Allah yang Solehah serta dipermudahkan segala urusan dunia & Akhirat. 

Sekitar jam 10 malam aku dah bersiap2 nak tidur, tiba2 datang pula beberapa orang nurse, doktor & surgeons yang bertugas malam tu. Dia bertanya keadaan aku & keputusan akhir samada nak operation atau normal. Tapi cara penerangan yang diberi 50/50, tidak terlalu mendesak untuk melakukan operation  & tidak pula menghalang untuk aku cuba bersalin normal.

Doc pakar tu cakap "kite beri peluang untuk puan cuba bersalin normal jika kita tengok tiada progress yang baik, kita akan buat emergency ceaser katanya. Puan solat & berdoalah mudah2n selamat bersalin dengan baik, sujud lama2" katanya. Aku hanya senyum & menyambut nasihat doktor pakar tu dengan ucapan terima kasih. 

Sebelum tidur aku call hubby, bagitau apa yang surgeons bagitau, hubby pun yakinkan aku InsyaAllah boleh bersalin normal. Alhamdulillah bertambah lega hati mendengarnya. Opah & Maksu pun ada call juga malam tu. Banyak nasihat & kata2 semangat yang diberikan. Syukur ke hadrat Allah Kerana hadirkan untukku insan2 yang sangat prihatin & sentiasa support atas setiap perkara, dalam susah mahupun senang. 

Sekitar jam 11.20pm, aku mulai berasa sakit (mild contraction), sambil berbaring di bed tu aku berbisik perlahan kepada diri sendiri "Malam ini, aku maafkan semua kesalahan manusia terhadapku, samada kesalahan kecil mahupun besar, aku halalkan segala hutang2 Mereka yang berhutang kepadaku, keranaMU , Ya Allah ampunkanlah aku & permudahkanlah urusanku"

Kemudian nurse datang untuk mengambil tekanan darah. Tengok keadaan aku tu nurse dah agak aku sedang menahan sakit. Dia pun duduk di sebelah aku sambil meletakkan tangannya ke perut. "Agak kuat juga contraction ni, dah lama ke sakit ni?"  Tanya nurse kepadaku, "Baru je sakit, tapi masih boleh tahan" jawabku ringkas, tak sampai beberapa minit tiba2 rasa sakit mendadak kuat & air ketuban pecah "poop".

Nurse yang tadi tu terus memanggil rakan2 yang lain, dia terus cek laluan. Dah terbuka 5cm katanya, kemudian nurse yang cex laluan tadi cakap dia akan bantu aku untuk mudahkan bersalin, pastu dia masukkan jari sekali lagi kat dalam & twist, ya Allah sakit macam kene gunting hidup2, bercucur darah atas bed, ubat berak pun dicucuk kat bontot, terus rasa nak berak tapi bila masuk duduk nak berak, tak keluar ape2 pun, nurse tu boleh pulak tunggu aku nak berak kat dlm toilet, tapi aku minta dia tunggu kat luar je, 2 - 3x aku minta dia tunggu di luar, barulah dia keluar, katanya risau tinggalkan aku dalam sorang2, takut bersalin kat toilet. Tqvm nurse atas keprihatinan anda. 

Lebih kurang jam 12 pagi aku di tolak ke labor room. Sambil tolak tu, nurse bacakan doa nabi Yunus berulang2 kali. Bagus2 nurse yang bertugas malam tu, baik2 semuanya. 

Sampai je di labor room, aku kena baring untuk cex laluan lagi, ok dah 6cm. Hubby belum sampai lagi, sebelum turun ke labor room tadi aku dah call hubby bagitau yang aku da nak masuk labor room. Mungkin hubby tunggu Sadiq sampai rumah dulu coz anak2 dah tidur.

Rasa sakit sebenar bersalin telah datang,  Allahurobbi terasa berat sakit nya kalini,  aku berpusing ke kiri & ke kanan untuk betulkan kedudukan pinggang & tulang belakang yang semakin menekan kuat.

Nurse bagitau aku supaya sedut benda macam mask tu kalau sakit sangat. Tapi aku hanya menggelengkan kepala. Takpelah aku nak menikmati rasa sakit ni walaupun hanya Allah saja yang tau bebannya. Dalam menahan sakit yang tiba2 datang tu, aku dapat rasakan baby sudah mulai turun ke bawah. Aku bagitau nurse baby dah turun bawah. Pastu nurse cek, bukan dah 10cm Dan kepala baby dah nampak. Maka menjerit2lah nurse tu panggil doktor, sebab kes aku ni mesti doktor yang lead & beri order. Nurse2 duduk dikeliling katil kiri & kanan, Ada yang pegang kaki, Ada yang berikan kata2 semangat untuk aku push baby keluar, tapi aku dah letih sangat, rasa seperti baby tak bergerak keluar pun, dalam riuh rendah suara nurse tu, aku terdengar suara hubby "Yunk kepala baby dah keluar tu yunk, push sikit lagi, push sikit je lagi" oh hubby da sampai rupanya.

