Memaparkan catatan dengan label Gadget. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gadget. Papar semua catatan

Ahad, 18 Jun 2017

Best ke Samsung S8+ ?

Alhamdulillah atas segala rezeki yang langsung tidak diduga. Pada mulanya aku hanya membuat review tentang Samsung S8+. Tapi akhirnya kini ia sudah berada dalam gengaman. Best ke pakai Samsung S8+ ni ? Entahlah sebab aku ni bukan macam budak2 zaman sekarang. Aku ni old school skit, bukan reti sangat nk explore segala bagai. 

Cuma apa yang aku suka tentang S8+ ni adalah tentang bateri-nya yang tersangatlah long lasting. Walaupun aku bukak macam2, kadang2 main game tika kebosanan, tapi still beteri boleh bertahan sampai ke esok pagi. Charging time pun sangat cepat, 10% to 100% within 40 minit je. Kualiti gambar HDR pun terbaik... saya sukaaaa sangat !

Kepada yang masih mencari HP yang sesuai buat masa ini sila pertimbangkan samsung S8 ataupun S8+. Function sama, cume saiz screen saja yg membezakan mereka. Ketuk2 poket then tanya-lah hati anda ... hihihihi ok itu je nk share setakat harini ... 




Selamat menyambut Syawal untuk semua... 


Maaf Zahir & Batin 






Selasa, 11 April 2017

Samsung S8 Pre-Order ?

Takde ke orang nak belikan HP untuk aku ? 




Aku rasa kalau aku tunggu & harapkan ehsan manusia yang baik hati untuk belikan aku HP baru memang berkedut pun belum tentu dapat. Jadi kenela aku save-kan tabungan untuk HP aku sendiri. Dalam mood bersabar nak beli gadget tiba2 S8 launch dengan pelbagai fungsi yang menarik, aduhaiii tersentuh hati aku ni, rasa macam dekat je dah ... hihihi... dekat di hati tp jauh di poket den ni hah .. Wawawawaaa... 

Dalam duk bersantai-santai baca newspaper The Star, tiba2 terbaca pasal pre-order samsung S8 sah sehingga 13 April 2017 oleh digi. Aduhaaiii sabor sajalah. Tapi harga dia mahal sangat pada aku RM3299 - RM3699 dah nak sama dengan iphone kot... hmmm tarik nafas dalam2 pastu hembus panjang2. 

Banyak benda dapat aku buat dengan duit sebanyak tu. Setakat nak beli HP untuk cek mesej/whatsapp pastu angkat call sekejap, then bukak FB/email, Kadang2 tu aku buka mt4 untuk trading sat. Jadi berbaloi ke aku nak spend duit sebanyak tu untuk sebuah HP? Hmm Dah dapat beli return tiket Umrah tu. Ya Allah tabahkanlah hati hamba-mu ini.

Tengah bluur nak beli HP ape sekarang, memang nak kena beli jugak HP baru ni, Samsung Tabs ni dah agak uzur, beteri pun asyik kong memanjang, jenuh aku duk cas setiap sejam. Kalau keluar jalan2, confirm tak sampai 3 jam dah running out of battery. 

Walaupun duit nk beli S8 tu cukup aje klu nak korek tu, tapi banyak benda aku fikir sebelum nak habiskan duit sebanyak tu. Teringat sepotong ayat Alquran yang melarang manusia menghambur2kan harta-nya sekalipun dia mampu untuk melakukan demikian, kerana sifat begitu sama sekali ditegah Allah swt. Allahumma anta robbi.... 

Tengoklah sampai bila aku mampu bertahan dengan samsung galaxy tabs yang dah retak 1000 ni. Manalah tahu tiba2 dapat cabutan bonanza ke, menang sijil simpanan premium BSN ke kan.. rezeki manusia ni bukan kita boleh jangka teruskan berharap dan terus berharap... takpe berangan tak kene bayar.. free of charge... hihihihi... 

Out dulu laa... nak jemur kain sat then tidoo ... babaiii... 



  

Khamis, 27 Oktober 2016

Review :: Action Camera SONY FDR-X3000R

Alhamdulillah


Setelah membuat survey di beberapa buah kedai, maka aku telah ke SONY midvalley untuk membuat pembelian. Memandangkan model tu baru sahaja memasuki market maka harga yang ditawarkan adalah fixed. Cuma setelah bargain beberapa kali akhirnya sale person tu terpaksa akur dengan memberikan sedikit pengurangan harga kepada kami. Alaa bukan banyak sangat pun discount, beberapa puluh ringgit saja. Barang baru memang selalu camtu, tunggu 3 - 4 bulan, drop la tu price-nya. 



