Rabu, 29 Januari 2014

Club Cuci Kereta Shine-Shine

 
Shine-shine club ni adalah club cuci kereta. So kepada pemilik kenderaan yang suka sgt hantar kereta kt salon tu maka menjadi ahli Club ni agak berbaloi jugaklah. Dengan syarat korang memang hantar cuci kereta paling kurang 15x sebulan untuk cucian biasa iaitu basuh & vacuum shj. Harga untuk cucian biasa apabila menjadi ahli club ni hanyalah RM8 untuk kereta sedan & RM12 untuk MPV & SUV. Kira agak murah jugaklah. Lagi satu Shin-shine Club ni banyak cawangan. Merata-rata ada, kt Midvalley pun ada. So klu xjumpe cari parking kt Midvalley tu bolehla hantar cuci kt situ, nnt diorang akan carikan parking. ehehehe.
 
 
Ini adalah kupon yang akan di beri kepada member yang telah mendaftar. So setiap kali nk dtg buat full salon boleh pakai kupon ni. Aku dapat yg Oren tu 5 keeping, 2 keping dah guna. Ada lg balance 3 keping.
 
 
Actually aku dah setahun lebih dah join Club Shine-shine ni. Entah macamne boleh terjoin xtaulah. Panjang sgt ceritanya klu aku nk story kt sini. So ape yg aku nak share pada entry kali ni adalah kebaikan join ahli Club Shine-shine ni je. Kedai dia ada satu kt Bandar Baru Bangi sekyen 7, area Mydin mart tu. Atau lebih mudah landmark dia dekat dengan restaurant Sup Ketin yang cekik darah tu. hah area situla kedai Shine-shine ni. untuk maklumat lebih lanjut boleh tengok gambar2 yg aku amik tu. Aku bukan dapat benefit pun promote kedai apek ni. Saje je rasa nk stori mori pasal benda ni hari ni, coz semalam baru je aku g cuci kereta kt situ.
 
 
 
 
Senarai harga untuk menjadi ahli Club Shine-shine
 
Tapi untuk yang gemar cuci kereta di rumah, mmg aku xberapa cadangkan join ahli club ni. coz agak membazir la plak jadinya. Macam aku pun sama, sebab aku bukanlah kaki cuci keta. Sebulan ada 2x je aku cuci kereta. So klu cuci kt kedai biasa baru RM10 kot. Sebulan baru habis RM20. Ok latu. Tp memandangkan aku telah gatal tangan menjadi ahli club ni maka terpaksalah aku cari shine-shine outlet jugak untuk cuci kereta. Jimat pun cume RM2 shj. So fikir2kan & selamat beramal yea.
 
 
 
 
Yang ini adalah pakej yang aku amik. Masa tahun 2012 tu  aku cume bayar RM1099 je. Nampaknye tahun ni diorang dah naikkan harga sebanyak RM100. Nak buat camne sume barang dah naik harga kan. Membership aku akan tamat pada bulan 8 tahun 2014 ni. Dah tak lama dah tu, tapi aku rasa confirm 100% aku tak nak renew dah kot, coz aku bukan kaki cuci kereta sgt. Mungkin kepada yang berminat bolehla jadi ahli... :)
 
 
 
 

Selasa, 28 Januari 2014

Range Rover Kesayangan Terbakar Di Batu Cave

 
Innalillahiwainailaihirojiun... sedih dengar berita ni. Kesian my sister in law. Dah lebih 4 bulan hantar kt Bengkel Range Rover di Batu Cave tu. Skali dengar berita, bengkel Range Rover tu terbakar akibat dari rebakan kebakaran di kedai bersebelahan. Bila call owner kedai, sume kereta yg berada dalam bengkel habis hangus terbakar katanya.
 
Walaubagaimanapun mengikut kata Mekanik kt situ, semua kos kebakaran & kerosakan akan di ganti. So klu ada rezeki dapat duit cash jela nnt. Mudah2n di mudahkan segala urusan.

 
 Gambar kenangan terakhir bersama Range Rover kesayangan-nya. Semua benda di dunia ni datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah jualah setiap segala sesuatu.
 
 
 
 
 

Sihat Sebelum Datangnya Sakit



Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Ini adalah pesanan asas yang di berikan oleh Rasulullah kepada umat manusia supaya sentiasa membuat persediaan yang secukupnya sebelum datang-nya hari yang penuh mendukacitakan setiap jiwa manusia. Setiap perkara yang ingin kita lakukan maka perlulah kite pertimbangkan ke-lima-lima perkara ini, mudah2n hidup kite sentiasa di bawah Rahmat Allah & sentiasa berlapang dada apabila menghadapi setiap perkara yang mendukacitakan dalam hidup ini.

1. Sihat sebelum datang-nya Sakit
2. Muda sebelum datangnya hari Tua
3. Kaya sebelum datang-nya Miskin
4. Masa Lapang sebelum dating masa Sibuk
5. Hidup sebelum datangnya Kematian
 
Sakit, Tua, miskin, sibuk & mati itu adalah 5 perkara yang akan di lalui oleh setiap manusia. Jgnlah lupa kepada 5 perkara sedih yang akan menerjah diri kita pada bila2 masa ini. Bersedialah, rancanglah & aturlah setiap saat & ketika untuk menghadapi segala kemungkinan yang tidak disangka-sangka.
 
