Isnin, 27 Ogos 2012

Forcast Hartanah Lembah Klang 2013, Meningkat atau Sebaliknya ?

Salam Syawal & selamat pagi, melihat kepada tren unjuran harga hartanah semasa pada penghujung tahun 2012 kebanyakan hartanah mewah & super duper High N semakin kurang mendapat sambutan. Manakala pasaran hartanah yg berharga di bawah 1 juta mulai menjadi tumpuan spekulator hartanah. Knp ini berlaku..?
 
Berdasar analisa yg dibuat, golongan yg mempunyai lebihan wang & para pelabur hartanah mulai beralih minat kepada pasaran hartanah golongan pertengahan atas, iaitu hartanah yg berharga antara 400k - 800k, spekulator ini menjadi pemain utama yg menentukan halatuju pasaran hartanah di Malaysia harini. Percaya atau tidak itu bergantung kepada para pemerhati & penganalisa pasaran hartanah semasa di Malaysia. Anda boleh melihat mana2 projek pembangunan perumahan yg mempunyai potensi seperti hartanah di Kajang, Bangi & Puchong kebayakan hartanah yg telah siap di bina tidak berpenghuni & kebanyakan mereka membeli adalah utk "Capital Gain". Hanya berapa % rumah yg di beli adalah benar2 utk  di duduki..? Fikir-fikirkan & selamat beramal.. :)
 
Berdasar beberapa kajian & pemerhatian pasaran hartanah 2012. Antara tempat2 tumpuan yg akan mengalami ledakan harga hartanah ialah Shah Alam, Puchong, Bangi & Kajang. Di Shah Alam sekarang  harga Hartanah Teres 2 tingkat telah mencecah 600k ++ di bahagian bandar & juga kawasan pembukaan bandar baru seperti Denai Alam, Puncak Perdana, Setia Alam @ Setia Ecopark, Alam Impian under development I&P & Naza TTDI. Klu beberapa tahun yg lepas, harga launching 2-storey terace 22x75 di U12 iaitu bersebelahan dgn sek 7 shah alam hanya berharga 250k - 350k namun setelah hampir 3 tahun berlalu transaksi hartanah di kawasan tersebut telah mencecah 500k - 850k. Ini berdasarkan kajian peningkatan harga hartanah semasa di kawasan Lembah Klang, yg telah dibuat & dibukukan oleh aku sendiri sebagai THESIS utk tahun terakhir semester pengajian Jurusan Hartanah, dan ia  telah di sahkan sebagai harta Intelek UiTM.
 
Antara faktor yg mendorong kepada peningkatan hartanah semasa ialah kemudahan facility dari segi pengangkutan awam & juga kemajuan sesuatu kawasan yg dibangunkan oleh pihak kerajaan. Ini dapat dilihat secara jelas perubahan yg berlaku di kawasan Pusat Komersil sek 7 Shah Alam di mana 4 tahun lepas apartmen kedai di situ di jual dgn harga 75k - 90k namun tidak ramai pelabur & juga org persendirian dpt menjangkakan unjuran peningkatan hartanah itu akan meletop hingga mencecah 200k ++ dlm mase 3 tahun kemudian. Skrg klu anda berada disana, anda akan melihat pelbagai kemudahan awam, kedai2, toko membeli belah Jakel, restoran & sebagainya telah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Faktor inilah yg menyumbang kepada peningkatan harga sesuatu hartanah secara Total.
 
melihat kepada tren yg sama akan berlaku di Bandar Baru Bangi & juga Kajang. Namun begitu beberapa faktor penting juga perlu di perhatikan seperti keadaan politik semasa, keadaan muka bumi seperti kejadian banjir besar, tanah runtuh & sebagainya. Melihat kepada minat pelabur & juga pemaju hartanah yg sekarang ini mule melihat potensi Bandar Kajang & juga Bangi adalah antara bandar yg akan mengalami ledakan hartanah mewah tidak kurang 4 -5 tahun akan dtg.  Namun begitu pasaran hartanah di jangka akan mengalami sedikit penurunan untuk hartanah mewah yg berharga lebih 1 juta dan ke atas. namun bagi pasaran hartanah di bawah 1 juta tiada sebarang kejatuhan & kelembapan di jangkakan. Ini berdasarkan harga hartanah subsale yg di beli pada harga kurang 300k akan di jual pada pasaran terbuka dgn harga 400- 550k untuk 3 tahun akan dtg & para pelabur ini akan membuat belian hartanah mewah yg lebih bernilai tinggi antara 550 - 850k bergantung kepada tahap peningkatan ekonomi & juga syarat yg di tetapkankan oleh Bank Negara secara khusus.
 
Dapatlah di simpulkan bahawa hartanah pertengahan mewah tidak akan mengalami sebarang penurunan harga seperti yg di war-warkan oleh kebanyakan pihak, melainkan berlakunya bencana alam yg tidak di duga dimana berlaku kemusnahan yg besar yg mengakibatkan para penduduk tidak lg berani utk tinggal di kawasan berkenaan. Ape yg perlu di lakukan sekarang adalah memiliki sekurang2nya sebuah apartmen sederhana mewah di kawasan2 yg di jangkakan akan mengalami kenaikan harga utk beberapa tahun akan dtg. Seprti di Bangi, Kajang & Puchong. Bersusah-susah dahulu & bersenang2 kemudian. Untuk melihat transaksi hartanah semasa anda boleh rujuk di Iproperty & juga HomeGuru website. Ia adalah sebagai tanda aras & rujukan bagi anda yg baru bercadang untuk terlibat dlm pelaburan hartanah. Walaubagaimanapun Kestabilan politik juga menjadi faktor utama kepada nilai penigkatan & penurunan sesuatu hartanah. Faktor ini akan di bincang pada entry yg akan dtg. 
 
Sekian dulu untuk analisa hartanah Lembah Klang pada kali ini, akan bersambung pada entry yg seterusnya. Wassalam.
 
 
 
 
 
 

Rumah Terbuka Jiran Opah

Syawal ni lebih sinonim dgn aktiviti Rumah Terbuka, kt mana2 shj nk buat rumah terbuka, after balik kerje td petang aku lepak rumah Opah sampai menjelang marghib. Malas nk balik klu dah lewat petang, penat duk dlm kete je sat g, sampai2 rumah da Azan.. so better aku bertolak lepas marghib ajela.. Memandangkan Opah & Tok Ki pose so aku dgn muke xmalu berbuka skali walaupun xpose, dah org ajak makan, xbaik jual mahal ehehe
 
After berbuka ade plak jiran depan umah jemput mkn kt umah, Opah ajak aku g skali, hmm alang2 da balik lewat maka aku memanjangkan kaki ke rumah jiran depan umah opah plak. Skali dia buat makan2 utk sambutan Birthday anak dia, aduss xkn nk mari makan pastu blah je, xboleh jadi camni, tats not my practise, xretila aku nk buat kerje camtu walaupun aku xdela mkn mane pun coz da kekenyangan mkn kt umah Opah ms berbuka td. Tgk jam dah jam 9.30pm, isk nk kene beransur dahni, tp aku xbawak ape2 duit raye pun utk anak2 dia, mmh lenggang kangkung sungguhla dtg ni. Time nk kuar tu sempat lg aku ckp "Hadiah esok2la yea BB Atif " dlm kepala ligat duk berfikir camne nk bli hadiah ni, duit gaji xmasuk lg.. aiiyaaa parah2.. kes2 terpencil camnilah aku xbape suke nk jln2 rumah org.  uh segan gile see main blah camtu je, mcm xde budi bahasa plak rupenye. Opah pun ckp nnt esokla belikan hadiah utk anak dia, yg lain2 tu kasi angpaw je. hmm yoolaaa...
 
