Memaparkan catatan dengan label Putrajaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Putrajaya. Papar semua catatan

Ahad, 2 April 2017

Best Homestay @ Putrajaya :: Putera Suite Putrajaya



Anda mencari tempat penginapan yang bertaraf hotel dengan harga homestay di Putrajaya ??

Silalah berkunjung ke Homestay kami yang beralamat di Dwiputra Residence fasa 2, Presint 15 Putrajaya bersebelahan dengan Alamanda Mall Putrajaya & 4km ke IOI City Mall . Kami menyediakan penginapan yang selesa, ceria & istimewa untuk anda & keluarga.


Facilities & Amanities :-

1. Kitchen kabinet yang dilengkapi dengan peralatan memasak. (Hob & Hood)
2. Microwave
3. Fridge
4. Washer Machine
5. Iron 
6. Thermo pot
7. Water Heater
8. LCD TV 43'
9. Video decoder
10. Sofa
11. Dining table
12. Resort Swimming pool
13. Gym 
14. Playground


15. BBQ pit
16. Surau
17. Court Badminton / futsal


Penginapan yang indah & menyeronokkan sudah pasti akan menjadi kenangan buat anda & keluarga di Putera Suite @ Putrajaya.


Lawati page kami di Facebook : -



Harga yang tawarkan sempena promosi pembukaan bermula dari serendah RM180 sehingga RM300. Anda boleh memilih pakej yang bersesuaian untuk anda & keluarga tercinta. 




Dekorasi bedroom yang akan mengembalikan momen malam pertama anda bersama pasangan. Pasti ia sangat mengujakan !



Kami juga mengambil pelbagai tempahan bagi menyediakan kejutan buat pasangan mahupun sambutan harijadi atau sambutan anniversary untuk anda & pasangan dengan tawaran harga yang istimewa. Kami akan membantu anda menyiapkan suasana yang indah & romantis untuk anda & pasangan tercinta.


Hubungi kami di talian @ whatsapp : 
019 335 3616 / 010 766 3616


  🔺

Rabu, 1 Februari 2017

Hilang Handphone di IKEA Cheras

Beberapa bulan ni aku sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Perkara paling sibuk adalah merancang & mengurus property yang baru saja VP pada awal Disember 2016 yang lalu. Banyak perkara perlu dilakukan. Mencari kontraktor yang sesuai dengan bajet kami & juga melakar sendiri beberapa design  ubahsuai Dwiputra Residence di Putrajaya Precinct 15 tu. Masa hujung minggu & cuti hanya dihabiskan di IKEA & juga beberapa kedai perkakas rumah untuk membuat perbandingan harga & design item. Tidak mudah juga untuk mengurus semua benda sendiri. Agak kelam kabut sebenarnya, di tambah pula dengan faktor kekangan bajet untuk ubahsuai apartment ni. Kami merancang untuk jadikan ia sebuah Homestay yang aku namakan sebagai "PUTERA SUITE" at Putrajaya. 

Alkisah-nya ketika kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu pada cuti raya cina beberapa hari yang lalu, kami singgah seketika di IKEA Cheras untuk membeli beberapa buah rangka kabinet dapur. Dah beberapa kali survey harga, so kami decide untuk DIY sendiri Kitchen cabinet dengan menggunakan sebahagian barangan IKEA & juga tempahan pintu di kilang aluminium di Sungai Buloh. Di situ banyak RM dapat dijimatkan. 

Aku jarang membawa beg kalau keluar berjalan. Malas nak bawak, walaupun macam2 jenis beg sandang & juga handbeg aku dah beli masa g Paris hari tu tapi still selesa berjalan tanpa beg. Semua beg buat perkasam dalam almari. Ditangan cuma ada handphone saja. Tapi ketika tu aku kasi HP pada hubby, coz hubby minta untuk pinjam sebentar memandangkan his HP dah habis beteri. 

