Memaparkan catatan dengan label Dugaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dugaan. Papar semua catatan

Rabu, 25 April 2018

Dugaan Hidup :: Tenanglah Wahai Jiwa

Hidup ini tidak dapat lari daripada 1001 dugaan. Dan setiap ujian yang Allah swt berikan itu adalah dalam lingkungan kemampuan hamba2NYA. Allah tidak membebani setiap manusia itu diluar daripada kemampuannya untuk menanggung setiap ujian mahupun dugaan.

Ujian yang Allah berikan bukanlah kerana Allah benci kepada hamba-NYA tetapi ujian mahupun dugaan itu adalah untuk meninggikan darjat seseorang serta menjadi kifarah kepada dosa2 di masa lalu dengan syarat haruslah dia bersabar ketika menghadapinya. Maha Suci Allah yang bersifat dengan ArRahman & ArRahim terhadap sekelian makhluknya.

Kadang2 kita berasa sudah cukup sempurna kesabaran kita melalui hidup ini. Tetapi bila Allah datangkan seseorang untuk menguji diri kita, sejauh mana kita kuat untuk terus istiqomah bersabar dengan sempurna ??? Ia seperti dicabar & terus dicabar.  Walau sekalipun engkau sudah keletihan, kesabaranmu akan terus dicabar & dipersendakan. Semakin engkau lemah semakin kuat pula ia mendesak dibenak jiwamu. Bukan sekali, bukan 10x malah beribu2 kali engkau akan terus diuji & di diuji. Sehingga satu ketika engkau akan berasa kesabaranmu sudah berada dipenghujungnya. Penghargaan yang diberi, sampah yang dipulangkan. Sabarkah engkau ??? kerana orang yang mampu bersabar walau ape jua yg datang, Syurga sudah terjamin untuknya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Mengadu & bergantung haraplah hanya kepada Tuhanmu ALLAH. Hanya Allah saja yang akan mendengar setiap keluh kesah jalan cerita hidupmu dengan penuh cinta & rasa kasih sayang yang tidak terhingga. Dan Simpanlah cerita duka-mu bila bersama manusia. Kerana tiada apa2 manfaat untuk kau hadapkan keluhan mahupun dukamu kepada hamba yang juga miskin & mengharapkan ehsan Tuhanmu. Senyumlah & lemparkan kebahagiaan pada dunia moga jiwamu kembali bernafas. 

ALLAHumustaan.... Mahal sungguh harga sebuah kesabaran. Walaupun sudah engkau pahatkan di dalam hati untuk ikhlas & istiqomah atas jalan kebaikan tetapi tidaklah ia membawa makna melainkan setelah engkau diuji dengan-nya.

2018 bermula dengan Rahmat yang besar. Sekalipun ia terlihat seperti satu malapetaka besar yang akan melenyapkan  sebuah empire kehidupan, tetapi aku berasa tenang2 saja melewatinya. Tidak dinafikan kesakitan itu tetap terasa, yer sungguh bisa sekali pedihnya, cumanya hati ini terus dipaksa untuk berlapang dada & redha atas segala usaha.

Semua kesakitan itu hanya kecil nilainya untuk sebuah Syurga yang diharapkan. Moga hari2 yang mendatang doaku hanya satu, moga2 ujian kesabaran yang bakal tiba menjadikan aku seorang hamba yang Sabar & sentiasa bersyukur. Kerana nanti aku akan terasa hina bila berhadapan Tuhanku dengan membawa dosa2 yang memenuhi alam jagat ini. Moga2  di akhir kehidupan ini, saat aku ingin bertemu Tuhan, tika lembaran amalku dibentangkan, aku berharap dosa2ku telah padam.


Allahumma antarobbi 
Lailaahailla anta...




37 Week ♡ Bersalin Puteri Ke-2 di Hospital Serdang

Alhamdulillah puteri yang dinanti telah selamat dilahirkan pada tanggal 10 Jamadil Awwal 1439H bersamaan 27 January 2018 di Hospital Serdang, pada awal subuh bertepatan jam 0635 pagi.




Baby Auliya atau panggilan manja yang selalu ibu panggil "Adik Faz". Masa ni Kat Perak, teman abi kursus. So sementara lepak dalam bilik hotel tu sempatla ibu meng"kreative"kan diri. hihihi... 

Pada usia kandungan tepat 37 minggu, puteri kesayangan yang diberi nama Nufa Auliya binti Muhammad Shafie dengan jayanya meluncur keluar ke rahim ibu dengan begitu cepat skali.  Semua panik dibuatnya. hanya seorang nurse saja yang sempat menyambut baby, itupun lepas abi panggil beberapa kali. Kalau tak, mungkin Abi yang jadi bidan terjun pagi tu.

Nurse di labour room siap marah2 lagi. Coz bukaan baru 4cm masa dia cek 30 minit yg lepas. Lambat lagi nk bersalin katanya. Tapi hubby cakap "isteri saya dah nak bersalin tu, kepala baby dah turun bawah". Nurse dengan muka tak puas hati cakap kat hubby "Ini last ye encik saya cek laluan ni, last ni. procedure cek 3 jam skali bukan 30 minit skali" Aduhuaii bertabah sajalah ibu ni melayan nurse yang tengah period ni. Dah tak larat nak cakap banyak, mulut pun tak berhenti baca segala doa moga dipermudahkan urusan kelahiran Kali ni.

Once nurse tu seluk je, terus dia cakap "eh betullah kepala baby dah kat bawah sangat ni, puan dah rasa nak teran ke? dah boleh teran puan"  So aku apa lagi terus amik nafas & push buat Kali yang pertama. Masa push tu memang terasa baby bergerak laju menuju pintu keluar. Lepas tu aku tarik nafas kedua. Baru aku nak push, Nurse tu suruh stop. Coz dah nampak kepala baby tapi forcep pulak takda. Siap jerit2 mintak nurse lain bawak masuk forcep. aduhaiii sabor ajeler. Tapi aku da tak boleh nak tunggu dah, memang kene push jugak. Baby dah terjojol depan pintu sangat dah masa tu, So aku amik nafas skali lagi & push sekuat hati ...... akhirnya.... Baby Nufa Auliya tersembul keluar dari rahim ibu tanpa tunggu forcep. Sebaik saja baby keluar aku terus melafazkan Alhamdulillah. Sungguh lega rasanya, hanya Allah saja yang tahu bertapa sakitnya pinggang masa baby mula turun ke bahagian servik. Tapi Alhamdulillah sakit tu tak lama hanya kurang lebih 40 minit saja. Masa Kat LR tu aku mintak hubby pasangkan surah Maryam. Walaupun tengah sakit tapi jiwa rasa sedikit tenang bila mendengar alunan ayat2 suci alquran.  Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.

Bila tali pusat dah potong semua, Nurse yang sambut baby tu tunjuk baby pada aku  & tanya, "Baby boy ke girl ni puan" aku jawablah girl coz dah nampak "titi" baby bentuk burger tu. Memang sah gegirl. hihihi... tak lama kemudian nurse letak baby atas dada aku, untuk bonding time ibu & anak lebih kurang 2 jam sambil nurse menjahit kt bawah. Part paling ngeri after bersalin ialah kene jahit. Allahhu ... Sakit kene jahit lagi menderita daripada sakit bersalin. Jika diingat2 memang serik rasanya nak beranak lagi. 

Kesian Adik, muka berlemak sampai ke kepala. Mungkin air ketuban tak bersih sangat aku rasa. Kulit baby macam diselaputi lemak warna putih ketul2.  Nuha dulu bersih aje. Takde lekat lemak macam adik nufa ni. Masa peknen kat Nuha tu boleh kata selang sehari aku minum air kelapa sejak kandungan 5 bulan sebab gerai jual air kelapa kat depan rumah je. Apapun syukur baby Nufa cukup sifat & sihat sejahtera.

Mula2 aku tengok muka baby SubhanAllah memang terasa sebuah perasaan kasih sayang yang mengalir deras dalam diri. Alahaii murni sungguh anak ibu. Dengan mata yang bersinar terang & berkedip2 memandang ke arah ibu. Oh anak ibu. sambil aku memeluk erat baby & membacakan beberapa surah pendek supaya tiada gangguan jin & syaitan mengganggu Adik hendaknya. Perasaan kali ni lain sikit. Mungkin kerana aku lebih bertenaga & blajar kaedah yang betul semasa meneran baby. Tak sempat nak penat sangatla berbanding bersalin Nuha dulu. huhuhu...  Jadinya aku lebih relex & rasa sedikit bertenaga untuk peluk & menatap muka baby lama2.

