Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, 20 November 2017

Prenancy Supplement :: IBERET 500, OBICAL, Multivitamin ELEPRO


Salam Hii semua, entry kali ni just nak share supplement yang aku amik sepanjang kehamilan. Dah lama nk share tapi asyik terlupa je. Harini ada masa skit & kebetulan aku pun sudah kehabisan stok asid folic & baru je membuat pembelian di Lazada tadi. hihihihi... itu yg teringat nak update blog ni. 

Untuk kandungan kali ke-2 ni, aku tak makan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik kesihatan. Kalau masa preggy kt Nuha Safiya dulu aku just consume semua pil2 yang klinik kesihatan kasi je, malas nak fikir untuk beli apa2 ubat tambahan. Tapi kali ni lain pula, mungkin kesedaran tentang kesihatan janin membuatkan aku sedikit aware & ingin memberi yang terbaik untuk kandungan kali ni, maklumlah umur pun dah meningkat, Lagipun sudah hampir 6 tahun berlalu dari masa 1st preggy Nuha dulu. Untuk bekalan Acid Folic, aku menggunakan Iberet 500. Alhamdulillah banyak perubahan yang aku rasa, antaranya kurang berlaku kekejangan kaki & juga tak ada masalah sembelit. Semuanya smooth je. Stok Iberet ni aku beli online di Lazada je. Harga lebih murah berbanding di Farmasi. Sekitar RM26 ke RM28 sekotak untuk 30 biji. Waktu sesuai untuk makan acid folic ni adalah pada waktu pagi selepas sarapan. Selalunya aku akan makan dulu simple2 after dah sejam baru aku makan iberet 500. 


Bagi bekalan sumber Kalsium pula aku menggunakan Obical. Kalsium ni aku ambik masa kandungan mula nak masuk 3 bulan. Mengikut nasihat pakar Obical ni tak sesuai amik ketika kandungan masih di Trimester 1 kerana saiz pil terlalu besar & kandungan masih muda so tak perlukan tambahan kalsium yang banyak. Dipendekkan cerita ibu-ibu boleh consume Obical ni ketika kandungan sudah melepasi 12 minggu yea. Ape perubahan yang aku alami setelah consume obical ni, Alhamdulillah semua gigi masih stabil hingga sekarang, tiada sebarang kekurangan kalsium nampaknya. Kalau compare 1st preggy, masa kandungan sekitar 24 minggu aku sudah mengalami masalah gigi. So sebatang gigi aku terpaksa dikorbankan ketika tu. Kata doktor itu disebabkan oleh kekurangan kalsium dalam badan, sebab janin memerlukan banyak kalsium untuk pembentukkan tulang. Tapi kali ini semuanya baik2 saja. Syukur, memang tak sia-sia aku amik obical ni. Waktu sesuai nak makan kalsium adalah 2 ke 3 jam sebelum tidur malam yea. Kerana penyerapan kalsium oleh badan dapat berlaku dengan baik. Itu apa yang Doktor Pakar kt Britannia tu cakaplah. Selalunya aku akan makan bersama susu segar. After that tidur dengan aman sampai ke pagi. :))  



Extra vitamin yang amik pula adalah Elepro. Multivitamin ni pun aku dapat masa buat check up di Britannia Kajang tu. So aku just gunakan saja. So far Alhamdulillah, tahap kesihatan & juga stamina sedikit baik kali ni. Walaupun ada juga mengalami keletihan tapi yang tu biasalah kan... Dah ke hulu-ke hilir bawak baby dalam perut tu, memang tipu la kalau aku cakap tak letih langsung. Tapi dengan mengambil kedua-dua jenis supplement tu membuatkan aku berasa sedikit kuat & cergas untuk melakukan kerja2 harian. Harga Elepro ni sekitar RM30 sebotol untuk 60 biji. Waktu sesuai untuk makan multivitamin ni adalah pada waktu pagi. Aku selalu makan bersama dengan iberet 500 tu. 

Kepada ibu2 yang masih mencari vitamin yang baik untuk menampung pembesaran kandungan anda bolehla cuba yang ni ya.   



Jumaat, 15 Julai 2016

Bazar Ramadhan :: Sedap & Berpatutan Vs Cekik Darah !

Bila tiba bulan Ramadhan maka cerita tentang Bazar Ramadhan sering menjadi topik hangat. Walaupun kami sekeluarga bukanlah suka sangat membeli di Bazar Ramadhan. Kalau singgah ke Bazar tu selalunya beli kuih muih je. Aku akan pastikan hanya gerai yang tertentu saja yang akan aku singgah beli kuih. Sebab jika penjual yang dah lama menjual, kualiti kuih yg dijual adalah sedap dan memenuhi citarasa berbanding dengan penjual yang baru beberapa hari belajar nak buat kuih semata-mata untuk jualan di Bazar Ramadhan. Alamatnya ke tong sampah la kuih yang di beli itu.

Memandangkan Ramadhan kami pada tahun ini amat berbeza. Kerana selama 30 hari berpuasa tu, kami sekeluarga bermusafir ke banyak destinasi seluruh negara kerana mengikut My Hubby outstation. Antara Bazar Ramadhan yang kami singgah sepanjang Ramadhan 2016 adalah Bazar Ramadhan Bandar Baru Bangi Selangor, Bazar Ramadhan Putrajaya, Bazar Ramadhan Stadium Alor Setar Kedah, Bazar Ramadhan Dungun Terengganu, Bazar Ramadhan Tanjung Kuala Terengganu. 

Untuk Bazar Ramadhan Bandar Baru Bangi & Putrajaya kebanyakkan kualiti makanan masih di tahap yg ok dengan harga yang agak reasonable. Kuih Talam dan Tepung Pelita adalah kuih pilihan sepanjang bulan puasa. Di Bazar Bangi Alhamdulillah sedap2 belaka kuihnya. Air Cendol Kelapa Sawit juga sangat sedap. Memang berbaloi untuk dibeli. Jika ke Putrajaya pula Bazar di sekitar tapak pasar malam itu tersangatlah besar. Aku hanya beli Tepung Pelita & kadang2 beli Roti John Putrajaya. Alhamdulillah sedap & harga adalah  berpatutan. Untuk lauk pauk tak masuk senarai, sebab aku masak sendiri kt rumah.  

Di Kedah pula kami sempat singgah di Bazar Stadium Alor Setar. Bazar ni memang menjadi tempat feberet kami laki bini ketika menetap di Jitra beberapa tahun sudah. Tapi itu dulula, masa tu harga memang sangat murah & kualiti makanan mostly sedap2 belaka, walaupun pernah sekali terkena TauFooFa basi, konon-nya buy1 Free1, skali Haram J punye pakcik, TauFooFa basi.

Kedatangan semula kami ke Bazar stadium baru-baru ni adalah sangat mengecewakan. Harga agak mahal & kualiti makanan tidak seberapa. Nasi Daging (2 keping daging di hiris nipis sebesar 2 jari) Harga RM7.00 dah la jual mahal rasa pula tidak sedap. Walaupun kami makan ketika tengah lapar (Berbuka puasa) still tak boleh nak terima rasa macam tu. Walaubagaimanapun Kuih muih yang kami beli Alhamdulillah semuanya sedap dengan harga yg berpatutan. 

