Khamis, 19 Mac 2015

Maafkan Ibu Yea Sayang !

Harini aku cuti sebab taska tutup 2 hari kerana pengasuh kawin. Hmm walaupun macam bengang jugak tapi kene berbaik sangka jugaklaa. Cuti hanya berbaki 7 hari, tapi sekarang baru nk masuk bulan 4 aduuussss ade lg 8 month to go.

Cerita seharian duduk dirumah dengan Nuha harini memangla best, pagi2 dapat masakkan sarapan untuk kakak, pastu mandikan kakak dalam kolam kecik, pastu basuh baju n kemas rumah. Aduyaaaiii sungguh penat tak terkira. Penat yang amat jadi suri rumahtangga ni. Sebab kerje tak pernah habis, ada2 saje yg kotor di sana sini. Bersih kt atas kotor kt bawah, cuci kt lantai kt dapur, si kecik buat aktiviti menempek roti bersalut coklat kt lantai, pastu lekat pulak kaki dia, habis merata-rata lantai rumah melekit dgn coklat. Uh... ini boleh mendatangkan MARAH !

Walaupun sesabar mana seorang ibu tu, pasti meletup jugak sekali skala dek kerenah anak2. Nak buat camne, kite bagitau elok macam mane pun bukan dia faham sangat. Aleh-aleh dia buat lagi, itu yang Suara Monster akan kedengaran berkilo meter tu, kuuussshhh semangat. Sepetang tadi, si kecik kosongkan sebotol sabun di toilet bawah, padanla senyaappp je, ingat dia tido, skali dia curahkan sabun mandi, Ya Allah Ya Robbi, geram sungguh rasanya, ibu baru je nk rest sekejap, dia sambung projek lain pulak yea. Xpasal2 kene upah kt tapak kaki & betis. Dah niat tak nak pukul sampai dia umur 7 tahun tetapi ape kan daya, dalam keadaan penat pun belum hilang dan seharian dah bersabar dengan macam2 kerenah si kecik, Lastly terbabab jua akhirnya.

Masa mandikan dia petang td, tiba2 terpandang dibahagian betis kakak, seperti berjalur merah. Allah terasa bersalah pulak pukul kakak tadi, ingatkan pukul perlahan sahaja, xdela sampai nk tinggalkan kesan. Tiba2 rasa sedih sangat, aku terus ambilkan ubat gamat dan sapu kat tempat tu. Sambil sapu ubat aku cakap kt kakak..

"Maafkan ibu ye sayang, ibu tak sengaja, lain kali kakak janganla buat perangai macam tu lagi yea..,"  Kakak hanya pandang muka aku dan menganggukkan kepala. Rasa berdosa pun ye jugak, sebelum ini aku hanya ugut sahaja nk rotan dia tapi tak pernah pulak aku rotan betul-betul. Allahuakhbar.... Astarfurullahalazim... aku peluk kakak kuat2, rasa macam nak menangis. Maafkan ibu ye sayang ! 

Selasa, 17 Mac 2015

Bila Nuha Rindu Abi !

"Ibuuu.... Abi mana ?"
"Abi Work.."
"Ibuuuu.... Abi mana ?"
"Abi work..."
"Hurmm..Uha nak kut Abi..."
"Abi workla syg, mana boleh ikut"

Selalu bile aku cakap "Abi work" dia just ok je, tapi kali ni lain pula reaksi-nya, mungkin dia da mula terasa lama sangat abi dia xde. Sejak dua tahun ni paling lama my hubby Outstation hanyalah 3D2N je, tak pernah lagi sampai seminggu. Bile dia dengar je enjin kereta sayup2 depan pagar, cepat2 dia berlari ke tingkap depan, untuk mengintai, ingatkan abi dah balik agaknya. Sian kakak :,( ... Kadang2 dia berangan sorang2 pastu dia bagitau " "Ibuuu... abi dah sampailaa.." Aku pun terasa juga bile hubby xde, nk tido malam pun tak lena, bukan sebab ape, tapi sebab risau duduk 2 beranak je. Selalu otw balik kerja aku rajin menyinggah belikan sate willy or nasi arabica di seksyen 7 tp bile hubby xde ni nak bli makanan pun rasa tak seronok, mana best makan sorang2, nak masak lagilah malas, walaupun seharian tak makan nasi lagi. Tiba2 rasa kenyang je, Cukup je dgn 2 keping roti dan segelas air milo. Mmg tak syak lagi, blh turun 1kg sehari cara ni. Mmg berkesan sungguh...

Boleh dikatakan hampir setiap petang my hubby yg akan pick up kakak dari Taska dan bawak kakak bershopping ke kedai runcit berhampiran Taska Taman Harmoni. Aku selalu cakap kt hubby, jgnla asyik bawak g ke kedai runcit setiap ptg, nnt dah jadi rutin plak, asal petang nak pergi kedai bli aiskrimla, beli gula2 la... Hmm.... Bile kt rumah pulak, diorang dua beranak tu suke main sorok2 belakang pintu or bawah meja. Dah macam bestfriend da dua beranak tu. Aku ni sekadar tukang masak & kemas rumah je, klu aku xde pun, happy je dua beranak tu agaknya... Huuuwaaaaa....

Tadi petang aku sampai kt Taska lebih kurang jam 6.20pm. Aku park belakang pokok, tujuannye aku nk usha ape yg si kakak buat. Mmg acap kali aku intai dia petang2. Saje nk tengok keadaan dia bersosial dgn kawan2 kt taska tu. Selalu kakak happy je main gelongsor or main buaian, tapi petang tadi ibu tengok kakak seperti dilanda syndrom kemurungan. Macam kucing mati anak, muka sedih je duduk kt bangku simen di luar taska tu. Lebih 2 minit ibu mengintip kakak, pastu dah tak sampai hati nk tengok kakak dengan muka yang bermuram durja tu. Terus ibu buka pintu & panggil "Kakak". Bile dah nampak ibu datang, adalah sedikit keceriaan singgah pada raut wajah anakanda kasayangan ibu ni.

Abiiiiii cepatla balik, sian kakak ni. Hari2 intai abi kt depan tingkap. Ibu pun  turut terasa sedih bile anak ibu sedih. Sob...sob....sob....