Memaparkan catatan dengan label T@SKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label T@SKA. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mac 2015

Maafkan Ibu Yea Sayang !

Harini aku cuti sebab taska tutup 2 hari kerana pengasuh kawin. Hmm walaupun macam bengang jugak tapi kene berbaik sangka jugaklaa. Cuti hanya berbaki 7 hari, tapi sekarang baru nk masuk bulan 4 aduuussss ade lg 8 month to go.

Cerita seharian duduk dirumah dengan Nuha harini memangla best, pagi2 dapat masakkan sarapan untuk kakak, pastu mandikan kakak dalam kolam kecik, pastu basuh baju n kemas rumah. Aduyaaaiii sungguh penat tak terkira. Penat yang amat jadi suri rumahtangga ni. Sebab kerje tak pernah habis, ada2 saje yg kotor di sana sini. Bersih kt atas kotor kt bawah, cuci kt lantai kt dapur, si kecik buat aktiviti menempek roti bersalut coklat kt lantai, pastu lekat pulak kaki dia, habis merata-rata lantai rumah melekit dgn coklat. Uh... ini boleh mendatangkan MARAH !

Walaupun sesabar mana seorang ibu tu, pasti meletup jugak sekali skala dek kerenah anak2. Nak buat camne, kite bagitau elok macam mane pun bukan dia faham sangat. Aleh-aleh dia buat lagi, itu yang Suara Monster akan kedengaran berkilo meter tu, kuuussshhh semangat. Sepetang tadi, si kecik kosongkan sebotol sabun di toilet bawah, padanla senyaappp je, ingat dia tido, skali dia curahkan sabun mandi, Ya Allah Ya Robbi, geram sungguh rasanya, ibu baru je nk rest sekejap, dia sambung projek lain pulak yea. Xpasal2 kene upah kt tapak kaki & betis. Dah niat tak nak pukul sampai dia umur 7 tahun tetapi ape kan daya, dalam keadaan penat pun belum hilang dan seharian dah bersabar dengan macam2 kerenah si kecik, Lastly terbabab jua akhirnya.

Masa mandikan dia petang td, tiba2 terpandang dibahagian betis kakak, seperti berjalur merah. Allah terasa bersalah pulak pukul kakak tadi, ingatkan pukul perlahan sahaja, xdela sampai nk tinggalkan kesan. Tiba2 rasa sedih sangat, aku terus ambilkan ubat gamat dan sapu kat tempat tu. Sambil sapu ubat aku cakap kt kakak..

"Maafkan ibu ye sayang, ibu tak sengaja, lain kali kakak janganla buat perangai macam tu lagi yea..,"  Kakak hanya pandang muka aku dan menganggukkan kepala. Rasa berdosa pun ye jugak, sebelum ini aku hanya ugut sahaja nk rotan dia tapi tak pernah pulak aku rotan betul-betul. Allahuakhbar.... Astarfurullahalazim... aku peluk kakak kuat2, rasa macam nak menangis. Maafkan ibu ye sayang ! 

Isnin, 10 Februari 2014

Taska Kasih Emas Bangi

 
 
 
Inilah tempat anakanda Nuha di tinggalkan setiap hari bermula dari hari Isnin hingga Jumaat. Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain. Ape yang boleh aku gambarkan tentang Taska ni, bersih, pekerja yang baik & bertanggungjawab. Owner taska pun baik jugak. Klu ada kekurangan yang di tegur oleh ibu-bapa dia tidak lokek untuk meminta maaf. Sikap merendah diri & bertanggungjawab membuatkan ramai Pak Arab menghantar anak-anak mereka ke sini.

Entah sampai bila aku nk hantar Nuha kt sini pun xtaula. Terkadang ade jugak terfikir untuk mencari tempat yang lebih dekat dengan rumah. So xderlah jauh sangat aku nk kene tawaf untuk hantar Nuha pagi2. Perjalanan dari rumah Hillpark 2 ke Taska Kasih Emas ni mengambil masa 30 minit. Klu sangkut kt tengah jalan, bertambah-tambah lglaa. Tp entahlah, berat hati plak nk pindah adik ke tempat lain, coz Nuha dah macam happy duk kt situ.
 
Dulu Taska ni nama dia Taska Auliya, tapi sekarang owner dah bertukar, so nama Taska pun dah bertukar kepada Taska Kasih Emas. Pekerja still maintain yang lama lagi. Cuma owner sahaja yg bertukar. Mungkin owner lama dah jualkan perniagaan dia agaknya. So owner sekarang nama dia Kak Ida. Sangat mesra & mudah di bawa berbincang.
 
