Memaparkan catatan dengan label Hospital. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hospital. Papar semua catatan

Isnin, 16 Disember 2019

3rd born :: Part 2 :: Khalifah Kecil Yang Dinanti 💖

Bersambung...


Pada tarikh 17 November 19, lebih kurang jam 9 malam aku mengalami contraction yang agak kuat, berselimut habis seluruh badan dibuatnya. Walaupun contraction agak kuat tapi aturannya tak sekata, jadi aku tak nak ke hospital lagi, kalau belum betul2 keluar tanda nak bersalin memang buat penat je menunggu kat bilik rawatan tu. Tahan sakit kat rumah jela dulu, selalunya kalau sakit tak sekata ni, nanti dalam 2 - 3 jam camtu hilanglah. Tapi kali ni, Tunggu punya tunggu sampai ke pagi juga sakit tu melanda tak hilang cumanya rasa sakit tu sedikit berkurang. 

Malam tu, aku dah call my little brother Sadiq yang study kat UKM untuk datang tidur kat rumah, bimbang juga Jika air ketuban pecah awal2 pagi, sekurang2nya boleh la dia tengok2kan Budak2 ni kat rumah sementara hubby hantarkan aku ke hospital. Opah pun dah pesan, budak2 tu hantar jela kat rumah dia kalau nak pergi hospital, tapi aku malas nak hantar diorang rumah Opah, biar jela diorang duk rumah, lagipun bukan dekat2 juga nak pergi ke Pelangi Semenyih 2 pastu nak patah balik ke Putrajaya pulak, silap hari bulan boleh terberanak dalam kereta nanti. So pilihan terbaik minta paksu diorang je yang jaga sekejap. Seboleh2nya aku tak nak menyusahkan sesiapa. That's my attitude, mungkin terikut2 perangai arwah ummi. Selagi boleh tanggung sendiri, diam2 sendiri sudah. 

Lepas subuh tu, sakit dah semakin berkurang, aku terpaksa solat Subuh di kerusi kerana keadaan kaki yang semakin membengkak, dah macam kaki gergasi aku rasa, nak angkat pun rasa berat semacam. Banyak pulak sakit yang datang untuk pregnancy kali ke 3 ni. Dulu tak pernah2 pun aku mengalami bengkak kaki seteruk ni, walhal masa tu aku berkerja, lagi banyak bergerak ke sana ke mari & panjat tangga bertingkat2 untuk building inspection. Sekarang duk rumah je pun, mungkin faktor usia yang semakin meningkat agaknya. Aduhaai dah semakin tua rupanya. Betullah kata orang, lain anak, lain ragamnya, makin tua makin banyak risiko nak mengandung. Moga Anak2 ibu menjadi penyejuk mata & penenang hati ibu ye. Amin.

Pagi2, kat rumah ni mesti ada sarapan, paling simple pun roti & telur goreng atau Telur separuh masak, tapi aku da tak larat nak prepare-kan sarapan, jadi aku minta hubby belikan roti canai kat luar je. Kebetulan haritu, semua kedai roti canai yang biasa kitorang makan tutup pulak, sian hubby, sampai ke Jenderam Hilir dia pusing cari kedai roti canai. Nasib baik ada kedai yang bukak, sempatlah aku bantai 2 roti canai kosong & separuh roti telur. Walaupun aku tau berat baby  semakin bertambah tapi nafsu makan tetap maintain... Hihihi

Tak lama lepas makan tu, contraction datang lagi, Oleh kerana sakit sudah berlarutan dari semalam jadi hubby cakap better-lah ke hospital terus. Jadi kami bersiap2 pagi tu untuk ke HPJ. Sebaik masuk ke bilik rawatan, aku di minta untuk berbaring di bed untuk cex jantung baby & tekanan darah. 


Alhamdulillah jantung baby ok, cuma tekanan darah aku agak tinggi sampai 150, tak pernah2 tekanan darah aku naik setinggi tu, Nurse ingatkan aku ada darah tinggi sebelum ni, bila dia cek buku merah OK je katanya. Mungkin sebab aku sakit dari semalam & tak cukup tidur menjadi punca tekanan darah naik mendadak. Nurse suruh berehat dulu, nanti dia datang balik untuk amik bacaan lagi. 

Tak lama kemudian datanglah doktor untuk cex laluan... "dah bukak laluan 3cm" katanya. Kemudian aku dipanggil masuk ke bilik lain untuk scan Baby. Part paling menyeramkan adalah bila doktor cakap saiz baby awak ni besar ni, est 3.9kg !!! Awak kene operate ni. Terus rasa sebak sampai ke dada, terkedu seketika, perkara yang paling aku tak nak dengar akhirnya semakin dekat & hampir menjadi kenyataan. Doktor tanya saiz baby sebelum ni berapa kilo. Aku bagitaulah Nuha 3.25 kg dan Auliya cuma 3.0 kg, setakat ni belum Ada yg lebih 3.50 kg. Nampaknya peluang untuk operate semakin tinggi. Doktor minta aku panggil hubby masuk untuk memberitahu keadaan aku dan seterusnya membuat keputusan dalam tempoh setengah jam sebab bukaan sudah 3cm, anytime aku boleh bersalin. 

Setelah mendengar penjelasan doktor, Hubby bersetuju untuk aku menjalankan operation, tapi aku masih lagi blur & tak dapat berfikir secara waras apa yang perlu aku buat, apekah hanya bersetuju untuk jalankan operation atau sebaliknya. Dari penjelasan yang diberikan kedua-dua procedure samada operation atau normal masing2 mempunyai risiko yang tinggi untuk aku. Kerana slip disk aku berada pada L4/L5 maka bius separuh badan tidak dapat dilakukan, Oleh itu aku terpaksa dibius sepenuhnya. Kemudian dengan history low blood pressure & darah cair pula, kemungkinan untuk aku sedar selepas operation & juga tempoh untuk pulih sepenuhnya mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Aku mungkin berada di wad sekurang2nya seminggu ke 2 minggu atau lebih, bergantung kepada tahap pemulihan. Tetapi jika aku memilih untuk bersalin normal pula, risiko untuk baby tersangkut bahu adalah tinggi, kerana bahu baby adalah besar dari biasa untuk ibu yang ada kencing manis kata doktor. Risiko untuk baby lemas & kemungkinan ibu mengalami tumpah darah juga sangat tinggi.