Sesampai di rumah terus menyelongkar barang2 adek yg belum di buke lg, skali terjumpe Botol susu NUK yg 10ml, botol ni aku beli 2 biji last month utk menggantikan botol adek yg 5ml tu,  aku beli kt Sogo masa Sale, 2 bijik dapatlah RM65. Sebelum ni adek pakai Tommee Tippee, Avent & 1st Year, saje je nk tukar angin pakai NUK plak.. tetiba dlm kepala Ting..Ting.. ehehe so nampaknye aku kasi hadiah botol susu jela kt Muhammad Atif ni. Utk adek nnt ibu bli yg lain yea. Tunggu gaji ibu masuk dulu yea syg :) muahaha.. syg anak ibu ..
 
 
 
 
Inila rupe botol NUK yg aku beli, tp yg ni size kecik punye yg aku bli tu 10ml (color Biru & Pink) Kite kasi color biru la utk atif yea :)
 
 

Ahad, 26 Ogos 2012

Jujur & Ikhlas-kanlah Wahai Hati



Sebulan Ramadhan telah berlalu meninggalkan aku, terasa seperti aku melalui Ramadhan itu hanya seminggu, begitu pantas rasenya Rahmat & Anugerah kemuliaan Ramadhan berlalu meninggalkan aku. Syawal pun telah seminggu berlalu, tiada ape yg perlu diraikan lg, cukupla seminggu syawal utk diraikan, tidak perlulah berlebihan sampai berbulan utk dirayakan mengalahkan sambutan Ramadhan pula.
 
Ramadhan telah membersihkan bumi dr segala najis & dosa dlm diri & hati setiap Muslim. Dtgnya seperti ombak tsunami yg membersihkan segala kotoran di tepian pantai. Maka sepatutnyalah gelombang perubahan kearah kebaikan perlu terus disemarakkan, di hias & di jaga agar terus menerus berkekalan indah & cantiknya peribadi... Tp bagaimana dgn diriku.. terdidikkah aku selepas melalui sebulan tarbiyah Ramadhan..? berapa peratus-kah perubahan kebaikan yg dpt dilakukan..? semakin baik dr hari semalam atau sama shj.. hmm klu jawapan-nya sama shj maka tiadalah rahmat & keberkatan Ramadhan itu terpalit dlm jiwa walau setitik, masih gelapkah hati sehingga tidak mampu memancarkan cahaya keimanan dlm diri..? Subhanallahi wabihamdihi.. astarfirullah-halazim..  
 
Esok aku sudah mula bekerja setelah seminggu bercuti, perubahan pertama yg perlu di lakukan adalah melakukan segala kerja & perkara dgn sebaik mungkin. Bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah yg diberikan, sekiranya ada kekurangan maka itu adalah kelemahan diriku sebagai manusia yg sentiasa cuba untuk melakukan tugas sebaik mungkin. Namun begitu kelemahan & ketidak sempurnaan dlm menjalankan tanggungjawab tidak sepatutnya di tunding kepada kelemahan diri sebagai manusia. Sebagai makhluk yg telah diciptakan Allah dgn sebaik-baik kejadian tentulah ia dapat mengatasi apa jua masalah & menjalankan segala urusan, andai ade juga kelemahan maka beristirgfarlah mudah2an di berikan kelapangan fikiran & ketenangan jiwa utk menghadapi setiap perkara dlm hidup. wallahualam...
 

 
Kekadang kite lupe bahawa melaksanakan tugasan kerja harian itu adalah ibadah, menjaga amanah yg diberikan itu ibadah, berjalan untuk ke tempat kerja dgn niat yg baik itu ibadah. Maka patutkah kite mencemari ibadah dgn perkara dosa. Seperti kite sedang melakukan ibadah solat maka patutkah kite mencemari solat itu dgn melakukan perkara di luar rukun solat. Klu begitu jadinya, apekah hukum ibadah solat yg dilakukan... sempurnakah ia atau tercemar solat itu kerana kejahilan manusia itu sendiri. Sesungguhnya dlm semua perkara itu ada rukun-nya yg perlu kite patuhi agar ia sempurna jadinya. 


Berniat baiklah dlm setiap masa. Walau kekadang nafsu sering mendesak, syaitan di sekeliling sering merayu melakukan kejahatan dlm segala bentuk. Samada kejahatan lisan, tindakan mahupun fikiran. maka seboleh2nya hindarilah ape jua bentuk kejahatan & peliharalah hubungan baik sesama manusia.
 
Andai kamu inginkan manusia lain berlaku baik terhadapmu maka perlakukanlah manusia itu seperti mana hak yg sepatutnya kamu lakukan terhadapnya. Andai suatu ketika kamu terasa dirimu tidak diperlakukan seperti mana hak yg sepatutnya maka bersabarlah. Sesungguhnya SABAR itu adalah satu perkataan yg senang diucapkan tp sukar utk di-praktikkan.     
Berbicara tentang Jujur, Ikhlas & Sabar fikiranku teringat kepada kata2 arwah ibu yg aku kasihi, seringkali aku mengadu kepadanya, bile hati terasa sakit & jiwa memberontak dek perlakuan manusia disekeliling. Hanya satu ucapan yg sering diucapkan bile setiap kali aku menelefon-nya "Bersabarlah, Biarlah org buat pada kite, tp kite jgn buat pada org, biar Allah shj yg membalasnya"  katanya lg "Klu kite buat baik pada org, jgn harap org akan balas benda yg sama pada kite, sebab tu org kata buat sesuatu benda tu biar ikhlas, buat kerana Allah.." aku akan menangis sendiri bile teringatkan kata2 umi, setiap kali aku melalui semua perkara sukar dlm hidup hanya kenangan & nasihat yg pernah di sampaikan umi kepadaku dulu menjadi pengubat hati yg sakit :.(  Umi mmg seorang manusia yg tabah, seorang isteri yg penyabar, seorang ibu yg penyayang & seorang manusia yg kuat melalui ape jua dugaan dlm hidup. Anakmu ini cuba utk jadi setabah, sesabar & sekuat dirimu  ibu.. Kini aku hanya mengadu, merayu & merintih hanya kepada-NYA sang pencipta. Menangis dlm doa, moga diberikan kelapangan hati & fikiran kerana Dia-lah Allah sebaik-baik tempat berharap & meminta ape jua perlindungan.

Bile aku duduk sendirian menahan amarah dlm diri, akal-ku akan berbicara dgn hati :-

Akal : Sabarlah wahai hati, bertenanglah..

Hati : Aku telah lama menahan sabar, jiwaku sakit menanggung segala jerih   
         perih diperlakukan manusia sesuka hati mereka...

Akal : Bersabarlah, kerana kesakitan menahan sabar itu hanya seketika tp 
         rahmat & kasih syg Allah itu lebih tinggi nilainya dari secebis kesakitan 
         yg  kau rasekan. Beristirgfarlah wahai hati, Bersabarlah...

Hati : Aku sudah letih-la, aku bosan, kenapa aku shj yg harus bersabar...?
        sudah berapa lama aku bersabar dan bersabar, tp ape yg aku dpt..?
        makin menyakitkn hati diperlakukan mcm ape, perlu ke aku
        terus menerus bersabar & bersabar pada manusia seperti itu ?
        aku pun punye harga diri..

