Memaparkan catatan dengan label Lawak Kampung Pisang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak Kampung Pisang. Papar semua catatan

Khamis, 25 April 2019

Turkey Trip Part 5 :: Day 1 Tiba di Sarajevo Bosnia




Balkan juga adalah sebahagian dari European Continent. Ia berada di Rantau Tenggara Eropah. Rantau ini mengambil namanya dari Pergunungan Balkan yang mengunjur dari  tengah Bulgaria ke Timur Serbia.

Secara ringkasnya negara yang umumnya terletak di Wilayah Balkan adalah Bosnia and Herzegovina, Albania, Bulgaria, Croatia, Macedonia, Kosovo, Montenegro, Romania, Moldova, Serbia, Yogoslavia & Greece


Perjalanan kami menuju ke Bosnia and Herzegovina menggunakan Turkish Airline. Flight kami dari Istanbul ke Sarajevo adalah pada jam 7.30pm dan sampai di Sarajevo juga 7.30pm ikut waktu tempatan. Perbezaan waktu di antara Turkey & Bosnia adalah 2 jam.

Airport Sarajevo tidaklah se-gah dan sesibuk Airport di Istanbul. Saiznya juga kecil saja mungkin sama seperti Airport di Tawau. Suasananya juga agak sepi.

Ketibaan kami disambut oleh private car yang sudah di tempah oleh host  penginapan yang kami tempah melalui Airbnb iaitu Dino. Nasib baik jugalah kami menggunakan khidmat transport yang dicadangkan oleh Dino, kerana pintu masuk ke apartment-nya memang agak sulit untuk dikenal pasti serta kuncinya pula berada di bahagian dalam. Kelihatan driver tersebut seperti sudah biasa dengan lokasi & ragam untuk masuk ke apartment Dino. Beberapa kali dia menerajang pintu utama sebelum ianya dapat dibuka. Manakala kami 4 beranak pula hanya menunggu di tepi jalan dalam suasana malam yang teramat sejuk, dapat dirasakan  sejuknya mencengkam hingga ke tulang.

Setelah pintu utama dibuka, husband membayar 15 Euro seperti yang di minta Dino. Dari email yang diberi oleh Dino,  unit apartment-nya berada di tingkat 3, iaitu tingkat paling atas. Dengan 3 beg roda dan juga 2 budak kecik, di tambah pula lampu tangga yang tidak berfungsi menjadikan pencarian unit penginapan agak haru biru dalam kegelapan malam, sekejap hubby naik ke tingkat 3, kemudian turun ke tingkat 2, semua pintu yang dirasakan betul di ketuk tetapi tiada respond.



Hampir sejam juga kami lepak di tangga, sementara menunggu hubby mencari unit yang betul. Akhirnya hubby berjaya membuka pintu apartment kami, hanya dengan sedikit tendang an, syukur Alhamdulillah. Rupanya pintu apartment itu tidak berkunci, cuma perlu di tolak dengan sedikit kuat. Apartment tu mempunyai 4 bilik. Setiap bilik lengkap dengan kitchenette, bathroom, 2 divan set, WiFi & Tv. Saiz setiap bilik juga besar, seperti studio unit 550sqft setiap satu.



Memandangkan kami sudah kepenatan  kerana seharian berjalan dari Dolmabahche hingga ke Spice Bazar. Jadi kami hanya duduk di bilik saja malam tu. Kemudian hubby menyiapkan makan malam dengan lauk segera yang simple dari keluaran Adabi. Setelah selesai makan, kami membuat roadmap untuk perjalanan esok pagi & mengenal pasti lokasi Station keretapi di Sarajevo untuk membeli tiket ke Mostar pada hari berikutnya.





Sabtu, 13 Februari 2016

Whatsapp Group Geng Hotel !

Bila jumpe je kawan baru, terus lupakan Ibu ye ? baru 10 minit lepak kt Swimming pool than jumpa geng laki so call "Abg" bukan main seronok dia. Ibu yang duduk kt bangku tu duk jerit-jerit panggil kakak... kakak... buat nampak tak nampak je. Aiiisshhh budak ni, bikin panas je hati ibu ni tau. Lagi haru bila budak laki tu pergi kt mama dia, boleh pulak si kecik Nuha pun join pergi skali, siap panggil mama lagi kat aunty tu, adduussss... Sentap Mak Nak ! 




