Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Ogos 2020

Restoran Arab Pilihan Kami Di Kuala Lumpur



Setiap kali ke Kuala Lumpur perkara paling kritikal nak decide lepas dah puas pusing ialah lokasi untuk makan. Tempat pilihan kami selalunya sesuai untuk anak2, tempat yang selesa, klu ada small playground lagila bagus. So Ar Rawsha KL selalu menjadi port pilihan kami sekeluarga. Tak tahu berapa puluh kali dah ke situ, order pun rasanya sama je setiap kali visit. Semestinya Lamb madghout, grilled chicken & caramel. Walaupun setiap kali datang, aku akan tengok menu, walaupun aku dah tahu dah nak tempah ape. hahaha... malas nak fikir sebenarnya, so kita order macam biasa. :))

Harga pun rasanya lebih murah dari Saba' & kuantiti lagi banyak, memang puas hati. Bungkus bawak balik adalah satu kemestian sebab tak pernah habis makan pun, banyak sangat. Anak2 pula seronok main playground yang cinonet tu. Dah letih dia main2 baru datang makan, pastu main lagi, Surau pun bersih & besar, senang nak solat. Sebab tulah Ar Rawsha sentiasa menjadi restoran pilihan kami.

Kalau ke IKEA Cheras tu, memang inilah tempat paling dekat nak singgah. Selalunya keluar dari IKEA da petang & dekat nak Maghrib, so terus solat & makan kat sini je.  Sambil tunggu makanan sampai bolehla solat dulu. Tempoh menunggu pun takdelah lama mana. 



Umar Abdul Aziz umur 9 bulan ++. Dah besar dah anak ibu ni, dah pandai merangkak pun dia, sedang elok Takbir malam Raya Aidil Adha 2020 haritu, tiba-tiba je terus pandai merangkak. Mungkin seronok sangat tahu ibu nak aqiqah kan dia kot hihihi. Semoga jadi anak yang baik & hamba Allah yang beriman & bertaqwa yea sayang.


Pemanis mulut ni Mahai sikit RM10 seketul tapi tetap beli juga sebab sedap ... huhuhu, kalau di Saba' baru RM6, tu pun sedap juga. :))


Inilah dish pilihan kami sekeluarga setiap kali singgah kat sini. Lamb Madghout tu RM35 rasanya, grill chicken sekor RM22. Sesuai untuk 4 orang dewasa makan. Kambing pun banyak. puas hati makan.


Auliya pun dah 2 tahun setengah. Baby girl ibu dah makin comel. Budak yang paling sibuk kalau tengok orang buat kerja, maka dia pun akan join skali. Ringan tulang betul budak kecik ni. Semoga sikap yang baik itu berterusan sampai besar ye diq. 

2 beradik ni time baik, okla. Time dia dah mula nak buat perangai, ya Allah aku rasa nak ikat je 2,2 ni kat railing tangga tu. Bingit telinga menjerit tapi kalau kakak dia takde mulalah duk bertanya 10x seminit, kak ya mana kak ya. hihihihi alahai anak2. 

Itu jela nak share harini. Banyak sangat cerita nak tulis sebenarnya tapi tak berpeluang untuk duduk & mencurah idea, banyak tempat & review tempat2 makan yang best nak di kongsi dengan kawan2, tapi itulah, moga di beri kesempatan & kelapangan masa. Insya Allah sambung lagi nanti. Semoga semua sihat & bahagia selalu. babaiii....

 

Khamis, 25 April 2019

Turkey Trip Part 5 :: Day 1 Tiba di Sarajevo Bosnia




Balkan juga adalah sebahagian dari European Continent. Ia berada di Rantau Tenggara Eropah. Rantau ini mengambil namanya dari Pergunungan Balkan yang mengunjur dari  tengah Bulgaria ke Timur Serbia.