Bazar Ramadhan Bandar Dungun Terengganu. Ni kampung aku ni. Masa kecik2 dulu bazar nilah tiap-tiap hari duk pulun beli kuih & segala macam. Kebetulan kami pulang ke kampung pada awal Ramadhan yg lalu, maka aku teringin nk singgah membeli juadah berbuka kami di bazar Bandar Dungun ni sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sedang2 elok kami sampai di Dungun jam dah kul 5 ptg. Maka kami pun singgah sekejap. Harga Makanan ya Robbi, mengalahkan Bazar sebelah KLCC aku rasa. Nasi putih kosong RM2 sebungkus. Bukan beras Faiza Basmathi pun. Sekali tengok pun dah tau beras murah. Pusing punya pusing kami beli jugak nasi minyak lauk daging dengan harga RM6.50/bungkus walaupun nampak macam kurang menyelerakan tapi malas nak fikir, belila dulu untuk berbuka. 

Kemudian kami beli ketupat palas rebus 5 ketul RM3 & ayam bakar tempayan 1/2 ekor RM12. Dengan harga yang agak mahal standard makan kt Restaurant aku mengharapkan kualiti makanan elok & sedap. Tetapi sayang 1000x sayang. Sedang elok azan berkumandang, aku bukak ketupat palas nk makan , Ya Allah ketupat dah berlendir (A.K.A basi) bukan sebijik semua 5 bijik berbau hangit & berlendir. Nasi Minyak pun sama, entah ape rasa, Diorang ni pernah rasa ke tidak makanan jualan mereka, atau deria rasa mereka mengalami gangguan ?? 

Aku hanya makan beberapa suap je, selebihnya masuk tong sampah. Ayam bakar pun sama, tak tau rasa ape. Dalam hati rasa sangat terkilan. Org kampung sendiri, teruk betul akhlaknya. Menjual makanan yang sudah basi ! kalau sedekah makanan yang dah basi pun berdosa. Inikan pula menjual. Pakcik yang menjual ketupat palas tu aku harap Allah berilah sedikit pengajaran kepada dia, mungkin ramai dah yang menjadi mangsa ketupat basi dia. 

Bazar paling last kami singgah adalah Bazar Tanjung Kuala Terengganu iaitu pada hari ke 29 Ramadhan. Nasi putih 0 (2 bungkus) + sesudu sambal + Telur masin sebijik RM7.00 Perrgghh terkujat aku dengar harga. Mulanya aku nak amik ikan kembung bakar, sekali aku tengok lalat berkejaran kt ikan bakar dalam tray tu, bukan sekor dua lalat singgah kt ikan tu , dah berkampung aku rasa lalat2 tu kt situ. Terus cancle niat nak makan ikan bakar, naik loya pun ada, tapi nasi sudah siap dibungkus bersama sambal. Mahu tidak mahu aku amiklah juga nasi & telur masin sebijik. MasyaAllah cekik darah betul harga jualan. Yang membuatkan aku rasa sedih, si penjual tu semua dah tua-tua belaka. Tak ada semangat untuk buat kebajikan langsung di bulan Ramadhan yang mulia ni, Kesiaaaann, dah tua pun masih gelap hati. 

Aku sempat sound budak yg bungkus lauk kt gerai tu, "Harga makanan kt Tranung ni mengalahkan harga Kuala Lumpur, mahal melampau harga" dah sound tu terus aku belah. Kemudian aku ke gerai yang lain pula nak beli ayam goreng, dengan harapan lebih baik dari kedai tadik, 1 ketul ayam  RM4/ketul, kecik comel jek saiz potongan ayam. Ayam KFC lagi berbaloi beli rasanya. Hmm sabau je la kata org Melaka. Sebab dah malas nk pusing, maka aku beli jugak ayam tu 2 ketul niat sedekah ajelah. Aku dah malas nk beli ape2 lagi dah. Dah tepu otak nk layan orang yang berniaga tak ikut cara Islam ni.

InsyaAllah kalau ada peluang meraikan Ramadhan lagi di Terengganu, aku tak kan singgah lagi 2 bazar Ramadhan ni. BOIKOT terus. Makan kt Hotel or makan KFC lagik berbaloi2. 

Kepada penjual Bazar Ramadhan yang membaca coretan ikhlas aku ni, nanti ada pula yang kata, ala baru RM7 atau baru RM3 itu pun berkira. Ingin aku tegaskan, ini bukan masalah berkira atau belajar kira-kira. Tapi masalah kamu penjual Bazar yang bertindak tidak jujur dalam menjalankan urusniaga. Kalau kene cara & kualiti makanan yang di jual aku rasa RM70 pun beratur orang nk beli di gerai kamu. Tetapi sikap sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan secara membabi buta tanpa menjaga kualiti makanan & kebersihan amatlah mengecewakan. 

Jom lepas ni pakat BOIKOT mana-mana penjual yang tidak jujur ni. Jangan kasi muka pada manusia khianat & penipu. Sesungguhnya peringatan di dunia adalah lebih baik, berbanding Azab di akhirat nanti. Bawak insaflah para peniaga Bazar sekalian. 


Sekian & selamat malam...



 

Selasa, 12 November 2013

Anak Mimpi Ngeri, Ibu Yang Xleh Tido !

Pening  lalat aku di buatnya. Asal tengah malam dia tersentak & menangis. Ya Allah apsal ni, asyik mimpi ngeri je adik sejak akhir2 ni. Syaitan apekah yg suka kacau my little princess ni. Tolonglah aku nk tido pun x aman. Aku la yg akan terjaga bile my baby menangis or bangun dengan tiba-tiba di tengah malam. Kaum Adam yg sebelah tu mmg tido mati, jangan haraplah nk bangun. Klu BoOm xmeletup kt telinga dia mmg xde makna-nya dia nk bangun. Sabo ajelah labu.
 
Semalam adik mimpi ngeri lagi, bukan sekali tp berkali2., Siap mata membulat seperti sedang perhatikan sesuatu, pastu siap tunjuk lg, Adusss parah camni. Last2 aku yg xleh nk lelap sampai ke Subuh. Kepala rasa berdenyut gile, camne nk g kerja ni, boleh tertido tengah jalan sat g. Hmm tengok jam dah 7.30 pagi. Mata mmg xleh nk bukak, dah la pagi tu ada Meeting jam 9 di MINDEF, tp kepala aku tersangat-lah berat. Macam ada batu 10kg kt kepala ni. Last2 aku terlena tanpa sedar. Bukak balik mata jam dah menunjukkan kul 9 pg. Nampaknya sakit kepala aku masih belum hilang. Terpaksa amik MC ni. Mmg xleh nk perform camni.
 
Pakcik dah selamat ke tempat kerja seawal jam 7.15 pagi lagi dah. Dia beselah.. tang kerja mmg no. 1. So dengan jaya-nya aku amik MC juga. Sumpah xlarat & segala urat sarat di kepala terasa nk pecah. Agaknya bercampur migrane skali kot. Si kecik kul 10 baru bangun. Walaupun terasa sedikit bersalah coz xdapat attend meeting last minute tp apekan daya. Harap semua ok2 belaka.
 
Lepas ni nk kene panggil org bacakan ayat2 penghalau Jin & Syaitan kt umah nampaknya. Mungkin diorang masih ada & berkeliaran kt umah aku ni. Letihla klu asyik xleh nk lelap selalu. Satu kerja pun xleh nk buat bile sakit kepala datang melanda.
 