Ok berbalik semula cerita masa mula2 rasa sakit nak bersalin. First contraction datang pada jam 5.15 am Masa tu nurse datang kejutkan aku untuk cek CTG sekitar jam 4.30 am. Aku minta untuk ke tandas dulu untuk gosok gigi & kencing skali. Bila dah siap bersihkan diri, aku duduk di katil semula, sementara menunggu nurse datang, aku makan 2 biji pil habatussaudah sambil berdoa moga dipermudahkan proses bersalin nanti.

Tak lama lepas makan pil tu, tiba2 rasa sakit perut yang sangat kuat mula datang menyerang. Aaaah dah nak beranak ni aku rasa. Tapi aku hanya berbaring sambil menahan sakit. Dekat 10 minit jugak aku tahan sendiri tanpa panggil nurse. Tak lama kemudian aku terpaksa tekan button kecemasan yang dekat kepala katil tu jugak coz dah tak tahan sangat dah. Lain macam rasa sakit bersalin menggunakan kaedah induce ni. Dia Punya sakit tu datang terus menerus tak henti2, tak macam rasa sakit bersalin normal dia datang berperingkat rasa sakit tu. Cuma aku boleh cakap, rasa sakit tu tetap sama. Mana ada tak sakit, dah nama nak beranak. Tambah pula aku ada slipdisk, rasa sakit kali ni lebih terasa dibahagian pinggang. Memang terasa nak terputus pinggang aku masa tu.

Lepas aku tekan button kecemasan tu, nurse datang beberapa minit kemudian & cek laluan. "Bukaan dah 4cm, dah boleh masuk ke labour room dah ni" katanya, tanpa berlengah aku terus di tolak ke LR. Masa nurse tengah tolak Ya Allah sakitnya. Dengar orang bercakap pun naik serabut. Bila dah sakit kuat datang memang terasa sungguh lemah seluruh badan. Nak bersuara pun dah tak mampu. Terus terbayang saat sakarat. Ya Allah ampunkanlah segala dosa hambamu ini.

Sebelum aku ditolak ke LR aku sempat call hubby untuk bagitau yang aku dah masuk ke LR & minta hubby datang sekarang. Moga hubby sempat datang b4 aku bersalin & Alhamdulillah memang hubby sempat datang.

Kisah bersalin kali ni memang banyak dugaan dia. Sebab aku telah ditahan dekat 2 minggu di wad 5E kerana air ketuban "leaking" sedikit- sedikit menjelang minggu ke 35 kehamilan. Aku hanya perasan air ketuban leaking bila pentis aku sering terasa basah macam terkucil. Tapi tak banyak mana, so aku tak pergi ke hospital lah, kerana aku anggap biasa2 saja. Rupanya bahaya bila air ketuban leaking, Baby boleh kena jangkitan kuman & boleh menyebabkan baby meninggal dalam kandungan. Nasib baik seminggu kemudian aku ada checkup dekat KK Kajang. Tapi masa checkup tu aku tak inform pulak doktor atau nurse pasal leaking tu coz masa doktor scan air ketuban, dia cakap air ketuban aku terlebih. So doktor terus rujuk aku ke Hospital Kajang untuk check up segera tapi aku mintak tukar ke Hospital Serdang, coz aku dah plan nak masuk bilik 1st class after birth nanti, alasannya hubby boleh temankan, takdelah aku terkial-kial sesorang uruskan baby sendiri macam masa Nuha dulu, memang seksa skali rasanya. Atas permintaan tu, aku di refer ke Hospital Serdang. Petang tu jugak aku terus daftar ke dewan bersalin hospital Serdang. Masa checkup kat Serdang tulah doktor cek balik air ketuban & laluan. 

Keputusannya, air ketuban aku normal sekitar 15, jadi aku terus cakap kt doktor pasal leaking tu. Bila doc cek memang betul ade leaking. Makanya aku terus di tahan di wad bersalin petang tu jugak. Aku datang hospital pasal suspek air ketuban terlebih tapi kene warded pasal air ketuban bocor. Kadang2 judgement Doktor pun ada juga silapnya. Biasalaa nama pun manusia kan.

Punyalah ramai orang Q nak masuk wad bersalin kat Serdang ni . Ada yang dah tunggu lebih 24 jam kt PAC tu. Laahaaii memang kesian, nasib baik aku tunggu tak lama. Allah mudahkan urusan aku yang part tu. Selepas kes aku dirujuk pakar.  Esoknya tu Pakar advise untuk aku di induce sebab bimbang baby terkena jangkitan kuman, Walaupun tiada sebarang tanda2 jangkitan lagi masa tu. Apepun  memandangkan aku dah leaking dekat 2 minggu, so Doktor minta aku di induce segera, klu boleh esok katanya. Dalam keadaan yang masih blur aku mintak Doktor tangguh sampai ke hari Khamis atas alasan nak bincang dengan hubby dulu. Lagipun aku agak seram bila doc kata nak induce. Banyak cerita yang agak menakutkan bila baca Kat blog2 pasal bersalin secara induce ni. Hakikatnya sakit tu sama saja. Cuma yang buat seram tu sebab sakit tu datang terus menerus tak mcm sakit bersalin semulajadi. Tapi ade je yang kene induce sampai 3x tapi xde ape2 effect. Last2 kene ceaser. Aku kene induce 1x je terus laluan terbuka 2cm. Lepas tu doktor twist dengan tangan dia untuk mempercepatkan bukaan servik. Perrgghh boleh tahan sakit jugak kene twist tu. bercucur jugakla darah keluar. bergenang air mata aku tahan sakit .... sob...sob... 

Dipendekkan cerita. Aku kene induce jam 6am hari Khamis. Lepas kene induce tu, aku langsung tak rasa sakit nk bersalin ke apa. Cuma doktor minta baring sejam lepas induce untuk pastikan ubat tu meresap. Lepas tu bolehla nak bangun ke mana2. Sakit pertama yg datang lepas induce sekitar jam 9pm. Tapi takde rasa nak bersalin ke apa, cuma sakitnya Ya Allah mmg lain macam. Sakit terus menerus 5minit sekali dari jam 9pm sampai 3am. dekat 6 jam menderita sakit. Bila nurse cek, servik masih 2cm. Aku call hubby suh datang sekitar jam 1am coz dah tak tahan sangat sakit masa tu. Nurse nak kasi ubat tahan sakit suntik kt bontot tapi aku tak mau. Takpelah aku masih sanggup tahan sakit. Sedar2 aku terlena sekitar 3am. Bila aku tersedar tengok jam kul 6am, langsung da tak sakit. Magic betul. Ingat  dah nak beranak pagi Jumaat tu, skali sihat sejahtera, nurse cek bukaan masih 2cm lg. Itu yang doktor twist aku punye servik tengah hari tu. Katanya membantu untuk cepatkan bukaan. Keaadan servik dah lembut so tak perlu induce lagi. InsyaAllah malam nanti bersalin, kata doktor comel yang cek laluan aku masa tu. 

Hmm sepanjang seminggu lebih duduk wad tu hari2 kene kangkang untuk cek laluan. Part tu memang seksa sungguh rasa, lagi2 bila doktor laki yang cek. hmmm bertabah sajalah. Apepun syukur Alhamdulillah penantian tu berakhir pada pagi Sabtu walaupun berhajat nak deliver baby hari Jumaat. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. 

Harini baby Auliya da berusia 3 bulan. Semoga membesar dengan sihat & menjadi wanita yang solehah ya anak ibu.   


Isnin, 6 Jun 2016

Ramadhan Kareem :: Ingatan-ku di Bulan Ramadhan !

Selamat menyambut 1 Ramadhan kepada semua insan di mukabumi Allah ini. Ramadhan membawa barakah kepada seluruh alam bukan hanya kepada umat islam tetapi kepada semua makhluk di bumi ini. Maka marilah kita sama-sama bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia ini.


