Memaparkan catatan dengan label Kurniaan Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurniaan Allah. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mac 2020

Selamat Jalan Kuda Kesayanganku 😢



Hari ini, 10 Mac 2020 adalah hari terakhir aku bersama kereta kesayanganku, hampir 9 tahun dia menemaniku dalam banyak perkara, membawaku ke mana2 saja. Walaupun kuasa kudanya tidaklah sehebat mana, tapi dia banyak berjasa untukku & juga keluarga. Panjat bukit Raub ke kebun durian, jadi pengangkut tile & 2x jadi Lori pengangkut barang2 pindah rumah. Segala mak nenek aku letak dlm bonet.


Adik kakak 💖



Beberapa kali juga masuk longkang gara2 rabun ayam sampai tercabut fog lamp. Tapi tetap sihat sejahtera tanpa buat sebarang akal. Aku sangat gembira sepanjang memilikinya. Berkat betul kereta ni. 


Aku cuci sendiri tengah hari tadi, walaupun cuaca panas terik, sampai bercucuran peluh. Tapi aku puas hati, ia sebagai kenangan terakhir untuk aku ingat. Aku ni memang kuat sentimental. Walaupun nampak macam kasar je tapi aku ni adalah seorang yang sangat rapuh hatinya. Kuat sentaplah pendek cerita. Tapi tak nampak sangat sebab aku selalu simpan dalam hati. 


Banyak kenangan dalam kabin ni


Bergambar di hari2 terakhir bersama vios... 😭😭😭 Sedih sangat rasa sebenarnya. 


Nuha & Umar kat belakang, Auliya tido kat depan. Kekenyangan makan kuih. 


Nuha sekarang dah darjah 2, Kete ni aku beli masa Nuha Safiya 4 bulan dalam kandungan. Beli di Alor Setar Kedah, masa tu aku duduk dalam mess pegawai. Sebelum beli vios ni aku pakai Myvi kelabu. Myvi tu aku kasi kat adik aku sambung bayar sejak jan 2012. Banyak juga kenangan Myvi tu dalam hidup aku & arwah Umi.


Masa ni g beli kuih kat Uniten, pusing2 amik feel sebelum petang nanti Tuan baru datang ambik. Umar umur almost 4 bulan. 

Sedih rasanya melepaskan dia ke tangan orang lain, terasa benar kesedihan di hati saat menyerahkan kunci & geran kepada owner baru. Sayu je rasa hati. Hubby hanya gelakkan aku, dia tu bukan faham pun perasaan aku ni. Setiap Barang2 atau ape saja yang pernah aku jaga mesti ada hubungan hati yang kuat dalam jiwa aku ni. Bila hilang atau diambil orang aku memang akan terasa berat untuk menerimanya. Tapi apakan daya. Hidup ini sifatnya adalah sementara. Semuanya hanyalah pinjaman dari Allah.  Semoga Engkau baik2 saja bersama Tuan barumu.

Alasan aku melepaskan vios tu adalah kerana terlalu banyak kereta yang bersusun di luar pagar. Yang betul2 aku pakai sebiji je, yang Lain2 tu tak tahu nak cakap. Jauh di dalam hati aku terfikir, jika aku mati & bertemu Allah nanti, ape aku nak jawab. Kerana setiap harta yang kita miliki tetapi tidak kita gunakan itu bermakna kita telah berlaku khianat & membazirkan harta. Ia adalah sikap yang tidak baik & paling nyata ia membawa dosa. Allahurobbi...


Selamat Jalan kudaku, sampai di sini saja kita bersama. Segala suka duka, akan tetap tersemat utuh di memoriku. Semoga Engkau gembira bersama Tuan barumu. 

I'll Miss You... 



Isnin, 16 Disember 2019

3rd born :: Part 2 :: Khalifah Kecil Yang Dinanti 💖

Bersambung...


Pada tarikh 17 November 19, lebih kurang jam 9 malam aku mengalami contraction yang agak kuat, berselimut habis seluruh badan dibuatnya. Walaupun contraction agak kuat tapi aturannya tak sekata, jadi aku tak nak ke hospital lagi, kalau belum betul2 keluar tanda nak bersalin memang buat penat je menunggu kat bilik rawatan tu. Tahan sakit kat rumah jela dulu, selalunya kalau sakit tak sekata ni, nanti dalam 2 - 3 jam camtu hilanglah. Tapi kali ni, Tunggu punya tunggu sampai ke pagi juga sakit tu melanda tak hilang cumanya rasa sakit tu sedikit berkurang. 

Malam tu, aku dah call my little brother Sadiq yang study kat UKM untuk datang tidur kat rumah, bimbang juga Jika air ketuban pecah awal2 pagi, sekurang2nya boleh la dia tengok2kan Budak2 ni kat rumah sementara hubby hantarkan aku ke hospital. Opah pun dah pesan, budak2 tu hantar jela kat rumah dia kalau nak pergi hospital, tapi aku malas nak hantar diorang rumah Opah, biar jela diorang duk rumah, lagipun bukan dekat2 juga nak pergi ke Pelangi Semenyih 2 pastu nak patah balik ke Putrajaya pulak, silap hari bulan boleh terberanak dalam kereta nanti. So pilihan terbaik minta paksu diorang je yang jaga sekejap. Seboleh2nya aku tak nak menyusahkan sesiapa. That's my attitude, mungkin terikut2 perangai arwah ummi. Selagi boleh tanggung sendiri, diam2 sendiri sudah. 

Lepas subuh tu, sakit dah semakin berkurang, aku terpaksa solat Subuh di kerusi kerana keadaan kaki yang semakin membengkak, dah macam kaki gergasi aku rasa, nak angkat pun rasa berat semacam. Banyak pulak sakit yang datang untuk pregnancy kali ke 3 ni. Dulu tak pernah2 pun aku mengalami bengkak kaki seteruk ni, walhal masa tu aku berkerja, lagi banyak bergerak ke sana ke mari & panjat tangga bertingkat2 untuk building inspection. Sekarang duk rumah je pun, mungkin faktor usia yang semakin meningkat agaknya. Aduhaai dah semakin tua rupanya. Betullah kata orang, lain anak, lain ragamnya, makin tua makin banyak risiko nak mengandung. Moga Anak2 ibu menjadi penyejuk mata & penenang hati ibu ye. Amin.

Pagi2, kat rumah ni mesti ada sarapan, paling simple pun roti & telur goreng atau Telur separuh masak, tapi aku da tak larat nak prepare-kan sarapan, jadi aku minta hubby belikan roti canai kat luar je. Kebetulan haritu, semua kedai roti canai yang biasa kitorang makan tutup pulak, sian hubby, sampai ke Jenderam Hilir dia pusing cari kedai roti canai. Nasib baik ada kedai yang bukak, sempatlah aku bantai 2 roti canai kosong & separuh roti telur. Walaupun aku tau berat baby  semakin bertambah tapi nafsu makan tetap maintain... Hihihi

Tak lama lepas makan tu, contraction datang lagi, Oleh kerana sakit sudah berlarutan dari semalam jadi hubby cakap better-lah ke hospital terus. Jadi kami bersiap2 pagi tu untuk ke HPJ. Sebaik masuk ke bilik rawatan, aku di minta untuk berbaring di bed untuk cex jantung baby & tekanan darah. 


Alhamdulillah jantung baby ok, cuma tekanan darah aku agak tinggi sampai 150, tak pernah2 tekanan darah aku naik setinggi tu, Nurse ingatkan aku ada darah tinggi sebelum ni, bila dia cek buku merah OK je katanya. Mungkin sebab aku sakit dari semalam & tak cukup tidur menjadi punca tekanan darah naik mendadak. Nurse suruh berehat dulu, nanti dia datang balik untuk amik bacaan lagi. 