Nuha.. oh Nuha.... sedang2 elok dia landing kt sebelah aunty tu. Aku pun buatlah muka tersipu-sipu sambil angkat tangan kt aunty tu. Nasib baik laa aunty nk layan kakak. ish tak malu sungguh tau, macam xde ibu je kakak ni. ade pulak g lepak kt ibu org lain. Ibu yg duduk tercongok sendiri kt sini dari tadi xde geng akak buat xtau je, sampai hati kakak... sob...sob...sob... (muka sedih)



Dekat 2 jam tunggu Nuha main air dengan kanak2 riang tu semua. Walaupun ibu da panas montot duduk bawah payung ni, beteri HP pun dah nak habis. Ibu panggil banyak kali pun dia buat muke sardin je. Ikutkan hati ibu ni, nak aje ibu g cubbiiiittttttt peha kakak tau, nasib baik ramai makcik2 kt sini, terpaksa ibu cover line. hihihihi... sabor jela...

Xlama kemudian, aunty yg Nuha panggil Mama tadi tu datang menyapa aku yg ralit dengan HP. 

"Mama Nuha kan ?" tegurnya
"A'a.. Nora" aku perkenalkan diri
 "Kite xde anak dara, semua anak teruna, seronok bile ada anak dara panggil mama" cerita aunty adibah yg aku lebih senang panggilnya kak diba
"OOooOo.. hihihi.." senyum2 je, nak cakap ape pun xtau.

Oleh kerana kak diba ni tersangatlah ramah tamah orangnya, maka aku lebih mudah untuk berborak dengan dia, biasalah org dah berborak, tak kan ko nk diam je, ko ni dah kenapa kan..?? Walaupun aku ni bukanlah kaki kepoh sangat, buat2 kepoh je laa. hihihihi. Sembang punye sembang dah tak sedar dekat sejam pulak duk bersembang entah ape2, macam2 cerita yg keluar, layankan jela.

Part paling best kak diba cakap nk berbesan dgn aku. kahkahkah.. lawak apekah ini. Siap nk kenal dengan hubby. katanya kene tengok bapak dia pulak, mak dia dah ok katanye, klu bapak dia ok mesti anak dia pun ok. hahahaha... mcm2, sempat lagik dia buat lawak tengah2 hari buta ni. Kak diba ni cikgu kt Sekolah Menengah di Kota Warisan. Padanlah banyak no idea dia nk bersembang, cikgu la katakan. hihihihi...

Jam dah sekitar 1230 pm aku dah letih nk lepak & nk gelak ni, sat g hubby sampai nk keluar makan pulak. So slow2la aku mintak diri. Nuha pulak masih duk seronok nak main kejar2 dalam air dengan "Abg Amin" bunyi suara dia je duk menjerit "Abg... abg... abg... " amboi...amboii seronok betul budak kecik ni, dah macam abg ko yea. adeehhh... pening kepala ibu ni nak oiii.

Sebelum nk beransur naik kebilik, kak diba mintak no HP aku. katanya nnt senang nk contact. Kononnya nk bersilaturrahim gitu. Aku kasi jeklaa... Sebelum lunch tu tiba2 aku perasan ada Group Whatsapp baru. Rupenya2 kak Diba buat whatsapp Group Geng Hotel The Light. Lagi satu hal aku nk pecah perut. Aduyaiiii dah la sikit punya banyak whatsapp Group, tambah pulak lagi satu group entah ape2, sabooo jelaa, hubby dah gelak menyindir kt aku. Nnt jumpe kt shopping mall buatla group whatsapp Shopping Mall pulak katanya. Macam2 org zaman sekarang. Itupun nk buat whatsapp group, mmg lawak tahap cipan.

Bila dikenang-kenang pun seronok jugak, boleh buat aku tergelak sendiri. Macam-macam ragam manusia ni. yang penting kita bahagia dengan ape yg kita lakukan & tidak menyusahkan org lain. Peace No War !