Sepertinya masih ada sisa tenaga yang tinggal, walaupun tadi sudah terasa totally out, aku kuatkan juga push untuk ke sekian kalinya, sambil menyebut Allahuakbar!!! tiba2 pandanganku terasa gelap & aku tidak tahu apa yang terjadi, jauh dalam hati aku terdetik, aku mati ke? Tiba2 terdengar nurse bertepuk tangan & ucapan tahniah, diiringi tangisan baby. Aku terasa ada tangan yang menggerak-gerakkan bahuku sambil berkata "Alhamdulillah puan, puan dah selamat bersalin ni, Cuba tengok, anak ape ni puan?" Aku buka mata dan jawab perlahan "BOY" kemudian nurse letakkan baby di atas dadaku, tapi aku tak terdaya nak memangku baby, tanganku masih  terasa lemah & longlai, Nurse meminta izin  mengambil baby untuk dibersihkan. Sekilas pandang, kulit anak ibu bersih je, takde lemak putih pun kat badan. 

Tak lama kemudian, Doktor memulakan tugas seterusnya untuk menjahit luka dalaman & luaran yang di bantu oleh nurse. Banyak sungguh jahitan kali ni, ya Allah sakitnya tak tertahan, bagai disiat2 rasanya, walaupun sudah dibius tapi pedih tetap terasa seperti tidak dibius, sampai terangkat badanku setiap kali jarum di tusuk untuk jahitan.


Lepas siap jahitan semua, nurse panggil hubby masuk semula & disediakan segelas milo panas berserta beberapa keping biskut. Tapi aku belum ada kekuatan lagi untuk makan, letih tu masih terasa sampai nak telan air pun terasa lemah. Hanya sedikit saja milo tu aku minum.


Beberapa minit Lepas siap dijahit & Cuba untuk senyum.


Abi azankan baby

Sekitar jam 2.30am, aku di tolak naik ke ward semula dengan membawa baby bersama. Hubby pun dibenarkan masuk sementara waktu. Lebih kurang jam 4.30am barulah hubby balik ke rumah. Aku pula baik2 saja, tak perlu hubby temankan pun, kerana nurse2 yang bertugas Baik2 & sentiasa bersedia memberikan apa saja bantuan bila diperlukan. Kerana bilik terlalu sejuk, nurse minta izin untuk meletakkan baby di bawah warmer. Jadi aku boleh tidur & berehat. Rasa penat bersalin tadi tiba2 hilang, badan rasa baik2 saja, walaupun dapat banyak jahitan kerana saiz baby yang besar tapi aku masih boleh bangun & berjalan dengan baik tanpa rasa sakit yang melampau. 

Tengah hari tu, Opah, Nyah & Cik Jiah datang melawat. Tapi Nyah tak boleh naik sebab kena Jaga budak2 kat bawah. Nuha & Nufa hubby tinggal kan dengan Nyah, sebab Budak2 under 12 tak dibenarkan melawat. Petang tu doktor benarkan aku & baby pulang ke rumah. Semua urusan selesai sekitar jam 7 malam. Alhamdulillah. 


Abi tengah cuci berak baby. Thanks Abi 💖


Nampak kurus pulak Abi masa ni...



Alhamdulillah, Akhirnya Allah swt makbulkan doaku, tepat jam 12.37 pagi. Lahirlah seorang Khalifah kecil ke dunia ini yang diberi Nama Umar Abdulaziz. Dengan berat 3.75 kg. dalam keadaan sihat & sempurna kejadiannya. 

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua doktor & nurse HPJ yang telah membantu saya sepanjang proses kelahiran, sikap staf kesihatan yang begitu berhemah & sangat berdedikasi sepanjang menjalankan tugas amatlah saya harga. Semoga Allah membalas segala kebaikkan anda semua. 









Jumaat, 3 Ogos 2018

Cuti2 Malaysia :: Seminggu Berkampung di Segamat

My hubby sekarang selalu kene outstation, merata-rata tempat kene bertugas & buat latihan. Pendek kata dalam sebulan tu mesti kene keluar 3 ke 4 hari paling kurang. Sebagai fulltime house wife maka peluang untuk "mengekor" hubby kemana dia pergi haruslah menjadi perkara wajib. Alang2 tu dapatlah jalan2 sekali. Walaupun kekadang kami 3 beranak terpaksa lepak di bilik dari pagi sampai ke petang selama beberapa hari. Cuma waktu malam je boleh keluar lepak2 & makan2. Kami ok je. kalau duk kat rumah pun melepak juga kerjanya, Nak keluar ke Mydin beli barang dapur pun aku fikir 50x. Nak angkut baby tu yang leceh, sekali dia buat perangai, Allahhu.. dengan aku2 sekali rasa nk menangis kat situ. 

Cerita pasal cuti ke Segamat pada bulan July haritu adalah kerana hubby terlibat dengan latihan di lapang sasar. So seminggu jugaklah hubby kene berkampung di Segamat. Mulanya aku tak nak ikut sebab fikir macam leceh je nak ikut dengan group tentera yang lebih 20 org ada sekali. adehh segan jugak den ni hah.. hihihi... Tapi bile sampai waktu beberapa hari hubby nak pergi tu tiba2 rasa macam nak ikut la pulak, Macam tak naklah tinggal rumah sorang2 dengan anak2. Kalau 2 hari bolehlah paksa lagi, kalau sampai seminggu tu jenuh jugalah nak mengharungi malam2 yang sunyi tanpa hubby, Oh No... kene follow juga, dan2 tu decide nak ikut. Dipendekkan cerita maka kami 3 beranak pun ikutlah hubby bertugas di Segamat selama seminggu dengan gembiranya. :)) 


Bilik kitorang melepak selama seminggu di Segamat. Hubby pagi2 dah masuk ke lapang sasar dengan menggunakan track 3 tan. Petang baru sampai ke bilik. Maka melangut la kami 3 beranak duk dalam bilik tu sampai hubby balik. 

