Memaparkan catatan dengan label Aidiladha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidiladha. Papar semua catatan

Selasa, 22 Ogos 2017

Salam Aidil Adha 1439H


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup & bernafas dibumi Allah yang sementara ini.  




Coretan ini hanya ingin mengucapkan Selamat Menyambut kedatangan hari raya yang mulia iaitu Aidil Adha yang bakal diraikan pada 1 Sept 2017 kepada semua kawan2 muslimin & muslimat. Walaupun masih ada kekeliruan lagi berkenaan dengan tarikh sebenar, kerana ada ura-ura mengatakan ianya bakal disambut pada 2 Sept 2017 iaitu hari Sabtu bukan 1 sept 2017. Apapun kita tunggu sajalah keputusan muktamad oleh pemegang mohor2 besar. 

Pada Hari Raya Korban ini, perkara paling utama untuk dilakukan adalah menjalankan ibadah korban. Ia adalah tanda kesyukuran & terima kasih kita kepada Allah swt, dan ganjaran pahala yang akan diberikan tidaklah terhitung oleh kita. 

Selain itu juga, kita digalakkan untuk menjaga diri daripada melakukan perkara maksiat & sedaya upaya untuk melakukan sebanyak2 amal kebaikan bermula dari 1 zulhijah hinggalah hari ke 9 Zulhijah, iaitu hari wukuf di Padang arafah. Ganjaran yang dijanjikan Allah adalah lebih besar daripada berjihad. Subhanallah... sama2lah kita memanfaatkan masa & peluang ini untuk manfaat kehidupan akhirat kita di alam sana nanti.

Wallahu'alam 




Ahad, 18 September 2016

Salam Aidiladha !

 
 
 
Raya Aidiladha tahun ini kami tidak balik kampung mahupun jalan-jalan keluar kota. Kami hanya duduk di rumah & ziarah saudara mara yg ada sekitar Kajang & Putrajaya sahaja. Tempat wajib singgah di pagi raya adalah ke Rumah Opah di Putrajaya. Meraikan pagi raya dengan hidangan nasi dagang, rendang daging, lemang & juga lontong. Pada sebelah tengah hari pula kami menjamu selera dengan Sup Tulang lembu hasil korban Opah.. Alhamdulillah. Seharian kami di Putrajaya.  
 
Memandangkan cuti hujung minggu bersambung dengan Sambutan Aidiladha, kami pada awalnya ingin jalan-jalan ke Melaka tapi akhirnya kami hanya lepak di rumah sambil mengemas mana yang patut. Walaupun sebenarnya agak kebosanan juga tidak kemana-mana apabila cuti panjang tapi kami terpaksa mengawal perbelanjaan & membuat tabungan travel untuk beberapa bulan ini. berjimat cermat lorr... duit banyak mau pakai nak travel nanti. hihihihi... :) 
 
Walaupun dalam mood catuan perbelanjaan tetapi kami tetap mengagihkan sedikit daripada tabungan kami untuk tujuan melaksanakan ibadah korban untuk tahun ini. Jimat-jimat juga, tuntutan ibadah harus juga diutamakan.
 
Life to Hereafter ! 
 
Kami menggunakan Yayasan Amal Terengganu sebagai perantaraan untuk ibadah korban di Sudan. Pada perkiraan kami mereka (Warga Sudan) lebih memerlukan & lebih utama untuk menerima daging korban berbanding kita di Malaysia. Doa kami, semoga amanah yang di berikan kepada Yayasan Amal Terengganu itu dapat di laksanakan dengan baik. InsyaAllah.
 
 
 
 
Salam Aidil Adha untuk seluruh muslimin & muslimat semoga Rahmat & kasih sayang Allah sentiasa melimpahi diri kita hendaknya. Amin Ya Robbal'alamin.