 
 

Isnin, 4 Mac 2013

Kolestrol Tinggi Dalam Darah !

 
 
Ada bad news I nk inform, U punye Kolestrol dlm darah is 7.8, Ini sangat bahaya untuk kesihatan U.. !!
 
 
Perrgghhh menyirap darah aku mendengarnya. Uh gile tinggi. Last 2 year aku cek kadar kolestrol aku 5.6 sekarang dah naik sampai 7.8 Ya Allah. Seram sejuk pun ye jugak aku mendengarnya. Doktor kasi ubat kolestrol utk aku amik. Harapnya memberi kesan yg baik untuk kesihatan aku. Padanlah kepala aku sering rasa pening & dada sangat sakit sejak akhir2 ini. Mengikut kata doktor aku boleh mati mengejut jika kadar tekanan darah meningkat dgn tiba-tiba di sebabkan oleh salur kapilari darah yg telah banyak tersumbat.
 
 
 
 
Terkadang aku berfikir sendiri, Xpanjang umur ke aku ni..?? uh nauzubillah, banyak benda yg belum aku selesaikan dlm hidup aku ni. Pahala baru secawan, dosa sudah sekawah. Ya Allah, ingatan pada kematian membuatkan jiwa aku sedikit insaf, Nafsu sedikit tunduk. SubhanaAllah !! ampunkanlah segala dosa-dosaKu, samada yg aku sedari mahupun yg tidak aku sedari.
 
 
 
Say No....!!!
 
 
Aku juga sangat berharap my hubby dapat pindah ke Kuala Lumpur. Doktor pakar yg memberi rawatan pada aku haritu pun dah buat surat sokongan untuk my hubby di beri pertimbangan untuk bertukar ke KL. Sekurang-kurang-nya jika ade ape2 terjadi, ade juga org yg dapat membantu. Incase aku pengsan tiba-tiba. Nauzubillah... Semua kerja Allah, kite hanya merancang. Apepun Allah jualah yg menentukan. Bila, di mana & bagaimana kita mati semua itu atas kehendaknya.... namun aku mohon di jauhkan menghadapi maut dlm keadaan yg menakutkan...  Waiiyazubillahiminzalik .. biarlah keadaan akhir kehidupanku adalah yg saat2 indah yg aku lalui menuju Tuhanku.. Ameeen Ya Allah...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rabu, 2 Januari 2013

Gambar Kekasih Lama !!

Aduss pedih je tajuk, Dah agak lama aku xmenulis rasanya, hampir 2 minggu kot rase2 jela. Last week aku ke Penang, lepaking sambil makan ape segala jenis masakan udang. This week aku terpaksa catu pemakanan coz tahap kolestrol semakin tinggi & dada da mula rasa sakit. Terpaksa sambung makan ubat kolestrol balik. Aduyaii
 
Last week jugak kitorang anak beranak di jangkiti virus demam. 3-3 beranak kene demam & selsema. Sangat seronok dapat menghabiskan masa bersama my hubby selama seminggu lebey. Da macam pergi summer camp pun yea. ehehe...
 
Eh lari tajuk jauh sangat dah ni, sebenarnya aku nk cite pasal "Gambar Kekasih Lama" Jeng..jeng..jeng..citernya bermula masa aku sibuk duk mengemas brg2 my hubby yg bersepah dlm kotak. Sekali terjumpa gambar my hubby dgn awek dia. Huhuhu Gambar Dinner Mess Nite lagi U.. Amboiii... Tp aku xdela nk emo plak kt dia,buat biasa jelaa... aku pun banyak jugak simpan gambar2 my Xbf dulu2.. so xdela kisah sgt. Barang lama jangan di kenang. Lagipun gambar tu masa kitorang belum kenal pun lagi. Pendek cite aku masukkan dlm dusbin jela yea. nk simpan buat ape.. hikhikhik..jeles ke.. hmm xdelaa jeles sngt.. Sikit tu adelaa.. tp after tat aku terus kene migrain. Adeeeehhh... Dont know why.. tetiba rasa sakit kepala dtg, Agaknya tekanan darah tinggi   kot.. huhuhu
 
Mood cool & biasa2 je. Bangun pagi tadi my hubby sediakan sarapan Nasi Goreng. Nak amik ati ke ape tu..? huhuhu ..thanks alot, Nasi goreng U sgt sedap cume sedikit masin... But I Love it muahaha...
 
 
 
 

Khamis, 20 Disember 2012

Siapakah MegikuBasi @ Stupid Dumbass ?


Ce teka - ce teka... !! hikhikhik...

Aku ade cite nk kongsi kt sini, ade sekor makhluk ni antar surat mintak sedekah cara  paksa ngan aku. Pelik gak mulanya, masa bace isi kandungan, apekejadah kah Stupid Dumbass ni..?? maklumla aku ni bukan-nye pandai sangat bahasa omputih ni, so kenalah aku belek kamus untuk faham maksudnye yg sebenar. huhu..  gelaran ni bukan aku yg kasi ok, aku cume copy & paste ape yg di tulis balik dari dlm letter tu. Ade jugak manusia yg setuju di labelkan sebagai Stupid Dumbass.. Hmm mmg sah2la ko Stupid Dumbass. Kesian aku cakap ko...

Hah tu dia, yg ni korang kene hati2, mmg bahaya ni, perlindungan Gaban or Eksyen Kamil diperlukan segera ni !!
Dia mintak sedekah half million bucks tu ngan aku. Ape kes aku nk kasi Stupid Dumbass ni sampai half million. Aku taula aku ni mmg suke bersedekah, tp itulaa aku tengah duk timbang2kan samada nk kasi ke X. macam kesian jugak, coz dari ape yg aku faham berdasarkan surat layang yg di beri kt aku tu, Stupid Dumbass ni adalah Kuli Batak X-bergaji, aduh..duh..duh.. mmg kesian. X sangka plak aku rupenye masih wujud sistem perhambaan kt negara tercinta ku ini. hmmm sedey bercampur xpercaya pun ye jugak. Itu yg aku macam gile kesian kt makhluk ni. Itupun bukan aku saje nk reka-reka cite kt sini, maklumat ini aku dapat dari surat mintak sedekah yg di kirim untuk aku tu.

  
Buat masa ni aku belum decide ape2 lagi whether nk membantu si stupid dumbass ni or mintak org lain tolong selesaikan masalah besar yg melanda dia ni. Korang pun faham2 jelaa.. dahla di labelkan sebagai stupid Dumbass pastu dia ni plak kuli batak xbergaji adusss, mmg pedih aku mendengarnya. Apepun nnt aku storey kisah selanjutnya. Itupun klu aku sempat nk citelaa. Coz awal bulan 1 ni aku nk ke Singapore sampai 11 Jan 2013. Pada 15 jan tu aku  jumpe Tuan Penasihat aku kt KL untuk uruskan surat layang stupid dumbass ni. So nnt aku sambung cite pasal Stupid Dumbass ni after tahun baru ok. Happy Holiday.

 Alamak banyak plak celoteh aku, xtersedar sampai MegikuBasi berkulat HITAM... buweeekkk.. cepat2 pump WC tu. Kang hapak satu kawasan... Zaassss...