Bila Ramadhan tiba hati teringatkan arwah Umi & Abi yg telah pergi kehadrat Ilahi. Arwah umi telah pergi pada 07 Oktober 2009 (bersamaan 16 syawal), manakala selepas 6 tahun berlalu arwah Abi pula menyusul pada 29 April 2015 yg lalu. Masih terngiang di telingaku ini, saat abi meniti hari2 terakhir dalam hidupnya Abi kerap kali bertanya "berapa lama lagi nk puasa ni ?" dia seolah2 sangat berhajat sekiranya Ramadhan sempat di temui pada tahun itu. Tetapi kehendak Allah lebih mendahului. Sebulan lebih sebelum kedatangan Ramadhan Abi telah kembali kepada Tuhan pencipta alam. Bertapa aku sangat terkesan dengan ketiadaan kedua ibu bapa yg aku kasihi pada usia yg agak muda. Bertapa hidup ini terasa teramat sunyi & kosong tanpa mereka. Walaupun aku sudah mempunyai keluarga, aku sudah punyai anak, aku juga punyai seorang suami yg baik & sentiasa sabar melayan kerenahKU tetapi hati tetap merindui telinga seorang ibu untuk ku-ceritakan segala jerih perih hidup yg aku lalui, hati tetap rindukan raut wajah seorang ayah bila mana setiap kali melihat-ku pulang ke kampung. 

Pada Ramadhan sebelumnya ketika aku & keluarga dalam perjalanan  pulang ke kampung untuk menyambut 1 syawal. Pada Ramadhan terakhir itu, Arwah abi menunggu kepulangan-ku di beranda sehingga senja, beberapa kali dia bertanya kepada adik-ku, pukul berapa aku akan sampai. Cerita itu membuatkan aku semakin sedar, walau kekadang sifat ayah yg kelihatan hanya bersahaja melihat anaknya pulang, tetapi jauh di sudut hati, mereka sangat bahagia menanti kepulangan anak yg di kasihi. Wahai anak2 yg masih punyai ibu & ayah, pulanglah bertemu mereka, bahagiakanlah mereka seperti mana kau ingin membahagiakan anak2-mu. Kerana hidup ini tiada maknanya tanpa kedua umi & abi.

Terimbau ingatanku setahun yang lalu, Ketika arwah Abi sedang tenat melawan cancer paru-paru tahap 4, Tahap 4, yer aku tekankan sekali lagi cancer Tahap 4 hanya menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya. Tetapi Aku pada ketika itu terpaksa ke Jepun kerana beberapa bulan sebelum itu, aku telah menempah tiket penerbangan untuk bercuti ke Jepun, Abi juga telah maklum tentang percutianku itu. Tetapi tiada pula suara2 sumbang yg kedengaran lantaran pergi bercuti saat abi sedang bertarung antara hidup & mati. Jika tika itu abi menyuruh aku tidak pergi ke Jepun, Nescaya akan aku canclekan semua tiket penerbangan & hotel. Tetapi aku pegi juga kerana Abi menyuruh aku pergi.

Mungkin naluri seorang ayah dapat meneka kegundahan hati anak kesayangannya, Tiba2 saja arwah abi menelefonku pada petang itu, ketika itu aku dalam perjalanan pulang dari kerja, dia bertanya bila aku akan berangkat ke Jepun dan berapa lama ? lantas arwah abi berpesan supaya aku tidak membatalkan tiket penerbangan itu. Tidak perlu risau tentang-nya, katanya, "Kite duduk kt mana2 pun di muka bumi ni, kite boleh berdoa kan, klu Allah nak amik nyawa Abi, mung duduk sebeloh pun abi mati jugok, Tiket beli semua doh kan, pergilah, Klu mg dok g Jepun tu sebab abi, Mintok maaf banyak, mung jangan balik jumpe abi, ramai doh org tunggu Abi ni, Umi pun ada sokmo sebeloh ni (umi : merujuk kepada mak tiri aku) Jadi mg dok soh nk susoh hatilaa" Aku hanya diam mendengar dengan teliti kata-kata abi ketika tu, tanpa aku sedar satu persatu air mataku menitis laju di pipi. Bertapa kasihnya seorang ayah yg sentiasa ingin membahagiakan anaknya. Tidak pernah sekalipun abi merungut mahupun bersikap kurang senang jika aku jarang2 sekali menjenguknya kerana dia tahu yg anaknya ini mempunyai tugas & beban kerja ketika itu, & yang lebih dari itu dia tidak ingin meletakkan anaknya ini dalam dilemma kehidupan semata-mata demi memuaskan tuntutan naluri-nya. Dia sering menipu untuk membuatkan aku merasa sedikit aman, walau hakikatnya dia sangat inginkan aku menguruskan dia di saat2 akhir kehidupannya. Sebuah pengorbanan yang tidak terbayar walau seisi dunia.

Aku anak kesayangannya, anak perempuan tunggal yg sangat rapat dengannya, Aku lebih rapat dengan arwah abi berbanding umi. Apa sahaja yg aku minta pasti sedaya mungkin ditunaikan-nya. Tetapi bile aku sudah berumah tangga, Arwah abi selalu berpesan "Nk buat ape2 mintok izin suami dulu, nak beli ape2 tanya suami dulu, jgn buat macam kite zaman bujang dulu, ikut suke nk g mana, ikut suka nk beli ape, kene hormat ke tok laki macam kite hormat ke mok ayoh kite"

Sikap Umi & Abi seperti sama sahaja. Tidak pernah mereka memaksa atau jauh sekali meletakkan aku dalam dilema memikirkan antara diri sendiri & mereka. Klu aku bagitahu mereka yang aku ingin  pulang kampung, arwah abi lah yg terlebih dahulu membebel di telefon "Nok balik wat menda lg, raya haritu kan balik doh, nak balik naik kereta tu bukan isi air, klu mg ade kerje nk balik xpela, klu kata nak balik sebab nk mari tengok umi ke, nk tengok abi ke, dok payoh balik acap kali sangatlah..." itulah yg seringkali abi katakan setiap kali jika aku ingin pulang ke kampung. Mereka sangat menyayangi anaknya tetapi dalam masa yang sama mereka sentiasa ingin menjaga kerukunan rumah tangga kami, bimbang jika suamiku terasa terbeban melayan kerenah isteri yg sentiasa ingin pulang ke kampung untuk bertemu umi & abi, sampai begitu sekali mereka menjaga-ku. Sebuah kehilangan yang tidak dapat aku ungkapkan, Yang pasti hari2 yg aku lalui hanya semata2 demi seorang anak yg aku doakan semoga menjadi manusia yg berguna. Secara peribadi, hidup-ku kini terasa kosong, sebuah kekosongan yg tidak dapat di penuhi. 

Apepun semuanya telah berlalu pergi, kini aku lalui hidup tanpa mereka lagi. Aku hairan melihat gelagat manusia yg tanpa segan silu membuat pelbagai kenyataan, memaksa untuk di fahami tetapi tidak pernah sedikit pun ingin memahami. Aku janggal hidup dalam lingkungan org2 yg sangat mementingkan diri sendiri. Aku telah  terbiasa di didik untuk memikirkan org lain mendahului diriku sendiri, tetapi kadang2 aku sedar sikap yg di pupuk arwah umi & Abi tu sangat berat untuk aku contohi. Hidup dalam sebuah masyarakat yg sngt pentingkan diri sendiri membuatkan kesabaranku semakin hilang & terhakis. Aku tidak mampu menjadi sekuat arwah umi & abi. Maafkan anakanda-mu ini kerana terlalu dhaif dalam meniti hidup yg penuh kerakusan.

Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan mengembirakan Umi & abi di alam sana. Semoga Allah merahmati segala susah payah Umi & Abi selama mendidik kami. Ya Allah rahmatilah mereka berdua & kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecil-ku hingga aku menjelang dewasa. Ampunilah mereka ya Allah, jangan kerana keburukan sikap & akhlak-ku engkau menyiksa mereka, Sesungguhnya mereka adalah insan terbaik yg banyak mengajarkanku tentang Islam & Iman. Tempatkanlah mereka sebaik-baik tempat kembali di sisi mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rabbal'alamin. Ameeen ....



