Ahad, 5 Mac 2017

Rupanya Semut Agent Pembersih

Sepanjang lebih 30 tahun aku hidup atas dunia ni, baru sekarang aku tahu yang semut tu adalah agen pembersih. Selalunya kalau rumah kita tidak bersih maka semut akan datang, contohnya kalau nasi tumpah atas carpet or lantai nanti sekumpulan semut pasti akan datang. Mereka datang untuk angkut sisa makanan untuk bekalan mereka.

Aku dapat info ni dari seorang hamba Allah ni, bagus betul maklumat tu kan. Tak pernah terpikir dek akal ku yang waras ni. (Maka mohonlah kesabaran yang banyak bila korang berhadapan dengan manusia seperti ini)

So moral of the story, sila bergembira dengan kehadiran semut2 & tak perlu bersusah payah nak mop lantai bagai jika makanan tumpah, biarkan saja semut2 datang bersihkan. (Statement tak boleh blah... untuk manusia yang pemalas nak kemas rumah or main tangkap muat buat kerja rumah, bila ditegur maka keluarlah statement entah ape2 yang tak masuk akal) lagi bagus kan kalau semut2 tu dapat cuci pinggan mangkuk or angkut sekali dengan pinggan2. Jimat sabun cuci pinggan. Lepas tu sila duduk bawah pokok beralaskan daun pisang or tempurung untuk makan nasi, after dh makan boleh terus humban dalam tong sampah. Mudahkan ?