Memaparkan catatan dengan label Service. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Service. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Ogos 2020

Restoran Arab Pilihan Kami Di Kuala Lumpur



Setiap kali ke Kuala Lumpur perkara paling kritikal nak decide lepas dah puas pusing ialah lokasi untuk makan. Tempat pilihan kami selalunya sesuai untuk anak2, tempat yang selesa, klu ada small playground lagila bagus. So Ar Rawsha KL selalu menjadi port pilihan kami sekeluarga. Tak tahu berapa puluh kali dah ke situ, order pun rasanya sama je setiap kali visit. Semestinya Lamb madghout, grilled chicken & caramel. Walaupun setiap kali datang, aku akan tengok menu, walaupun aku dah tahu dah nak tempah ape. hahaha... malas nak fikir sebenarnya, so kita order macam biasa. :))

Harga pun rasanya lebih murah dari Saba' & kuantiti lagi banyak, memang puas hati. Bungkus bawak balik adalah satu kemestian sebab tak pernah habis makan pun, banyak sangat. Anak2 pula seronok main playground yang cinonet tu. Dah letih dia main2 baru datang makan, pastu main lagi, Surau pun bersih & besar, senang nak solat. Sebab tulah Ar Rawsha sentiasa menjadi restoran pilihan kami.

Kalau ke IKEA Cheras tu, memang inilah tempat paling dekat nak singgah. Selalunya keluar dari IKEA da petang & dekat nak Maghrib, so terus solat & makan kat sini je.  Sambil tunggu makanan sampai bolehla solat dulu. Tempoh menunggu pun takdelah lama mana. 



Umar Abdul Aziz umur 9 bulan ++. Dah besar dah anak ibu ni, dah pandai merangkak pun dia, sedang elok Takbir malam Raya Aidil Adha 2020 haritu, tiba-tiba je terus pandai merangkak. Mungkin seronok sangat tahu ibu nak aqiqah kan dia kot hihihi. Semoga jadi anak yang baik & hamba Allah yang beriman & bertaqwa yea sayang.


Pemanis mulut ni Mahai sikit RM10 seketul tapi tetap beli juga sebab sedap ... huhuhu, kalau di Saba' baru RM6, tu pun sedap juga. :))


Inilah dish pilihan kami sekeluarga setiap kali singgah kat sini. Lamb Madghout tu RM35 rasanya, grill chicken sekor RM22. Sesuai untuk 4 orang dewasa makan. Kambing pun banyak. puas hati makan.


Auliya pun dah 2 tahun setengah. Baby girl ibu dah makin comel. Budak yang paling sibuk kalau tengok orang buat kerja, maka dia pun akan join skali. Ringan tulang betul budak kecik ni. Semoga sikap yang baik itu berterusan sampai besar ye diq. 

2 beradik ni time baik, okla. Time dia dah mula nak buat perangai, ya Allah aku rasa nak ikat je 2,2 ni kat railing tangga tu. Bingit telinga menjerit tapi kalau kakak dia takde mulalah duk bertanya 10x seminit, kak ya mana kak ya. hihihihi alahai anak2. 

Itu jela nak share harini. Banyak sangat cerita nak tulis sebenarnya tapi tak berpeluang untuk duduk & mencurah idea, banyak tempat & review tempat2 makan yang best nak di kongsi dengan kawan2, tapi itulah, moga di beri kesempatan & kelapangan masa. Insya Allah sambung lagi nanti. Semoga semua sihat & bahagia selalu. babaiii....

 

Jumaat, 5 Jun 2020

Service E60 :: Tukar Break Disk & Break Pad

Salam Syawal semua 😘...

Da masuk berbelas Syawal pun, aku baru nak wish, lama tak jengok ke blog ni, walaupun da tak kerja tapi dia punya busy tu Allah swt sajalah yang tau. Masa yang tinggal cuma nak rehat & tido je, takde masa nak berkarya kat blog.

Kali ni just nak update pasal kereta yang dah lama sangat duk dalam selimut. Hampir 3 tahun aku tak renew road tax, dah nak kena masuk puspakom balik untuk renew road tax.

