Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

Selasa, 22 Ogos 2017

Salam Aidil Adha 1439H


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup & bernafas dibumi Allah yang sementara ini.  




Coretan ini hanya ingin mengucapkan Selamat Menyambut kedatangan hari raya yang mulia iaitu Aidil Adha yang bakal diraikan pada 1 Sept 2017 kepada semua kawan2 muslimin & muslimat. Walaupun masih ada kekeliruan lagi berkenaan dengan tarikh sebenar, kerana ada ura-ura mengatakan ianya bakal disambut pada 2 Sept 2017 iaitu hari Sabtu bukan 1 sept 2017. Apapun kita tunggu sajalah keputusan muktamad oleh pemegang mohor2 besar. 

Pada Hari Raya Korban ini, perkara paling utama untuk dilakukan adalah menjalankan ibadah korban. Ia adalah tanda kesyukuran & terima kasih kita kepada Allah swt, dan ganjaran pahala yang akan diberikan tidaklah terhitung oleh kita. 

Selain itu juga, kita digalakkan untuk menjaga diri daripada melakukan perkara maksiat & sedaya upaya untuk melakukan sebanyak2 amal kebaikan bermula dari 1 zulhijah hinggalah hari ke 9 Zulhijah, iaitu hari wukuf di Padang arafah. Ganjaran yang dijanjikan Allah adalah lebih besar daripada berjihad. Subhanallah... sama2lah kita memanfaatkan masa & peluang ini untuk manfaat kehidupan akhirat kita di alam sana nanti.

Wallahu'alam 




Rabu, 5 Julai 2017

Salam 1 Syawal 1438


Masih tidak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin & muslimat. Semoga Ramadhan yang telah berlalu mengajar kita menjadi manusia yang tahu erti bersyukur & berterima kasih.

1 Syawal tahun 2017 ini sama sahaja seperti tahun2 yang lalu. Kami menunaikan solat hari raya di Masjid Presint 15 Putrajaya berdekatan rumah kami. Pagi yang sungguh indah dan sangat menggamit sebuah perasaan rindu kepada kedua umi&abi. Aku duduk dibarisan paling belakang di tepi dinding sambil bertakbir hari raya bersama imam. 

Ini adalah solat hari raya yg pertama aku lakukan sejak arwah umi tiada. Boleh dikatakan setiap kali menjelang 1 Syawal aku didatangi "uzur syar'ie". Suasana bersolat hari raya bersama arwah umi di Masjid Kg Pulau Serai kembali singgah di memoriku saat itu, hati terasa begitu sebak sekali. Tiba2 aku di sapa oleh seorang jemaah yang ingin duduk di sebelah saf-ku. "Selamat Hari Raya" katanya kepada-ku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut salamnya dengan senyuman. Sebaik saja aku menatap wajahnya, alangkah terkejutnya aku apabila raut wajah wanita itu saling tidak tumpah seperti raut wajah arwah umi yang sangat aku rindui. Bertapa besarnya kurniaan Allah swt, Dia tahu hambanya ini dalam kesedihan merindukan seseorang di hari lebaran yang mulia dan dia datangkan seseorang yang mengubat sebuah kerinduan itu. Allahumustaan ...

Kami berbual ringkas, kemudian melaksanakan solat hari raya di saf yang sama. Sepanjang solat hati-ku begitu tersentuh dengan sebuah anugerah yang kelihatan biasa tetapi begitu bermakna buat diri-ku. Airmataku tidak henti2 mengalir deras dipipi sepanjang solat hingga membasahi telekung. Sungguh tidak mampu lg aku menahan-nya. Seusai solat aku bergegas keluar ke tempat wuduk untuk membasuh muka. Ya Allah Ya Rahman engkau terlalu baik kepada-ku sedangkan hamba-mu ini terkadang alpa daripada segala larangan & perintah-mu. Maha Suci Allah yang cinta & kasih-NYA kepada seorang hamba melebihi kasih & cinta-nya seorang ibu terhadap anaknya. 

Hari raya yang biasa2 saja pada mulanya bertukar menjadi sedikit ceria & penuh erti. Aku menceritakan kisah di Masjid tadi kepada hubby. Dia hanya mampu tersenyum & kelihatan memahami perasaan-ku. Kami pulang ke rumah sebentar kemudian terus ke rumah Opah di Semenyih. Alhamdulillah banyak rezeki di rumah Opah. Berbagai juadah yang dihidangkan Opah pada pagi itu. Nasi Lontong kegemaran-ku juga disediakan Opah. Terasa bahagia-nya bila ada insan yang sudi menyediakan juadah kegemaran seperti arwah umi selalu hidangkan di pagi raya. Maaf untuk Opah kerana tidak dapat membantu untuk menyiapkan juadah di malam raya. Banyak kekangan hal2 peribadi yang tidak dapat dielakkan. Pengakuan & permohonan maaf itu penting agar setiap jiwa merasa diri di hargai. Jika kita mahukan orang lain menghargai kita, terlebih dahulu kita harus menghargai orang lain. Hampir tengah hari juga kami berada di rumah Opah, kemudian kami bergerak ke rumah makcik hubby di Petaling Jaya. 

Menjelang petang kami berangkat pulang ke rumah Hillpark. Badan terasa letih, cukuplah setakat itu dulu acara ziarah kami di hari raya. Aku perlukan rehat yg cukup agar kesihatan terjaga. Alhamdulillah selesailah sambutan hari raya kami pada tahun 2017.  Esok berpagi pagi kami hendak bertolak ke Kuala Terengganu pula. Asalnya tiada rencana untuk pulang ke Terengganu oleh hubby. Kekangan kewangan hubby tidak begitu mengizinkan, tetapi memandangkan hari Raya ke 2 itu adalah hari kelahiran hubby maka aku dengan hati terbuka telah menempah bilik & menaja seluruh perbelanjaan untuk pulang ke kampung. Tidak mengapalah, aku memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM1500 untuk pulang ke kampung. Itu adalh duit tabungan yang aku simpan untuk membeli HP baru untuk hubby sebenarnya, tetapi aku menduga dia lebih gembira jika dapat bertemu sanak saudara-nya dikampung pada hari lebaran yang mulia itu.

Itu adalah hadiah istimewa untuk hubby, wish he will appreciate it. Untuk aku tiada apa yang menarik untuk pulang ke kampung tika waktu puncak begini. Dengan jalan yang penuh sesak & kedai makan pun turut tutup semuanya selama seminggu. Lain org lain cara pemikiran-nya. Pada aku tak semestinya hari raya baru sibuk hendak bersua muka & meminta maaf segala, sedangkan hari2 lain saling mengumpat & memburuk-kan sesama sendiri. Apakah makna hari raya yang disambut ??? Fikir2kan & selamat beramal. Kenyataan ini tidak ada kene mengena dengan sesiapa, hanyalah sebuah kenyataan general yang ditujukan kepada semua. 