Seingat aku beberapa tahun yang lalu aku pernah sampai kt Segamat ni, Masa nak menghadiri majlis kawin kawan hubby. Segamat ni pekan kecil je pun, takde ape yang best sangat pun, ala kampung2 je suasananya. Aku rasa lebih kurang Pekan Kuala Berang je kot. Malam dah jadi bandar Mati. Sunyi & Sepi. 


Makan Malam kat Restaurant ape entah namanya dah lupa, Sedap sungguh masakan Tomyam dia. 2x kami repeat makan malam kat kedai ni. Harga pun murah. Alhamdulillah kenyang. Habuan setelah sepetang berkurung dalam bilik. hihihihi...



Masa ni Baby Faz dah 5 bulan ++. dah pandai meniarap pun adik.

Bila dah takde kerja nak buat dalam bilik tu, maka aku ambik gambar anak2 jela, Pagi2 Hotel ade sediakan sarapan, selalunya kami keluar makan lewat sikit, kasi semua askar2 tu makan siap2 dulu & keluar, baru kami sambung pula, huhuhu. Makanan memang banyak tak habis, selalunya kakak yang jaga kt tempat hidangan tu suruh kami tapau makanan & makan kat bilik, macam tau2 je kami tak keluar makan tengah hari... hahahaha.... Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. So untuk lunch dah settle. Alhamdulillah rezeki semuanya dah ditetapkan Allah swt, Jadi tak perlu susah hati yea. Kite makan je ape yang ada.




Port Durian di area Jementah

Seronok juga seminggu melepak di Segamat. Kebetulan pula masa tu musim durian, Memang berlambak2 durian Segamat, harga pun boleh tahan murah, maka kami pun ape lagi ambik kesempatan makan durian ler kerjanya. Heaven.



Sarapan pagi di Kampung Jawa, kebetulan harini hubby off sebab hujan lebat so lapang sasar basah, tak boleh buat kerja. So sempatlah ambik peluang ajak hubby breakfast kat luar. Gerai ni dekat Sekolah Kampung Jawa. Banyak makanan tapi tak berapa sedap sangat. biasa2 jea. 


Kedai paling sedap untuk Sarapan pagi di Segamat adalah di Restaurant RZ, Alhamdulillah sedap2 belaka menu & masakannya, Nasi Lemak dia memang meletop. huhuhu 2x juga kami repeat Sarapan pagi di sini. Masa ni weekend so hubby off. So ape lagi kite jalan2 je la seharian. 


Jauh kami berjalan haritu, sampai ke Muar Johor. Dekat 2 jam juga nak sampai Muar dari Segamat tu. Punyalah semangat nak g makan Murtabak Singapore kat kedai Muar ni. Hubby dengan baik hatinya, redha sajalah memenuhi permintaan isteri yang dah berhari2 terkurung dalam bilik tu. hihihhi... So seharian kami pusing Muar & singgah sekejap di Tangkak beli durian tepi jalan, pastu bertolak balik semula ke Segamat. Berjalan sungguh hari ni. 


Ni pun dekat RZ restaurant kami Lunch sebelum bertolak balik ke Kajang. Makanan tengah hari pun banyak pilihan & juga sedap. Bila aku nampak Nagoya Textile kat depan tu terus teringat kepada arwah ummi, Masa aku kecik2 dulu, arwah umi pernah beberapa kali datang ke Segamat ni semata-mata memborong kain pasang di Nagoya Segamat. Aku tak pernah ikut. Sebab kereta dah penuh. 

Pagi2 arwah umi, abi, sadiq ( my little brother) & nenek serta toki akan bertolak ke Segamat, nanti sekitar jam 10 malam baru sampai ke Dungun semula. Memang penuh bonet kereta dengan kain pasang yang di borong. Semua tu nanti akan di bawa ke pejabat untuk di jual kepada kawan2 ofis arwah umi & juga cikgu2 perempuan di sekolah Kebangsaan Pulau Serai. Allahurobbi syahdu sungguh rasanya bila teringatkan kisah2 zaman kanak2ku yang indah bersama arwah umi & abi. Kegembiraan yang tidak lagi aku rasakan kini. Sedih sekejap bila mengenangkan insan2 yang telah tiada. nanti anak2 ibu pun juga merasakan perasaan yg sama, sebuah kerinduan yang tidak pernah hilang.

Itulah cerita cuti2 kami selama seminggu di Segamat, banyak juga kedai yang cuba, Alhamdulillah sedap2 juga nasi beriani gam johor. Tapi gambar takde. Antara kedainya ialah hajar Beriani gam, 2x juga hubby bungkus nasi kat sini untuk makan malam kitorang sebab malas nak keluar. Lepas tu murtabak ape entah yang glamor jugak tu, Itu pun hubby bungkus juga, kami makan di bilik saja. Oh ye ada satu kedai nasi lemak di area food court bandar segamat, Saiful ke ape entah nama dia, Sedap juga kerana banyak lauk & kuih2 tradisi. harga kuih 3 biji RM1. memang murah sungguh. 

