Memaparkan catatan dengan label Property Investment. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Property Investment. Papar semua catatan

Khamis, 10 April 2014

1st Day @ Tradewinds Corporation

Alhamdulillah, Hari ini, Jumaat 11 April 2014 aku dengan rasminya telah masuk ke opis baru. Barang2 dari opis lama dah angkat 2 hari lepas dengan bantuan my beloved hubby. So bermula episode baru aku di sini pula. Skop kerja masih sama. Apa yang aku lakukan di opis lama still kene carry on, CUME-nya... hah capital letter skit. Sikit punye banyak projek nk kene handle kt sini. Aduh..duh..duh... xmenang tangan aku nk kene prepared Feasi, Site Analysis, Land Value dan macam2 lagik. Baru je habis buat 1 kerje, datang plak kerja lain dan-dan tu jugak. Zaman nk relex2 & layan FB serta berblog agak terhad. Mungkin xsempat nk menulis time opis hour.
 
Bak kate org kampong Pulau Serai "Ade give & take-laa" hikhikik. Secara rasminya aku dah dapat new appointment letter. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Ada increment on salary + various benefit yang lain seperti discount % for staf di ke semua Hotel & juga fasilities yang under Tradewinds Corporation. Yang aku di beritahu seperti di Hotel Istana, Harrod & etc. Tapi aku bukan berbelanja sangat kt tempat2 camtu, tapi kalau ada member2 or sedara mara nk discount insyaAllah boleh di uruskan. Tahun 2014 ni aku dapat 2x kenaikan gaji, 1st bulan lepas cerita Di SINI, pastu after pindah ke sini ingatkan diorang cume follow je gaji tu, skali dapat Appointment Letter yang baru, naik lagik.. kuikuikuikui... Tuah ayam Nampak di kaki.. Tuah manusia siapa yang tahu. Apepun syukur Alahamdulillah. Semuanya hanya pinjaman.
 
Selain dari tu, cuti tahunan juga di tambah, kos untuk bersalin pun ada disediakan, macam seronok la plak nk bersalin pasni. Xpening dah pikir nk bayar kos. Alhamdulillah ada jugak perkara yang buat aku teruja di sini. Mudah2n Allah memudahkan segala urusan kerja aku di sini Ameen.
 
 
 
 

Isnin, 3 Mac 2014

Panggilan Ka'abah Telah Datang

Panggilan Haji terasa semakin dekat di hati. Terasa seperti ingin ke Mekah & Madinah. Tapi bagaimana hendak menunaikan Haji sedangkan hutang masih bertimbun. Simpanan di Tabung Haji pun belum mencukupi. kos untuk menunaikan Haji adalah sangat tinggi sekarang. Kalau pergi dengan Pakej Tabung Haji @ Muassasah mungkin bolehla dipertimbangkan. tapi itupun bukan sekarang. Mungkin 3 tahun lagi InsyaAllah. Tapi detik hati untuk ke sana seperti tidak dapat di tahan-tahan lagi. 3 tahun itu terlalu lama untuk di tunggu. Entah sempat entah tidak, entah sihat entah sakit. Hanya Pakej Tabung Haji yang menawarkan subsidi oleh kerajaan. Mungkin harga dalam sekitar 10k - 12k seorang. Klu berdua sudah 20k - 24k. Duit untuk perbelanjaan di sana lagi. Mungkin 10k sudah memadai. Sekurang-kurangnya Simpanan perlu ada RM35,000. Hmmm.... menghela nafas panjang buat seketika.
 
Terfikir juga di benak hati untuk mencairkan segala asset hartanah yang ade. memandangkan masa sihat & ajal tidak menunggu kita. Mungkin dengan mengorban sebijik hartanah untuk menuju jalan Allah & rasulullah itu mendapat keredhaan Allah. Rezeki di bumi ini semuanya milik Allah. Aku tidak ingin termasuk dalam kalangan manusia yang menghitung-hitung harta hingga masuk ke dalam kubur. Aku tidak ingin menjadi manusia yang telah di beri amaran oleh Allah di dlm ayat surah At-takatsur itu. Nauzubillah, aku tidak ingin masuk dalam golongan itu.
 
Setelah membuat sedikit penelitian & pembacaan tentang menunaikan Ibadah Haji. Jalan untuk menuju Allah & Rasulullah seharusnya bebas dari segala rasa ingin selesa & serba sempurna. Hati harus tenang & jiwa seharusnya sentiasa berlapang dada demi mencari keredhaan Allah. Oleh yang demikian aku membuat kesimpulan untuk diriku sendiri bahawa untuk menunaikan ibadah haji aku hanya perlu bersederhana. Tidak perlu berhabis wang berpuluh ribu semata-mata inginkan keselesaan semaksimum mungkin. Mungkin Pakej Tabung Haji itu lebih zuhud & banyak menuntun hati & jiwa supaya bersabar & redha, Berbanding pakej2 tavel agent yang lain. Melalui pemerhatian-ku Pakej Menunaikan Ibadah Haji yang di bawa oleh Rayhar mencecah RM20,000 seorang. Klu berdua sudah 40k, belum tambah duit perbelanjaan semasa di Tanah Suci. Kalu di fikirkan tentang duit sampai bila pun sentiasa tidak cukup. Nampaknya cadangan untuk mencairkan salah satu Asset hartanah itu mungkin boleh di fikirkan sebaiknya. Mudah-mudahan Allah membuka jalan kepada semua urusan dunia & akhirat-ku.
 
Kadang-kadang kite terlupa untuk apa kite di hidupkan. Kenapa kita menjadi begitu & begini. Semua itu adalah kehendak Allah. Allah memberi kite harta supaya mudah untuk kite beribadah kepada-NYA tapi apa yang terjadi sebaliknya. semakin banyak harta dunia di kumpul semakin terasa ingin mengumpul lagi. Allahuakbar... Sesungguhnya aku sedar Allah SWT itu sentiasa memerhati setiap tingkah-laku hambanya. Seperti-mana ibu-ayah memerhatikan gerak-geri & tingkah laku anak2-nya, Namun pemerhatian Allah itu lebih lagi menjangkaui segenap jiwa, setiap lintasan hati yang ada di benak sanubari, Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.


Selasa, 25 Februari 2014

My Home :: Pasang Auto Gate JackPro

Cadangan untuk memasang autogate ni mmg sudah lama di buat. Walaubagaimanapun ianya hanya siap di pasang pada hujung minggu lepas. Mulanya kitorang fikir nak tukar pagar dulu baru pasang autogate. Tapi bila fikir balik, macam membazir duit plak nk tukar pagar, coz pagar yang sedia ada masih ok. So hubby cadangkan untuk tambahkan saja sebatang besi kt bahagian bawah pagar supaya kucing or anjing xboleh menyorok untuk masuk ke dalam rumah.