Dua orang doktor consult aku masa tu. Operation akan dilakukan segera jika aku bersetuju & sign surat kebenaran. Walaubagaimanapun aku minta sedikit masa untuk melakukan solat istikharah sebelum apa2 keputusan dibuat. Jam masa tu menunjukkan 12.30 T/hari. Doktor minta aku solat di biliknya saja.

Sebaik saja mengangkat takbir, airmataku berguguran deras bak hujan yang turun sepertinya saat itu adalah saat2 terakhir dalam hidupku. Sedih, takut, putus harapan, semua perasaan itu berhimpun di dadaku. Kini aku serahkan segala pengharapan hanya kepada Dia, bantulah ya Allah. Terasa sungguh lemah & tiada upaya diriku atas segala takdir yang bakal dilalui. Istikharah itu adalah solat yang paling indah dalam hidup, sebulat tekad & harapan hanya mengharapkan belas ehsan daripadaNYA semata-mata. Seusai bangun dari sujud setelah segalanya aku luahkan kepada DIA, sungguh terasa sebuah ketenangan & semangat diri tiba2 hinggap di jiwaku. Allahurobbi sesungguhnya DIA Maha Mendengar & Maha Mengasihani kepada setiap hamba2NYA.

Azan zuhur pula berkumandang, aku bangun dan terus solat zuhur. Mana lah tau jika itu adalah solat zuhurku yang terakhir. Nurse beberapa kali memanggil namaku dari luar. Selepas solat aku keluar & bertemu doktor. Dengan penuh yakin aku menjawab pertanyaan doktor. Jawabku tenang "Saya rasa, saya boleh bersalin normal & saya nak bersalin normal" doktor tanya aku beberapa kali "are you sure?" Dan jawapan aku tetap sama. Kemudian dia menepuk bahuku dan berkata "Good Luck" sambil tersenyum dan berlalu keluar.

Kemudian doktor pelatih mengarahkan nurse untuk mengambil darahku & juga memasang line di tangan kerana aku akan terus ke wad.


Sambil mencucuk jarum ke tangan kiriku, sempat lagi nurse memberikan kata2 semangat untuk aku, kerana tadi, dia pun Ada bersama ketika aku memberitahu doktor yang aku decide untuk bersalin normal.

Kata dia "Allah yang berikan semua pada kita puan, susah pun dari Allah, mudah pun dari Allah, InsyaAllah kalau puan yakin puan boleh bersalin normal InsyaAllah boleh, kita ni ibu, Allah bagi kita hati untuk kita rasa, ikutlah apa kata hati puan, selebihnya berserahlah pada Allah".

Kata2nya itu ringkas tetapi begitu dalam maknanya, ia benar2 membuatkan hati aku bertambah teguh dengan keputusan yang aku lakukan, sepertinya Allah  sedang menghantarkan mesej melalui hambanya untuk disampaikan kepadaku bagi menjawab segala luahan dalam istikharahku sebentar tadi. Allahurobi. Sesungguhnya Engkau dekat! 

"Nikmat Tuhanmu yang mana lagi, yang ingin engkau dustakan?"

                                 
My katil 


Warded 18/11/2019 @ 2pm


View SPRM dari tingkap bilik


Ok juga bilik berdua ni. My Roommate ni Chinese yg sangat peramah & petah berbahasa Melayu. Kandungan dia pun sudah masuk 39 minggu tetapi saiz baby pula agak kecil estimate hanya 2.50 kg saja. 


Depan tu toilet, sangat dekatkan 👍


Perabut yang disediakan di bilik. 

Sekitar jam 2pm aku di tolak naik ke wad bersalin di blok D. Memandangkan bilik single full, Yang available hanya bilik berdua. Maka aku di masukkan di katil di tepi tingkap. Akhirnya perancangan Allah tu mengatasi segala kehendaki kita, mungkin itulah yang terbaik, aku dah malas nak fikir apa2 lagi. 


Kuih minum petang pertama di wad. 

Tak lama kemudian, Hubby naik hantarkan Barang2, beg & sebungkus nasi kandar LAN Kedah. Dari senyuman hubby tu, aku tau dia sangat faham yang isteri dia ni cekal hatinya & kuat tekadnya. Terima kasih kerana sangat memahami. Kami berbual seketika, menguatkan hati atas segala kemungkinan & risiko yang bakal aku lalui. sebelum balik aku minta hubby doakan moga dipermudahkan segala urusan & memohon maaf atas segala kesilapan selama ini. Kita ini hanyalah seorang manusia yang serba kekurangan. 

Petang tu beberapa orang doktor yang bertugas di wad datang lagi. Bertanya keadaan aku & explain benda yang sama juga. Mungkin doktor nak aku hadam secukupnya segala risiko yang bakal dihadapi jika aku tetap dengan keputusan untuk bersalin secara normal. Aku just dengar  je dan kemudian memberi jawapan yang sama. 

Lebih kurang 6.30 ptg hubby sampai. dengan bawak air kelapa sebotol & juga barang2 keperluan. Hujan renyai2 petang tu, hubby datang dengan motor, Nuha & Nufa tinggal kat rumah je berdua. Aku sempat buat video call kat diorang, mula2 tu  si kecik Nufa happy je nampak, tengok cerita karton Umar Hana sambil makan ayam goreng dengan kakak dia, tapi tak lama Lepas tu sedih pulak dia, menangis teresak-esak sampai berjejeh hingus keluar. Ya Allah sayu je hati ibu ni rasa. Ibu pun sedih tinggalkan adik, ibu doakan  moga semuanya selamat & ibu cepat2 bersalin & dapat balik rumah dengan baby skali.