Aku tidak berbicara tentang org lain, tetapi aku berbicara & menulis peringatan ini adalah untuk diriku sendiri. Terkadang aku lupa, bahawa hidup ini ada batasnya. Hidup ini ada kira-kiranya. Hidup ini bukan perkara main-main. Persediaan yang rapi amatlah penting untuk menghadapinya. Rancanganlah masa depan kita untuk menghadapi segala kemungkinan. Kerana 5 perkara buruk itu akan menerjah diri kite pada bila-bila masa sahaja. Jadi janganlah kite merasa aman dengan apa yang kite ada hari ini, sehingga kite lupe tentang hari esok yang belum pasti.
 
Bak kata pepatah melayu, "Sediakan Payung Sebelum Hujan" Banyak perkara penting yang sering kite terlepas pandang. Hidup ini bukan semata-mata hidup. Hidup yang kita lalui hari ini akan membawa kita menuju ke alam akhirat. Apa yg kita tanam itulah yg akan kita tuai penghujung hari nnt. Tanyalah diri sendiri, Apa yang telah aku tanam hari ini..? apekah pelaburan saham BSKL, Emas atau FCPO aku membuahkan hasil..? Bukan setakat pelaburan Dunia kawan2. Laburlah juga untuk hari akhirat. Tanamlah saham sedekah Jariah yang akan memberi pulangan di sana nnt. Sebuah pelaburan yang amat besar maknanya untuk kita. 
 
Aku pernah duduk sendiri & berfikir tentang huru-hara di Padang Mahsyar. Banyak ustaz & ustazah bercerita tentang kisah di Padang Mahsyar. Tetapi kita hanya sekadar mendengar & kita tidak dapat membayangkan bertapa huru-haranya hari tersebut. Ada satu peristiwa terjadi kepada aku, Di mana setiap seminggu akan ada satu panggilan telefon dari TM service menuntut aku untuk membuat bayaran tunggakan sebanyak RM500. Sudah 1000x aku terangkan kepada pihak TM yang aku telah lama membuat termination service berkenaan. Tetapi charge bulanan masih berjalan sedangkan aku telah tidak menggunakan service tersebut. Setiap kali mendapat panggilan dari nombor yang berkenaan, maka aku just ignore & refuse to answer. Kerana pertanyaan yang di ajukan adalah pertanyaan yang sama & kadang-kala akan membuat aku naik marah. Pernah beberapa operator TM mendapat tempias.
 
After kejadian berkenaan, aku berfikir sendiri. Bagaimana panggilan daripada Operator TM tu sudah cukup untuk membuatkan aku marah & sangat mengganggu emosi-ku ketika itu. Bagaimana pula dengan halnya ketika di padang mahsyar nnt..?????????
 
Setiap org akan mencari orang yang ingin di tuntut & setiap org masing-masing akan melarikan diri daripada berjumpe dengan manusia yg ingin menuntut hak & tanggungjawab yang telah di abaikan daripadanya. Isteri mencari suami untuk menuntut keadilan & pertanggungjawaban, anak-anak perempuan mencari ayah & saudara lelaki untuk menuntut dipertanggungjawaban atas segala dosa yang berlaku semasa mereka di dunia. Si penghutang mencari si pemiutang untuk menjelaskan segala bayaran. Manusia2 yang teraniaya akan mencari manusia yang menganiaya. Masing2 sibuk mencari & melarikan diri. Pada hari itu suami tidak lagi mempedulikan isteri & anak2. Masing-masing sibuk dengan hal mencari saksi sebelum tiba hari pengadilan di hadapan Allah. Maka siapakah yang akan menjadi Saksi pada hari itu. Saksi yang sebenar-benar saksi.

Kalau hari ini, kite merasa tertekan apabila mendapat panggilan bertubi-tubi dari bank-bank yang menuntut bayaran. Kite pening & runsing menghadapi tugasan seharian ditempat kerja. Tetapi ada ketikanya kite masih terasa aman dengan merehatkan diri dengan bercuti & melancong kemana-mana. Tetapi di sana nnt, tidak ada sedikitpun ruang & ketika untuk merasa aman. Adakah kita telah bersedia untuk menghadapi hari yang penuh hura-hara itu...??? Allahuakhbar...

Maka perhatikanlah setiap duit yg masuk ke dalam poket, perhatikanlah setiap sesuap nasi yang kite berikan kepada keluarga, isteri dan anak2. Mudah2n bila tibanya saat itu, banyak perkara yang telah kite selesaikan semasa di dunia lagi. Walaupun tiada seorang manusia pun yang akan merasa aman apabila tiba hari pengadilan itu. Setiap manusia akan memikirkan tentang segala tanggungjawab yang telah di berikan, adakah setiap satunya dilaksanakan dengan sempurna...? Fikir-fikirkan & selamat beramal... 






Isnin, 27 Januari 2014

Nyamuk Masuk Ke Rongga Telinga !

Adakah korang pernah mengalami perkara sedemikian..? Bagaimana cara untuk memastikan sebarang bendasing yang hidup ini keluar dengan segera dari telinga. Ok harini aku nak share pasal benda ni. Coz semalam entah ape benda yang masuk dalam telinga aku, naik pening kepala di buatnya. Tengah sedap-sedap tidur sekali terdengar begitu kuat bunyi sayap yang dikibas-kibas di sebelah telinga. Bila tersedar baru perasan bunyi tersebut datangnya dari dalam telinga.
 