 
Sticker original dari Jackpro.
 
Autogate Jackpro Heavy Duty jenis kunci menjadi pilihan. Warranty selama 3 tahun. Untuk Arm Alan key lebih murah berbanding arm kunci, beza dalam RM150 ke RM200 camtu. Kebaikan jenis arm kunci ini ialah apabila motor rosak senang skitla nk bukak. Klu alan key kene banyak kali pusing baru boleh bukak. Itu je la beza dia. Kebanyakkan installer kasi warranty setahun or setahun setengah je. Tapi beli direct dengan HQ dia di Bandar Puchong Jaya tu, Warranty akan di beri selama 3 tahun. incase la motor rosak ke, arm xberfungsi ke, so xperlu risau dalam tempoh 3 tahun tu. barang dapat tukar free je.

 
2 org installer dari Jackpro yang datang untuk pemasangan autogate. Sangat cepat buat kerja. Nampakla Pro buat kerja cume yang aku xberapa suka coz diorang ni buang plastic berteraburan. Bukan reti nk pungut balik segala sampah2 yg diorang buat sepah tu, main tinggal je. Huh...
 
 
Berkenaan dengan harga pula ada banyak jenis & banyak harga bermula dari yang basic RM1100 hingga RM1400. Untuk jenis arm kunci + auto close after 3 minit + alarm + heavy duty + 4 channel kunci + keypad auto lock harga bermula dari RM1600 - RM2200. Sendiri tengok, fikirkan kesesuaian & kemudian boleh decide mana satu nak beli.


Yang bulat putih kat bahagian atas tu menunjukkan bahawa Arm ini menggunakan kunci. Klu xde tu makna-nya arm pakai alan-key shj di bahagian hujung.

 
IC yang di gunakan oleh Jackpro.


Pilihan function yang kitorang pilih adalah heavy duty + arm kunci & alarm shj. Auto close + Keypad auto lock tu kitorang xnakla. So harga yang di berikan ialah RM1600.

Sekiranya korang beli dengan installer luar, harga mungkin sedikit murah, tapi warranty yang di berikan cuma setahun shj. Lagi satu barang yang di berikan juga lain. Sebelum tu aku ada bace melalui forum mengenai supplier utk Jackpro ni tp bile aku call & Tanya spec mmg ternyata banyak spec yang di kurangkan. Warranty yang di beri cuma 1 tahun atau paling lama setahun setengah. My advise better amik dengan HQ je. Warranty 3 tahun, siap ade surat hitam putih lg. Klu rosak ke ape senang nk cari, xperlu risau samada nk lari ke or tukar no HP bagai. Barang2 camni nk pakai lama & kemungkinan untuk motor rosak kene kilat dalam tempoh 2 tahun tu adalah sangat tinggi. So jaminan yg lebih panjang tu mmg sangat berbaloi.

 
Rupa Arm dari luar adalah sama tapi tiada sticker Jackpro & juga component dalaman yang di pakai jugak tidak di ketahui mungkin telah di tukar bagi tujuan mendapatkan keuntungan lebih. Macam HP original dengan AP Set. Dari luar Nampak sama tapi kualiti lain2. 

 
Kunci hanya 2 Channel, sedangkan ini adalah set Heavy Duty. Bukan Basic. Klu set basic mmg pakai 2 Channel shj untuk yang Heavy Duty sepatutnya 4 Channel seperti gambar di bawah.
 
 
Contoh kunci original (4 Channel) yang di beri oleh JackPro. Tapi yang di offer oleh installer luar hanya 2 channel. Meaning that untuk 2 channel hanya boleh bukak & tutup gate shj.
 
Tujuan utama pasang autogate ni adalah kerana mood malas nak turun bukak & tutup pagar semakin menjadi-jadi. Lagi satu malas nk kunci pagar once tinggal rumah after pergi kerje or jalan2. Maka dengan adanya autogate ni gate dengan sendirinya dah berkunci. So org luar xkan sembarangan boleh access ke dalam kawasan rumah.
 
Kepada yang berminat untuk membuat pemasangan autogate bolehla cuba tengok brand ni. Local product, kilang ada kt puchong & cawangan ada kt setiap negeri. Sudah beroperasi lebih 18 tahun.
 
Alamat kedai :
Jackpro Master Sdn. Bhd, No 8 Jalan Helang 15, Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Selangor. Miss Fong : 03-80758468

Khamis, 7 November 2013

6 Reason To Invest In Kajang & Semenyih !

Apabila Pemaju tersohor SP Setia mengumunkan bahawa mereka telah membeli 1700 ekar Tanah di Semenyih dan juga Abaco Estate dengan tiba-tiba Semenyih menjadi tumpuan para pemaju & juga pelabur hartanah. Bandar Semenyih yang dulu sepi dengan pembangunan kini telah berubah wajah menjadi sebuah Bandar yang rancak membangun dengan pelbagai infrastruktur yang semakin baik.
 
Pemaju seperti Tropicana Corporation Bhd, UEM Sunrise Bhd, Naza TTDI Group, Sime Darby Property Bhd, IREKA corporation Bhd serta tidak ketinggalan MKH Bhd membuat pelbagai perancangan pembangunan dengan begitu drastic sekali seperti esok telah tiada. Dalam kebimbangan para pelabur memikirkan masa depan hartanah di Malaysia, Pemaju-pemaju bermodal besar ini seperti tidak mengendahkan kerisauan yang berlaku. Adakah ini petanda baik kepada sector hartanah pada tahun 2014 yang akan menjelang tiba...?
 
Setia Ecohill Semenyih telah Berjaya menjual lebih seribu unit Landed Property mereka dalam masa kurang dari 4 jam pada 11 okt 2013 yang lalu. Harga Hartanah yang bermula dari 410k sehingga 1.6 mil itu jual seperti kacang putih. Aku yang baru sahaja merancang untuk mengambil satu unit di Setia Ecohill nampaknya hanya tinggal kenangan. Harga baru yang akan di lancarkan bagi unit-unit baru yang akan di buka pada tahun hadapan mungkin hanya mampu di lihat dari jauh. Xmengapelah mungkin bukan rezeki aku di situ.
 