Sejak aku da jadi full time house wife ni, masa banyak duk kat umah, hubby pulak pergi kerja naik motor je, hujan pun sanggup naik motor. So kereta yang bergerak cuma vios je. Yang 2,3 ketol yang lain berselimut dalam garaj. kalau renew road tax pun macam membazir sebab bukannya pakai sangat, tak pasal2 nak spending dekat 3k lepas tu selimut tak gerak2. E60 ni hanya sekadar buat pergi beli sayur & telur kt speedmart 99 depan rumah je la. Kete ni kalau tak bergerak langsung nanti banyak pulak rosaknya. So 2 minggu sekali bawak2lah keluar pusing2 taman.

Haritu lepas da jual kereta kesayangan aku tu, maka langkah seterusnya adalah hidupkan road tax E60 & juga repair mana2 yang patut. Sekali pergi workshop hmmm memang usap dada jela. Barang2 tu biasalah, tang upah formen tu yang tak boleh tahan. Asal continental car je dia punya upah tak ingat dunia. Padahal semua plug & play je pun. Aku selalunya akan beli sendiri barang2 kereta. Memang dari dulu2 aku Jenis tak biarkan workshop yang cari barang, bukan sebab apa, satunya sebab harga yg kedai cas mahal, kedua diorang selalu beli barang yang takde kualiti tapi harga sama macam original. So better aku sendiri yang beli barang. Bayar upah saja.



Baruni, e60 aku ni mengalami sedikit vibration pada kelajuan melebihi 120km/hr. Memang tak best langsung nak speed. Mula2 aku pergi workshop dekat Bangi, habis semua Minyak dia tukarkan, tapi hasilnya sama saja, Lepas tu pergi kedai tayar tukar tayar pulak 4 biji kononya tayar dah keras sebab dah lama kereta tak gerak sangat katanya, tapi sama juga, vibration tak hilang juga. Last2 aku suruh formen cek break disk. Hmm memang sah, itulah puncanya, so pergilah beli Break Disk & Break Pad utk tukar semua sekali. Alhamdulillah itulah punca yang sebenarnya.

Break pad aku tukar yang original BMW, break disk amik OEM MEYLE. So far OK je brand Meyle ni, made in German juga.





E60 aku ni tahun 2009 enjin N52 LCI, Alhamdulillah mudah jaga & tak manja sangat. Asal barang2 ditukar & service mengikut jadual InsyaAllah baik2 semuanya. E60 ni bawak memang puas hati, setakat tekan 160km/hr tak terasa. Minyak pun biasa saja, takde lah kuat Minyak mana pun.

Sapa2 yang nak cuba E60 bolehla cari enjin N52, InsyaAllah mudah jaga, tapi sebelum amik tu tengok betul2 history kereta tu sebelum amik jangan tengok rupa luar je. Skali enjin breakdown bungkus bawah pokok la jawabnya. Hihihi hi.... Belum Cuba belum tau. OK je keta BMW ni. Tak banyak makan Wang pun. Asal pandai layan dia je, InsyaAllah OK je... Hihihi hi....



Khamis, 6 Disember 2018

Turkey Trip :: Transit 7 Jam di Al-Fursan Lounge Jeddah Airport


Penerbangan kami dari KLIA ke Istanbul kali ini menggunakan perkhidmatan Saudi Airline. Alhamdulillah kami sangat berpuas hati dengan layanan & juga makanan yang di sediakan. Selepas 8 jam berada di udara kami akhirnya mendarat di Jeddah Airport untuk transit selama 7 jam sebelum amik flight seterusnya ke Istanbul. Memandangkan keadaan tempat menunggu di Jeddah sangat padat dengan jemaah umrah dari pelbagai pelusuk negara, sehinggakan ada yang duduk & tidur di lantai berjam2. Sementara menunggu flight tiba. Sesiapa yang pernah sampai di Jeddah airport memang boleh bayangkan keadaan-nya macamne.  

Jadinya kami telah merancang untuk masuk ke Lounge Al Fursan & berehat di sana saja. Bayaran yang dikenakan untuk dewasa adalah SAR126 (Al-Fursan member) & kanak2 50% less, Baby free saja. Servis agak memuaskan kerana banyak makanan & minuman di sediakan. Menu yang disediakan pun agak menarik & memuaskan, tak sempat nak rasa lapar sepanjang 7 jam di sana. Kalau transit lebih 4 jam memang sangat berbaloi masuk ke Lounge, tapi kalau kurang tu macam rugi sikitlah. 