Hampir sejam aku bertarung untuk mengeluarkan binatang tersebut dari dalam telinga. Step pertama yg aku buat, aku ke bilik air & masukkan air ke telinga. Tetapi masih tidak berhasil. Seterusnya aku korek menggunakan pengorek telinga besi, masih jugak tidak berhasil. makin kuat pula dia mengebas sayap dalam telinga-ku. Isk sakitnya hati, hendak saja aku penyet2 binatang ni. Bayangkan satu pergerakkan yang begitu dekat dengan gegendang telinga, mmg berdensing macam duk sebelah enjin kapal terbang.
 
Langkah seterusnya aku cuba menutup hidung & mulut sambil menghembus udara keluar melalui telinga. dengan harapan bendasing tu akan terhembus keluar. Tapi semuanya hampa. Kalau my hubby ada boleh juga dia tolong tengok-kan. Ini aku & Nuha shj. Hubby outstation, so terpaksalah aku usahakan sendiri untuk keluarkan. Jam menunjukkan 3.30am. Lama lagi nk tunggu siang ni, klu x-keluar jugak kene pergi ke klinik la nampaknya. Itu jela jalan terakhir nampanya.
 
Tiba-tiba aku teringat, Pernah seorang ustaz yg datang berubat my parent masa kt kampong dulu cakap, sekiranya ada benda yang masuk ke dalam rumah or ade gangguan binantang ataupun makhluk halus, cuba baca ayat ni. (surah Al-Jin Ayat : 3) Sambil membaca berulang-ulang kali ayat berkenaan, aku juga menyuluh lampu kedalam telinga, dengan harapan binatang berkenaan dapat melihat jalan keluar dengan berpandukan cahaya terang yang di pancarkan. Alhamdulillah berkat kalimah Allah tu maka terkeluarlah binatang asing yg duduk dalam telinga aku tu.



Allahuakhbar, after that aku termenung seketika. Hanya kerana binatang kecil yg masuk ke rongga telinga, sudah cukup untuk membuatkan aku resah & tidak aman sama sekali. Bertapa banyak-nya rahmat & penjagaan Allah terhadap kita sebelum ini. Tetapi jarang kita syukuri. Maka adakah terlalu hebat sangatkah kite jika dibandingkan dengan seekor makhluk Allah yang kecil itu. SubhanAllah...




Hangzhou :: Meronda @ West Lake



Hangzhou merupakan sebuah penempatan yang aman & indah. Senibina bangunan-nya tersangatlah unik & cantik. Rumah-rumah di bina mengikut senibina yang tersendiri. Ada bungalow 3 tingkat & lebih. Walaubangaimana pun senibina lama di Hangzhou sangat menarik perhatian aku. Ia Nampak seperti seragam & kene dengan budaya di kawasan setempat. Klu ke Hangzhou jangan ketinggalan untuk menaiki keretapi laju dari Hangzhou ke Shanghai or anywhere. Anda akan dapat menikmati keindahan Bandar Hangzhou dengan lebih dekat & jelas.


Sepanjang 6 hari aku di Hangzhou banyak tempat yang belum sempat aku jelajahi. Bandar Hangzhou yang sempat aku meronda bersama hubby & Nuha hanyalah Westlake. Hari-hari lainnya kami banyak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Perjalanan kami hanya menggunakan High Speed Train (CRH).


Kami hanya meluangkan hanya beberapa jam untuk menikmati hanya segelintir dari keindahan Westlake, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Westlake orang boleh lawati ke Website INI. Segala maklumat berkenaan dengan Westlake atau Tasik Barat ini ada diceritakan dengan details di situ. Dalam bahasa mandarin Westlake ini di sebut XI HU (sihu). Pemandangan di sini sangat indah. Beberapa jam yang di habiskan di Xi Hu ini terasa begitu cepat sekali. Tasik ini tersangatlah besar. Rasanya korang perlukan masa selama sehari untuk menjelajahi keseluruhan tasik barat ini. Kepada yang berminat untuk menaiki boat untuk mengelilingi tasik juga ada di sediakan. Harga/person 155 Yuan klu tak silap aku. Tempoh masa yang di ambil lebih kurang 1 jam setengah.



Sepanjang pagi menghabiskan masa di sana, terasa begitu tenang sekali. Dengan keindahan & keaslian budaya China yang masih terpelihara. Aku merasa seolah-olah berada dalam sebuah filem purba di zaman Dinasti Qin. Tapak-tapak & kesan sejarah masih terpelihara di sana.



 
Suhu ketika kami di sana pada ketika itu adalah sekitar 5 degree. Cukup sejuk untuk membuatkan permukaan kulit muka & tangan aku kekeringan. Losyen biasa yang di beli semasa di Malaysia tidak begitu berkesan untuk menahan udara sejuk ketika di sana. Kesian Nuha, habis kulit muka & tangan-nya kekeringan, Kerana tidak tahan terdedah kepada suhu sejuk terlalu lama sampai bibir Nuha pun pecah & berdarah. kesian kecik ibu. Tp Alhamdulillah Nuha tidak mengalami sebarang jangkitan seperti elergi ataupun demam. Cume sedikit selsema shj.




Lebih kurang 3 jam kami menghabiskan masa berjalan-jalan sekitar Tasik ini. Melihat telatah & budaya rakyat jelata. Memerhati gelagat para pelancong. Dengan udara pagi yang nyaman. Sungguh membuatkan hatiku ingin kembali ke sana lagi. 