Bila dah tengok Nufa makin lama menangis tak henti-henti sampai teresak-esak, aku suh hubby balik dulu, kesian dia, nanti demam susah pulak, sudahnya memang demam pun si kecik tu. Tak pernah lagi aku tinggalkan dia sejak dari kecik. Inilah 1st time kene tinggal, baru beberapa jam kene tinggal terus demam anak ibu.

Nuha pun cakap dia sedih juga, rindu kat ibu, tak best bila ibu takde katanya. Siap wasap ibu lagi. Tiba2 ibu pulak yang rasa nak menangis.


Perasaan yang serupa hadir ketika malam pertama arwah Umi tiada (Dejavu), Aku masih ingat bila aku tidur sambil memeluk baju arwah yang belum dicuci. Semua orang marah kepadaku masa tu, Opah pun sama, tapi Mereka tidak tahu ape yang aku rasa, aku cume menangis sendiri menahan rindu yang tak terluah, tanpa bebicara dengan sesiapapun. Arwah ummi adalah teman yang paling rapat, terlalu awal dia meninggalkan aku, walaupun sudah bersuami, tetapi aku tetap inginkan arwah ummi ada bersamaku hingga ke hari tua ku. Tetapi aturan Allah mengatasi segala kehendak kita. 

Walaupun kadang2 perangai Nuha tu buat ibu rasa geram je tapi most of the time Nuha banyak tolong ibu jagakan adik Nufa. Tolong suapkan adik makan Walaupun selalu usik adik sampai tumpah segala makanan atas lantai. Selalu juga tolong ibu cuci pinggan mangkuk Walaupun 1000x nak kene ibu ingatkan "Nuha, sudah makan tu cuci pinggan, lap meja" selalu juga tolong ibu vacum rumah & sidaikan baju Walaupun senget benget & bergumpal2. Ibu hargai semua yang Nuha buat, ibu doakan semoga hidup Nuha sentiasa dalam Rahmat & pemeliharaan Allah & jadi hamba Allah yang Solehah serta dipermudahkan segala urusan dunia & Akhirat. 

Sekitar jam 10 malam aku dah bersiap2 nak tidur, tiba2 datang pula beberapa orang nurse, doktor & surgeons yang bertugas malam tu. Dia bertanya keadaan aku & keputusan akhir samada nak operation atau normal. Tapi cara penerangan yang diberi 50/50, tidak terlalu mendesak untuk melakukan operation  & tidak pula menghalang untuk aku cuba bersalin normal.

Doc pakar tu cakap "kite beri peluang untuk puan cuba bersalin normal jika kita tengok tiada progress yang baik, kita akan buat emergency ceaser katanya. Puan solat & berdoalah mudah2n selamat bersalin dengan baik, sujud lama2" katanya. Aku hanya senyum & menyambut nasihat doktor pakar tu dengan ucapan terima kasih. 

Sebelum tidur aku call hubby, bagitau apa yang surgeons bagitau, hubby pun yakinkan aku InsyaAllah boleh bersalin normal. Alhamdulillah bertambah lega hati mendengarnya. Opah & Maksu pun ada call juga malam tu. Banyak nasihat & kata2 semangat yang diberikan. Syukur ke hadrat Allah Kerana hadirkan untukku insan2 yang sangat prihatin & sentiasa support atas setiap perkara, dalam susah mahupun senang. 

Sekitar jam 11.20pm, aku mulai berasa sakit (mild contraction), sambil berbaring di bed tu aku berbisik perlahan kepada diri sendiri "Malam ini, aku maafkan semua kesalahan manusia terhadapku, samada kesalahan kecil mahupun besar, aku halalkan segala hutang2 Mereka yang berhutang kepadaku, keranaMU , Ya Allah ampunkanlah aku & permudahkanlah urusanku"

Kemudian nurse datang untuk mengambil tekanan darah. Tengok keadaan aku tu nurse dah agak aku sedang menahan sakit. Dia pun duduk di sebelah aku sambil meletakkan tangannya ke perut. "Agak kuat juga contraction ni, dah lama ke sakit ni?"  Tanya nurse kepadaku, "Baru je sakit, tapi masih boleh tahan" jawabku ringkas, tak sampai beberapa minit tiba2 rasa sakit mendadak kuat & air ketuban pecah "poop".

Nurse yang tadi tu terus memanggil rakan2 yang lain, dia terus cek laluan. Dah terbuka 5cm katanya, kemudian nurse yang cex laluan tadi cakap dia akan bantu aku untuk mudahkan bersalin, pastu dia masukkan jari sekali lagi kat dalam & twist, ya Allah sakit macam kene gunting hidup2, bercucur darah atas bed, ubat berak pun dicucuk kat bontot, terus rasa nak berak tapi bila masuk duduk nak berak, tak keluar ape2 pun, nurse tu boleh pulak tunggu aku nak berak kat dlm toilet, tapi aku minta dia tunggu kat luar je, 2 - 3x aku minta dia tunggu di luar, barulah dia keluar, katanya risau tinggalkan aku dalam sorang2, takut bersalin kat toilet. Tqvm nurse atas keprihatinan anda. 

Lebih kurang jam 12 pagi aku di tolak ke labor room. Sambil tolak tu, nurse bacakan doa nabi Yunus berulang2 kali. Bagus2 nurse yang bertugas malam tu, baik2 semuanya. 

Sampai je di labor room, aku kena baring untuk cex laluan lagi, ok dah 6cm. Hubby belum sampai lagi, sebelum turun ke labor room tadi aku dah call hubby bagitau yang aku da nak masuk labor room. Mungkin hubby tunggu Sadiq sampai rumah dulu coz anak2 dah tidur.

