Memaparkan catatan dengan label Al-Bukhari Group. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Bukhari Group. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Februari 2015

Family Day ::: Bukit Cerakah Shah Alam

Selalunya org buat family day hujung tahun, tapi entah kenapa TUDM buat family day awal2 tahun. Hmm layan jelaa. Sekitar jam 7.30 pg kami sekeluarga dah siap untuk bertolak ke Bukit Cerakah Shah Alam. Klu ikut jadual, Aktiviti bermula jam 8.00pg, tapi aku tak rasa kami sekeluarga akan sampai jam 8.00pg, xkisahlah lewat skit pun kan, lagipun after join family day ni kami akan terus ke Alor Setar plak coz aku ade tugas di Alor Setar Kedah. Penat balik dari Dubai pun xhilang lagik, lagi kene Travel ke Kedah plak.. Huuuwaaaa... letihnyaaaa. Walaupun banyak org kata seronok asyik travel je kerja, tpiiiiii harus di ingat, klu duit berkepuk xpolaa, asyik2 kene travel situ sini, lagi satu kene travel ke tempat yg aku pun dah jemu nak pergi. Xdepe yg best pun, klu ade org yg nk tolong back up kerja aku ni, Ya Allah teramatlah aku alu-alukan, silakanlaa, kecik tapak tangan, pelepah nyiur aku tadahkan...

Ohh larik topik plak, berbalik kepada cerita family day kami di bukit cerakah, Alhamdulillah baik2 belaka. Hubby pun ade menang cabutan bertuah, besar gile hamper. hihiihihi... rezeki si kecik Nuha la ni. Seronok la dia nk bukak semua jajan2 yg ade tu nnt. Yang aku geramnye, bukak je pandai, makan-nya tidak, alih-alih masuk tong sampah.. isk.. kecik....kecik... nasib baik kecik lagi tau. Klu tak ibu gigit tangan tu... Hmmm...

Hadiah cabutan bertuah yang kami dapat :)


Main sorang2 pun happy yea... :)


Seronok layan mainan yang diperolehi dari urusetia, Dia main sorang2 dia je, bukan nak berkawan dengan org lain pun. ehehehe layan diri sendiri je yea.. bagus betul ... Menikmati kebahagiaan sendiri namanya, dia yang tiup pastu dia gelak sendiri, paling kuat dia just geng dgn ibu & abi je, suh g berkawan dgn budak-budak lain tak mau. Ape2la kecik asalkan bahagia & tidak menyusahkan org lain. Dah banyak event yg aku bawak si kecik ni, perangai dia mmg dah camtu dari kecik lagik, mmg payah dia nk ngam dgn budak2 sebaya dia. Dia lebih mudah di dekati oleh budak2 yang jauh lebih tua dari dia. hihihihi...


Isteri Timbalan Panglima Tentera Udara Dato' Akmal nak bergambar dengan si kecik Nuha. Mula2 ok je dia, tiba2 buat perangai plak, xdan nak amik gambar dah meragam, isskkk.. Nuha..Nuha... tak sporting betuila si kecik ni tau.. 


Dah letih lari-lari, main pasir, main belon sabun & kutip gula.. 
Masa untuk minum & makan yea, Oloh2 siannye kecik ibu kepenatan yea


Game kutip getah dengan mulut dengan menggunakan straw. layanzz.....


Abi buat ape ni lama sgt bersembang ni, Ibu dah naik kebas muka dah senyum kt semua org ni, penat pun ye jugak ni.. jomla balik... nk ke Alor Setar pulak ni. Klu dah jumpe geng tu, bersembang mengalahkan PM.... 


Kepada Family yg nak stay sampai petang bolehla terjun kolam, best jugak sebenarnya, tapi aku xde mood nk berfamily day haritu, coz dlm kepala banyak benda yg tengah duk fikir. Mood nk huha...huha.. tu merudum sikit... lagi tgh banyak kerja nk kene buat nii.. adeehhh dunia.. oh dunia... sampai bile la nk rase tenang skit hidup ni, kan best klu boleh lepak2 pastu cukup bulan gaji masuk... waaa best nye. Klu ade kerja camtu mintak tolong invite aku skali. Penat laa nk kerja 9 - 6 everyday ni, macam tak de life je..

Lebih kurang kul 1230pm kami dah cabut, letihla nk tunggu sampai habis. Station seterusnya ialah menhala ke Utara Tanahair, 8 jam pulakla duk dalam kereta, huwaaa letihnyaaa. Badan dah mula rasa semacam je, ade aku demam keletihan nnt. Lebih kurang Kul 7.00 mlm kitorang selamat sampai di Alor Setar Kedah. Tempat melepak sehari dua ialah di TH hotel Anak Bukit. Berakhirlah aktiviti 1 hari kami, Pagi di kajang menjelang malam kami di Kedah pula. xde kerja cari kerja.. itulah dunia... 

Ahad, 6 April 2014

Bila Kene Transfer Office Baru

Berita yang membuatkan seluruh hari-hari indah-ku bertukar KELAM ! Ya Allah, 2014 tahun yang begitu tough untuk aku. Kalau sebelum ni jam 8.30 pagi baru turun hantar adik ke Taska, lepas tu bertolak ke office dengan hati yang tenang & relex sekali. Oh aku pasti merindui detik-detik indah & mendamaikan itu.
 
Pagi tadi my Senior Project Manager inform kt aku yang aku & dia akan di transferkan ke Company lain iaitu ke Tradewinds Corporation Berhad di Menara Shell KL Sentral. Waktu kerja bermula jam 9am - 6pm. So lepas ni dah xboleh nak masuk office suka-suka hati lagik katanya. Adoiiii Tengah seronok2 dengan work life kt sini alih-alih kene transfer. Oh My.....
 
Bermula 1 April 2014 semua document & personal details aku dah di transferkan ke sana. So sad nak tinggalkan office lama aku ni. Nnt dah xleh nk bergaduh mesra dengan En.Anuar dah. Dah xleh nk dengar ayat2 lazer yang membina dari dia lagi dah. Yang paling penting dah tak boleh nak leisure masuk office kul 10.30am lagi dah. Wawawawa.... Xsyok-nyaaaa.
 
Sian my cayunk ibu, dah xboleh nak sarapan dgn ibu lagik pasni. Subuh2 dah nk kene hantar ke taska. Harap adik ok &  tak meragam. :,(  Time Lunch pun dah xboleh nk dating dengan pakcik hubby tiap2 hari macam selalu coz dah jauh da. Nak pergi kerja pun Jam tak hingat... Adoiii... mmg nk kene format balik semua data baru dalam otak aku pasni. Sambil2 menulis coretan ni, hati aku tersangatlah sedey. 
 
