Memaparkan catatan dengan label Kitchen Cabinet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kitchen Cabinet. Papar semua catatan

Rabu, 1 Februari 2017

Hilang Handphone di IKEA Cheras

Beberapa bulan ni aku sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Perkara paling sibuk adalah merancang & mengurus property yang baru saja VP pada awal Disember 2016 yang lalu. Banyak perkara perlu dilakukan. Mencari kontraktor yang sesuai dengan bajet kami & juga melakar sendiri beberapa design  ubahsuai Dwiputra Residence di Putrajaya Precinct 15 tu. Masa hujung minggu & cuti hanya dihabiskan di IKEA & juga beberapa kedai perkakas rumah untuk membuat perbandingan harga & design item. Tidak mudah juga untuk mengurus semua benda sendiri. Agak kelam kabut sebenarnya, di tambah pula dengan faktor kekangan bajet untuk ubahsuai apartment ni. Kami merancang untuk jadikan ia sebuah Homestay yang aku namakan sebagai "PUTERA SUITE" at Putrajaya. 

Alkisah-nya ketika kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu pada cuti raya cina beberapa hari yang lalu, kami singgah seketika di IKEA Cheras untuk membeli beberapa buah rangka kabinet dapur. Dah beberapa kali survey harga, so kami decide untuk DIY sendiri Kitchen cabinet dengan menggunakan sebahagian barangan IKEA & juga tempahan pintu di kilang aluminium di Sungai Buloh. Di situ banyak RM dapat dijimatkan. 

Aku jarang membawa beg kalau keluar berjalan. Malas nak bawak, walaupun macam2 jenis beg sandang & juga handbeg aku dah beli masa g Paris hari tu tapi still selesa berjalan tanpa beg. Semua beg buat perkasam dalam almari. Ditangan cuma ada handphone saja. Tapi ketika tu aku kasi HP pada hubby, coz hubby minta untuk pinjam sebentar memandangkan his HP dah habis beteri. 

Dalam kesibukan membuat order & melihat beberapa design pintu kabinet bersama staf IKEA tiba2 aku teringat HP. 

"Yunk telefon orang mana ?

Hubby terus buat muka blurr... rupenya2 dia tinggalkan HP aku atas meja kt bahagian design kabinet dapur. Kami terus ke tempat tadi, tak jauh pun dari tempat kami berdiri tu, lebih kurang 10m saja. Nuha pun ada di sana tapi itulah, kalau dah elok terhidang atas meja tanpa pengawasan,memang nak kasi free saja la tu maknanya. Confirm hilang ... hmmm....

Bila dah sedar my HP dah kene curi, aku dah hilang mood dah. Nak cakap camne pun tak tau, semua benda2 penting duk dalam HP tu, banyak document2 peribadi aku simpan dalam tu. Ya Allah ape ke sengal laa my hubby ni, suka sangat buat perangai sambil lewa dia. Sakit sungguh hati aku ni tak reti nak di explain camne. Tapi my hubby boleh buat muke bluuurr, ala2 tak tau camne boleh hilang, boleh terima ke camtu...?  dah sah-sah pergi tinggal atas meja camtu memang lesaplah jawabnya. 

Kami terus buat report kt security service kt bahagian bawah untuk tengok CCTV tapi diorang suruh buat report di balai polis dulu Then datang dengan SO yang bertugas untuk tengok rakaman CCTV. Jadinya kami ke Balai Polis Pudu (kalau tak silap) untuk buat report. Dipendekkan cerita SO yang bertugas malam tu Sarjan ape entah, sudi untuk menyiasat kes tu dengan segera. Maka kami ke IKEA semula untuk mengenal pasti tempat kejadian. Malang-nya di IKEA tu tak ada CCTV yang di pasang rupanya. Cuma ada di Main entrance & store saja. So malam tu my hubby dengan berbesar hati telah sedekah-kan HP note 5 aku kat pengunjung IKEA sempena Chinese New Year. Alhamdulillah besar pahala pakcik malam tu. 

Dah masuk hari 3 aku tak de HP, memang terasa tak lengkap hidup. aduhaaiii bertabahlah wahai hati. Nak kene cari dana untuk beli HP baru ni nampaknya. Yang kasi sedekah my hubby, tapi yang kene beli balik adalah aku sendiri. Nak harapkan pakcik beli balik, tahun depan pun belum tentu. Isskkk sakitnya hati bila di kenang2.... 