Rasa sakit sebenar bersalin telah datang,  Allahurobbi terasa berat sakit nya kalini,  aku berpusing ke kiri & ke kanan untuk betulkan kedudukan pinggang & tulang belakang yang semakin menekan kuat.

Nurse bagitau aku supaya sedut benda macam mask tu kalau sakit sangat. Tapi aku hanya menggelengkan kepala. Takpelah aku nak menikmati rasa sakit ni walaupun hanya Allah saja yang tau bebannya. Dalam menahan sakit yang tiba2 datang tu, aku dapat rasakan baby sudah mulai turun ke bawah. Aku bagitau nurse baby dah turun bawah. Pastu nurse cek, bukan dah 10cm Dan kepala baby dah nampak. Maka menjerit2lah nurse tu panggil doktor, sebab kes aku ni mesti doktor yang lead & beri order. Nurse2 duduk dikeliling katil kiri & kanan, Ada yang pegang kaki, Ada yang berikan kata2 semangat untuk aku push baby keluar, tapi aku dah letih sangat, rasa seperti baby tak bergerak keluar pun, dalam riuh rendah suara nurse tu, aku terdengar suara hubby "Yunk kepala baby dah keluar tu yunk, push sikit lagi, push sikit je lagi" oh hubby da sampai rupanya.

Sepertinya masih ada sisa tenaga yang tinggal, walaupun tadi sudah terasa totally out, aku kuatkan juga push untuk ke sekian kalinya, sambil menyebut Allahuakbar!!! tiba2 pandanganku terasa gelap & aku tidak tahu apa yang terjadi, jauh dalam hati aku terdetik, aku mati ke? Tiba2 terdengar nurse bertepuk tangan & ucapan tahniah, diiringi tangisan baby. Aku terasa ada tangan yang menggerak-gerakkan bahuku sambil berkata "Alhamdulillah puan, puan dah selamat bersalin ni, Cuba tengok, anak ape ni puan?" Aku buka mata dan jawab perlahan "BOY" kemudian nurse letakkan baby di atas dadaku, tapi aku tak terdaya nak memangku baby, tanganku masih  terasa lemah & longlai, Nurse meminta izin  mengambil baby untuk dibersihkan. Sekilas pandang, kulit anak ibu bersih je, takde lemak putih pun kat badan. 

Tak lama kemudian, Doktor memulakan tugas seterusnya untuk menjahit luka dalaman & luaran yang di bantu oleh nurse. Banyak sungguh jahitan kali ni, ya Allah sakitnya tak tertahan, bagai disiat2 rasanya, walaupun sudah dibius tapi pedih tetap terasa seperti tidak dibius, sampai terangkat badanku setiap kali jarum di tusuk untuk jahitan.


Lepas siap jahitan semua, nurse panggil hubby masuk semula & disediakan segelas milo panas berserta beberapa keping biskut. Tapi aku belum ada kekuatan lagi untuk makan, letih tu masih terasa sampai nak telan air pun terasa lemah. Hanya sedikit saja milo tu aku minum.


Beberapa minit Lepas siap dijahit & Cuba untuk senyum.


Abi azankan baby

Sekitar jam 2.30am, aku di tolak naik ke ward semula dengan membawa baby bersama. Hubby pun dibenarkan masuk sementara waktu. Lebih kurang jam 4.30am barulah hubby balik ke rumah. Aku pula baik2 saja, tak perlu hubby temankan pun, kerana nurse2 yang bertugas Baik2 & sentiasa bersedia memberikan apa saja bantuan bila diperlukan. Kerana bilik terlalu sejuk, nurse minta izin untuk meletakkan baby di bawah warmer. Jadi aku boleh tidur & berehat. Rasa penat bersalin tadi tiba2 hilang, badan rasa baik2 saja, walaupun dapat banyak jahitan kerana saiz baby yang besar tapi aku masih boleh bangun & berjalan dengan baik tanpa rasa sakit yang melampau. 

Tengah hari tu, Opah, Nyah & Cik Jiah datang melawat. Tapi Nyah tak boleh naik sebab kena Jaga budak2 kat bawah. Nuha & Nufa hubby tinggal kan dengan Nyah, sebab Budak2 under 12 tak dibenarkan melawat. Petang tu doktor benarkan aku & baby pulang ke rumah. Semua urusan selesai sekitar jam 7 malam. Alhamdulillah. 


Abi tengah cuci berak baby. Thanks Abi 💖


Nampak kurus pulak Abi masa ni...



Alhamdulillah, Akhirnya Allah swt makbulkan doaku, tepat jam 12.37 pagi. Lahirlah seorang Khalifah kecil ke dunia ini yang diberi Nama Umar Abdulaziz. Dengan berat 3.75 kg. dalam keadaan sihat & sempurna kejadiannya. 

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua doktor & nurse HPJ yang telah membantu saya sepanjang proses kelahiran, sikap staf kesihatan yang begitu berhemah & sangat berdedikasi sepanjang menjalankan tugas amatlah saya harga. Semoga Allah membalas segala kebaikkan anda semua. 









Ahad, 15 Disember 2019

3rd Born :: Part 1 :: Bersalin Di Hospital Putrajaya

Alhamdulillah... Dengan belas ehsan Allah swt, Anak ke 3 kami telah selamat di lahirkan di Hospital Putrajaya pada 19 November 2019.

Nuha Safiya juga dilahirkan di Hospital Putrajaya, Nufa Auliya pula di Hospital Serdang. Klu ikutkan rancangan awal, aku memang nak bersalin di Hospital Serdang juga, tapi pada akhir minggu kelahiran lain pula jadinya. Itulah kehendak takdir, kita merancang tapi Allah yang menentukan.