* Sile ambil perhatian, cerita ini adalah rekaan semata-mata, tidak ade kene mengena samada yg masih hidup segan mati x-mahu or yg sudah di tanam dalam tanah.. kuikuikui...  

Rabu, 17 Oktober 2012

Punca Baby Nuha Cirit-Birit Akhirnya Ditemui

 
 
Tgk tu dah habis setabung kuih dibantai Ibu & adek, ini kuih yg diorder sempena hari raye, tp xsampai sehari da habis satu bekas.. huhuhu...
 mau adek x-cirit birit.. :)
 
 
Mlm2 pun kene mandi, cian tuit ibu, nk buat camne, adek da cirit, ibu terpaksa mandikan adek walau agak kesejukan...
 
Inilah dia puncanya baby Nuha cirit birit, sian tecit ibu dah 6 kali Popo harini, bile ibu duk pikir2 apekah sebab adek berak xberenti plak ni, akhirnye kesimpulan dibuat adek telah menelan hampir 5 biji tart nenas smlm. hehehe itula ibu da cakap adek xleh makan lg tp adek nk jugak.. kan da cirit birit.. Tp adek sihat je ibu nampak, so far xde sindrom kelesuan. harap2 adek ok je...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ahad, 14 Oktober 2012

Baby Nuha Sudah 9 Bulan

 
RM5 je Pok A kasi kt adek, kedekut toii Pok A, Gaji masyuk belas2 K, kasi RM5 je kt adek yea...  :))
 
 
Adek dgn ayoh long & Pok A, Ske latu ramai org duk lyn dia...
 
Happy Best-Day for 9 month syg ibu, Cup..Cup..Cup.. Ibu Sygggg tecit ibu ni tau. Membesar dgn baik & sihat ye syg. Pada umor 9 bulan ni adek da pandai menzahirkan perasaan. Da pandai ketawa bile menonton TV sendirian, da pandai merajuk klu ibu xlayan, dah pandai nk ikut org g jalan, klu org bye2 dia pun bye2 skali, pastu nangis bile kene tinggal hehehe adek2... paling ibu suke adek dah pandai temankan ibu buat kerje & bergurau senda. Adek dah leh jadi best-frenz ibu yea... :))
 
 
 
Bukan main semangat dia dengar lagu "Terima kasih ku-ucap kpdMu, atas nikmat...." klu dengar lagu tu, terus terpacak depan TV... amboii2 dah pandai menghayati lagu plak dia..
 
nampak gaye hujung bulan ni or awal bulan depan adek mesti dah leh jalan, coz adek dah boleh berdiri sendiri tanpa berpaut kt memana, cume xpandai nk amik step melangkah je lg. klu berpegang pada kerusi tu mmg dah pandai melangkah, cume bile berdiri tanpa bantuan adek takut nk move agaknye, takut jatuhla tu.. eheehehe.. Good girl, nk buat ape2 kene hati2 ok, nnt klu jatuh diri sendiri jugak yg sakit... :)
 
 
 
Menggigil sejuk latu, itu yg selimut sampai kepala.. ehehehe.. adek2..
 
 
Ok jom kite siap2 tido, esok ibu nk pegi work, xleh bangun lewat ok. Gudnite .. Assalamualaikum :)

Khamis, 23 Ogos 2012

Perkembangan Baby Nuha 7 Bulan

Alhamdulillah genaplah usia anakanda kesayangan ibu 7 bulan 10 hari pada hari ini. Sempena meraikan hari raye 6 Syawal. adek semakin aktif, macam2 benda da dia explore sampai ibu naik runsing + mamai + risau + sedey.. knp ?? sebab adek da pandai nk memanjat klu jumpe benda tinggi seperti sofa, meja tangga & sebagainya, namun begitu tahap keseimbangan badan adek masih belum stabil. setakat ni dah 3,4 kali terlingkup, habis benjol sana sini.. sian tecit ibu ni...

 
 Tengok tu muke berparut, itula lasak sgt.. cian cayunk ibu, itu tanda kene kerusi kayu kt umah Opah 5 hari sebelum raye, nasib baik time raye da hilang..
Adek2.. aktif betoi dia tau skrg, tunggu abi nnt adek pusing la satu taman ngan abi yea, tp skrg duk diam2 dulu, ibu xlarat nk pusing2 la syg..


Hari ni adek tetiba membuat lawatan mengejut ke bilik air di master bed. padanlaa senyap je, ibu ingatkan adek buat ape, ibu duk layan cite, sedar2 senyap je.. skali dengar suara adek sayup2 memanggil minta pertolongan, cari punye cari da berada dlm toilet adeehh... nasib baiklah toilet kering & xde ape2 yg merbahaya.. adek2, camnela nnt nk duk umah Opah minggu depan, mesti opah mengomel panjang lg nnt.. sian opah nk melayan kerenah adek yg semakin aktif skrg, jgn nakal2 ye syg ibu, nnt demam lg opah layan perangai adek.


Tengok tu da pandai duduk main piano pun tecit ibu ni...
caiyok2.. gambate kudasai.. :)
 

Kemahiran adek pada usia 7 bulan ialah, dapat duduk dgn sendiri, merangkak, memanjat, memanggil untuk mendapatkan perhatian, menjilat lantai, membuat lawatan di serata ceruk rumah :) Sepanjang pemerhatian ibu, adek lebih cenderung pada permainan yg banyak tali, banyak kerawang & gambar2 yg boleh di pegang. Klu toys yg bunyi2 dia kurang minat, sekejap je main nnt da xmau daa..  Semoga terus membesar dgn sihat ye syg..
 
 
 
Pantang tinggal laju je nk menjalar yea..
 
 
 
 
 
 
 


Ahad, 5 Ogos 2012

Baby Nuha @ KPJ Kajang Part 3

Ini adalah beberapa keping gambar yg di ambil sepanjang aku melepak di PAEDS KPJ kajang, Ini adalah last entry aku berkenaan cite Nuha & PAEDS KPJ. setelah menghabiskan masa 4D3N kt sini akhirnya aku mendapat sekeping bill sebelum di benarkan keluar. 

Sile lihat berapa amount yg di kenakan, adakah aku rase berbaloi dgn service yg aku dapat..? Sudah semestinya TIDAK sama sekali. Walaubagaimanapun samada berpuas hati or Not payment tetap kene di langsaikan. Alhamdulillah bukan pakai duit poket aku, sume di tanggung Insurance. So walaupun perasaan menyampah sakit hati, xpuas hati dan sebagainya mengenai KPJ ni tp anakandaku Alhamdulillah sudah kembali Ceria ...  Walaupun masih cirit birit tp ia semakin berkurangan. mengikut kata Doc. ia mungkin mengambil sedikit masa utk pulih sepenuhnya...  


Total bayaran adalah 3189.85 MYR, sama cam 6 star Hotel tp service cam
 T*%$....!!



hari last lepas bukak balutan, tangan adek bengkak, sian syg ibu, Nurse siap nk inject kt tangan sebelah sana plak, katenye nnt doc nk masuk ubat sebab belum tentu blh balik lg ptg ni katanye, " uh nk masuk ubat ape lg, sy mmg nk balik dah ptg ni, xpyh cucuk lg laa, kesian dia 2,2 tangan sakit sat g.. nnt demam plak, susah plak sy nk kene amik cuti lg.." laju gile mulut aku potpet.. huhuhu Nurse terus tediam dan aku terus bawak Nuha keluar dr bilik rawatan.