Tahun hadapan Nuha dah masuk darjah 1, susah  dah nak follow hubby pasni coz Nuha dah mula masuk sekolah. Harap2nya tahun depan hubby taklah banyak keluar sangat, kalau tak menangislah ibu malam2, coz tak boleh nak lelapkan mata. Ya Allah, penyakit sejak kecik ni tak pernah sembuh, kalau takde peneman kat sebelah memang tak boleh nak lelaplah mata aku. Ape kene lah Allahurobbi. Masa kecik memang berpeluk dengan arwah umi je kerjanya, sampai masuk Universiti pun camtu lagik, balik kampung je berkepit dengan arwah umi setiap kali nak tido malam. Once dah tido kira oklah. teruk juga aku ni.  X taulah sampai bile nak mood camtu. Please berubahlah wahai jiwa & kuatkan semangatmu. Mudah2n semakin kurang ganggua, doakan sy ye kawan2. 

Oklah selamat malam semua.

Assalamualaikum.

Selasa, 27 September 2016

Membina Cinta & Keserasian

Mencari cinta... !

Dalam hidup berumah tangga kadang-kadang banyak perkara yang membuatkan kita hilang kesabaran untuk terus mengekalkan cinta & kasih sayang pada tahap yang sepatutnya. Bukan mudah untuk maintain perasaan dengan sentiasa bersangka baik walaubagaimana pun ia bukanlah mustahil, cuma kita perlukan sedikit kekuatan jiwa untuk sentiasa mendidik diri supaya positive dalam apa jua keadaan. Hubungan baik dengan pencipta adalah faktor utama menyumbang kepada hubungan baik sesama manusia. Hanya insan yang mempunyai hati yang bersih akan mendorong mereka untuk berkelakuan baik.   

Mencari keserasian itu amatlah payah. Walaupun sudah bertahun-tahun hidup bersama, dalam erti kata hidup berumah tangga, tetapi masih banyak benda yang belum kita fahami sepenuhnya, tentang bagaimana cinta hati kita itu boleh berubah dari ketawa menjadi duka. Walaupun pada dasar-nya, kita berasa bahawa kitalah insan yang paling memahami sikap & perangai mereka, kerana hubungan antara dua jiwa yang sangat intim berbanding org lain. Tetapi itu adalah anggapan peribadi kita semata-mata, adakah pasangan kita merasa benda yang sama atau sebaliknya. Hanya dia & yg maha pencipta sahaja mampu untuk merungkaikan segala persoalan di hati.  

Setiap manusia akan berubah mengikut masa, samada berubah semakin baik mahupun sebaliknya. Cara & tanggapan kita terhadap pasangan adalah perkara paling utama. Sebagai seorang teman yang baik, kita seharusnya tahu menjaga hati sesama kita. Menjaga aib & menjaga nilai diri sesama kita. Jika ada yang terkurang kita lengkapkan, jika ada yang terlebih kita kongsikan, bukan saling menjatuh & menghina sesama sendiri. 

Berapa lama tempoh kita bersama pasangan bukanlah satu tanda aras yg betul untuk kita mengukur tahap keserasian. Tetapi sejauh mana kita menghargai, menjaga hubungan baik, menjaga maruah & rasa kebersamaan yang tinggi bak kata pepatah cubit peha kanan, peha kira terasa sakitnya. Hidup ini bukan untuk memenuhi kehendak manusia semata-mata, kita hidup sebagai hamba tuhan, menumpang secebis kasih sementara nyawa di kandung badan. Tiba masanya semua-nya kita tinggalkan. Kita hanya menumpang sesama kita. Menumpang kesenangan, menumpang jiwa untuk dicurahkan rasa cinta & kasih sayang. Maka apakah yang kita harapkan dari sebuah kehidupan yang hanya cuma menumpang buat seketika. 

Kadang2 kita terluka, kadang2 kita menzahirkan rasa cinta mahupun rasa benci. Kadang2 ada yang terluka lantaran kata yang menusuk kalbu. Tetapi bila di kenang kembali tentang hakikat kehidupan, tiba2 sahaja hati menjadi kosong. Kosong tanpa ada apa2 rasa. Kerana pengharapan yang sebenar-nya itu adalah mengharap kasih sayang Robbal'alamin. 

Semoga kita bertemu juga di Syurga nanti. salam sayang, salam kasih buat yang tersayang. 









Rabu, 20 Julai 2016

Malam 1 Syawal :: Eratkan Silaturrahim


Bergema suara takbir di angkasa...
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa...



         :.(


        :.(


        :.(



Kemeriahan itu bukan pada fizikalnya, tetapi pada jiwa, pada hati yang semakin redha atas segala ketentuan-nya.  Arwah abi telah pergi setahun yang lalu, hubungan antara aku dengan ibu tiri semakin rapat. Aku semakin mengenali dia dengan lebih dekat. Itupun kerana aku memegang pada kata2 abi "Buat baiklah dengan umi(ibu tiri), Dia tu baik, jangan duk sangka buruk ke dia" kerana pesan itu, kerana janji itu aku paksakan diriku untuk berbuat baik dengan-nya, aku lebih mesra memanggilnya "Mokde". Dan alhamdulillah hari demi hari aku sedar, dia juga seorang insan yang baik & inginkan perhatian anak-anak.   