Apepun mungkin ini permulaan baru yang mencabar dalam perkejaan aku. Rasanya mmg nk kene naik komuter la pasni, Hari2 nk menempuh jam mmg xlaratla. Klau naik komuter pun jauh jugak nk kene menapak, lebih half KM jugak tu. Tapi Kalau naik kete mmg xnampak chances untuk aku sampai before 9am everyday... dah lama xnaik komuter, mungkin aku nk kene belajar susah plak (Think +Ve) Walaupun nnt pergerakan aku sedikit terbatas tapi mungkin banyak manfaatnya. Pertama minyak kete & tol dah xperlu nk spend dah, lagi satu aku boleh bersenam setiap pagi dengan berjalan kaki. Kalau sakit kaki nnt, ada jugak alasan nk pergi refleksology ke ape. Hmm apepun. Nak ke Xnak, mmg aku kene buat jugak. Klu xblh perform mcmne nk kerja. Antara 2 pilihan je yang aku ade sekarang. Berhenti kerja duduk rumah, sambil cari kerja dari rumah Atau yang ke2 aku terpaksa lakukan semua rutin harian sebagai org yang bekerja tanpa banyak alasan.
 
Mungkin Next week or next 2 week kitorang dah nk kene move kot. Malas-nya nak kemas2 barang lagi. aduyaaiiiii....  Selamat memulakan alam kerja yang meletihkan ! Hopefully aku Berjaya melakukan anjakan yang baru dalam mengurus tadbir masa & rumahtangga. Ya Allah permudahkanlah :.(











Jumaat, 21 Mac 2014

Alhamdulillah Rezeki Dari Allah

Syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat & rahmat dari-NYA. Tuhan yang mentadbir sekelian alam. Sesungguhnya rezeki itu adalah kurniaan daripada Allah. Jika kita bersyukur kepadanya walau dengan rezeki yang sedikit nescaya akan di tambah lagi olehnya.
 
Bermula 1 March 2014 ni Our beloved Managing Director telah membuat kelulusan untuk "salary increment". Walaupun aku sebenarnya terasa malu juga untuk menerima kenaikan gaji yang baru ni, memandangkan bebanan kerja tidak seberapa. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur atas rezeki yang tidak di sangka-sangka ini.

Mudah2n ada rezeki untuk menambahkan zuriat pula nnt. Amen Ya Rab & terima kasih kepada my beloved Boss. Tanda bersyukur atas nikmat yang diberikan ini aku bercadang untuk belanja my beloved aunty & her family untuk makan malam. Hujung minggu nilah InsyaAllah.

Khamis, 13 Disember 2012

I've Promised My Wife 4 Dinner


So sweet..Right...? perbualan itu tetiba hinggap di pendengaran-ku. Jarang sekali aku mendengar ayat sebegitu pada mana-mana lelaki & kebanyakkan hanya meng"ignore"kan sahaja bile mereka mempunyai urusan lain, apetah lagi urusan yg melibatkan perniagaan ratusan juta. Apelah sangat janji kepada seorang wanita yg bernama isteri untuk makan mlm, masih banyak masa lg utk dilakukan. Anggapan seorang lelaki yg kurang jelas tujuan hidupnya, fikiran seorang lelaki yg tidak pernah menghargai insan yg sentiasa setia di sisi-nya.... Tetapi, kamu sangat hebat wahai insan,   Tersangat beruntungla diri yg bernama isteri pada lelaki ini, Semoga Allah memberkati kamu. Aku sungguh kagum mendengar-nya.
 
Seorang lelaki hebat, seorang lelaki berharta, seorang lelaki yg berjawatan tinggi, Seorang lelaki yang penyayang & seorang lelaki yg beriman. Itulah dia lelaki hebat yg aku maksudkan. Mungkin ade kekurangan pada diri manusia yg bernama insan itu, namun mampu ditutup dgn benang kesabaran, di lindungi dengan payung kasih syg. Aku tumpang bangga menjadi sebahagian insan yg berada di bawah pimpinan-mu wahai insan. Doaku moga Allah sentiasa memberkati dirimu dunia & akhirat.
 
 
 
 
Salam Jumaat. :))
 
 
 
 

Khamis, 29 November 2012

Off Seminggu Lebih !!

Yahooo......!!!!! jerit dalam hati kuat2.. ehehe office aku closed selama seminggu dari 22 Disember 2012 sehingga 1 January 2013. Baru je tadi My beloved boss announce. Ini pun aku dapat info dari one of my staff. Ehehe... Raya Aidilfitri haritu, my Office tutup seminggu. So Xpayah susah2 nk amik cuti tahunan. ehehehe...Jgn jeles ok.. :)
Hmm nampaknya aku nk habiskan cuti seminggu ni di penang-laa nnt.. Nak temankan my beloved hubby kt sana. Dah berangan nk ajak my hubby g makan nasi kandar Ahmadiah kt Alor setar  nnt ni. Yummy.. sedaappppnya.. :)
Whatever it is, Thanks a lot Dear Boss...!!!

Jumaat, 27 Julai 2012

Rezeki Ramadhan @ My Lovely Opis :)

ehehe.. sempena bulan Ramadhan ni murah betol rezeki aku Alhamdulillah... Mase 1st Ramadhan Boss hadiahkan 2 kotak kurma sultan, dtg2 opis pagi Isnin haritu tengok da ade 2 kotak kurma atas meja, pastu td pg plak, sampai2 je kt opis, bersusun plak 3 bekas Kurma Ambar atas meja, Tengok2 dari our big Boss (Tan Sri Syed Mukhtar Bukhary). For ur info Kurma Ambar ni boleh tahan mahal jugak, klu nk harapkan aku beli sendiri mmg xde makna-nyelaa aku nk beli kurma ni, sekilo harga dia lebey kurang RM110 di pasaran Malaysia, klu kt Mekah sana dlm RM85 sekilo. Sebiji Kurma Ambar ni bersamaan dgn 2 setengah kurma Taiyob dan yg sewaktu dengannye... Alhamdulillah rezeki Kurma :)



Sudah terang lg bersuluh.. tq Tuan Syed, semoga rezeki Tuan akan lebey
di berkati Ameen.. :)



Inilah kurmanya, tp gambar kelabu laa.. coz pakai S2 punye je..
DSLR aku dlm kete.. :)


Hah tu dia 3 kotak Kurma Ambar da siap disusun atas meja, Inilah dia opis aku yg aku sayangi.. :) masuk2 opis td pg jam 9.45pg, huhuhu suke ati nenek aku je kan... tp nk buat camne bukan sengaja.. aku mmg mamai gile td pagi, da la laptop aku masuk virus smlm.. nk tido plak xleh, lepas bersahur & solat subuh aku melelapkan mata seketika, sekali aku bukak mate tengok matahari da tinggi .. tengok jam kul 8 pagi.. Ya Allah.. melompat turun katil tarik towel terus masuk bilik air .. mandi2 n pakai baju, nasib baik aku da siap2 iron baju.. klu x, mau mengigau aku td pg.. adeehh nk tercabut jantung aku... ehehe Nasib baik my Boss baik2 aje...syukur Alhamdulillah..