Anak lelaki pertama ibu ni banyak kali membawa ibu site visit ke Dewan Bersalin Hospital Serdang. Ingatkan dah nak bersalin tapi rupanya hanya false contraction saja. Berjam2 jugalah berkampung di Hospital Serdang tu setiap kali datang. Selalunya contraction tu datang ketika malam sekitar jam 9pm -  11pm. Jadinya berangkutlah kami 4 beranak ke Hospital Serdang malam2 buta tu. Kalau buat checkup jam 9 malam, paling awal boleh keluar adalah jam 4 pagi. Bayangkanlah berapa jam bertapa kat dalam tu, sementara hubby & anak2 akan tidur dalam kereta kat parking. Aku pula hanya duduk di kerusi dalam unit rawatan sambil menunggu giliran. 5x jugalah datang untuk false contraction sepanjang mengandungkan boboboi ni. Rawatan yang diberikan memang terbaik. Tq so much untuk semua staf kesihatan Hospital Serdang.

Dipendekkan cerita, pada 11 November 2019 tu aku ada appointment dengan pakar tulang di Hospital Serdang, tujuan berjumpa pakar tulang adalah untuk mendapatkan nasihat bagaimana cara yang terbaik untuk bersalin, memandangkan aku mengalami slip disc yang semakin teruk di bahagian L4/L5. Manakala berat baby pula terus bertambah +- 300g setiap minggu, pergerakan aku pula menjadi semakin terhad & terasa sangat menyeksakan pinggang & tulang belakang, hampir setiap malam kaki & jari2 tangan mengalami kekejangan sehingga tidak dapat digerakkan langsung, sepertinya saraf2 tangan & kaki tidak berfungsi dengan baik.

Setelah sejam berbincang dengan specialist, tidak banyak yang dapat Di bantu,mmemandangkan aku kini sudah masuk minggu ke 38 ++. Anytime boleh bersalin katanya, selain tu doktor hanya memberikan kata2 semangat untuk aku bersalin secara normal tanpa induce. Walaupun banyak kali aku request untuk induce awal kerana bimbang saiz baby yang terlalu besar akan menyukarkan proses bersalin normal, tapi dia tetap tak nak beri consent untuk induce awal. Aduhaiii doc... last2 dia ceramah agama pulak kat aku. Lagi sakit lagi banyak dosa terhapus katanya... Hmm Sabar jelaa. Memanglah betul kata dia tu, cuma aku ni risau kalau kena operate, minta jauh sangat. Coz aku ni bukan boleh duduk diam Lama2 sangat, seminggu dua boleh la bertahan baring je. Lagipun aku ni bukan Ada mak ayah yang boleh datang berkampung 44 hari untuk Jaga. Jadi semua perkara, nak tak nak, aku kene kuat kan diri sendiri untuk buat sendiri. Dengan Anak2 yg masih kecik tu, aku dah bayangkan macamne siksanya aku kalau kene operate. Allahu... Hanya mampu berdoa moga dipermudahkan segalanya.

Lepas appointment Orthopedic tu kami lunch di Sg Ramal. Aku order set sotong masak oseng, ya Allah pedas yakmat, sambil makan tu berjurai2 air mata, makan tak sampai 5 suap aku da surrender. Hubby offer untuk tukar dengan yang dia punya. Thank you yunk 💖💋. Ingatkan aku memang da tak tahan makan pedas, skali hubby pun sama, makan baru 2,3 suap dah berjurai2 juga airmata dia siap dgn air hidung skali hahaha.


Lepas makan tu kami ke Masjid Hasanah untuk solat zuhur. Masa kt masjid tulah aku perasan ada lendir keluar kat pentiliner, agak banyak juga. Jadi lepas solat tu terus ajak hubby ke unit bersalin Hospital Serdang sekali lagi. Beg barang2 baby duk dalam kereta satu lagi. Terpaksalah Hubby hantar aku kt Hosp. Serdang dulu pastu patah balik rumah amik beg, manalah tau kot2 memang betul da nak bersalin.


Semasa nak register di kaunter depan dewan bersalin tu aku tanya mengenai, bilik 1st class single samada available ke tak untuk harini. Skali nurse tu cakap, "buat masa sekarang semua bilik 1st class tak available puan sebab tengah buat renovation, tahun depan baru siap sepenuhnya."  Pulak daaa gitu kisahnya. Aku memang dah plan, lepas bersalin nanti nak hubby jagakan kat wad. Hanya bilik single 1st class je hubby boleh tunggu. Selain dari tu tak boleh, kecuali waris perempuan. Tak kan aku nak survive sorang2 pulak macam masa Nuha dulu. Oh tidakkk... dan dan tu terbayang macam2 dalam kepala aku ni. Itu yang aku terus request untuk transfer rawatan ke Hospital Putrajaya (HPJ). Lepas minta kebenaran doktor semua, barulah aku dibenarkan untuk ke HPJ. Bila hubby sampai terus kami ke sana.

Ape2 masalah Opah jelah tempat mengadu nasib & tempat aku meluahkan segala cerita setelah umi pergi meninggalkan aku buat selamanya. Semoga dipanjangkan umur dlm Rahmat & kasih sayang Allah. 

Sampai je di Dewan Bersalin HPJ procedure biasa yang akan dilakukan adalah cek pergerakan baby (CTG) & juga "cek laluan kat bawah tuuutt" samada dah buka jalan atau belum. Surprisingly memang tak terbuka pun lagi huhuhu... Bajet dah macam nak bersalin harini, skali elok2 je baby uturn atas semula ye. Oh my baby 💖Rawatan di HPJ ni kejap saje, tidak seperti di Hosp. Serdang yang cek detail semua sekali. Lagipun pesakit tak ramai sangat kot.