Pada hari terakhir puasa, Opah telah menelefon aku supaya datang berbuka di rumah Maksu. Ayah Su juga menelefon aku memberitahu perkara yang sama, supaya datang berbuka di rumah-nya. Alhamdulillah ramai insan yang masih ingat & sayang kepada-ku. Petang itu aku bertolak balik dari Kuala Terengganu ke Dungun sekitar jam 1 ptg. Selepas Check out dari Felda Reseidence kami terus ke beberapa rumah saudara mara sekitar Kuala Terengganu.

Dalam perjalanan ke Dungun kami sempat singgah ke rumah Moknik Rah (kakak arwah abi) & juga ke rumah Ayah De (abg ipar abi iaitu suami kepada arwah Cikde Dah). Lama juga aku di rumah mereka. Duduk bersembang bermacam2 perkara. Sudah hampir 7 tahun kami tidak bersua muka. Masing2 dengan urusan hidup sendiri. Tetapi pada raya kali ini aku nekad untuk menghubungkan kembali tali silaturrahim yang telah hampir hilang dari ingatan. Dulu, arwah umi selalu membawa aku ke rumah saudara mara ketika aku masih kecil hinggalah aku dewasa. Jadi aku sedikit rapat dengan mereka berbanding adik beradik yang lain. Walaupun sudah lama tidak bersua, hubungan & kemesraan itu masih terasa kuatnya. Kerana aku antara sepupu2 mereka yang masih muda. Kerana arwah abi adalah adik yang paling Bongsu. 


Pada petang terakhir Ramadhan itu, kami terus ke Bandar Dungun untuk Check in bilik di sebuah Chalet Ulek Beach Resort di tepi Pantai Sura. Ini kali pertama aku tinggal hotel ketika pulang beraya di kampung halaman-ku sendiri. Bukan kerana sombong tetapi kerana bilik aku telah dihuni oleh sepupu yang juga pulang ke kampung untuk beraya. Mungkin mereka ingat aku tidak balik beraya seperti tahun2 yang sudah. Memang rancangan awal, kami ingin menginap di Hotel sekitar pantai Sura itu sahaja, lebih mudah & paling penting tidak menyusahkan sesiapa.



Suasana di dalam kawasan Ulek Beach Resort Dungun
  



Sementara menunggu staf chalet yang tiada kerana ke Bazar Ramadhan, maka kami lepak seketika di tepi pantai Sura.



Yes dah boleh Check in. hampir 40 minit juga menunggu. Bimbang juga jika Opah angin satu badan kerana kami lambat tiba. hmm redha sahajalah..


Bertemu dengan sanak saudara membuatkan emosi-ku semakin baik, perasaan rindu terhadap arwah umi & abi yang telah tiada, seolah2 terubat dengan menziarah kaum keluarga. Ada hikmah tersembungi dengan menyambung silaturrahim ini. Dan aku dapat rasakan sesuatu yang luar biasa pada jiwa & emosi-ku. Sesuatu yang jarang2 aku rasakan. Sesungguhnya DIA maha mengetahui.
 


 Di depan pintu Chalet kami MN10



Setelah check In bilik di Chalet itu kami terus ke rumah Maksu. Opah telah beberapa kali menelefon bertanya bila hendak sampai. Walaupun kadang2 pertanyaan yang kerap kali itu agak merimaskan, tetapi layankan sahajalah, memang ragam orang tua begitu. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang. 
 
Meriah-nya dapat berbuka bersama saudara mara. Tambah meriah lagi bile Opah pun ada sekali. Walaupun kata2 Opah agak menusuk kalbu bila mendengarnya tapi aku tau dia tidak berniat begitu. Mungkin kerana aku sudah di anggap seperti anak-nya sendiri membuatkan batas bicaranya agak keras seperti seorang ibu menegur tanpa berlapik bahasa. Walaupun begitu, emosi-ku sedikit terganggu, mungkin terkesan dengan kata2 Opah sebentar tadi. Aku hanya diam selama duduk di dapur. Aku tau maksu perasan tentang emosiku yg sedikit terguris. Tapi mereka hanya buat2 seolah-olah tiada ape2. Ketika berbuka opah beberapa kali menyuruh aku makan lauk kegemaran-ku gulai ikan merah. Suruh aku rasa itu & ini. Mungkin dia terasa bersalah kerana begitu pedas melemparkan kata2 petang tadi membuatkan anak saudara-nya ini tersinggung & terus diam membisu beberapa ketika. 

Kadang2 sikap aku tidak ubah seperti anak2 kecil yang masih dalam dodoian ibu. Agak sensitif tetapi berpura-pura tiada apa2. Malam itu setelah berbuka, Opah memanggilku ke biliknya. Sementara hubby & juga yang lain ke Masjid untuk solat berjemaah & bertakbir raya. Nuha & budak2 kecil yang lain sibuk berlari ke Hulu ke Hilir menggamatkan rumah Tok Su yang tidak sebesar mana. 


Sambutan Birthday Ashman di rumah Toksu pada malam raya memeriahkan lagi suasana raya. Seronok tengok anak2 yang masih kecil menyambut raya... 