Akal : Bersabarlah, kerana Allah sedang menguji-mu, Dia ingin memberimu
kebaikan dan menganugerahkan-mu syuga yg maha Tinggi, harga Syurga Allah itu besar nilainya, tidak terbanding dengan harta sedunia, Apelah nilai sedikit kesabaranMu jika dibandingkan Nikmat yg bakal dilimpahkan kepada-mu, bersabarlah dgn sedikit dugaan dunia, moga kau termasuk dlm hamba2-NYA yg dikasihi... Ingatlah semua perkara yg berlaku terhadapmu itu dtgnya dr Allah.. maka patutkah utk kamu menimbulkan rase ketidak puasan hatimu & mempertikaikan terhadap perkara yg di takdir-kan oleh sang Pencipta yg Maha Agong utkmu...??? Sedarlah wahai hati... berlapang dada-laa

Hati : Subhanallahi Wabihamdihi, astargfirullah... Ampunkan aku ya Allah :.(



 
Selamat Malam, Assalamua'laikum..
 

 
 
 
 
 
 
 
 

Sabtu, 25 Ogos 2012

Aku Berangan Nak Baby Boy :)



Huhuhu.. entah ape angin aku sejak 2 menjak ni, masa balik kampung  haritu jumpe sedara mara terdekat sebelah Family aku ramai betoii yg preggy, amboi2 diorang ni productive betoiii.. ehehe.. tengok telatah budak2 kecik beraya & pakai baju raye mcm2 ragam, sgt seronok.. tetiba dlm hati terdetik, seronoknye klu aku ade BB boy plak kan, mesti comel, jalan terkedek2.. olo2.. bucuk2.. muahahaha..

 
 
Nnt klu dah ade adik, BB Nuha xleh nk manje2 lg tau, xboleh panggil adek lg laa, ibu kene paggil kakak plak ehehe.. mamai.. kuat berangan kan aku ni, xhabis2 dengan tabiat suke mengelamun & kuat berimaginasi entah ape2, lg2 klu duk sesorang, mcm2la aku berangan, ala2 cite Cartoon Monkey Magic tu.. tp xde yg mengarut2 ok.. isk malu la nk sembang lelebih tang benda2 mengarut ni, xpasal2 jd otak kuning sat g huhuhu..

 
 
Berbalik pada angan2 aku utk ade BB boy tu rentetan drpd melihat anak2 my cousin yg dtg beraya kt umah aritu, Olo comel sungguh, yg sulong form 3 & 2nd form 1 dia hantar ke Maahad di Indonesia Jawa tengah . Sgt comel budak tu, nampak ciri2 remaja beriman je, no wonderla coz my cousin tu pun dulu graduan Al-Azhar, skrg ni tgh buat PHD kt UM dlm bidang Usul Fiqh.. Sume anak2 dia cute je, Da besar nnt mesti ramai peminat ni.. comel + cute + beriman gitu.. klu nk jadi menantu aunty pun ok.. ehehhe.. actualy aku dah berniat dr dulu2 lg, klu aku ade anak lelaki, aku nk hantarkan mereka ke sekolah Maahad, samada di Indonesia or Middle east mcm Madinah or Mekah, sgt xsabar nk tengok anak lelaki aku mengimamkan Jemaah & juga menyampaikan peringatan agama kepada manusia ala2 ustaz Zahazan, Nik Aziz, Sheikh Nuruddin etc.. 
 
 
Al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari
al-Makki digelar "AZHARUS TSANI"
 
Masa bulan Ramadhan haritu aku sgt suke menonton rancangan di TV al-Hijrah yg kul 5 tu, Ihya Ramadhan, penyampainya Ustaz Sheikh Muhammad Nuruddin tu.. uh aku mmg gile fanatik kt ustaz ni, pernah aku ckp kt cik (Opah) klu Sheikh Nuruddin ni ade cucu lelaki, nk aje aku amik jd menantu.. huhu cam pelik je bunyi tu kan, Makcik aku siap gelakkan aku lg, katenya kepala aku xbetol.. ehehe ade plak ckp aku xbetol, apela cik ni.. itu harapan aku utk anak2 aku, bagus ape.. ala2 Siti Khadijah meminang Rasulullah, insan2 yg baik dan tinggi ilmu agama ni payah nk jumpe, 1 dlm 10k belum tentu jumpe sorang.. 


Doa Nabi Zakaria utk Mendapatkan Zuriat yg baik
 
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan".  (Ali-Imran : 38)

Apepun aku slalu berdoa moga keturunan-ku nnt bertemu dgn sesorang yg tinggi ilmu agamanya, tidak mengapalah klu kurang sedikit harta-nya pun asalkan tinggi ilmu agamanya dan baik pengetahuan Al-quran-nye. Sejak dr zaman sekolah Menengah lg, aku mmg suke lelaki yg berketayap putih, nampak beriman je (pada akula ehehe) terus jatuh hati .. ahaha teruk betoi, tp dlm hati jelaa, xde plak aku g terjah kawan tu.. mmg xpernah berlaku perkara2 camtu, simpan dlm hati jelaa.. :) 

Bercerita tentang kesinambungan Zuriat ni, aku pernah terbaca dlm satu kitab masa dulu2 tp dah lupe samada hadith atau kata2 para hukuma' katanye "klu kamu ingin mendidik anak2mu didiklah dia 100 tahun sebelum lahirnya dia ke dunia..." Ape yg dpt aku faham dari kata2 ini, klu kite inginkan zuriat yg baik, kite harus mulakan sejak dari mencari jodoh lg, melihat susur galur keturunan yg ingin kite kahwini, adakah dr keturunan para kekasih Allah atau penentang agama.. wallahualam
 
Moga Allah mengkabulkan harapanku untuk menyambung kesinambungan zuriat yg menjadi penyebar agama Islam di muka bumi ini.. ameeen ya Rab.. :)
 
 
 

Jumaat, 24 Ogos 2012

Hillpark Home Progress August 2012


Hari membayar segala bill untuk bulan 8. Aktiviti mengosongkn acc setiap kali hujung bulan menjelma  :(  ke Bank2, TM point, TNB, Telco Center, Maintenance Office + Renew Insurance My baby Toyo... Oyoyo.. mamai den bulan ni, dahla baru habis menyambut hari raye, dan2 ni la Road tax kete nk mati, aduyaiii semput2, xcukup Oksigen klu slalu camnii...
 
 
 
 
Alkisahnye aku nk cite pasal progress rumah aku sebenarnye , ehehe.. so lepas menyelesaikan segala hutang piutang so aku meneruskan perjalanan ke tapak projek. dah lama aku x menjenguk rumah aku ni, ape cite dah agaknye, adek lena tido, bagus2... kt bawah ni ade beberapa keping gambar yg sempat aku ambik mase kt site td... last month aku dapat surat dari bank mengatakan MKH da claim duit lg, nampaknye payment bank meningkat lglaa bulan depan.. huhuhu..
 

Luar dlm da hampir siap di touch up..


yg ni cacat skit pemandangan di luar pintu, sepatutnye dia buat kt bhgian pagar
br xnampak serabut kt depan pintu..


Mainboard pun da siap pasang, tp 2 phase je ni, nk kene upgrade ke 3 phase baru ok klu pakai lebih dr 2 ekon..


WC & Sinki pun da di pasang di toilet kitchen ..