Aku dibenarkan balik lepas sejam++ rawatan. Lagipun belum ada jalan so doktor minta datang semula next 2 week iaitu pada 25hb November 2019 untuk serah diri jika belum bersalin. Ikutkan aku due 26hb November 2019. Untuk pengidap kencing manis macam aku ni, memang kene bersalin tepat atau sebelum tarikh due. Tak dibenarkan sama sekali terlebih hari, klu baby tak nak keluar juga keputusannya kene operate. Itulah mimpi ngeri yang aku cuba elakkan. Ya Allah...

Jadi moh laaa kita balik berjimba dulu ye. Tunggu jelah nanti kesudahannya camna. Dah naik berbulu kepala aku ni duk fikir Macam2 tapi bersalinnya tidak juga, bertabah jelah sambil sambung makan segala mak nenek.

Bersambung next episodelah pulak ye, si kecik da meragam...

Stay tune !!!











Isnin, 4 Mac 2013

Kolestrol Tinggi Dalam Darah !

 
 
Ada bad news I nk inform, U punye Kolestrol dlm darah is 7.8, Ini sangat bahaya untuk kesihatan U.. !!
 
 
Perrgghhh menyirap darah aku mendengarnya. Uh gile tinggi. Last 2 year aku cek kadar kolestrol aku 5.6 sekarang dah naik sampai 7.8 Ya Allah. Seram sejuk pun ye jugak aku mendengarnya. Doktor kasi ubat kolestrol utk aku amik. Harapnya memberi kesan yg baik untuk kesihatan aku. Padanlah kepala aku sering rasa pening & dada sangat sakit sejak akhir2 ini. Mengikut kata doktor aku boleh mati mengejut jika kadar tekanan darah meningkat dgn tiba-tiba di sebabkan oleh salur kapilari darah yg telah banyak tersumbat.
 
 
 
 
Terkadang aku berfikir sendiri, Xpanjang umur ke aku ni..?? uh nauzubillah, banyak benda yg belum aku selesaikan dlm hidup aku ni. Pahala baru secawan, dosa sudah sekawah. Ya Allah, ingatan pada kematian membuatkan jiwa aku sedikit insaf, Nafsu sedikit tunduk. SubhanaAllah !! ampunkanlah segala dosa-dosaKu, samada yg aku sedari mahupun yg tidak aku sedari.
 
 
 
Say No....!!!
 
 
Aku juga sangat berharap my hubby dapat pindah ke Kuala Lumpur. Doktor pakar yg memberi rawatan pada aku haritu pun dah buat surat sokongan untuk my hubby di beri pertimbangan untuk bertukar ke KL. Sekurang-kurang-nya jika ade ape2 terjadi, ade juga org yg dapat membantu. Incase aku pengsan tiba-tiba. Nauzubillah... Semua kerja Allah, kite hanya merancang. Apepun Allah jualah yg menentukan. Bila, di mana & bagaimana kita mati semua itu atas kehendaknya.... namun aku mohon di jauhkan menghadapi maut dlm keadaan yg menakutkan...  Waiiyazubillahiminzalik .. biarlah keadaan akhir kehidupanku adalah yg saat2 indah yg aku lalui menuju Tuhanku.. Ameeen Ya Allah...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ahad, 5 Ogos 2012

Baby Nuha @ KPJ Kajang Part 3

Ini adalah beberapa keping gambar yg di ambil sepanjang aku melepak di PAEDS KPJ kajang, Ini adalah last entry aku berkenaan cite Nuha & PAEDS KPJ. setelah menghabiskan masa 4D3N kt sini akhirnya aku mendapat sekeping bill sebelum di benarkan keluar. 

Sile lihat berapa amount yg di kenakan, adakah aku rase berbaloi dgn service yg aku dapat..? Sudah semestinya TIDAK sama sekali. Walaubagaimanapun samada berpuas hati or Not payment tetap kene di langsaikan. Alhamdulillah bukan pakai duit poket aku, sume di tanggung Insurance. So walaupun perasaan menyampah sakit hati, xpuas hati dan sebagainya mengenai KPJ ni tp anakandaku Alhamdulillah sudah kembali Ceria ...  Walaupun masih cirit birit tp ia semakin berkurangan. mengikut kata Doc. ia mungkin mengambil sedikit masa utk pulih sepenuhnya...  


Total bayaran adalah 3189.85 MYR, sama cam 6 star Hotel tp service cam
 T*%$....!!



hari last lepas bukak balutan, tangan adek bengkak, sian syg ibu, Nurse siap nk inject kt tangan sebelah sana plak, katenye nnt doc nk masuk ubat sebab belum tentu blh balik lg ptg ni katanye, " uh nk masuk ubat ape lg, sy mmg nk balik dah ptg ni, xpyh cucuk lg laa, kesian dia 2,2 tangan sakit sat g.. nnt demam plak, susah plak sy nk kene amik cuti lg.." laju gile mulut aku potpet.. huhuhu Nurse terus tediam dan aku terus bawak Nuha keluar dr bilik rawatan.


Hari pertama di KPJ.. muke baru lepak nangis yea.. cian tecit ibu,
sakit ye syg kene cucuk..


Muke xsihat yea, cian adek.. hari ke-2 di KPJ.. adek dapat katil senang ibu
nk solat & nk ke toilet..


Tido dgn penuh iman di dada, anak ibu yg cool & baik budi bahasa... I love U syg, ibu mmg xboleh berhadapan dgn manusia yg suke mengganggu ketenteraman & mengundang masalah pada adek, mesti angin ibu akan naik sampai ke petala langit ke-7, Moga bile da besar nnt doa ibu, adek akan berjumpa dgn seorang lelaki yg akan sentiasa menjaga kebajikan adek mcm ibu menjaga adek yea syg.. I wish ...


Ini adalah No katil adek semasa di KPJ Kajang, hmm syok jugak duduk kt ward ni sebenarnya cume yg xsyok-nye bertembung dgn 2, 3 jenis manusia yg mmg xde adab + berlagak sombong xkene tempat, dari segi kepakaran doktor & juga khidmat nasihat Nurse di Wad PAEDS is good enough except for the attendant bodoh yg telah aku mansion di entry sebelum ini... 