Memikirkan terlalu banyak kurma kt umah aku tu, maka aku mengambil keputusan untuk sedekahkan 1 bekas kurma ni kt Surau Putrajaya Precint 11 dan sekotak lg aku hadiahkan utk Cik (Opah).. Mesti cik suke dpt kurma ni.. ehehe special sempena Ramadhan.. lg sekotak aku bawak balik umah.. yg Boss kasi last Monday pun aku hadiahkan ke Surau sekotak & sekotak lg aku kasi kt Cik.. ehehe murah rezeki Cik jugak, lg pun setiap hari aku mmg berbuka umah cik pun, melainkan weekend aku lepak umah jelaa mls nk kemana-mana... nk harapkan aku sorang yg makan kurma2 tu mmg xhabislaa jawabnya.. silap2 sampai puasa tahun depan pun ade lg.. ehehe..

Berbuka hari ni aku beli Ayam Golek kt Bandar Teknologi Kajang, saje je aku pusing2 amik angin kt situ td, coz adek duk kt umah Opah so aku jln2la sesorang cuci2 mata.. sambil tu aku singgah jap kt rumah kitorang Di Hillpark Kajang Phase 2 tu.. nampaknye dah hampir 80++% da siap, da masuk drainage pun, hmm nampaknye melambong lg-la interest bank utk bulan ni.. adeehh hancur harapan aku utk shopping sakan raya nnt...tp raya sebelum ni pun xdela shopping sakan pun.. just gitu2 je.. hmm xpela asalkan nampak menarik & comel cukupla di hari raye nnt, lg pun bukan ade mood nk raye sgt pun tahun ni.. so persediaan raye pun ala2 jela.. dlm kepala ni mcm2 yg aku pk-kan.. harap semua baik2 belaka.. Amen..

okla aku nk solat terawih plak ni, Adek da tido pun,  jam pun dah 11 lebey tu.. nnt lambat2 mcm malas + mengatuk plak.. so better aku stop merapu setakat disini dulu.. tata..Titi.. Tutu... Jom Tarawih... Jom Berubah Jadi baik :)



 



Selasa, 24 Julai 2012

Top 10 Rude Malaysian Habits

Sesiapa yg xbace The Star yg hari ini punye aku tolong updatekan  cite muke depan the star harini yea, dia citer pasal 10 sikap rakyat Malaysia yg sombong. Hmm mmg aku sendiri akui org malaysia ni kebanyakkan-nye sombong2 belaka lebih2 lg yg color2 gelap cam "patak kuali" tu mmg sombong xkene tempat + berlagak xtentu pasal lebih2 lg di jalan raye. huh.. better hantar balik negara lg bagus, xde menyemakkan pemandangan di Negara tercintaku ini...ehehehe..


1. Rude & unsafe driving such as changing lanes without indicating, tailgating and honking impatiently.

Ramai sgt penyakit camni...

2. Not Obeying signboards - Eating in LRT, Lighting a cigarette in non-smoking areas, littering, parking in no parking zone.

Kt tempat makan / restoren mmg ramai gile jenis perangai xreti bahasa camni, dahla tempat makan pastu mata bute ke, tengok ade baby lg, senang2 ade je dia hisap rokok  siap hembus asap rokok kt baby,  senang cite BODOH...!!

3. Snatching a parking lot while someone else is waiting for it.

Uh aku pernah 4,5 kali terkena, kite bukan main kasi signal nk masuk parking, skali dia dgn muke xbersalah masuk baik punye... mmg sengal

4. Malaysians not giving up seats for pregnant women and elderly people.

mmg kesian bak ni, mmg xde hati perut, kesian pompuan mengandung & org2 tua...   

5. Not allowing passengers out of public transportation like trains and buses before entering.

Jenis xreti bawak bersabar, maklumla dia je ade urusan negara, org lain xde.. jenis muke saje, xde perasaan mmg sesuai di panggil "poyo"

6. Talking loudly on their cellphones in public spaces like the cinema.

Yg ni no komen la coz da lama xG cinema, tp mmg ade pun, mcm2 "peel" ade yg jenis xreti duk diam pun ade, siap tendang kerusi tu, setakat 2,3 kali leh consider tersilap lg, klu dah lebih 5,6 kali kepala otak ko laa.. mmg nk kene sound la nampaknye.. hehe.. tp ni dulu2la, skrg baik2 belaka kot... :) 

7. Not holding open doors or elevator door for people after them.

Insya'Allah masih ramai yg jenis baik hati di tempat kediaman aku...

8. Not saying " Thank U" when someone does something nice for you.

Klu yg ni mmg blh dikatekan jenis manusia teramat sombong + xtau diuntung, ini mmg aku slalu kene, huh mmg menyakitkan hati, org dah tolong bukan reti nk say thanks, silap2 kene kutuk lg adelaa.. huh akaii ada ka..!! tp my boss adalah seorang yg sgt baik hati & berbudi bahasa, ape shj yg di buat oleh staf mesti di ucapkan terima kasih even sesimple mane pun pertolongan yg diberi.. tabik hormat kt U boss. I like.. ehehe :) very the hamble person...

9. Inconsiderate practices eg. leaving shoping trolleys in the parking lot, squatting on toilet bowls and dirtying public toilets.

Bab tinggal troley ni aku pun mmg slalu buat klu kt TESCO tu, da nk buat camne, xkan nk ngantor plak, jauh tu.. :)

10. Being late.

(Yg ni mcm terkene kt hidung sendiri nampaknye, lewat ade sebab bkn di sengajakan ehehehe..)