 

Khamis, 19 Mei 2016

Pengembaraan Rohani :: Mekah Kota Yang Diberkati 2



Melakukan umrah secara sendiri tanpa menggunakan mana2 travel agent merupakan sebuah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Ia mengajar kami erti sebuah kekuatan, kesabaran & saling berkerjasama antara satu sama lain. Alhamdulillah, tidak banyak dugaan yg datang menimpa sepanjang perjalanan, semuanya menjadi mudah & indah. Seperti DIA menghantar seorang PA yg sentiasa ada & bersedia membantu kami pada bila2 masa. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.



Hari Last kami di Kota Makkah. kami Pusing2 ke Menara Jam & beli sedikit buah tangan untuk ahli keluarga & kawan2. Nuha Safiya pula seperti biasa bile melihat burung merpati yg banyak di perkarangan Masjid, mulalah dia berlari ke sana ke mari.

"bermainlah sepuas hatimu wahai anak, mudah2 ini bukan kali terakhir engkau bergembira dibumi yg penuh barakah ini. InsyaAllah kita akan ke sini lg nnt"




Yang bahagian belakang tu adalah bangunan Hotel Hyatt Regency & juga Hilton Suite. Tetapi lokasi bilik kami berada di bahagian menara yg sebelah sana (kanan). Bangunan sebelah kanan yg berada di hadapan itu adalah bangunan Hotel Intercontinental Dar At-Tawhid manakala bangunan sebelah kiri adalah Hilton Tower, Zamzam Tower @ Menara Jam. 
 


Dihadapan pintu bilik kami yg banyak meninggalkan 1001 cerita sepanjang 11 hari kami di sini.

Hari-hari terakhir kami di Haramain terasa begitu sayu. Setelah 18 hari kami di tanah suci, hati begitu lapang sekali, Jiwa amat tenang & bahagia. Syukur ke hadrat Allah kerana Dialah yang mengurniakan segalanya untuk kami. Bilakah lg kami akan dijemput ke sini. Berat rasanya kaki untuk melangkah keluar, rasa ingin shj aku menetap di kota ini. Hendak mengemas beg pun terasa malas. Lagipun tidak ada ape yg perlu di Pack, coz barang2 tidaklah sebanyak mana. Waktu penerbangan pulang kami pada hari itu adalah pada jam 11 mlm waktu Saudi. Pada mulanya kami merancang untuk bertolak ke Jeddah selepas Asar. Tetapi setelah berfikir kembali lebih baik bertolak sedikit awal, manala tau jika ada sebarang kesulitan yg berlaku nnt, sekurang2nya masih ada sedikit masa yg berbaki. Jadi kami Check out bilik selepas Zuhur. Sekitar jam 2.30 ptg kami telah bertolak ke Jeddah menggunakan Teksi, tambang SAR150 shj. Tempoh perjalanan mengambil masa sekitar sejam suku. Teksi tu bawak kereta macam ribut. Boleh tahan laju. Jam 3.45 ptg kami dah sampai di Jeddah Airport.



Sementara menunggu Abi check out. Alhamdulillah staff hotel pun sgt baik, mereka tidak kisah pukul berapa kami nk check out, walaupun waktu check out sebenarnya adalah sebelum jam 12.30 tghr. Klu nak check out malam pun boleh. InsyaAllah jika ada rezeki lg kami dtg ke bumi ini, kami akan menginap di sini lg.



Pakcik tu adalah Tokey yg menjual air zam-zam untuk airport, seorang yg baik hati, bersembang dengan aku mcm dah kenal lama jek, sgt baik & peramah org-nya. Siap bagitau aku, klu nk post air zam-zam ke Malaysia pun boleh tapi kos penghantaran kene tanggung sendiri.. hihihhihi...

Semasa di kaunter check in, satu dari 3 beg bagasi kami melebihi berat sebanyak 9kg menjadikan jumlah berat 32kg . Sepatutnya tiada masalah kerana total berat setiap penumpang adalah 46kg. Tetapi di Airport Jeddah ia sedikit rumit. berat 46kg itu hanya untuk 2 beg shj, tidak dibenarkan untuk 1 beg melebih berat 23kg. Jadi terpaksalah kami membeli kotak & repack balik barang2 kami. Tetapi yg peliknya semasa di kaunter Saudi Arabian Airline KLIA ok shj, tiada pulak masalah beg berat dr 23kg kene reject. Hmm Lain negara lain caranya. Kata org tua2, Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Setelah selesai pack barang2 aku membeli 4 botol air Zam-Zam untuk di bawa pulang. Rupe2nya hanya 3 botol shj yg dibenarkan check in. Kerana hanya 1 botol dibenarkan untuk 1 passport.. Adooilaaa mcm2 hal.. akhirnya aku dapat satu Idea, better aku masukkan sekali botol air zam-zam tu ke dalam Luggage. Dengan syarat berat luggage tidak melebih 23kg. Alhamdulillah, percubaan yg mendatangkan hasil. hihihihi..



Stok Air Zam-zam yg banyak, Setiap kotak hanya 5 liter

Lebih kurang jam 5 ptg kami dh siap check in beg, maka kami bergerak ke Red Mall. Sekadar igin mengenali bandar Jeddah dengan lebih dekat. Kami naik teksi ke Red Mall. Tambang dr Airport SAR70. Tersangatlah mahal. Mmg dah terkene. Pada mulanya hubby memberitahu aku tambang teksi SAR17 sehala. Dua tiga kali aku tanya, betul ke, jgn2 SAR70 tak. Coz hubby yg deal. Aku tunggu je kt dlm airport tu. Bila dah nak turun kt Red Mall tu barulah hubby tau yg tambang SAR70. Dah miscommunication lg kt situ. Mmg tepatlah sangkaan aku. Xde nk murahnya klu tengok org luar, mesti nk ketuk kaw2. Hmm ape2lah, bayar ajelah. kepada jemaah yg nk Ke Mekah or Madinah aku sarankan jgn speak english sgt dgn diorang ni, coz mmg entah ape2, jarang2 je yg faham. Sebut harga pun xbetul. Better belajar sikit sebutan dalam bahasa Arab cthnya : 50 riyal = Khomsiin,  10 Riyal = Isyriin 100 Riyal = Miiah. 



Kami berada di Red Mall sampai jam 8 mlm kemudian kami bergegas untuk ke Airport semula. Tiada ape yg best sangat di Red Mall. nak shopping pun xde mood. Sekadar jalan2 & pusing Mall menghabiskan sisa masa sementara menunggu take off. Tepat jam 1030 mlm kami di panggil masuk untuk boarding. 


Selamat Tinggal Bumi yang penuh barakah, semoga di lain waktu kami akan tiba kembali ke bumi ini. InsyaAllah. Perjalanan pulang juga baik2 belaka. Tiada cuaca buruk mahupun gegaran yg berlaku. Alhamdulillah kami tiba di KLIA sekitar jam 12.30 ptg. 

Sesampai di Rumah aku mendapat berita Kota Mekah di landa angin kencang serta hujan lebat yg menyebabkan Masjidilharam banjir pada ptg 26 April 2016 itu. Bahagian dalam masjid di tingkat 1 di penuhi air setinggi paras betis. Kejadian berlaku selepas Asar. MasyaAllah nasib baik kami telah bertolak keluar lebih awal, kerana jika diikutkan plan asal kami ingin bertolak ke Jeddah selepas Asar. Tetapi tiba2 perasaan berubah untuk keluar selepas Zuhur. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.     


Seminggu sebelum kami ke bertolak dari KL ke Madinah, Kota Mekah juga di landa ribut & banjir. Namun selama 11 hari kami di Kota Mekah, cuaca Alhamdullilah elok2 shj, walaupun sedikit panas. Elok shj ketika kami bertolak meninggal Kota Mekah beberapa jam, Mekah kembali di landa ribut & banjir. Maha Suci Allah yg memelihara kami daripada sebarang kesulitan. Dialah Allah yg memelihara sesiapa shj yg DIA ingini. 


Subhaanallah Alhamdulillah walaailahaillallah huallaahuakhbar !

Rabu, 2 Mac 2016

Part 1 :: Cabaran Trip Jakarta ~ Bandung

Cuti lagik ..!!! Yeay ... kali ni kami ke Jakarta & Bandung pulak...