Kami lepak makan ringan2 di KFC KLIA sementara menunggu boarding, layankan saja permintaan anak2. Baby Faz pun happy je nak jalan2 yea. Haritu dah bawak pergi Bandung, kali ni kite travel jauh sikit yer dik, hope adik baik2 saja. 



Jom makan dulu... :))



Travel dengan anak kecil memang banyak kerja sikit, keselesaan anak2 adalah keutamaan, kalau mereka meragam kita pun dah tak happy nak jalan2. So Sebelum take off kita tukar lampin baby siap2.


Aeroplane dah sampai @ 7.20pm time to fly ...


Free gift dari Saudi Airline untuk Nuha, So mewarna jela dia dlm flight pastu dah puas color layan movie pulak ye, seronok tahap gaban. Ibu je tido2 ayam sepanjang penerbangan. Alhamdulillah cuaca sangat elok & flight kami smooth saja di udara selama 8 jam.  


Baby faz pun dapat Free Gift jugak, dah semakin bagus service SA ni.




 Minuman panas pun ada, macam2 jenis coffee & teh disediakan, 
tunggu nak tekan aje. 


soft drink pun banyak pilihan, susu & air mineral Evian, aku angkut air mineral je berbotol-botol.  


Pusing keliling jela kitorang selama 7 jalam dlm ni. Surau pun ada, So bolehla mengaji al-quran ataupun solat sunat sementara menunggu boarding. Keselesaan adalah sangat memuaskan. Toilet & tempat mandi juga di sediakan, cuma keadaan tu kurang memuaskan sebab lantai toilet tu basah je memanjang. Bau & keadaan toilet still acceptable cuma perlu di tambah baik & sediakan selipar toilet bagi memudahkan guest amik wuduk. 


Budak kecik dua orang ni main jela kerja dia, si kakak tu klu makanan tengah banyak dia tak nak makan, Nanti bla makanan dah nak  habis atau dah nak keluar sibuk la dia nak makan itu ini. Ibu is Saboorrr. Tengah2 bermusafir ni memang "Sabor" tu kene bawak lebih sikit lagi2 kalau kita travel bersama anak2. Bermacam2lah ragam & kerenah mereka.



Dah selamat beradu akhirnya ... 


Telur dada berempah


Telur rebus & hot dog


Humus kot...


Sebenarnya banyak lagi ada, Nasi arab, nasi putih, daging masak kurma, tapi aku tak sempat nak amik gambar. Nanti guest kt situ pandang semacam je coz asyik duk snap gambar situ sini, huhuhu... 

Secara ringkasnya, pengalaman lepak di Alfursan Lounge memang sangat berbaloi & jika kami transit lagi di Jeddah Airport insyaAllah boleh stay kt sini lagi.


Kat sini adala sikit video makanan yang sempat aku amik, itupun ketika guest kurang sikit. Bukan senang nak cari peluang untuk shooting video or amik gambar ni. huhuhuhu... 

okla bye-bye... Have a nice Holiday ....

bersambung di entry akan datang .... stay tune !



Isnin, 28 November 2016

Kembara Europe :: KL to United Kingdom ~ Visit LONDON

Segala puji bagi Allah yang telah memberi ruang & peluang untuk kami melaksanakan misi pengembaraan kami merentasi sempadan beberapa negara Eropah Barat selama lebih 3 minggu. Segala suka duka & jerih perih telah terakam dalam lipatan kenangan kami sekeluarga. Moga Allah swt akan terus memberi peluang untuk kami meneruskan misi penjelajahan ke negara2 Eropah Timur di masa yang akan datang.


  Bergambar seketika semasa transit di Abu Dhabi selama 3 jam, makan-minum, solat jamak & pusing setempat hihihihi



Kami terlupa nak tukar duit AED so tak boleh nak berbelanja sangatlah, beli makanan pun tak, makan bekal yang ade saja. Lagipun harga makanan Ya robbi mahal bebenor. Memang takde mood nak makan. Pizza sekerat pun 25.00 AED !



Alhamdulillah ...

Setelah hampir 19 jam perjalanan kami dari KLIA dan transit di Abu Dhabi beberapa jam, akhirnya kami selamat mendarat di Heathrow Airport London pada jam 6.40am (Local time). Suhu ketika kami mendarat adalah sekitar 5 darjah celcius. 