Teman semasa berada di ward selama menunggu adek, tp yg aku bace xsampai 10 muka pun, baru je nk bace adek menangis..




View kat bed adek, sebelum dapat katil jaring adek.. masa ni sikit punye risau nk tinggal, maklum ajela lubang penghadang tepi katil tu sikit punye besar, mmg sah2 blh jatuh terjelopok kt bawah tu.. uh mmg gile risau klu nk ke toilet & solat...  



Itula dia pintu yg dihempas oleh pompuan legam yg xde adab ..
sebelah kiri tu adalah tiolet 


Toilet yg agak selesa, senang mandikan Nuha dlm sinki tu,
ala2 BB bath tab huhuhu...   :)


Sekian Terima kasih, Segala Kesulitan & kesilapan Bahasa 
harap di maafkan ... :)



Khamis, 2 Ogos 2012

Baby Nuha @ KPJ Kajang Part 1

Sejak mlm td aku xleh nk tido, aku bangun seawal jam 3.30am sampai ke subuh aku langsung xmelelapkan mata. oleh kerana aku mmg xleh nk tido maka aku mengisi masa waktu sahur dgn beberapa aktiviti keagamaan. Alhamdulillah ade jugak aktiviti di mlm ramadhan-ku..

Sesampai di opis kepala terasa sgt mamai, pening sebab xcukup tido pun ye jugak agaknya, hmm duk dlm opis sambil tersengguk-sengguk.. nasib baik bos meeting sepagi harini, so blhla aku melentokkan kepala di atas meja & bersandar di kerusi sambil kepala menerawang jauh entah kemana.. penin2 lalat jadinya.

Lepas solat zuhur sambung menyiapkan property report lg, tetiba cik Call, katenye Nuha da lembik coz dr kul 1pm td dia asyik muntah dan muntah xberenti, sampai keluar cairan kuning kehijauan dah.. Uh.. ape dah jadi ni..? jatuh ke Nuha..? knp sampai camtu skali.. Mmg nk kene balik jugak ni, hati dah xkeruan, jiwa di pagut rase ketakutan... risau andai sesuatu yg x-diduga berlaku, ah aku xsanggup utk membayangkan kenyataan itu andai ia menjadi realiti.. Ya Allah aku terlalu lemah utk menghadapi situasi itu.. bantulah hambamu ini, berilah kesihatan kepada anakanda kesayangan-ku itu, dialah cahaya hidupku, jgnlah terjadi ape2 kepadanya..
Aku terus mengemas laptop & segala document dimasukkan kedalam fail, Jumpe manager utk minta kebenaran balik awal. tanpa berbual panjang aku terus angkat kaki dan berjalan laju ke kereta, rase seperti aku ingin terbang. Bawak kereta pun dah mcm roket hilang kawalan, sume org bunyikan  hon kt aku, ahh lantak kolaa.. nk hon ke, nk bom ke.. xkuasa nk layan da.. dlm kepala aku ni cume satu yg aku fikirkan Anakanda Nuha..!! maaf aku mmg tertekan td, hati terasa sebak, Emosiku di luar kawalan buat seketika... sesampai di rumah cik, aku tengok Ammar tengah mencuci karpet, katenya Nuha muntah terpancut banyak kali habis sebidang karpet. Masuk2 ke rumah tgk Nuha terlantar lesu di tilam, emosi masih terkawal, cik nampak serba salah, mungkin dia pun kerisauan melihat keadaan Nuha yg seolah tidak bermaya, aku dah xnk tunggu lg, mesti segera di bawa ke Hospital, tp cik belum siap masak, katenye dia belum masak lg coz dr td Nuha muntah dan menangis...


 
aku amik masa 10 minit utk berfikir, perlu ke aku nk tunggu sampai  cik siap masak and than baru ke hospital..? melihat keadaan adek yg langsung tidak memberi tindak balas bile aku cube kejutkan dia tambah menakutkan aku, keputusan-nya aku pergi sendiri ke Hospital, nnt cik menyusul kemudian ajelaa, Insya'Allah aku masih boleh uruskan sendiri detik hati kecil-ku, Sesampai di KPJ Specialist Hospital Nuha muntah lagi, muntah kuning kehijauan lg, Ya Allah kesiannye anak ibu.. bersabar syg, sikit lg kite jumpe doctor yea.

Selepas berjumpe Doktor, Nuha didapati mengalami kekurangan air dlm badan, mungkin akibat muntah berpanjangan dan dia perlu di masukkan air, kata Doc. so kene warded laa.. hmm xpela, dah nk buat camne, klu itu yg terbaik, sebaik shj nurse panggil utk masukkan jarum di tangan Nuha, darah aku sekali lg berderau, aduusss sgt kesian anak ibu nk kene inject la plak. Nuha aku letakkan di atas bed dan aku berdiri di sisi sambil memerhati nurse2 pelatih memperlakukan anak kesayangan aku di depan mata.  Uh terlalu kasar kerje nurse ni pada firasat aku, maaf yea mungkin mulut aku sedikit banyak sengel, yerla yg nk dicucuk tu anak aku, bukannye anak kucing, so please buat kerje elok skit depan muke aku yea, kang ade aku amik jarum tu cucuk plak nurse yg ala xde adab dan tatasusila tu sat g.. dahla hati dan jiwa aku bagai nk tercabut dr td, pastu depan2 muka aku plak dia perlakukan anak aku cam ayam, sgt kasar kerje staf di bahagian kecemasan KPJ Kajang, aku mmg xberpuas hati.