Kami menamatkan perjalanan kami di sekitar west lake dengan berhenti makan di sebuah kedai Istanbul yang berada di seberang jalan bertentangan dengan Medal Bulat tu. Alhamdulillah hidangan yang sangat lazat & banyak. Harga untuk hidangan makan tengah hari di situ adalah RMB98.



 
 

Ahad, 26 Januari 2014

Kenduri Kesyukuran Naik Rumah & Bestday Nuha



Alhamdulillah, atucara Majlis kesyukuran pada hujung minggu baru ini berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua Ahli Keluarga, Jiran-jiran, kawan-kawan, staf-staf Mindef & juga ahli surau yang telah datang memeriahkan Majlis kami pada 25hb January 2014. Majlis kesyukuran ini di adakan adalah sempena menyambut hari kelahiran anakanda Nuha Safiya Muhammad Shafie yang telah berusia 2 tahun pada 14 January 2014 yg lalu. Di samping itu juga membuat Majlis ini adalah sempena tanda kesyukuran masuk ke Rumah Baru. Alhamdulillah ya Allah atas segala Rezeki & Rahmat yang telah Engkau curahkan kepada kami. Buat majlis ni mmg seronok. Tetapi persediaan untuk Majlis tu tersangatlah penat, coz kitorang banyak handle sendiri, hanya tempah nasi beriani & kambing golek shj. Lain2 persediaan buat sendiri. Dah nak sgt buat sendiri kan. Rasakanlah... Lepas ni dah tobat xnk urus sendiri dah, atleast kene  cari full catering yang uruskan. Cume nk kene Fulusi lebih skitla. ehehehehe...
 
Macam-macam peristiwa terjadi sepanjang hari sebelum Majis bermula. Mamai kitorang dibuatnye, dugaan.. Cerita yang paling entah apa2 apabila gas memasak habis ketika sedang menggoreng karipap. Sehari sebelum tu hubby dah mention untuk menyediakan tong gas tambahan. Manala tau kot2 gas tiba-tiba habis katanye. Tapi aku dengan penuh yakin, percaya yang gas tu xkan habis. sekali amik kaw. Nasib baik laksa penang aku dah siap masak, kalau tak memang kelam-kelibut jugak dibuatnya. Kebetulan masa tu plak hubby dah keluar amik kuih di Saujana Impian & juga Sate Willy di Sungai Ramal. Call hubby xangkat la plak.. adoiii. Aku pun dah malas nk pikir pasal gas tu, coz banyak kerje lain lg nk buat, nk solat asar lg, nak mandi lg, nk susun pinggan mangkuk kt luar & mcm2 lagilah. Makcik aku dah membebel itu ini. So buat pekak telinga jelaa.. Fuhhh tersangatlah banyak kerje buat majlis ni hah. walaupun majlis simple2 je pun. penat tuhan je tau. Rasa nk tercabut segala urat & pinggang aku ni hah... adoidoidoi..
 
 
Laksa Penang Buat sendiri, siap bungkus macam catering lagik.
ehehehe..
 
 
Nak dijadikan cerita my nebor kt sebelah tu dtg melawat. masa dia dtg tu aku tgh bersiap2 kat atas kot, my aunty je ada kt bawah masa tu. So aku pun xtau ape yg terjadi, sedar2 my nebor kasi pinjam gas memasak dia kt kitorang. Aduss malu I se-round tau, huhuhu Xpasal-pasal angkat tong gas jiran.. ehehehe lawak toilaa.. Apepun thanks a lot my nebor. Jasa-mu tetap ku kenang. :)
 
Hubby plak sikit punye lama g amik kuih dgn sate sampai dekat jam 7.30 baru sampai kt umah. Klu ikutkan Majlis bermula pada jam 7.30 untuk bacaan Yassin & solat marghib berjemaah tp terpaksa di tunda. Mana tetamu yang dtg awal tu, aku persilakan untuk diorang makan dulu. Tak kan nk suh tengok je makanan kt atas meja hidangan tu kesian diorang. Kambing golek plak dekat jam 8 baru nk buka stall. Buat2 lupe plak diorang ni. Isk macam2 laa diorang ni.
 
 
Antara kawan laki2 yang dtg, gambar yang lain2 xde, ini pun gambar ehsan dr group whatsapp. Bateri fon aku Kong terus malam tu, banyak sgt call masuk. So  gambar Bapak Mithali 2 org ni je yg ada. Bapak2 lain jgn terasa hati plak yea. ehehehehe :)
 
 
After dah selesai semua bacaan yassin, kawan2 sekolah X-SMK(A)DG pun ramai yang dtg. Dah tua-tua belaka. hikhikhik.. Masing-masing datang dengan family. Rasa sgt nostalgia, dah macam duk kt sekolah je rasa. Duk sembang pasal cite masa sekolah. Masing2 dah jadik mak & bapak org kaw, so muka pun dah berubah. sampai aku pun xcam member aku sorang ni... kesian dia, siap tersengih2 dari jauh lagi, aku ni plak muke confius, sapa ni..?? ya Allah bile dtg tengok lama-lama barulah boleh recall balik. hehehe.. kelakar toi. Ada lagi kes naya bila kawan aku call nk tanye jalan ke rumah tp bile aku angkat & Tanya sapa ni..? Dia pun cakap Rafidah.. aku plak duk fikir, Rafidah mana plak ni, eh salah no ni, xpela yea, Bye & terus je aku letak.. ahahaha kesian betul member aku ni, dahla nk dtg rumah aku tu sikit punye ramai yg tersesat entah kemana-mana. adoiii.. apela nasib alamat masih baru & xde dlm GPS. Bile dah jumpe & cerita balik semua tergelak pecah perut... Hmm Cepatnya masa berlalu kan. macam2 cerita & kisah di lalui. Semua tu membuatkan diri kite semakin matang & berfikiran lebih terbuka.
 