Lokasi Taska ni di dalam apartment Sri Ixora Taman Sepakat Indah 2. Kepada yang masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk menghantar bayi & anak2 boleh cuba-cuba intai Taska ni. Harga untuk Bayi sampai 3yr fee di kenakan adalah RM350. Yuran Tahunan RM170.
 
No HP kak Ida : 0162761232 owner baru Taska Kasih Emas. Just tolong promote untuk ibu-ibu yang tengah pening duk mencari tempat untuk menghantar bayi mereka. Buat kerja amal skit. Benda yang baik kita share je la. Moga2 Allah merahmati.  :)
 
 

Ahad, 15 Disember 2013

Musuh "KETAT"



 

Dah nak masuk 3 bulan my beloved doter duduk kt taska. Dah 3 - 4 kali demam & selsema. Hmm aku pun dah berderet kene unpaid leave wawawawa... Ape nk di kato laie, dah ade anak beginilah gayenya...  
 
Tadi pagi, seperti biasa aku g hantar dia ke Taska Auliya di syeksen 7 Bandar Baru Bangi. Selalunya bile aku hantar dia depan pintu Taska dia terus nk masuk ke dalam after dah muah-muah & salam ngan aku, Tapi kali ni lain plak gaye-nya. Dia tak segembira selalu, bile sampai je depan pintu taska tu terus menjerit & taknak masuk dalam. Eh ape hal plak adik ni, kan selalu seronok je pagi2 tup-tup harini lain macam plak. Aku cuba untuk menenangkan dia tp makin kuat plak dia menjerit sambil kedua-dua tangan menarik baju & tudung aku dengan kuat. Hati aku dah rasa xsedap, sedikit prasangka buruk terus menerjah ke kotak fikiranku. Aduss camne ni.
 
Budak  pengasuh Taska tu cuba nk amik my doter dari pangkuan aku, tp aku tak kasi. Xpela biar aku tenangkan dia dulu. Masuk opis lambat pun nk buat camne. Pada aku my doter is my priority, lainlah klu ade meeting tergempar or VM lab yg nk kene attend time tu, tp this mornink just biasa2 je, xde pe yg urgent tahap gaban. So aku hold-kan diri aku kt Taska tu untuk tenangkan my doter sekejap. Hampir setengah jam lebey tp nampaknya adik tak tenang lg, masih takut2 dan tak nak aku tinggalkan dia kt situ.  
 
Aku cuba perlahan-lahan untuk tinggalkan dia kt taska tu jugak, walaupun berat rase hati aku ni. Sesekali terdetik jugak nk berhenti kerja & jaga anak kt rumah bila tiba hal2 camni. Tapiiii... Hmmm bukan semudah itu ... Sepanjang perjalanan tu fikiran aku asyik duk terfikirkan my doter, rasa sedih bercampur kesian pun ye, kerena tinggalkan dia dalam keadaan masih menangis & mengharapkan aku tak tinggalkan dia kt Taska tu. Tp apekan daya, ibu terpaksa juga pergi syg. Hope adik baik2 ye. nanti ibu cuba uruskan untuk amik adik seawal mungkin yea.
 
Al-kisahnya , ade sorang budak lelaki dalam usia 3 tahun yang selalu buli dia kt Taska. Mengikut cerita budak pengasuh kt Taska tu, My doter selalu bergaduh dengan budak laki tu kerana berebut barang mainan. dalam fikiran aku ni dah terbayang-bayang keadaan tu camne. Memandangkan my doter lg kecik & kurus dari that boy mungkin adik telah di tolak dan jatuh tersembam ke lantai dan Mungkin kejdian tu berlaku berturutan sehingga menyebabkan my doter dah fobia agaknya. Coz si kecik ni mmg cepat serik bile satu2 kejadian tu berlaku secara berturutan pada dia. So bila Nampak je benda yang buat dia fobia tu of coz dia akan menangis semahu-mahunya. Kesian anak ibu.
 