Selama di Terengganu kami menginap di Permai Hotel Kuala Terengganu. Rumah pertama yang kami singgah adalah Rumah Mak Su di Dungun. Singgah makan nasi dagang. Tqvm Mak su kerana dengan berbesar hati membuatkan nasi kegemaran-ku seawal pagi. aku sangat menghargai-nya. Semoga Allah membalas kebaikan itu dengan ganjaran yang berganda di akhirat kelak. Walaupun tiada lg arwah umi&abi di kampung tetapi aku masih punyai makcik2 yang selalu menganggap aku sebagai anak mereka. Walaupun hanya jarang2 aku singgah bertemu mereka tetapi mereka tetap seperti dulu tika arwah umi & abi masih ada. Hubungan itu masih seperti dulu, malah terasa semakin erat, jika dulu tiada pula yang bertanya "Balik tak raya ni ? Nak makan apa raya ni?" "Kalau balik raya, datang tidur di sini pun xpe" Tapi aku selalunya menyambut pelawaan sesiapa saja dengan ucapan terima kasih. Kerana aku lebih senang tidur di Hotel berbanding di rumah saudara mara. Entahlah aku masih terasa janggal. Maafkan aku jika sikap itu membuatkan ada sesetengah yang kurang senang. Setiap manusia punyai kelebihan & kekurangan, Dan aku adalah manusia yang punyai 1001 kekurangan itu. 

Aku tidak perlukan penghargaan sesiapapun kerana itu aku hanya bersifat seperti seadanya diri aku kepada sesiapa sahaja. Jika dia orang yang lebih tua, maka aku hormati dia seadanya dengan layanan & tutur kata yang baik. Kalau dia adik2 maka aku melayani mereka selayak-nya untuk digauli. Aku tidak pandai berpura-pura, jauh sekali untuk berdrama. Jika aku tidak selesa, maka jelas sekali kelihatan ketidak selesaan itu pada wajah & tingkah laku-ku. Aku selalu menjadi diri-ku seadanya, kerana aku tiada sebarang kecenderungan & kehendak terhadap sesiapapun. Mungkin ada yang merasakan aku ini hanya mahu mengikut kehendak sendiri tanpa pedulikan orang lain, mungkin itu sangkaan mereka, Tapi itu hanyalah sangkaan mereka, banyak benda yang mereka tidak tahu. Tapi perlu ke untuk aku peduli kepada semua sangkaan itu ? Maaf sangkaan kamu mahupun tindakan kamu itu tidak sedikit pun terkesan dalam hidupku. Dan dengan sangkaan kamu itu juga tidak sedikitpun menambah nilai ataupun mengurangkan kualiti hidupku. Kedengaran sedikit angkuh di situ. Tapi itulah realiti, kerana mereka2 itu langsung tidak mengetahui duduk perkara yang sebenarnya. Biarlah mereka, aku tidak apa2. 

Tidak banyak rumah yang aku lawati ketika pulang ke kampung haritu. Kekangan kesihatan yang membuatkan segala aktiviti menjadi terbatas. Cukuplah mana yang sempat untuk di ziarahi. Dari kejauhan ini aku mendoakan semua saudara mara yang jauh mahupun dekat aku doakan moga dikurniakan kesihatan yang baik & diberikan rahmat serta di ampuni segala dosa. 

Taqobbalallah huminna wamingkum   

Salam Eidul fitri maaf zahir & batin 


Ahad, 18 September 2016

Salam Aidiladha !

 
 
 
Raya Aidiladha tahun ini kami tidak balik kampung mahupun jalan-jalan keluar kota. Kami hanya duduk di rumah & ziarah saudara mara yg ada sekitar Kajang & Putrajaya sahaja. Tempat wajib singgah di pagi raya adalah ke Rumah Opah di Putrajaya. Meraikan pagi raya dengan hidangan nasi dagang, rendang daging, lemang & juga lontong. Pada sebelah tengah hari pula kami menjamu selera dengan Sup Tulang lembu hasil korban Opah.. Alhamdulillah. Seharian kami di Putrajaya.  
 
Memandangkan cuti hujung minggu bersambung dengan Sambutan Aidiladha, kami pada awalnya ingin jalan-jalan ke Melaka tapi akhirnya kami hanya lepak di rumah sambil mengemas mana yang patut. Walaupun sebenarnya agak kebosanan juga tidak kemana-mana apabila cuti panjang tapi kami terpaksa mengawal perbelanjaan & membuat tabungan travel untuk beberapa bulan ini. berjimat cermat lorr... duit banyak mau pakai nak travel nanti. hihihihi... :) 
 
Walaupun dalam mood catuan perbelanjaan tetapi kami tetap mengagihkan sedikit daripada tabungan kami untuk tujuan melaksanakan ibadah korban untuk tahun ini. Jimat-jimat juga, tuntutan ibadah harus juga diutamakan.
 
Life to Hereafter ! 
 
Kami menggunakan Yayasan Amal Terengganu sebagai perantaraan untuk ibadah korban di Sudan. Pada perkiraan kami mereka (Warga Sudan) lebih memerlukan & lebih utama untuk menerima daging korban berbanding kita di Malaysia. Doa kami, semoga amanah yang di berikan kepada Yayasan Amal Terengganu itu dapat di laksanakan dengan baik. InsyaAllah.
 
 
 
 
Salam Aidil Adha untuk seluruh muslimin & muslimat semoga Rahmat & kasih sayang Allah sentiasa melimpahi diri kita hendaknya. Amin Ya Robbal'alamin.
 
 

Rabu, 20 Julai 2016

Malam 1 Syawal :: Eratkan Silaturrahim


Bergema suara takbir di angkasa...
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa...



         :.(


        :.(


        :.(



Kemeriahan itu bukan pada fizikalnya, tetapi pada jiwa, pada hati yang semakin redha atas segala ketentuan-nya.  Arwah abi telah pergi setahun yang lalu, hubungan antara aku dengan ibu tiri semakin rapat. Aku semakin mengenali dia dengan lebih dekat. Itupun kerana aku memegang pada kata2 abi "Buat baiklah dengan umi(ibu tiri), Dia tu baik, jangan duk sangka buruk ke dia" kerana pesan itu, kerana janji itu aku paksakan diriku untuk berbuat baik dengan-nya, aku lebih mesra memanggilnya "Mokde". Dan alhamdulillah hari demi hari aku sedar, dia juga seorang insan yang baik & inginkan perhatian anak-anak.   

Pada hari terakhir puasa, Opah telah menelefon aku supaya datang berbuka di rumah Maksu. Ayah Su juga menelefon aku memberitahu perkara yang sama, supaya datang berbuka di rumah-nya. Alhamdulillah ramai insan yang masih ingat & sayang kepada-ku. Petang itu aku bertolak balik dari Kuala Terengganu ke Dungun sekitar jam 1 ptg. Selepas Check out dari Felda Reseidence kami terus ke beberapa rumah saudara mara sekitar Kuala Terengganu.

Dalam perjalanan ke Dungun kami sempat singgah ke rumah Moknik Rah (kakak arwah abi) & juga ke rumah Ayah De (abg ipar abi iaitu suami kepada arwah Cikde Dah). Lama juga aku di rumah mereka. Duduk bersembang bermacam2 perkara. Sudah hampir 7 tahun kami tidak bersua muka. Masing2 dengan urusan hidup sendiri. Tetapi pada raya kali ini aku nekad untuk menghubungkan kembali tali silaturrahim yang telah hampir hilang dari ingatan. Dulu, arwah umi selalu membawa aku ke rumah saudara mara ketika aku masih kecil hinggalah aku dewasa. Jadi aku sedikit rapat dengan mereka berbanding adik beradik yang lain. Walaupun sudah lama tidak bersua, hubungan & kemesraan itu masih terasa kuatnya. Kerana aku antara sepupu2 mereka yang masih muda. Kerana arwah abi adalah adik yang paling Bongsu. 