Moga2 after Ramadhan ni, ramai umat Islam Malaysia berubah & bersikap lebih sopan santun & berbudi bahasa, pesanan ini juga utk diriku juga... Bile bercakap tentang budi bahasa yg baik ni, aku teringatkan my Beloved one, My hubby adalah contoh lelaki yg berbudi bahasa yg sangat baik + bersopan santun + mementingkan kesejahteraan awam walau di mana-mana shj dia berada, I mmg Tabik spring  kt U laa syg .. sebab tu I syg.. syg..syg.. sygggggg sgt kt U..... muahaha.. :)





Isnin, 23 Julai 2012

Dugaan Di pagi 3 Ramadhan

Pagi2 datang Office dgn mood yg sgt cool, hantar Nuha ke umah Opah di putrajaya & terus ke tempat kerje, tp pagi ni aku slow motion je xbawak kete cam pelesit ehehe coz masih awal lg, so xperlula nk terkejar2. Lepas Tol Besraya tu ade satu kemalangan melibatkan 5 buah kenderaan berderet. Hmm pagi2 Isnin da boleh dugaan. Mudah2n sabar yea semua insan yg terlibat.

Sesampai di opis, bukak laptop & terus siapkan kerje2 yg belum siap. Skali dapat call dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berkenaan dgn dokumen yg belum di submit dr last week, harini adalah last day utk diorang terima, klu xdpt jugak maka diorang xkan consider sume proposal berkenaan dgn tanah di LPM jalan Duta.

Ahhh yg sakit hatinye nama aku jugak yg kene, padahal last week minah tu da ckp dia nk send & contact that person incharge. Skali dia xbuat ape pun, xupdate ape2 pun. aleh2 aku kene laser ngan manager. Panas2... xpasal2 aku dituduh lepas tangan. isskk sakit betoiii hati tp xpelaa.. lantakla nk kate ape pun, yg aku tau itu  bukan salah aku & bukan skop kerje aku pun. Manala aku tau sume dokumen syarikat duk kt mane, yg tau semua kerje tu adalah admin opis. mentang2 satu negeri so main sesedap rasela  asyik nk kenekan aku je, banyaklaa.. xpelaa nnt di akhirat nnt taula... sngt bengang selalu dipersalahkan tentang perkara yg bukan sepatutnya aku dipertanggungjawabkan. Aku da tolong mana yg patut tu da kire baik pun. Skali kite plak yg kene kondem. hmm sabor ajelaa.. da nk buat camne adat manusia yg suke berasabiyyah.

Mood pagi Ramadhan yg masih dlm tahap kesabaran yg maksimum & xde mood nk layan perkara2 bodoh yg cube menggugat keimanan aku di pagi ini. Ameen ya Rabbal a'lamin.. Klu ade tersalah bicara mohon di maafkan yea..


Ahad, 24 Jun 2012

Debat Perdana PRU13 Hala Tuju Islam

Bosan gile lepak kt opis pagi ni, aku duk sesorang je kt opis, minah kerani ni xtau kemana.. top management ade meeting, aku pun baru je selesai meeting ngan surveyor td berkenaan dgn tanah di Bukit Tunku... Tp minah senget tu tidak jugak masuk opis sampai skrg, jam dah menunjukkan 1 ptg, nasib baik aku pose harini so xperlu kuar lunch, klu x mmg xde sesapa la kt opis, hari ni aku bertindak sebagai kerani opis lg, angkat phone dan bukak pintu amik parcel dan segala macam benda... hmm so aku layan ceramah perdana di Youtube jelaa, xkuasa nk angkat call lg, thats not my duty ok..

4 ahli panel yg hangat membicarakan tentang Hala Tuju islam...

saudara da saudari yg budiman boleh mendengar dan memahami segala maklumat yg ingin di sampaikan oleh ahli panel yg hebat lg berilmu
di sini    Wacana Perdana 11


Renung2kan dan selamat beramal...







Rabu, 20 Jun 2012

Projek Pembangunan @ Bukit Tunku KL

This week aku rase sgtlah teruja dgn pelbagai aktiviti yg mencabar kredibiliti & kemampuan utk aku manage my skop of work. seperti entry aku yg sebelum ni klu korang perasan berkenaan dgn projek pembangunan mewah di Bukit Tunku Kuala Lumpur. satu2nya kawasan hutan kt KL tu ..

Semalam aku make appointment dgn officer DBKL utk discuss berkenaan dgn land regulation @ bukit tunku, skali diorang kate kondo mewah sudah tidak dibenarkan lg bina di bukit tunku coz ia telah banyak mengganggu privacy existing comunity di situ. maklumla org2 kaye U, mane suke org2 bawahan lalu lalang kt area dia, klu boleh dia nk pasang retaining wall tinggi2 supaya sume org xleh tgk umah dia. isk xfaham aku org2 yg pesimistik camni. adeehh dunia2...



 
So kesimpulannye sume tanah seluas 23 acres tu akan di bina Bungalow shj. bcoz jika melihat kepada syarat2 yg telah ditetapkan, setiap lot compulsary 15,000 sf  sekurang2nya. meaning that dgn tanah seluas tu ape lg yg boleh dibuat melainkan bungalow. Lagi syarat tambahan hanya dibenarkan max 12 person per acre shj. Hah tu dia. sah2la dia nk suh kite bina Bungalows shj. No more Semi-Ds or Condo's.. huhuhu..

Untuk Bungalows di Bukit Tunku dgn tanah berkeluasan 15,000 sf  kebanyakannya dijual dgn harga 8 mil - 11 mil. Setelah aku re-do balik cashflow aku ni, aku membuat kesimpulan harga jualan setiap unit mestilah dijual paling minimum 13 million setiap unit. Dgn itu company can make some profit. But the question is, the units is too much. I meant is about 68 units of bungalows. Is tat reliable to penatrate the property market about 2 yrs later on..?? That is the question marks.. The price is too high, up to the sky... who is the target market for tat kinda bungalows.. aarrhhh mamai memikirkannye... huh... :{

Dengan itu my boss telah mengarahkan aku untuk berurusan dgn property consultant regarding market projection for the next 2 yrs,  iaitu "Mr. Previndrant Singhe" mamat ni mmg glamour u. banyak poperty best2 yg diorang make a deal. So aku dgn bangganya telah diberi kepercayaan utk deal dgn diorang punye BOD iaitu "Mr. Terence Yap" Insya'allah next week kitorang akan make a discussion on that. Need a lot of preparation meh...



I'll be a great person more than U Mr. Previn.. :)



Hope aku akan earn something from him next week. I'll try my best to ensure the successful of the project. Ameen. Ya Allah...



Isnin, 18 Jun 2012

My Inspiration


Mesra nampak X-CEO dgn new CEO, ade pepe ke tu.. ehehe :)

Tony Fernandes da resign sebagai CEO utk Air asia, oleh itu beliau telah melantik Aireen Omar sebagai CEO baru utk Air Asia. pada usia baru menjangkau 38 tahun dah menjadi CEO kepada sebuah syarikat penerbangan yg boleh dikatekan gah di Benua Asia kini.