Tak lama kemudian datanglah doktor untuk cex laluan... "dah bukak laluan 3cm" katanya. Kemudian aku dipanggil masuk ke bilik lain untuk scan Baby. Part paling menyeramkan adalah bila doktor cakap saiz baby awak ni besar ni, est 3.9kg !!! Awak kene operate ni. Terus rasa sebak sampai ke dada, terkedu seketika, perkara yang paling aku tak nak dengar akhirnya semakin dekat & hampir menjadi kenyataan. Doktor tanya saiz baby sebelum ni berapa kilo. Aku bagitaulah Nuha 3.25 kg dan Auliya cuma 3.0 kg, setakat ni belum Ada yg lebih 3.50 kg. Nampaknya peluang untuk operate semakin tinggi. Doktor minta aku panggil hubby masuk untuk memberitahu keadaan aku dan seterusnya membuat keputusan dalam tempoh setengah jam sebab bukaan sudah 3cm, anytime aku boleh bersalin. 

Setelah mendengar penjelasan doktor, Hubby bersetuju untuk aku menjalankan operation, tapi aku masih lagi blur & tak dapat berfikir secara waras apa yang perlu aku buat, apekah hanya bersetuju untuk jalankan operation atau sebaliknya. Dari penjelasan yang diberikan kedua-dua procedure samada operation atau normal masing2 mempunyai risiko yang tinggi untuk aku. Kerana slip disk aku berada pada L4/L5 maka bius separuh badan tidak dapat dilakukan, Oleh itu aku terpaksa dibius sepenuhnya. Kemudian dengan history low blood pressure & darah cair pula, kemungkinan untuk aku sedar selepas operation & juga tempoh untuk pulih sepenuhnya mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Aku mungkin berada di wad sekurang2nya seminggu ke 2 minggu atau lebih, bergantung kepada tahap pemulihan. Tetapi jika aku memilih untuk bersalin normal pula, risiko untuk baby tersangkut bahu adalah tinggi, kerana bahu baby adalah besar dari biasa untuk ibu yang ada kencing manis kata doktor. Risiko untuk baby lemas & kemungkinan ibu mengalami tumpah darah juga sangat tinggi.

Dua orang doktor consult aku masa tu. Operation akan dilakukan segera jika aku bersetuju & sign surat kebenaran. Walaubagaimanapun aku minta sedikit masa untuk melakukan solat istikharah sebelum apa2 keputusan dibuat. Jam masa tu menunjukkan 12.30 T/hari. Doktor minta aku solat di biliknya saja.

Sebaik saja mengangkat takbir, airmataku berguguran deras bak hujan yang turun sepertinya saat itu adalah saat2 terakhir dalam hidupku. Sedih, takut, putus harapan, semua perasaan itu berhimpun di dadaku. Kini aku serahkan segala pengharapan hanya kepada Dia, bantulah ya Allah. Terasa sungguh lemah & tiada upaya diriku atas segala takdir yang bakal dilalui. Istikharah itu adalah solat yang paling indah dalam hidup, sebulat tekad & harapan hanya mengharapkan belas ehsan daripadaNYA semata-mata. Seusai bangun dari sujud setelah segalanya aku luahkan kepada DIA, sungguh terasa sebuah ketenangan & semangat diri tiba2 hinggap di jiwaku. Allahurobbi sesungguhnya DIA Maha Mendengar & Maha Mengasihani kepada setiap hamba2NYA.

Azan zuhur pula berkumandang, aku bangun dan terus solat zuhur. Mana lah tau jika itu adalah solat zuhurku yang terakhir. Nurse beberapa kali memanggil namaku dari luar. Selepas solat aku keluar & bertemu doktor. Dengan penuh yakin aku menjawab pertanyaan doktor. Jawabku tenang "Saya rasa, saya boleh bersalin normal & saya nak bersalin normal" doktor tanya aku beberapa kali "are you sure?" Dan jawapan aku tetap sama. Kemudian dia menepuk bahuku dan berkata "Good Luck" sambil tersenyum dan berlalu keluar.

Kemudian doktor pelatih mengarahkan nurse untuk mengambil darahku & juga memasang line di tangan kerana aku akan terus ke wad.


Sambil mencucuk jarum ke tangan kiriku, sempat lagi nurse memberikan kata2 semangat untuk aku, kerana tadi, dia pun Ada bersama ketika aku memberitahu doktor yang aku decide untuk bersalin normal.

Kata dia "Allah yang berikan semua pada kita puan, susah pun dari Allah, mudah pun dari Allah, InsyaAllah kalau puan yakin puan boleh bersalin normal InsyaAllah boleh, kita ni ibu, Allah bagi kita hati untuk kita rasa, ikutlah apa kata hati puan, selebihnya berserahlah pada Allah".

Kata2nya itu ringkas tetapi begitu dalam maknanya, ia benar2 membuatkan hati aku bertambah teguh dengan keputusan yang aku lakukan, sepertinya Allah  sedang menghantarkan mesej melalui hambanya untuk disampaikan kepadaku bagi menjawab segala luahan dalam istikharahku sebentar tadi. Allahurobi. Sesungguhnya Engkau dekat! 

"Nikmat Tuhanmu yang mana lagi, yang ingin engkau dustakan?"

                                 
My katil 


Warded 18/11/2019 @ 2pm


View SPRM dari tingkap bilik


Ok juga bilik berdua ni. My Roommate ni Chinese yg sangat peramah & petah berbahasa Melayu. Kandungan dia pun sudah masuk 39 minggu tetapi saiz baby pula agak kecil estimate hanya 2.50 kg saja. 


Depan tu toilet, sangat dekatkan 👍


Perabut yang disediakan di bilik. 

Sekitar jam 2pm aku di tolak naik ke wad bersalin di blok D. Memandangkan bilik single full, Yang available hanya bilik berdua. Maka aku di masukkan di katil di tepi tingkap. Akhirnya perancangan Allah tu mengatasi segala kehendaki kita, mungkin itulah yang terbaik, aku dah malas nak fikir apa2 lagi. 


Kuih minum petang pertama di wad. 

Tak lama kemudian, Hubby naik hantarkan Barang2, beg & sebungkus nasi kandar LAN Kedah. Dari senyuman hubby tu, aku tau dia sangat faham yang isteri dia ni cekal hatinya & kuat tekadnya. Terima kasih kerana sangat memahami. Kami berbual seketika, menguatkan hati atas segala kemungkinan & risiko yang bakal aku lalui. sebelum balik aku minta hubby doakan moga dipermudahkan segala urusan & memohon maaf atas segala kesilapan selama ini. Kita ini hanyalah seorang manusia yang serba kekurangan. 

Petang tu beberapa orang doktor yang bertugas di wad datang lagi. Bertanya keadaan aku & explain benda yang sama juga. Mungkin doktor nak aku hadam secukupnya segala risiko yang bakal dihadapi jika aku tetap dengan keputusan untuk bersalin secara normal. Aku just dengar  je dan kemudian memberi jawapan yang sama. 

Lebih kurang 6.30 ptg hubby sampai. dengan bawak air kelapa sebotol & juga barang2 keperluan. Hujan renyai2 petang tu, hubby datang dengan motor, Nuha & Nufa tinggal kat rumah je berdua. Aku sempat buat video call kat diorang, mula2 tu  si kecik Nufa happy je nampak, tengok cerita karton Umar Hana sambil makan ayam goreng dengan kakak dia, tapi tak lama Lepas tu sedih pulak dia, menangis teresak-esak sampai berjejeh hingus keluar. Ya Allah sayu je hati ibu ni rasa. Ibu pun sedih tinggalkan adik, ibu doakan  moga semuanya selamat & ibu cepat2 bersalin & dapat balik rumah dengan baby skali.