Hari pertama di KPJ.. muke baru lepak nangis yea.. cian tecit ibu,
sakit ye syg kene cucuk..


Muke xsihat yea, cian adek.. hari ke-2 di KPJ.. adek dapat katil senang ibu
nk solat & nk ke toilet..


Tido dgn penuh iman di dada, anak ibu yg cool & baik budi bahasa... I love U syg, ibu mmg xboleh berhadapan dgn manusia yg suke mengganggu ketenteraman & mengundang masalah pada adek, mesti angin ibu akan naik sampai ke petala langit ke-7, Moga bile da besar nnt doa ibu, adek akan berjumpa dgn seorang lelaki yg akan sentiasa menjaga kebajikan adek mcm ibu menjaga adek yea syg.. I wish ...


Ini adalah No katil adek semasa di KPJ Kajang, hmm syok jugak duduk kt ward ni sebenarnya cume yg xsyok-nye bertembung dgn 2, 3 jenis manusia yg mmg xde adab + berlagak sombong xkene tempat, dari segi kepakaran doktor & juga khidmat nasihat Nurse di Wad PAEDS is good enough except for the attendant bodoh yg telah aku mansion di entry sebelum ini... 


Teman semasa berada di ward selama menunggu adek, tp yg aku bace xsampai 10 muka pun, baru je nk bace adek menangis..




View kat bed adek, sebelum dapat katil jaring adek.. masa ni sikit punye risau nk tinggal, maklum ajela lubang penghadang tepi katil tu sikit punye besar, mmg sah2 blh jatuh terjelopok kt bawah tu.. uh mmg gile risau klu nk ke toilet & solat...  



Itula dia pintu yg dihempas oleh pompuan legam yg xde adab ..
sebelah kiri tu adalah tiolet 


Toilet yg agak selesa, senang mandikan Nuha dlm sinki tu,
ala2 BB bath tab huhuhu...   :)


Sekian Terima kasih, Segala Kesulitan & kesilapan Bahasa 
harap di maafkan ... :)



Isnin, 23 Julai 2012

Solat Sunat Dhuha Membuka Pintu Rezeki

"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, supaya aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."


( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya segala dosa-dosanya walaupun banyaknya seperti buih dilautan."

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)






Info ini di petik dari  :- 


Khamis, 19 Julai 2012

Immunisasi Untuk Baby 6 Bulan

Hari yg sangat membahagiakan.. nk tau knp..? Coz bulan depan aku xpayah nk bertungkus lumus nk angkut adek pagi untuk injection lg. ehehehe aman rasa-nye.. aarrggghh boleh menarik nafas lega. Bile adek umur 1 tahun plak baru amik injection last.. so tahun depan plak laa kite menziarahi klinik kesihatan Sungai Ramal yg cantik tu yea syg..

Td pagi seawal jam 5am adek da bangun tido, tp dia xkacau aku pun, bagus anak ibu, tau ibu keletihan smlm. dia cume main sesorang kt sebelah aku. Actually aku dah siap2 aturkan mainan dia atas kepala katil tu sebelum aku tido, coz aku tau nnt klu dia terjaga mesti dia akan terus meniarap and cari benda nk main2, so mmg tepatla jangkaan aku, da 5 mlm adek bangun seawal jam 5am. Macam kunci jam plak mata anak ibu ni, tepat jam 5 pg terus terbuka mate dia.. ehehe adek2..

Berat anak ibu hari ni da 6.9kg dan mencapai ketinggian 66.5cm. Nurse kate adek mempunyai berat badan ideal dan tumbesaran yg bagus.. ehehe tq Nurse..

Namun begitu adek menjerit dengan kuat kali ni lepas kene inject. Darah pun agak banyak kuar, cian anak ibu, tgh sedap2 tido kene inject plak yea... Berlinangan air mate dia, sayu je hati ibu.. tp kejap je, pastu sambung melompat2 plak, da xingat rase sakit kene inject agaknye ehehe, heroin anak ibu ni...

Lepas siap amik ubat terus hantar adik ke rumah Opah di Putrajaya & ibu balik ke rumah salin baju utk ke tempat kerje plak. Sebelum tu ke CIMB bank tukar kad dan ke Giant beli barang2. Sesampai di opis mcm nk pengsan rasenye.. tersangatlah letih, berkejar-kejar buat kerje, nasib baiklah harini xde banyak kerje sgt so bolehla ibu bersantai skit2 sambil menyiapkan slide presentation untuk Proposed Project @ Bukit Tunku KL.

Mood harini biasa2 saje dan sgt gembira bile teringatkan Ramadhan akan tiba hanya selang sehari shj lg.. Ramadhan Kareem... !!!





Isnin, 18 Jun 2012

My Inspiration


Mesra nampak X-CEO dgn new CEO, ade pepe ke tu.. ehehe :)

Tony Fernandes da resign sebagai CEO utk Air asia, oleh itu beliau telah melantik Aireen Omar sebagai CEO baru utk Air Asia. pada usia baru menjangkau 38 tahun dah menjadi CEO kepada sebuah syarikat penerbangan yg boleh dikatekan gah di Benua Asia kini.


Amacam cun x New Ceo Air Asia ni..? hehehe..

Bile aku bukak The Star td pagi n read the news about this tetiba aku rs sngt2 teruja. Meaning that aku ade lg 9 tahun utk mencapai sesuatu yg hebat dlm hidup aku juga. ehehe.. Insya'allah, aku akan lakukan yg terbaik utk sisa-sisa waktu yg masih ade ini. last week aku da isi borang utk amik Profesional Course as a Probationary Valuer. Klu ade rezeki after practice 2yrs aku akan dapatkan Profesional Certificate from Board of Valuers, Appraisers & Estate Agents, and title Sr akan boleh di isi pada pangkal name. wow.. Im very impress :)) xsabar utk mulakan biz sendiri dan jual my signature. Gambate Kudasai..

This week aku duk mamai memikirkan tentang High End Project @ Bukit Tunku Kuala Lumpur. Nk kene siapkan Feasibility Study and cashflow of the project. Design of Bungalows, Semi-Ds and also High N Condo's. After visit Iproperty shows @ KLCC last week adela jugak idea aku nk advice my architect utk this project ni. GDC utk project kt bukit tunku ni bukannye sikit is about 650++ million. This friday nk kene present kt My managing director all about the project.


Inilah Lokasi tanah di Bukit Tunku, sebelah lebuhraya Mahameru tu. kawasan hutan kt tengah2 Key El yg agak menyeramkan tu, hah itulah bukit Tunku tempat org2 kaye tinggal.. huhuhu

Ini adalah project Sime Darby di Bukit Tunku, tp dia kt bahagian bawah skit, itupun harga dia mak aiii gile bapak mahal.. sekaki persegi dlm  RM950 - RM1000. sebijik condo High N di sini costing dlm 2.5 mil - 4.5 mil.  huhuhu mmg berbaloi2 mak, sewa pun 6k -20k sebulan..