Akhirnya aku telah membuat keputusan yang agak sukar, setelah lebih 3 minggu memikirkan mana satu pilihan yang terbaik untuk di miliki. Selama 3 minggu tu jugakla kepala aku asyik duk fikir benda yang sama. Oh tidak... aku telah bazirkan hampir 50% daripada penggunaan otak aku setiap hari dengan memikirkan action cam ni. So sekarang otak aku dah back to normal, dah boleh fikir benda lain pulak... hihihihi... :))



Perancangan awal aku nak beli Go Pro Hero 5, tetapi setelah meneliti semua komen & fedback pengguna serta membuat perbandingan maka aku lebih cenderung untuk membeli SONY. Walaupun quality gambar yang dihasilkan mempunyai saturation yang sedikit tinggi tapi SONY mempunyai function Video Stabilisation yang sangat baik berbanding Hero 5. 

Setakat nak amik video jalan-jalan sudah cukup baik untuk kegunaan kami sekeluarga tanpa perlu tambahan gadjet untuk support video stability, so hasilnya gambar/video smooth, xdela gegar2 or shaking melampau. Kira macam dapat 2 in 1 laa. Kalau beli Hero 5, aku nk kene beli gimbal plak. It costing about 1k++ jugak tu. oh tidak... aku dah tak mau buang duit kt gadjet lelebih sangat, coz dalam kepala aku ni masih ada gadjet ie : drone yang belum dimiliki. So better aku saving untuk drone Dji Mavic Pro or any high performance drone yang akan keluar dalam masa 4 to 5 month onwards.  




Kualiti gambar FDR-X3000R lebih baik berbanding series yang sebelumnya iaitu FDR-X1000. Dari segi "distortion issue" memang sangat ketara peningkatan-nya. Pada mulanya aku hanya ingin membeli X1000 saja, kerana harga jauh lebih murah, hampir RM1000 jugak beza harganya dengan X3000. Walau bagaimanapun, aku dapat menerima hakikat bahawa gambar/video yang dihasilkan oleh X1000 terlalu cembong dan video yang dihasilkan ketika low light adalah sangat gelap berbanding X3000. 



Berikut adalah new launching product SONY bagi action camera. HDR-AS300 juga tidak kurang hebat-nya. Tetapi sayang-nya belum masuk pasaran Malaysia. Dijangka 3 minggu lagi baru ada dalam pasaran. Tak ada rezeki nak beli AS300 lambat sangat keluar. Terpaksa angkat X3000 juga.



Antara gambar yang sempat aku snap dalam showroom SONY. 
hmmm not bad ... :))


Ape lagi nak share yea. Dah xde idea nak merapu, cukupla setakat tu dulu. Nanti after aku dah amik video/gambar menggunakan FDR-X3000 ni aku akan buat review balik. Hopefully berbaloi la pelaburan aku kali ni. 

Dah malas nk usung DSLR yang gedabak tu. Hmm ade sapa2 yang berminat nak beli tak agaknya DSLR aku tu. Shuttle count pun rendah jek. Zoom lens Canon, wide lense Tokina, Potret lense canon. Body 500D & 50D jek yang tinggal. 7D aku dah let it go few years ago. Sapa2 yang berminat sila contact aku yea. Nak let go murah2 jek. Dari duk terperap dalam beg tu better aku lepaskan aje. 



Oklaa 


akhir kalam Wassalam....  


Rabu, 26 Oktober 2016

Review : Monopod & Mini Tripod Yunteng



Kepada kawan-kawan yang masih mencari-cari Monopod & Mini Tripod yang bagus untuk kegunaan jalan2 or just for fun mungkin boleh consider this brand. Harga pun quite reasonable, is about 79 MYR only. Aku beli through LAZADA. Dari segi quality plastik adalah sangat baik. Memang boleh pakaila. Very solid & stable once kita installed phone or camera untuk self photo. 



Delivery pun sangat cepat. Dalam tempoh 2 hari saja barang  sudah sampai. Terbaik  !!




This is China brand. Tapi kualiti not bad, daripada nak beli tripod yang beratus2 tu better beli yang ni je. Function pun sama saja, yang penting screw dia fix & tidak longgar kemudian boleh stand dengan baik. Cukup 3 perkara tu dah consider sangat berbaloi2. RM79 tu untuk 2 item.



Ok nampak tak tahap kestabilan dia tu, memang confirm tak gegar laa photo korang tu. Kecuali jika terdapat Tsunami or angin puting beliung. Yang tu aku tak jamin laa.. huhuhu.. Ok laa setakat ni sahaja review untuk this 2 item. 