Bila dah tengok Nufa makin lama menangis tak henti-henti sampai teresak-esak, aku suh hubby balik dulu, kesian dia, nanti demam susah pulak, sudahnya memang demam pun si kecik tu. Tak pernah lagi aku tinggalkan dia sejak dari kecik. Inilah 1st time kene tinggal, baru beberapa jam kene tinggal terus demam anak ibu.

Nuha pun cakap dia sedih juga, rindu kat ibu, tak best bila ibu takde katanya. Siap wasap ibu lagi. Tiba2 ibu pulak yang rasa nak menangis.


Perasaan yang serupa hadir ketika malam pertama arwah Umi tiada (Dejavu), Aku masih ingat bila aku tidur sambil memeluk baju arwah yang belum dicuci. Semua orang marah kepadaku masa tu, Opah pun sama, tapi Mereka tidak tahu ape yang aku rasa, aku cume menangis sendiri menahan rindu yang tak terluah, tanpa bebicara dengan sesiapapun. Arwah ummi adalah teman yang paling rapat, terlalu awal dia meninggalkan aku, walaupun sudah bersuami, tetapi aku tetap inginkan arwah ummi ada bersamaku hingga ke hari tua ku. Tetapi aturan Allah mengatasi segala kehendak kita. 

Walaupun kadang2 perangai Nuha tu buat ibu rasa geram je tapi most of the time Nuha banyak tolong ibu jagakan adik Nufa. Tolong suapkan adik makan Walaupun selalu usik adik sampai tumpah segala makanan atas lantai. Selalu juga tolong ibu cuci pinggan mangkuk Walaupun 1000x nak kene ibu ingatkan "Nuha, sudah makan tu cuci pinggan, lap meja" selalu juga tolong ibu vacum rumah & sidaikan baju Walaupun senget benget & bergumpal2. Ibu hargai semua yang Nuha buat, ibu doakan semoga hidup Nuha sentiasa dalam Rahmat & pemeliharaan Allah & jadi hamba Allah yang Solehah serta dipermudahkan segala urusan dunia & Akhirat. 

Sekitar jam 10 malam aku dah bersiap2 nak tidur, tiba2 datang pula beberapa orang nurse, doktor & surgeons yang bertugas malam tu. Dia bertanya keadaan aku & keputusan akhir samada nak operation atau normal. Tapi cara penerangan yang diberi 50/50, tidak terlalu mendesak untuk melakukan operation  & tidak pula menghalang untuk aku cuba bersalin normal.

Doc pakar tu cakap "kite beri peluang untuk puan cuba bersalin normal jika kita tengok tiada progress yang baik, kita akan buat emergency ceaser katanya. Puan solat & berdoalah mudah2n selamat bersalin dengan baik, sujud lama2" katanya. Aku hanya senyum & menyambut nasihat doktor pakar tu dengan ucapan terima kasih. 

Sebelum tidur aku call hubby, bagitau apa yang surgeons bagitau, hubby pun yakinkan aku InsyaAllah boleh bersalin normal. Alhamdulillah bertambah lega hati mendengarnya. Opah & Maksu pun ada call juga malam tu. Banyak nasihat & kata2 semangat yang diberikan. Syukur ke hadrat Allah Kerana hadirkan untukku insan2 yang sangat prihatin & sentiasa support atas setiap perkara, dalam susah mahupun senang. 

Sekitar jam 11.20pm, aku mulai berasa sakit (mild contraction), sambil berbaring di bed tu aku berbisik perlahan kepada diri sendiri "Malam ini, aku maafkan semua kesalahan manusia terhadapku, samada kesalahan kecil mahupun besar, aku halalkan segala hutang2 Mereka yang berhutang kepadaku, keranaMU , Ya Allah ampunkanlah aku & permudahkanlah urusanku"

Kemudian nurse datang untuk mengambil tekanan darah. Tengok keadaan aku tu nurse dah agak aku sedang menahan sakit. Dia pun duduk di sebelah aku sambil meletakkan tangannya ke perut. "Agak kuat juga contraction ni, dah lama ke sakit ni?"  Tanya nurse kepadaku, "Baru je sakit, tapi masih boleh tahan" jawabku ringkas, tak sampai beberapa minit tiba2 rasa sakit mendadak kuat & air ketuban pecah "poop".

Nurse yang tadi tu terus memanggil rakan2 yang lain, dia terus cek laluan. Dah terbuka 5cm katanya, kemudian nurse yang cex laluan tadi cakap dia akan bantu aku untuk mudahkan bersalin, pastu dia masukkan jari sekali lagi kat dalam & twist, ya Allah sakit macam kene gunting hidup2, bercucur darah atas bed, ubat berak pun dicucuk kat bontot, terus rasa nak berak tapi bila masuk duduk nak berak, tak keluar ape2 pun, nurse tu boleh pulak tunggu aku nak berak kat dlm toilet, tapi aku minta dia tunggu kat luar je, 2 - 3x aku minta dia tunggu di luar, barulah dia keluar, katanya risau tinggalkan aku dalam sorang2, takut bersalin kat toilet. Tqvm nurse atas keprihatinan anda. 

Lebih kurang jam 12 pagi aku di tolak ke labor room. Sambil tolak tu, nurse bacakan doa nabi Yunus berulang2 kali. Bagus2 nurse yang bertugas malam tu, baik2 semuanya. 

Sampai je di labor room, aku kena baring untuk cex laluan lagi, ok dah 6cm. Hubby belum sampai lagi, sebelum turun ke labor room tadi aku dah call hubby bagitau yang aku da nak masuk labor room. Mungkin hubby tunggu Sadiq sampai rumah dulu coz anak2 dah tidur.

Rasa sakit sebenar bersalin telah datang,  Allahurobbi terasa berat sakit nya kalini,  aku berpusing ke kiri & ke kanan untuk betulkan kedudukan pinggang & tulang belakang yang semakin menekan kuat.

Nurse bagitau aku supaya sedut benda macam mask tu kalau sakit sangat. Tapi aku hanya menggelengkan kepala. Takpelah aku nak menikmati rasa sakit ni walaupun hanya Allah saja yang tau bebannya. Dalam menahan sakit yang tiba2 datang tu, aku dapat rasakan baby sudah mulai turun ke bawah. Aku bagitau nurse baby dah turun bawah. Pastu nurse cek, bukan dah 10cm Dan kepala baby dah nampak. Maka menjerit2lah nurse tu panggil doktor, sebab kes aku ni mesti doktor yang lead & beri order. Nurse2 duduk dikeliling katil kiri & kanan, Ada yang pegang kaki, Ada yang berikan kata2 semangat untuk aku push baby keluar, tapi aku dah letih sangat, rasa seperti baby tak bergerak keluar pun, dalam riuh rendah suara nurse tu, aku terdengar suara hubby "Yunk kepala baby dah keluar tu yunk, push sikit lagi, push sikit je lagi" oh hubby da sampai rupanya.

Sepertinya masih ada sisa tenaga yang tinggal, walaupun tadi sudah terasa totally out, aku kuatkan juga push untuk ke sekian kalinya, sambil menyebut Allahuakbar!!! tiba2 pandanganku terasa gelap & aku tidak tahu apa yang terjadi, jauh dalam hati aku terdetik, aku mati ke? Tiba2 terdengar nurse bertepuk tangan & ucapan tahniah, diiringi tangisan baby. Aku terasa ada tangan yang menggerak-gerakkan bahuku sambil berkata "Alhamdulillah puan, puan dah selamat bersalin ni, Cuba tengok, anak ape ni puan?" Aku buka mata dan jawab perlahan "BOY" kemudian nurse letakkan baby di atas dadaku, tapi aku tak terdaya nak memangku baby, tanganku masih  terasa lemah & longlai, Nurse meminta izin  mengambil baby untuk dibersihkan. Sekilas pandang, kulit anak ibu bersih je, takde lemak putih pun kat badan. 

