Memaparkan catatan dengan label Loghat Tranung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Loghat Tranung. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2014

Makan Dalam

 
 
Setiap benda yang terlihat elok dari luaran-nya belum tentu elok & sempurna juga di dalamnya. Manusia tidak kira tua atau muda, semuanya berpura-pura. Berlagak baik bile berhadapan dengan sesuatu kepentingan tetapi hakikat yang sebenarnya jahat lagi busuk hatinya.. wa'iyazubillahiminzalik. Jauhkanlah aku & keturunan-ku dari manusia jenis begini.
 
 
 
Aku seorang manusia yang banyak diam dari bercakap. Klu ade sesuatu perkara berfaedah yang ingin di share atau di kongsi baru aku membuka mulut. Tapi klu mengharapkan aku bukak cerita utk bergosip mintak maaflaa. Aku bukan seramah itu. Aku adalah seorang manusia yg hanya suke membuka cerita & berkongsi ape shj kisah tentang hari-hari yang aku lalui hanya dengan insan terdekat seperti ibuku. Tapi kini manusia yg sentiasa menjadi pendengar setia cerita hari-hariku adalah my hubby setelah arwah ibuku pergi buat selama-lamanya. 
 
Aku sentiasa meletakkan "Gap" antara aku dan org lain. Aku tidak senang, apabila orang lain memecah masuk sempadan yang telah aku tetapkan. Samada dari segi kata-katanya mahupun perbuatannya. Aku cukup benci jika berhadapan dengan manusia yang tidak diundang ini. Org lain yang di maksudkan adalah semua manusia kecuali Ibu-Ayahku serta suamiku.
 
Tapi itu bukan bermakna aku seorang yg ego dan tidak boleh ditegur jika melakukan kesilapan. Bukan begitu maksudku. Aku gemar org lain menegurku. Tapi mungkin cara teguran yang hendak di sampaikan itu perlu kene pada tempatnya. Bukan menjerit satu kampong. Did U thing U are to perfect to judge some1 else Like this & Like that. Please respect other person if u want others respect U... !
 
Entah ape aku merapu hari ni pun aku xtau, tiba2 mood ingin merapu datang hari ini, mungkin rentetan beberapa peristiwa yang agak menikam hati.. Oh ya aku juga seorang yang lambat marah. Klu org lain memalukan aku di hadapan org ramai samada secara sengaja atau tidak, aku sedikit lambat untuk bertindak balas. Slalu-nya aku perlukan masa selama beberapa jam hingga satu hari untuk respon. Aku akan diam & berfikir. Mungkin juga hairan, mengapa begitu & begini. Mmg agak lembab bile berhadapan dengan situasi begitu. Tapi jangan ingat aku terlalu sabar untuk dimalukan begitu sahaja.
 
Pesanan ringkas dariku, jadilah manusia yang positif & menghormati hak orang lain, sungguhpun kau punya hak untuk berkata-kata, tapi gunakanlah kata-katamu itu dengan baik jangan sampai memalukan manusia lain. Kerana kau pun manusia yang terlalu banyak dosa & aib-nya. Jangan terlalu laju berbicara sampai lupa dengan siapa kamu berbicara. Jangan terlalu memandang rendah kepada insan lain, Bimbang nnt kamu sendiri yang menerima padahnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Moga angin lalu menyampaikan risalah ini kepada manusia yang berbicara tanpa akal itu. 

Allah memberi kelebihan harta & pangkat kepada-mu bukan kerana hebatnya kamu, tetapi kerana Allah ingin menguji-mu. Jadi janganlah takabbur & besar diri xtentu pasal... baca surah At-takasur banyak skit, jgn baca saje, bace makna-nya skali, mudah2n kamu sedar diri.
 
wallahualam...  
 
 
 
 

Isnin, 11 November 2013

Hantu BokBong !

Bile terdengar perkataan tu mmg lawak giler, terus aku tergelak besar. Ya Allah lama sungguh xdengar usikan seperti tu. Masa aku kecik2 dulu perkataan tulah yang sering di gunakan oleh my late Ummi utk takut2kan kitorang yg nakal or xnak tidor bile tengah2 malam. Mmg confirm gile seram tu.
 