 
Longkang besar pun da siap, jalan je belum di tar lg..

 
 Longkang blakang rumah & pagar idup segan mati xmau..
huhuhu.. save bajet gile developer ni, harge jual sikit punye cekik..
adeehh padanla cepat kaye..

Khamis, 23 Ogos 2012

Perkembangan Baby Nuha 7 Bulan

Alhamdulillah genaplah usia anakanda kesayangan ibu 7 bulan 10 hari pada hari ini. Sempena meraikan hari raye 6 Syawal. adek semakin aktif, macam2 benda da dia explore sampai ibu naik runsing + mamai + risau + sedey.. knp ?? sebab adek da pandai nk memanjat klu jumpe benda tinggi seperti sofa, meja tangga & sebagainya, namun begitu tahap keseimbangan badan adek masih belum stabil. setakat ni dah 3,4 kali terlingkup, habis benjol sana sini.. sian tecit ibu ni...

 
 Tengok tu muke berparut, itula lasak sgt.. cian cayunk ibu, itu tanda kene kerusi kayu kt umah Opah 5 hari sebelum raye, nasib baik time raye da hilang..
Adek2.. aktif betoi dia tau skrg, tunggu abi nnt adek pusing la satu taman ngan abi yea, tp skrg duk diam2 dulu, ibu xlarat nk pusing2 la syg..


Hari ni adek tetiba membuat lawatan mengejut ke bilik air di master bed. padanlaa senyap je, ibu ingatkan adek buat ape, ibu duk layan cite, sedar2 senyap je.. skali dengar suara adek sayup2 memanggil minta pertolongan, cari punye cari da berada dlm toilet adeehh... nasib baiklah toilet kering & xde ape2 yg merbahaya.. adek2, camnela nnt nk duk umah Opah minggu depan, mesti opah mengomel panjang lg nnt.. sian opah nk melayan kerenah adek yg semakin aktif skrg, jgn nakal2 ye syg ibu, nnt demam lg opah layan perangai adek.


Tengok tu da pandai duduk main piano pun tecit ibu ni...
caiyok2.. gambate kudasai.. :)
 

Kemahiran adek pada usia 7 bulan ialah, dapat duduk dgn sendiri, merangkak, memanjat, memanggil untuk mendapatkan perhatian, menjilat lantai, membuat lawatan di serata ceruk rumah :) Sepanjang pemerhatian ibu, adek lebih cenderung pada permainan yg banyak tali, banyak kerawang & gambar2 yg boleh di pegang. Klu toys yg bunyi2 dia kurang minat, sekejap je main nnt da xmau daa..  Semoga terus membesar dgn sihat ye syg..
 
 
 
Pantang tinggal laju je nk menjalar yea..
 
 
 
 
 
 
 


Rabu, 22 Ogos 2012

Happy Anniversary ke-4 yrs


16 Ogos 2012
Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan
Yg Ke-4 Syg :)
 
 
Sekejap je masa berlalu, usia perkahwinan-ku telah menginjak 4 tahun, macam2 benda da aku lalui sepanjang bersama, ade suke & duke, semuanya aku simpan jauh dlm kanvas sanubariku.. apepun aku bahagia dgn ikatan ini, aku gembira melalui hidup bersama-nya dan aku bersyukur kehadrat Allah di atas segala Rahmat yg telah di kurniakan untukku.
 
 
Setelah hampir seminggu berlalu, baru harini aku berkesempatan untuk wish di laman ini. Bercerita tentang detik2 pertemuan & bermulanya kisah percintaan kami, semuanya seperti tidak disangka-sangka, segalanya berlaku secara kebetulan. Aku mengenali my hubby melalui laman social iaitu Friendster, dari situlah aku tahu yg dia adalah senior aku di SMK(A)DG Marang Terengganu. ceritanya bermula apebila my hubby menghantar text ke mailbox frienster menyatakan untuk berkenalan dgnku, katenya dia tertarik dgn gambar2 ceria yg aku upload di frienster, rupe2nya dia mengintip aku secara senyap2 ehehe, dan yg lawaknye mesej2 dia tu di reply oleh my frenz, coz aku xde mood nk layan lelaki pada masa tu, pada aku mesej2 utk berkenalan tu semuanya xleh pakai, wasting my time je sume tu, mmg xkuasa nk layan pun. tp nampaknye mesej yg satu ini amat berbeza dari yg slalu aku terima, cetusan rasa yg membuahkan secebis rasa cinta sehingga terbina-nya sebuah ikatan perkahwinan. Terima kasih Allah kerana memberi aku seorang kekasih dunia & akhirat.
 
 
Selama 4 tahun ini juga, 4 org insan yg dekat di hatiku telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Pada tahun ke-2 perkahwinan aku keguguran ketika usia kandunganku 12 minggu. Alhamdulillah pada tahun ke-3 aku mengandung lg dan semuanya selamat. Syukur ya Allah atas anugerah zuriat yg sempurna itu. Moga dgn kehadiranye menambahkan lg kasih syg & cinta antara 2 insan. :) Selama 4 tahun ini juga, hanya 8 bulan shj kami tinggal bersama itupun ketika my hubby berkhidmat di Kepala Batas Alor Setar Kedah, selebihnya kami tinggal berasingan, Dia di Penang, aku di Shah Alam, dia di kedah pun aku di Shah Alam, sampai skrg pun dia kembali di Penang dan aku di Kajang pule. Hmm hanya bertemu di hujung minggu, xtaula sampai bile plak. Doaku semoga Allah memudahkan segala urusan & melimpahkan Rahmat dlm rumah tangga kami. Amen ya Rab.
 
 
My Beloved Doter Nuha Safiya
Nuha : Yg Bijak, Yg Berakal Fikiran
Safiya : Wanita Mulia
 
 
Adek & Opah, dah macam anak opah je adek :)
 
Sambutan kali ni tiada ape2 yg istimewa, hanya sekadar ucapan di Telefon. Memandangkan my hubby di Aussie & sibuk dgn pelbagai tugasan mungkin ingatan pada tarikh2 tertentu agak nipis di ingatan-nya. Tidak mengapalah, aku cume menghantar Ucapan & doa melalui pesanan ringkas ke telefon-nya. Kemudian my hubby call, katenye dia da fikir2 nk hadiahkan aku jam tangan, tp bimbang aku tidak berkenan, so dia suh aku pilih sendiri mana yg berkenan.."nnt bagitau yg mana, abg belikan" katenya.. hehehe syg2... pandai betul cover line, saje xnk mengaku yg dia terlupe sebenarnya. Aku pun dah masak sgt dgn telatah my hubby, slalu berdolak dalih dan cuba berlagak yg semua benda ade dlm fikiran-nya cume dia sengaja je nk buat surprise gitu.. ehehe... xhabis2 cubaan nk mem"backing" diri sendiri. Apepun aku ok je, cume klu selalu sgt camtu kekadang adela juge terasa sesuatu nun jauh di sudut hati. Bukan material yg aku harapnya, cukuplah sekadar ingatan dari yg tersayang. Tp klu nk kasi hadiah pun ok jugak.. hehehe.. rezeki jgn di tolak musuh jgn di cari.. :) apepun sy sgt syg kamu...
 