 
Ini lagi kawan aku X-SMK(A)DG, owner blog anakmamamanja.blogspot.com
 
 
Tenant aku yang dekat Taman Sepakat Indah 2 pun datang. Thanks to Omar & Yasser Familys. Siap bawak hadiah gedabak punye besar. Org arab ni mmg jenis suka meraikan kawan2. Syukur Alhamdulillah dapat tenant yang baik hati & beriman. Senang kerja aku, setiap bulan Xperlu nk call 10x mintak bayar duit rumah. every 26hb sure masuk account.. :)
 
Majlis berakhir jam 11 mlm, Tapi masih ada lg kawan-kawan yang duduk melepak & makan, sekitar jam 12.30 semua tetamu dah beransur pulang. Aku pun dah penat gile. Tadi masa duk melayan kawan-kawan & tetamu yg datang xterasa penatnya. Magic jugak kekadang, perasaan happy tu akan menyebabkan daya tahan diri kita meningkat 100%. Macam beteri HP yang dah weak tapi bila jumpe kawan2 tiba-tiba je full recharge. Itulah pentingnya menjaga perasaan & emosi. Xpayah berdendam & berdengki bagai, xbagus untuk diri & masyarakat. Klu nk sakit hati & geram memanjang pun sampai bile la sangat... kan..kan..kan..  yang sudah itu biarlah berlalu, kita buka buku baru. Itulah yang lebih baik. InsyaAllah.
 
Total tetamu yang datang di anggarkan +-100 org. Sate Daging & Ayam yang di tempeh 600pcs semua-nya habis. Kambing Golek pun habis seekor. Xsampai jam 10.30 dah tutup kedai. nasi Beriani ada berbaki sikit lg. Laksa penang 80 bungkus habis juga. Cume yang tinggal laksa yg x di pek shj. So lepas ni, aku rasa dah boleh agak banyak mana kuantiti makanan yg perlu di sediakan. Alhamdulillah xde banyak sgt membazir makanan. cumenya laksa ada sedulang xhabis. Kuah dah habis, laksa je yg xhabis. sepatutnya untuk jemputan 100-150 org hanya perlukan 8 bungkus laksa shj. Aku masak 12 bungkus laksa mlm tu. Terpaksa di tongsampahkan lebihan tu. Apepun Alhamdulillah semua telah selesai dengan jaya-nya. Keesokkan harinya, after solat subuh semua pakat lelap sampai jam 1 tengah hari, penat punye pasal... ehehehe... :)
 
 


Outstation Lagi

 
 
Walaupun dah selalu kene tinggal sebelum ni, tapi bila dah biasa duk dekat2 day & nite, even office hour pun lunch skali. Jadi rasa macam xbiasa la plak bila hubby xde lama-lama ni. sob-sob sedihnye... Selalu paling lama pun 3D2N je hubby outstation. Tp This time sampai 4D3N, aduyaiiii lamanya !!
 
Klu ikutkan hati nak aje aku amik cuti & follow hubby ke Labuan, memandangkan terlalu banyak kerja yg perlu di siapkan maka harapan tu terpaksa aku simpan jauh-jauh. Nampak-nya aku kene beli makanan utk lunch setiap pagi otw nk ke Opis. Time lunch dah xpayah kuar kemana-mana, lepak makan bekal je. Hmm Dah biasa hubby dtg jemput & makan sama-sama, so rasa macam janggal je nk kuar lepak lunch dgn org lain plak. Hmm cepatlah masa berlalu, supaya hubby cepat kembali Dcc.
 
Semoga hubby selamat pergi & pulang. Take Care Dear.. :.(

Selasa, 21 Januari 2014

My Home :: Korea Wallpaper

 
Wallpaper memang sudah menjadi trend setiap rumah sekarang. Masa mula2 masuk rumah, hubby dah kasi cadangan untuk pasang wallpaper. Tapi entah macamne aku cancle-kan pemasangan wallpaper & decide untuk paint the whole house. Xsampai pun lg setengah tahun tetiba dtg mood nk pasang wallpaper plak. Terkopak lagi-la poket kitorang untuk kesekian kali-nya. Itulah klu dengar cakap hubby dari awal xdela 2x kerja. Hmm...
 

 
 
Mula2 kitorang g survey kt Bandar Baru Bangi kt Living Depot Hardware. Lepas duk bincang2 harga rasa macam mahal sangat kot klu pasang German punye wallpaper. Kualiti dengan korea pun xde jauh beza sangat klu amik Korea Gred A tu. After sembang2 ngan saleman kt Living depot tu, kitorang decide nk ke Puchong. Coz kt Sebelah IOI tu mmg ada outlet Korea Wallpaper yg bapak gaban besar. Sedikit penerangan yg di beri oleh saleman kt kedai Wallpaper di Puchong mengenai Wallpaper German Vs Korea. 

