Memaparkan catatan dengan label Kitab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kitab. Papar semua catatan

Selasa, 1 April 2014

Sebuah Ketenangan Abadi

Mencari Ketenangan Hati adalah suatu yang amat sukar untuk ditemui. Sekalipun mempunyai harta yang banyak serta kemewahan dunia yang tiada bandingan. Tapi itu semua tidak menjamin kebahagiaan & ketenangan di lubuk hati seorang insan kerdil. 
 
Sesekali aku termenung sendiri, memikirkan tentang sebuah kehidupan yang telah aku lakarkan. Apekah bentuk yang telah aku corakkan disepanjang rentangan masa lalu-ku. Adakah aku sedang merosakkan lakaran kehidupanku dengan menconteng segala benda hitam pada-nya. Ataukah aku sangat berhati-hati dalam mencorakkan kehidupanku ? hanya aku shj yang tahu dengan pengetahuan yang sebenar. Sedangkan Allah memerhati tanpa sedikitpun terleka akan setiap sesuatu. Sedangkan aku pula lalai tentang dosa-dosa masa silam-ku. Tanpa aku sedar, aku telah jauh tersasar dari jalan kebenaran. Ya Allah... berilah aku masa untuk memperbaiki segala kesilapan masa lalu-ku. Berilah aku cukup waktu untuk menebus segala kekhilafan itu.
 
Banyak perkara yang aku lalui menjadikan aku semakin faham tentang erti sebuah kehidupan yang sebenar. Kalau dulu aku sering mencari di mana kepuasan hidup yang hakiki. Adakah dengan memiliki & menguasai sesuatu ? Adakah dengan mencari redha manusia tanpa mempedulikan Redha Allah ? Adakah dengan mencari keseronokan & menikmati apa sahaja yang mendamaikan. Berhujung minggu di Hotel2 bertaraf 5 bintang ? Menikmati makanan yang paling sedap dari serata ceruk kedai & restauran ternama dengan bayaran yg mahal ? Atau melancong kemana-mana untuk mendapatkan ketenangan... ? Tidak... jawapan-nya bukan semua itu sahabatku. Semuanya itu adalah khayalan. Semua itu adalah dusta & pembohong. Itu Hanyalah bayangan yang membuai jiwa untuk sementara waktu. Tapi ketenangan & kebahagiaan tidak jua aku temui.
 
Ketenangan & kebahagiaan itu sebenarnya adalah dekat. Ia ada pada jiwa yg bersih, ia akan hadir pada hati yang mencari keredhaan Tuhan-nya. Carilah Redha Allah, berusahalah untuk menemui jalan menuju Tuhan kerana di situ terletak-nya sebuah ketenangan. Tapi ingatlah, sejak langkah pertama kamu menuju Tuhan-mu, maka di situlah bermula-nya 1001 dugaan & cabaran yang akan membuatkan kamu letih & putus asa. Kuatkanlah tekad-mu. Bersabarlah, berdoalah mudah2n kamu selamat hingga ke akhirnya.
 
Sekalipun manusia melihat-mu tidak punya apa-apa, tapi sebenarnya kamu-lah pemilik kebahagiaan itu. Bergembiralah jika kamu dapat merasainya kerana di situlah permulaan kehidupan yang sebenarnya. Kehidupan yg akan dilimpahi Rahmat & kasih sayang Allah. Sebuah jiwa yang berjalan menuju Tuhan-NYA dengan penuh kebahagiaan. Demi Allah, erti ketenangan itu terlalu sukar untuk di ungkapkan. Cuma jiwa yg pernah merasainya shj tahu, bertapa indahnya sebuah ketenangan jiwa itu. 
 
Jika perasaan Cinta Dunia itu ada, bererti kamu belum dapat menikmati Cinta Allah. Untuk mendapatkan kebahagiaan itu kamu perlu menanggalkan Kecintaan pada dunia secara beransur-ansur & memenuhi jiwa-mu dgn kencintaan kepada Yang Maha Esa... & bermula detik itu nikmatilah erti kebahagiaan & ketenangan yang akan hadir secara berperingkat ke lubuk hatimu.
 