Secara ringkasnya negara yang umumnya terletak di Wilayah Balkan adalah Bosnia and Herzegovina, Albania, Bulgaria, Croatia, Macedonia, Kosovo, Montenegro, Romania, Moldova, Serbia, Yogoslavia & Greece


Perjalanan kami menuju ke Bosnia and Herzegovina menggunakan Turkish Airline. Flight kami dari Istanbul ke Sarajevo adalah pada jam 7.30pm dan sampai di Sarajevo juga 7.30pm ikut waktu tempatan. Perbezaan waktu di antara Turkey & Bosnia adalah 2 jam.

Airport Sarajevo tidaklah se-gah dan sesibuk Airport di Istanbul. Saiznya juga kecil saja mungkin sama seperti Airport di Tawau. Suasananya juga agak sepi.

Ketibaan kami disambut oleh private car yang sudah di tempah oleh host  penginapan yang kami tempah melalui Airbnb iaitu Dino. Nasib baik jugalah kami menggunakan khidmat transport yang dicadangkan oleh Dino, kerana pintu masuk ke apartment-nya memang agak sulit untuk dikenal pasti serta kuncinya pula berada di bahagian dalam. Kelihatan driver tersebut seperti sudah biasa dengan lokasi & ragam untuk masuk ke apartment Dino. Beberapa kali dia menerajang pintu utama sebelum ianya dapat dibuka. Manakala kami 4 beranak pula hanya menunggu di tepi jalan dalam suasana malam yang teramat sejuk, dapat dirasakan  sejuknya mencengkam hingga ke tulang.

Setelah pintu utama dibuka, husband membayar 15 Euro seperti yang di minta Dino. Dari email yang diberi oleh Dino,  unit apartment-nya berada di tingkat 3, iaitu tingkat paling atas. Dengan 3 beg roda dan juga 2 budak kecik, di tambah pula lampu tangga yang tidak berfungsi menjadikan pencarian unit penginapan agak haru biru dalam kegelapan malam, sekejap hubby naik ke tingkat 3, kemudian turun ke tingkat 2, semua pintu yang dirasakan betul di ketuk tetapi tiada respond.



Hampir sejam juga kami lepak di tangga, sementara menunggu hubby mencari unit yang betul. Akhirnya hubby berjaya membuka pintu apartment kami, hanya dengan sedikit tendang an, syukur Alhamdulillah. Rupanya pintu apartment itu tidak berkunci, cuma perlu di tolak dengan sedikit kuat. Apartment tu mempunyai 4 bilik. Setiap bilik lengkap dengan kitchenette, bathroom, 2 divan set, WiFi & Tv. Saiz setiap bilik juga besar, seperti studio unit 550sqft setiap satu.



Memandangkan kami sudah kepenatan  kerana seharian berjalan dari Dolmabahche hingga ke Spice Bazar. Jadi kami hanya duduk di bilik saja malam tu. Kemudian hubby menyiapkan makan malam dengan lauk segera yang simple dari keluaran Adabi. Setelah selesai makan, kami membuat roadmap untuk perjalanan esok pagi & mengenal pasti lokasi Station keretapi di Sarajevo untuk membeli tiket ke Mostar pada hari berikutnya.





Khamis, 28 Jun 2018

Trip Bandung Day 3 :: Gramedia Bookstore & Dinner di Bebek Kaleyo

Sambung entry Bandung :)

Pada hari ke 3 kami ke Factory Outlet di Sepanjang Jalan Riau, dari Outlet Kasut hinggalah ke Outlet pakaian. Tapi just cuci mata je. Takde baju yang menarik sangat pun, stok lama je banyaknya. Outlet paling banyak kami menghabiskan Rupiah adalah di Donatello, Heritage & Cascade. Outlet2 lain just masuk & tengok2 je pastu keluar. Memandangkan kami tak menggunakan khidmat pak supir jadi semua barang2 yang di beli kene bawa kemana saja kami berada. Tapi takdelah susah sangat pun coz kami beli pun takdelah banyak mana. 