German punye Wallpaper hanya boleh cover 57kaki persegi dinding, berbanding Korea wallpaper boleh cover 150 kaki persegi dinding. Harga lebih kurang sama je. Klu yang German punye kene beli 3 gulung harga total +-RM750. Manakala Korea pula RM950/roll. Itu harga yang belum discount. Memandangkan diorang tengah buat Chinese New Year punye sale maka harga yang RM950/roll tu cume RM650/roll je. Tp itu wallpaper shj-la. Belum masuk kos pemasangan lagi. Harga pemasangan RM200/roll untuk wall yang ketinggian kurang dari 11ft, klu lebih dari 11ft tapi kurang dari 15ft RM250/roll. Klu lebih dari 15ft plak harga jadi mahal skitla coz nk kene pakai skyfolding. Harga jadi RM300/roll.
 
 
 
Untuk design dan harga mmg ada banyak pilihan, sempena musim promosi ni, harga yg ditawarkan serendah RM160/roll. Yang ni mmg pure paper, bukan vinyl. So jangka hayat serta ketahanan mmg tak sama dengan Vinyl wallpaper. Harga untuk vinyl bermula dari RM350/roll hingga RM650/roll untuk Premium Vinyl. Klu tengok packaging pun dah tau yang mana satu vinyl, yang mana satu pure paper.
  
So kitorang decide untuk pakai installer luar je. Murah skit dari pakai yang kedai punye. Kitorang beli 7 roll semuanya dan dapat 2 roll percuma. Klu installation RM200/roll dah jadi RM1800 untuk installation shj. Tapi untuk menurut kata saleman kt kedai tu, untuk pemasangan melebihi 5 roll, pemasangan yang ke 6 dan seterusnya jadi Free. Itupun promotion sempena Chinese New Year jugak. So kpd kawan-kawan yang rasa nk pasang Whole house tu blhla lock price kt diorang dulu. Nnt dah cukup modal baru buat pemasangan.
 
 
Inilah wallpaper yang telah menjadi pilihan kami, 4 roll Premium Vinyl,
5 roll yang jenis Pure Paper.
 
 
Selepas membuat sedikit carian berkenaan dengan installation wallpaper, maka kitorang decide untuk upah Loveshine installer. Harga yang di beri agak murah untuk pemasangan yang sedikit. Tapi klu nk pasang banyak aku mmg cadangkan korang pakai installer kedai je coz maximum kos untuk installation RM1000 je, selebihnya dah FREE. Memandangkan kitorang cume pasang hanya beberapa roll je, itu sebab aku cari installer luar. Kadar harga upah yang di kenakan adalah seperti berikut: Harga untuk 2 roll pertama untuk Korea wallpaper ialah RM250. Roll yang seterusnya hanya RM90/roll. Kitorang decide untuk pasang 7 roll je, lagi 2 roll nnt pasang sendiri after tengok cara diorang pasang. Ehehehe save skit. Lagipun klu kene cara, mmg mudah je nk pasang wallpaper ni, tp klu xtau cara mmg susah jugak & risiko dia adalah anda hanya akan merosakkan wallpaper shj. So kene tengok cara pemasangan yg betul buat amali skit pastu baru blh try cuba sendiri..
 
 
 

Isnin, 20 Januari 2014

Bila My Little Beloved Demam

 
 
Demam tiba-tiba, xde kene hujan, xde main panas kt luar, tiba-tiba badan panas dan bacaan thermometer 38. Mata mula berair & hidung pun dah ala-ala nk selseme. Aku dah cakap ngan hubby, "Adik mcm nk demam je tu, kene kasi ubat demam cepat2 tu nnt melarat" Skali mmg betul pun, petang suhu badan makin panas, siap muntah2. Once minum je susu, xlama terus terpancut keluar. Habis tilam & Sofabed kt rumah. Hmm ape nk di kate, sabo jela.
 
Ke esokkan hari tu dah kasi ubat pun badan still panas, slalu after kasi ubat demam suhu badan turun sekejap sebab tindakbalas terhadap ubat. Tp kali ni tak turun-turun jugak suhu badan. Aku dah risau, takut ape2 yang tak di sangka terjadi. Maklumlah budak2, bukan reti bercakap sngt pun. Terfikir nk bawak g hospital tapi klu g hospital ni mmh kene masuk wad dah celaru nnt.
 
 
 
Actually this Saturday kitorang dah announce untuk buat Majlis Kesyukuran kt rumah Hillpark sempena meraikan kesyukuran masuk rumah baru serta menyambut ulangtahun kelahiran Nuha yang ke 2. Tapi klu kene warded camne, sapa yg nk handle sume tu. Catering sume dah tempah dah dibayar deposit, canopy pun dah tempah, jemputan pun dah dimaklumkan. Adoiii... serabut aku duk fikir, dlm hati pun duk berdoa moga2 adik cepat sembuh.
 
 
 
 
Hari pertama demam & selsema je. Hari kedua demam, muntah & cirit birit. Hari ke 3 demam & cirit-birit. Muntah & selsema dah hilang. Semalam saja hamper 10x tukar pampers. Sian adik, mesti pedih bontot  dia. Perut pun dah kempis. Langsung xde selera nak makan. Hanya susu & air masak je yg dia nk minum lain dari tu sume dia xnk. Ya Allah sembuhkanlah penyakit anak kesayanganku. Sayu hati ibu tengok bile adik lembik & tak seaktif seperti selalu.
 