Bermula dari awal tahun 2016 haritu, kitorang asyik berjalan je, selang 2 - 3 minggu berjalan. Best kot dapat berjalan, mmg best la aternye, gile tak seronok dapat g jalan-jalan. Dari duk terperak je dalam rumah baik kite terjah dunia luar sekali skala. Hah..Kang lapang sikit mata tu. Plan nk ke Bandung ni mmg dah lama, tiket dah beli 5 bulan awal dari date nk pergi ni. Biasalah cari tambang murahlah cek oii, JIMAT duit aternya :)

Jika di ikutkan, my hubby tak boleh join trip ke Bandung ni coz bertembung dengan Trip kerja untuk ke US yg dijadualkan awal bulan 3, Nak dijadikan cerita last week hubby dapat information nama hubby di gantikan dengan pegawai yang lain, so hubby tak pergilah ke USA tu. Yabedabedu.. den lagik seronok, Dapatlah hubby ke bandung skali dengan kitorang, hubby tak g mana nak seronok, nnt sapa nk angkut barang2 belian den. Tak ke naya nk kene angkat sendiri, patah pinggang cekk oiii. Tapi Allah tu Maha Mengetahui yang Hamba Dia ni lemah, mmg tak boleh buat kerja sorang2, huru-hara jadinya nnt. hihihihi...

Panjang lagi al-kisahnya, trip Jakarta-bandung kitorang ni. Masa aku dapat tahu yang hubby kene ke USA maka aku deal dengan my cousin, ajak dia temankan aku ke Bandung. Semua bilik penginapan dah tempah kot, tiket flight pun dah 2, 3 kali beli. Mmg aku nekad nak pergi jugak walau hubby tak dapat g. So aku pun dengan baik hatinya telah belikan tiket untuk my cousin, terbang 400 MYR ting..ting..ting.. So bile my cousin dapat tau yg hubby tak jadi ke US, dia pulak tiba2 tak nak join the trip. Segan katanya my hubby ade... Ceeiittt.. jahanam lg duit aku. Sedekah kt fakir miskin lagi berhemat. xpasal2 sedekah kt Airasia. itu baru satu tiket, sebelum tu lagik aku dah beli tiket AA ke Bandung dari 5hb - 13hb untuk kami sekeluarga. Skali bile bagitau hubby dia tak setuju, lama sangat katenya, so dia suh pendekkan sikit trip tu. Buat ape lama2 duk Bandung, bukan besar sangat bandar Bandung tu katanya, adeehhh... AA punye style, mana boleh pinda2 tarikh, so beli tiket baru ler jawabnya. Jadi aku pun belila tiket yang baru untuk Jakarta - KL (one way) pada 8hb mac 2016, Jahanam lg duit tiket AA aku. Haddooii banyak betul cabaran nk ke Indonesia ni, macam2 hal. Harapnya sampailah kami dengan selamat di Bandung nnt. Dari Jakarta tu kitorang akan naik keretapi ke Bandung. Sajek jek aku amik tiket turun ke Jakarta, sebab nk tengok Bandar Metropolitan Indonesia yang katenya lebih Gah dari kuala Lumpur. So pasni konsider dah pergila ke Jakarta. Next trip boleh jelajah indon ke bahagian yang lain pulak. 

Ikutkan bulan 7 nnt kitorang ke Surabaya Pulak... entah jadi ke tidak trip tu. Baru jek lepas raya ade hati nk berjalan lagiik haddoiii.. planning mmg failed aku ni. Masa booking tak ingat, bile dah booking baru nak pikir, camne tu...?? Lumrah alam, Kaum Hawa mmg sering menjadi mangsa kerana rambang mata dengan Jualan Murah. Sabor jelaa yea... :) hihihihihi....

 

Jumaat, 26 Jun 2015

Ayahanda Kesayanganku :: Pergi Tak Kembali :'(

Pada 29 April 2015 yang lalu, Abi telah kembali menemui pencipta-NYA. Harini sudah hampir 2 bulan Arwah Abi pergi meninggalkan kami. Aku sangat terasa dengan pemergian Abi. Aku hanya sempat menjaga abi selama 3 hari pada 2 minggu lepas. Walaupun keadaan abi ketika itu sudah agak kritikal, tapi aku betul-betul tidak menyangka Abi akan pergi seawal itu. Abi telah disahkan mengidap Lung Cancer stage 4 oleh doktor Pakar paru-paru Hospital Tengku Ampuan Zahirah Kuala Terengganu. Patutlah beberapa bulan sebelum tu, abi ada mengadu kepada aku yang dadanya terasa sangat sakit & dia agak sukar untuk bernafas ketika itu. Doktor hospital Dungun suspect Abi dijangkiti TB pada mulanya, so abi terpaksa dikuarantinkan, entah ape2la doktor ni, asal boleh cakap je, padahal abi mengidap cancer stage 4 da masa tu.

Kalau ikutkan perancangan yang telah aku aturkan, pada tarikh 29 April tu abi & juga mokde (my step mother) akan ke rumah aku di kajang dengan menaiki flight dari Kuala Terengganu ke KLIA. Kerana pada 30hb April abi akan menjalani rawatan kimo paliatif bagi mengurangkan sedikit kuantiti sel kanser di Institut Kanser Negara Putrajaya. Tapi kite hanya merancang, Selebihnya Allah yang menentukan, pada jam 2.00 pagi 29 April 2015 abi telah kembali kepada penciptanya. Adik & abg khabarnya ada di sisi abi ketika abi sedang nazak.

Manakala aku pula pada ketika itu sedang nyenyak tidur dirumahku bersama my beloved doter di atas tilam. my husband pula berkursus di Melaka. Bertubi - tubi panggilan masuk pagi tu, tapi semuanya hanya dalam mimpi, lebih kurang jam 4 pagi my hubby sampai di rumah & mengetuk pintu bilik sambil memanggil aku supaya membukakan pintu bilik. Sayup-sayup suara itu aku dengari, tapi aku masih mamai, tiba-tiba hubby ade dirumah pulak, kan hubby ke Melaka tadi malam, kenapa tiba2 pagi2 buta ni dah ada depan pintu bilik pulak ni. Rasa seram tiba2 menerjah ke jantungku. betul ke hubby yg panggil ni, serba salah aku nak membuka pintu bilik, bimbang pencuri ataupun perompak. 

Sebaik sahaja aku membuka pintu bilik, hubby terus meluru & memeluk aku, katanya Abi telah tiada. perlahan saja suara tu hinggap kegegendang telingaku. aku kaku seketika, benar ke berita ni, aku bermimpi lagi ke ni. Allahuakhbar, aku terduduk di katil. Aku tersentap seketika menerima berita yang amat tidak terduga itu. Allah... air mata satu persatu jatuh ke pipi. Padahal aku telah merancang untuk mengambil unpaid leave bagi menjaga abi di hospital Putrajaya nanti. Tapiiiii abi terlebih dahulu pergi sebelum aku sempat membalas segala jasa2-nya. Setelah hampir 7 tahun arwah umi kembali kini abi pula pergi meninggalkan kami. Rasa kehilangan arwah umi masih belum pudar kini abi pula pergi mengadap Ilahi. Terlalu cepat masa berlalu, seolah-nya hidup dunia ini hanya beberapa ketika. Aku masih terasa sepertinya aku ini masih anak-anak, baru shj beberapa tahun melepasi zaman universiti, baru shj ingin merasa adanya duit untuk di beri kepada umi & abi, Semuanya begitu pantas berlalu.

Sekitar jam 5 pagi, Aku dan hubby bergegas balik ke Dungun Terengganu untuk memastikan kami sempat sampai sebelum jenazah di kebumikan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan sempurna. Tepat jam 11 pagi arwah abi selamat disemadikan di sebelah pusara arwah umi. kini tinggallah kami 4 beradik bersama keluarga masing2 untuk meneruskan hidup ini hingga tiba ke suatu masa yang ditentukan. Semoga Allah mengampuni segala dosa abi & umi. Mudah2n abi & umi ditempatkan dikalangan hamba2-NYA yang mendapat Rahmat & kasih Sayang Allah 

Al fatihah.....