Pada petang terakhir Ramadhan itu, kami terus ke Bandar Dungun untuk Check in bilik di sebuah Chalet Ulek Beach Resort di tepi Pantai Sura. Ini kali pertama aku tinggal hotel ketika pulang beraya di kampung halaman-ku sendiri. Bukan kerana sombong tetapi kerana bilik aku telah dihuni oleh sepupu yang juga pulang ke kampung untuk beraya. Mungkin mereka ingat aku tidak balik beraya seperti tahun2 yang sudah. Memang rancangan awal, kami ingin menginap di Hotel sekitar pantai Sura itu sahaja, lebih mudah & paling penting tidak menyusahkan sesiapa.



Suasana di dalam kawasan Ulek Beach Resort Dungun
  



Sementara menunggu staf chalet yang tiada kerana ke Bazar Ramadhan, maka kami lepak seketika di tepi pantai Sura.



Yes dah boleh Check in. hampir 40 minit juga menunggu. Bimbang juga jika Opah angin satu badan kerana kami lambat tiba. hmm redha sahajalah..


Bertemu dengan sanak saudara membuatkan emosi-ku semakin baik, perasaan rindu terhadap arwah umi & abi yang telah tiada, seolah2 terubat dengan menziarah kaum keluarga. Ada hikmah tersembungi dengan menyambung silaturrahim ini. Dan aku dapat rasakan sesuatu yang luar biasa pada jiwa & emosi-ku. Sesuatu yang jarang2 aku rasakan. Sesungguhnya DIA maha mengetahui.
 


 Di depan pintu Chalet kami MN10



Setelah check In bilik di Chalet itu kami terus ke rumah Maksu. Opah telah beberapa kali menelefon bertanya bila hendak sampai. Walaupun kadang2 pertanyaan yang kerap kali itu agak merimaskan, tetapi layankan sahajalah, memang ragam orang tua begitu. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang. 
 
Meriah-nya dapat berbuka bersama saudara mara. Tambah meriah lagi bile Opah pun ada sekali. Walaupun kata2 Opah agak menusuk kalbu bila mendengarnya tapi aku tau dia tidak berniat begitu. Mungkin kerana aku sudah di anggap seperti anak-nya sendiri membuatkan batas bicaranya agak keras seperti seorang ibu menegur tanpa berlapik bahasa. Walaupun begitu, emosi-ku sedikit terganggu, mungkin terkesan dengan kata2 Opah sebentar tadi. Aku hanya diam selama duduk di dapur. Aku tau maksu perasan tentang emosiku yg sedikit terguris. Tapi mereka hanya buat2 seolah-olah tiada ape2. Ketika berbuka opah beberapa kali menyuruh aku makan lauk kegemaran-ku gulai ikan merah. Suruh aku rasa itu & ini. Mungkin dia terasa bersalah kerana begitu pedas melemparkan kata2 petang tadi membuatkan anak saudara-nya ini tersinggung & terus diam membisu beberapa ketika. 

Kadang2 sikap aku tidak ubah seperti anak2 kecil yang masih dalam dodoian ibu. Agak sensitif tetapi berpura-pura tiada apa2. Malam itu setelah berbuka, Opah memanggilku ke biliknya. Sementara hubby & juga yang lain ke Masjid untuk solat berjemaah & bertakbir raya. Nuha & budak2 kecil yang lain sibuk berlari ke Hulu ke Hilir menggamatkan rumah Tok Su yang tidak sebesar mana. 


Sambutan Birthday Ashman di rumah Toksu pada malam raya memeriahkan lagi suasana raya. Seronok tengok anak2 yang masih kecil menyambut raya... 

 Amatlah bersyukur kerana aku masih punyai ibu saudara yang begitu mengambil berat & menyayangi aku, kerana dia, aku sedikit kuat untuk melalui hidup ini. Opah menggantikan arwah umi untuk ibu & tokmi untuk Nuha. Hidup dengan menumpang sedikit kasih saudara-mara. Doa-ku Moga mereka sentiasa di Rahmati Allah dunia & akhirat.

Kedengaran Takbir raya memenuhi ruangan agkasa. Dentuman mercun di sana sini. Itulah suasana kampung yang sentiasa membuatkan aku rindu pada mereka yang telah pergi. Selepas semua balik dari masjid, kami berkumpul sekeluarga bersembang kosong tentang pelbagai isu semasa. Maksu & anak2 dara yang lain sibuk menyiapkan kuah sate & juga merebus daging untuk gulai nasi minyak di pagi Hari Raya esok hari. Sekitar jam 12 malam, kami meminta diri untuk pulang ke bilik. Ayah Su beberapa kali mempelawa kami untuk tidur sahaja di rumahnya, memandangkan pakaian & segala beg telah ade di Chalet. Mungkin lain kali sahajalah kami menumpang tidur.

Assalamualaikum semua. 
Jumpa lagik besok di pagi Hari Raya Aidilfitri...
 
 








Isnin, 21 September 2015

Trip Johor :: Aidil Adha ke Pulai Spring Resort Johor

Salam Aidil Adha untuk semua kawan2. Rasanya sudah berkurun blog ni aku tak diupdate dengan cerita percutian & aktiviti kami sekeluarga. Kekangan masa amat terhad, jika ada masa pun semua full dengan aktiviti jalan2 & lepak di rumah bersama my beloved doter. Selama beberapa bulan ni banyak juga tempat yang sudah kitorang jelajah ke segala ceruk alam. InsyaAllah jika ada kelapangan nanti aku akan update satu persatu untuk panduan kawan2. 


Sempena Raya Korban ni, kitorang plan  jalan2 ke Pulai Spring Resort Johor. Anak yatim piatu camnilah gaya-nya, nak balik kampong pun dah takde mood coz 22 belah parent dah takde. So bila time cuti panjang camnilah kitorang buat aktiviti jalan2 bertiga. 

Lagipun aku nak jumpa member kamcing yang dah pindah ke Johor Bharu, Sambil2 tu boleh la bercuti JJCM & lepak di swimming pool hotel yang besar tu skali. Perkara pertama yang akan aku tengok bila nak book hotel kat mana2 ialah saiz swimming pool hotel itu. coz kami anak beranak ni memang suka berendam. ❤️❤️❤️

Hello Kitty Town comel je kan, Nuha mesti suka ni kalau dapat pergi ni.
Kos bilik penginapan di Pulai Spring Resort ni berharga RM350/nite coz consider as peak season (Hari Raya). Tapi kitorang dapat discount sebab my hubby kerja gomen so dapatlah gomen rate. Alhamdulillah settle booking bilik 3H2M. Aktiviti yang telah dirancang sepanjang disana adalah, Window Shoping kt JPO (Johor Premium Outlet), Hello Kitty Town, Legoland, Pusing2 Nusajaya tengok new development kat situ, lepak2 cari makan sekitar JB or masuk Singapore klu rajin. Hmm itu jelah aktiviti yang kami rancang. Plan nak ke LEGOLAND tu masih dalam pertimbangan sebab harga tiket  dia ... adusss dekat 3g pure gold dah lebur kt situ. Ape2 nnt akan diceritakan dalam Episod akan datang. Itupun jika berkesempatan untuk hapdet. 

Khamis, 22 Ogos 2013

Bercuti 3H2M Di Tasik Kenyir Terengganu !

