Rabu, 14 November 2018

Merhaba Turkiye :: Menjelajah Balkan & Memandu di Turkey



Alhamdulillah trip kembara ke Turkey yang bermula pada 27 Oktober & berakhir pada 11 November 2018 telah meninggalkan kenangan indah buat kami sekeluarga. Trip kali ini sedikit mencabar kerana baby faz baru saja berusia 9 bulan pada tanggal 27 oktober haritu. Banyak keperluan pakaian, makanan & juga ubat2n baby yang perlu disediakan sebelum berangkat. Melakukan pengembaraan bersama anak kecil tidaklah semudah travel bersama kawan2 ataupun berdua bersama pasangan. Persediaan mental juga perlu kerana mood anak2 tidaklah sama seperti kita. Waktu tidur & makan yang cukup adalah point terpenting untuk memastikan anak kecil sihat & tidak meragam sepanjang perjalanan. Untuk Stok makanan, susu serta pampers sudah penuh satu beg. Kami hanya membawa 2 beg troli, satu untuk pakaian & satu beg lagi adalah untuk barang2 makanan serta keperluan baby. 

Penginapan yang mempunyai washer serta dryer adalah pilihan utama kami. Walaupun kos agak tinggi tetapi demi memastikan semua orang happy & fresh dengan pakaian baru lebihan kos tu terpaksa kami abaikan. Selalunya kami akan menginap di homestay yg mempunyai washer berselang seli dengan Hotel. 2 hari stay di Hotel & 2 hari stay di Homestay. Begitulah jadual penginapan kami selama lebih 2 minggu berada di Tuykey & juga Rantau Balkan.

Bulan Oktober lebih nyaman & tidak terlalu sejuk seperti di musim winter tetapi persediaan jaket yang bersesuaian juga penting untuk anak2, walaupun musim winter mula masuk sekitar akhir November tapi cuaca pada awal November di sesetengah tempat sudah mencapai suhu di bawah 10 degree. 

Trip penjelajahan kami bermula dari :-


Istanbul - Sarajevo - Mostar - Sarajevo - Istanbul - Izmir - Konya - 
Cappadocia - Ankara - Saffronbolu - Bolu - Istanbul. 

Dari Istanbul kami menggunakan penerbangan Turkish Airline untuk ke Sarajevo. Tempoh perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Beza waktu di Sarajevo adalah 2 jam ke belakang berbanding di Istanbul. Kami Take off dari Istanbul pada jam 7.30pm & landing di Sarajevo juga pada jam 7.30pm. Suhu di Sarajevo sedikit sejuk berbanding di Istanbul.  Kos tiket adalah sekitar RM550++per person, tapi jika anda bernasib baik, harga tiket boleh dapat serendah RM280 per person untuk return tiket dari Istanbul ke Sarajevo. (IST - SJJ) 

Dari Sarajevo ke Mostar ada 2 pengangkutan utama iaitu Train & juga bas. Kos menaiki train lebih murah iaitu hanya 12 BAM sehala berbanding tiket bas adalah 22 BAM sehala.  1 BAM = RM2.50 atau 2 BAM = 1 Euro. Euro juga diterima di sana cuma kita akan rugi jika menggunakan Euro, lebih baik tukar siap2 duit BAM / withdraw di ATM sahaja. Kerana ada juga yang mengambil kesempatan dengan memulangkan duit BAM apabila kita membayar di dalam note Euro. Ia sedikit mengelirukan & selalunya jumlah yang kita dapat akan berkurang kerana diorang akan round figure sesuka hati. Banyak kali juga kami terkena. 