Demi Allah Ia tersangatlah indah. Sepertinya kamu berada di sebuah taman bunga yang luas saujana mata memandang, manakala bunga-bunga sedang mekar berkembang pelbagai jenis & warna dengan bau-bauan yang sungguh harum. Melihat kumbang2 yang menghisap madu pada kelopak bunga. Dalam suasana cuaca yang begitu nyaman. Tidak sejuk & tidak pula kehangatan. Dengan keadaan langit yang membiru, melihat anak2 berlari keriangan tanpa sedikitpun perasaan risau menerpa padanya. Menghirup udara segar dengan bau rerumput menghijau. SubhanaAllah
 
 
Ya Allah.. Ya Latif fuya Kafiy ya hafiy zu ya Syafiy...
Ya Karimu Antallah...
 
 
 

Selasa, 4 Mac 2014

Melancong Itu Ibadah

Ramai orang suka pergi melancong ke-mana sahaja. Ada yang menjadikan aktiviti melancong itu sebagai Hobi. Namun apekah kita sedar bahawa melancong itu boleh menjadi Ibadah sekiranya kite memasang niat yang betul ketika ingin keluar melihat Negeri mahupun Negara lain. Berniat untuk menyaksikan kehebatan ciptaan Allah, mudah-mudahan dengan melihatnya dengan mata & kepala sendiri kita termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur. 
 
Islam adalah agama dan cara hidup terbaik yang ada di dalam dunia ini. Islam sangat menitikberatkan ilmu dan pengetahuan hanya dengan dengan keluar dari tempat tinggal kita untuk berjalan dan melancong ke tempat lain dapat menambahkan Ilmu & memantapkan mental kita sebagai hamba Allah.
 

Sesuai dengan maksud ayat 137 dari Surah Al Imran iaitu:

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap, oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul–rasul)

Ahad, 2 Mac 2014

Expo Buku Islam Putrajaya 2014

Expo Buku Islam ini berlangsung di Dewan Cempaka Sari Putrajaya. Lokasi adalah bertentangan dengan Palace Of Justice. Banyak buku-buku & kitab tersohor di jual dengan harga yang sangat menarik. Buku untuk kanak2 juga banyak.
 
Expo ini berlangsung selama seminggu. Bermula pada 28 feb dan akan Berakhir pada 9 Mac 2014 ini. Kepada yang berminat untuk mencari bahan bacaan agama silakanlah berkunjung ke sini. Kami sekeluarga sempat menghabiskan masa selama beberapa jam di Expo Buku Islam ini. Sempat juga menyambar beberapa buah buku & kitab untuk rujukan harian.

 
 
Kitab Al-Ihkam, karangan & terjemahan semula oleh Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri antara kitab yang menarik perhatian aku. Harga pasaran RM35/jilid, tapi sepanjang Expo ini, ia hanya di jual dengan harga RM40 untuk 2 jilid. Potongan harga ini di buat memandangkan ustaz zul telah memulakan kuliah untuk kitab HIKAM ini di masjid shah alam. Oleh itu bagi menggalakkan semua org memiliki kitab ini maka Dr. Zul dengan berbesar hati telah memberi potongan harga yang begitu istimewa. Banyak hukum agama & panduan hidup yang di huraikan dalam kitab ini. Mudah2n Allah merahmati & memberkati segala usaha Dr. Zul. Macam berminat juga untuk join kuliah di Masjid Shah Alam tu. tapi macam jauh sangat plak. Klu ada di Bangi or Kajang, alangkah bagusnya.
 
Lebih kurang jam 5.30 ptg kai sekeluarga beransur pulang. InsyaAllah jika di izinkan Allah aku ingin sekali ke Jakarta atau Bandung. Dengar khabarnya banyak kitab2 tersohor yang telah di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu Indonesia di jual dengan harga yang sangat murah di sana. Walaupun mungkin aku tidak sempat untuk menelaah ke semua kitab2 tersebut, tapi dengan ada-nya kitab2 berkenaan di bilik bacaan rumah, akan menarik minat anak2 untuk menbaca & memahami hokum agama pada usia yang lebih muda. Wallahu'alam.