 
 
Masih belum terlambat untuk wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin :)) Hari Raya Tahun ni 2013 kami sekeluarga bersama dengan ipar-duai merayakan Aidilfitri di Tasik kenyir. Pada Petang hari Raya ke-2 kitorang da naik boat. Suasana tasik kenyir mmg best. Mmg sesuai untuk bercuti beramai-ramai. Kos boat untuk 3D2N berjumlah RM3000 di tanggung oleh my abg ipar yg baik hati. Ehehehe Alhamdulillah
 

Keluarga Besar My Hubby... Adik beradik seramai 12 org, yang dtg ni cume 8 beradik. Lagi 4 keluarga xboleh dtg, ada hal yg xdpt di elakkan.. :)
 
 
 
Malam pertama bermalam di Air Terjun Lasir. Sampai pun dah lewat petang, tp masih sempat main air terjun sejam. Pastu dah gelap. Boat yg sebelah sana tu adalah boat lama, harga pun murah skit. Klu yg plan nk pergi kurang dr 15 org better amik boat kecik je laa, cuma ruang boat agak sempit skitlaa. Kitorang sekeluarga seramai 36 org. Hah tudia.. itu belum cukup semua lg tu... Suasana Di Tasik Kenyir mmg meriah. Aku ingatkan takde org dtg, skali ramai yg amat cek oiii... sume dtg nk beraya kt tasik rupanye.. huhuhu..
 
 
Aktiviti malam pertama ialah BBQ ikan Talapia. Yummy sedaaapp. Sebanyak 50 ekor Talapia telah di bakar. Aku yg sebelum ni xleh nk makan ikan sungai pun tibai 2,3 ekor ikan Talapia. hehehe.. Xde rasa pasir or rase selut plak ikan ni. maybe ikan Kolam kot.. :)
 
 
 
Bergambar atas boat buat kenangan, tengok tu, priring astro pun ade...
 
 
Anak sedara yg encem & sungguh baik budi-bahasa, bertuah sungguh sapa yang dapat dia ni...  
 
Boat Kenyir yang kitorang carter ni agak baru & cantik berbanding dengan boat2 lama. Mmg selesa menggunakan perkhidmatan boat Kenyir ni. Nak contact no ke.?? nnt last citer aku share. Antara aktiviti sepanjang di Tasik Kenyir ialah melawat ke Santuary Kelah, Melawat Taman Herba & mandi-manda air terjun. Eehehe Best sangat. air terjun yg sgt segar & sejuk. pergghhh mmg terbaik. Aku antara kaki terjun ke tasik. Bila boat park aje, aku mesti da xsabar nk terjun main air.. hehehe.. si kecik pun sama, walau da menggigil tulang2 sendi, masih lagi nk main air tu. adeehh.. So hubby pula bertindak sebagai pemerhati & penyelamat. maklumlah ramai anak sedara yg masih hingusan. pendek citer percutian ke Tasik kenyir mmg terbaik.
 
 
 
Si kecik & abi, seronokla ye, Abi melayan je perangai dia, klu dgn ibu, mmg xde can-la nk perangai macam2, bukan ibu x-syg, tp ibu banyak kerje nk kene buat, So Abi-la yg kene layan adik, Dah besar2 nnt jgn lupa untuk syg Ibu & Abi yea... Best kan klu ade Ayah + Abi + Bapak + Abah yg suka melayan kerenah anak2, Like Heaven... kan ..? Aku pun teringat pada yg Beloved Abi. really miss Him... Semoga Allah memberi kesihatan yg baik & keberkatan hidup dunia & akhirat kepada-nya.
 

 
Budak kecik yg xde perasaan geli, Relex je dia tangkap ikan2 itu, huh bukan ikan kecik mak oii, besar-besar lengan sekor-sekor, budak2 sebaya dia sume menjerit takut... Tp si kecik ni maintain cool je dia... aiisshh adik-adik...
 
 

No Telefon pengusaha Boat Tasik Kenyir. Klu org xramai & pandai nego boleh dapat murah lagi aku rasa.

 
Inilah cerita raya aku untuk tahun ni, agak seronok berbanding tahun lepas. walaupun agak kepenatan tp mmg terbaik. Petang Ahad tu semua bertolak balik ke Negeri masing2, Isnin da mula kerja.. wawawa... apasal rasa sekejap sgt cuti ni... nk bercuti lg... !!!
 
 
 
 
 
 

Rabu, 10 Julai 2013

Raya Pertama Di Mana Tahun Ini..??

Baru masuk hari ke-2 berpuasa, dah fikir nak raye kt mana ea... ehehehe... Mmg perkara pertama yg akan selalu berlaku konflik suami isteri ialah menyambut raya 1st di rumah siapa..? Walaubagaimanapun masalah ini tidak begitu serius melanda pemikiran aku. Masa mula-mula kawin dulu adalah jugak sedikit sebanyak keributan yg melanda jiwa ni. Mmg konfrontasi abis... mood pun semacam je. adeehh.. gaduh pasal nk balik raye kampong siapa dulu punye pasal. Kampung aku dengan kampong hubby xdela jauh mana pun. 45 minit perjalanan je dah sampai. Sepatutnye xdela timbul konflik kan.. tp itulah.. masing2 berkeras nk balik kampong masing2 dulu. Aku mmg sah2 nk balik kampong aku dulu. Mestilah nk beraya dengan my beloved umi, lg pulak arwah umi masa tu xberapa sihat, so dia hanya mengharapkan aku balik untuk sediakan ape yg patut. Dari kerja2 membersihkan rumah sampailah menyediakan makanan untuk raya pertama. Aku adalah anak perempuan tunggal, lagi 3 org semuanya laki. Adik aku sorang tu mmg rajin memasak. Harapkan dia jela yg menolong umi jika aku tiada. Sampai dah berumah tangga sekarang pun dia masih memasak. Bini dia main order je nak makan ape. best plak aku tengok. eehehe...
 
Setiap kali raya kitorang akan balik ke kampong aku, walaupun aku tau my hubby ade sikit bengkek dlm hati dia coz slalu balik tido kt rumah aku. TAPI... ye penekanan besar di situ, walaupun Nampak macam balik dirumah aku, tapi sebenarnya xpun, hampir setiap kali Malam Hari Raya Pertama kitorang melepak kt kampong dia. Dari berbuka puasa sampai-lah larut malam. Kekadang sampai dekat jam 2 pagi baru balik rumah aku untuk tido. Rumah aku tu hanya berfungsi macam bilik hotel je pun, kekadang terasa jugak sakit hati bile selalu macam tu, lagi2 masa tu arwah umi xberapa sihat. Sepanjang malam duk berborak & bersembang dengan ipar duai tu, hati & fikiran aku ni xlepas dari memikirkan kerja2 kt rumah, siapalah yg tolong umi agaknya. Sian umi nk kene buat sesorang... sangat sedey bile mengenang kembali peristiwa yg dah berlalu setiap kali menjelang Raya. Bile sampai rumah jam dah dekat 3 pagi, tp umi masih belum tido. Duduk bertengek atas meja dapur sesorang siapkan ape2 yg patut untuk juadah raya esok hari. Umi sentiasa memahami aku. Tanpa sepatah kata pun, dia dah tau yg aku tengah down & sakit hati. Sepantas tu dia akan berkata "Sabarlaa... sekali skala dia nak jumpe adik beradik dia.. mlm2 raya ni org banyok berzikir, banyok bertakbir, amik berkat malam-malam raya ni.. jauh lg perjalanan hidup tu..."
 