 Amatlah bersyukur kerana aku masih punyai ibu saudara yang begitu mengambil berat & menyayangi aku, kerana dia, aku sedikit kuat untuk melalui hidup ini. Opah menggantikan arwah umi untuk ibu & tokmi untuk Nuha. Hidup dengan menumpang sedikit kasih saudara-mara. Doa-ku Moga mereka sentiasa di Rahmati Allah dunia & akhirat.

Kedengaran Takbir raya memenuhi ruangan agkasa. Dentuman mercun di sana sini. Itulah suasana kampung yang sentiasa membuatkan aku rindu pada mereka yang telah pergi. Selepas semua balik dari masjid, kami berkumpul sekeluarga bersembang kosong tentang pelbagai isu semasa. Maksu & anak2 dara yang lain sibuk menyiapkan kuah sate & juga merebus daging untuk gulai nasi minyak di pagi Hari Raya esok hari. Sekitar jam 12 malam, kami meminta diri untuk pulang ke bilik. Ayah Su beberapa kali mempelawa kami untuk tidur sahaja di rumahnya, memandangkan pakaian & segala beg telah ade di Chalet. Mungkin lain kali sahajalah kami menumpang tidur.

Assalamualaikum semua. 
Jumpa lagik besok di pagi Hari Raya Aidilfitri...
 
 








Selasa, 19 Julai 2016

Akhir Ramadhan :: Masjid Puteh @ Masjid Raja Kuala Terengganu

Banyak negeri yang kami lewati sepanjang Ramadhan kali ni. Dari Kuala Lumpur hingga ke Utara & seterusnya ke Pantai Timur Tanahair. Menjejak tapak2 kenangan, mencari erti sebuah kehidupan di bumi Tuhan. Walaupun hidangan berbuka kami tidaklah selalunya enak2 belaka, ada kalanya kami terbeli makanan yang teruk sekali rasanya. Jika di bulan Ramadhan pun masih hendak menipu & tidak jujur, bagaimana pula sikap mereka ketika di luar Ramadhan. Semoga Allah berikan hidayah untuk mereka menjadi umat yang lebih baik. 

Meraikan Ramadhan kali ini aku merasa sungguh bahagia sekali, seperti aku menyambut Ramadhan ketika arwah umi & abi masih ada. Hinggakan aku terlupa segala cerita duka yg melanda. Allahuakhbar aku rindu untuk bertemu Ramadhan lagi. Moga di izinkan Allah & di panjangkan usia dalam ketaatan & kerendahan hati.

Pada malam terakhir Ramadhan kami sekeluarga bermalam di Felda Residence Kuala Terengganu. Lebih selesa & mudah untuk kami bergerak menziarahi sanak saudara yg berada di sekitar Kuala Terengganu. Bertemu kaum keluarga yang sudah bertahun tidak berjumpa. Menziarahi mereka yang masih sakit & sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun umi & abi telah tiada.
 


Pandangan luar dari Felda Residence Hotel


Saujana mata memandang nun jauh Jambatan Pulau Duyung...


Pada malam itu kami menunaikan solat terawih yg ke 30 di Masjid Negeri atau lebih di kenali sebagai Masjid Puteh. Lokasi bersebelahan dengan Stesen bas Kuala Terengganu. Kebetulan lalu di situ, teringat pula melalui zaman persekolahan Menengah di SMK(A)DG Marang. Setiap bulan aku akan menunggu bas untuk balik ke Dungun. Sambil tunggu bas tu sempat lagi berdating. hihihihi... zaman remaja lah katakan. tetapi dating secara berhemah yea, xde duduk rapat or pegang2 tangan bagai HARAM ! dating cara budak sekolah agama gitu. Yerla dengan tudung labuh segala tak ke gile nk dating pegang2, oh tidak !!! Terserempak dengan budak2 senior or warden asrama masak kene tindakan disiplin nanti... Hukmak aiii... tapi Takut kepada Allah itu yg lebih utama. Gelak sendiri bile teringatkan zaman remaja yg di lalui. Semuanya hanya tinggal kenangan yg sungguh indah untuk di kenang.

Eh terlebih cerita pulak yea... sambung cerita Solat terawih kami yg terakhir bagi Ramadhan tahun 2016 di Masjid Putih Kuala Terengganu. 

Sungguh sedap skali bacaan Imam Masjid Putih pada malam itu, mirip bacaan di Masjidil Haram, MasyaAllah tidak terasa berada di Malaysia sepanjang solat terawih itu. Bacaan qunut yang sangat panjang pada rakaat witir yang terakhir membuatkan aku terimbau kenangan Umrah ketika Ramadhan pada tahun 2004 bersama arwah Cik Ngah & Ustaz Alauddin di Masjidil Haram. SubhanAllah airmata terasa hangat membasahi pipi. Imam juga kedengaran beberapa kali tersedu-sedu sepanjang memanjatkan doa. Memang tidak sia-sia kami datang berterawih di Masjid ini. 