Ahad, 8 Februari 2015

Demam :: Tonsil Effection

"Sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betina nya"

Tapi aku bukan nk cerita pasal ikan ni, aku nk cerita pasal aku demam semasa berada di Alor Setar Kedah haritu. Awal2 lagik semasa dlm perjalanan ke Kedah tu, aku dah mule rasa tak sedap badan. di ringkaskan cerita, pada ke esokkan harinya aku demam panas, suhu badan 39.5 yea. Nuha pun demam, nasib baik hubby tak demam skali. Maka terpaksalah my hubby menjadi pelayan yg paling efisyen kepada kami 2 beranak, maklumlah dah demam ni macam2 perangai, yg tua ni xdelah meragam sgt, cume kadang2 request untuk air & tolong angkat la. Kesian hubby, plan jalan2 nk happy2 tp dah bertukar suram sedikit, yerla nak happy camne, isteri & anak dah xsihat, sume buat muke xlarat je, nak jalan2 pun xlarat.  

Walaupun dalam keadaan demam panas, aku masih menjalankan kerja2 yg telah di amanahkan kepada aku mengikut jadual, so tak perlulah aku cerita lebih2, nnt ade pulak mulut kepochi cakap aku "angkat bakul sendiri" tp kadang-kadang rasa sakit hati jugak bile segala usaha & susah payah kite sering diperlekehkan. Kalau kene kt diri manusia yg suke buat cerita tu, aku rasa entah siap ke tidak segala kerja ni. Aku ni takda bagus sgt, tapi aku tau kerja aku, so far semua kerja yg diminta semua aku siapkan mengikut jadual. So aku tak perlukan manusia mulut cap ayam untuk menyibuk hal2 kerja aku, cukup je dgn arahan my superior untuk aku buat itu dan ini. Yang cakap je pandai tapi habuk pun tak de tu tolongla bertaubat sikit, Nnt kat akhirat jijik benor makanan kamu. Takde kerja lain nak buat dah ke, asyik nk jaga tepi kain org lain je, kain sendiri hitam legam tu, bile ko nk bersihkan. adeehh letih layan manusia kepochi tak tentu pasal ni.

Bile terkena jangkitan kuman sel darah putih akan meningkat dengan banyak, so apabila mendapat blood test maka tahulah yg aku bukan denggi, kerana jika denggi sel darah putih akan drop bawah 4.0


3D2N aku demam, tapi semua kerja2 siap seprti yg dijadualkan Alhamdulillah. Memandangkan demam masih belum menampakkan tanda2 untuk baik, aku ajak hubby kt Klinik sebelum bertolak balik ke KL. Bimbang plak nnt klu terkene demam denggi. After checkup doktor mendapati aku terkene jangkitan kuman pada Tonsil. Pelik betul, Tonsil yang sakit tapi habis seluruh badan terasa sakitnya, pinggang & sendi-sendi semua terasa mencucuk-cucuk. Aku dapat MC 2 hari lepas balik dari Kedah, Doctor suruh aku berehat. Alhamdulillah, demam semakin recover.

Nuha pula sekejap je demam, after dah kasi ubat demam secara berkala, nampaknya demam dia semakin pulih, dah boleh melompat2 tu ok latu. Thanks hubby kerana menjaga kami dengan baik sekali. Mudah2n Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yg baik untuk hubby. Ameen

Pesanan aku untuk manusia yang suke mendengki tu, tolonglah ubat sifat buruk kamu tu, Allah tu sentiasa menilik setiap sikap & niat jahat kamu tu. Jgn ingat kamu akan terselamat camtu je. Fikir2kan & selamat beramal.


 

Jumaat, 6 Februari 2015

Dubai :: Visit Skyscraper Burj Khalifa


Harini adalah hari terakhir kami di sini, mengikut perancangan awal, pagi ni kami ke Dubai City Center, lawatan pertama adalah ke Burj Al Khalifa iaitu bangunan tertinggi di dunia. Perasaan gembira & teruja tu mmg tak terkata. Padahal semalam dah kejang semua otot2 kaki ni, nasib baik minyak urut ada, bolehla menghilangkan sedikit rasa sengal2 dan sakit kaki, yang paling penting tukang urut sedia berkhidmat, so far my tukang urut ni mmg tidak menghampakan, jimat kos urut RM80. hihihi...


Perjalanan dimulakan seawal jam 8.00pagi, cuaca alhamdulillah tak hujan, kami ke Dubai Center dengan menaiki Metro ke Dubai Mall. Tempoh perjalanan sekitar 25 minit shj. Sampai di Dubai Mall semua org menuju ke pejabat masing2, hanya kami dan beberapa org tourist duk melepak depan pintu shopping Mall tu sementara menunggu pintu di buka. 

Harga tiket untuk naik ke Burj Alkhalifa ni adalah AED 125/adult. Tapi entah kenapa haritu kami kene AED 140/adult. Compius sekejap, awat mahal AED 15 plak ni ?? rupenya tiket kitorang tu da dimasukkan charge untuk snack. cisss rugi 30 AED. Memandai-mandai pulak pak arab ni tambah, saje je nk kenekan pelancong bajet macam kami ni. huh...


Sepanjang perjalanan menuju ke Dubai Mall dari Station Metro tu banyak pemandangan indah yg dapat di nikmati. Mata hanya tertumpu kepada beberapa tempat yg masih di peringkat awal pembinaan. Semua project under EMAAR, wah gile banyak company ni monopoli project2 kerajaan Dubai. Boleh dikatakan hampir 75% project mega yang sedang dibangunkan di Dubai adalah under EMAAR properties. Terbaik... !! 


Pemandangan dari Burj Al-Khalifa, Ketika ini kami berada di level 124 outdoor observation deck, lantai kayu ok. level 124 bukanlah level yang paling tinggi tetapi da rasa gayat semacam. nampak bangunan kt bawah tu kecik macam semut je. Dengan angin sejuk yg sepoi2 bahasa menghembus betul2 membuatkan aku jauh mengelamun seketika.

sedikit ringkasan mengenai Burj Khalifa dimana ia mempunyai jumlah level sebanyak 160 level dengan ketinggian 828 meter menjulang kelangit biru. Ia Merupakan bangunan tertinggi di dunia serta bilangan level terbanyak di dunia iaitu 160 level yang boleh diduduki. Ia juga mempunyai elevator service yang terpanjang di dunia. Berada seketika di bangunan ini membuatkan aku terfikir bagaimana hebatnya tenaga kerja dan juga kepakaran team project yang terlibat sepanjang pembinaan bangunan ini. Bukan mudah untuk menjayakan tugas besar lagi hebat seperti ini.


Antara project yg masih dalam pembinaan. Mungkin after 1 year plus dah complete kot semua tu. mungkin pemandangan sedikit berbeza & bertambah indah. SubhanAllah, hanya setitis dari selautan dari nikmat-NYA sudah cukup membuatkan kite merasa hebat & berbangga dengan Dunia. Allahuakhbar !


Bangunan Pencakar langit sedang giat dijalankan di Dubai, rata-rata project2 mega ini bertujuan menarik pelabur luar untuk melabur di Dubai & seterusnya menarik ramai pendatang dari luar untuk membeli property di sini. Dulu kawasan ni semua adalah padang pasir yg kosong tanpa ape2 tumbuhan mahupun bangunan2 tinggi melebihi 10 tingkat. Tapi harini, padang pasir yang dulu kering kontang telah bertukar wajah sepenuhnya. 

Jika diperhatikan betul2, ada sebuah bangunan Nun jauh di persisir pantai, ala2 bangunan rebung tu, Itulah dia Bur Al-Arab tapi kitorang xsempat nk ke sana, coz untuk ke sana kami terpaksa mengambil taxi dari station Metro yang terdekat. Memandangkan kami hanya ada masa beberapa jam shj lagi, kami skip dulula, mungkin next trip kot. Banyak lagi benda penting yg belum di selesaikan.


Bangunan cantik yang dikelilingi tasik besar tu adalah antara Hotel-Hotel & condominium mewah di Dubai, harga bilik Hotel di sekitar bandar ni lebih kurang RM3500 - RM25000 semalam. Agak2 banyak duit skit tu bolehla lepak semalam dua kt situ. Aku ada jugak terasa nk lepak semalam tp belum mampu lagik nak habiskan duit sebanyak tu semata-mata untuk sebuah bilik hotel. RM300/nite pun rasa dah mahal. Klu beli Gold Bar 999.9 dah dapat 2g tu... hihihi...