 

Ahad, 26 Januari 2014

Kenduri Kesyukuran Naik Rumah & Bestday Nuha



Alhamdulillah, atucara Majlis kesyukuran pada hujung minggu baru ini berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua Ahli Keluarga, Jiran-jiran, kawan-kawan, staf-staf Mindef & juga ahli surau yang telah datang memeriahkan Majlis kami pada 25hb January 2014. Majlis kesyukuran ini di adakan adalah sempena menyambut hari kelahiran anakanda Nuha Safiya Muhammad Shafie yang telah berusia 2 tahun pada 14 January 2014 yg lalu. Di samping itu juga membuat Majlis ini adalah sempena tanda kesyukuran masuk ke Rumah Baru. Alhamdulillah ya Allah atas segala Rezeki & Rahmat yang telah Engkau curahkan kepada kami. Buat majlis ni mmg seronok. Tetapi persediaan untuk Majlis tu tersangatlah penat, coz kitorang banyak handle sendiri, hanya tempah nasi beriani & kambing golek shj. Lain2 persediaan buat sendiri. Dah nak sgt buat sendiri kan. Rasakanlah... Lepas ni dah tobat xnk urus sendiri dah, atleast kene  cari full catering yang uruskan. Cume nk kene Fulusi lebih skitla. ehehehehe...
 
Macam-macam peristiwa terjadi sepanjang hari sebelum Majis bermula. Mamai kitorang dibuatnye, dugaan.. Cerita yang paling entah apa2 apabila gas memasak habis ketika sedang menggoreng karipap. Sehari sebelum tu hubby dah mention untuk menyediakan tong gas tambahan. Manala tau kot2 gas tiba-tiba habis katanye. Tapi aku dengan penuh yakin, percaya yang gas tu xkan habis. sekali amik kaw. Nasib baik laksa penang aku dah siap masak, kalau tak memang kelam-kelibut jugak dibuatnya. Kebetulan masa tu plak hubby dah keluar amik kuih di Saujana Impian & juga Sate Willy di Sungai Ramal. Call hubby xangkat la plak.. adoiii. Aku pun dah malas nk pikir pasal gas tu, coz banyak kerje lain lg nk buat, nk solat asar lg, nak mandi lg, nk susun pinggan mangkuk kt luar & mcm2 lagilah. Makcik aku dah membebel itu ini. So buat pekak telinga jelaa.. Fuhhh tersangatlah banyak kerje buat majlis ni hah. walaupun majlis simple2 je pun. penat tuhan je tau. Rasa nk tercabut segala urat & pinggang aku ni hah... adoidoidoi..
 
 
Laksa Penang Buat sendiri, siap bungkus macam catering lagik.
ehehehe..
 
 
Nak dijadikan cerita my nebor kt sebelah tu dtg melawat. masa dia dtg tu aku tgh bersiap2 kat atas kot, my aunty je ada kt bawah masa tu. So aku pun xtau ape yg terjadi, sedar2 my nebor kasi pinjam gas memasak dia kt kitorang. Aduss malu I se-round tau, huhuhu Xpasal-pasal angkat tong gas jiran.. ehehehe lawak toilaa.. Apepun thanks a lot my nebor. Jasa-mu tetap ku kenang. :)
 
Hubby plak sikit punye lama g amik kuih dgn sate sampai dekat jam 7.30 baru sampai kt umah. Klu ikutkan Majlis bermula pada jam 7.30 untuk bacaan Yassin & solat marghib berjemaah tp terpaksa di tunda. Mana tetamu yang dtg awal tu, aku persilakan untuk diorang makan dulu. Tak kan nk suh tengok je makanan kt atas meja hidangan tu kesian diorang. Kambing golek plak dekat jam 8 baru nk buka stall. Buat2 lupe plak diorang ni. Isk macam2 laa diorang ni.
 
 
Antara kawan laki2 yang dtg, gambar yang lain2 xde, ini pun gambar ehsan dr group whatsapp. Bateri fon aku Kong terus malam tu, banyak sgt call masuk. So  gambar Bapak Mithali 2 org ni je yg ada. Bapak2 lain jgn terasa hati plak yea. ehehehehe :)
 