Masa OTW nak ke Balai Polis tu, tiba2 saja aku teringat kata2 ustaz Ahmad Dasuki, bila barang kesayangan kita hilang maka bersabar & doalah "Ya Allah gantikanlah apa yang telah hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik daripada-nya" Tiba-tiba saja rasa sakit hati kt my hubby tu sedikit demi sedikit beransur hilang & hati menjadi lebih redha. Nak marah pun dah tak reti. Cume sempat kasi peringatan to my hubby supaya ubah sikap take it for granted. I grant he will change his attitude. 

After that aku sambung shopping cabinet dapur. Habis dekat RM1200 jugak. Harapnya dalam bulan 2 ni adalah rezeki terpijak or durian runtuh. Dapat Note 7 pun dh ok. hihihihi.... berangan sajalah dulu, sementara tu pakai saja HP lama yang mana ada. 

Kisah pengembaraan Europe belum sempat ak sambung, Sayangnya gambar2 semua duk dalam HP aku yang hilang tu. Hmmm sedihnya rasa. Hanya ada dalam memori sajalah. InsyaAllah jika ada kelapangan masa nanti aku akan update habis cerita pengembaraan kami selama lebih 3 minggu tu. 

Okla itu saja buat masa ni, weekend ni sibuk ke sungai buloh untuk DIY interior cabinet & tempah pintu serta cermin dinding. Moga dipermudahkan segala perkara & urusan. Ameen ya robbal'alamin...


adioss.....



Isnin, 23 Mei 2016

Wet Kictchen :: Pemasangan Sudah Siap


Entry ini sudah tersadai di bahagian draf hampir 3 tahun. Bile aku review balik rupenya aku terlupa masukkan date untuk publish. Punyala lama duk bertapa ... hihihihi ...

Last week KS Work Kitchen dah datang untuk membuat pemasangan Kitchen Cabinet untuk aku punye wet kitchen. Pemasangan KC yang jenis playwood ni mengambil masa 2-3 hari untuk siap. Ini kerana proses pemasangan & penampalan di buat di rumah client. So diorang akan membawa debu kayu kt umah korang. bersedialah untuk jadi kilang papan sepanjang tempoh pemasangan tu yea.
Walaubagaimanapun perkara paling utama adalah kualiti cabinet seharusnya lebih kukuh & tahan lama berbanding cabinet jenis Milamine. Jom layan gambar
dululah.


Ruang hob & hood sebelum pasang pekakas...

Ruang dapur sebelum di pasang cabinet. Luas lantai berskala kecik 12ft x9ft shj. So boleh nk bergossip bagaila kt dapur basah aku ni, setakat nk lepak 3 org tu okla. Klu lebih dari tu mmg sesak jugakla nk buat kerje... ehehehe


Tu dia lorry sudah sampai depan rumah, Hampir 5 minggu tunggu turn untuk datang pasang, sekat sebulan jugaklah duk tengok lakaran 3D design yang di beri oleh pihak KS Work. Lakaran 3D DI SINI

Inilah dia warna pintu yg di pilih, walaubagaimanapun ada sedikit kesilapan pada jenis material yg di pilih. Aku pilih Glossy Black, skali diorang bawak yg jenis matt. So terpaksa buat pintu baru. So aritu diorang just pasang rangka cabinet shj. InsyaAllah this coming Friday datang pasang pintu & touch up mana2 yang xberapa nk kemas.


Masa ini hubby masih duk sibuk mengemas dapur. See my beloved yg sangat rajin setiap kali perabut baru nk masuk rumah. Of coz dia akan sibuk nk meng"vacum" & mengelap situ sini. hehehe.. so ringanlah skit kerja aku. Tetapi harus di ingat, time nk masuk yang baru shj. Time lain sendiri bikinla. Klu aku dah penat or rasa macam xlarat nk kemas kene 10x mintak dia tolong kemas baru Nampak hasilnya.. hehehe.. kadang2la.. tapi selalunya rajin aje ( kang terbaca entry ni ada plak merajuk sebulan) :) 


Semua barang loading kt Carporch. nasib baikla carporch panjang, klu tak dah sesak nk buat kerja. Coz time tu ada 2 kontraktor yg dtg buat pemasangan barang kt rumah. Nak tau ape..?? nnt kita story di lain entry plak. hikhikhik macam poyo la plak.. adoiillaa...  :))


Antara barang2 yg diorang kene siapkan di rumah aku, mana box yg besar2 diorang dah siap2 pasang formica tu. Cube tengok dekat2. Itulah yg dipanggil playwood. bukan playwood sekeping yang nipis tu. Dalam tu pun adalah kayu. Tiada rongga or lubang. Solid playwood.