Bila tengok keadaan Nuha yang terlantar di tilam, fikiran terus teringat akan arwah umi yang sakit terlantar. Hanya air masak & susu yg jadi makanan. Tak tersedar airmata terus mengalir. Risau & sedih terus menerkam perasaan aku. Takut ape2 terjadi. Allah...

Ahad, 19 Januari 2014

Pemasangan Polycarbonate Pagola Style



Musim tengkujuh dah xmenentu skrg. Dah masuk pertengahan bulan January pun masih hujan lebat lagi. Bila dah hujan memanjang, aktiviti untuk menjemur pakaian menjadi terhad. Lagi2 bila tiada space di bahagian belakang untuk ampaian. Bila dah jadi macamni, barulah kitorang realize bahawa ruang untuk menyidai baju adalah sangat penting & seharusnya setiap rumah perlu ada ruang untuk ampaian.

Akhirnya kitorang telah bersepakat untuk membuat pemasangan awning di bahagian carporch. Sekurang2nya masalah untuk menyidai baju dapat diselesaikan bile hujan. Selalunya kami hanya sidai baju di bahagian belakang dapur. Tp bile hujan turun habislah basah kuyup semua baju kitorang. Sedihkan... balik dari kerje tengok baju sume dah lencun habis. terpaksalah angkat, basuh lagi skali & sidai tepi rail staircase. Dah macam rumah setinggan.

So... Hari ni aku nk stori kt kengkawan yg masih mencari contarctor or kedai besi yg boleh buat "Polycarbonate Pagola Style" dengan harga yang sngt berpatutan. Klu sebelum ni aku tak kisah dengan siapa nk buat & siapa yg buat pemasangan. Tapi setelah mengalami banyak pengalaman buruk dengan kontarktor Indon & juga pekerja indon yg entah ape2 kejanya, so aku decide untuk amik Chinese sebagai kontraktor untuk kes yg xseberapa ni. Nama Lancai ni Jonhson. As long as aku berurusan dgn Jonhson ni, mmg kitorang berpuas hati.

Jonhson ni sangat baik & tak banyak songeh, Walaupun banyak kali aku mintak dia ubah design & buat sedikit tambahan besi tapi still dia layan dengan baik & tidak menyakitkan hati. Service mamat chinese ni pun mmg terbaik. Hasil kerja pun blh tahan. Dan paling penting harga antara yang termurah di pasaran. Aku rasa sebab dia masih muda & baru shj amik alih bisness kilang besi ni dengan Bapak dia, itu yg kekadang dia mamai skit & xpandai sgt nk pusing sana sini.

 
 
Kat bahagian tepi tu aku sengaja kosongkan, tujuannya adalah untuk memberi laluan kepada air hujan. Coz pokok-pokok aku tu kene dpt pencahayaan yang secukupnya. So after duk fikir2 maka aku decide untuk buat design camtu, asalnya mmg xde pun camtu masa discuss dgn Johnson sebelum tu. Tp after tengok diorang pasang, dan2 tu aku ubah fikiran and request diorang tambahkan 4 batang besi kt bahagian kosong tu, at-least bolehla aku sangkut pokok orchid ke ape kan.. hehehe.
 
 
 
 
Besi yang aku pakai untuk bahagian hadapan adalah size 6 x 2 inchi. Slalu org pasang 4 x 2 je. Klu besi depan tu besar Nampak lagi real macam kayu skit. walaubagaimanapun aku cat kolor silver gray. saje xnak cat color coklat. dah macam rare sgt.. hehehe sesekali mencari kelainan.
 
 
Aku pernah Tanya kt Unigate untuk quotation polycarbonate pagola style ni. Harga yang aku dapat tersangatlah mahal. Delux kasi quotation siap pasang semua RM26/sft. Lagi dia hanya pakai besi 2 x 4 inchi shj untuk alang di bahagian hadapan, klu kite nk pakai besi 2 x 6 inchi kene tambah lagi +-RM200. Tp dengan Lancai yang baik hati ni dia kasi harga mmg terbaik. siap boleh tukar2 design lg. harga sama je tp layan jela dia membebel itu ini. ehehhe kononlah, X-untungla, rugila.. bla..bla..bla.. tp last2 ok je, bile dah siap aku bayar senyap je pun... ehheeh Jonhson2, Kasi minum limau ais bergelas2 senyap terus dia. siap boleh offer aku untuk pasang Autogate plak. hehehe.. Harga pun terbaik di pasaran. InsyaAllah klu ada bajet mmg nk pasang jugak Autogate ni. senang kerja & bagus untuk keselamatan. Keselamatan la sgt, padahal dah ade guard berpalang pun kt depan sana. Tp xpela, klu musim hujan xpayah nk basah2. Tp kene hold dululaa, bulan-bulan depan la pulak, banyak sangat dah kuar duit 2 bulan ni. Saving pun sampai dah kering.

 
Yg duk tengah tula si Jonhson. Muda lagi pun umur baru 26 yrs old. Ada skali tu dia janji nk dtg kul 3 ptg so kitorang tunggula. Aleh kul 6 ptg baru sampai, Lori dia breakdown kt highway. hehehe muka bukan main cuak takut kitorang angin. Tp aku cool je, xde nk marah ke ape, coz aku pun kuar jln2 dr kul12 sampai kul 5 lebih baru sampai rumah.. kesianla jugak kt si Johnson ni, Siap dtg hantar pagar & besi2 kt rumah aku dengan towing truck lagik. Mmg lawak tul si lancai ni...
 