Sempena meraikan ulangtahun kali ni, aku ade sesuatu yg special untuk my hubby, klu org China mmg anti dgn angka 4 ni, ala2 kurang Ong gitu hehehe,  aku pun xberapa suke jugak dgn angka ni, angka paling aku suke ialah 2,6,7 dan 8. angka2 tu begitu bermakna dlm rentetan kehidupan aku... berbalik pada cite aku td, pasal hadiah tu.. ehehe The surprise is aku telah menempah Tiket Air Asia ke Guangzhou China pada bulan November 2012 sebagai hadiah Perkahwinan yg ke-4 tahun ni... :) Kebetulan masa tu aku dapat emel dr Airasia berkenaan dgn Promosi Tiket Murah. Harap segala perancangan di permudahkan Allah.
 
 
 Hadiah dariku utk my beloved hubby sempena Anniversary yg ke-4yrs :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Terkucil Atas Tilam

 
Baru semalam aku salin cadar, harini kene salin lg coz my BB kencing atas tilam masa aku nk salin pampers dia. Hmm adek ni, ade2 je nk tambah kerje ibu, mase raye kt kampung haritu pun dia kencing atas tilam jugak, elok2 je aku bukak pampers utk mandikan, dan..dan.. tu la dia memancutkan air tangki.. last week adek berak atas Sofa, habis seluar aku skali terkene, actually aku da siap2 pakai baju nk kuar utk bayar bill segala, skali blh plak adek tercirit sampai meleleh keluar.. berpeluh aku cuci najis atas sofa, walaupun dah di cuci dgn sabun 2,3 kali tp tetap terlukis peta dunia kt sofa tu coz kain pembalut sofa color hitam. Ikutkan hati nk aje aku cuci 3,4 kali lg.. adeehh dah terbayang kepenatan utk mengangkat sofa yg besar gajah tu ke tepi pintu & berangkut berbaldi air ke beranda untuk mencuci.. aduyaaii letihnya ibu, syg... 
 
Walaupun adek terberak atas seluar & sofa ibu, terkencing atas tilam 3, 4 kali dan ibu terpaksa mencuci sume benda seorang diri & ibu sgt kepenatan tp ibu xmarah pun kat adek, ibu tetap syg anak ibu, tidak sedikit pun timbul perasaan marah atau tidak senang pada adek, sebab ibu syg anak ibu. Walau ape pun terpaksa ibu lalui, semuanya ibu lakukan dgn hati yg redha. Moga bile ibu sudah tua dan xberdaya nnt, ibu harap anak ibu juga mampu menjaga ibu seperti setianya ibu menjaga anak2 ibu dgn sabar. Memandikan dan membersihkan ibu bile ibu sudah tidak punye kekuatan utk melakukan segala benda sendiri lg. Mudah2n anak ibu jadi anak2 yg sabar & berakhlak mulia. Itulah harapan seorang ibu.
 
Selamat mlm syg. Ibu sgt sayang kamu kerana kamu adalah nadi kehidupanku, matahari yg memberi sinar sebuah harapan utkku...

















Selasa, 21 Ogos 2012

Sambutan Aidulfitri 2012


Alhamdulillah aku telah selamat kembali ke rumah semula di Kajang setelah hampir seminggu berada di kampung, Pada hari Khamis 16 August 2012 haritu aku telah membuat keputusan untuk balik beraya di kampung halaman aku di Dungun, walaupun pada peringkat awalnya aku agak berbelah bahagi samada nk balik or nk stay kt umah di Kajang shj. Aleh2 aku dgn sebulat hati membuat keputusan utk konvoi bersama Opah balik ke Kampung. Kate org klu xbalik xkene plak nnt, dah sume pakcik2 sibuk suh aku balik... Kang klu buat degil ade org kate kite sombong plak, hmm.. adat hidup bermasyarakat, akhirnya aku balikla jugak, walaupun dgn serba kesulitan... Alhamdulillah sume urusan sepanjang perjalanan di permudahkan Allah. Cume adek terberak atas sofa mase aku sibuk mengemas barang haritu.. hmm agak keletihan bile sume benda nk kene uruskan sendiri...


Iftar di rumah Ayah Su pada 28 Ramadhan, Ayah Su ni mmg suke jamu org kampung makan, sama cam arwah tok ki aku dulu, suke sgt buat mkn2 jemput sekampung...
I Like, coz sgt meriah.. :)


Bukan main khusyuk Tok Ki Abi membaca Doa...
 
 
Makanan belah pompuan, yummy makanan kampung yg sedaaapp


Ayam goreng berempah & juga bubur Lambuk.. makan hingga menjilat kaki :)


Resepi turun temuruh ayam goreng kunyit garing

 
Ikan panggang pun ado, yg sebelah tu kuih Terengganu yg glamour
org panggil "Nekbak" duk KL mmg xjumpe.. klu ade pun xsesedap yg
T'Ganu punye.. :)
 
 

Entry mlm ni aku nk citer pasal duit raye je sebenarnya, hehehe BB Nuha dapat banyak duit raye total sume duit raye adek adalah RM 275.00 nnt ibu masukkan dlm Tabung Haji k. banyak juge rezeki adek kt kampung tu.. :) itu baru kt kampung aku, klu merayap ke rumah sanak saudara yg kt Kuala Terengganu agak2 blh membuat pungutan lebey banyak kot.. ehehe teruk betoii, ibu plak yg excited lebey, anak-nye cool aje...


 

Abi belum kasi lg duit raye utk BB, nnt adek mintak ngan abi, mintak banyak2... :) so kesimpulan balik beraya di kampung tahun ni agak menarik part membuat pungutan duit raya utk adek ehehe.. aktiviti Melawat ke rumah sanak saudara xde sgt pun, maklumlah kemampuan agak terbatas di tambah lg keadaan lalulintas Dungun to Kuala Terengganu dah mcm Kay El time weekdays.. jam sakan, sume org berebut nk beraya.. so aku amik keputusan utk lepak di rumah saje, tunggu sedara mara yg nk dtg umah, mane yg dekat2 tu sempatla aku berziarah, kepada yg jauh2 tu mintak maaf la yea, InsyaAllah tahun depan jike di beri kesihatan & di panjang-kan umor utk menyambut Aidilfitri lg... :)

Td petang aku baru sampai rumah pada jam 6 pm, lalulintas agak selesa, xde jam teruk sgt, mungkin warga kota belum balik lg kot.. lepas angkat sume beg & segala makanan yg dibekalkan td, aku lepak sekejap, sgt keletihan mengangkut sume benda naik ke rumah, adeehh banyak betul bekalan aku, sume benda nk di bekalkan, dari ketupat, serunding, tapai, tempoyak, lepuk durian, dodol, limau nipis and ape entah lg.. sarat kete aku, siap air tapai tu bersepai dlm kete.. aduyaaaiiii... x-amik xkene.. even aku mmg xbape suke angkut makanan berair dlm kete, tp yerlaa.. org kasi xkan nk tolak, lg2 da siap bungkus segala, hmm apepun Thanks to makcik2 & pakcik2 yg sentiasa amik berat pasal aku.. Im really appreciate it.. thanks a lot.. May Allah Bless U oll :)

Actually aku da siap2 landing da pun ni, mate da nk tertutup pun.. ok laa gudnite kengkawan.. salam aidulfitri ... :)









Rabu, 15 Ogos 2012

Aku Balik Kampung ke Raye Ni ???


Mlm ni adalah mlm yg ke 27 Ramadhan, suasana mlm ini begitu indah & tenang sekali, pokok2 kelihatan tenang, sedikit pun tidak bergoyang, seolah2 angin pun tidak bertiup.. apekah semua makhluk Allah tunduk sujud kepada Sang Pencipta Yg Maha Agong ..?? Hanya manusia shj riuh rendah di segala ceruk pusat membeli belah...