 
After dah selesai semua bacaan yassin, kawan2 sekolah X-SMK(A)DG pun ramai yang dtg. Dah tua-tua belaka. hikhikhik.. Masing-masing datang dengan family. Rasa sgt nostalgia, dah macam duk kt sekolah je rasa. Duk sembang pasal cite masa sekolah. Masing2 dah jadik mak & bapak org kaw, so muka pun dah berubah. sampai aku pun xcam member aku sorang ni... kesian dia, siap tersengih2 dari jauh lagi, aku ni plak muke confius, sapa ni..?? ya Allah bile dtg tengok lama-lama barulah boleh recall balik. hehehe.. kelakar toi. Ada lagi kes naya bila kawan aku call nk tanye jalan ke rumah tp bile aku angkat & Tanya sapa ni..? Dia pun cakap Rafidah.. aku plak duk fikir, Rafidah mana plak ni, eh salah no ni, xpela yea, Bye & terus je aku letak.. ahahaha kesian betul member aku ni, dahla nk dtg rumah aku tu sikit punye ramai yg tersesat entah kemana-mana. adoiii.. apela nasib alamat masih baru & xde dlm GPS. Bile dah jumpe & cerita balik semua tergelak pecah perut... Hmm Cepatnya masa berlalu kan. macam2 cerita & kisah di lalui. Semua tu membuatkan diri kite semakin matang & berfikiran lebih terbuka.
 
 
Ini lagi kawan aku X-SMK(A)DG, owner blog anakmamamanja.blogspot.com
 
 
Tenant aku yang dekat Taman Sepakat Indah 2 pun datang. Thanks to Omar & Yasser Familys. Siap bawak hadiah gedabak punye besar. Org arab ni mmg jenis suka meraikan kawan2. Syukur Alhamdulillah dapat tenant yang baik hati & beriman. Senang kerja aku, setiap bulan Xperlu nk call 10x mintak bayar duit rumah. every 26hb sure masuk account.. :)
 
Majlis berakhir jam 11 mlm, Tapi masih ada lg kawan-kawan yang duduk melepak & makan, sekitar jam 12.30 semua tetamu dah beransur pulang. Aku pun dah penat gile. Tadi masa duk melayan kawan-kawan & tetamu yg datang xterasa penatnya. Magic jugak kekadang, perasaan happy tu akan menyebabkan daya tahan diri kita meningkat 100%. Macam beteri HP yang dah weak tapi bila jumpe kawan2 tiba-tiba je full recharge. Itulah pentingnya menjaga perasaan & emosi. Xpayah berdendam & berdengki bagai, xbagus untuk diri & masyarakat. Klu nk sakit hati & geram memanjang pun sampai bile la sangat... kan..kan..kan..  yang sudah itu biarlah berlalu, kita buka buku baru. Itulah yang lebih baik. InsyaAllah.
 
Total tetamu yang datang di anggarkan +-100 org. Sate Daging & Ayam yang di tempeh 600pcs semua-nya habis. Kambing Golek pun habis seekor. Xsampai jam 10.30 dah tutup kedai. nasi Beriani ada berbaki sikit lg. Laksa penang 80 bungkus habis juga. Cume yang tinggal laksa yg x di pek shj. So lepas ni, aku rasa dah boleh agak banyak mana kuantiti makanan yg perlu di sediakan. Alhamdulillah xde banyak sgt membazir makanan. cumenya laksa ada sedulang xhabis. Kuah dah habis, laksa je yg xhabis. sepatutnya untuk jemputan 100-150 org hanya perlukan 8 bungkus laksa shj. Aku masak 12 bungkus laksa mlm tu. Terpaksa di tongsampahkan lebihan tu. Apepun Alhamdulillah semua telah selesai dengan jaya-nya. Keesokkan harinya, after solat subuh semua pakat lelap sampai jam 1 tengah hari, penat punye pasal... ehehehe... :)
 
 


Rabu, 5 Jun 2013

China :: Part 14 : Last Day di Guangzhou

Entry ini adalah sambungan kepada N3 Part 13 :: Shenzen ke Guangzhou So harini baru aku perasan yang citer aku bercuti di Guangzhou belum habis lg. Adeehh sikit punye lama aku peram entry last ni. ehehehe...
 
 
gambar toilet pun nk amik.. huhuhu

 
Ala gambar gelap la plak...
 

 
Adiikkkkkk..... ! Puas panggil suh tengok camera, buat muka xtau je yea..
 
 
No bilik kitorang, cantik kan No bilik tu ehehe... :)

 
kedudukan bilik di tingkat 27, mmg cun je view..