Mostly tanah di Bukit Tunku kebanyakkan-nya "kerabat", menteri & somebodylaa. Klu x silap aku dato bandar KL pun rumah dia kt Bukit Tunku tu jugak, sultan perak punye rumah hinggap pun kt situ jugak and the most important part my Big Boss Tan Sri Syed Mokhtar pun kt situ jugak, jalan Langgak Tunku, tp bungalow dia biasa2 je, xdela Grand gile, ala2 shj. skali tengok mcm xpercaya yg tu Bungalow milik Malaysia Top 10 Richest. very the zuhud la.. semoga Allah berikan ganjaran terbaik utknya. I Like your style Tuan Syed Mokhtar. ehehe... klu staf, dia xkasi kitorang panggil dia  Tan Sri or Dato' even tulis surat pun, dia suh kitorang panggil dia Tuan Syed Mokhtar shj. very the hamble person right. 


 Today aku xkuar lunch, coz aku nk balik awal skit, waktu untuk lunch ni aku bawak ke waktu balik, so aku ade extra 1 hour utk balik.. ehehehe so 4.30 pm aku da boleh balik.. xsabar nk jumpe anakanda kesayangan ibu, cian dia demam harini, badan ala2 suam2 kuku, agakye kesan kene inject semalam kot. bagus syg ibu, x-menangis pun kene inject muke maintain je.. muahaha..


Selasa, 29 Mei 2012

Melatih Baby Berenang @ Baby Swimming

Sejak dari hari pertama aku mengandungkan anakanda Nuha aku telah berjanji dgn diriku sendiri yg aku akan sedaya upaya untuk mendidiknya menjadi insan hebat sejauh mana yg boleh. aku ingin dia mampu untuk lakukan ape shj dlm hidupnya, supaya dia dapat menikmati sebuah kehidupan yg unggul sepanjang hayatnye Insya'allah. Jadilah ape shj yg kau ingin jadi anak-ku, asal-kan kau tahu dimana batas agama-mu dan ibu akan sentiasa doakan yg terbaik utk dirimu dunia & akhirat.

Untuk mase skrg aku melatih baby Nuha supaya dapat menahan nafas bile aku shower kepala dia, tujuan aku buat demikian adalah utk melatih Nuha menahan nafas bile tiba mase aku nk masukkan dia dlm pool nnt. Setiap kali ketika mandi aku akan pastikan baby tidak menangis bile air sampai ke-badannya, dan perkara paling menarik aku selalu mandi bersama Nuha, slalunye hujung minggu. klu aku mandikan Nuha, aku akan join mandi skali, even aku dah 3x mandi utk haritu. ehehehe sgt seronok dpt mandi ngan baby, dpat main air sesama, sabun sesama, shampoo sesama.. Very nice when U have a little cute doter like my beloved Nuha...Very the easy going baby.. muahahaha... I Love U syg ... :))


My hubby kate dia nk masukkan Nuha dalam kolam renang bile Nuha da 6 bulan.Tp last week aku tengok rancangan Nona klu xsilap, Dr. Sheikh Muzaffar masukkan baby dia dlm swimming pool pd usia 4 month. So maksudnye baby Nuha da boleh dimasukkan dlm kolam renang. Ini satu berita baik, aku dr haritu lg da nk masukkan Nuha dlm kolam, tp my hubby kate xboleh lagi rendam baby awal2, takut dia kesejukan n xboleh bernafas.....Buuttttttt Not now dear.....Nampaknye lepas ni aktiviti kami sekeluarga di hujung minggu adalah lepak di kolam renang Putrajaya .. hehehe.. waaa bestnya, syg ibu nk swim yea.. :)) nnt ibu belikan baju renang yg comel utk adik. maybe this weekend blh ke Aeon Balakong cari swimming suit Adik.. ok syg..  

Nuha sangat suke mandi, 1st day kene mandi sikit pun x nangis, senyap saje, sampaila sekarang dia sngt suke main dgn air, mandi bukanlah sesuatu yg menakutkan utk Nuha. nnt klu baby da pandai berenang Ibu nk suh Abi ajarkan adek Diving plak.. nnt blh kite dive kt Mabul or Redang. Ibu sngt suke discover benda2 camtu. cepatla anak Ibu besar, banyak benda yg Ibu X-sabar nk ajar ni syg..




Isnin, 14 Mei 2012

Bersunat baby Nuha

Waaa Syg2 ibu da 4 bulan.. sekejap je mase berlalu syg ibu da makin besar DAN ibu semakin bertambah usia :( .. sempat ke agaknye ibu nk melihat anak ibu membesar & mempunyai sebuah kehidupan yg sempurna. Doa ibu siang dan malam utk anak ibu, mudah2 ibu dipanjangkan umur oleh-NYA utk melihat anak ibu membesar, berjaya, berkahwin dan punyai anak2 yg baik akhlaknya.. :) Amen ya Allah.

Td g hantar Abi kt Stesen bas Kajang. harini (isnin) abi amik cuti.. dan ibu tanpa dirancang teramik EL huhuhu, macam2.. xde plak dlm perancangan nk cuti, entah bagaimana tetiba bangun pagi td rase cam mls nk g kerje.. lgpun kesian plak kt Abi tinggal sesorang terkontang-kanting kt umah jaga adik, so xpela ibu amik EL ajelaa.. :)) This weekend Abi x-balik jumpe adik coz abi ade Exercise pemusnahan Boom di Gurun Kedah. so this weekend kite berdua ajela nampaknye, hmm bosannye.. Syg ibu kene slalu doakan, mudah2n abi sentiasa selamat yea.. ok syg..muahaha. tp the whole week selepas tu abi ade kursus kt MINDEF plak.. so nnt mlm2 abi akan dodoikan adek tido.. ehehehe seronoknye.. adik la yg seronok, coz abi sentiasa utamakan adek dr ibu.. hmm xmengapalah syg, Ibu ok je.. yg penting syg ibu dpt tido dgn lena & membesar dgn penuh kasih syg.

Hari Ahad 13hb May 2012 ibu baru sempurnakan 1 lg tuntutan "bersunat" utk anak ibu ni, dr sehari ke sehari asyik xde mase je nk sunatkan adik. walaubagaimanapun Ahad baruni alhamdulillah selesailah sudah. Ibu sunatkan adek di Pusat Perubatan Islam Az-Zahra Bangi, kire okla, cume doktor yg buat procedure utk adik tu xbape bestlaa.. entah ape2 skit, adik nangis pun dia nk komen itu ini, bagi aku standardla baby, bile org pegang kaki n tangan dia mau dia x-nangis.. aiiyaa xmesra alam la doc ni, mmg xbest.. hmm adeehh mcm2, ibu layankan ajela doc tu. Siap dia kate" biasa baby klu 4 bulan ni xdela menjerit sampai camtu klu bersunat, coz bukan sakit  sgt pun, sikit aje.. nnt Ibu dia ingat sakit sngt sampai Baby menjerit kene sunat.." Aiiyaa ape punye statement la doc ni, mamai kepalaku, nk aje aku menjawab, sy bukanlah ibu jenis yg nk angin xtentu pasalla doc. Agaknye dia takut aku angin kot bile tgk baby menangis mase dia potong baby punye tut, tu kot, hmmm ape2la doc.. :] tp yg bestnye  Kos cume RM39 shj. murah saje kan. hehehe..