Allahuakhbar aku selalu ingin mendengar kata-kata nasihat itu, umi adalah seorang ibu yang sering berbaik sangka, walau aku tau dalam hati dia mungkin kekadang dia sedikit terguris dengan keadaan yg berlaku, tp dengan indah dia selindungkan luka di hatinya dengan kata2 ketabahan untukku. Moga Allah memberi balasan terbaik atas kesabaran umi melayan sikap2 manusia yg dengan sengaja melukakan hati umi dulu.
 
Aku masih terkenang kepada sambutan hari raya pertama yang aku sambut selepas bergelar isteri. Selalu-nya bile menjelang ramadhan, baju raya dah siap 2, 3 pasang umi tempahkan, Tp after kawin lain pulak ceritanya. Bile umi Tanya aku, "mana kain-nya nk hantar jahit ni, nnt lambat2 tukang jahit xnk amik dah, bukan kite je buat baju raye.." katanye. So aku explain kt umi yang raya tahun ni aku xbuat baju raya, Aku plan nk pakai baju nikah aritu aje. Lagipun aku mmg xde niat nk beli baju raya pun, coz memikirkan baju nikah pun masih baru & boleh di pakai. So hubby pun xbeli baju raya jugak, dua-dua org xde baju raya. Baju melayu nikah dulu masih elok katanya. Walaupun dlm hati aku ni, nak aje beli baju raya tp xpela. Xpayah membazir, banyak lg benda nk di beli nnt. Maklumlah baru je 2 bulan lebey kawin. Duit pun dah kering. Walaupun majlis kawin biasa2 je pun, xde grand2. sampai gambar kawin pun xde. hanya pakai kamera HP utk amik gambar. Hmm bayangkanlah bertapa simple & ringkasnya kenduri kawin aku. Tapi meriah dengan tetamu yg dtg. Alhamdulillah.
 
Nak di jadikan cerita,  arwah umi siap belikan baju raya untuk aku & juga hubby. Elok je umi lipat baju raya tu & letakkan di atas katil dlm bilik pengatin kitorang. Sesampai je kat rumah, umi buat biasa je, sambut dengan gembira, bersalam & peluk cium. Bila masuk ke bilik untuk letakkan beg & barang2, Hubby tergamam melihat sepasang baju kemeja Sutera & juga sepasang baju kurung warna sedondong. aku pun terkejut jugak. Hubby ingatkan aku yg nk buat surprise kt dia...Oh silap.. tekaan-mu itu salah belaka.. huhuhu..  Rupenya umi yang belikan. Ya Allah Umi.. Umi.. sering buat begitu.. aku kekadang terasa amat terharu dengan kasih syg-nya. Aku dapat rasakan bahawa umi terasa sesuatu, bila aku katakan kepadanya yang raya tahun ni aku hanya pakai baju nikah haritu je, xbeli baju baru pun. Hmm.. kasih ibu, seringkali buat aku ingin menangis bile mengenangkan-nya. Umi selalu ingin memenuhi segala keperluan hidupku sekalipun aku telah berumah tangga. Terima kasih umi kerana sentiasa menjadi penjaga setia-ku hingga ke akhir hayat.
 
Raya tahun ni camne plak yea, Hmm.. aku lebey selesa balik di Rumah-ku, lgpun di rumah tu sekarang, yang ada cume adik bongsu-ku Sadiq seorang sahaja. Kesian dia duduk sesorang kt rumah tu. Yang lain sume dah berkeluarga. Masing2 dengan hidup masing2. So nampanye raya tahun ni pun sama macam tahun2 yang sudah. di rumah aku lebey selesa, coz tiada org, berbanding di kampong my hubby. Sampai xcukup bilik, terpaksa tido di tengah rumah. Maaflah aku bukan cerewet, tp aku xbiasa begitu. Mungkin alas an yg clishe tp itulah hakikatnya. Xemengapalah klu hubby nk bersembang sampai ke  subuh pun, Tp aku nk tido di rumah aku & di bilik aku sendiri.. Lebey selesa & puas rasanya berada di tempat sendiri. Bukan sombong atau memilih, tp aku hanya inginkan sedikit ruang untuk diriku sendiri.. yea... sedikit ruang untuk aku mengisi hati bersama kenangan masa silamku yang penuh cerita di Rumah itu. Walaupun arwah umi telah tiada, tetapi dia tetap ada & hidup di jiwa-ku buat selama-lamanya. Setiap kali balik kekampung, perkara pertama yg ingin aku lakukan adalah melawat ke pusara umi. Aku ingin dia melihatku datang kepadanya, aku ingin umi tahu bahawa aku sentiasa ingin bersamanya, aku akan selalu cuba untuk membahagiakan-nya walaupun kami telah terpisah di antara dua dunia yang berbeza.. Al- Fatihah... Harapan-ku moga hubby memahami & selalunya dia sentiasa memahami dlm diam-nya.
 
 
Selamat Menyambut Ramadhan & menunaikan Ibadah Puasa !!





Rabu, 17 Oktober 2012

Punca Baby Nuha Cirit-Birit Akhirnya Ditemui

 
 
Tgk tu dah habis setabung kuih dibantai Ibu & adek, ini kuih yg diorder sempena hari raye, tp xsampai sehari da habis satu bekas.. huhuhu...
 mau adek x-cirit birit.. :)
 
 
Mlm2 pun kene mandi, cian tuit ibu, nk buat camne, adek da cirit, ibu terpaksa mandikan adek walau agak kesejukan...
 
Inilah dia puncanya baby Nuha cirit birit, sian tecit ibu dah 6 kali Popo harini, bile ibu duk pikir2 apekah sebab adek berak xberenti plak ni, akhirnye kesimpulan dibuat adek telah menelan hampir 5 biji tart nenas smlm. hehehe itula ibu da cakap adek xleh makan lg tp adek nk jugak.. kan da cirit birit.. Tp adek sihat je ibu nampak, so far xde sindrom kelesuan. harap2 adek ok je...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ahad, 16 September 2012

Shopping D Econsave Bersama Baby

Membeli barang dapur di Econsave bersama adek. Syg ibu da pandai duduk, senang skit ibu nk letak dlm troli. Seronok bukan main dia duk dlm troli. Budak baik yg senang di bawa kemana shj. Good girlz.. muhahaaha syg tecit ibu.
 
 

 
Awat muke cuak tu syg.. ibu tinggal sekejap je da buat muke sedey yea. Olo..Olo..Olo.. cian dia ...
 
 
 
 
Lepas abis shopping kt Econsave Opah ajak makan free kt rumah terbuka Umngok kt Bandar Baru Bangi. Alang2 dah tengah hari so kite lepak makan free dulu, nnt xpayah masak lunch da.. ehehe.. murah rezeki adek, dapat duit raye RM5, org kasi kite angkat aje, rezeki jgn di tolak musuh jgn di cari huhuhu, mcm2 ado, kambing bakar pun ado, tp Q panjang gile, xkuasa la aku nk amik port.. Atts org malaysia klu makan free camtu la gayenye.. :)


 
Tecit ibu da kepenatan jln2 sampai tengah hari.. cian tecit ibu... Klu ibu angkat naik nnt terjaga plak tecit ibu ni, terpaksalah ibu tunggu kt parking rumah sampai tecit ibu bangun.. habis minyak kete ibu tau, nnt nk g kerje, ibu nk kene tuang minyak lg la nampaknye..