Amacam cun x New Ceo Air Asia ni..? hehehe..

Bile aku bukak The Star td pagi n read the news about this tetiba aku rs sngt2 teruja. Meaning that aku ade lg 9 tahun utk mencapai sesuatu yg hebat dlm hidup aku juga. ehehe.. Insya'allah, aku akan lakukan yg terbaik utk sisa-sisa waktu yg masih ade ini. last week aku da isi borang utk amik Profesional Course as a Probationary Valuer. Klu ade rezeki after practice 2yrs aku akan dapatkan Profesional Certificate from Board of Valuers, Appraisers & Estate Agents, and title Sr akan boleh di isi pada pangkal name. wow.. Im very impress :)) xsabar utk mulakan biz sendiri dan jual my signature. Gambate Kudasai..

This week aku duk mamai memikirkan tentang High End Project @ Bukit Tunku Kuala Lumpur. Nk kene siapkan Feasibility Study and cashflow of the project. Design of Bungalows, Semi-Ds and also High N Condo's. After visit Iproperty shows @ KLCC last week adela jugak idea aku nk advice my architect utk this project ni. GDC utk project kt bukit tunku ni bukannye sikit is about 650++ million. This friday nk kene present kt My managing director all about the project.


Inilah Lokasi tanah di Bukit Tunku, sebelah lebuhraya Mahameru tu. kawasan hutan kt tengah2 Key El yg agak menyeramkan tu, hah itulah bukit Tunku tempat org2 kaye tinggal.. huhuhu

Ini adalah project Sime Darby di Bukit Tunku, tp dia kt bahagian bawah skit, itupun harga dia mak aiii gile bapak mahal.. sekaki persegi dlm  RM950 - RM1000. sebijik condo High N di sini costing dlm 2.5 mil - 4.5 mil.  huhuhu mmg berbaloi2 mak, sewa pun 6k -20k sebulan..

Mostly tanah di Bukit Tunku kebanyakkan-nya "kerabat", menteri & somebodylaa. Klu x silap aku dato bandar KL pun rumah dia kt Bukit Tunku tu jugak, sultan perak punye rumah hinggap pun kt situ jugak and the most important part my Big Boss Tan Sri Syed Mokhtar pun kt situ jugak, jalan Langgak Tunku, tp bungalow dia biasa2 je, xdela Grand gile, ala2 shj. skali tengok mcm xpercaya yg tu Bungalow milik Malaysia Top 10 Richest. very the zuhud la.. semoga Allah berikan ganjaran terbaik utknya. I Like your style Tuan Syed Mokhtar. ehehe... klu staf, dia xkasi kitorang panggil dia  Tan Sri or Dato' even tulis surat pun, dia suh kitorang panggil dia Tuan Syed Mokhtar shj. very the hamble person right. 


 Today aku xkuar lunch, coz aku nk balik awal skit, waktu untuk lunch ni aku bawak ke waktu balik, so aku ade extra 1 hour utk balik.. ehehehe so 4.30 pm aku da boleh balik.. xsabar nk jumpe anakanda kesayangan ibu, cian dia demam harini, badan ala2 suam2 kuku, agakye kesan kene inject semalam kot. bagus syg ibu, x-menangis pun kene inject muke maintain je.. muahaha..


Jumaat, 1 Jun 2012

My Beloved Officemate ?

Hello Everyone...

Today is a wonderful day for my "Boss Secretary" bodoh + kepala otak x jalan + ingat bapak dia punye opis ke..?? ceritanya bermula di pagi Jumaat yg haru biru, berkejar nk ke tempat kerje mcm hari2 biasa. hantar Nuha ke rumah Opah dia di Putrajaya dan melalui Sg. Besi utk ke opis. bukan main racing aku bawak kete semata-mate nk kejar time.

Skali bile aku sampai di opis tercinta... jeng..jeng..jeng....very the suprise... Office masih terkunci rapat, roller shuttle pun x bukak lg, what the Hell... ? aahh tension yg amat.. ape yg aku tau, my manager mmg cuti arini, Dr. K ke Terengganu & my Financial Anylist pun cuti, top management ade meeting termasuk our big boss... but Very the Bengap kerani opis sepatutnye ade di opis, coz mmg dah tugas utama dia utk bukak n tutup opis setiap hari, isk mmg sioot je minah ni, sampai jam 10.45 pg aku tunggu bayang pun x nampak, haramjadah toii laaa... dlm hati aku ni da bengkek ni, aku pasang niat, klu kul 11 belum dtg so aku secara otomatik buat AL sendiri. lantak ko laa minah klu boss tanye nnt pandaila aku nk explain.. sebelum tu aku da call my manager utk inform the condition, nnt ade plak dia tuduh aku yg sengaja suke-suke xdtg opis tanpa isi borang AL, minah bengap tu pandai berpure-pure.. tp perangai dia tu aku da masak da, most staf pun da kenal sngt da..

Mmg sampai sudah xsampai, maka dgn rasminya aku balik ke Putrajaya. Nk buat ape aku duk tercegat depan opis cam org xbetol, mundar mandir tanpa tujuan.. buat berpeluh ketiak adalah.. klu aku tau camni jadinya xde-nye aku nk dtg opis. tp itulaa.. bak kate en. anuar ( Financial Analyst) "Kucing xde, Tikus bermaharaja lela" merujuk kepada pompuan bengong yg suke2 nk masuk opis kul bape bile Managing Director xde... mentang2laaa boss baik, naik kepala plak minah ni, kekadang kerje dia pun terpakse aku amik aleh, gare2 dia xmasuk opis... isk sabo ajelaa aku... ape la nasib company Melayu Islam dpt staff haramjadah camni... mmg xreti nk bersyukur la pompuan ni, mmg jenis xtau di-untung, klu aku ade share dlm company ni, lama da aku sack pompuan camni, buang duit.. kerje kt opis ialah berFB and jual barang2. Paling menyakitkan ati bile barang2 dia sampai kt opis selang 2 jam skali, maka akula yg nk kene jd kuli batak dia amik sume brg2 tu, sioot laa, isk panas toii ati aku...

Ape yg aku harapkan moga Boss cepatla dpt tau perangai pompuan yg xtau diuntung ni.. da tahap memijak kepala tahap gaban da ni, da melampau lebey da ni.. mmg xboleh dibiarkan daa.. parah jadinya nnt.. makan gaji bute je.. huh..

Last2 aku balik and lepak kt umah je.. mood lantak ko laa labu.. ape2 nnt ko jawab la sendiri..




Rabu, 25 April 2012

Either Wait, Move or Switch New Job ?