Benda xdelah susah mane pun tp itula kekadang sebagai manusia kite kekadang sentiasa memandang remeh benda2 yg camtu yg akhirnya akan menyusahkan diri sendiri jugak. pesanan utk diriku yg sering lupe. klu benda2 keduniaan blh aje kite buat tanpa kite lengah2kan.. tp tang hal2 yg berkaitan agama selalunye kite suke amik mudah. Ya Allah.. masih banyak kekurangan diri yg perlu diperbaiki.. hmmm... Walaupun Hukum Bersunat bagi kaum Hawa adalah "harus" tetapi ia mempunyai kesan yg besar terhadap emosi kanak perempuan tersebut apabila mereka meningkat dewasa. Utk yg ingin melakukan-nya akan mendapat pahala dan bagi yg enggan tidak mengapa. tidakla sampai jatuh berdosa pun klu xbersunat.

Yusuf al-Qardawi ada menegaskan bahawa :

“Semuanya terpulang kepada ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut. Jika mereka hendak mengkhatankan anak mereka, ia diharuskan, dan sebaliknya jika mereka enggan melakukannya, ia tidaklah menjadi suatu kesalahan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang cenderung untuk mengkhatan anak-anak perempuan mereka, beliau menasihatkan agar dikhatankan sedikit sahaja daripada kulit, berdasarkan sebuah hadis Nabi s.a.w.: "Potonglah sedikit sahaja dan jangan sampai ke akarnya kerana ia mengelokkan wajah dan menyenangkan hati suami". 


Mudah2n dgn niat yg Ikhlas kerana Allah ia akan memberi yg baik utk pembesaran anak Ibu yg Ibu & Abi kasihi ini... Selamat Mlm Syg.. muahaha..






Ahad, 8 April 2012

Hakikat Sebuah Kehidupan


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat kerana tuntutan tugas harianku mmg slalu memenatkan... Sementara anak2 & isteri-ku sedang berkumpul diruang tengah.  Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat ke muka ku.

Selang beberapa ketika seseorang yang tidak jelas mukanya dgn berjubah putih dan bertongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata-Ku. Aku sangat terkejut dengan kedatangan lembaga yang tiba2 itu dihadapanku.. 

Belum sempat aku bertanya.. "Siapa Engkau.."
tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas..
Nafasku bergerak kencang, terasa berombak diseluruh tubuhku,
sepertinya aku kelemasan di udara..

Aarrggghhhh rasa kesakitan jenis apekah ini, yg tiba-tiba menyerang dadaku..??

Namun aku berusaha untuk tetap bernafas seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang merayap ke-segenap salur nadi-ku dari bahagian kaki-ku hinggalah ke dadaku.. terus dan terus merayap penuh penderitaan yg xmampu aku tanggung, akhirnya ia tiba ke kerongkongku…

"aarrgghhh Sakittt… Sakiiittt bantu aku isteriku, cepat bantu ayah anak2-ku... "
Kotak suara-ku xmampu lg bersuara lantaran kesakitan yg aku tanggung membuatkan lidahku kelu tidak dpt berkata walau sepatah ayat pun...


Ingatlah Kepada-NYA..!!!
Keluar airmataku menahan rasa peritnya sakit ini… Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.. Dalam keadaan yang masih sukar bernafas, benda tadi terus menerus memaksa untuk keluar dari tubuhku… " kkhhaaaarr… khhhhaaarr.. " kerongkonganku berbunyi seperti dijolok dgn sesuatu, berbuih-buih mulutku.. 

Yaa Allah penderitaan apekah yg engkau timpakan untuk-ku ini, selama ini tahap kesihatan-ku selalu di tahap yg terbaik, pelbagai jenis ubat dan rawatan pakar yg aku dapatkan semata-mata untuk menjamin kesihatan diriku pada tahap yg ideal, tetapi hari ini....  aku tiba-tiba diserang penyakit yg sngt menyeksakan jasadku, sakit apekah ini... ?? 




 Badanku gementar… peluh keringatku meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku menitis laju..   Tangan & kakiku kekejangan...

Sedetik setelah benda itu meninggalkan aku... "aarrrhhhhh... leganya.." Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu pergi, berlalu begitu saja, hilang dari pandanganku, segala penderitaan yg aku alami td hilang dgn tiba-tiba.. dan aku merasakan aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru...

Siapa Dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa Dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan??? Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu,
Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak sekuat tenaga-ku, mungkin seluruh Taman dapat mendengarkan jeritan-ku….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku...
  Seolah mereka tak melihatku…  Dan mereka terus-menerus menangis….
Aku sedar.. Aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa
Roh-Ku kembali kepada  Tuhan-Ku...

Aku telah Mati… Aku telah Mati...!!!
Arrggghhhhh Aku telah Mati Ya Tuhan-KU..
Aku telah meninggalkan mereka .. aku tidak berdaya menangis dan berteriak lg… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.. 
Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.  Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja untuk dunia-ku.

Sungguh, bila aku tahu aku akan Mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dan segala urusan dunia-ku yg lain.  Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum Bersolat... kembalikan Roh-Ku ya tuhan, aku ingin menunaikan Ibadah terhadap-MU.. kembalikanlah wahai Tuhan-KU walaupun hanya sehari..

 "Ya Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku adalah hamba-MU yg sangat bahagia. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh duduk kepada-MU, mengakui segala dosa2 silamku & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia... "


Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih.  Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Rumah yg Abadi buat selamanya... 

Mari berlumba dalam melakukan kebaikan...!!
Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…

 Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama..!!

Sabtu, 3 Mac 2012

Berkampong @ KPJ Penang II

Inilah gambar yg my hubby amik semasa kitorang lepak sekeluarga
di KPJ Penang Specialist Hospital.

Sambungan kpd citer di KPJ penang part one, dipendekkan citer mlm tu aku buatla operation procedure. itula kali pertama aku masuk ke dewan bedah, slama ni aku just hantarkan abg aku & arwah umi ke "Operation Theater" yg kt depan pintu dia ade lampu merah & hijau.. agak gerun gakla bila nurse tolak aku masuk ke dlm bilik tu, sebelum tu kene pose dulu, pastu barang2 & segala pakaian dlm kene tanggalkan, cume pakai baju & kain ospital ajela.. adeehh segan-nye.. sampai je kt dlm tu, sejuk yg amat sampai ke sum-sum tulang rasenye... dlm hati duk berdoa mcm2, jantung x-usah ckplaa, dag-dig-dup bukan main laju, tunggu giliran je nk masuk ke bilik bedah. Semase aku menunggu tu, Doc. ade kasi beberapa keping docment utk aku tanda-tangan, agaknye surat persetujuan utk melakukan pembedahan agaknya, aku xbace pun, main sign je..