 
Masa hari-hari terakhir kitorang di Guangzhou aku membuat lawatan ke Gedung kain terbesar kt Guangzhou. Lokasi dia adalah bersebelahan dengan Sun Yat Sen University. So klu korang naik train nk ke Gedung Memborong kain ni, sile berhenti di Station Sun Yat Sen University yea. Lepas tu korang kene menapak skit laa dlm 0.4 KM gitu. Gedung memborang kain ni ade 2 tempat. 1 tempat baru & satu lg gedung lama. Harga yg lebey murah mestilah di Gedung Memborong Kain yg lama. Maklumlah harga sewa kedai pun lebey murah. Kt situ kedainya adalah mendatar atas tanah je. aku tulis je gedung tp bukan Mall pun. Klu kawan2 dapat bayangkan sebuah tanah lapang yang besar pastu adelah diorang buat kedai papan & ade sesetengah buat kedai batu biasa melata sepanjang jalan. Alah ala2 Up Town gitulaa. Klu nk shopping satu hari mmg xcukup, coz banyak sgt kedainya. Siap boleh sesat2 lg.
 
 
Sibuk nk main calculator ibu.. entah mana2 di soroknya, sampai sudah cari-cari
x-jumpe..

 
Main pijak-pijak... huhuhu xde kerja, so kite cari kerja...
 
Ape yg kitorang beli...?? aku adela borong kain pasang skit kt situ. Walaupun harga murah tp diorang ni kuat menipu tau. So kene hati2. Banyak jugakla kitorang kene. Camne cara diorang menipu..? hah di sini aku nk pesankan kepada peniaga-peniaga baru yg nk berjinak2 dengan pasaran kain di Guangzhou ni. Klu korang dah tempah kain dengan mereka & bayar deposit. slalunya mereka ambik masa setengah hari or sehari utk sediakan stok kain. Coz mereka xsimpan stok kain kt kedai. Bile kite order baru diorang g amik kt store / pembekal kain yg lebey besar. SO makesure korang cek satu per satu qualiti kain & juga Ukur panjang kain tu berapa meter setiap satu. Coz kitorang dah terkena, padan muka sendiri sape suruh xcek kan. Jumlah kain yg kitorang byr adalah 11meter tp mereka kasi 10meter shj. Lagi satu ade beberapa gulung kain tu rosak, di mana warna kain pudar & ade garis2. Huh.. dah sampai rumah baru nk cek, checkmate la jawabnye...
 
Habis citer pasal memborong kain, lg satu kisah ngeri pada hari2 terakhir kt Guangzhou tu adalah......  kitorang terlambat check out dari Hotel. sepatutnye jam 4 dah kuar tp disebabkan terlalu lama menunggu teksi untuk angkat kain2 yg berkoyan tu maka kitorang telah terdelay 2 jam. sampai di Hotel kul 6 ptg. Huh ape lg, mase nk check out kul 7.30pm tu diorang terus kenekan extra charge untuk semalam ko.. adooiii xpasal2... angin je satu badan, mau x-angin, kene 750 Yuan (RM300++). So nak x nak.. bayar jelaa.. malas nk bising2, lg pun kitorang dah terlambat utk ke airport. Gile cincai berkemas, Flight jam 8.30pm, kitorang mesti sampai di Airport untuk check in sebelum jam 8pm ...!!!
 
Transport untuk ke Airport kitorang naik teksi, coz banyak barang nk kene bawa. Penuh satu teksi, dah macam truck jadinya. sampai ke tempat seat blakang pun penuh dengan barang. Aku & Baby duduk pun muat-muat je. Paling angin bile teksi tu plak bawak kete 70km/hr !!!! gile ko, kitorang nk sampai Airport sebelum 8pm. Flight take off jam 8.30pm, adeeeehh.. xsenang duduk aku. Duk bising ngan hubby suh push teksi tu bawak laju skit. Tpiiii haram, Apek tu buat dunno je. Dia bukan faham ape yg kitorang duk bersembang. mungkin dia taula kot aku dah angin dia bawak perlahan sangat. Sampai kt airport jam 8.20pm. Hmm aku dah cakap ngan hubby siap-siap klu flight terlepas mmg cari pasal la kali ni. Duit tinggal bape ratus yuan je lg. Mana cukup nk sewa hotel & beli tiket flight. GGrrrrr...
 