Jadual perjalanan agak padat pada 7 hari terakhir kerana kami mengejar masa memandu merentasi sebahagian Negara Turkey selama 6 hari. Kos sewa kereta 160TL/day untuk kereta jenis Hyundai Ascent Blue automatik diesel, harga termasuk insurance & juga unlimited mileage. Ada syarikat yang menawarkan harga lebih murah tetapi dengan mileage 300km/day saja. Jadi terpaksa kami ketepikan. Untuk yang tidak mempunyai Kredit Card, anda tidak perlu bimbang kerana semua car rental di Airport menerima cash dengan deposit. Harga petrol di sana sekitar  5.90TL -  6.50TL per liter. Untuk trip yang kami lakukan ia melibatkan jarak perjalanan sejauh 2700 KM dengan kos diesel sebanyak 670TL. Pemanduan kami bermula dari Airport Atatuk hingga kembali semula ke Airport. Tidak perlu International Driving License, sudah memadai dengan lesen Malaysia yang mempunyai dwibahasa.

Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat memakan masa lebih 5 jam setiap hari, yang paling lama adalah dari Izmir ke Konya memakan masa 8 jam ++ kerana faktor jalan yang masih dalam penambah-baikan serta cuaca hujan & berkabus menjelang malam. Tips yang boleh kami berikan untuk memandu di Turkey pada musim autumn mahupun winter adalah "elakkan perjalanan pada waktu malam, seboleh-bolehnya kita sudah sampai ke destinasi sekitar jam 7 mlm" 

Mengenai makanan Halal di Turkey ianya bukanlah menjadi masalah kerana lambakkan kedai2 muslim sepanjang perjalanan. InsyaAllah Halal untuk di makan. Walaupun kedai mereka tidak menjual "pork" tetapi ada sesetengah kedai yang menghidangkan arak. Untuk kami, memang kami akan elakkan makan di kedai yang menjual arak. Terasa lebih senang & bahagia makan di kedai yang semuanya halal. Harga untuk setiap satu hidangan di Turkey adalah sekitar 15TL ke 50TL. Paling murah adalah kebab gulung 15TL. Jika di Istanbul kite boleh beli kebab dengan harga yang lebih murah di kiosk kecil lot kedai di sekitar Serkeci station. Saiz kebab sama tetapi harga jauh lebih murah iaitu hanya 7TL untuk segulung kebab ayam. 

Di Cappadocia pula anda boleh memilih untuk menginap di Uchisar ataupun di Goreme. Kedua2 tempat menjanjikan pemandangan yang indah & happening. Uchisar lebih tinggi berbanding Goreme & pemandangan lebih luas. Dari atas Uchisar Castle kita boleh melihat pekan kecil Goreme & juga chimney stone yang seperti cendawan kontot :)). Untuk mencari sedikit kelainan bolehlah cuba untuk menginap di dalam gua (Cave Hotel). Memang terasa lain feeling-nya & ia adalah satu pengalaman yang cukup bermakna. Kami menginap di Cave room Taskonaklar Hotel. Walaupun harga-nya agak mahal berbanding Cave Hotel disekitarnya tetapi view dari balkoni & juga garden hotel memang superb terbaik. Sekali sekala mencuba kelainan apa salahnya, kan ? :))

Untuk yang memandu dari Izmir ke Konya anda boleh stopover di Ephesus & juga Pamukkale seketika semasa dalam perjalanan, peruntukkan sedikit masa sekitar 1 jam++ untuk setiap tempat lawatan. Manakala dari Konya ke Cappadocia pula anda boleh cover lawatan ke Ihlara Valley & juga underground city (Derinkuyu / Kaymakli) Kerana kedua2 tarikan utama ini berada di antara perjalanan Konya - Cappadocia. Itulah yg kami lakukan, cover sebanyak mungkin tempat lawatan sepanjang travelling, fully utilize time before reach to the next destination.

Memandu di sendiri di mana2 negara semstinya menjanjikan sebuah pengalaman yang tidak tergambar uniknya, kerana kita boleh berhenti di mana2 saja yang kita sukai & divert perjalanan sesuka hati. Kite adalah mastermind untuk melakar kenangan indah kite sendiri. 

Untuk cerita selanjutnya insyaAllah akan di update kemudian, semoga diberi kesempatan & kelapangan masa nak recall semua cerita & peristiwa sepanjang perjalanan.