Kepada semua kengkawan yg ingin menukar kerje sile buat beberapa penelitan seperti dibawah.. maklumat ini di ceduk dari Mr. Googles.. :)) Selamat Membaca.. !!


EVERYTHING appears to be going wrong at work. Job dissatisfaction. Is that a familiar situation to you? Anyone considering changing job has many concerns and fears.   
But in most cases the consequences of switching are less dramatic than expected. What's certain is that if you do nothing about your situation, you will remain unhappy.
Getting another job, setting up a business or going back to college all sound like attractive options. But most people delay the decision so long that they never make the change. The cause of that procrastination is fear of making a mistake.

When's the right time to make the switch? "When you're fighting to enjoy your time at work and at home. That's the warning signal,'' says career coach Martin Wehrle. "It's always possible to try and extract more satisfaction from your job.''

But in many cases the solution is to change job completely. "If you think nothing is going to alter at work, then it's more than just a phase you're going through,'' says career adviser Carolin Luedemann.
That's when you have to make the decision to leave.
What do I really want? Wehrle says that question needs to be more precise: "What would you do if you had all the money you needed and still wanted go out working?'' By rephrasing the question most people direct their thoughts away from the material aspect to thinking about what they really want.

Luedemann says it's important to get a detailed and vivid idea of what you would like your future to look like. How will I travel to work, by bike or by car? What does the reception area at work look like? Do I have an office. Do I have a boss? "Most of my clients then say: 'I don't know.' But there's no such thing as 'I don't know','' says Luedemann.
It's a matter of your vision not being precise enough.

What's keeping me back from achieving that? "We tend to use rules of thumb to make everyday decisions,'' says the psychologist Professor Lioba Werth from the University of Chemnitz in Germany.

"But when it comes to meaningful, personal changes our decision-making habit often fails,'' says Werth. "The fear of taking a wrong step leads to not taking any step at all,'' confirms Luedemann.

"If I take the first or second step and I notice things are not working out, I still have time to alter direction.''
How do I take the first step? Wehrle's advice: "The best thing to do is to test how strong the ice is by placing one foot on it. Then take three more steps and keep the way back open.'' After all, most people are dictated by material aspects like children, the rent or the mortgage. "Hardly anyone is completely free.''

It's a good idea to set out a timetable to get over the first hurdles. "Studies have shown that we need just the amount of time that we allot ourselves,'' says Luedemann. Putting yourself under positive pressure is also helpful. "But it must be realistic pressure.''

When is the way back closed off? Wehrle compares that moment to launching yourself off a ski jump. "You become aware that you must jump or otherwise you will fall off. However, many people jump too soon. They then give up and have nothing left, or they jump off too late.'' But if you feel confident you will embrace that moment when it comes.




Rabu, 21 Mac 2012

Kinrara Residence Mah Sing Group

Welcome HOME ... !!!



Last week aku site visit project Mah Sing Group di Bandar Kinrara 6. Lokasinye berhampiran di Taman Damai Utama, Nun jauh kebelakang di atas bukit sana bersebelahan dgn Ayer Hitam Forest.. walaupun lokasi hartanah moden ni agak terpencil sedikit tp dekorasi yg cube diketengahkan oleh Mah Sing dlm hartanah berprofil tinggi ini begitu unik & berbaloi utk future investment, even utk tinggal sendiri pun sudah cukup terbaik utk individu yg berkemampuan & mementingkan kedamaian apabila pulang ke pangkuan keluarga selepas seharian penat bekerja.


Jalan masuk utama ke Tapak Projek


Rumah Contoh

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat sejauh-mana potensi hartanah di Bandar Kinrara mampu utk terus melonjak kepada satu tahap yg lebih tinggi. melalui penilaian yg di buat, kebanyakan transaksi hartanah di Bandar Kinrara sekarang telah meningkat secara mendadak & secara tiba-tiba hartanah di kawasan ini menjadi tumpuan para pelabur & juga speculator hartanah, tidak kurang juga kepada para pembeli. Harga untuk seunit hartanah teres 2 tingkat di Kinrara Residence ini bermula $550k dan ke atas dgn keluasan lantai hanyalah 2488 sf to 3038 sf  dgn keluasan tanah 22 x 75. pegangan tanah adalah Leasehold iaitu 99 tahun pajakan...


Facilities yg di offer untuk projek perumahan Mewah ni seperti berikut :-

Gateless front porcesteless front porches
Gated & guarded community with 24 hours security
Private clubhouse
Swimming Room
Clubhouse Cafe
Multipurpose Hall
Linear Park
Children Playground


Dekorasi utk double strorey Semi-D



Living Hall

Dining Area & Dry Kitchen


BB nangis kenapa.. ? oOOoOoOo BB nk duk kt umah ni yea..
Olo2 syg Ibu ni.. :))  
Projek perumahan ni dijangka siap pada Oct 2012 meaning tat da xlama lg da.. hanya tinggal beberapa bulan shj lg.. waa mesti X-cited gile owner2 hartanah kt sini, memana yg plan nk flipping pun same le.. da x-sabar2 nk advertisekan unit memasing utk di jual..


Wet Kitchen


Deco Depan Pintu,,,

Master Bed yg simple & mendamaikan...


So Sweet....


Hiasan dinding yg ringkas.. cantik.. !!!



Modern Bathroom.. I Like :))


Angle dr arah tangga..


Selasa, 20 Mac 2012

I Love U My Sweetheart

Hari ni aku sgt bosan, sejak sampai opis kul 2 ptg td aku duk layan lagu Yuna Zarai je huhuhu,
ade 40x aku ulang lagu tu, xjugak jemu2, makin syok aderlaa..
mmg best la layan lagu Terukir di Bintang ni,
bolehlaa menghilangkan rase bosan yg semakin meluap2 ni..

Aarrgghhhh bosan masuk opis arini nk balik cepaatttt
( padahal td pagi da x masuk opis, alasan-nye aku g buat market study "Current Potential on Kajang Hospital Land " tp kuar dr rumah aku pun da jam 10.30am, itupun aku g hantar Nuha ke umah Opah dia dulu kt Putrajaya lepas tu baru patah balik buat kerje di Kajang huhuhu..
 sindrom M-A-L-A-S da melanda diriku kembali....


 ... Jom Layan lagu Yuna hilangkan duka lara...



Lagu ni mcm kene je ngan suara aku yg tgh serak basah ni, tp ade org jeles laa, xboleh tgk aku MOOD extra skit, ade je nk cemburu  ape daa.. kuikuikui.. :))

Lagu yg best camni klu x di-dedicate-kan kt special Some1 xde makne jugak-kan..
hmm so utk mengisi ruang2 dlm hati aku hari ni,
aku nk dedicate lagu ni kt

My Lovely Doter Nuha & My Hubby  :)) 








Selasa, 6 Mac 2012

Masuk Kerje !!!!