Isnin, 27 Ogos 2012

Rumah Terbuka Jiran Opah

Syawal ni lebih sinonim dgn aktiviti Rumah Terbuka, kt mana2 shj nk buat rumah terbuka, after balik kerje td petang aku lepak rumah Opah sampai menjelang marghib. Malas nk balik klu dah lewat petang, penat duk dlm kete je sat g, sampai2 rumah da Azan.. so better aku bertolak lepas marghib ajela.. Memandangkan Opah & Tok Ki pose so aku dgn muke xmalu berbuka skali walaupun xpose, dah org ajak makan, xbaik jual mahal ehehe
 
After berbuka ade plak jiran depan umah jemput mkn kt umah, Opah ajak aku g skali, hmm alang2 da balik lewat maka aku memanjangkan kaki ke rumah jiran depan umah opah plak. Skali dia buat makan2 utk sambutan Birthday anak dia, aduss xkn nk mari makan pastu blah je, xboleh jadi camni, tats not my practise, xretila aku nk buat kerje camtu walaupun aku xdela mkn mane pun coz da kekenyangan mkn kt umah Opah ms berbuka td. Tgk jam dah jam 9.30pm, isk nk kene beransur dahni, tp aku xbawak ape2 duit raye pun utk anak2 dia, mmh lenggang kangkung sungguhla dtg ni. Time nk kuar tu sempat lg aku ckp "Hadiah esok2la yea BB Atif " dlm kepala ligat duk berfikir camne nk bli hadiah ni, duit gaji xmasuk lg.. aiiyaaa parah2.. kes2 terpencil camnilah aku xbape suke nk jln2 rumah org.  uh segan gile see main blah camtu je, mcm xde budi bahasa plak rupenye. Opah pun ckp nnt esokla belikan hadiah utk anak dia, yg lain2 tu kasi angpaw je. hmm yoolaaa...
 
Sesampai di rumah terus menyelongkar barang2 adek yg belum di buke lg, skali terjumpe Botol susu NUK yg 10ml, botol ni aku beli 2 biji last month utk menggantikan botol adek yg 5ml tu,  aku beli kt Sogo masa Sale, 2 bijik dapatlah RM65. Sebelum ni adek pakai Tommee Tippee, Avent & 1st Year, saje je nk tukar angin pakai NUK plak.. tetiba dlm kepala Ting..Ting.. ehehe so nampaknye aku kasi hadiah botol susu jela kt Muhammad Atif ni. Utk adek nnt ibu bli yg lain yea. Tunggu gaji ibu masuk dulu yea syg :) muahaha.. syg anak ibu ..
 
 
 
 
Inila rupe botol NUK yg aku beli, tp yg ni size kecik punye yg aku bli tu 10ml (color Biru & Pink) Kite kasi color biru la utk atif yea :)
 
 

Selasa, 21 Ogos 2012

Sambutan Aidulfitri 2012


Alhamdulillah aku telah selamat kembali ke rumah semula di Kajang setelah hampir seminggu berada di kampung, Pada hari Khamis 16 August 2012 haritu aku telah membuat keputusan untuk balik beraya di kampung halaman aku di Dungun, walaupun pada peringkat awalnya aku agak berbelah bahagi samada nk balik or nk stay kt umah di Kajang shj. Aleh2 aku dgn sebulat hati membuat keputusan utk konvoi bersama Opah balik ke Kampung. Kate org klu xbalik xkene plak nnt, dah sume pakcik2 sibuk suh aku balik... Kang klu buat degil ade org kate kite sombong plak, hmm.. adat hidup bermasyarakat, akhirnya aku balikla jugak, walaupun dgn serba kesulitan... Alhamdulillah sume urusan sepanjang perjalanan di permudahkan Allah. Cume adek terberak atas sofa mase aku sibuk mengemas barang haritu.. hmm agak keletihan bile sume benda nk kene uruskan sendiri...


Iftar di rumah Ayah Su pada 28 Ramadhan, Ayah Su ni mmg suke jamu org kampung makan, sama cam arwah tok ki aku dulu, suke sgt buat mkn2 jemput sekampung...
I Like, coz sgt meriah.. :)


Bukan main khusyuk Tok Ki Abi membaca Doa...
 
 
Makanan belah pompuan, yummy makanan kampung yg sedaaapp


Ayam goreng berempah & juga bubur Lambuk.. makan hingga menjilat kaki :)


Resepi turun temuruh ayam goreng kunyit garing

 
Ikan panggang pun ado, yg sebelah tu kuih Terengganu yg glamour
org panggil "Nekbak" duk KL mmg xjumpe.. klu ade pun xsesedap yg
T'Ganu punye.. :)
 
 

Entry mlm ni aku nk citer pasal duit raye je sebenarnya, hehehe BB Nuha dapat banyak duit raye total sume duit raye adek adalah RM 275.00 nnt ibu masukkan dlm Tabung Haji k. banyak juge rezeki adek kt kampung tu.. :) itu baru kt kampung aku, klu merayap ke rumah sanak saudara yg kt Kuala Terengganu agak2 blh membuat pungutan lebey banyak kot.. ehehe teruk betoii, ibu plak yg excited lebey, anak-nye cool aje...


 

Abi belum kasi lg duit raye utk BB, nnt adek mintak ngan abi, mintak banyak2... :) so kesimpulan balik beraya di kampung tahun ni agak menarik part membuat pungutan duit raya utk adek ehehe.. aktiviti Melawat ke rumah sanak saudara xde sgt pun, maklumlah kemampuan agak terbatas di tambah lg keadaan lalulintas Dungun to Kuala Terengganu dah mcm Kay El time weekdays.. jam sakan, sume org berebut nk beraya.. so aku amik keputusan utk lepak di rumah saje, tunggu sedara mara yg nk dtg umah, mane yg dekat2 tu sempatla aku berziarah, kepada yg jauh2 tu mintak maaf la yea, InsyaAllah tahun depan jike di beri kesihatan & di panjang-kan umor utk menyambut Aidilfitri lg... :)

Td petang aku baru sampai rumah pada jam 6 pm, lalulintas agak selesa, xde jam teruk sgt, mungkin warga kota belum balik lg kot.. lepas angkat sume beg & segala makanan yg dibekalkan td, aku lepak sekejap, sgt keletihan mengangkut sume benda naik ke rumah, adeehh banyak betul bekalan aku, sume benda nk di bekalkan, dari ketupat, serunding, tapai, tempoyak, lepuk durian, dodol, limau nipis and ape entah lg.. sarat kete aku, siap air tapai tu bersepai dlm kete.. aduyaaaiiii... x-amik xkene.. even aku mmg xbape suke angkut makanan berair dlm kete, tp yerlaa.. org kasi xkan nk tolak, lg2 da siap bungkus segala, hmm apepun Thanks to makcik2 & pakcik2 yg sentiasa amik berat pasal aku.. Im really appreciate it.. thanks a lot.. May Allah Bless U oll :)

Actually aku da siap2 landing da pun ni, mate da nk tertutup pun.. ok laa gudnite kengkawan.. salam aidulfitri ... :)









Rabu, 15 Ogos 2012

Aku Balik Kampung ke Raye Ni ???