 
Hari ini juga dah masuk hari yg ke 5 aku tidak berpuasa, sgt sedey kerana tidak dapat menunaikan solat Tarawih pada mlm2 terakhir Ramadhan kali ni, moga segala doa2 yg aku panjatkan di makbulkan oleh-Nye... Doa utk anak2 ibu, moga membesar dgn akhlak yg terpuji, moga puteri2 ibu terdidik dgn akhlak Fatimah & Khadijah & Putera2 ibu membesar dgn simbol kehebatan & ketinggian budi pekerti Rasulullah SAW seperti sucinya hati Muhammad Abdullah penghulu segala umat. Doa ibu lg, moga segala urusan anak2 ibu mendapat kemudahan & keberkatan, moga menjadi manusia yg beriman ye syg. Melihat dunia hanya sebagai tempat persinggahan untuk mengaut keuntungan di Negeri Abadi... Utk abi juga ibu doakan semoga bahagia & berjaya hidup dunia & akhirat, semoga abi di murahkan rezeki & di lapangkan hati dari segala masalah & keresahan dunia. Utk Tok Abi & Arwah Tok Mi juga ibu doakan moga bahagia semuanya di sisi NYA yg Maha Pengasih & Penyayang.

Selapas berbuka puasa di rumah opah td ibu ke Alamanda Putrajaya, Temankan Nyah & Opah shopping baju. Ibu temankan aje, xbeli ape2 pun, xde mood langsung nk shopping2 ni, lg pun nk raya kt mana pun belum pasti, entah2 xbalik raya pun, sampai ke saat ini masih belum ade kate putus dr hati, samada mahu ikut serta opah balik ke Terengganu pada mlm Jumaat ini (besok) ataupun duduk beraya di rumah Kajang shj. Mcm2 yg bermain di fikiran, Semua org sibuk bertanya bile nk balik, hmm agak2nya nk suh buat ape kt kampung tu yea..? nk kata buat kenduri pun x juga.. hmm kate Opah semua org amik berat, maklumlah aku ni dah mcm ibu tunggal sejak akhir2 ni. Semua-nye terkejar2 uruskan segala benda seorang diri. Dari urusan peribadi, anak, dapur, bayar segala Bil, Insurance, maintenance rumah, sakit demam adek, ke klinik, ke pasar beli lauk etc.. sgt menguji kesabaran Ku sebagai seorang manusia yg xpernah di beri tanggungjawab seberat itu sebelum ini.. :.( apepun aku reda & menerima segala dugaan ini dgn hati yg tabah, kerana aku tau Allah itu tidak pernah kejam kepada hambanya, dia tahu sejauh mana kemampuan setiap hamba-NYA.. cume kekadang kite sebagai manusia sentiasa meletakkan had utk diri sendiri... wal hal Allah menciptakan manusia dgn sebaik2 kejadian... 

Smlm Tok Ki Mat Marah kt ibu, katenye "Nk buat ape duduk sesorang kt Kajang tu, balikla Terengganu jumpe adik beradik, sanak saudara, Nuha pun xpernah beraya kt Kampung lg..." bla..bla.. mcm2 dia memulakan ceramah, ibu just tadah telinga je, org nasihat kite dengarla. Mmg betul pun.. tp entahla hati Xterasa kemeriahan pun utk menyambut aidil fitri kali ni, hmm rasenye bukan kali ni je kot, raya 2,3 tahun sebelum ni pun biasa2 saja, tidak semeriah & seghairah ketika Tok Mi masih ade. Cume rasa sayu bersarang di hati kerana Ramadhan semakin berakhir. Feeling nk raya sakan, nk shopping entah ape2 langsung xde, entah kemana menghilang agaknya, tengok semua org sibuk membincangkan pasal baju raya, langsir raya, etc.. mungkin segala kegembiraan itu telah hilang sejak perginya kasih syg Tok Ummi dari dunia ini, seperti segala keceriaan ikut pergi bersama-nya. Yg tinggal dlm diri adalah tanggungjawab utk meneruskan sisa2 waktu yg ade utk bersama Abi & anak2 ibu... sedikit kekuatan itu semakin berakar umbi sejak adek lahir ke dunia.. Terima kasih ya Allah kerana engkau menggantikan sesuatu yg Istimewa kepadaKu setelah engkau mengambil sebahagian dari Nyawa-Ku.

Segala keputusan untuk balik ke beraya di Terengganu akan di putuskan besok, Klu hati terasa nk balik Kampung harapnya lalulintas dr KL- Terengganu baik2 je. Maklumlah drive kete sesorang dgn adek aje, klu lalulintas sesak camne nk tenang hati ibu ni, lg2 klu adek merengek2 kt sebelah... itu juga adalah antara faktor utama juga mengapa ibu langsung xde feel nk balik kampung...

Mudah2n segala urusan di permudahkan oleh-NYA.. amen Ya Rab...


Selamat Hari Raye Untuk Hubby yg sentiasa di ingati, juga utk semua kawan2, semoga Syawal ini menjanjikan kemeriahan utk semua..
Maaf Zahir & Batin :)







Sabtu, 11 Ogos 2012

Point of Interest @ Guangzhou & Shenzen

Di sini aku nk senaraikan tempat2 menarik yg harus di lawati di Guangzhou & Shenzen. Sile klik je untuk dapatkan info yg lebih lanjut yea.

Di Guangzhou

1. Wholesale Market Senarai Pasar Borong Guangzhou klik di sini

2.  Yuexiu Park Taman wajib di lawati

3. Canton Tower adalah tempat wajib di lawati

4. Guangzhou Huaisheng Mosque  Di sini juga anda boleh ziarah Makam   
    Saad Bin Abi waqqas skali.

    Panduan perjalanan ke Masjid Huaisheng, Guangzhou atau juga dikenali   
    sebagai Masjid Guangta:

    Subway Line 1 (Stesen Ximenkou)
    Bus No.58、56、233、286、250、102 (Stesen Jalan Guangta atau
    Jalan Chaotian)





Di Shenzen

1. Pasar Borong Louhu, Dong meng

2. Window of The World ni adalah tempat dimana segala arca seni binaan
    agong seperti Eifel Tower, Collosium, etc boleh di dapati di sini. Tempat
    penting yg harus di lawati di Shenzen. 

3. Xianhu Botanic Garden

4. Happy Valley


Pada entry akan dtg aku akan senaraikan Jadual perjalanan menggunakan Metro untuk ke pasar Borong di Guangzhou.




Jumaat, 10 Ogos 2012

Fake Money (RMB/YUAN), How To Distinguish ?


Inila Chairman Mao Zedong



Di sini aku kongsikan beberapa cara untuk mengenal pasti duit palsu yg semakin berleluasa di China RMB/YUAN, Pastikan anda bukanlah mangsa penipuan wang palsu ini.

Pastikan langkah2 tersebut di buat untuk semua Note RMB yg anda dapat. Peringatan Penting !! ianya harus di teliti sebaik shj anda membuat penukaran wang, bukan dah balik rumah baru nk cek yea. Even anda tukar di malaysia skalipun, ade juge di laporkan Money Changer kt Mesia yg buat hal, so better cek depan2 tu jugak utk memastikan anda tidak tertipu yea.