Antara hasil yg Berjaya di rakam. tp belum siap sepenuhnya tu. saje je aku menyibuk untuk snap gambar. da sedikit terhad ruang dapur aku. Tp sangat seronok coz lepas ni dah boleh kemas dapur dan membuat susun atur barangan dgn kemas & teratur. ehehehe..

Uncle tengah buat measurement. kire terror gakla uncle ni buat kerja. cume yang tak berapa nk terror ialah "Lancai" yang datang buat measurement tu. Hmm lain kita ckp lain dia p ukur. Banyak ukuran yg di buat xberapa nk tepat. Nasib baik uncle ni dpt cover.  So dah jadi banyak kerje skitla. Uncle tu pun turut membebel pasal ukuran yg xtepat. So dia terpaksa potong & buat baru kt situ lagi skali.
Kt bahagian tepi ni aku buat T-section. kat bahagian bawah tu sebenarnya ada lg satu cabinet kecik. Yang besar tu duk kt bahagian dapur atas, bukan duk kt situ. bahagian bawah tu aku tinggalkan kosong untuk letak rak pinggan mangkuk. Sebelah tepi sana dah xboleh nk isi ape dah coz kt situ da bahagian untuk pintu. Apepun dengan sedikit arrangement kt bahagian atas ni membuatkan semua barang2 keperluan dapur aku dpt di sisi dengan baik. Alhamdulillah puas hati jugaklah.

InsyaAllah Nnt klu ada duit lebih boleh sambung projek dry kitchen plak. Nak buat skali harung mmg xterkejarlaa, so aku lebih suke ambil sikap tunggu & lihat, sebab hidup ni bukan sekadar nk siapkan rumah je. Banyak lg keperluan lain yg perlu di ambil kire. Peruntukkan untuk lepak & Jalan-jalan cari makan pun nk kene ada jugak. Itu belum masuk peruntukan meneroka keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan. Ehehehe klu nk di senaraikan mmg xtersenarai. So kite jalan slow2, macam siput pun xpe, yang penting "better late, than never" Eh tersasul omputih plak .. hehehe...
Ok itu shj perkongsian untuk kali ini.. Ok papai.. Assalamualaikum.

Selasa, 24 Disember 2013

My Home :: Wet Kitchen

Alhamdulillah, akhirnya siap jugak kitchen cabinet dapur basah kt rumah kitorang. InsyaAllah awal bulan January 2014 ni installer dari KS Work akan datang pasang kt umah kitorang. Kalau ikutkan jadual asal diorang dah boleh datang pasang Pada 26hb Disember 2013 tetapi aku ada mintak diorang buat sedikit adjustment & penambahan pada design. So date pemasangan terpaksa di tunda beberapa hari. Last2 aku suh dtg awal tahun je la. Coz end of this month kitorang sekeluarga ada event yg tak dapat di elakkan. Tak sabar nak tengok Outcome camne. ehehe
 
 

Hood pun aku mintak diorang tutup skali, Tp bukan tutup permenant tau. Klu tutup pakai box camtu je nnt susah plak klu tersumbat ke ape. Aku mintak diorang buat pintu jugak utk hood aku tu. ehehehe..
 
 
 
Warna pilihan adalah Hitam & juga Hijau pucuk pisang. Aku kan penyokong Hijau yg Tegar... hikhikhikhik.. :)
 
Material yg kitorang pakai adalah Playwood. memandangkan ini adalah dapur basah, maka penggunaan kawasan ini banyak terdedah kepada air & kelembapan maka aku decide untuk menggunakan Playwood bukan Milamine. Dari segi harga adalah sikit perbezaan. Tapi untuk jangka panjang aku rasa beza seribu dua tu adalah berbaloi. Sebelum ni aku pernah ada kitchen cabinet yang di perbuat daripada Milamine. Bila terlalu banyak terdedah kepada air & Kelembapan kualiti chipboard agak merosot. Lagi plak dapur rumah lama aku tu ada leaking kt bahagian bawah sinki so ape lagi, habis sekeping chipboard berlubang. Tp kt bahagian playwood tak plak rosak.
 
Dari pengalaman tula aku decide nk guna playwood untuk semua bahagian dapur basah aku ni. Untuk lapisan luar plak aku pilih Fomica sebagai penambah seri. InsyaAllah nnt dah siap aku akan upload real picture kt sini. :))