Inilah harga AED15 yg dimasukkan dalam tiket kami. Hmm segelas kopi panas & juga sebijik Croissant dah penat2 lepak kt atas tadi dapatlah melepas lelah kt cafe Burj AlKhalifa ni sambil menikmati pemandangan yang jarang2 dapat dinikmati. Sambil makan2 tu kami membuat sedikit perkiraan tentang segala kos sepanjang perjalanan. Kat mana nk reserve duit untuk beli hadiah untuk Opah & anak ibu. kire punye kire, lepas di tolak segala peruntukan bisness & jalan2 akhirnya balance hanya tinggal kurang dari 500AED. Memandangkan harini adalah hari terakhir kami di sini so xdela risau sangat, cume jgn terlepas flight sudah, yang tu klu terjadi mmg kene kerje part time cuci pinggan la jang oii.. hihihi...

Setelah hampir 30 minit lepak2 di bangku Cafe Burj Khalifa tu kami beransur ke shopping Mall dan seterusnya bertolak balik ke bilik hotel. Jam sudah menunjukkan 1230pm. Paling lewat pun kul 2.00pm kami dah kene check out dari hotel jika tidak, sila sediakan extra yea. 


Sambil Jalan-jalan di Dubai Mall, ibu terpandang kedai kasut kanak-kanak, sekilas pandang banyak design yang cantik-cantik. So ape lagi, jom kite terjah. Maka inilah hasilnya. Alhamdulillah siap hadiah untuk anak ibu. Untuk Opah pulak dia nak Abaya, Hmmm nk kene g carik kt pasar abaya la plak nnt. hopefully sempatla cari sehelai dua untuk Opah.

Perjalanan di teruskan seperti yang telah tercatat di schedule kami. Berkejar2 ke situ sini, sampai2 je kt  Hotel jam dah dekat kul 2, aku mintak hubby slow talk dengan pak arab kt depan tu untuk keluar lewat skit with no extra charge. mungkin dlm 2.30pm or 3pm camtu. coz nak mandi & solat semua. Alhamdulillah dia kasi. Lega skit rasa hati ni.


After 3.00pm kami mengemas beg2 pakaian dan tinggalkan sekejap di lobby hotel. Yerla, xkan nk angkut bagasi gajah tu boleh tersungkur kat kaki 5 jalan jawabnya nnt. Segala urat kaki & tapak kaki dah mula rasa sengal & kebas semacam. Dah macam masuk pertandingan Explore Race plak aku rasa.  Klu sekadar untuk aku, mmg aku tak pergi dah ke Pasar Abaya tu, tapi memandangkan Opah yang nak, terpaksalah aku gagahkan juga kaki untuk mencari sehelai dua bagi memenuhi hasrat opah.Hati org tua kene jaga, as long as boleh dipenuhi dan mereka happy oklaa. Klulaa arwah ummi masih ada.... :.(


Alhamdulillah, sempatlah aku angkat 3 helai abaya, 2 untuk Opah dan 1 untuk aku. Harga boleh tahan murah jugak. Klu kt Malaysia org jual dalam RM250 - RM300/helai. Selesai sudah segalanya. Masa Untuk bertolak ke Airport plak. Flight kami jam 8.30mlm, tapi kul 6.00ptg kami masih terkial2 dengan beg dan barang2 dagangan di Diera City lg. kul 6.45mlm baru kami menaiki Metro menuju ke Airport. 

Semua berjalan lancar tanpa sebarang masalah. tepat jam 7.30mlm kami dah berada di Airport & mula mendaftar masuk. Aku mengambil kesempatan untuk menunaikan solat seketika di Surau Airport, Masa nak solat tu, Ya Allah baru terasa sakit segala urat2 & sendi2. Masa duk seronok jalan situ sini xrasa sgt. adehh... Kami selamat Boarding & meninggalkan Kota Dubai pada jam 8.30 malam. 

Perjalanan balik dari Dubai - KL mmg sgt mencabar, hampir sepanjang penerbangan cuaca buruk di laporkan. Kapal terbang pule bergoncang2. Aku skali lagi xdapat tido selama 7 jam penerbangan. Mulut tidak henti mengucap dan berzikir. Ya Allah, sesampainya di Airport KLIA, aku rasa nk pengsan dah. Memandangkan sepanjang 7 jam tu, sedikitpun aku xboleh lelap. Allahuakhbar rasa nak menagis bile kapal terbang mule mendarat dengan jayanya. Terasa seperti mimpi Ngeri berada dalam situasi penerbangan macam tu. 

Semoga berjumpe lagi... Bye2.





Khamis, 5 Februari 2015

Dubai :: 1st day @ Diera City



Alhamdulillah, selepas 7 jam lebih, tido + bangun +  makan akhirnya kami sampai juga ke Airport Dubai lebih kurang jam 7 malam waktu Dubai. Sepanjang perjalanan kami dari KL ke Dubai cuaca agak buruk, Flight pun bergegar2, Ya Allah... nak tercabut jantung aku time tu, tobat rasa xnak naik flight lg dah. macam2 benda berlegar2 difikiran. Seat aku pulak duduk sebelah sayap, so mmg nampak dengan jelas sayap kapal terbang yg meliut-lentuk. Allahuakhbar, selamatkanlah perjalanan kami, sepanjang-panjang perjalanan tu aku mengaji je, aku pasang earfon sumbat kt telinga dan baca ayat2 Al-Quran. jauh dalam hati terdetik, sekiranya apa2 terjadi mudah2n saat-saat terakhir kehidupan aku dicatatkan amalan yg baik. Mudah2n Allah mengampunkan dosa2ku. Mmg insaf tahap gaban. Xboleh aku bayangkan jika flight tetiba crash pada ketinggian berpuluh ribu kaki tu. Isshhh... nauzubillah.



Selepas Sejam take off maka hidangan di sediakan, alhamdulillah bolehla makan, nk kata sedap tu xdela just biasa2 je, cume nasi teruk skit rasa dia, mungkin beras murah, bau hapak skit beras tu, walaubagaimanapun habis jugak separuh bekas hihihi laparr... 


2 jam sebelum landing snack disajikan pulak, Hmm yg ni sedap.. Alhamdulillah.. setelah berpeluh menahan debaran kencang akhirnya berakhir juga sengsara tu. syukur yg amat ke hadrat Allah kerana melindungi perjalanan kami dari sebarang musibah. 



Salah satu papan tanda besar yang menarik perhatian aku, EMAAR PROPERTIES adalah sebahagian daripada pemegang saham terbesar dalam my company. Banyak project2 besar yang akan dibangunkan di Kuala Lumpur berada di bawah pemantauan EMAAR. Burj Al-Khalifah juga dibina oleh EMAAR, so bukan calang2 punye developer diorang ni, Org melayu kita pun ada juga terlibat sebagai Project Manager untuk Burj Al-khalifa tu. Terbaik laa... bangga kejap.. hihihihi... Jika ada peluang, aku pun berminat jugak nk berkhidmat di company international ni. Mudah2n ada rezeki di bumi barakah ni... ameen. 



Dari Airport kami menaiki metro (Train/komuter) untuk ke Diera City. Lebih kurang 30minit perjalanan akhirnya kami selamat tiba di Diera city. Cuaca ketika tu sungguh nyaman sekali. Hiruk pikuk bandar mula kedengaran, suasana tidak ubah seperti di kota mekah dan madinah, muka2 arab kelihatan dimana-mana. Walaubagaimanapun penduduk kota Dubai ni kebanyakkannya adalah pendatang. Hanya segelintir sahaja penduduk asal. 