Ok berbalik kepada tajuk N3 aku pada kali ini. 6 sebab mengapa Tuan-tuan  harus membuat sekurang2nya sebijik pelaburan hartanah di Daerah Kajang adalah kerana ;-
 
1. New landed property launches under 500k or RM300psft.
Kebanyakkan harga property baru di sekitar Semenyih adalah sekitar 400k-500k. Seperti projek Semenyih parklane yang menjual dengan harga 418k dan beberapa lagi pemaju berskala kecil di sekitar Bandar Tasik Kesuma. Walaubagaimanapun untuk mengharapkan pulangan pelaburan sewaan bagi hartanah di sekitar semenyih ni adalah kurang baik. Apa yang boleh di katakan anda membeli hartanah di sekitar semenyih adalah untuk capital gain bukan untuk rental purpose. Mungkin selepas 5 tahun Tuan2 akan dapat menjual hartanah tersebut dengan keuntungan terbaik tanpa di kenekan RPGT dari pihak kerajaan. (CKHT : Cukai Keuntungan Hartanah)
 
2. Landed, gated & guarded projects
Memandangkan kebanyakan tanah di  Kajang & Semenyih dulunya adalah tapak estate kelapa sawit oleh itu harga yang di jual kepada pemaju hartanah adalah lebih murah kerana ia berstatus pertanian bukannya pembangunan. Maka bagi tujuan menarik minat para pelabur dan juga memboleh mereka meletakkan harga hartanah yang sedikit tinggi berbanding hartanah sedia ada di sekitar Kajang & Semenyih maka pihak pemaju memperkenalkan konsep G&G. Dengan konsep ini para pembeli pertama mahupun pelabur melihat ia adalah suatu keperluan wajib yang patut ada untuk hartanah baru. So dengan itu harga hartanah akan menjadi lebih baik kerana kawalan keselamatan penduduk dapat di jaga dan di pantau oleh pengawal.
 
3. The MRT
Seperti yang Tuan-tuan sedia maklum, MRT projek telah pun di bina. Ia di jangka siap sekitar tahun 2017 sekiranya tiada apa2 masalah kewangan Negara atau lain2 masalah yg tidak di jangka. Walaubagaimanapun harga hartanah sekarang telah meningkat 10% lantaran pembinaan MRT. Kepada penduduk di sekitar Kajang pula ia adalah berita yang baik kerana kemudahan MRT nnt akan memberi nilai tambah kepada hartanah mereka & sekali gus memberi kemudahan pengangkutan untuk ke IKEA mahupun ke Kuala Lumpur. 3 station yang tersebut adalah Saujana Impian, Bandar kajang & juga di Jalan Reko. Lepas ni kita pakat naik MRT jelaa. :))
 
4. Secondary landed homes under 250k
Tuan2 masih boleh memilik hartanah bertanah subsale pada lingkungan harga yang munasabah di Kajang atau Semenyih berbanding di Cheras atau Balakong. Landed property ini mungkin memerlukan sedikit pembaikkan namun begitu ia masih di anggap terbaik sekiranya tuan2 tahu memberi nilai kepada hartanah tersebut. hanya dengan sedikit penambahbaikan ia mungkin akan mendatang keuntungan beratus K kepada tuan2 pada jangka masa 5 tahun akan dtg setelah MRT siap di bina. Kenapa mesti 5 tahun ? Ini adalah bagi mengelakkan tuan2 di kenakan cukai jualan oleh pihak kerajaan. Selain itu pastikan hartanah adalah berpegangan Freehold. Kerana untuk jangka masa yang panjang pegangan Bebas adalah lebih baik. 
 
5. Kajang Seremban Hingway (LEKAS)
Dari Semenyih, LEKAS highway membenarkan Tuan2 untuk bypass Kajang town dan juga jalan Semenyih. Untuk ke Midvalley pengguna jalanraya hanya perlu membayar tol sebanyak 90 sen shj. walaubagaimanapun laluan ini sedikit sesak ketika waktu puncak. namun begitu kemudahan ini juga memberi impak yg cukup besar kepada peningkatan nilai hartanah di Kajang & juga Semenyih. kt Malaysia ini, xde jalan yg x-jam, selagi ada jalan mesti ada kereta kt situ. aku pun pelik.
 
6. The Hills are alive..
Bukit Broga adalah daya tarikan utama. Air Terjun Sungai Tekala juga sangat indah untuk di nikmati. Hanya 20km sahaja dari Bandar Teknologi Kajang dan 15km dari Semenyih. Ia sungguh nyaman & mendamaikan. keindahan hutan masih dijaga dengan baik. Bunyi burung & ungags masih kedengaran seperti anda berada di Hutan Hujan Tropika. Kedamaian ini juga memberikan satu suntikan yang sangat baik untuk hartanah di sekitar Bandar ini, yang dulunya hanyalah sebuah perkampungan biasa namun kini menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat untuk tinggal di sini. !
 
 
 
 

Selasa, 15 Oktober 2013

Jom Tambah Asset Sebijik Lagi !


Sebulan ni aku asyik ke pameran hartanah, tiap hujung minggu aku mmg akan ajak hubby ke mana-mana show house or House Gallery. Dah meroyan nk beli rumah lagi ke cek oiii..?? Hubby siap buat cerita kt my aunty yg aku nk beli rumah lagi. hamboiiii sedaapnya dia buat citer yea. Seronok bukan main dia bila dapat jumpe my aunty. maklumlah bukan slalu pun kitorang melepak kt umah Opah Nuha tu. sebulan sekali belum tentu. So bile dah jumpe, macam2la dia report kt my Aunty. Seronok bukan main ye... Suke latu ada geng nk sokong dia & kutuk2 aku tu...

 
Mentang2 aku asyik ajak dia g tengok rumah je, sesuka hati dia make up story yang aku nk g beli rumah. Hamboi2 banyak nooo duit den ni hah, xde kerje lain asyik nk beli rumah je... ingat beli rumah tu mcm nk beli baju ke syg oiii.
 
Dah sah2 la aku ni kerja dlm bidang property development. Mmgla aku kene update kan diri aku ni dengan segala maklumat yang berkenaan dengan hartanah terbaru skrg. Asal aku ajak g tengok rumah je ingat aku nk g beli rumah. Addooiii U ni... Kang aku letak booking untuk new house plak kang, ade yang pening lalat sat g. Haaa nak sgt buat cerita pasal aku nk beli rumah kan..? Amacam ok x Yg..?
 
Baru2 ni aku ade g tengok House Gallery kt Setia Ecohill Semenyih. Design Rumah bolehlaa, Cume saiz rumah agak kecik pada aku. Harga bermula dari 410k - 580k bagi unit 20x65 & 20x70 dengan keluasan rumah 1690 sft - 1890sft. Huh mamai aku tengok harga property skrg. Nasib baik da siap2 grab satu landed property last year, kalau tidak mmg berbulu di buatnya. dahla harga sikit punye mahal pastu rumah plak sekangkang kera.