Di bawah ini adalah cara2 untuk mengenal pasti Note RMB Tulen or Tiruan :-


The same STEPS that you can use:-

“See”, “Touch”, “Hear” and “Testing” (一看、二摸、三聽、四測)

Step 1: “See” (看)
Hold the money Note toward the light and you can see the clear watermark and magnetic micro security thread. You can see a fine printing.

Step 2: “Touch” (摸)
Use your fingers to touch the concave lines for hand feel. Hold the bill in your hand and rub your thumb gently against the collar on the big picture of Chairman Mao. You will notice a difference in texture on his collar. You will only feel it if you rub gently. If the paper is completely smooth, without any texture, you are holding a counterfeit!
Step 3: “Hear” (聽)
Use your finger to flick the money note to hear the money paper in a solid sharp and clear sound.
Step 4: “Testing” (測)
Use the fluorescence lamp to examine the money note with reflected dollars amount. Or simply use your finger nail tip to scratch the money note to see whether the color come out or not. If not the money is real.

Maklumat ini di dapati dari pelbagai sumber bacaan & juga buku rujukan. Untuk membantu anda yg akan melancong ke china di sini aku senaraikan Money Changer yg boleh di percayai & di Ikhtiraf oleh banyak pihak, Dijamin nilai tukaran adalah tinggi & juga di jamin Note Tulen.


Trusted Money Changer

1. Lautwang Sdn. Bhd - Jalan Tun Mohd Fuad, Tmn Tun Dr. Ismail KL

2. MV Forex Sdn. Bhd - LG042 Midvalley Megamall, Lingkaran Syed Putra KL

3. Rapid Million Sdn. Bhd - LG013, Midvalley Megamall, Lingkaran Syed Putra KL

4. Wawasan Sentosa Holding - LG040 Center Court Midvalley Megamall KL




Rabu, 8 Ogos 2012

Wahai Purnama (Ya Badrotim)


I really Love This Khasidah...
Berjujuran airmataku bile teringatkan masa yg telah berlalu...
Ya Allah ampuni hambamu ini andai aku pernah terleka
Dari mengingati-MU dan Rasul-MU..
Sesungguhnya aku hanyalah hambamu yg lemah,
Maka Kau ampunilah aku Ya Allah,
Andai Engkau tidak mengampuniku
Maka termasuklah aku dlm kalangan hambaMU
yg kerugian Dunia & Akhirat,
hadirlah Ya Allah, hadirlah...
Dlm setiap denyut nadiku...
:.(


20 Ramadhan Kareem !!



Selasa, 7 Ogos 2012

Mencari Lailatul-Qadar




Surah Al-Qadr (ayat 1-5)

1.Innaa anzalnahu fii lailatil qadr.
2.Wa maa adrooka maa lailatul qadr
3.Lailatul qadri khairummin alfi syahr.
4.tanazzalul malaa’ikatu warruuhu fiihaa bi iznirabbihim minkulli amr
5.saaalamun hiya hatta mathla’il fajr.

Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan bagaimana engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada 1000 bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).




Alhamdulillah telah berlalu 19 hari dlm Ramadhan,
pejam celik sedar2 da nak Menyambut Aidul Fitri,
Moga2 10 mlm yg tinggal ini,
bermula mlm ini ade kesempatan untuk-ku
bertemu dgnMu Lailatulqadar.
Moga Allah menerima amalan-ku,
Moga Allah mengampunkan aku,
Moga Allah kabulkan doa2-ku,
Moga Allah Rahmati daku & keluargaku
Moga Allah sentiasa bersama-ku
Moga Allah matikan aku dlm Husnul Khatimah..
Ameen ya Rabb...

Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
“Artinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan,
seperti bejana hingga meninggi” [Hadits Riwayat Muslim 762]

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar
di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan beliau bersabda.
“Artinya : Siapa di antara kalian yang ingat
ketika terbit bulan seperti  syiqi jafnah”

Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata 
 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah,
cerah, tidak panas dan tidak juga dingin,
(dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya
melemah kemerah-merahan”

[Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]




Ahad, 5 Ogos 2012

Baby Nuha @ KPJ Kajang Part 3

Ini adalah beberapa keping gambar yg di ambil sepanjang aku melepak di PAEDS KPJ kajang, Ini adalah last entry aku berkenaan cite Nuha & PAEDS KPJ. setelah menghabiskan masa 4D3N kt sini akhirnya aku mendapat sekeping bill sebelum di benarkan keluar. 

Sile lihat berapa amount yg di kenakan, adakah aku rase berbaloi dgn service yg aku dapat..? Sudah semestinya TIDAK sama sekali. Walaubagaimanapun samada berpuas hati or Not payment tetap kene di langsaikan. Alhamdulillah bukan pakai duit poket aku, sume di tanggung Insurance. So walaupun perasaan menyampah sakit hati, xpuas hati dan sebagainya mengenai KPJ ni tp anakandaku Alhamdulillah sudah kembali Ceria ...  Walaupun masih cirit birit tp ia semakin berkurangan. mengikut kata Doc. ia mungkin mengambil sedikit masa utk pulih sepenuhnya...  


Total bayaran adalah 3189.85 MYR, sama cam 6 star Hotel tp service cam
 T*%$....!!



hari last lepas bukak balutan, tangan adek bengkak, sian syg ibu, Nurse siap nk inject kt tangan sebelah sana plak, katenye nnt doc nk masuk ubat sebab belum tentu blh balik lg ptg ni katanye, " uh nk masuk ubat ape lg, sy mmg nk balik dah ptg ni, xpyh cucuk lg laa, kesian dia 2,2 tangan sakit sat g.. nnt demam plak, susah plak sy nk kene amik cuti lg.." laju gile mulut aku potpet.. huhuhu Nurse terus tediam dan aku terus bawak Nuha keluar dr bilik rawatan.


Hari pertama di KPJ.. muke baru lepak nangis yea.. cian tecit ibu,
sakit ye syg kene cucuk..


Muke xsihat yea, cian adek.. hari ke-2 di KPJ.. adek dapat katil senang ibu
nk solat & nk ke toilet..


Tido dgn penuh iman di dada, anak ibu yg cool & baik budi bahasa... I love U syg, ibu mmg xboleh berhadapan dgn manusia yg suke mengganggu ketenteraman & mengundang masalah pada adek, mesti angin ibu akan naik sampai ke petala langit ke-7, Moga bile da besar nnt doa ibu, adek akan berjumpa dgn seorang lelaki yg akan sentiasa menjaga kebajikan adek mcm ibu menjaga adek yea syg.. I wish ...


Ini adalah No katil adek semasa di KPJ Kajang, hmm syok jugak duduk kt ward ni sebenarnya cume yg xsyok-nye bertembung dgn 2, 3 jenis manusia yg mmg xde adab + berlagak sombong xkene tempat, dari segi kepakaran doktor & juga khidmat nasihat Nurse di Wad PAEDS is good enough except for the attendant bodoh yg telah aku mansion di entry sebelum ini... 


Teman semasa berada di ward selama menunggu adek, tp yg aku bace xsampai 10 muka pun, baru je nk bace adek menangis..




View kat bed adek, sebelum dapat katil jaring adek.. masa ni sikit punye risau nk tinggal, maklum ajela lubang penghadang tepi katil tu sikit punye besar, mmg sah2 blh jatuh terjelopok kt bawah tu.. uh mmg gile risau klu nk ke toilet & solat...  