"Hah hantu Bokbong ade tu !!" terus terdiam and duduk rapat2. hahaha... Entah macamne rupe hantu bokbong tu pun aku xtau. Tapi klu di Terengganu or even Kelantan & Pahang aku rasa perkataan tu mmg familiar kot. Tp mungkin untuk generasi 90an dan ke bawah. Beselah budak2 moden zaman skrg mana tau sgt penggunaan bahasa bombastic org lama. Tp bile sesekali mengenangkan-nya ia mmg kelakar habis & begitu klasik. Pantai Timur mmg unik... :)
 
Teringat plak zaman kanak2 aku yg sungguh seram & menakutkan. Sampai skrg pun aku masih xberani nk tidur sesorang kt my hometown @ Dungun tu. Walaupun hutan2 sume dah terang benderang & banyak rumah2 telah di bina kt kampong tu tp perasaan seram & takut tu masih ada. Mungkin kesan daripada zaman kanak2 aku yg selalu di momok-kan dengan cerita2 seram oleh my parent, grandmom & grandfather. hehehe... Sambil duk stori-mori pasal ni, aku masih sempat tersenyum sendiri... cepat betul masa berlalu kan.. Hmm Life is so short .. !
 
 

Khamis, 17 Oktober 2013

Bercuti Ke Krabi :: Ao-Phranang Beach & Gua Penis !

 
 
Boat berlabuh di Ao-Phra-Nang Beach... Seperti biasa budak cinonet ni mmg dah sibuk nk pakai baju persalinan dia, tau2 plak dia yg boat nk berlabuh...   x-sabar nk main laut lagi la tu... Klu abg asyman ade mesti dia akan cakap "Mainlaa sampai Lebam" ehehehe...
 
 
Dah xsabar nk terjun laut la tu...
 
  
 
Inilah rupa cliff di Ao-Phranang beach yg berada betul2 di hadapan Hotel Rayavadee. View mmg terbaik... Dugong2 pun banyak berjemuran kt sini, Kata org Tranung Mmg "Bole Mate" nk tengok ! Banyok sangat...

 
Gua batu kapur yang cantik
 
 
Camne plak aku boleh ter-shoot gambar awek veitnam ni yea, agaknya masa nk snap pic gua, tp xperasan gambar minah ni ade skali.. addoiii rimas aku di buatnya, harap hubby xdela bukak mata dia luas sangat yea, bawak istirghfar banyak skit... :))
 
 
 
Dugong Hitam pun ade, isk dahla legam, kasi tutup skitlaa, klu putih melepak mcm awek Veitnam or mat Salleh tu still boleh consider, mencacatkan pemandangan tepi pantai yg indah je..
 
 
 
Aku pun naik pening melihat pemandangan kt sini, aaddooiii berguni-guni tambah dosa lepak kt sini, Org lelaki lagilaa.. Hmm Dosa Kering je laa...
 
 
Hotel termahal di Krabi... mmg terbaik, betul2 tepi pantai, harga bermula dari 1500++ MYR/nite...
 
 
Hmm macam2...

 
Mek salleh ni pun bengap bin bodoh rupenya... sempat lagik nk berdoa kt situ..
addooiii... aku dating buat penggambaran ja...

 
Anok-anok wet je nih...

 
Raja segala raja kt sini...
 
 
Nice View



 
Abi buat ape entah..

 
Bila Abi mula xcited nak main pasir, Kaki adik jugak yg menjadi mangsa,
layankan ajelaa Deq...

 
Kaki - Kaki yang comel, kecik & gemuks !

 
Nun di hujung sana boat kitorang...

 
Oppsss

 
Main pasir pulak yea, dah letih main laut kita main pasir plak..

 
Muka budak yang telah keletihan...

 
Muahaha

 
Abi tu betul ke main pasir ngan adik tu..?? jangan duk usha benda lain
sudah la yea.. berdosa besar tu.. jangan cuba-cuba !
 

 
Org dah panggil tu nak naik boat tu.. cepat2...
 
 
Buat muka xnak balik...


Like father like doter...
 
 
Jomla deq kite naik boat, sume org dah nak balik tu, esok kite main pool plak yea, ibu dah letih da ni.. !!
 
 
Ao-Phranang Beach
 
 
Inilah kelasi boat kitorang, mmg petah berbahasa omputih dengan gaya thai..
baik hati & sangat membantu, Service terbaik I Like !

 
Ok dah selamat mendarat di Aonang beach, Alhamdulillah..

 
View kt port ni pun cantik-kan... tadi pagi pun kitorang naik kt port sini jugak, cume xsempat nk snap gambar coz battery gile low. Walaubagaimanapun sempat jugak aku menggunakan-nya dengan berhemah hingga kembali sampai ke pelabuhan setelah seharian di pulau2 Krabi..

 
Ingat nk ajak hubby ke pulau kecik kt depan tu, tp si kecik plak dah lena.. macam kesian plak kt dia, gile gaban letih la tu..