1 jam sebelum mendarat, Nuha dapat hadiah lagi "sister" kasi. hihihi.. suka sangat si kecik dapat macam2 hadiah sepanjang penerbangan. Dapat beg, dapat buku, pencil warna & kad... :))
 
Baru mendarat di Heathrow, dalam bus untuk ke main terminal, muka comot baru bangun tido hihihi :)

Urusan Emigration di UK cukup simple, tidak seperti sesetengah pengalaman bloger yang lain yang rata-rata menceritakan pengalaman yang agak rumit, tapi Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Kami sebenarnya dah bersiap sedia dengan segala jawapan sekiranya di soal siasat oleh Emigration nanti. Ittinerary yang lengkap dengan tarikh & juga tempat tujuan telah siap di print dan di file-kan untuk memudahkan urusan & juga perjalanan, tapi sayang-nya officer tu tak tanya ape pun. Mudah sangat la pulak. hihihihihi...




Terminal 4

 
Heathrow Connect

Dari Heathrow Airport kami ke London menggunakan Heathrow Express Train. Untuk ke terminal Heathrow Express kami terlebih dahulu menaiki Heathrow connect di terminal 4 untuk ke main transport terminal. Kemudian barulah kami mencari arah untuk menaiki Heathrow Express Train. 



Nak jadi cerita hot & spicy sikit pagi2 buta kt London ni, Oyster Card yang sepatutnya kami gunakan untuk menaiki public transport (Metro/Tube/Bus) sepanjang di London nanti telah tertinggal di rumah, Jeng..Jeng..Jeng... So superice you. Hmm person incharge yang bertanggungjawab adalah my hubby a.k.a pakcik. Dah beberapa kali dipesan supaya semua document berkaitan di masukkan ke dalam beg sandang tapi masih juga tercicir barang paling penting. So kenela beli kad baru ya, it costing us about 60gbp (RM330) for both. Habis lagi secuping bajet nak soping, dahla kat KLIA semalam dah kene tibai besar-besaran dengan PTPTN (next entry) Hmm memang terkubur sajalah harapan untuk soping beg aku nampaknya. Uwwaaaaa... 


Heathrow Express otw ke Paddington station :))

Untuk Heathrow Express ticket, kami telah membuat tempahan 14 hari lebih awal sebelum ketibaan. Jadinya harga tiket kami jauh lebih murah berbanding beli di kaunter. Boleh lawati official website Heathrow Express for early booking or view prices & fares. Ada 3 jenis pengangkutan yang boleh membawa korang keluar dari Heathrow Airport untuk ke Kota London antaranya Heathrow Connect, Heathrow Express & Tube. HE adalah paling cepat iaitu hanya 15 minit untuk ke Paddington Station dan harga adalah paling mahal berbanding yang lain jika beli di kauter tiket. Jadi rancanglah perjalanan anda dengan bijak.


Setelah sampai di Paddington Station kami ke kaunter tiket untuk membeli OC yang baru. Tujuan kami seterusnya adalah ke Hotel Penginapan di Hilton Kensington London. 


Setelah naik turun metro & underground tube, akhirnya kami selamat tiba di Hotel lebih kurang jam 9am. Station subway yang berhampiran hotel kami adalah Shepherds Bush.  



Dari station tu kami menapak lebih kurang 5 minit untuk ke Hotel. Alhamdulillah selamat landing, mandi manda & masak sekejap before keluar melihat Kota London. Penat pun tak terasa, semangat membara der... hihihihihi :))



Bekalan makanan yang kami bawa, 1 beg hanya untuk isi makanan sahaja. cukuplah untuk 2 minggu. 

Lupa pulak aku nak cite tentang kelebihan menggunakan OC ni, OC ni macam kad touch & go tu, korang boleh top-up amount menggunakan mesin topup yang banyak terdapat di setiap metro/subway station, dengan menggunakan OC juga korang dapat discount beberapa % untuk setiap tiket metro/subway, so bolehla jimat sikit disitu. Lagi satu maximum charges untuk penggunaan metro/subway adalah 7 GBP shj per day bagi zon 1 hingga zon 4. Jika dah terlajak ke zon 5 or 6 maka maximum charges adalah 9.30 GBP.