Sesampainye kitorang kt airport hubby berlari ke kaunter. Tengok2 flight delay sampai jam 9.15pm. Ya Allah aku rase nk sujud syukur kt situ jugak. nak menjerit pun ade. Lega sekejap. Mase nk timbang berat bagasi ada masalah skit. Bagasi kami terlebey beberapa kilo. Total berat yg kiorang beli adalah 80kg ! tp jumlah berat sebenar barang2 haritu adalah 96kg. Ya Allah, ade je nk kene extra. So kitorang mintak izin utk punggah barang2 bawak keluar & masukkan dlm beg galas kitorang pegang. Tp dah habis sumbat pun xmuat jugak. last2 kene bayar jugak 2kg++. Coz berat semua 82kg++. Gile mahal harga lebihan bagasi. RMB280 kitorang kene. Nak x nk kene bayar jugak. habis cite kene cas extra bagasi, maka beratur utk cek kastam plak.
 
Makkkkkk Dato...!! gile panjang beratur utk cek kastam. Makkkkkkkkkkk...!!! ape ke bala' kah semuanya ini..??? jam dah menunjukkan hampir 9pm. Flight berlepas jam 9.15pm, mana sempat camni. Kitorang skali lagi stress tahap dewa kt situ. Aku cube nego dengan pegawai kastam tu untuk potong lane, coz flight da lewat. huh xde dilayan nye. sakitt betul hati. Maka beraturla kitorang ikut turn yg beratus org Q tu. Dlm hati duk berdoa mudah2n flight delay.  Rupenya bukan aku sorang je yang berada dalam situasi genting camtu, ramai lg yg kt blakang tu pun duk huru-hara macam kitorang. Kwang3... lega sikit bile dpt tahu ramai warga senegara yg sangkut. Huhuhu bolehla nego dgn Air Asia ke ape kan.. atleastlaa diorang tunggu  ke ape..
 
Habis cek kastam jam dah 10pm. Aku melangkah longlai masuk ke Balai Berlepas, manakala hubby bergegas laju. Aku dah letih nk fikir, lantaklah  Ape nk jadi-jadilah, banyak betul dugaan hari terakhir kt China ni. Macam2 hal dari pagi sampai ke malam, berturut-turut dugaan yg datang menguji kesabaran kitorang. 
 
My hubby buat muka ceria tiba-tiba, td semua muka angin satu badan masam mencuka. Rupa-rupanya kt Departure Board tu tulis : Flight to Malaysia-Guangzhou Delay to 10.30pm.. Ya Allah, akhirnya... segala derita telah pun berakhir, hanya menunggu masa untuk masuk ke flight & balik ke Malaysia. Semua stress di luahkan kt Balai berlepas. Barulah boleh bergurau senda & gelak besar kt situ. Fuhhh lega, selega-leganya... Berakhir juga sebuah penderitaan. Ya Allah ... 
 
After sampai kt Kastam Malaysia semua berjalan lancar, xde kene tax or kene selongkar barang pun. Padahal masa dlm flight tu sikit punye risau duk fikir pasal nak face kastam mesia plak. Manalah tau kot2 kene Tax ke ape, maklumlah banyak barang kitorang borong. Dah siap2 plan nk cakap ape kt pegawai kastam tu. huhuhu kelakar betul klu ingat balik. Lawak2...
 
Itulah kisah yg kitorang sekeluarga lalui, mmg peritt melalui saat2 genting camtu. Apepun, pasni klu pergi mmg nk kene beringat, mesti plan betol2. Kene bersiap awal utk ke Airport. nasib baik flight delay, klu X, tak taula ape yg terjadi pada kitorang kt situ. Siap duk fikir nk mintak bantuan di kedutaan malaysia kt china & macam2 lg...huhuhu.. Kenangan itu sangat perit ketika di lalui tetapi cukup Indah bile di kenang kembali..!!
 
 
 
  
 
 
 

 

Jumaat, 25 Januari 2013

NATO : No Action Talk Only !


Kah..Kah..Kah.. lawak betol laa.. ade sorang mamat yg jaga management utk parking tetiba angin satu badan. Entah ape yg dia xpuas ati kt diorang punye management aku pun no idea. Disebabkan aku telah menghilangkan kad parking aku so terpaksalah aku kene bayar denda RM30 untuk buat card baru. Sepanjang masa nk menyiapkan aku punye kad tu macam2 dia membebel. Aku layan kan ajelah...
 
