Memaparkan catatan dengan label Hadith. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadith. Papar semua catatan

Khamis, 29 November 2012

The Power of Patience

 
SABAR.... sebuah perwatakkan yg jarang bertamu di hati manusia. Banyak org berbicara tentangnya, banyak org meminta insan lain melakukan-nya tp banyak org tidak menjadikan-nya sebahagian daripada perwatakan harian.
 
Apa yg sering aku dengar dan kadang2 aku juga menggunakan perkataan sabar dlm menggambarkan erti sebuah perasaan :-
 
1. Aku da lama SABAR dgn kerenah ko ni !!!
2. Jgn sampai SABAR aku hilang, na'as ko nnt !!!
3. Asyik aku je yg kene berSABAR, mana boleh jadi mcmni
4. Sabar laaa..

Antara ungkapan yg sering berada di bibir manusia. Persoalannya, apekah erti "SABAR" yg sebenarnya. terdapat banyak perkataan SABAR di ulang2 di dlm Al-Quran . Antara hadith yg biasa kite dengar adalah "Org yg kuat itu adalah org yg banyak Sabarnya"
 
Aku kagum berhadapan dengan seorang manusia yg tinggi tahap kesabaran-nya. Kekadang terasa malu pada diri sendiri bile berhadapan dgn-nye. Aku malu bersemuka dengan org yg berkuasa & punya kekuatan untuk melakukan apa shj tetapi sering bersabar & berlapang dada dalam menghadapi ape jua situasi yg menimbulkan 1001 masalah kepada-nya. Moga Allah sentiasa merahmati-mu wahai jiwa manusia yg sering bersabar dlm menghadapi kerenah insan mahupun pegawai bawahan yg berada di bawah pentadbiran-mu.
 
Satu cerita berkenaan SABAR. Aku seringkali berhadapan dgn manusia yg banyak bersabar dlm melayan kerenah-ku & aku juga pernah berhadapan dgn manusia yg banyak menguji kesabaran-ku. Dalam kedua-dua situasi ini, aku simpulkan bahawa menanggung kesabaran itu Sakit pada mulanya, namun setelah beberapa ketika, apabila hilang rasa sakit yg menikam kalbu itu, jiwa menjadi tenang, hati menjadi lapang. Namun meluahkan kemarahan itu enak pada mula-nya, tapi hanya utk beberapa ketika. Setelah itu jiwa menjadi resah, hati menjadi gundah.
 
Maka pilihlah yang mana satu mahu-mu. "Bersakit-sakit dahulu, bersenang2 kemudian." Salam Jumaat dariku untuk semua pembaca yg di kasihi...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ahad, 25 November 2012

Wasiat Harta Pusaka

Harini aku xberapa sihat, badan seram sejuk, badan pun sakit2... aku amik MC harini. After makan panadol td aku duk melepak depan TV. Bagus jugak dengar diskusi Semanis Kurma ulangan ni. Tajuk dia "Bahana Harta Pusaka"
 
Bercerita tentang harta pusaka ni mmg rumit. Teringat tentang kisah pembahagian harta pusaka masa arwah ummi kembali ke rahmatullah. Pembahagian harta pusaka kitorang adik beradik adalah mengikut Faraid. So yg lelaki dapat 2 bahagian & aku yg perempuan hanya dapat 1 bahagian. Total pembahagian harta mengikut faraid berdasarkan jumlah anak lelaki & juga abi, aku hanya dapat 1/10 dari setiap pembahagian harta. Sebelum pembahagian sume dah bersetuju utk mengikut Faraid, so aku sebagai anak perempuan tunggal follow ajelaa. lagipun arwah ibu tercinta dah banyak memberikan harta & barang kemas kepada aku sejak dia masih hidup lg. jadinya pembahagian harta pusaka mengikut faraid tidaklah menjadi masalah pada aku. Walau apepun, kita sebagai hamba Allah seharusnya sentiasa redha dgn setiap hukum yg telah ditentukan-Nya. Ganjaran Allah itu lebey besar berbanding ganjaran dunia.
 