 
Hampir2 nk grab satu unit kt sini, Tp after fikir balik, kitorang cancle-kan, asyik beli unit strata je, better carik bungalow sebijik lg syok... ehehe :)
 
 Seminggu sebelum tu aku ke Southville city ade bullet untuk Savvana Executive suite. Saiz bermula dari 956sft - 1017sft. Aku saje je acah my hubby. Aku cakap aku nk beli unit ni satu. mmg pada mulanya aku ada intention jugak nk amik satu unit kt Southville City ni as my investment. Tp after aku duk fikir panjang aku cancle-kan niat aku tu. Lagipun aku dah ade satu unit apartment di Taman sepakat Indah 2 sebagai rental Investment. So rasenya aku lebey berminat untuk menggunakan Loan facility terakhir aku tu untuk sebuah landed property. Xkisahla jauh skit pun. Asalkan harga aku dapat unit Bungalow untuk aku bercucuk tanam.

 
Kitorang duk aim unit jenis setingkat je. sekadar buat investment sambil2 tu boleh buat lepak2 weekend... Tp xtau lglaa jadi ke x nk beli ni, saje g usha2 dulu.. :))

 
 
Klu yang ni pun ok, tp nk buat ape besar2, Rumah aku kt Hillpark tu pun dah letih aku nk berkemas..
 

 
Rumah Rehat dalam Hutan di Bukit Broga pada Hujung minggu ... Ok ke..??
 
Bercerita berkenaan hartanah Bungalow yg berada dalam perhatian adalah Lot Bungalow di Bandar Akademia Lenggeng Negeri Sembilan. Bandar ini adalah bersempadan dengan negeri Selangor. Ia terletak kurang 6KM dari tapak Projek Setia Ecohill semenyih. Dengan harga yang agak menarik serta sedikit fasilitis yg disediakan. Aku cukup berminat untuk memiliki 1 unit lot Bungalow di sini. Walaubagaimanapun banyak perkara yang perlu difikirkan. Apa yang sedang di fikirkan sekarang adalah kebebasan untuk hidup & berseronok. Tp jika aku membuat penambahan asset di sini, maka aku perlu berfikir secara rasional untuk mengurangkan segala aktiviti melepak & melancong untuk tempoh 30 tahun. Uhh... sesuatu perlu dilakukan. Aktiviti social aku harus berjalan seperti biasa. Aku perlukan waktu2 untuk merehatkan fikiran dari segala hal2. Oleh yang demikian Holiday adalah perkara yang sangat penting bagi aku. Walaubagaimanapun Memiliki Asset juga adalah suatu kepuasan bagi aku. Arrgghhh mamai  dibuatnya.
 
Apepun moga tahun 2014 menjanjikan kelapangan rezeki kepada kami sekeluarga. Skrg ni kepala aku tengah ligat berfikir bagaimana untuk aku mendapatkan lebihan wang sebanyak RM100,000.
 
Aku juga bercadang untuk membuat bidaan bagi hartanah yg di lelong. Sudah lama tidak membuat bidaan. So dengan lebihan wang 100k itu aku mungkin akan mendapatkan 2 atau 3 unit hartanah dengan mengunakan sedikit Fasility bank. beberapa unit terbaik telah di kenal pasti. Perangcangan ni adalah untuk tahun 2014. Bagi penghujung tahun 2013 ni kite slowdown skitlaa.. Banyak sangat hal2 yang dating dari manusia Bodoh + Bangang yang menyusahkan aku. So xperlu nk rushing sngt kot. 2014 dah xlama. Ehehe..

Jom kite tambah asset lagi sebijik... !!!
 
 
 

Isnin, 24 Jun 2013

Landlord Yang Baik Hati

Hehehe.. Angkat bakul sendiri nampak !
 
Memandangkan kitorang dah siap berpindah rumah, maka aku dengan gembiranya memulakan aktiviti membersih & mengecat Apartment kitorang di Taman Sepakat 2 tu. Walaupun keadaan rumah masih elok & tiada sebarang kekotoran melampau pada dinding, tp aku gatal tangan jugak nk mengecat. Mengecat ni pun salah satu Hobi masa lapang aku. Dari sekolah rendah lg, aku slalu follow my beloved abi mengecat kt kelas dia. So pendedahan seawal usia kanak-kanak tu menimbul minat untuk aku teruskan hobi yg berfaedah ni. Mmg pelik skit bunyi-nya... tp itu la aku, wanita biasa yg punyai minat yg agak terkeluar dari senarai "Kontrol Ayu" & kadang2 agak x-disangka-sangka... huhuhu... Apepun asalkan bahagia. :)
 
 

Dah sebahagian rumah dah siap cat, walaupun kitorang x-cat semua tp hasil-nya sangat ceria.. aku pulak yg lebey teruja.. hikhikhik...

 
Dining Area, Siap ade decorative wall frame lg.. itupun aku tinggal utk diorang.. :)
 
 
Warna yg ade cume light gray & yellow je.. so aku bantai je kt semua ruang rumah...
 
Actually aku bukan saje-saje nk memenatkan diri or menambah kerja, tp masa aku berkemas barang-barang kt store apartment tu tiba2 aku terjumpe ade 2 tong cat yg masih elok belum habis. Xkan nk buang plak cat tu kan. Sayang tu... aku ni bukan kaki buang barang, selagi boleh pakai aku pakai je. Klu xnk pakai aku kasi kt sesiapa yg berminat. That Y laa aku decide nk mengecat dinding Apartment kitorang tu. Lagipun, ape salahnye kite gembirakan sedikit hati penyewa rumah kite tu kan. Of Coz laa tenant happy bile tengok keadaan rumah yang bersih & ceria dengan warna dinding yang baru kan... Bile dia dah happy maka dia pun akan seronok untuk menyewa lama di rumah kita tu. Sapa yg untung Landlord jugak... yang penting Cashflow terbaik. hanya dengan sedikit effort yg di berikan, harapnye tenant gembira & berpuas hati. InsyaAllah...
 
 
Warna di masterbed... kasi Energetic Mood skit... :)

 
Langsir pun dah macam bilik pengantin... ehehehe.. :)
 
My hubby selalu duk membebel, katanye aku suka cari kerja. Dah org dah bersetuju nk sewa, okla tu. Bersih gitu-gitu je dahla. Duk beria nk cat bagai macam kite plak yg nk tinggal... !! Hmm ape-apelah... malas nk layan aku diamkan aje & teruskan kerja mengecat aku sendiri... tp sekejap je, pastu hubby plak yg sambung, walaupun kuat membebel mengalahkan aku tp bile dia tengok muka aku yg dah kepenatan nk mengecat sambil terjenjet-jenjet nk mengecat dinding yg tinggi, last2 dia jugak yg siapkan semua... ehehehe.. I always realize... U love Me so much kan... ?? :)  Kekadang aku saje je buat2 muka kesian.. menagih simpati... Walaupun kadang2 "Pak Cik" suke buat endah x-endah bile kite minta tolong, tp sebenarnya pakcik ni mmg lembut hati & penyabar org-nya... (Suka la tu, kene puji.. mesti tersengih-sengih klu bace entry aku ni... :))





Ahad, 5 Mei 2013

Rumah Untuk Sewaan Di Sri Dahlia Taman Sepakat Indah 2 Kajang

 
Apartment Half Furnish untuk di sewakan di Sri Dahlia, Tmn Sepakat Indah 2 Sungai Chua Kajang.
 