Tapi jangan risau, kerana  semua attraction popular yang terdapat di London tu almost dah cover dalam zon 1 - 4. Jika hendak ke Wembley premium outlet dah jadi 9.30 GBP per day kerana ia berada di zon 5 kalau tak silap, tapi memang berbaloi2 ke Wembley ni, harga barang murah gile, tapi stock tak berapa banyak. Apepun sila masukkan dalam list lawatan anda jika ke Kota London confirm tak menyesal. Public transport kat London memang terbaik, cepat & mantap. Tapi tetap juga kene bersesak jika tiba waktu puncak. 



Setelah mengalas perut masing-masing dengan lauk ikan sardin & juga telur rebus yang dibawa dari rumah, kami memulakan langkah pertama ke Trafalgar Square & juga National Gallery of London dan kemudian kami singgah ke London Pass Office untuk collect London Pass kami (2 days Pass) yang berada di sekitar National Gallery. Semua tempat ni berada di underground Station Charing Cross. Tak ada yang menarik sangat pun kt situ, macam ke dataran merdeka or Tugu negara jek cuma special-nya ia berada di tengah2 kota London, so haruslah singgah walau sekejap. 



 National Gallery of London
 





















National Gallery

Semua gambar cerita pasal Jesus rasanya. Gambar tak cukup kain semuanya. Semua lukisan dalam ni adalah hasil seni orang lama2 kot. Aku ni dahla tak reti nak appreciate lukisan2 camni, so kami pusing2 pastu dah , jom kita kluar.  




Inilah rupa Trafalgar Square, kat atas sana macam2 org buat persembahan bagi menarik pelancong untuk bergambar dengan diorang than silalah sediakan duit yea.Kami hanya pusing2 & amik gambar dari jauh jer la. 




Kami kemudian-nya menyambung perjalanan ke Buckingham Palace. Dari station kami menapak sekitar 30 minit untuk sampai. Itupun sebab banyak berhenti layan si kecik kejar burung & main daun. 


  
Menyusuri taman di sekitar Buckingham meninggalkan sebuah kenangan yang begitu bermakna buat kami. Walaupun berada dalam musim luruh tetapi keadaan sekitar taman masih dalam keadaan yang cantik & terjaga. 




Daun2 yang gugur di sapu ke bahu jalan bagi memudahkan laluan pengunjung. Moga menjadi contoh untuk rakyat di Malaysia.




Di Buckingham Palace.  Kami berada di sini selama satu jam lebih. Pusing setempat & bergambar untuk kenangan. Kami datang ni waktu petang so takde aktiviti tukar guard tu la. Tak penting sangatlah nak tengok event "Changing Guard" tu, kat Youtube boleh tengok kot camne. So kami hanya datang untuk tengok tempat & amik feel berada di sekitar Buckingham Palace ni. 



Solat Hajat ke ape 2 beranak ni ..??? layankan ajela

Berdekatan dengan BP ni juga kita boleh ke Hard Rock Cafe. dekat dengan station underground. Tapi kitorang tak masuk pun dalam HRC tu, just tengok dari luar je, coz my hubby dah malas nak masuk, takde ape nk beli katanya. Hmm. Perjalanan kami di teruskan ke PRIMARK. 


Tujuan ke sini adalah untuk beli sedikit baju, sarung tangan, winter coat & apa2 yang patut. Memang murah kt PRIMARK sebab barang2 dia dari China. So harga tu memang mampu milik. Kalau nak beli winter coat anak2, better beli kt sini dari beli kt Malaysia. Banyak design yang cantik2. aku sempat juga sambar  sehelai untuk Nuha. Memikirkan jauh lagik perjalanan kami, jadi aku terpaksa tahan nafsu nak membeli tu. Baju budak2 memang murah. Kualiti pun not Bad.



Harga untuk barang2 tertentu memang jauh lebih murah di PRIMARK berbanding beli di Malaysia. So jika merancang untuk ber-winter di London, sila bershopping barang2 untuk keperluan winter anda di PRIMARK London saja. InsyaAllah menjimatkan.


Setelah berjalan seharian dan destinasi terakhir yang kami singgah adalah PRIMARK, menjelang malam, badan sudah mula terasa lain macam, hari pertama di London terus jalan2. Rasa penat sudah mula terasa, kepala pun dah berpusing semacam. Jadi langkah terbaik kami pulang ke bilik. Kami hanya singgah di TESCO untuk membeli susu segar & buah-buahan. 

Selamat Malam London. Kami beradu dulu. Esok nak sambung jalan2 lagi.