Tak lama kemudian, Doktor memulakan tugas seterusnya untuk menjahit luka dalaman & luaran yang di bantu oleh nurse. Banyak sungguh jahitan kali ni, ya Allah sakitnya tak tertahan, bagai disiat2 rasanya, walaupun sudah dibius tapi pedih tetap terasa seperti tidak dibius, sampai terangkat badanku setiap kali jarum di tusuk untuk jahitan.


Lepas siap jahitan semua, nurse panggil hubby masuk semula & disediakan segelas milo panas berserta beberapa keping biskut. Tapi aku belum ada kekuatan lagi untuk makan, letih tu masih terasa sampai nak telan air pun terasa lemah. Hanya sedikit saja milo tu aku minum.


Beberapa minit Lepas siap dijahit & Cuba untuk senyum.


Abi azankan baby

Sekitar jam 2.30am, aku di tolak naik ke ward semula dengan membawa baby bersama. Hubby pun dibenarkan masuk sementara waktu. Lebih kurang jam 4.30am barulah hubby balik ke rumah. Aku pula baik2 saja, tak perlu hubby temankan pun, kerana nurse2 yang bertugas Baik2 & sentiasa bersedia memberikan apa saja bantuan bila diperlukan. Kerana bilik terlalu sejuk, nurse minta izin untuk meletakkan baby di bawah warmer. Jadi aku boleh tidur & berehat. Rasa penat bersalin tadi tiba2 hilang, badan rasa baik2 saja, walaupun dapat banyak jahitan kerana saiz baby yang besar tapi aku masih boleh bangun & berjalan dengan baik tanpa rasa sakit yang melampau. 

Tengah hari tu, Opah, Nyah & Cik Jiah datang melawat. Tapi Nyah tak boleh naik sebab kena Jaga budak2 kat bawah. Nuha & Nufa hubby tinggal kan dengan Nyah, sebab Budak2 under 12 tak dibenarkan melawat. Petang tu doktor benarkan aku & baby pulang ke rumah. Semua urusan selesai sekitar jam 7 malam. Alhamdulillah. 


Abi tengah cuci berak baby. Thanks Abi 💖


Nampak kurus pulak Abi masa ni...



Alhamdulillah, Akhirnya Allah swt makbulkan doaku, tepat jam 12.37 pagi. Lahirlah seorang Khalifah kecil ke dunia ini yang diberi Nama Umar Abdulaziz. Dengan berat 3.75 kg. dalam keadaan sihat & sempurna kejadiannya. 

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua doktor & nurse HPJ yang telah membantu saya sepanjang proses kelahiran, sikap staf kesihatan yang begitu berhemah & sangat berdedikasi sepanjang menjalankan tugas amatlah saya harga. Semoga Allah membalas segala kebaikkan anda semua. 









Isnin, 20 November 2017

Prenancy Supplement :: IBERET 500, OBICAL, Multivitamin ELEPRO


Salam Hii semua, entry kali ni just nak share supplement yang aku amik sepanjang kehamilan. Dah lama nk share tapi asyik terlupa je. Harini ada masa skit & kebetulan aku pun sudah kehabisan stok asid folic & baru je membuat pembelian di Lazada tadi. hihihihi... itu yg teringat nak update blog ni. 

Untuk kandungan kali ke-2 ni, aku tak makan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik kesihatan. Kalau masa preggy kt Nuha Safiya dulu aku just consume semua pil2 yang klinik kesihatan kasi je, malas nak fikir untuk beli apa2 ubat tambahan. Tapi kali ni lain pula, mungkin kesedaran tentang kesihatan janin membuatkan aku sedikit aware & ingin memberi yang terbaik untuk kandungan kali ni, maklumlah umur pun dah meningkat, Lagipun sudah hampir 6 tahun berlalu dari masa 1st preggy Nuha dulu. Untuk bekalan Acid Folic, aku menggunakan Iberet 500. Alhamdulillah banyak perubahan yang aku rasa, antaranya kurang berlaku kekejangan kaki & juga tak ada masalah sembelit. Semuanya smooth je. Stok Iberet ni aku beli online di Lazada je. Harga lebih murah berbanding di Farmasi. Sekitar RM26 ke RM28 sekotak untuk 30 biji. Waktu sesuai untuk makan acid folic ni adalah pada waktu pagi selepas sarapan. Selalunya aku akan makan dulu simple2 after dah sejam baru aku makan iberet 500. 


Bagi bekalan sumber Kalsium pula aku menggunakan Obical. Kalsium ni aku ambik masa kandungan mula nak masuk 3 bulan. Mengikut nasihat pakar Obical ni tak sesuai amik ketika kandungan masih di Trimester 1 kerana saiz pil terlalu besar & kandungan masih muda so tak perlukan tambahan kalsium yang banyak. Dipendekkan cerita ibu-ibu boleh consume Obical ni ketika kandungan sudah melepasi 12 minggu yea. Ape perubahan yang aku alami setelah consume obical ni, Alhamdulillah semua gigi masih stabil hingga sekarang, tiada sebarang kekurangan kalsium nampaknya. Kalau compare 1st preggy, masa kandungan sekitar 24 minggu aku sudah mengalami masalah gigi. So sebatang gigi aku terpaksa dikorbankan ketika tu. Kata doktor itu disebabkan oleh kekurangan kalsium dalam badan, sebab janin memerlukan banyak kalsium untuk pembentukkan tulang. Tapi kali ini semuanya baik2 saja. Syukur, memang tak sia-sia aku amik obical ni. Waktu sesuai nak makan kalsium adalah 2 ke 3 jam sebelum tidur malam yea. Kerana penyerapan kalsium oleh badan dapat berlaku dengan baik. Itu apa yang Doktor Pakar kt Britannia tu cakaplah. Selalunya aku akan makan bersama susu segar. After that tidur dengan aman sampai ke pagi. :))  



Extra vitamin yang amik pula adalah Elepro. Multivitamin ni pun aku dapat masa buat check up di Britannia Kajang tu. So aku just gunakan saja. So far Alhamdulillah, tahap kesihatan & juga stamina sedikit baik kali ni. Walaupun ada juga mengalami keletihan tapi yang tu biasalah kan... Dah ke hulu-ke hilir bawak baby dalam perut tu, memang tipu la kalau aku cakap tak letih langsung. Tapi dengan mengambil kedua-dua jenis supplement tu membuatkan aku berasa sedikit kuat & cergas untuk melakukan kerja2 harian. Harga Elepro ni sekitar RM30 sebotol untuk 60 biji. Waktu sesuai untuk makan multivitamin ni adalah pada waktu pagi. Aku selalu makan bersama dengan iberet 500 tu. 

Kepada ibu2 yang masih mencari vitamin yang baik untuk menampung pembesaran kandungan anda bolehla cuba yang ni ya.   



Rabu, 15 November 2017

Zikir Meringankan Beban Hidup


Alhamdulillah, 

Hari ini aku ingin berkongsi dengan kawan2 mengenai keajaiban zikir & mengingati Allah. Amalkanlah untuk sentiasa beristighfar sebanyak 100x sehari paling kurang. Sambil naik kereta, memasak & buat kerja pun boleh. Asalkan mulut tidak ikut berkerja skali. 

Banyak perkara yang telah aku lalui & aku sendiri alami. MasyaAllah hebat sunngguh kuasa Zikir ni. Dari satu kesulitan kepada satu kesulitan yang lain, satu persatu aku hadapi dengan satu keyakinan bahawa Allah itu tidak pernah menzalimi hambanya. Aku sentiasa percaya & yakin bahawa dengan memohon keampunan atas setiap dosa kepada Allah akan memudahkan urusan & meringankan beban hidup & Alhamdulillah ia memang benar2 berlaku terhadap aku. Walau pada perkiraan dunia, aku merasakan bahawa kesulitan itu amat sukar tetapi akhirnya penyelesaian satu persatu merungkaikan setiap permasaalahan hidup & aku kembali tenang. Allah hummaantarobbi...