 
Lokasi adalah 1.0km dari SILK Highway
15 minit untuk ke PUTRAJAYA
10 minit ke UNITEN
10 minit utk ke Bdr Baru Bangi
Kejiranan bersih & terkawal 24-Hr security
Access card untuk ke Parking & Lift Lobby.
 
 
Barang-barang yg di sediakan adalah :-
 
1. Wardrobe untuk masterbed.
2. Aircond & wall fan @ masterbed
3. Syiling fan untuk Family Hall & wall fan 2 bilik
4. Water Heater
5. Kitchen Cabinet
6. Washing machine
7. Dining Table
8. Book rack
9. Sofa
10. Tv Cabinet
11. Divan
12. 1pc Access Card & 1 unit Covered Parking
 
Harga yang di tawarkan untuk minimum sewaan 2 tahun adalah RM1200/month. Sewaan Termasuk bayaran bulanan maintenance fee. tetapi TIDAK temasuk Bayaran Bill Air. Sedia untuk sewaan pada 01 Jun 2013
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi : 019-335 3616 : Nora
 


Isnin, 1 April 2013

Mengurus Projek Renovation Rumah Sendiri

Seronoknya... Kunci rumah baru dah dapat. Tibalah masanya untuk aktiviti renovate Rumahku Syurgaku. Ape lg tindakan seterusnya adalah mencari contraktor untuk membuat renovation. Nk cari kt mana..? dalam pos box banyak card biznes yg di masukkan oleh kebanyakkan kontraktor. Lagi2 klu kawasan perumahan baru. Pendek kata mmg bersepah dgn kad & promotion. Huh promotion la sangat... So kepada semua pemilik rumah yg tengah seronok untuk meng"renovate" rumah tu aku nasihatkan sila berhati2 dalam memilih kontraktor. X-kirelah korang nk pakai Cina / melayu/ Indon punye. Yang penting pastikan hasil kerje kontraktor berkenaan telah kamu lihat sendiri.
 
Dalam membuat pilihan yg baik, harga paling murah semestinya tidak akan menjamin hasil kerje yg baik. samada korang percaya atau tidak, terpulang.. Pastikan kontraktor yg kamu pilih itu telah mempunyai trek rekod yg baik, mempunyai pekerja yg berkemahiran dalam semua kerje2 pembinaan, pembersih & seorang yg teliti serta bertanggungjawab. 
 
Dari Segi membuat bayaran kepada kontraktor, pastikan kamu membayar mengikut progres kerja mereka. Amatlah di nasihatkan agar tidak termakan dgn janji2 kosong yg di tabur. Sekalipun mereka memujuk kamu untuk membuat bayaran terlebey dahulu sedangkan kerje belum siap. Sila berhati-hati. Kamu kemungkinan besar akan di tipu. Pastikan 20% wang di pegang sehingga semua kerja-kerja pembinaan siap sepenuhnya. pastikan kontraktor membersihkan segala sisa2 bahan binaan di tapak binaan. Pastikan juga segala kecatatan telah di baik pulih. maka baki 20% tadi bolehlah di bayar kepada mereka dengan senang hati.

Kamu haruslah bijak dalam menguruskan mereka. Kerana kamu sebenarnya adalah Boss & mereka adalah pekerja. Jadilah seorang Boss yg Bijak & baik hati. Sesekali tidak salah untuk kamu membeli makanan kepada mereka untuk menjalinkan hubungan baik dengan mereka. Perkara pokok yg paling penting adalah, rumah yg di renovate mestilah siap dengan hasil kerja pertukangan yg baik. Dengan menjalinkan hubungan baik dengan mereka InsyaAllah mereka akan menyiapkan segala kerja dengan baik. Akhirnya kamu juga yg senang hati... So jadilah seorang pengurus yg bijak. Bukan sahaja tegas, tp juga pandai menjaga hubungan sesama manusia.







 

Isnin, 4 Mac 2013

My Home Renovation Hillpark 2

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin & rezeki yg telah di berikan kepada kami sekeluarga pada tahun 2013 ini. Dengan berbesar hati kitorang telah dapat segugus kunci Rumah Baru di Hillpark Home Phase 2 Bandar Teknologi Kajang pada 22 February 2013.
 
Masa kitorang g ammik kunci ni aku sepatutnye kene admit ward kt KPJ Ampang Puteri. Tp excited punye pasal sempat lg aku lari sekejap jumpe Mr. Eng untuk collect kunci .. huhuhu.. Nasib baik my hubby ade. Itu yg terlebey semangat tu. Masa tu my Hubby amik cuti coz aku xberapa sihat. Alang2 dia dah ade better pergi amik terus, nnt susah plak klu hubby xde. Mood sgt seronok... huhuhu...
 
Masa duk dlm ward kitorang dah plan nk buat plaster ceiling dulu pastu baru pasang tinted & than pasang gril pastu pasang lampu segala. Selamat skit camtu kan..? Kitorang rancang ajela, Sembang2 kosong mase duk kt Ward tu...
 
After discharge pada 24 Februari 2013 aku, adik & hubby terus ke Rumah Baru kitorang di Hillpark. Hubby dah xsabar nk pasang aircond & cuci Rumah skali. Semangat bukan main dia.. ehehe.. jarang tengok gelagat my hubby yg excited camtu, slalu aku je yg terlebey excited. Ni dah terbalik hehehe.. ape2 aku sgt happy. Niat nk jual Rumah Hillpark tu nampaknye terpaksa di tangguh-kan. Tunggulah dulu. Kitorang lepak la sampai 10 tahun kt Hillpark ni. Pastu baru pk nk jual, itupun klu masih hidup laa.. Hmm kite hanya merancang, Allah yg menentukan segalanya.
 