Kerana mengenangkan aku berpuasa hari ini dan mood utk angin xtentu pasal agak kurang & masih terkawal. Walaupun minah xcukup akal tu siap suruh aku keluar & tunggu di luar shj.... eh..eh..eh.. banyak cantik muke ko nk instruct aku itu ini, ape ko ingat aku ni kuli batak ko? eh..eh.. minah ni terlebey melampau ni ? nasib baik aku masih blh bawak bersabar & buat2 xlayan shj nurse Bodoh tu, cume jauh dlm fikiran aku berkata, klu sekali lg kau ckp benda yg menyakitkan hati & telinga aku, mungkin aku xkan teragak2 utk bertindak di luar dugaan, mungkin 5 jari aku akan melekat kt muka ko... Nampaknye ko belum cukup dewasa menilai emosi seorang ibu dlm keadaan seperti ini, masih Bodoh + Dungu tentang ilmu mantik... Cerdik hanya pada kertas, tp bodoh & bengap pada jiwa & kepala otak.. 

Walaubagaimanapun Alhamdulillah Allah masih menjaga emosiku dari bertindak balas terhadap perkara2 jumud seperti melayan Nurse yg bengap tu... sekali lg aku nk ingatkan Ko wahai jururawat KPJ di bahagian kecemasan klu ko terbace entry aku ni, Air yg tenang jgn di sangka tiada buaya... lg satu better ko jaga sikit bahasa ko tu, sebab kata bijak pandai "Kerana Mulut jahat badan binasa.." so ko adalah antara manusia yg mmg xsayang diri ko sendiri, mungkin suatu masa yg ditentukan mungkin kerana mulut ko yg over tu, ade ko kene penampar or buku 5 dek kerana Mulut ko yg xde adab & kuang ajar itu.. Sekian

Mood sgt marah diperlakukan seperti kite plak menagih simpati dgn dia, ingat aku mintak sedekah ke ape kt hospital ni, ingat gaji ko tu sape yg bayar, dasar xsedar diri.. manusia yg xtau di untung begitula gayanye... Hmm panjang plak aku melepas perasaan di sini, xmengapalah yg penting aku hanya bermonolog dlm diri shj, belum lg aku mempamer emosi-ku td. Alhamdulillah syukur kerana aku masih boleh bersabar dgn tidak membalas kata2 jahat dan bertindak seperti manusia kurang akal.. amen ya allah semoga engkau terus memberi ketetapan hati kepadaku dlm menghadapi sesuatu perkara yg mengejutkan hatiku Ameen ya rab..








Khamis, 19 Julai 2012

Immunisasi Untuk Baby 6 Bulan

Hari yg sangat membahagiakan.. nk tau knp..? Coz bulan depan aku xpayah nk bertungkus lumus nk angkut adek pagi untuk injection lg. ehehehe aman rasa-nye.. aarrggghh boleh menarik nafas lega. Bile adek umur 1 tahun plak baru amik injection last.. so tahun depan plak laa kite menziarahi klinik kesihatan Sungai Ramal yg cantik tu yea syg..

Td pagi seawal jam 5am adek da bangun tido, tp dia xkacau aku pun, bagus anak ibu, tau ibu keletihan smlm. dia cume main sesorang kt sebelah aku. Actually aku dah siap2 aturkan mainan dia atas kepala katil tu sebelum aku tido, coz aku tau nnt klu dia terjaga mesti dia akan terus meniarap and cari benda nk main2, so mmg tepatla jangkaan aku, da 5 mlm adek bangun seawal jam 5am. Macam kunci jam plak mata anak ibu ni, tepat jam 5 pg terus terbuka mate dia.. ehehe adek2..

Berat anak ibu hari ni da 6.9kg dan mencapai ketinggian 66.5cm. Nurse kate adek mempunyai berat badan ideal dan tumbesaran yg bagus.. ehehe tq Nurse..

Namun begitu adek menjerit dengan kuat kali ni lepas kene inject. Darah pun agak banyak kuar, cian anak ibu, tgh sedap2 tido kene inject plak yea... Berlinangan air mate dia, sayu je hati ibu.. tp kejap je, pastu sambung melompat2 plak, da xingat rase sakit kene inject agaknye ehehe, heroin anak ibu ni...

Lepas siap amik ubat terus hantar adik ke rumah Opah di Putrajaya & ibu balik ke rumah salin baju utk ke tempat kerje plak. Sebelum tu ke CIMB bank tukar kad dan ke Giant beli barang2. Sesampai di opis mcm nk pengsan rasenye.. tersangatlah letih, berkejar-kejar buat kerje, nasib baiklah harini xde banyak kerje sgt so bolehla ibu bersantai skit2 sambil menyiapkan slide presentation untuk Proposed Project @ Bukit Tunku KL.

Mood harini biasa2 saje dan sgt gembira bile teringatkan Ramadhan akan tiba hanya selang sehari shj lg.. Ramadhan Kareem... !!!





Isnin, 2 April 2012

General Hospital Kajang @ Selangor


Ini adalah senarai hospital yg terdapat di Negeri selangor & Wilayah Persekutuan KL. Oleh itu Hospital HKL, PPUM & juga Hosp. Putrajaya juga tersenarai.




melihat kepada trend hospital di Selangor, kebanyakkan Hospital tertumpu di area klang valley shj, dan utk kawasan pinggir Selangor kemudahan kesihatan-nya agak terpinggir.



 
Parking yg sering penuh & sesak


Wad pesakit


Posing sakan guard ni.. huhuhu


Radicare, kesiaan uzur sgt dah ni..


suke suki dia je blok kete org...


Semoga Hospital Kajang melakukan peningkatan dari segi fasiliti dan juga menaik taraf wad2 sedia ada terutamanya wad bersalin yg sering melimpah..

Memandangkan Bandar Kajang sudah semakin pesat membangun dan property di Kajang juga telah meningkat dgn mendadak, moga2 pihak pembangunan  & perancang Bandar Kajang juga meng-upgred kualiti bandar & juga Fasiliti sedia ada terutama dari segi kesihatan & service perubatan.