 
Sebelum pasang aku mintak dia sembur antirust dulu selepis. tujuan dia supaya tahan karat skitlaa. maklumlah musim skrg ni kejap hujan, kejap panas. Mmg cepat aje berkarat klu xsapu antirust. Ini baru sapu antirust, color ala2 light blue, dah siap pasang tergantung kt atas sume baru diorang cat color light gray.
 


Masa 1st day diorang dtg pasang kt rumah. Tempoh pemasangan selama 2 hari setengah. yang jadi lama tu pasal lori dia breakdown kt highway cheras-kajang. klu tak satu hari setengah dah siap dah. Workmanship pun kemas. Secara keseluruhan kitorang mmg berpuas hati dengan hasil kerja diorang ni. Xde nak sakit kepala, xde nk marah2. senang hati berurusan dgn manusia yg  buat kerja secara jujur ni. Klu tak boleh migraine aku layan kerenah indon2 yg buat rumah sebelum ni. Aahai indon...

Polycarbonate yg aku pasang ni buatan Malaysia gred terbaik kata si Jonhson. Bukan yang kitar semula ke ape yea. Code MK 57 color light gray. So make sure klu korang nk pasang tu, Tanya dulu kontraktor ape jenis dia kasi, pastikan anda mendapat brand Marklon polyglass. Warranty 10 tahun jika retak, pecah, pudar warna ataupun leaking. Delux pun pasang yg jenis ni jugak. klu yang japan tu mahal skit. Tp klu dah warranty 10 tahun tu okla tu. Setakat nk jemur panas & tahan hujan kt carporch tu xpayahla nk branded bagai, cukup da yang tu ( untuk aku laa, tp klu yang berkemampuan tu ape salahnye kan). Bagi aku yang penting good kualiti, ada jaminan ketahanan jika rosak, functioning, harga mampu milik & cantik di pandang. Dah cukup tu.

ok setakat itu shj perkongsian kali ni, klu ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan sebarang pertanyaan di bahagian komen di bawah yea. InsyaAllah klu berkesempatan aku akan bantu mana yang mampu. Bapaiii... Zaasss....




 
 

Ahad, 12 Januari 2014

Happy Bestday Sayang Ibu & Abi




Budak kecik yang sangat demanding, Sedar-sedar dah nak masuk 2yrs dah pun. Esok jam 7.25 pagi genaplah usia adik 2 tahun. Happy Bestday Sayang semoga membesar dengan sihat, bijak & Berjaya dunia hingga ke akhirat.
 
Membesarkan anak yang bernama Nuha Safiya Binti Muhammad Shafie selama 2 tahun ini adalah sebuah pengalaman paling indah dalam hidupku. Kehadirannya bagai sebuah cahaya yang memberi sinar pada setiap langkah kehidupanKu. Allah tahu aku keseorangan, Allah tahu aku kesunyian. Lantas dia anugerahkan aku seorang teman yang sangat aku sayangi, seorang teman yg setia bersama-ku.
 
Ya Allah sejahterakanlah hidup Anak-ku, panjangkan & berkatilah umurnya. Limpahkanlah rahmat dan hidayah kepada anakku, Mudah2n dia menjadi hambaMU yg beriman lagi bertaqwa.
 
 
Wahai anak yang ibu kasihi, mungkin ada kesilapan ibu & abi sepanjang membesarkan-mu, maafkanlah kami. Andai ada kekurangan didikkan sepanjang mendidikmu menjadi hamba tuhan, maafkanlah kami. Carilah ilmu sendiri hingga ke petala langit yang paling tinggi, carilah apa sahaja yang ingin kau cari, asalkan pencarian-mu itu kerana Allah. Tabahkanlah hati-mu sepanjang hidup. Ingatlah, Allah sentiasa ada bersama-mu. Walau tiada Ibu di sisi, ingatlah Allah, dia pasti menemani-mu setiap saat dan ketika. Andai kau terasa sunyi, lantunkanlah bacaan Al-quran moga ia bias menjadi teman penghibur-mu. Akhir kata dari Ibu, moga hidupmu sentiasa di limpahi bahagia hingga ke akhirat.
 
Selamat menyambut Ulangtahun yang ke 2 tahun buat anakanda yang Ibu & Abi kasihi...


Selasa, 7 Januari 2014

Dengarlah Suara Yang Indah & Kata-kata Yang Mulia !

Terasa lapang & tenang apabila mendengar alunan suara2 yang memuji Allah dgn bait kata2 yg penuh dengan nasihat & pedoman untuk hati....

























Opick feat flo – Shalu’ala Muhammad

Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad


Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari al-quran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Pabila mulut jauh dari Asma-Nya
Langkahnya hidup bagai hilang berkahnya
Pabila dunia tak berlandaskan jiwa
Siap-siap akhirat meninggalkannya

Dibayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba


Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad


Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari al-quran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Dibayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba

Ya Rabbi Ya Rabbi Ya Rabbi

Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad

Sholallah ala Muhammad
Shallallahu Alaihi Wa Salam
Sholallah ala Muhammad
Sholallah alai Wa sallim

Yaa Nabi salaam alaika
Yaa Rasul Salaam’alaika
Yaa Habiib salam’alaika
Sholawattullah’alaika