Ok di sini aku nk share beberapa nama kedai & kontek no. yg mungkin boleh membantu kawan2 InsyaAllah, berdasarkan survey yg aku sendiri lakukan bersama my hubby mereka ini adalah antara pembekal & juga kedai terbaik yg kitorang dapat. Apepun kitorang xdela jamin 100% terbaik. Cume bolehlaa.. harga cantik, barang berqualiti & hasil kerja yg memuaskan. Slalu kontraktor kt luar sana main cekik darah je letak harga. Harapnya kawan2 yg nk masuk rumah baru tu xdela kene kencing ngan diorang nnt. Hehehe... :)
 
*
 
*
 
*
 
Pemasangan Gril Rumah 
 
Untuk gril rumah aku amik dengan sorang brother malay, nama dia Pauzi. Setelah melihat hasil kerja yg telah siap di pasang di rumah client dia yg terdahulu maka aku dengan senang hati telah membuat tempahan gril dgn dia. Harga yg di berikan tidaklah paling murah dlm banyak2 Quotation yg aku dapat tp adalah antara harga terbaik dengan kuality & service terbaik. Bengkel dia kt Jalan reko je pun, jalan nk masuk ke Nadayu 92.
Pauzi : 012-228 3000 
 
 
@
 
@
 
@
 
Tinted Cermin Rumah
 
memandangkan rumah aku adalah rumah yg berada pada barisan paling hadapan, tidak mengadap rumah lain, Maka cahaya matahari yg singgah ke bahagian hadapan rumah pada waktu petang agak banyak. So kitorang decide untuk pasang tinted. Lg satu cermin nampak lagi cantik & yg paling penting org luar xboleh nampak dalam rumah pada waktu siang. Tp org dari dlm boleh view org kt luar. So amacam best x. ehehe... Langsir pun tahan-la lama skit. Untuk tinted ni kitorang amik dgn Chinese Guy yg nama-nye Simon. Kedai dia kt Puchong. Harga yg di tawarkan adalah paling terbaik. Siap ade Waranty lg 5yr jika color pudar or terkopek. Banyak jenis tinted ade, dari 1 layer sampai 7 layer. Harga pun berlayer-layer jugakla. Aku amik yg 3 layer je. Xnkla membazir amik yg tebal2, cukupla tu 3 layer untuk rumah kitorang tu.
Tinted Simon Puchong 012-294 1103
 
$
 
$
 
$
 
Pemasangan Alarm & CCTV
 
Bagi menjaga keselamatan rumah & juga keluarga kitorang sepakat untuk memasang 2 Gadget ni. Khidmat pemasangan ni kitorang pakai Viva  Cerah Security Cheras. Untuk Alarm system aku pakai PARADOX SP6000.  Harga belum tau katanya. Nnt diorang dtg site & ukur. Hmm ape2la, asalkan service baik & harga pun xde tinggi sgt oklaa.  Chin K.Y : 019-321 3230

 
%
 
%
 
%
 
Kitchen Kabinet
 
Untuk pemasangan kabinet dapur aku pakai khidmat dari Incube Kitchen. Person incharge untuk aku tu nama Ricky, kitorang decide amik dgn diorang ni masa Fair Renovation di KLCC. Mamat chinese ni oklaa. Sgt Friendly. So far aku suke berurusan dgn dia, xbanyak songeh lg setakat ni. Yang datang amik measurement last week nama dia Leon. So far mamat ni pun ok. Nice guy.
 Leon : 017-940 7320 
 
 
Ok inilah beberapa senarai yg aku berurusan setakat ini. Jika korang berminat bolehla contact diorang. InsyaAllah nnt jika ade suplier or contractor rumah yg best2 aku akan update lg. Siri My HRHP2 - Plaster Syiling akan bersambung pada Episod yg akan dtg. Tata.. Titi.. Tutu..









Khamis, 14 Februari 2013

Bangi Semakin Membangun !

Tahun demi tahun Bandar Baru Bangi semakin ceria. Banyak pembangunan besar yg sedang di rancang & telah sedia terancang. Hanya menunggu masa sahaja untuk siap. Seperti projek Andaman JV dgn PKNS iaitu Sentral@CDB Bangi, lagi Projek Bangi Gateway, Ostia Bangi,  etc.
 
Mmg xsalah aku membuat pilihan untuk menetap di sekitar BB Bangi. Keadaan persekitaran yang aman, Suasana kampung yg masih terjaga, Pasar malam yg best & tempat makan yg bersepah2. Klu dulu aku xpernah suke pun nk jalan2 ke Bangi ni. Paling kuat pun aku ke Bandar Kajang layan sate Kajang Hj Samuri. Itu jela tempat yg aku tau. Lain2 tempat mmg gelap. Pernah aku tersesat 2 jam duk berpusing cari jalan balik ke Bandaraya Shah Alam. Mmg angin je, separuh tangki habis minyak. Believe it or Not Believe It !!
 
Tp skrg aku antara warga kajang yg semakin minat dengan BB Bangi. Semakin teruja untuk melihat & terus menilai kemajuan hartanah di Bandar Islamik ni. Klu dulu pihak majlis membuat sekatan untuk tidak membenarkan panggung wayang di Jalankan di Bangi tp sekarang Majlis dah kasi kelonggaran. So after this boleh la nk layan Movie kt Bangi Gateway .. ehehe..
 
Petang ni aku ade kerje kt PTG Hulu Langat. After lunch bergerak ke Bangi. Boleh balik awal skit Muahahaha... tp xde pe yg seronok jugak dapat balik awal pun, my hubby xbalik malam ni. Coz dia kene kerje Halfday besok.. Cume klu aku balik awal hari ni, bolehla terus g beli Tulang kt Pasar Borong Sri Kembangan tu, Lauk basah pun dah xde sangat dlm fridge tu. Ingat besok nk buat Sup Tulang Lembu  Booo..Booo... yummy2.. sedapnye.. ! Laparla plak tengah2 hari ni. Jom Lunch... :))
 
 
Salam Jumaat
 
 
 



Sabtu, 15 Disember 2012

Property Market 2013 Remain Strong


Nah keratan akhbar semalam, antara intipati yg terkandung dlm diskusi adalah mengenai hartanah pada tahun 2013. Adakah ia menunjukkan kejatuhan nilai hartanah secara mendadak atau Nilai hartanah masih mampu menunjukkan graf aliran menaik.
Seperti yg pernah aku bincangkan sebelum ini, Nilai pasaran hartanah di bawah 500k akan tetap kekal & tidak akan berlaku kejatuhan nilai pada hartanah ini. Kejatuhan nilai hartanah akan dapat di lihat dengan jelas pada sektor hartanah mewah yg mempunyai tag harga 1.0 mil and above. Ini kerana permintaan terhadap hartanah dibawah 500k tersangatlah tinggi di samping itu kemampuan rakyat utk memiliki hartanah di bawah 500k adalah tinggi berbanding 1.0 mil dan ke atas. Oleh yg demikian Nilai hartanah yg boleh aku golongkan sebagai hartanah pertengahan mewah ini akan tetap menjadi tumpuan.