Abi tengah try kasut. Mengalah orang pompuan nak pilih kasut. Nak beli sepasang je, try lebih 10 pasang kasut. Ibu is saboor je laa.



Semua barang2 shopping di angkut sepanjang perjalanan. relex2 je.

Lepas habis tawaf di outlet2 sekitar jalan Riau tu kami terus ke Toko Buku Gramedia di Jalan Merdeka. Malam jugalah kami sampai ke bookstore ni. hampir 2 jam juga kami menelaah buku2 serta kitab2 yang rata2 harganya jauh sangat murah dari harga di tanahair. Sempat aku memborong 8 biji buku termasuk kitab2 & alquran terjemahan, Alhamdulillah lega rasa hati bila dah berjaya menyempurnakan misi membeli buku2 yang sudah lama di cari. 



Antara terjemahan Quran yang di beli, Alhamdulillah berbaloi sungguh. 



Di Bebek kaleyo. Tempat ok, kualiti makanan so..so.. saja. 

Untuk makan malam pula kami memilih untuk makan di Bebek Kaleyo di Jalan Pasir kaliki. Tengok pada review orang ramai macam best je, tapi bile cuba sendiri takdelah best mana pun biasa2 saja. Sate bebek yang kami order haritu memang spoil betul, terasa seperti daging yang sudah busuk. makan sikit je, selebihnya tidak diusik. Untuk kami memang tak recommend langsung kedai ni, mungkin menu nasi puyuh goreng bolehlah dicuba. 


Puyuh penyet berlado. ok2 je... takde special mana pun. 


Nasi puyuh goreng berlado. Bolehla. Alhamdulillah kenyang makan.


Sate bebek yang buat semua orang angin je, dahla harga boleh tahan juga secucuk tu, sekali masuk mulut Ya Allah, terpaksa keluarkan balik. Nasib baik amik 4 batang je, takdelah rasa membazir sangat. 



Air kelapa yang sejuk & segar... Nuha hanya makan dimsum saja, konon nak makan sate skali hmm kite balik makan sate Samuri jela kat kajang.

After dah siap makan semua kami pun bertolak balik ke hotel. Request grabcar je, lebih kurang 10 minit kete dah sampai, tambang pun murah je. Done aktiviti hari ke 3 kami di Bandung. 

Alhamdulillah semua seperti di rancang, baby Faz pun baik2 saja, tak banyak perangai pun dia, menangis bile nak susu saja. Pastu dah sambung tido semula. Hari ke 4 kami ke Farm House & juga Floating Market. Ok sambung di next entry. 

Adios...




Rabu, 26 Oktober 2016

Review : Monopod & Mini Tripod Yunteng



Kepada kawan-kawan yang masih mencari-cari Monopod & Mini Tripod yang bagus untuk kegunaan jalan2 or just for fun mungkin boleh consider this brand. Harga pun quite reasonable, is about 79 MYR only. Aku beli through LAZADA. Dari segi quality plastik adalah sangat baik. Memang boleh pakaila. Very solid & stable once kita installed phone or camera untuk self photo. 



Delivery pun sangat cepat. Dalam tempoh 2 hari saja barang  sudah sampai. Terbaik  !!




This is China brand. Tapi kualiti not bad, daripada nak beli tripod yang beratus2 tu better beli yang ni je. Function pun sama saja, yang penting screw dia fix & tidak longgar kemudian boleh stand dengan baik. Cukup 3 perkara tu dah consider sangat berbaloi2. RM79 tu untuk 2 item.



Ok nampak tak tahap kestabilan dia tu, memang confirm tak gegar laa photo korang tu. Kecuali jika terdapat Tsunami or angin puting beliung. Yang tu aku tak jamin laa.. huhuhu.. Ok laa setakat ni sahaja review untuk this 2 item. 



Tunggu apa lagi...



Sila order sekarang ya...



Ok Babaiiii.... :))