Dah 2 hari aku masuk kerje, walaupun dlm ati ni rase tersangatla berat nk tinggalkan BB Nuha kt umah, tp nk buat camne da komitmen kerje mendesak, klu ikutkan ati aku ni mmg aku malas nk g kerje lg seronok duk umah jage adik, main2 ngan adik.. hmm xbestnye rase nk g kerje.. aarrgghh mls-nye

This week BB Nuha tinggal kt umah ngan abi, coz my hubby amik cuti seminggu utk jage BB, next week BB da nk kene tinggalkan dgn Opah kt Putrajaya, skrg xdela rs berat sngt nk g kerje coz my hubby ade so xperlu nk antar adik ke Putrajaya, nnt bile my hubby da balik Penang mamai la jugak nampaknye nk kene g hantar n amik BB.. bile la my hubby dpt transfer ke KL ni, atleast klu dia kerje kt sini xdela rase berat sngt aku nk handle sume perkara sesorang kt sini.. :(

Harini aku cabut awal skit, kul 4.45 aku da siap2 kemas barang, tengok kiri tgk kanan ape lg cabutla huhuhu, actually aku bukannye mls nk buat kerje ke ape tp serabut kepala, tgk BB Nuha yg duk meragam dr tgh hari td, walaupun aku duk opis tp aku dpt monitor BB Nuha melalui CCTV skype. so setiap saat aku dpt view my BB yg di jaga oleh my lovely hubby kt umah tu.. ehehehe lawak betoi-la, ade ke Abi pasang U-tube bile adik nangis, ala2 nk suh adik tgk U-tube latu, xde maknenye BB nk layan U-tube tu, dia da rimas yg amat tu, mogenye kul 3 ptg baru BB Nuha mandi pagi, sian anak Ibu, mesti da gatal2 montot syg Ibu ni, Isk Abi ni mmg laa.. :))

Esok pg aku kene gerak awal skit dr umah, kul 9.30 da nk kene sampai kt PJ umah my manager, esok kitorang kene site visit tanah di Ijok Kuala Selangor. so seharian mmg xmasuk opis la agaknye, harap2nye xdela sampai ke ptg duk kt Ijok tu..

Nekad aku kali ni adalah utk bekerja dgn lebey teratur & berdisplin, klu sebelum ni aku slalu je cabut awal dr opis & dtg opis pun lewat, sepatutnye masuk opis kul 8.30 tp dekat kul 9.30 baru aku sampai huhuhu isk2 teruk betol, mentang2 boss baik main suke ati aku je, tp kali ni aku da pasang niat dlm ati utk lebey fokus dlm kerje, aku mesti lebey berdisiplin dan amanah, nnt xberkat plak duit yg aku dapat.. hmm nauzubillah.. FOKUS.. FOKUS.. FOKUS.. Be Mature & Profesional ok.. !! 


Rabu, 23 November 2011

Hospital Herpatology Shah Alam & TUDM Bandar Kinrara

Bosan betul seminggu ni, My Big boss, Tan Sri & Vice President ke India selama seminggu untuk tinjauan & discussion bagi Projek Pembinaan Hospital Herpatology di Shah Alam Sek 14.. mmg la seronok Boss xde, bolh dtg opis ikut suke ati, tp kekadang bile xde kerje rs borink tahap gaban plak, coz nk kene dtg opis tunjuk muke jugak tp xde kerje ape sngt nk buat pun, adeehh bosan2.. sume staff lenggang kangkung je, setiausaha kt opis aku tu dtg kerje kul 10.30, masing2 ikut ske je menghilangkan diri, uh xbest tol laa..klu leh g jalan2 ni best jugak tp gaji xmasuk lg, nk g jalan pun xsyok kering kontang camni.. aduuyaaiii.. bulan ni banyak betul pakai duit.. hmm kelam camni.. :)

Hari ni aku datang opis kul 9.45. ingatkan dah lewat la tu, skali budak2 ni lg lewat.. adeehh.. isk merepek laa camni, kekadang rs cam berdosa pun ade jugak, ala2 makan gaji bute je seminggu ni, mentang2 boss xde buat opis cam ape plak.. uh xbaik laa.. tp itulaa klu dtg awal pun bukan ade sesapa n xde kerje pun.. mamai camni..

Mlm ni aku ade Med. check up utk baby kt KPMC Kajang ngan doc mimi. sepatutnya minggu lepas lg aku kene g med. check up ni, tp itulaa boleh plak aku terlupe.. siap boleh g jln2 lg.. sian babydah terdelay seminggu lebey.. harap2nye baby ok je.. muahahaha.. syg anak ibu..

Manager aku da blah kul 2.30 td da, katenye dia ade nk jumpe org ptg ni, so dia terus balik rumah laa lepas tu, yg kerani aku plak kuar g photocopy ape entah, hmm sekarang ni tinggal aku dgn Mr. Anuar (Accountant) je kt opis ptg ni.. adeehh.. rase2nye jap g kul 4.30 aku nk blah laa.. penat da duk opis ni.. nk main FB pun bukan ade ape sngt, nk chating xbape menarik.. penat da seharian ni duk merapu .. klu dapat baring2 atas katil best jugak ni, dapatla menghilangkan penat .. :) lg 40 minit kul 4.30..  so tepat 4.30 aku nk cabutlaa.. nk balik dulu..

Esok plak aku kene g buat title search untuk Projek Perumahan di Tapak Kem TUDM Kinrara, adeehh malasnye nk ke shah alam ngan kete pagi2.. for sure jam gaban punyer kt LDP tu.. belum sampai LDP pun dah jem teruk kt Tol Sungai Ramal tu uh xsuke tol terperangkap dlm jam.. letih badan & emosi..

hmm dah kerje nk buat camne, cume yg aku best skt nk ke shah alam besok bile my hubby pun nk ke Carlton Holiday jugak esok pagi coz dia ade kursus kt sana, so boleh la aku rest kt sebelah tu, diala yg jadi driver.. itu mmg da tugas utama dia bile dia ade ehehehe.. syg abi jugak.. muahahaha .. :))


Inilah Tapak Projek Perumahan yg akan di jalankan tahun depan Insyaallah, Approval dah dapat, Layout Plan pun dah siap cume tinggal harga unit rumah je belum ditentukan, yg tu kerje aku la tu nk kene work out current market for the next Housing Development ni.. buat mase ni dlm kepala tu dah ade da figure dia berapa, cume ye laa.. bukan boleh main pick up from the sky je, nk kenela buat analysis skit.. tp kepada peminat hartanah mewah mungkin inilah salah satu projek hartanah mewah yg hanya mampu dimiliki oleh org2 kaye.. klu golongan mude nk beli unit kt sini aku cume nampak Medium Cost Apartmentlaa.. yg lain2 tu mcm berat skitlaa, atleast ade deposit besar.. :))


Lay-Out Plan yg Lebih Jelas. Tapak Kem TUDM Kinrara akan dipindahkan ke Sendayan.