Mlm ni adalah mlm yg ke 27 Ramadhan, suasana mlm ini begitu indah & tenang sekali, pokok2 kelihatan tenang, sedikit pun tidak bergoyang, seolah2 angin pun tidak bertiup.. apekah semua makhluk Allah tunduk sujud kepada Sang Pencipta Yg Maha Agong ..?? Hanya manusia shj riuh rendah di segala ceruk pusat membeli belah...


 
Hari ini juga dah masuk hari yg ke 5 aku tidak berpuasa, sgt sedey kerana tidak dapat menunaikan solat Tarawih pada mlm2 terakhir Ramadhan kali ni, moga segala doa2 yg aku panjatkan di makbulkan oleh-Nye... Doa utk anak2 ibu, moga membesar dgn akhlak yg terpuji, moga puteri2 ibu terdidik dgn akhlak Fatimah & Khadijah & Putera2 ibu membesar dgn simbol kehebatan & ketinggian budi pekerti Rasulullah SAW seperti sucinya hati Muhammad Abdullah penghulu segala umat. Doa ibu lg, moga segala urusan anak2 ibu mendapat kemudahan & keberkatan, moga menjadi manusia yg beriman ye syg. Melihat dunia hanya sebagai tempat persinggahan untuk mengaut keuntungan di Negeri Abadi... Utk abi juga ibu doakan semoga bahagia & berjaya hidup dunia & akhirat, semoga abi di murahkan rezeki & di lapangkan hati dari segala masalah & keresahan dunia. Utk Tok Abi & Arwah Tok Mi juga ibu doakan moga bahagia semuanya di sisi NYA yg Maha Pengasih & Penyayang.

Selapas berbuka puasa di rumah opah td ibu ke Alamanda Putrajaya, Temankan Nyah & Opah shopping baju. Ibu temankan aje, xbeli ape2 pun, xde mood langsung nk shopping2 ni, lg pun nk raya kt mana pun belum pasti, entah2 xbalik raya pun, sampai ke saat ini masih belum ade kate putus dr hati, samada mahu ikut serta opah balik ke Terengganu pada mlm Jumaat ini (besok) ataupun duduk beraya di rumah Kajang shj. Mcm2 yg bermain di fikiran, Semua org sibuk bertanya bile nk balik, hmm agak2nya nk suh buat ape kt kampung tu yea..? nk kata buat kenduri pun x juga.. hmm kate Opah semua org amik berat, maklumlah aku ni dah mcm ibu tunggal sejak akhir2 ni. Semua-nye terkejar2 uruskan segala benda seorang diri. Dari urusan peribadi, anak, dapur, bayar segala Bil, Insurance, maintenance rumah, sakit demam adek, ke klinik, ke pasar beli lauk etc.. sgt menguji kesabaran Ku sebagai seorang manusia yg xpernah di beri tanggungjawab seberat itu sebelum ini.. :.( apepun aku reda & menerima segala dugaan ini dgn hati yg tabah, kerana aku tau Allah itu tidak pernah kejam kepada hambanya, dia tahu sejauh mana kemampuan setiap hamba-NYA.. cume kekadang kite sebagai manusia sentiasa meletakkan had utk diri sendiri... wal hal Allah menciptakan manusia dgn sebaik2 kejadian... 

Smlm Tok Ki Mat Marah kt ibu, katenye "Nk buat ape duduk sesorang kt Kajang tu, balikla Terengganu jumpe adik beradik, sanak saudara, Nuha pun xpernah beraya kt Kampung lg..." bla..bla.. mcm2 dia memulakan ceramah, ibu just tadah telinga je, org nasihat kite dengarla. Mmg betul pun.. tp entahla hati Xterasa kemeriahan pun utk menyambut aidil fitri kali ni, hmm rasenye bukan kali ni je kot, raya 2,3 tahun sebelum ni pun biasa2 saja, tidak semeriah & seghairah ketika Tok Mi masih ade. Cume rasa sayu bersarang di hati kerana Ramadhan semakin berakhir. Feeling nk raya sakan, nk shopping entah ape2 langsung xde, entah kemana menghilang agaknya, tengok semua org sibuk membincangkan pasal baju raya, langsir raya, etc.. mungkin segala kegembiraan itu telah hilang sejak perginya kasih syg Tok Ummi dari dunia ini, seperti segala keceriaan ikut pergi bersama-nya. Yg tinggal dlm diri adalah tanggungjawab utk meneruskan sisa2 waktu yg ade utk bersama Abi & anak2 ibu... sedikit kekuatan itu semakin berakar umbi sejak adek lahir ke dunia.. Terima kasih ya Allah kerana engkau menggantikan sesuatu yg Istimewa kepadaKu setelah engkau mengambil sebahagian dari Nyawa-Ku.

Segala keputusan untuk balik ke beraya di Terengganu akan di putuskan besok, Klu hati terasa nk balik Kampung harapnya lalulintas dr KL- Terengganu baik2 je. Maklumlah drive kete sesorang dgn adek aje, klu lalulintas sesak camne nk tenang hati ibu ni, lg2 klu adek merengek2 kt sebelah... itu juga adalah antara faktor utama juga mengapa ibu langsung xde feel nk balik kampung...

Mudah2n segala urusan di permudahkan oleh-NYA.. amen Ya Rab...


Selamat Hari Raye Untuk Hubby yg sentiasa di ingati, juga utk semua kawan2, semoga Syawal ini menjanjikan kemeriahan utk semua..
Maaf Zahir & Batin :)







Jumaat, 27 Julai 2012

Rezeki Ramadhan @ My Lovely Opis :)

ehehe.. sempena bulan Ramadhan ni murah betol rezeki aku Alhamdulillah... Mase 1st Ramadhan Boss hadiahkan 2 kotak kurma sultan, dtg2 opis pagi Isnin haritu tengok da ade 2 kotak kurma atas meja, pastu td pg plak, sampai2 je kt opis, bersusun plak 3 bekas Kurma Ambar atas meja, Tengok2 dari our big Boss (Tan Sri Syed Mukhtar Bukhary). For ur info Kurma Ambar ni boleh tahan mahal jugak, klu nk harapkan aku beli sendiri mmg xde makna-nyelaa aku nk beli kurma ni, sekilo harga dia lebey kurang RM110 di pasaran Malaysia, klu kt Mekah sana dlm RM85 sekilo. Sebiji Kurma Ambar ni bersamaan dgn 2 setengah kurma Taiyob dan yg sewaktu dengannye... Alhamdulillah rezeki Kurma :)



Sudah terang lg bersuluh.. tq Tuan Syed, semoga rezeki Tuan akan lebey
di berkati Ameen.. :)



Inilah kurmanya, tp gambar kelabu laa.. coz pakai S2 punye je..
DSLR aku dlm kete.. :)


Hah tu dia 3 kotak Kurma Ambar da siap disusun atas meja, Inilah dia opis aku yg aku sayangi.. :) masuk2 opis td pg jam 9.45pg, huhuhu suke ati nenek aku je kan... tp nk buat camne bukan sengaja.. aku mmg mamai gile td pagi, da la laptop aku masuk virus smlm.. nk tido plak xleh, lepas bersahur & solat subuh aku melelapkan mata seketika, sekali aku bukak mate tengok matahari da tinggi .. tengok jam kul 8 pagi.. Ya Allah.. melompat turun katil tarik towel terus masuk bilik air .. mandi2 n pakai baju, nasib baik aku da siap2 iron baju.. klu x, mau mengigau aku td pg.. adeehh nk tercabut jantung aku... ehehe Nasib baik my Boss baik2 aje...syukur Alhamdulillah..