aku tertido seketika, sedar2 nurse kejutkan ckp nk tolak masuk ke bilik bedah.. melihat kpd muke aku yg pucat, nurse yg tolak stretcher tu tetiba menyapa aku "xde pelaa puan jgn risau, minor operation je" sambil tersenyum melihat aku yg sedikit gementar agaknye. eheheehe uh mau xtakut, adeehh seram sejuk jugak, manela tau tetiba ajal dah tiba ke ape, adusss mintak sisih masih belum sempurna lg ibadat-ku ini rasenye, banyak lg kekurangan yg perlu diperbaiki, moge diberi kesihatan & dipanjangkan umur yg berkat utk-ku amen. Masuk je bilik bedah, pakar bius ckp dgn aku yg dia akan masukkan ubat bius sepenuhnya oleh itu aku akan tido & xsedarkan diri sepanjang pembedahan berjalan katenye. aku hanya mengangukkan kepala tanda faham ape yg disampaikan. Lps di masukkan bius, aku bilang 1.. 2... 3.. 4.. 5.. ZZZzzZZzz.. dah xsedar ape yg berlaku, cepat betul kesan bius tu bertindak balas dlm system saraf aku.. entah ape aku bermimpi mase tu.. dah lupe .. ehehehe

Tetiba nama aku dipanggil beberapa kali dan terasa pipi aku ditepuk perlahan.. terasa begitu berat utk aku bukakan mate, dlm hati terdetik, dah siap ke operation ni.. aku kt mane yea, kebingungan aku seketika.. aku terlelap lg, bile aku sedar aku dah berada di bilik, aku tersedar tu pun sebab nurse angkat badan aku utk dipindahkan ke katil di bilik aku, tetiba rs pedih yg amat di bahagian yg berbalut, Nurse tanye aku, " sakit ke puan..?" sambil muke berkerut aku jawab perlahan " A'a la nurse sakit sgttt.." nurse memberi aku 2 biji Ponstan + air milo panas. lepas makan tu aku terus terlelap. Kate pakar bius td, dia kurangkan Dose utk bius kerana aku BF baby, slalunye kesan bius utk 24hrs tp utk aku dia hanya kasi 12hrs shj, so esok pagi lepas jam 10 pg camtu aku dah boleh BF baby katenye.. aahhh xde maknenye nk BF baby dlm keadaan sakit camni, nk bangun pun sakit.. pedih + perit bile bergerak2, maklum sajelah benda tergantung camtu, bile  bangun nk ke tandas sudah semestinya akan jatuh kebawah, uh sakitttt .. itupun aku dah support pakai tangan supaya xterasa sngt.. hmm .. :(

Sepatutnye kul 12 tghr tu Dr. Saiful akan dtg utk tukar dressing, tp memandangkan aku baru aje buat operation kul 12 smlm so dia kate xperlu tukar lglaa. esok baru kite tukar katenye. hmm aku hanya tersenyum je tanda mengiakan ape yg sampaikan Dr. saiful.. ke-esokkan harinye sperti yg dijanjikan Dr. Saiful dtg kt bilik aku, dia kate assistant dia yg akan tukarkan dressing aku coz dia ade urgent kes nk kene endose, hmm ape2la doc. dlm hati ni cam besela, seram sejuk je rasenye, nurse tu ckp kt aku procedure ni xbius so sakit skitlaa katenye. procedure utk dressing pun bermula, segala peralatan dikeluarkan, step 1 nurse cabutkan balutan kapas di permukaan atas, arrgghhh sakitnye bile kene tarik tape yg melekat tu tp masih boleh tahan skalipun air mate da bertangkung di kelopak mate.. aku ingatkan dah berakhir, skali nurse ckp belum lg, dia nk kene keluarkan gouge yg disumbat kt dlm tu n than gantikan dgn yg baru.. perghh sakitnye bile nurse tu tarik gouge keluar dr dlm, rupe2nye doc x jahit, dia cume sumbatkan kapas je kt dlm. huh bukan sikit sakitnye, teramatla sakit sampai 1 floor tu blh dgr suara aku mengerang kesakitan. masya'Allah aku taubat xnk buat da procedure ni.. tp dressing ni nk kene tukar hari2 sampai isi yg di buang tu naik semula.

Sister dtg tenangkan aku, agaknye dia dengar suara aku kot, hmm ape kan daya aku mmg xleh nk tahan da, sampai bercucuran air mata membasahi pipi lantaran kesakitan yg dah xtertahan lg, sister tu ckp mmg la sakit skit coz lubang tu agak dlm, 3.5cm & lebar plak dlm 1 inchi, boleh masukkan 1 ibu jari la kt dlm, huh padanla sakit sgt, dahla isi merah kt dlm tu, bile dia flush ubat kuning kt dlm lubang tu Ya Allah spt nk terhenti nafasku rasenye. kesakitan yg xterhingga :.(  hubby hanya mampu melihat dgn penuh simpati, aku tau dia pun xsanggup melihat keadaan aku yg spt sudah jatuh ditimpa tangga. Keesokan harinya Dr. Saiful dtg utk tukar dressing lg, tp kali ni aku akan diberi sedikit ubat bius utk mengurangkan rase sakit. hmm blhlaa.. xdela rase sakit sgt..

Sepanjang aku berada di ward tu ramaila jugak yg dtg menjengok, sume staf TUDM, BAKAT and my friend yg tersesat kt Penang.. ehehe thanks kepada semua yg dtg melawat & memberi kata2 semangat utk aku. BB Nuha pun banyak dpt tips.. ehehehe boleh masuk Tabung Haji adik nnt..

Hari last tu ade 2 org staf KPJ dtg utk explain pasal bil kt aku, katenye ade beberapa payment yg insurance x cover, so aku kene bayar sendiri, total bil selama 5 hari 4 mlm ialah 6700.00 ++ MYR insurance cover 5800.00++ MYR yg balance tu aku kene bayar sendiri. hmm xkisahla mmg aku dah tau da cost utk bilik tu aku nk kene bayar dulu nnt claim kemudian ngan PRU BSN utk elaun ospital RM 250 ehehehe.. cume ape yg aku xpuas hati ialah pasal kesilapan staf KPJ yg send aku kt klinik pakar ongkologi skali aku sepatutnye ke klinik pakar surgeon, so xpasal2 aku nk kene bear utk kos ongkologi tu sebanyak RM185. padahal dia bukan cek ke ape pun, yg tu aku mmg xpuas hati sebab bagi aku xde pepe consultation & medical service yg diberi... yg lain2 sume aku satisfied. nurse pun kebanyakan baik hati & berhemah laa, xdela yg ala2 poyo & menyakitkan hati, semuanya membantu. really happy stayed @ KPJ Penang Specialist, makanan pun sedap, menu kegemaran aku kt situ adalah ayam black paper, mmg sedaapp rs mcm nk tapaw2 bawak balik ehehe, yg lain2 pun sedap gak, tp yg tu peberet aku, hubby pun ckp sedap ehehe  .. aku kasi rating 4.5 star laa utk KPJ.. :))

Discharge kul 6 ptg, otw nk balik ke Bagan Ajam aku request my hubby beli nasi ulam + ikan goreng bawal, oleh krn aku xlarat nk turun makan kt kedai.. so hubby tapaw je makan kt bilik. hmm sedap2 len kali boleh makan lg.. ehehehe.. sekian kisah aku di KPJ, akan aku ingat sampai bile2, banyak betol dugaan aku sepanjang berpantang ni.. dugaan Allah utk menguji tahap kesabaran aku la tu semuanye. aku redha & terima dgn hati yg lapang walaupun sedikit tertekan dgn semua masalah tp jauh dlm hati aku sentiasa ingat yg Allah & para malikat di Langit sedang memerhati-kan setiap gerak geriku kerana aku sedang di-uji.. Subhanallah.. Allahu'Akbar ..