Master Plan Untuk Projek Perumahan Kinrara

Lambat la plak kul 4.30 ni.. adooiii.. nk cabut balik da ni.. lg 10 minit, lepas siap tulis entry ni boleh balik yehaaa... amboiiii2 seronok tol yea.. ehehehe dah org lain cabut awal sume, aku pun nkla cabut awal jugak, dah kire baik la ni aku tunggu sampai jam 4.30.. skip 1 hour jelaa.. ehehehe.. sebelum balik nk kene siap2 solat asar dulu, nnt senang dah sampai umah leh lenggang kangkung.. :))



Jumaat, 11 November 2011

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha kepada semua, Raya kali ni aku balik kampung, hari Sabtu aku bertolak balik ke kampung halamanku di Terengganu, perjalanan agak kurang selesa kerana semua org balik hari yg sama aku balik agaknye, sedikit sesaklaa.. tp still under control, pagi sebelum bertolak balik ke Terengganu tu aku singgah ke showroom Hill Park Home Kajang di Bandar Teknologi, saje nk survey2 unit yg masih tinggal di sana, klu ade rezeki mmg nk amik 1 unit kt sini memandangkan Maybank dah reject loan aku untuk Nadayu 92.. sob2 sedeyy.. :.(  xpelaa mungkin xde rezeki aku nk beli umah kt sana kot, untuk Nadayu 92 nnt aku akan cerita dengan lebey lanjut pada entry Nadayu 92 part 2.

Sambung cerita pasal balik kampung untuk menyambut Aidil Adha, yg sebenarnya tujuan aku balik kampung sempena Aidil Adha ni bukan sebab aku nk balik beraya kt kampung sangat, mmg xde dlm perancangan pun nk balik kampung cuti ni, plan asal kitorang adalah beraya di kajang n mengemas barang2 yg penuh serumah ni.. so knp aku balik kampung plak yea..?? ehehehe.. sebab pertama yg aku balik kampung ni adalah untuk tugasan kerja aku, boss aku request untuk aku buat market research tentang tanah di Bukit Besar Kuala Terengganu, memandangkan kampung aku kt Terengganu jugak, so aku baliklaa.. klu saje2 kerana nk balik raye kt kampung mmg sah2 aku xbalik punye.. banyak wang mau pakai, lgpun bukan ade ape2 kt kampung, langsung xbest nk balik beraya, bukan cam dulu, raya haji sngt meriah kt kampung, sekarang dah cam bosan gile, better aku lepak kt umah je lg berbaloii, oleh kerana tugasan kerje & segala perjalanan, tol minyak n ape segala boleh claim sebab tu aku balik, kire berbaloi2 la aku balik di samping bolehla beraya skali huhuhu, walhal xde pe nk di sambut pun...

Hari pertama raye korban tu aku ke Kuala Terangganu, pergi site visit di tapak tanah yg di maksudkan, luas tanah lebey kurang 1500 ekar, mmg gile besar la.. projek ni under Bukit Besar ventures, cadangan untuk membina pusat pentadbiran kerajaan negeri Terengganu. mmg dahsyat gile laa.. alaa2 Putrajaya gitu, mmg gempak habis Tranung Kite.. huhuhu, mudah2n berjaya laa.. klu my company amik this projek ni mmg best gile laa.. aku dah ade sub-con & surveyor yg aku nk rekemen.. dapat share 5% pun jadilaa.. kuikuikui.. bukan rasuah yea.. no rasuah2.. Haram.. :)

Seharian tu aku lepak di Kuala Terengganu, lebey kurang jam 4 camtu pewut da mule rs lapar la plak, cari kedai makan sume tutup.. last2 kitorang lepak di kedai mamak sebelah Mydin KT.. nasi kandar mahal gile xhengat.. huh mengalahkan KL.. 2 org makan RM28.. mmg cekik darah toii laaa mamak padang kota ni, padahal xdela sedap pun.. nasib baik boleh claim klu x angin jugak.. kuikuikui.. lepas siap2 makan aku call kak Dali, sepupu aku yg tinggal di Sungai Rengas, nk jumpe husband dia coz aku xberapa arif sangat tentang cost pembinaan di KT ni, lagipun pasal nk bina2 rumah ni bukan bidang aku, sikit2 tu taulaa, tp klu projek main billion2 ni xberani la aku nk estimate, kang salah xpasal2.. so aku amik keputusan untuk mintak pandangan abg Muliyadi, dia ni contarctor. banyak jugak projek2 besar yg dia dah buat.. harap2 dapatla dia membantu aku, atleast ade jugak input aku untuk present kt boss nnt..

Alhamdulillah lepas jumpe ngan Abg Adi dia rekemen kan aku dgn sorang kawan dia yg mmg slalu buat projek ratus2 juta ni.. tp aku kene dtg balik Kay Tee pagi besok, dlm kul 9 pagi jumpe kt Hotel Sumai sebelah dgn Primula Resort, aku on aje, yg penting aku dapat input yg aku nk.. huh lega rasenye.. ade jugak org nk membantu memudahkan segala urusan aku ni.. syukur sesangat kehadrat Illahi.. lepas lepak umah Kak Dali, kitorang bertolak balik ke Dungun lebey kurang jam 9 mlm.. lepak di pantai batu buruk sat.. saje2 amik mood setelah kepenatan pusing2 Kay Tee seharian.. sampai ke Dungun lebey kurang jam 11 mlm, aku belikan ayam KFC kt Bandar Dungun, xde pe nk di bawak balik untuk budak kecik yg gedempol kt umah tu, sat g ade kelaparan xmakan pae2 plak.. kesian la jugak.. hmm xpelaa belikan utk dia ajelaa.. aku mmg da xde selera nk makan da pun mlm2 ni.. sesampai je kt umah, salin baju n solat.. ape lagi .. tidoooooo.. da penatt sambung esok plak.. awal2 pagi dah nk bertolak ke Kay Tee pastu terus balik KL.. waaaa tight gile schedule aku kali ni.. sib baik my hubby ok je.. Thanks my deary.. muahahaha.. :)