Memikirkan terlalu banyak kurma kt umah aku tu, maka aku mengambil keputusan untuk sedekahkan 1 bekas kurma ni kt Surau Putrajaya Precint 11 dan sekotak lg aku hadiahkan utk Cik (Opah).. Mesti cik suke dpt kurma ni.. ehehe special sempena Ramadhan.. lg sekotak aku bawak balik umah.. yg Boss kasi last Monday pun aku hadiahkan ke Surau sekotak & sekotak lg aku kasi kt Cik.. ehehe murah rezeki Cik jugak, lg pun setiap hari aku mmg berbuka umah cik pun, melainkan weekend aku lepak umah jelaa mls nk kemana-mana... nk harapkan aku sorang yg makan kurma2 tu mmg xhabislaa jawabnya.. silap2 sampai puasa tahun depan pun ade lg.. ehehe..

Berbuka hari ni aku beli Ayam Golek kt Bandar Teknologi Kajang, saje je aku pusing2 amik angin kt situ td, coz adek duk kt umah Opah so aku jln2la sesorang cuci2 mata.. sambil tu aku singgah jap kt rumah kitorang Di Hillpark Kajang Phase 2 tu.. nampaknye dah hampir 80++% da siap, da masuk drainage pun, hmm nampaknye melambong lg-la interest bank utk bulan ni.. adeehh hancur harapan aku utk shopping sakan raya nnt...tp raya sebelum ni pun xdela shopping sakan pun.. just gitu2 je.. hmm xpela asalkan nampak menarik & comel cukupla di hari raye nnt, lg pun bukan ade mood nk raye sgt pun tahun ni.. so persediaan raye pun ala2 jela.. dlm kepala ni mcm2 yg aku pk-kan.. harap semua baik2 belaka.. Amen..

okla aku nk solat terawih plak ni, Adek da tido pun,  jam pun dah 11 lebey tu.. nnt lambat2 mcm malas + mengatuk plak.. so better aku stop merapu setakat disini dulu.. tata..Titi.. Tutu... Jom Tarawih... Jom Berubah Jadi baik :)



 



Khamis, 7 Jun 2012

Lapangkanlah Dadamu Wahai Diriku...

Sebulan dua ni pelbagai dugaan singgah kepadaku, yg mana ia menuntut sejuta kesabaran dari sudut hatiku, menuntut supaya aku lebih tabah melalui-nya, walau kekadang terasa seperti aku ingin tinggalkan saje semuanya, kerana aku telah letih menghadapinya sendirian.

Bile saat genting seperti ini hadir dlm hidupku maka insan pertama yg terbayang di mata adalah ummi, aku seperti menjadi anak2 kecil yg mengharapkan dakapan seorang ibu, mengharapkan ia sentiasa ada dikala kesunyian berlabuh di hati... ape yg mampu aku lakukan utk memujuk hati hanyalah memikirkan perkara lain sebanyak-banyak-nye supaya ia memenuhi ruang fikiranku dan dgn itu tiada ruang untuk aku berasa sendirian. bile di rumah aku slalu menyibukkan diri dgn anakanda yg kukasihi Nuha, melayan kerenahnya, bermain dgnnye, mandi dgn-nye, bergurau senda dgn-nya, tido dgn-nya dan melakukan segala perkara dgn-nya, walaupun dia masih kecil dan tidak mengerti ape2, tetapi hatiku terasa lapang bile memikirkan tentang dia dan bersama dgn-nye membuatkan aku lupa segala beban harianku.. Syukur Tuhan kerana engkau kirimkan dia kepadaku...

Sungguh hidupku sngt ceria pada pandangan insan lain, kerana aku adalah seorang insan yg tidak pernah mempamirkan duka lara hidupku di khalayak. Hanya diriku saja yg tau bertapa aku menanggung selautan kesunyian pada setiap detik kehidupanku. mempunyai seorang suami yg sentiasa sibuk dgn tugas terhadap negara membuatkan aku semakin tegar  melalui semua perkara sendiri. Banyak insan yg mengatakan kepadaku "blh plak Nora buat semua benda sendiri yea, klu akak mmg da menangis da.." hmm aku hanya mengiakan dgn seraut senyuman tanpa sebarang komen. xperlulah utk aku ceritakan susah payah yg aku lalui kerana pada aku tiada ape2 yg berubah, semua harus aku lakukan sendiri juge. Cume kekadang bile aku telah hilang semangat utk menghadapinya, aku akan menangis sendiri, memohon simpati pada yg maha pencipta, merayu dan mengadu kepada-Nya dlm sujudku. Moga DIA memberi aku kekuatan utk terus berjalan setapak demi setapak, dan tanpa aku sedari aku  sebenarnya telah jauh menyusuri liku2 hidupku...

Semalam aku dikejutkan lg dgn berita dr suamiku yg dia akan ke Australia pada akhir bulan ini selama beberapa bulan, mungkin 4 -5 bulan agaknya... aku hanya diam membatu, terasa seperti satu lagi petir menyambar hatiku, pecah berderai rasenye, aahhh aku sendiri lg :'(... ya Allah, aku telah letih melalui semua-nya sendirian, aku tidak mampu lg ya Tuhanku, aku ingin kuatkan hatiku tp sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yg lemah dan tidak berdaya. satu demi satu airmataku memecah kelopak mata, menitis laju membasahi pipiku, Bahagianya aku mendapat perkhabaran baru itu, terima kasih kepadamu, kerana selalu memberi kejutan istimewa buatku... Aku sedaya untuk cuba memahami beban tugasnya, namun kadang kala jiwa ini sering terasa yg diriku bukanlah perkara utama pada perkiraan-nya, selalu menjadikan aku manusia terakhir untuk dia fikirkan... dalam fikiran-nya hanya kerje.. kerje.. dan kerje...  

Aku memikirkan, bagaimana aku harus lalui hari2ku sendirian beberapa bulan ni, ke Tesco bersama Nuha membeli barang2 & mengangkatnye naik ke rumah sendiri, mengambil cuti utk ke Klinik kesihatan menghantar Nuha utk Immunisasi, mengambil cuti lg bile opah ade appointment doctor,  pergi ke pasar membeli barang dapur sendiri, menghadapi Ramadhan Al Mubarak sendirian dan melalui Aidilfitri bersama anakanda Nuha serta memandu kereta balik ke kampung menjelang Syawal... aahh aku xmampu utk menghitung saat2 itu.. biarlah semuanya dtg sendiri dan aku akan laluinya mengikut kemampuan diriku...

Andai ummi masih ade, semuanya ini adalah perkara enteng bagiku, pergilah ke petala langit ke 7 pun aku masih kuat melaluinya sendiri, kerana aku tahu bonda pasti menemani... tp hari ini, segalanya hanya aku sendiri, cume yg tinggal adalah ibu saudara yg sekali-sekala memberi bantuan jika terlalu payah untuk-ku lakukan sendiri... mungkin senang semua org berkata-kata, tp tidak semudah utk melaluinya... 


 
Walau ape pun aku tetap harus melaluinya sendiri, moga Allah tabahkan hatiku dan sentiasa memberi laluan mudah dlm hidupku bersama anakanda tercinta... Ameen Ya Rabb :'(   Hanya kepada engkaulah tempat terbaik untukku sandarkan segala-galanya...