Tunggu apa lagi...



Sila order sekarang ya...



Ok Babaiiii.... :))






Selasa, 18 Oktober 2016

Drone :: DJI Mavic Pro Idaman Hati !


Memang sungguh WoW apabila melihat new DJI drone yang dilancarkan pada 15 Oktober 2016 yang lalu, sungguh memukau sekali features yang diketengahkan. Walaupun GoPro turut melancarkan Drone yang pertama untuk pengguna GoPro Hero 4 & Hero 5 yang di beri nama KARMA tetapi aku lebih tertarik dengan DJI drone yang comel & cute, mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja ia semestinya Mavic Pro . Walau bagaimanapun harga Pre-Order online Malaysia mencecah RM8600. Adooiiiilaaaa koyak rabak duit tabung beras aku camni. 






Hari2 duk tengok Mavic Pro ni. Memang tak boleh tahan, macam dah kene angau Mavic Pro aku ni. Dah jatuh cinta tahap kritikal ni, kalau tak dapat mau hilang selera makan sebulan Heeeee... Hubby pun dah pening tengok bini dia yang dah angau ni, tapi dia pun suka jugak sebenarnya kalau aku beli tu. Coz yang nak control the drone adalah my hubby, aku cuma nak tengok benda tu terbang jek & nak pastikan video yang super hebat dapat dicapture from the sky... boleh giteeww  ...hahahaha... :))




Memandangkan harga Mavic Pro agak mahal so aku kene bawak bersabar dulu la nampaknya. Banyak benda nak buat by November nanti ni. Money Management must be strong. Tak boleh ikut perasaan sangat ni. Bawak istighfar laaa wahai hatii.... Astaghfirullah hal'azim... 


Mood DSLR dah datang balik ni. Memang bahaya. Hmm dah seminggu duk fikir pasal Mavic Pro ni masih belum dapat dilupakan. Mungkin aku kene beli GoPro Hero 5 dulu kot. After that baru layan Drone pulak. Mungkin tahun depan gitu. Hmm... Nasihat diri sendiri lagi payah dari nak nasihat orang lain. Adoooiilaaa Mavic Pro apesal lah ko launching time2 ni... Alangkah bagusnya kalau aku tak tahu tentang kehadiran kau, takdelah aku mabuk kepayang camni... 





Khamis, 13 Mac 2014

Kesesuaian Gadjet Untuk Anak-Anak

Adakah gadjet merupakan keperluan kepada anak2 ? Sudah tentu tidak, tapi kebanyakan ibu-bapa masa kini menjadikan pelbagai gadjet seperti Ipad, Samsung Galaxy & bermacam-macam lagi brand gadjet di luar sana sebagai hadiah kepada anak2. Aku juga antara segolongan ibubapa yang tidak ketinggalan. Bukan niat di hati untuk melalaikan anak2 dengan permainan dan Video game tetapi hanya sekadar bahan bantuan yang dapat membuatkan si anak duduk diam seketika.

 
 
Selalunya Nuha akan menggunakan HP aku untuk melihat Upin & Ipin di Youtube. Maka tidak sampai 2 minggu, quota data internet aku telah mencapai limit. Aduhaiii... dah 2 bulan aku terpaksa beli quota internet dari Digi. Sesekali terfikir juga untuk meng"download" cerita-cerita tu, tapi macamne? aku ni bukannye tahu sangat tentang application yang berjuta dalam downloader tu. Yang aku tau mesej, whatsapp & call. Paling kuat pun bukak Facebook or bace emel di Handphone itu sahajalah yang aku tahu. Sehingga pada suatu petang my hubby tolong downloadkan aplikasi "VIDEODER" & "MX Player" lahaaiii rupanya sangat mudah nak download semua cerita or lagu dari Youtube.



Handphone S2 yang dah lama xpakai. Tetiba-tiba terfikir untuk download cerita Upin & Ipin untuk Nuha. So xpayahla nk pakai HP aku. Cuma Bateri S2 tu ada masalah skit iaiutu cepat habis. Nampaknya nk kene beli bateri barula pulak untuk anakanda kesayanganKu ini. Aku download cerita tu masa kt Office coz pakai wifi je. Klu nk pakai Internet Data aku mmg masakla. Ok Nnt petang dah boleh kasi hadiah untuk adik. Hopefully ada manfaat dengan menonton cerita Upin & Ipin tu. Sepanjang pemantauan aku, cerita animasi Upin & Ipin tu banyak jugak yang positif. Ada cerita tentang puasa, tentang mengaji al-quran & sebagainya.