Setiap manusia ada kelemahan diri, walau sehebat manapun mereka, manusia tetap lemah & banyak kekurangan. Suatu ketika Pernah seorang hamba Allah berniat jahat terhadapku, mungkin dia mulai dengki, bermacam2 perkara yang dilakukan semata-mata untuk menjatuhkan aku & memalukan aku. Tetapi Allah ada. Mereka bukan seorang, tetapi berkumpulan membuat cubaan fitnah kepada-ku. Dan aku tetap percaya, Allah ada bersama-ku. Ya Allah bantulah. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan sambil aku terus menerus beristighfar moga tentera Allah datang membelaku. Yeerr itulah akhirnya yang berlaku. Allah sentiasa mendengar walaupun kita berbisik di dalam hati...  


Allah berfirman 

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri" 

Al-Baqarah : 222

Sesungguhnya syaitan telah berkata "Demi Kemuliaan-Mu ya Allah, aku akan terus menerus menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada (masih hidup) Maka Allah berfirman, " Demi kemuliaan & keagungan-Ku, aku akan sentiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampun (beristighfar) kepada-Ku" 

HR Ahmad & Al-Hakim


Cubalah, InsyaAllah kamu juga akan merasakan sesuatu keajaiban yang tiba-tiba datang. InsyaAllah. Yakin & percayalah bahawa tiada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa Melainkan Dia yaitu ALLAH. 


Salam sejahtera...  





Ahad, 12 November 2017

Little Caliph :: Grand Ihtifal 2017



Pada hari Sabtu haritu, kami ke majlis Grand Ihtifal Little Caliph yang di adakan di Dewan Kejuruteraan UPM Serdang yang berlangsung seawal 8.30am to 12.30pm. Untuk sessi pagi kanak2 cilik yang berusia 4 dan 5 tahun membuat pelbagai persembahan serta menerima pelbagai anugerah prestasi cemerlang untuk sessi pembelajaran 2017. Ini adalah kali pertama aku menyertai anjuran hari konvokesyen Little Caliph. Tahun lepas kami tidak dapat bersama untuk memeriahkan majlis kerana kami sekeluarga bercuti selama sebulan untuk menjayakan trip menjelajah Europe. Tapi sampai harini belum siap2 lagi ceritanya. hihihihi... dah hampir lupa agaknya. Nak kene repeat lagi sekali kot.. hahahaha.

Nuha Safiya berada di kelas KG1(5) untuk tahun ini. Ada beberapa orang kanak2 yang dipilih untuk membuat pelbagai persembahan bagi mewakili kelas masing2. Jumlah pelajar dalam setiap kelas lebih kurang 30 orang. hanya 14 org yang terpilih untuk membuat persembahan dipentas. Pada hari tu Nuha Safiya membuat persembahan tarian cina, nyanyi lagu Raihan "Ching Ai". Bukan main semangat lagi si kecik ni dapat masuk aktiviti tari menari. 





Dah nampak besar sangat anak ibu ni, padahal baru 5 years... Hmmm semoga Allah sentisa menjaga buah hati, intan payung kesayangan ibu ni menuju jalan ke Syurga Firdaus. 






Gambar naik pentas masa amik hadiah tak sempat ibu nak snap... 
simpan dalam kenangan sajalah... 


Sempena hari anugerah tu, Nuha Safiya juga telah terpilih sebagai Best Reading Siri Cepat Baca untuk kelas KG1(5). Tahniah anak ibu ... !!! Dua hari sebelum Grand Ihtifal berlangsung Teacher Lin dah mesej kat ibu. Tak sangka pulak semek kecik yang kuat main HP ni boleh dapat anugerah. Apepun semoga menjadi semangat untuk terus belajar dengan rajin & cemerlang pada masa akan datang. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dari kecik tak di ajar semangat membaca & menuntut ilmu bila dah masuk sekolah nanti budak2 ni jadi malas nak belajar serta kurang motivasi diri. Tapi dari pemerhatian ibu, Nuha Safiya ni rajin belajar, kadang2 tak perlu disuruh pun dia suka ulangkaji semula apa yang telah di baca bersama guru di tadika. Alhamdulillah semoga terus istiqomah sayang.

Hari Konvokesyen Little Caliph ni telah di gabung sekali bersama dengan Little Caliph dari Bandar Tun Hussien Onn. So sedikit meriahla sambutan-nya. Apepun semoga Little Caliph terus cemerlang & berjaya membentuk anak2 kecil ini menjadi manusia yang berjiwa murni & mengenal Allah. 

Belum sempat habis Majlis Nuha dah tanya ibu, "Ibu..Ibu... Ibu nak kasi hadiah ape kat Nuha ni ?" hihihihi.... Ibu dah 2 hari lepas pikir nak beli hadiah apelaa pulak kt si kecik ni. Nak celebrate makan2 macam dah selalu sangat makan macam2 so dah jadi macam biasa sangatla pulak. Adoiii... "nanti ibu tengok kat Lazada nak beli hadiah ape" sambil godek2 lazada tiba2 terkeluar gambar kitchen toys tu, terus si kecik jerit, "hahh Nuha nak main masak2la ibu, ibu beli kitchen tu pun boleh untuk Nuha" hihihihi... iyelaa nanti ibu belikan. Oh anak... kadang2 membuatkan hati terasa syahdu & terbelai indah, kadang2 buat jiwa rasa tidak keruan. Hmm sesungguhnya harta & anak2 tidak lain hanyalah perhiasan dunia yang sementara. Semoga dirimu terdidik dengan akhlak & peribadi yang Mulia anak-ku. 


  


Selasa, 22 Ogos 2017

Salam Aidil Adha 1439H


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup & bernafas dibumi Allah yang sementara ini.  




Coretan ini hanya ingin mengucapkan Selamat Menyambut kedatangan hari raya yang mulia iaitu Aidil Adha yang bakal diraikan pada 1 Sept 2017 kepada semua kawan2 muslimin & muslimat. Walaupun masih ada kekeliruan lagi berkenaan dengan tarikh sebenar, kerana ada ura-ura mengatakan ianya bakal disambut pada 2 Sept 2017 iaitu hari Sabtu bukan 1 sept 2017. Apapun kita tunggu sajalah keputusan muktamad oleh pemegang mohor2 besar. 

Pada Hari Raya Korban ini, perkara paling utama untuk dilakukan adalah menjalankan ibadah korban. Ia adalah tanda kesyukuran & terima kasih kita kepada Allah swt, dan ganjaran pahala yang akan diberikan tidaklah terhitung oleh kita. 

Selain itu juga, kita digalakkan untuk menjaga diri daripada melakukan perkara maksiat & sedaya upaya untuk melakukan sebanyak2 amal kebaikan bermula dari 1 zulhijah hinggalah hari ke 9 Zulhijah, iaitu hari wukuf di Padang arafah. Ganjaran yang dijanjikan Allah adalah lebih besar daripada berjihad. Subhanallah... sama2lah kita memanfaatkan masa & peluang ini untuk manfaat kehidupan akhirat kita di alam sana nanti.

Wallahu'alam 




Ahad, 30 Julai 2017

Orang Baru : Dugaan Trimester Pertama (0-12 Minggu)

Syukur ke hadrat Allah swt atas segala nikmat & kurniaan yang tidak terhingga. Tahun 2017 penuh dengan kejutan. Apepun dugaan & cabaran hidup perlu dilalui dengan tabah & sabar. Hidup dunia adalah medan ujian. Jika ingin berehat tunggulah hingga kaki menjejak ke Syurga. Maka di situlah erti kerehatan yang sebenar. 