Alhamdulillah seusai solat & bacaan doa aku terus berpusing ke belakang mencari si kecik Nuha. Dengan jumlah jemaah yang sangat ramai amat menyukarkan pandangan mata mencari si kecik yg lincah & suka bergaul itu. Bimbang juga si kecil hilang atau di culik orang. Zaman yang kecoh dengan kes penculikan budak membuatkan hati aku semakin berat di himpit rasa gelisah. Hampir 15 minit aku berpusing sekitar masjid, luar & dalam masjid namun belum kelihatan kelibat si kecik Nuha. Ya Allah hanya DIA sahaja yang memahami rasa hati ketika itu. Aku menghubungi hubby memberitahu tentang Nuha yang masih belum kelihatan dari tadi. Kami berpusing ke setiap sudut masjid melihat di celah2 jemaah. Akhir-nya hubby menemui si kecik Nuha duduk sendirian di tepi tangga yang agak tersorok sambil memakan roti. Ya Allah Ya Tuhan.... 

Perasaan risau tadi bertukar menjadi geram, rasa ingin sahaja aku cubit2 telinga budak kecik ni. Bersenang lenang dia duduk di situ sambil makan roti. Amboiii joli sungguh. Nasib baik Abi menjadi penyelamat, klu ibu yg jumpa tadi alamatnya memang sakan da kene.... Oh anak sering membuat jantungku berdegup kencang.


Suasana di Masjid Puteh pada malam ni kelihatan agak meriah, rupanya Sultan Mizan & kaum kerabatnya juga turut sama bersolat terawih di situ. Pihak Masjid menyediakan hidangan makanan yg agak enak iaitu roti, nasi putih, Sup tulang, kuih muih & juga air sirap. Agak membuka selera juga moreh mlm tu. Selepas jumpa si kecik Nuha, kami duduk di tepi pagar masjid sambil menjamah sedikit makanan sebelum bertolak balik ke bilik. Alhamdulillah Malam penutup yg sungguh bermakna. Jika di izinkan, tahun depan aku bercadang untuk pulang ke Kuala Terengganu lebih awal & menginap di mana2 Hotel sekitar Kuala Terengganu untuk sama2 memeriahkan malam2 terakhir Ramadhan di Masjid Puteh ini. InsyaAllah.



 


Khamis, 14 Julai 2016

Rainbow Paradise Hotel Tanjung Bungah


Dalam duk kalut nk check out dr pearl view, penginapan di area Batu Ferringghi atau Tanjung Bungah belum mendapat keputusan muktamat lagi. Faktor utama pemilihan bilik adalah di tepi pantai & mempunyai saiz swimming pool yg ok untuk si kecik bermain. Pada mulanya aku nak stay di Holiday Inn tapi hubby cakap jauh sangat bimbang jalan jam nnt, takkan lepas subuh dah nk turun katanya. Aiisshh banyak pulak syarat pakcik ni tau. Survey punye survey aku tengok Rainbow Paradise Hotel pun macam bagus. Harga pun bolehla, sedikit murah dari Holiday Inn. Nampaknya hubby mcm positive sikit dengan lokasi hotel ni. So tak payah banyak cerita kita booking terus. Main terjah aje. Tapi sebelum nk terjah tu aku dah khatam semua review hamba Allah yg pernah menginap di situ. Mmg tak sanggup nk hadap kisah seram lagik dah. 



Deruan angin pantai yg menyelinap di balik pepohon & tetiang membuatkan suasana petang di sini cukup mendamaikan.   


Setibanya kami di perkarangan Hotel, semuanya kelihatan bagus & mendamaikan. Dengan semua bilik partial sea view mmg membuatkan aku sedikit teruja & berlapang dada. Hari untuk relax & bersenang2. hihihihi... Nuha pula macam biasa, bila dah nampak pool yg bersimpang siur menjerit-jeritlah dia nk terjun. Opps..Ops.. nnt dulu, float tak pasang lagik jgn berani nk terjun. Tak sabar-sabar si kenit ni, tak padan dengan kecik tapi perasan dah besar... aiishh ... 




Dah tak sabar nk terjun la tu.. Nuha .. Nuha .. semoga zaman kanak2mu penuh makna anak-ku. Moga bila kau menjengah dewasa nnt, saat2 bersama ibu & Abi adalah sebuah kenangan paling indah dalam hiudpmu.   


Dalam jugak kolam ni 1.5m Rasa macam nk join Nuha terjun skali. 
bertabah jeklaa...


Ramai Foreigner stay kt Hotel ni, sepanjang beberapa hari kami melepak di sini hanya 1 pasangan melayu jek yg aku nampak, yg lain semua mat saleh & the geng.  Mungkin disebabkan bulan puasa kot tak ramai org stay kt Hotel.



 Habis jelajah kolam besar main kolam kecik pulak... As u wish je laa si kecik !


Kedudukan Hotel yang betul berada di persisiran pantai memudahkan pengunjung untuk duduk di bangku2 menikmati angin laut yg bertiup nyaman. 


Jauh-nya pakcik baju oren mengelamun. Fikir ape tu pakcik, jangan duk merenung semek saleh yg berpakaian tak cukup kain tu udah la yea.. 
Kurang pahala puasa nnt.



Tak cukup dengan mandi kolam nak main pasir pulak, mainlah budak kecik, nikmatilah zaman kanak2-mu itu. Ibu pun nk duk mengelamun sat, semua org duk layan mood masing2...



Pantai yg bersih dengan pemandangan persisir pantai yg cantik...



Bersih & kemas jek... cume semak dengan manusia yg kurang berpakaian sempurna. Nak buat camne dah tempat2 camni, ramailah warga asing yg berjemur mcm ikan masin...