Peningkatan nilai hartanah pada tahun ni mencecah sehingga 40%. Persoalannye, apekah jenis property yg sgt tinggi capital gain ni..?? Nntla aku akan bincangkan pada entry yg seterusnya. :) 
Kepada yg menunggu kejatuhan nilai hartanah dari 500k kepada 200k mungkin boleh bermimpi or berangan buat masa ini. Walaubagaimanapun para pelabur hartanah di nasihatkan supaya berhati2 dalam menghadapi kemelut ekonomi dunia yg tidak menentu. Anggapan krisis ekonomi yg sepatutnya berlaku pada tahun 2009 -2010 nampaknya tidak memberi kesan yg besar kepada sektor hartanah tempatan. Namun begitu di jangka Krisis ekonomi dunia yg bakal melanda pada pertengahan tahun 2016 hingga 2017 adalah amat membimbangkan. Persediaan untuk menghadapi masalah ini harus dilakukan terlebey awal bagi mengelakkan masalah kekangan kewangan. Gelombang kedua ini di anggarkan akan mengakibatkan kemerosotan ekonomi yg lebey teruk, sperti mana yg telah berlaku sekitar tahun 1988.
Mungkin para pelabur masih ingat tentang krisis ekonomi yg berlaku sekitar tahun 1997 - 1998. Blh dikatakan hampir 50% hartanah di lelong dgn harga yg sangat tidak munasabah. Hartanah bernilai 250k di lelong dengan harga 80k -100k shj. Ini kerana kemampuan pemilik untuk menampung bayaran bulanan hartanah tidak dapat dipenuhi lantaran banyak kilang & juga syarikat multinasional telah gulung tikar. So pelbagai persediaan rapi harus dilakukan terutama bagi mereka yg berada di sektor swasta. Masalah sebegini amatlah tidak dijangka.


Isnin, 26 November 2012

My Dream Home @ Setia Ecohill Semenyih

SP Setia..... sebuah nama yg tidak asing lagi dalam dunia pembangunan hartanah. Aku adalah antara insan yg sentiasa menantikan peluang untuk memiliki sebuah rumah di bawah projek pembinaan SP Setia.
 
 
Untuk lebey maklumat boleh terus ke Setia Ecohill Website
 
Pada hujung minggu yg lalu kitorang ke Expo Hartanah Bumiputra di Midvalley. Aku ke expo ni bukan-nye nk cari rumah tp just nk update value & juga konsep hartanah yg diketengahkan oleh pemaju sekarang. Antara pemaju yg menjadi perhatian sudah semestinya SP Setia, Sime Darby, Dijaya, Gamuda & pemaju ternama yg lain.
 
Projek SP Setia yang dikenali sebagai Setia Ecohill Semenyih berada bersebelahan dgn projek Pelangi Semenyih 1, Lokasi adalah betul2 di hadapan TESCO Semenyih. So kepada owner hartanah di Pelangi Semenyih, Mungkin ini adalah berita baik utk diorang kerana nilai hartanah di sekitar mungkin meningkat & juga fasiliti jalanraya pasti akan bertambah baik.
 
Berdasarkan maklumat yg diperolehi dari pegawai yg bertugas, mereka memaklumkan kepada aku yg harga rumah teres yang bersaiz 20 x 65 bermula dari 350k - 500k dengan keluasan binaan 1500sf - 1900sf. Tp ni semua adalah untuk fasa pertama. Manakala untuk Semi-Dee pula harga bermula dari 650k - 750k dengan bukaan 38 x 78 & keluasan binaan adalah 2700sf - 3000sf. Official Launching adalah pada March/April 2013. Walaubagaimanapun, pindaan harga & juga saiz rumah mungkin akan berlaku bergantung kepada ekonomi & juga keputusan syarikat. Apepun ... nantikan nilai sebenar yg akan menerjah pasaran hartanah Semenyih...
 
After mendapat penerangan serba sedikit dari pegawai berkenaan. Aku terfikir sesuatu, nampaknya harapan aku untuk memiliki hartanah SP Setia semakin menjadi kenyataan. Dalam kepala otak aku ni duk nampak Semi-Dees je. hehehe... berangaannnn...
 
Next month insy'Allah aku akan dapat kunci rumah baru aku di Hillpark Home Bandar Teknologi Kajang. Tapi kegembiraan untuk memasuki rumah baru tiba-tiba hampir suram kerana kepala aku ni duk teringat akan Semi-Dee di Setia Ecohill Semenyih. Dah macam angau-la plak aku ni. Lebey dahsyat angau-nya masa bercinta dengan my hubby. adeehh perasaan apekah yg sedang menyelubungi jiwaku ini.. aduh..duh..duh..
 
So aku dengan berbesar hati telah berniat untuk menjual hartanah yang bakal kitorang masuk pada awal januari nnt iaitu di Hillpark Home Kajang. Persediaan untuk memasuki rumah baru telah lama di buat sedikit demi sedikit, antara barangan yg telah di beli ialah Hoob & hood, water filter, bedroom set, Kitchen Kabinet, wardrobe, CCTV, Alarm system, kipas syiling, downlight utk plaster ceiling & juga candelier. adeehh ape aku nk buat dengan semua tu klu aku xmasuk rumah  baru tu. Hmm my hubby memberi cadangan untuk di pasang pada apartment yang kitorang tinggal sekarang, akupun pada mulanya pk camtu jugak. Tapiiiiiiii.... satu masalah yg akan timbul adalah keserabutan barang2 akan semakin teruk dlm bilik stor. Bilik stor yg di maksudkan tu pun sebenarnya bukan stor pun, tp dah jadi macam stor, hampir melimpah keluar dah pun. dari lantai sampai ke syiling full dgn barang2. adehhh mamai kepala aku menengok-nya. Harap ade solution yg lebey baik untuk kesemua barang2 tu.
 
Adakah kegilaan untuk memiliki sebuah hartanah Semi-Dee di Setia Ecohill Semenyih akan menjadi kenyataan..?? atau hanya mimpi di siang hari..??? Hmm aku akan tunggu hingga saat penyerahan kunci Hillpark Home & pada ketika itulah sebuah keputusan yg lebey  jelas & muktamad akan di keluarkan. Moga2 Allah mempermudahkan segala urusan dunia & akhiratku. Ameen ya Rabb ....
 
Mood berangan berada di Setia Ecohill Semenyih yg mendamaikan...  :)
 
 
 
 

Selasa, 20 November 2012

China Holiday ~ Part 9 : Ke Shenzen

Seawal jam 5.30 pagi aku da bangun, sementara 2 org kekasih hati masih syok di alam mimpi. Aku bangun awal coz nk kene buat final cek up untuk semua barang2 sebelum berangkat ke Guangzhou Railway pagi nnt. After siap2 solat subuh aku kejutkan my hubby untuk bersiap & last sekali aku bangunkan my baby utk bersiap. Tepat jam 8.15am kitorang dah siap cek-out dari Q-city & berjalan kaki menuju ke depan jalan utk amik teksi. Tambang teksi cume 10RMB je.
 