(Gambar sekadar hiasan)


Berbalik kepada cerita yang sungguh bermakna yang ingin dikongsi sebagai kenang-kenangan untuk anak2 & juga seluruh keturunan InsyaAllah. Aku mula mendapat tahu berita gembira ini pada akhir minggu ke 2 Ramadhan 1439H. Syukur yang tidak terhingga, kerana kami memang langsung tidak merancang, mungkin sudah fedup untuk planning. So aktiviti berlansung seperti biasa, hanya berharap kepada Allah moga dikurniakan zuriat ke2 suatu masa nanti.

Beberapa minggu sebelum itu aku ada berniat untuk menjaga & membesarkan anak saudara-ku bersama-sama kami. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Aku terpaksa menghantar kembali anak saudara-ku itu pulang ke kampung bersama keluarganya atas sebab2 yang tidak perlu aku ceritakan di sini. 

Walaupun ada sedikit kekecewaan di situ tapi aku lebih bersikap natural. Jauh di dalam hati aku sangat berharap agar dikurniakan anak sebagai teman bermain Nuha Safiya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Dia maha mengetahui. Tanpa disedari ketika anak suadara-ku masih berada bersama kami, telah dikirimkan sebuah jiwa kedalam rahim-ku. Ya Allah.. Ya Rahman... tidak terkata ucapan syukur kami ketika itu. Ramadhan yang mulia membawa khabar gembira buat kami sekeluarga. 

Hari2 dilalui dengan rasa gembira & penuh syukur. Semua kerja berat aku elakkan. Even hendak shopping ke Pasar pun aku tunggu hubby free or hujung minggu. Aku bimbang sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap kandungan-ku yang masih muda. Aku pernah keguguran pada April 2010 ketika itu kandungan-ku mencecah usia 9 minggu. Aku tidak tahu yang aku telah hamil ketika tu, maklumlah 1st time pregnant. Sedar2 bila kaki mula membengkak & aku mengalami sakit kuat dibahagian perut seperti ingin period. Bila aku membuat check up, aku disahkan mengandung. Perasaan gembira hanya seketika kerana pada minggu ke 11 aku terpaksa menjalankan DNC. So kali ni aku lebih berhati-hati. Segalanya dibawah ketentuan DIA. Tetapi sebagai hamba kita juga harus berusaha menjaga diri sendiri. 

Aku mula dilanda Morning sickness seawal minggu ke 5 kehamilan. Emosi mmg tidak menentu, mood happy semua-nya kelaut. Hendak pergi kerja pun malas. Sedang2 elok pulak project sudah nak dapat CCC, aduhaii banyak benda perlu diuruskan & sangat memerlukan tenaga yang cukup untuk aku melakukan semua perkara. Oh tidak... aku rasa nak pengsan setiap kali menjelang waktu tengah hari. Banyak hari juga aku MC & juga amik cuti pada awal kehamilan tu. Sorry Dato' am so sick.

Semua kerja2 memasak diambil alih oleh my hubby. Aku langsung tak boleh hidu bau menumis mahupun menggoreng. Terus menyengat kuat di kepala. Ya Allah memang kuat betul dugaan kehamilan kali ke 3 ni. Dulu masa mengandungkan Nuha aku biasa2 saja. Tapi kali ni memang betul2 terasa kesan kehadiran orang baru. Apa yang mampu hanyalah sabar & terus sabar. Walaupun kadang2 tidak mampu juga aku bersabar. Nuha seringkali mendapat tempias. Budak2, apa yang mereka tahu, bermain, menyanyi, menjerit tanpa ape2 sebab & menyepahkan segala ruang yang ada. Ya Allah itu baru sorang. Tapi bila aku tersedar, aku kembali bawak bertenang & bersabar. 

Nuha juga adalah insan yang paling gembira apabila aku memberitahu dia "Ibu dah ada baby dalam perut ni" setiap hari dia sibuk bertanya bila baby nak keluar. hihihii.. kadang2 dia jugalah yang mengambil air & juga menyapu minyak angin di kepala-ku. SubhanAllah aku kadang terasa sungguh terharu sekali. Kadang2 terasa bersalah juga kerana sering memarahi dia & kurang memahami jiwa kanak2-nya yang masih kecil. Maaf-kan ibu ya kakak. I love u so much.

Ketika memasuki ke minggu ke 6 & ke 7, beberapa kali juga aku dimasukkan ke wad Kecemasan lantaran terlalu mual, muntah & pening berpanjangan. Muntah pun bukan keluar ape. Badan juga penuh dengan angin sekaligus membuatkan keadaan diri aku semakin tidak bermaya. Hubby pula kerap kali amik cuti kerana terpaksa menghantar aku ke hospital mahupun klinik kesihatan. Pengorbanan seorang ibu demi melahirkan seorang hamba Tuhan.

Alhamdulillah Minggu ni adalah minggu terakhir aku berada di Trimester pertama. Minggu depan sudah masuk ke Trimester ke 2. Alhamdulillah, keadaan aku sudah hampir pulih sepenuhnya, hanya kepala saja sedikit pusing & terasa seperti kurang mendapat tidur yang cukup. Selera makan juga bertambah2. Semua seluar kerja-ku sudah mulai sendat & terpaksa membeli pakaian baru yang sesuai dengan keadaan aku. Perut pula sudah mulai naik. Payudara juga membesar bagai juara hihihihi... Bra pun kene beli baru juga. Doa-ku semoga kehamilan ini berjalan dengan baik & aku selamat melahirkan kandungan ke 3 ni dengan sempurna pada Februari 2018 nanti. Semoga anak ibu di sempurna kejadian & diperelokkan akal & akhlak. Jika ada rezeki aku berdoa moga dikurniakan anak lelaki, tapi kehendak Allah itu lebih utama. Kerana dia maha mengetahui mana terbaik untuk hambanya. Bi iznillah :)

Nampaknya segala aktiviti Travelling kami terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga baby dilahirkan. Lepas bersalin pun bukan boleh terus ye..ye.. ye.. kan ? kene tunggu ibu recover & baby kuat dulu, baru boleh kita fikirkan aktiviti penjelajahan yang seterusnya. Travelling kami akan lebih meriah nampaknya nanti. Tak sabar untuk menunggu kehadiran Orang Baru dalam keluarga kami tahun depan. 

2017 adalah tahun yang penuh makna & Rahmat yang tidak terhitung buat kami sekeluarga. Semoga segala kurniaan Allah ini menjadikan kami semakin dekat kepada DIA yang maha Esa serta diberi kekuatan untuk mendidik setiap insan dibawah jagaan kami supaya menjadi hambaNYA yang beriman & mengenal DIA Allah SWT serta sifat2NYA yang Maha Mulia. Ameen Ya Robbal'alamin.




Ahad, 18 Jun 2017

Ke-Syukuran Yang Tidak Terhingga !

Ya Allah, 
Apa lagi yang perlu aku harapkan sementara hidup di dunia ni?
Semua yang aku minta telah dikabulkan Oleh-NYA 
Yang tidak aku minta juga tetap diberikan tanpa aku terduga

Ya Allah,
Tidak terucap sebuah perkataan yang lebih mulia selain mengatakan "ALHAMDULILLAH" sesungguhnya Dia adalah Raja segala Raja, Yang Maha Kaya lagi Maha Memberi

Tahun 2017 adalah tahun yang begitu indah dengan segala bagai cerita & peristiwa. Setiap cerita itu punyai liku-liku yang menguji kekuatan hati & menuntut 1001 kesabaran di dada. Tetapi teruslah bersangka baik dengan-NYA. Kerana Pelangi nan Indah sudah dikirim ke jendela hidup-mu, bersabarlah sedikit lagi. 