 
Dah lentok


 
Jom tunggu pick up truck untuk balik ke Hotel plak. Pengalaman yang sangat best, adik pun sangat enjoy, sume pelancong seronok layan adik yea. Good girlz diorang cakap, semua aktiviti org dewasa buat dia join. Ala-ala budak besar je dia. Padahal umur baru setahun 6 bulan. Bila aku cakap umur dia xsampai 2 tahun semua xpercaya... Ade Chinese Aunty dari Ampang Malaysia satu boat dengan kitorang, suka sangat dia main ngan adik. Dia cakap cucu dia yg dah umur 3 tahun pun takut nk turun kt kolam. ehehehe... Adik bukan setakat kolam... laut dalam pun dia berani terjun... xde hal punye !!
 
Untuk hari ke-2 tamatlah sudah aktiviti kitorang di Krabi, Esok akan berangkat ke Orchid Resort Hotel di Aonang plak. Jom balik berkemas & berehat. esok pagi dah kene move out. Nnt petang kite gi borong Durian Bakok Thai kt Pasar Malam Krabi Town lg... ehehehe :)) 
 
 
Untuk mengikuti Kisah Bercuti Ke Krabi boleh klik ke Link di bawah ini :-
 
1. Bercuti Ke Krabi 1st Day @ Krabi Town
2. Bercuti Ke Krabi Fossil Beach
4. Bercuti Ke Krabi Tup Island & Chicken Island
5. Bercuti Ke Krabi Snourkeling @ Four Island
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Isnin, 1 Oktober 2012

Tiada Yang Sudi Membantu Dengan Ikhlas ??

 
Dunia hari ini ialah dunia yang telah terbiasa dengan wang ringgit, pernah dengar, org menuturkan kata-kata "No Money, No Talk !!" uh sombong & angkuh sungguh bunyi-nya. Cukup untuk menggambarkan keperibadian seorang insan. Hmm aku kekadang bingung memikirkan sikap manusia hari ini hampir 80%, tidak kire peringkat umur & latar belakang pendidikan, tersangatlah bias dlm bab ini. Andai mereka ade sedikit kelebihan ILMU tentang sesuatu perkara, dan kite sebagai manusia yang masih perlukan tunjuk ajar memohon untuk diberikan sedikit Idea berkenaan sesuatu, Jangan haraplah, lebey-lebey lagi klu mereka ini digolong-kan sebagai "Expert Advisor". Harapan tinggal harapan ajela klu ko nk idea free2 dari diorang ni... Pelik tapi Benar, itulah realiti kehidupan di alaf baru ini... Siapakah yg patut dipersalahkan..? Salah Ibu mengandungkah..? Salah guru2 di sekolah..? aku sendiri No Idea dlm hal ini.
 
Terkadang termenung jauh aku memikirkanye, kenapa manusia hari ini tersangat mengutamakan Wang. Tidak terdetikkah di hati mereka sedikit rasa Ikhlas untuk mengajarkan sesuatu kepada manusia muda seperti aku ini dgn penuh Ikhlas tanpa mengaharapkan untuk di sogok dgn wang ringgit. Aku ni bukan  "Tokei Balak" hari-hari nk kene paw.. xkanlah setiap kali ingin bertanya sedikit Idea, mahupun pendapat mengenai sesuatu perkara yg Mereka lebey arif & berpengalaman harus berkira-kire untuk dibayar service-nya. Agak2lah... Quote yg sering diutarakan "Sama-sama cari makan !! adooiii pecah kepala den. Setakat belanja makan tu consider ok-la lagi, klu sampai nk suh aku bayar riban2.. please-laa.. kawan2 Ma.. xpayahla poyo sgt, aku bukan nk ko prepare report bagai pun, aku just nk tanye pendapat yg aku sendiri dah tau pun, cume nak-kan kepastian aje. Agak2la Dol.. kate org Pata Timo "Berat 66 gini..!!" huhuuhu
 
Walaubagaimanapun, aku tersangatlah menghargai semua Lecturer & tenaga pengajar School of Architecture, Building & Survey UiTM Shah Alam. Lecturer yang paling aku respect sampai sekarang, yg amat komited mencurahkan segala Ilmu terhadap pelajar adalah Associate Prof Salmiah Hassan & juga Mr Nazim Alias. Sejak zaman dulu sampai sekarang mereka ni xpernah jemu mencurah-kan segala ilmu yg dimiliki tanpa mengaharapkan sebarang balasan.
Walau apepun, kata pepatah Melayu " Org Berbudi Kite Berbahasa.."
 
Guru adalah tugas yg paling mulia jika segala bakti dilakukan dgn sepenuh hati.. PERCAYA-lah setiap perkara yg dilakukan dgn penuh keikhlasan tanpa mengharap-kan ape2 balasan daripada manusia  akan di balas dgn sebaik-baik ganjaran. Belajarlah untuk menjadi lebey Ikhlas. Sebuah KeIkhlasan tidak menuntut walau sakupang. Cukuplah sekadar anda melemparkan sebuah senyuman kepada yang selayaknya dgn penuh keikhlasan !!! kerana ada hati yang akan bahagia dek sebuah senyuman itu.  
 