Kami segera menuju ke Hotel yg telah di booking melalui booking.com tapi malangnya tiada bilik tersedia seperti yg telah dibooking. Keadaan menjadi sedikit haru-biru, dalam keadaan penat & kebanyakkan bilik hotel telah penuh kami mendapatkan bantuan daripada seorang hamba Allah yg sudi membantu kami dengan membawa ke hotel berdekatan. Alhamdulillah masih ade 1 bilik untuk kami. Tetapi harga sedikit tinggi berbanding harga penginapan yang telah kami booking sebelum ni. Hmm tak mengapalah, aku setuju je, dah tak larat nk mencari tempat lain. Ape yg aku tau, aku nk mandi & tido. Bangsa arab ni mmg jenis tak makan saman. Even kite dah booking pun boleh dia kasi bilik tu kt customer lain, walaupun tiada bayaran dikenakan tetapi attitude yg tidak sepatutnya dipraktikkan. Macam2 perangai manusia ni. Apepun semuanya baik-baik belaka. Hanya sedikit dugaan shj. Adatlah bermusafir ke negara org.



inilah bilik penginapan kami yang berharga hampir 300 dirham per nite. Hmm bolehla sekadar buat letak kepala & solat dengan selesa. 



Station Metro yang superb modern, bersih & sgt effisien. Selang beberapa minit train akan sampai. I like ... :)




Lokasi Diera City yang dipisahkan oleh sungai, untuk ke Dubai Mall or Diera City centre kami terpaksa menaiki Train selama 15 minit shj. Tempat2 makan yg lebih selesa kebanyakkannya berada di city centre. Kat Area Souk tu bukan xde kedai makan, cume keadaan pasar yg sedikit tidak terurus bimbang kene keracunan makanan plak nnt. Biasalah, dah nama pasar sama je kt mana2 pun. 


Seawal jam 8 pagi kami telah bersiap untuk pusing2 sekitar kota Diera sambil mencari makanan. Cuaca yang agak dingin membuatkan keselesaan untuk menapak lebih jauh seperti tidak terasa letih. mungkin juga kerana keterujaan untuk menelusuri bandar-bandar yang famous dengan aktiviti shopping untuk kaki-kaki shopping. Cuaca yang sedikit sejuk itu menjadi semakin sejuk bile hujan mula membasahi bumi. pagi2 lagi dah hujan, basah jugakla jaket nipisku. 



Suasana pagi di Diera city yang berdekatan dengan Gold Souk & juga Spice Souk. Tengok keadaan jalan yg basah, menunjukkan hujan baru shj membasahi bumi Dubai, mengikut kata seorang sahabat yg kami temui, Lebih setahun hujan tidak turun di bumi Dubai ni, Alhamdulillah pagi tu tiba2 hujan turun dengan lebatnya, mungkin juga Hujan Rahmat. Terasa seperti hujan2 yg turun itu menyambut kedatangan kami di bumi bertuah ini. Allahuahkbar. Semoga segala urusan menemui jalan terbaik... 


Sementara menunggu hujan sedikit reda, kami singgah di kedai rempah sekitar spice souk. harga kekacang sedikit murah dari pasaran Malaysia. Tapi xdelah murah sgt. Sekadar nk beli untuk bawak balik Pistachio tu bolehla. Harga sekitar 45 AED per kilo. Oklaa.. murah sikitlaa.. klu kt Mesia dalam RM75/kg. Aku hanya beli beberapa gram, hanya untuk makan2 sepanjang perjalanan shj. 




Akhirnya kami tiba di sebuah kedai di tengah2 kota Diera, hanya kedai ni shj yg bukak, kedai2 lain belum bukak lg. so kami lepaklah kt sini, niat di hati nk order nasi tp malangnya belum tersedia lagi menu berat ketika itu. yg ada hanya roti. Hmm roti pun rotilah labu. dah penat berjalan ni, nk isi perut pulaklaa.. nnt tengah hari nk g round kedai ke kedai plak. Ada pitam kelaparan sat g. Maka menu sarapan kami adalah Roti Bangala. Ya Allah sikit punye besar roti dia, siap kami berkongsi sekeping roti. itupun xhabis nk makan. Aku ingatkan saiz roti canai kt kedai mamak kt Mesia. rupenya besar yg amat... hihihihi... 


Kuah kacang dal sikit punye pekat. mmg xkene dengan selera aku, lain bebenor rasa dia. Just kunyah & telan jelaa. sekadar buat alas perut shj. Dalam hujan renyai2, best jugak lepak berdua-duaan kt situ. Dah macam org bujang plak yea, syok je jalan sama2. selalu hubby kene dukung Nuha. So xde can nak romantik2, hehehe... apepun hati tetap rindu kt anak ibu. InsyaAllah nnt ibu bawak kakak dtg yea syg. 



Cerita di Pasar Emas akan bersambung nnt. dah lewat malam pun, esok nk g kerja plak. Sambung cerita malam esok pulak laa. Assalamualaikum & salam Jumaat. 










Ahad, 28 Disember 2014

Bila Ada Yg Curah Minyak Di Jalanraya !

Pada awal Disember haritu my hubby terlibat dalam kemalangan jalanraya gara-gara sikap tidak bertanggungjawab manusia yg mencurah minyak di atas jalan. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5.30 ptg ketika perjalanan balik dari tempat kerja. Pada mulanya hubby janji nk dtg temankan aku berBekam di Seksyen 7 Bangi. Tunggu punye tunggu Xsampai2, sampai aku sudah Bekam pun hubby masih Xnampak batang hidung...Pada mulanya mmgla ada sedikit rasa sakit hati disitu. Dah janji tapi xdtg. After aku dah siap semua jam dah 6.45 ptg. Aku balik terus ke rumah tanpa merasa sesuatu yg pelik. Selalu aku akan call hubby dan membebel sebakul dua, tp masa tu entah knp mood mcm xkisah, xpela xdtg pun. Coz hubby mmg selalu janji entah ape2, bukan boleh pegang sgt janji dia tu, bak kate org, dengar boleh percaya tu ..so..so..so.. jela. nak buat camne mmg sibuk memanjang, dan2 tu ade je kerjenya. Aku dah lali dah dengan alasan dia, kerje dan kerje dan kerje. Paling kuat pun aku mogok xmasak je sehari hihihihi... lepas perasaan kejap, pastu okla. Jarang angin lama2.

Diringkaskan cerita masa aku sampai depan pagar rumah kelibat motor hubby pun xnampak, aiisshh xkan xsampai2 lg kot pakcik ni, dah kul 7 lebih ni. Hujan dah lama berhenti. melencong kemana plak la ni. Hmm... dah mule fikir macam2.... skali jam 7.30mlm dengar motor hubby dah sampai kt bawah. Hmm sampai jugak pakcik ni yea. Aku mandi & solat marghib dulu. Buat2 xtau yg hubby dah balik. Dalm hati tu bengkek je sebenarnya. Tapi masih bertahan. dari jam 4.30ptg janji nak balik alih2 kul 7.30mlm br sampai rumah, mau xangin. tp masa tu xtau cerita lagik..hehehe

My beloved doter Nuha Safiya panggil aku kt bilik atas, "Ibu ...Ibu....Ibu... abi panggil" katanye. aku just jawab ok2 nnt ibu turun. Tak lama kemudian aku turun, skali tgk ape hal dgn Pakcik ni, comot semacam, tangan bercalar balar. "Jatuh motor ke...??"   hubby pun mulakan cerita. rupenya dia tergelincir masa nk amik lap kt Sg.Long. Nasib baik dia sorang2 dia je, xde kenderaan lain masa tu, klu tak Nauzbillah, xsempat aku nk fikir. Terus rasa bersalah fikir yg bukan2 td. Keadaan motor sedikit teruk, hubby luke2 kecil tangan & kaki skit. Nasib baik helmet berkualiti. Tiada kecederaan di muka. Alhamdulillah. Kesian pulak tengok hubby masa tu. Hmm... mlm tu aku jadi nurse la kejap, tolong sapukan ubat & sapu minyak skit. nak urut lebih2 xlarat. nnt aku pulak yg sakit. So aku advice hubby suh g kerje naik kete.Xpela Jammed sikit tu, turunla awal skit. Dalam musim hujan2 ni bahaya naik motor, jalan licin. 

Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana hubby selamat & tiada ape2 berlaku. Sendiri terfikir kalaulah ape2 terjadi kt beloved Pakcik ni. oh... Xtercapai di akalKu untuk memikirkan semua benda tu. Semoga Allah sentisa selamatkan Pakcik syg daripada sebarang malapetaka buruk & Mudah2n U panjang umur yunk. I Love U....muhahaha...