Kerana tika engkau menikmati akan indahnya sebuah anugerah itu, barulah engkau terasa betapa kecilnya dugaan yang menuntut sebuah kesabaran jika diberbandingkan dengan Rahmat & kasih sayang yang akan di tebarkan sesudah itu. 


Allahumma Anta Robbi ...



Tahun 2017 tahun rezeki yang melimpah. Alhamdulillah segalanya begitu mudah ditempuhi satu per satu. Seolah2 ada yang datang membantu. Maha Suci Allah yang sentiasa hampir kepada hamba2-NYA. 

Bersihkanlah jiwa, Lapangkanlah hati daripada segala dendam & iri hati. Berdoalah kepada Allah Sang pemilik Alam Buana ini. Dia mampu memberikan apa sahaja kepada-mu, tetapi dengan syarat jadilah hamba2NYA yang bersyukur & berlapang dada. 

Sesungguhnya Dia Maha Memberi & Dia suka-kan hamba2-nya yang suka memberi. Rahmat Allah hanya turun kepada hamba2NYA yang tidak kikir & bermurah hati. 

Believe it Or Not ..??? 

Believe it with whole of your heart !!! 


Isnin, 3 April 2017

Travel :: Jelajah Negara Balkan !

Alhamdulillah, pada setiap kesusahan itu ada kemudahan ...

Homestay kami di Putera Suite @ Putrajaya  mengambil masa hampir 4 bulan untuk di siapkan sepenuhnya. Walaupun masih ada beberapa item dekorasi yang belum sempat aku masukkan, tapi itupun dah macam rumah contoh untuk jualan.. hihihihi... (perasan der). Kos renovasi & segala peralatan untuk homestay telah memakan kos hampir RM30,000 Ringgit Malaysia. Bajet asal hanya RM15,000 dah lama burst. So aktiviti Travel menjadi sedikit suram & terpaksa diperlahankan. Even my HP pun masih pakai galaxy tab yang dah retak 1000 tu. Belum ada bajet untuk pikir pasal beli HP baru semenjak Note 5 aku hilang di IKEA Cheras haritu Boleh bace di sini

Kata orang tua-tua, tidak semua benda boleh kita dapat dalam satu masa. Adakalanya banyak benda yang perlu kita lepaskan untuk memenuhi sesuatu tujuan yang lebih utama. Walau apapun aku sangat bersyukur atas segala rezeki & kurniaan Allah terhadap diriku & keluarga. Hidup di dunia ini hanya sementara, tiada apa yang perlu dibanggakan, hanya cukup sekadar rasa syukur & gembira atas pencapaian diri sendiri yang telah dimakbulkan oleh-NYA Yang Maha Esa. Semua tu hanya pinjaman sementara, ia perlu di urus selia dengan seadanya. Adakalanya ia juga membebankan si pemilik. Maka berhati-hatilah dalam membuat hitungan padanya, moga ia tidak memberi beban di sana nanti. 




Berbalik kepada usul untuk menjelajah ke negara-negara di rantau Balkan untuk tahun 2017 nampaknya mungkin terpaksa di tunda ke tahun 2018. Rencana untuk trip Balkan ini telah di utarakan ketika kami masih dalam pengembaraan di Europe pada 2016 yang lalu. (cerita jelajah Europe pun belum sempat aku update sepenuhnya kerana faktor masa sangat terhad). Negara di rantau Balkan tidaklah semaju negara2 di Benua Eropah, tetapi ia tetap punyai tarikan tersendiri yang aku rasakan sangat unik & indah untuk di terokai sejarah-nya.


Cadangan Route Jelajah ke Rantau Balkan bermula dari :-

1. Istanbul Turkey - Hungary Budapest - Bratislava Slovakia - Vienna Austria - Slovania - Crotia - Bosnia - Montenegro - Kosovo - Macedonia - Albania - Rome Italy

2. Istanbul Turkey - Athens Greece - Albania - Macedonia - Kosovo - Montenegro - Bosnia Crotia - Slovania

Kami mempunyai masa kurang lebih 24/25 hari untuk memenuhi jadual pengembaraan untuk kali ini. Walau bagaimanapun, faktor pengangkutan awam menjadi topik penting untuk kami menjangkau dari satu negara ke negara yang lain. Kali ini kami merancang untuk menggunakan sepenuhnya public transport untuk bergerak. Sewa kereta hanya untuk jelajah dalam lingkungan negara saja. Kami mengambil kira faktor masa yang tidak mengizinkan jika kami memandu sendiri merentasi negara. Ia sudah pasti amat menyeronokkan tetapi faktor keletihan pemandu juga perlu di ambil kira. 

Kepada kengkawan backpakers yang pernah membuat trip ke Balkan mohon kongsikan segala tips & pengalaman anda untuk dirujuk. Cadangan pengembaraan adalah pada hujung tahun 2017 jika keadaan kewangan mengizinkan, jika tidak mungkin terpaksa di postpone hingga ke musim bunga 2018. 

Merencanakan pengembaraan tanpa agen adalah sangat mencabar kekuatan minda serta skill pengurusan masa yang baik. Banyak perkara & kerja perlu dilakukan, tetapi hasil-nya amatlah memberangsangkan. Trip kembara Europe Nov 2016 yang lalu telah di rangka dalam tempoh kurang lebih 4 bulan. Walaubagaimanapun Poket masih tebal masa tu, berbanding 2017 ia sedikit "tight" kerana bajet "Trip Balkan" terpaksa dialihkan untuk bajet "Homestay". Moga dipermudahkan segala tabungan kami InsyaAllah. Moga DIA memberi keizinkan buat kami. Allah-humma... 






Isnin, 28 November 2016

Kembara Europe :: KL to United Kingdom ~ Visit LONDON

Segala puji bagi Allah yang telah memberi ruang & peluang untuk kami melaksanakan misi pengembaraan kami merentasi sempadan beberapa negara Eropah Barat selama lebih 3 minggu. Segala suka duka & jerih perih telah terakam dalam lipatan kenangan kami sekeluarga. Moga Allah swt akan terus memberi peluang untuk kami meneruskan misi penjelajahan ke negara2 Eropah Timur di masa yang akan datang.


  Bergambar seketika semasa transit di Abu Dhabi selama 3 jam, makan-minum, solat jamak & pusing setempat hihihihi



Kami terlupa nak tukar duit AED so tak boleh nak berbelanja sangatlah, beli makanan pun tak, makan bekal yang ade saja. Lagipun harga makanan Ya robbi mahal bebenor. Memang takde mood nak makan. Pizza sekerat pun 25.00 AED !! 



Alhamdulillah ...

Setelah hampir 19 jam perjalanan kami dari KLIA dan transit di Abu Dhabi beberapa jam, akhirnya kami selamat mendarat di Heathrow Airport London pada jam 6.40am (Local time). Suhu ketika kami mendarat adalah sekitar 5 darjah celcius. 



1 jam sebelum mendarat, Nuha dapat hadiah lagi "sister" kasi. hihihi.. suka sangat si kecik dapat macam2 hadiah sepanjang penerbangan. Dapat beg, dapat buku, pencil warna & kad... :))
 
Baru mendarat di Heathrow, dalam bus untuk ke main terminal, muka comot baru bangun tido hihihi :)

Urusan Emigration di UK cukup simple, tidak seperti sesetengah pengalaman bloger yang lain yang rata-rata menceritakan pengalaman yang agak rumit, tapi Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Kami sebenarnya dah bersiap sedia dengan segala jawapan sekiranya di soal siasat oleh Emigration nanti. Ittinerary yang lengkap dengan tarikh & juga tempat tujuan telah siap di print dan di file-kan untuk memudahkan urusan & juga perjalanan, tapi sayang-nya officer tu tak tanya ape pun. Mudah sangat la pulak. hihihihihi...