Mudah2n dengan adanya alat bantuan ini akan memudahkan Nuha memahami perkara yang patut & tidak patut di lakukan. Walaubagaimanapun Gadjet yang seumpama ini perlu juga di kawal bagi mengelakkan anak2 hilang sifat beramah mesra (Friendly). Kadang-kadang apabila terlalu asyik dengan video & game yang terdapat di dalam gadjet berkenaan membuatkan mereka menjadi pasif & lebih gemar menonton video atau bermain game daripada berinteraksi dengan ibu & ayah.

Tapi sekiranya ibu-bapa dapat membuat jadual pemantauan yang baik, InsyaAllah ia dapat seimbangkan pemikiran anak-anak. Dalam sesetengah keadaan ibu-bapa juga sepatutnya ikut serta menonton video bersama anak-anak.

Wallahualam...


 

Isnin, 9 Disember 2013

Samsung Note II VS Huawei Ascend Mate

Ape yang best tentang kedua-dua model smartphone ni. Satu brand dari Korea satu lagi dari China. Yang menarik tentang Brand smartphone ni ialah kitorang dapat beli dengan harga yang murah ehehehe..
 
 
 
Last weekend aritu aku ajak my hubby ke Plaza Lowyat. Sebelum tu aku ade tengok dlm Newspaper tentang carnival jualan hebat. Semua model handphone dijual dengan 50% discount. Entah betul entah tidak. Biasala iklan mmg gempak memanjang. Apepun after Asar kitorang bersiap ke Plaza Lowyat. Sesampai je kt Ground Floor kt dalam Lowyat tu aku tengok org ramai duk berkumpul. rupe2nya ada acara lelongan gadget. Huh aku ape lg terus join sekaki, mana boleh terlepas peluang. Nk juga join.. ehehehe.. Hubby dengan my little doter duk kt blakang.

Bila tiba giliran Smartphone Huawei Ascend Mate di lelong maka aku tanpa sedar dah terjebak dalam acara membida Smartphone tu. Padahal pada mulanya aku nk beli Smartphone Samsung Note III, Xterlintas plak pasal Huawei ni. Sekali tanpa sengaja aku Berjaya mendapat bidaan tertinggi. Hubby kt blakang tu buat muka pelik bile pembida di pentas mengumumkan "Smartphone Huawei Ascend mate dimenangi oleh kakak dengan Harga RM780" sambil semua audition mengarah kepada aku. Fuuuhhh Glamour sekojap ko. hehehe...
 
Hubby pun datang dekat dengan aku "Kenapa tetiba bid Hp Huawei..? bukan kate nk beli Note 3 ke..?" dengan selamba aku pun jawablah "Hmm bukan aritu abg kata nk beli Huawei tu kan..Xpela yang tu org kasi kt abg, org beli note II jelaa, kalu nk amik note 3 dah lari bajet..." my hubby terus terdiam. Xsangka plak aku kasi HP Huawei tu kt dia agaknya. hehehe.. aku pun xsangka jugak. Entahla semua berlaku begitu pantas.
 
selapas dah buat bayaran aku lepak lg kt situ, dalam fikiran ingat nk bid Note 3 plak. Klu ade rezeki boleh dapat murah. Tp sayangnya xde rezeki aku untuk menang Note 3 secara lelong. So kitorang terus naik ke tingkat atas untuk beli Note 2. Lebih kurang sejam duk memusing akhirnya tercapailah impian aku utk menukar Smartphone samsung Galaxy S2 aku yg dah berusia 2 tahun tu kepada Samsung Note 2. Walaupun pada asalnya aku nk beli Note 3 dengan bajet RM2300 tp nk buat camne tetiba aku dah terjoin lelongan Huawei tu plak, ape nk di kato, Kita hanya merancang tuhan yg menentukan. Walaubagaimanapun mmg berbaloi join acara lelongan tu. Harga pasaran Huawei Mate tu adalah RM1250 sedangkan aku beli dengan harga RM780 jimat lagi RM470... Mmg terbaik..
 
Note II tu aku beli original set dengan harga RM1500. Siap dengan screen protector & juga cover ala2 kulit.Total perbelanjaan untuk 2 ketul smartphone adalah RM2280.00 shj mmg under bajet. balance lg RM20 boleh buat makan McD ehehehe.. semua org happy haritu, aku pun happy coz dapat beli HP baru & juga dapat Happykan my hubby dengan membeli smartphone juga utk dia. hehehe... klu sesorang je happy xdela happy sgt.. So klu boleh happy bersama kan lagi seronok. :)) malam tu kitorang pakai tido jam 1.30 pagi, laki bini duk excited menggodek smartphone masing2. ehehehehe... Bangun pagi dah mamai...:))