Dia siap gelarkan Boss dia sebagai "NATO". adeehh.. macam2. Adat kerja berpasukan mmg camtulah, yg bawah kerja bagai nk rak, yg atas arah itu ini, dah nnk buat camne, adat dunia. Nak xnak kene terima jugak. Kita golongan marhain ni, kenelah banyak2 bersabar. Klu dapat Boss yg baik & understanding Alhamdulillah. Tp klu yg kurang bernasib baik, jenis yg kaki maki hamun & xreti nk appreciate nasib ko la labu... sabo ajelaa.. masuk telinga kanan kuor telinga kiri, ckp dlm hati "Ade aku kesah..!!" hahaha...
 
Apepun mmg ramai manusia yg jenis NATO ni. maklumlah masing2 nk tunjuk bagus, copy paste jela ape yg org lain ckp even dia xde knowledge pun pasal hal yg sedang di bicarakan tu, apehal nk cover2. Sume org nk tunjuk bagus kan.. aduyaaiii dunia oh dunia..
 
Selamat Bercuti... aku pun dah nk bersiap nk balik ni.. Tata-Titi-Tutu...

Khamis, 20 Disember 2012

Siapakah MegikuBasi @ Stupid Dumbass ?


Ce teka - ce teka... !! hikhikhik...

Aku ade cite nk kongsi kt sini, ade sekor makhluk ni antar surat mintak sedekah cara  paksa ngan aku. Pelik gak mulanya, masa bace isi kandungan, apekejadah kah Stupid Dumbass ni..?? maklumla aku ni bukan-nye pandai sangat bahasa omputih ni, so kenalah aku belek kamus untuk faham maksudnye yg sebenar. huhu..  gelaran ni bukan aku yg kasi ok, aku cume copy & paste ape yg di tulis balik dari dlm letter tu. Ade jugak manusia yg setuju di labelkan sebagai Stupid Dumbass.. Hmm mmg sah2la ko Stupid Dumbass. Kesian aku cakap ko...

Hah tu dia, yg ni korang kene hati2, mmg bahaya ni, perlindungan Gaban or Eksyen Kamil diperlukan segera ni !!
Dia mintak sedekah half million bucks tu ngan aku. Ape kes aku nk kasi Stupid Dumbass ni sampai half million. Aku taula aku ni mmg suke bersedekah, tp itulaa aku tengah duk timbang2kan samada nk kasi ke X. macam kesian jugak, coz dari ape yg aku faham berdasarkan surat layang yg di beri kt aku tu, Stupid Dumbass ni adalah Kuli Batak X-bergaji, aduh..duh..duh.. mmg kesian. X sangka plak aku rupenye masih wujud sistem perhambaan kt negara tercinta ku ini. hmmm sedey bercampur xpercaya pun ye jugak. Itu yg aku macam gile kesian kt makhluk ni. Itupun bukan aku saje nk reka-reka cite kt sini, maklumat ini aku dapat dari surat mintak sedekah yg di kirim untuk aku tu.

  
Buat masa ni aku belum decide ape2 lagi whether nk membantu si stupid dumbass ni or mintak org lain tolong selesaikan masalah besar yg melanda dia ni. Korang pun faham2 jelaa.. dahla di labelkan sebagai stupid Dumbass pastu dia ni plak kuli batak xbergaji adusss, mmg pedih aku mendengarnya. Apepun nnt aku storey kisah selanjutnya. Itupun klu aku sempat nk citelaa. Coz awal bulan 1 ni aku nk ke Singapore sampai 11 Jan 2013. Pada 15 jan tu aku  jumpe Tuan Penasihat aku kt KL untuk uruskan surat layang stupid dumbass ni. So nnt aku sambung cite pasal Stupid Dumbass ni after tahun baru ok. Happy Holiday.

 Alamak banyak plak celoteh aku, xtersedar sampai MegikuBasi berkulat HITAM... buweeekkk.. cepat2 pump WC tu. Kang hapak satu kawasan... Zaassss...

* Sile ambil perhatian, cerita ini adalah rekaan semata-mata, tidak ade kene mengena samada yg masih hidup segan mati x-mahu or yg sudah di tanam dalam tanah.. kuikuikui...