Terminal 4

 
Heathrow Connect

Dari Heathrow Airport kami ke London menggunakan Heathrow Express Train. Untuk ke terminal Heathrow Express kami terlebih dahulu menaiki Heathrow connect di terminal 4 untuk ke main transport terminal. Kemudian barulah kami mencari arah untuk menaiki Heathrow Express Train. 



Nak jadi cerita hot & spicy sikit pagi2 buta kt London ni, Oyster Card yang sepatutnya kami gunakan untuk menaiki public transport (Metro/Tube/Bus) sepanjang di London nanti telah tertinggal di rumah, Jeng..Jeng..Jeng... So superice you. Hmm person incharge yang bertanggungjawab adalah my hubby a.k.a pakcik. Dah beberapa kali dipesan supaya semua document berkaitan di masukkan ke dalam beg sandang tapi masih juga tercicir barang paling penting. So kenela beli kad baru ya, it costing us about 60gbp (RM330) for both. Habis lagi secuping bajet nak soping, dahla kat KLIA semalam dah kene tibai besar-besaran dengan PTPTN (next entry) Hmm memang terkubur sajalah harapan untuk soping beg aku nampaknya. Uwwaaaaa... 


Heathrow Express otw ke Paddington station :))

Untuk Heathrow Express ticket, kami telah membuat tempahan 14 hari lebih awal sebelum ketibaan. Jadinya harga tiket kami jauh lebih murah berbanding beli di kaunter. Boleh lawati official website Heathrow Express for early booking or view prices & fares. Ada 3 jenis pengangkutan yang boleh membawa korang keluar dari Heathrow Airport untuk ke Kota London antaranya Heathrow Connect, Heathrow Express & Tube. HE adalah paling cepat iaitu hanya 15 minit untuk ke Paddington Station dan harga adalah paling mahal berbanding yang lain jika beli di kauter tiket. Jadi rancanglah perjalanan anda dengan bijak.


Setelah sampai di Paddington Station kami ke kaunter tiket untuk membeli OC yang baru. Tujuan kami seterusnya adalah ke Hotel Penginapan di Hilton Kensington London. 


Setelah naik turun metro & underground tube, akhirnya kami selamat tiba di Hotel lebih kurang jam 9am. Station subway yang berhampiran hotel kami adalah Shepherds Bush.  



Dari station tu kami menapak lebih kurang 5 minit untuk ke Hotel. Alhamdulillah selamat landing, mandi manda & masak sekejap before keluar melihat Kota London. Penat pun tak terasa, semangat membara der... hihihihihi :))



Bekalan makanan yang kami bawa, 1 beg hanya untuk isi makanan sahaja. cukuplah untuk 2 minggu. 

Lupa pulak aku nak cite tentang kelebihan menggunakan OC ni, OC ni macam kad touch & go tu, korang boleh top-up amount menggunakan mesin topup yang banyak terdapat di setiap metro/subway station, dengan menggunakan OC juga korang dapat discount beberapa % untuk setiap tiket metro/subway, so bolehla jimat sikit disitu. Lagi satu maximum charges untuk penggunaan metro/subway adalah 7 GBP shj per day bagi zon 1 hingga zon 4. Jika dah terlajak ke zon 5 or 6 maka maximum charges adalah 9.30 GBP.

Tapi jangan risau, kerana  semua attraction popular yang terdapat di London tu almost dah cover dalam zon 1 - 4. Jika hendak ke Wembley premium outlet dah jadi 9.30 GBP per day kerana ia berada di zon 5 kalau tak silap, tapi memang berbaloi2 ke Wembley ni, harga barang murah gile, tapi stock tak berapa banyak. Apepun sila masukkan dalam list lawatan anda jika ke Kota London confirm tak menyesal. Public transport kat London memang terbaik, cepat & mantap. Tapi tetap juga kene bersesak jika tiba waktu puncak. 



Setelah mengalas perut masing-masing dengan lauk ikan sardin & juga telur rebus yang dibawa dari rumah, kami memulakan langkah pertama ke Trafalgar Square & juga National Gallery of London dan kemudian kami singgah ke London Pass Office untuk collect London Pass kami (2 days Pass) yang berada di sekitar National Gallery. Semua tempat ni berada di underground Station Charing Cross. Tak ada yang menarik sangat pun kt situ, macam ke dataran merdeka or Tugu negara jek cuma special-nya ia berada di tengah2 kota London, so haruslah singgah walau sekejap. 



 National Gallery of London
 





















National Gallery

Semua gambar cerita pasal Jesus rasanya. Gambar tak cukup kain semuanya. Semua lukisan dalam ni adalah hasil seni orang lama2 kot. Aku ni dahla tak reti nak appreciate lukisan2 camni, so kami pusing2 pastu dah , jom kita kluar.  




Inilah rupa Trafalgar Square, kat atas sana macam2 org buat persembahan bagi menarik pelancong untuk bergambar dengan diorang than silalah sediakan duit yea.Kami hanya pusing2 & amik gambar dari jauh jer la. 




Kami kemudian-nya menyambung perjalanan ke Buckingham Palace. Dari station kami menapak sekitar 30 minit untuk sampai. Itupun sebab banyak berhenti layan si kecik kejar burung & main daun. 


  
Menyusuri taman di sekitar Buckingham meninggalkan sebuah kenangan yang begitu bermakna buat kami. Walaupun berada dalam musim luruh tetapi keadaan sekitar taman masih dalam keadaan yang cantik & terjaga. 




Daun2 yang gugur di sapu ke bahu jalan bagi memudahkan laluan pengunjung. Moga menjadi contoh untuk rakyat di Malaysia.




Di Buckingham Palace.  Kami berada di sini selama satu jam lebih. Pusing setempat & bergambar untuk kenangan. Kami datang ni waktu petang so takde aktiviti tukar guard tu la. Tak penting sangatlah nak tengok event "Changing Guard" tu, kat Youtube boleh tengok kot camne. So kami hanya datang untuk tengok tempat & amik feel berada di sekitar Buckingham Palace ni. 



Solat Hajat ke ape 2 beranak ni ..??? layankan ajela

Berdekatan dengan BP ni juga kita boleh ke Hard Rock Cafe. dekat dengan station underground. Tapi kitorang tak masuk pun dalam HRC tu, just tengok dari luar je, coz my hubby dah malas nak masuk, takde ape nk beli katanya. Hmm. Perjalanan kami di teruskan ke PRIMARK. 


Tujuan ke sini adalah untuk beli sedikit baju, sarung tangan, winter coat & apa2 yang patut. Memang murah kt PRIMARK sebab barang2 dia dari China. So harga tu memang mampu milik. Kalau nak beli winter coat anak2, better beli kt sini dari beli kt Malaysia. Banyak design yang cantik2. aku sempat juga sambar  sehelai untuk Nuha. Memikirkan jauh lagik perjalanan kami, jadi aku terpaksa tahan nafsu nak membeli tu. Baju budak2 memang murah. Kualiti pun not Bad.



Harga untuk barang2 tertentu memang jauh lebih murah di PRIMARK berbanding beli di Malaysia. So jika merancang untuk ber-winter di London, sila bershopping barang2 untuk keperluan winter anda di PRIMARK London saja. InsyaAllah menjimatkan.


Setelah berjalan seharian dan destinasi terakhir yang kami singgah adalah PRIMARK, menjelang malam, badan sudah mula terasa lain macam, hari pertama di London terus jalan2. Rasa penat sudah mula terasa, kepala pun dah berpusing semacam. Jadi langkah terbaik kami pulang ke bilik. Kami hanya singgah di TESCO untuk membeli susu segar & buah-buahan. 

Selamat Malam London. Kami beradu dulu. Esok nak sambung jalan2 lagi.