Itula dia pintu yg dihempas oleh pompuan legam yg xde adab ..
sebelah kiri tu adalah tiolet 


Toilet yg agak selesa, senang mandikan Nuha dlm sinki tu,
ala2 BB bath tab huhuhu...   :)


Sekian Terima kasih, Segala Kesulitan & kesilapan Bahasa 
harap di maafkan ... :)



Khamis, 2 Ogos 2012

Baby Nuha @ KPJ Kajang Part 1

Sejak mlm td aku xleh nk tido, aku bangun seawal jam 3.30am sampai ke subuh aku langsung xmelelapkan mata. oleh kerana aku mmg xleh nk tido maka aku mengisi masa waktu sahur dgn beberapa aktiviti keagamaan. Alhamdulillah ade jugak aktiviti di mlm ramadhan-ku..

Sesampai di opis kepala terasa sgt mamai, pening sebab xcukup tido pun ye jugak agaknya, hmm duk dlm opis sambil tersengguk-sengguk.. nasib baik bos meeting sepagi harini, so blhla aku melentokkan kepala di atas meja & bersandar di kerusi sambil kepala menerawang jauh entah kemana.. penin2 lalat jadinya.

Lepas solat zuhur sambung menyiapkan property report lg, tetiba cik Call, katenye Nuha da lembik coz dr kul 1pm td dia asyik muntah dan muntah xberenti, sampai keluar cairan kuning kehijauan dah.. Uh.. ape dah jadi ni..? jatuh ke Nuha..? knp sampai camtu skali.. Mmg nk kene balik jugak ni, hati dah xkeruan, jiwa di pagut rase ketakutan... risau andai sesuatu yg x-diduga berlaku, ah aku xsanggup utk membayangkan kenyataan itu andai ia menjadi realiti.. Ya Allah aku terlalu lemah utk menghadapi situasi itu.. bantulah hambamu ini, berilah kesihatan kepada anakanda kesayangan-ku itu, dialah cahaya hidupku, jgnlah terjadi ape2 kepadanya..
Aku terus mengemas laptop & segala document dimasukkan kedalam fail, Jumpe manager utk minta kebenaran balik awal. tanpa berbual panjang aku terus angkat kaki dan berjalan laju ke kereta, rase seperti aku ingin terbang. Bawak kereta pun dah mcm roket hilang kawalan, sume org bunyikan  hon kt aku, ahh lantak kolaa.. nk hon ke, nk bom ke.. xkuasa nk layan da.. dlm kepala aku ni cume satu yg aku fikirkan Anakanda Nuha..!! maaf aku mmg tertekan td, hati terasa sebak, Emosiku di luar kawalan buat seketika... sesampai di rumah cik, aku tengok Ammar tengah mencuci karpet, katenya Nuha muntah terpancut banyak kali habis sebidang karpet. Masuk2 ke rumah tgk Nuha terlantar lesu di tilam, emosi masih terkawal, cik nampak serba salah, mungkin dia pun kerisauan melihat keadaan Nuha yg seolah tidak bermaya, aku dah xnk tunggu lg, mesti segera di bawa ke Hospital, tp cik belum siap masak, katenye dia belum masak lg coz dr td Nuha muntah dan menangis...


 
aku amik masa 10 minit utk berfikir, perlu ke aku nk tunggu sampai  cik siap masak and than baru ke hospital..? melihat keadaan adek yg langsung tidak memberi tindak balas bile aku cube kejutkan dia tambah menakutkan aku, keputusan-nya aku pergi sendiri ke Hospital, nnt cik menyusul kemudian ajelaa, Insya'Allah aku masih boleh uruskan sendiri detik hati kecil-ku, Sesampai di KPJ Specialist Hospital Nuha muntah lagi, muntah kuning kehijauan lg, Ya Allah kesiannye anak ibu.. bersabar syg, sikit lg kite jumpe doctor yea.

Selepas berjumpe Doktor, Nuha didapati mengalami kekurangan air dlm badan, mungkin akibat muntah berpanjangan dan dia perlu di masukkan air, kata Doc. so kene warded laa.. hmm xpela, dah nk buat camne, klu itu yg terbaik, sebaik shj nurse panggil utk masukkan jarum di tangan Nuha, darah aku sekali lg berderau, aduusss sgt kesian anak ibu nk kene inject la plak. Nuha aku letakkan di atas bed dan aku berdiri di sisi sambil memerhati nurse2 pelatih memperlakukan anak kesayangan aku di depan mata.  Uh terlalu kasar kerje nurse ni pada firasat aku, maaf yea mungkin mulut aku sedikit banyak sengel, yerla yg nk dicucuk tu anak aku, bukannye anak kucing, so please buat kerje elok skit depan muke aku yea, kang ade aku amik jarum tu cucuk plak nurse yg ala xde adab dan tatasusila tu sat g.. dahla hati dan jiwa aku bagai nk tercabut dr td, pastu depan2 muka aku plak dia perlakukan anak aku cam ayam, sgt kasar kerje staf di bahagian kecemasan KPJ Kajang, aku mmg xberpuas hati.

Kerana mengenangkan aku berpuasa hari ini dan mood utk angin xtentu pasal agak kurang & masih terkawal. Walaupun minah xcukup akal tu siap suruh aku keluar & tunggu di luar shj.... eh..eh..eh.. banyak cantik muke ko nk instruct aku itu ini, ape ko ingat aku ni kuli batak ko? eh..eh.. minah ni terlebey melampau ni ? nasib baik aku masih blh bawak bersabar & buat2 xlayan shj nurse Bodoh tu, cume jauh dlm fikiran aku berkata, klu sekali lg kau ckp benda yg menyakitkan hati & telinga aku, mungkin aku xkan teragak2 utk bertindak di luar dugaan, mungkin 5 jari aku akan melekat kt muka ko... Nampaknye ko belum cukup dewasa menilai emosi seorang ibu dlm keadaan seperti ini, masih Bodoh + Dungu tentang ilmu mantik... Cerdik hanya pada kertas, tp bodoh & bengap pada jiwa & kepala otak.. 

Walaubagaimanapun Alhamdulillah Allah masih menjaga emosiku dari bertindak balas terhadap perkara2 jumud seperti melayan Nurse yg bengap tu... sekali lg aku nk ingatkan Ko wahai jururawat KPJ di bahagian kecemasan klu ko terbace entry aku ni, Air yg tenang jgn di sangka tiada buaya... lg satu better ko jaga sikit bahasa ko tu, sebab kata bijak pandai "Kerana Mulut jahat badan binasa.." so ko adalah antara manusia yg mmg xsayang diri ko sendiri, mungkin suatu masa yg ditentukan mungkin kerana mulut ko yg over tu, ade ko kene penampar or buku 5 dek kerana Mulut ko yg xde adab & kuang ajar itu.. Sekian

Mood sgt marah diperlakukan seperti kite plak menagih simpati dgn dia, ingat aku mintak sedekah ke ape kt hospital ni, ingat gaji ko tu sape yg bayar, dasar xsedar diri.. manusia yg xtau di untung begitula gayanye... Hmm panjang plak aku melepas perasaan di sini, xmengapalah yg penting aku hanya bermonolog dlm diri shj, belum lg aku mempamer emosi-ku td. Alhamdulillah syukur kerana aku masih boleh bersabar dgn tidak membalas kata2 jahat dan bertindak seperti manusia kurang akal.. amen ya allah semoga engkau terus memberi ketetapan hati kepadaku dlm menghadapi sesuatu perkara yg mengejutkan hatiku Ameen ya rab..