Sesungguhnya Harta itu hijau & Manis, barang siapa mengambil-nya dgn jalan yg benar maka mereka akan merasakan nikmat & keberkatan harta itu dlm hidupnya tetapi barang siapa mengambil-nya dengan cara yg tidak benar, maka ia akan menjadi seperti makanan yg dimakan tetapi tidak pernah kenyang, walau sebanyak mana dia mengambil-nya.- Imam Ahmad Tirmizi & An-nasai
 
Bile memikirkan tentang harta pusaka. Hati terasa sesuatu, bimbang akan kematian tetiba menjengah di depan mata. Ya Allah berilah aku kesempatan untuk menyelesaikan segala hutang2-ku dengan manusia & juga hutang2-ku dengan-Mu sebelum engkau menjadikan seluruh jasadku sejuk & kaku.
 
Apa yg aku harapkan kepada seluruh ahli keluarga-ku yg layak menerima harta-ku, anak2 yg ibu kasihi, cuma satu shj pesanan ikhlas yg ingin aku katekan. Bahagikanlah harta  milik-ku itu sama-rata kepada semua yg layak untuk memiliki-nya & gunakanlah harta yg aku tinggalkan itu ke jalan yg benar & di redhai Allah. berlapang dada lah wahai semua anak2 ibu. Mudah-mudahan anak2 ibu termasuk dlm golongan org2 yg bertaqwa. Amen ya Allah.
 
 
 
 
 
 
 

Sabtu, 28 Julai 2012

Darjat Manusia Berilmu

Nabi Muhammad SAW bersabda :-

" Bahawa kamu berada pada suatu masa yg banyak ahli fiqh-nya, sedikit ahli qira'at dan ahli pidato, sedikit org yg meminta dan banyak org yg memberi, dan beramal pada ketika itu adalah lebih baik dari ilmu, dan akan datang kepada manusia suatu ketika dimana sedikit ahli Fiqh dan banyak ahli pidato serta sedikit org yg memberi tetapi banyak org yg meminta. Ilmu pada ketika itu lebih baik dari amal..."


"Antara org A'lim dan A'bid (org yg banyak ibadat) ialah seratus darjat jaraknya. jarak antara dua darjat itu dapat di capai dlm masa 70 tahun oleh seekor kuda pacuan."

Subhanallah bertapa tingginya golongan ahli agama yg berilmu. Apetah lg sekiranya mereka itu tergolong dlm golongan ahli agama yg hanya mengharapkan keredhaan Allah azzawajalla..

Seorang bertanya kepada Nabi SAW : Wahai Rasulullah Amalan apekah yg lebih baik..? Maka Nabi SAW menjawab : Ilmu mengenai Allah Azzawajalla ( Maha Mulia & Maha Besar) Bertanya lg org itu : Ilmu apekah yg engkau kehendaki.? Nabi SAW menjawab : Ilmu mengenai Allah SWT. Berkata lg org itu : Kami menanyakan tentang amal, lantas engkau menjawab tentang Ilmu.. Maka Nabi SAW menjawab : "Bahawasanya sedikit amal adalah bermanfaat dgn disertai ilmu mengenai Allah. Bahawasanya banyak Amal tidak bermanfaat apabila disertai KEBODOHAN mengenai Allah SWT..!!"

Ilmu itu lebih baik daripada harta, Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukun (Hakim) dan harta itu terhukum. Harta akan berkurang apabila dibelajakan dan Ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan (diajarkan kepada umum)

Berkata pula Ali ra : Org yg berilmu lebih utama dari org yg sentiasa berpuasa, bershalat dan berjihad. Apabila mati org yg berilmu, maka terdapatlah kekosongan dlm Islam yg tidak dapat ditutup melainkan oleh org yg sama utk menggantikannya.

Berkata Abul Aswad : Tidak adalah yg lebih mulia dari Ilmu, Raja-raja itu menghukum manusia dan a'lim ulama' itu menghukum raja-raja.


Ramadhan Kareem..!!