 Lama tak amik gambar berdua, kasi UP skali.. hihihi sekadar kenang-kenangan di hari tua nnt...






Nuha Safiya mula kelihatan seperti anak india. Kesian kakak dahla tak berapa nk cerah, main pantai +  berendam dalam kolam bertambah2lah kurang cerahnya itu... Next time nk main pantai suh abi bli sunblock dulu yea. Itulah aktiviti sepetang di Rainbow Paradise, dah nk jam 3.30 ptg kitorang pun beransur naik ke bilik & berehat sebentar. 



No bilik Kami 1601 


Saiz bilik yang agak luas & sangat selesa untuk kami 3 beranak. Cuma katil jek kurang selesa. Spring dah sagging, agak sedikit tenggelam klu tidur di tengah2. Aku siap panggil housekeeping tukar tilam lagik.. hihihihi.. sakit belakang lorr tidur tilam tenggelam camtu ... :)




Lebih kurang jam 5 ptg kami bersiap2 untuk ke Restaurant Nasi Beriyani Hameediyah di Lebuh Campbell tu. After that kitorang singgah ke Tesco yg berdekatan Hotel belikan KFC untuk si kecik. Sambil tu sempat lagik borong air minuman & sedikit makanan untuk bersahur esok  pagi. Walaupun kami mmg mendapat kupon breakfast aka sahur tp seperti biasa aku lebih senang makan kurma & minum susu di bilik shj. Hubby jek la yg akan turun untuk makan sahur. 
Untuk hari2 yg seterusnya, seperti biasa hubby pagi2 lagi dah ke Kem Butterworth & kami 2 beranak duduk di bilik & kadang2 turun temankan si kecik Nuha mandi laut atau swimming. Kepala terasa ringan & aman. Indahnya hidup bile dunia bukanlah perkara utama yg perlu difikirkan. Hidup dengan tenang tanpa sebarang tekanan. Tetapi sampai bila ? Mungkin Allah jua lah yang Maha Mengetahui perjalanan hidup hamba-NYA ini.



Duduk di beranda sambil melampar pemandangan nun jauh ke ufuk alam...



Pada suatu petang ketika aku temankan Nuha bermain kolam, aku di sapa oleh seorang warga Switzerland namanya Solomi. Kami berbual2 panjang. Dia bersama baby lelaki (2++ yrs) & suaminya telah menjelajah hampir setahun ke seluruh negara di Asia. Hameekkk kau ! Target 18 bulan melancong pusing keliling ke negara2 Asia. Katanya Dia masih mempunyai masa lebih kurang 6 bulan untuk menjelajah Malaysia & Thailand sebelum kembali ke Swiss. 

Aku bertanya bagaimana dia mengumpal wang yg banyak untuk mengembara berbulan2. Katanya Ibu mertua-nya meninggal setahun yg lalu & suaminya adalah anak tunggal, maka segala harta menjadi hakmilik suaminya, Oleh itu dana 50k Euro digunakan untuk mengembara bagi tempoh 18 bulan. Iaitu peruntukan lebih kurang RM12,000/month. Dia duduk di Hotel tu untuk tempoh 2 bulan. Bulan depan dia akan ke Kuala Lumpur pula katanye. Dahsyat betul diorang ni, mengembara makan tahun. 

Banyak benda yg dapat aku kongsikan dengan Solomi hari tu. Dia banyak kondem org islam yg katanye suka berperang & tidak cintakan kedamaian. Ramai pendatang asing yg menetap di Europe kebanyakkan-nya datang dari negara2 bergolak seperti Syria, Jordan, Bosnia & Palestin. Kelihatan dari tutur bicaranya dia kurang memahami Islam di samping dia meletakkan satu tanggapan yg kurang baik terhadap Islam. 

Aku sedaya mungkin untuk mengubah tanggapan negative Solomi terhadap islam dengan memberikan beberapa contoh yg mudah untuk dia fahami. Alhamdulillah dia kelihatan begitu berminat dengan jalan penceritaan aku. Dengan berbekalkan sedikit ilmu sejarah islam di Portugal, Perancis, Spain & juga di Germany dia sedikit faham hakikat Islam yg sebenarnya. Apabila aku cuba kaitkan pula sejarah Kristian vs Islam Solomi kelihatan mula berminat secara total untuk mendengar penjelasan-ku tentang Islam selanjutnya. Aku dapat mengagak bahawa Solomi adalah seorang penganut Kristian yg tegar (Kuat Beribadat). Tetapi sayangnya dia tidak tahu yg penganut Islam juga menyanjungi Nabi Isa (Yesus) tetapi dengan cara pemahaman yg berbeza dengan mereka. Hampir 3 jam juga aku duduk berbual dengan Solomi. Dia juga terkejut apabila aku menafsirkan maksud namanya Solomi = Peace = Salam in Islam. 

Dengan mewujudkan suasana perbincangan yg lebih ikhlas & tidak menyanggah mana2 kepercayaan mereka, ia menjadi sebuah perbincangan ilmiah yg sangat indah. Mudah2n Solomi dapat melihat Islam dengan cara yg berbeza. Hidayah itu dari Allah, kita hanya menyampaikan... Moga bermanfaat untuk-nya.. InsyaAllah.