Dalam kesibukan membuat order & melihat beberapa design pintu kabinet bersama staf IKEA tiba2 aku teringat HP. 

"Yunk telefon orang mana ?

Hubby terus buat muka blurr... rupenya2 dia tinggalkan HP aku atas meja kt bahagian design kabinet dapur. Kami terus ke tempat tadi, tak jauh pun dari tempat kami berdiri tu, lebih kurang 10m saja. Nuha pun ada di sana tapi itulah, kalau dah elok terhidang atas meja tanpa pengawasan,memang nak kasi free saja la tu maknanya. Confirm hilang ... hmmm....

Bila dah sedar my HP dah kene curi, aku dah hilang mood dah. Nak cakap camne pun tak tau, semua benda2 penting duk dalam HP tu, banyak document2 peribadi aku simpan dalam tu. Ya Allah ape ke sengal laa my hubby ni, suka sangat buat perangai sambil lewa dia. Sakit sungguh hati aku ni tak reti nak di explain camne. Tapi my hubby boleh buat muke bluuurr, ala2 tak tau camne boleh hilang, boleh terima ke camtu...?  dah sah-sah pergi tinggal atas meja camtu memang lesaplah jawabnya. 

Kami terus buat report kt security service kt bahagian bawah untuk tengok CCTV tapi diorang suruh buat report di balai polis dulu Then datang dengan SO yang bertugas untuk tengok rakaman CCTV. Jadinya kami ke Balai Polis Pudu (kalau tak silap) untuk buat report. Dipendekkan cerita SO yang bertugas malam tu Sarjan ape entah, sudi untuk menyiasat kes tu dengan segera. Maka kami ke IKEA semula untuk mengenal pasti tempat kejadian. Malang-nya di IKEA tu tak ada CCTV yang di pasang rupanya. Cuma ada di Main entrance & store saja. So malam tu my hubby dengan berbesar hati telah sedekah-kan HP note 5 aku kat pengunjung IKEA sempena Chinese New Year. Alhamdulillah besar pahala pakcik malam tu. 

Dah masuk hari 3 aku tak de HP, memang terasa tak lengkap hidup. aduhaaiii bertabahlah wahai hati. Nak kene cari dana untuk beli HP baru ni nampaknya. Yang kasi sedekah my hubby, tapi yang kene beli balik adalah aku sendiri. Nak harapkan pakcik beli balik, tahun depan pun belum tentu. Isskkk sakitnya hati bila di kenang2.... 

Masa OTW nak ke Balai Polis tu, tiba2 saja aku teringat kata2 ustaz Ahmad Dasuki, bila barang kesayangan kita hilang maka bersabar & doalah "Ya Allah gantikanlah apa yang telah hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik daripada-nya" Tiba-tiba saja rasa sakit hati kt my hubby tu sedikit demi sedikit beransur hilang & hati menjadi lebih redha. Nak marah pun dah tak reti. Cume sempat kasi peringatan to my hubby supaya ubah sikap take it for granted. I grant he will change his attitude. 

After that aku sambung shopping cabinet dapur. Habis dekat RM1200 jugak. Harapnya dalam bulan 2 ni adalah rezeki terpijak or durian runtuh. Dapat Note 7 pun dh ok. hihihihi.... berangan sajalah dulu, sementara tu pakai saja HP lama yang mana ada. 

Kisah pengembaraan Europe belum sempat ak sambung, Sayangnya gambar2 semua duk dalam HP aku yang hilang tu. Hmmm sedihnya rasa. Hanya ada dalam memori sajalah. InsyaAllah jika ada kelapangan masa nanti aku akan update habis cerita pengembaraan kami selama lebih 3 minggu tu. 

Okla itu saja buat masa ni, weekend ni sibuk ke sungai buloh untuk DIY interior cabinet & tempah pintu serta cermin dinding. Moga dipermudahkan segala perkara & urusan. Ameen ya robbal'alamin...


adioss.....