 
Inilah dia Guangzhou railway station ( Guangzhou Hou Che Chen). Sgt besar, letih jugakla nk menapak. *Sile perhatikan org yg sarat dgn bagasi tu, cube teka siapakah jejaka yg sgt kuat itu., kt depan pun ade 1 beg galas lg tu.. :)
 
Suasana di Guangzhou Railway mmg selalu ramai org. xkira masa, ade je org nk bersesak. So taxi terpaksa embark kitorang agak jauh dari pintu masuk, terpaksalah berjalan kaki hampir 300m camtu. Hmm agak jauh jugaklah dirasakan, apetah lg dgn barang2 yg sarat untuk digalas oleh yg tersayang. Kekuatan Abi mmg xdapat di sangkal lg. ehehe mmg terbukti ...
 
 
Thanks A Lot my dear, kerana menanggung segala beban beg yg berat tu,
nk harapkan aku mmg xberangkatla jawab-nya...
 
 
Mula2 sampai & lepak di station dia senyum dulu..

 
Selang beberapa ketika da merengek kebosanan, tp masih terkawal..

 
After tat terus menjerit.. huhuhu

 
Ya Allah selamat masuk jugak kitorang ke dlm kabin, tengokkan keadaan semasa kt bahagian kemasukkan td mmg xnampak ruang nk berjalan, mcm kt depan kaabah time musim haji rupenya. Aku hanya mampu berharap agar semua-nya selamat. Dahla elevator rosak, terpaksala kitorang mengangkat stroller baby... adeh.. insaf2...

 
mengaktifkan diri dlm train

 
Inilah rupa CRH (China Railway Highspeed) tu, macam komuter kite je, cume up skitla dari komuter, perjalanan pun smooth je, xterasa pun kelajuan train ni, sedar2 dah 180km/hr. Perjalanan hanya mengambil masa 1-jam 42minit untuk smpai ke Shenzen. di bawah ini adalah gambar2 yg sempat aku snap sepanjang perjalanan
 
 
Rumah penduduk yg di bina oleh kerajaan, mereka hanya membayar sewa bulanan & utilities shj. Kos rumah sewaan yg mewah di dlm bandar paling mahal cume 600RMB (300MYR) amacam..? Boleh ke kerajaan Mesia cekik darah ni sediakan rumah kepada semua rakyat & sewa paling mahal untuk rumah di bandar hanya RM300... ??? Rumah PPRT yg bagai nk roboh tu pun dah mencecah 150 sebulan. klu high N kondo xtaula bape...
 

Lagi projek perumahan untuk rakyat, for ur info kt china ni hampir 80% kerajaan membina rumah utk rakyat & di sewakan, klu yg kaya2 tu diorang akan bina rumah sendiri or beli projek perumahan high N bertanah, tengok gambar kt bawah tu. Antara lokasi perumahan org2 kaya. Tp klu kt bandar tu, klu korang nampak ala2 kondo mewah ke ape, sume di bina oleh kerajaan. maklumat ni diperolehi dari salah seorang pekedai barangan elektronik kt shenzen. kebanyakkan yg tinggal di bandar Shenzen or Guangzhou adalah utk perniagaan.

 
Ini kt bahagian pendalaman skit.

 
Inilah yg aku ckp tu, antara lokasi perumahan mewah utk org2 kaye China. mmg dah nampak dari jauh, mmg cantik U... tp agak jauh dari bandar.
 
 
Bullet Train kitorang td :)

 
Pak supir masuk buku 555 ye :)

 
Inilah dia CRH yg baru shj tiba di Shenzen railway station.
Welcome to Shenzen for Me & my beloved hehehe..

 
Ok syg kite dah sampai di Shenzen, jom cek Inn Hotel :)

 
Ini dia peta METRO di Shenzen pula. Hmmm perjalanan seterusnya ialah ke Dongmen Street. Banyak cerita suka & duka sepanjang kitorang berada
di Shenzen ni.... Oleh kerana mata aku da mula nk tertutup ni, nnt aku sambung entry lain plak la yea.
 
 
Gudnite semua.. As-salam :)
 
 
 
 
 


Khamis, 18 Oktober 2012

Nak Jadi Jutawan Ke ?

Kepada sesiapa yg ade cita-cita nk jadi jutawan tu, meh sini aku tolong sekolahkan. Sapa kate susah sangat nk jadi Jutawan. Aku kt sini bukan nk buat entry main2 or melawak. Xpercaya.. ?? Meh sini aku share sedikit Info camne nk adekan duit sebanyak RM1 Juta dlm U punye acc. Senang je, xsusah pun, klu Asoh yg dah kerepot boleh buat duit juta2, u all yg muda2 ni ape hal yg payah sangat nk buat duit meh..
 
 
 
 
 
Cite-nya camni, masa aku ke pejabat tanah untuk buat title search & search location tanah yg dijangka masih kosong aku terserempak dgn sorang Asoh ni. staf2 pejabat tanah tu siap kutuk kaw2 Asoh cine ni, sian dia. Tp mmg dah tua sgt da. Mmg patut duk umah pun. Tp itula org mata sepet ni mane reti nk duk diam, duit makin manyak, makin dia nk manyak OoOoo... huhuhu Boleh dikatakan semua tanah di area Klang Valley ni dlm kepala dia. Ko ckp je nk tanah kt mane nnt dia bagitau.
 
Sambil aku duk menunggu turn utk dilayan aku pasang2 telingala dengar perbualan antara Asoh tu dgn pegawai kt depan kaunter tu, mcm best je Asoh ni "detik hati aku" so dgn muke xmalunya aku bukak mulut tegur Asoh tu. Lagipun aku mmg tngh duk mencari tanah skrg ni. After sembang2 ngan Asoh tu barulah aku tau yg Asoh ni mmg dah lama jadi ejen hartanah. Last year dia berjaya menjual sebidang tanah di Balakong seluas 22  Ekar. Ko bayangkanlah harga sekaki RM55. komisyen Asoh 3% dr purchase price. meh sini aku tolong kirekan yea
 
Harga Tanah = RM55 x 43560 x 22 ac
                   = RM 52,707,600
 
Fees Asoh 3% = RM52,707,600 x 0.03
                     = RM1,581,000 Juta
 
So camne susah sgt ke nk earn 1 mil der, xde susahnyekan, asoh yg dah 70 tahun pun relex je angkat 1 mill last year. So ape cer yg masih mude2 kt luar tu, termasuklah aku yg sedang menulis artikel ni. Asoh oh Asoh... pasni aku mmg nk kene keep in touch ngan this Asoh. manela tau ade rezeki setengah juta pun jadi. Rezeki nk dtg ni macam2 cara, rezeki nk habis pun macam2 ragam. addooiii dunia oh dunia...