After sampai kt opis, aku pun call my hubby mintak dia balik awal & amik adik kt Taska. Hope my hubby blh keluar awal harini. Aku nk kuar awal pun blh, coz bukan tengah banyak kerja sgt skrg. Tapi macam tak syok la plak. Tak kan selalu sgt nk cabut awal kot. Sekali skala oklaa. aku pun bukan kekadang rasa bersalah jugak buat perangai cabut awal ni, tp bila di fikir-fikirkan balik, dah xde kerja time tu, apa salahnya aku spend time yg terluang tu bersama my doter. Klu ada kerja xde plak aku cabut awal.. InsyaAllah ..hehehe angkat bakul sendiri... :))
 
Tadi my hubby call cakap dia dah amik adik. Alhamdulillah adik dah balik kt rumah ngan hubby. Lega skit rasa hati aku ni. Aaiiisshh budak2 ni, buat aku runsing saje. Apepun as long as xde cedera & Lebam ke ape aku still boleh consider. Tp klu budak laki tu buli depan mata aku, ada aku piat telinga budak laki tu sekali. Kecik-kecik dah pandai nk buli anak dara org yea. 
 

Rabu, 16 Oktober 2013

Nuha Safiya Masuk TASKA PERMATA

Bermula 1 Oct 2013 yang lepas aku dah mula menghantar my beloved gergilz ke TASKA. Adeq dah xduduk ngan Opah. Sian Opah rindu kt adeq yea, tp klu masih duduk dengan Opah pun kesian jugak kat Opah, coz Opah selalu sakit pinggang & bengkak kaki. So hujung minggu jela kite g melawat Opah ok.


 
 
Walaupun aku sedikit berat hati nk hantar my BB kt Taska walaubagaimanapun aku pun risau jugak nk hantar kt rumah pengasuh yg aku xkenal. Maklumlah zaman sekarang banyak manusia berhati Setan. Buat kerje ikut suka mak bapak dia je. Bukan boleh percaya sangat pengasuh sekarang ni, nak duit je lebey. Etika menjaga kanak2 bukan di ambil kira. So better duk kt Taska. LagipunTaska yg kitorang hantar ni mmg bersih & penjaga-nya budak2 muda yg menutup aurat & menjaga agama. Mudah2n lebih berhati perut terhadap kanak2. Faham2 sajelah budak2 yg baru meningkat usia, mmg x-dinafikan tahap keaktifan-nya. Aku pun kadang2 boleh mamai di buatnya. Huhuhu...

Dah hampir setengah bulan adik duk kt Taska, Alhamdulillah semua-nya baik2 belaka. Cuma masa 1 week tu je adik dilanda demam. Mungkin berjangkit dengan budak2 yg xberapa sihat kt situ. Tp 2 hari je demam, pastu dah ok. Kebanyakkan budak2 kt situ adalah anak2 Pak Arab. Ramai foreigner hantar anak2 diorang kt situ, maklumlah mmg kawasan tu menjadi penempatan diorang pun. Keadaan Taska mmg bersih & ber-Econ. Itu adalah factor utama mengapa aku menghantar adik kt situ. Dah banyak tempat kitorang survey. Ade je yg dekat dengan rumah tp mcm xberapa memenuhi standard kebersihan yg dikehendaki. Jauh skit pun xpelaa, asalkan adik sihat & gembira untuk berada di situ.
 
Kitorang pun ada mendaftar untuk masuk ke TASKA PERMATA di MINDEF Jalan Semarak, dekat skit dengan my hubby punye Opis. Tp sikit punye ramai org Q untuk masuk ke situ, siap ade interview lg. Yang tu satu hal. Boleh plak dia tetapkan maximum pendapatan keluarga tidak lebih dari RM2500. Hmm ada ke patut, Xrealistik langsung syarat tu pada aku. Mana ade pendapatan keluarga bawah RM2500 klu duk area Kuala Lumpur ni. Buatla syarat yg Logik skit makcik oiii.. So mmg xde peluangla nk hantar adik kt situ. Walaupun xdapat masuk ke Taska Permata yang under jabatan perdana Menteri tu Tapi adik dapat jugak masuk Taska Permata Auliya kt Syeksen 7 Bangi. ehhehe ok la tu.. :)
 
Dari pemerhatian aku Adik happy je duk kt situ, bila hantar je dia kt Taska terus melulu masuk ke dalam, excited nk jumpe kawan2, kitorang pun senang hati bila tengok my BB happy. Harapnya semua baik2 belaka. masa 1st hantar adik kt taska Abi bukan main Xcited, siap amik gambar lagi. ehehehe.. Abi siap balik awal nk g amik adik kt Taska. First Day la katakan. Say Thanks to Abi ok... Muahahaha.. Sayang Abi Selalu !