 
 
 
Selamat Malam & Assalamualaikum.. :)


Ahad, 30 September 2012

Ziarah Jiran @ X-Schoolmate Yg Baru Menimang Cahaya Mata

Aktiviti harini adalah memcuci baju, mengemas rumah & juga melawat member kt sebelah bangunan rumah aku (SRI IXORA) huhuhu..  punyerla dekat je tp xpernah bersua muke pun selama setahun lebey duk kt situ. Kebetulan dia baru dapat anak last week so aku ingat nk pergila jengok anak dia. Kang xpergi macam xkene plak.. merangkap jiran + kawan baik. :)
 
Member aku ni dulu ialah kawan lelaki yg agak rapat dgn aku mase aku Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling Marang Terengganu. Kalau time hari raye tu mmg kitorang slalu-la ziarah ke rumah masing2. Mamat ni agak glamour jugak kt sekolah dulu, Jejaka Idaman Malaya la katekan, Beriman + Bertaqwa + Macho gitu. hikhikhik.. itu yg ramai peminat tu.. aku biasa2 je. :)
 
Kebetulan mase aku g rumah dia tadi mak & mak mertua dia pun ade skali. So bermesra-mesra alam la aku dgn makcik2 tu. hehehe .. Mak member aku ni mmg cam jugak muke aku, katenye dulu macam pernah dtg beraya kt umah kan..?? hehehe.. Ingat lg makcik kt saye yea.. Best jugak sembang2 ngan org kampung ni, xpayah nk loghat KL..
 
BB Nuha Plak bukan main seronok dia duk atas riba my friend, Cian adek, tak cukup kasih syg yea.. member aku ni pun seronok plak duk mendukung BB Nuha... Elok je adek duk bertapa dlm dakapan kawan tu, addooiiii adek-adek.. 
 
lebey kurang sejam melepak, aku mintak diri untuk pulang, Mak member aku siap kasi keropok keping lagi sebungkus. ehehe, keropok yg dia buat sendiri katanye... Rezeki di petang hari Alhamdulillah.. Punyela seronok adek duk bermain, sampai xmo balik dia..Hmmm Nnt kite dtg lagi  melawat baby yea syg.. Jom kite balik da lewat ni .. Assalamualaikum Tok Wan, jemputla dtg umah adek plak yea... :)
 
 
 
 
 
 

Ahad, 20 Mei 2012

Mari Belajar Bahasa Terengganu Kite

Harini aku terasa nk mengkomersil-kan bahasa IbundaKU.. iaitu Loghat Terengganu.. Di sini ade beberapa Patoh perkataan yg aku kire menarik dan kekadang tu aku pun boleh ketawa tergolek bile terbace chatting menggunakan loghat Tranung..


"Baliklah Wook"

Meh sining nok ajor tatabahasa org Tranung.. :))

1. Tubik = Keluar
Cth ayat : Mung dok "tubik" mane ke arining...?

2. Su'gung = Tersembam ke hadapan
Cth ayat : jgn berlari naik tangge tu, kang jatuh "su'gung" kekgi..

3. Dok Rok = Tak Larat / Penat 
Cth ayat : Berat ngat barang tu, "dok rok" aku nk akak..

4. Akak : Angkat
Cth ayat : Ce "akak" baju tu

5. Ce'tong = X-blh diharap
Cth ayat : Dok rok "cetong" mung ni..

6. Kopek = Breast
Cth ayat : Minoh paka baju sekak tegatung sapa napok "kopek" sembor

7. Sembor = Tertonjol / Terkeluar

8. Sekak tegatung = Senteng

9. Paka = Pakai

10. Kucuk barak = Lari lintang pukang
Cth ayat : Ali lari "kucuk barak" bile napok atu..

11. Busuk Kohong : Sangat busuk
Cth ayat : Bau kaki Ali busuk "kohong"

12. Manih leting = sgt manis

13. Pahit nepang = sgt pahit

14. Masing pekok = sgt masin

15. Jauh jula' = sgt jauh

16. Dekat teh = sgt dekat

17. Kerah keng = keras kepala
Cth ayat : padang kene katok pung, "kerah keng" ngat

18. Padang = patut

19. Katok = bantai / pukul

20. Gege = bnyk bercakap / kepoh
Cth ayat : Gege laa minoh tu 

21. Nebeng = melampau
Cth ayat : Mung cakak molek sket, jgn "Nebeng" ngat.

22. Pendek Ketok = katik
Cth ayat : Kak Pink nyekit xpadan ngan "Pendek ketok"