Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Ahad, 5 Mei 2013

PilihanRaya "INI KALILAH" Telah Berakhir !



Mamai sebulan ni melayan karenah sepanjang tempoh berkempen. So segalanya telah berakhir walaupun banyak pihak yg masih tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihanraya yg telah di menangi dgn Majoriti Mudah oleh Parti Barisan Nasional. Aku juga banyak benda xberpuas hati dgn ketelusan SPR sepanjang mengendalikan jentera pilihanraya. Walaubagaimanapun segalanya telah berakhir. Biarlah keadaan & waktu yg akan mengzahirkan kejahatan & ketidak telusan Parti yg mendapat kemenangan dengan cara yg kotor.
 
Aku sekadar menjadi pemerhati untuk semua pihak. Walaubagaimana pun aku adalah rakyat malaysia yg menjadi pengikut setia Parti Islam Semalaysia. Mmg keluarga aku Majoriti-nya adalah PAS, dari zaman tok nenek aku dulu2 lg da. Cume ade la seorang dua yg terlepas entah kemana tu.

Uh mamai kepala aku pagi ni, Xlena tido aku semalam, berdebar-debar menunggu keputusan Rasmi di Tv3suku & seangkatan dengan-nya, lain yg org nk tau lain yg diorang buat. Aku bukan nk dengar diorang sembang entah ape2 tu. Grrrr... angin je smlm.. Last2 layan FB & whatsapp dgn member2, sampai Jam 2 terus terlena dgn harapan PR mendapat mandat... Tp akhirnya bangun tadi pagi semuanya amat mengecewakan. Sesungguhnya Allah ade perancangan yg lebey baik. Aku yakin itu. Kepada semua calon yg kalah bertanding bersabarlah. Ade habuan yg lebey baik utk kamu. InsyaAllah. Walaupun Pilihanraya telah berakhir namun perjuangan untuk memartabatkan Islam mesti di teruskan. Perjuangan kite baru shj bermula. !!
 
Harapan aku sebagai rakyat Malaysia, semoga Barisan yg xberapa nk lurus, sila membuat urus tadbir wang rakyat dengan baik & berhemah. Jgnlah menggunakan harta benda rakyat itu seperti harta Pusaka Tok Nenek ko yea, Klu nk shopping bagai tu, gunalah duit tabung yg dah di simpan sejak dari dlm perut tu. Harta rakyat biarlah rakyat yg nikmati. Harapan aku juga, moga2 harga petrol tidak naik lg, harga barangan asas seperti gula, beras, tepung & sebagainya diturunkan bukan di naikkan. Aku ingin hidup dengan aman, adil & beragama. Moga2 persekitaran di Tanah Selangor yg tercinta ini memberi cahaya Iman untuk anak2ku membesar nnt.  Tahniah PR Selangor kerana menang  bergaya dengan Majoriti 2/3. Sayangi Selangor. Muahahaha.

Ahad, 14 Oktober 2012

Mengandung Luar Nikah ?

 
NONA ptg ni membincangkan masalah perempuan mengandung di luar nikah, statistik polis mengatakan kes mengandung di luar nikah adalah kerana pergaulan bebas, tiada didikan agama dan juga tiada pengawalan daripada ibu-bapa. Setiap hari pasti ade kes anak x-sah taraf di lahirkan di mana-mana hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Peningkatan kelahiran anak xsah taraf ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Salah siapa ..??
 
Aku bukan nk kondem tentang anak luar nikah dan bukan juga menerima dengan berlapang dada peratus peningkatan anak X-sah taraf di negara Islam Malaysia ini. Tetapi aku kesal dengan tindakan & pendekatan pihak yg sepatutnya mengekang perkara maksiat yg semakin berleluasa berlaku di negara ini tetapi nampaknye semakin galak & rancak merancang 1001 aktiviti yg mengundang maksiat.
 
Aku melihat  masalah ini sama seperti sebuah lantai putih yg di simbahkan najis & kotoran di atas-nye 10x sehari tetapi hanya dibersihkan dgn menggunakan sebaldi air sekali sebulan. Apekah kamu merasakan najis & kotoran akan bersih? jawapan-nya sudah pasti tidak sama skali. Oleh yg demikian usahlah bising membincangkan masalah sosial yg semakin meningkat jika kamu wahai pihak yg sepatutnya mengekang segala jenis najis & kemaksiatan, semakin rancak menyimbah najis & sogok-kan syaitan laknatullah ke dalam jiwa muda-mudi setiap saat & ketika, Namun tidak pernah ingin sedar diri. Ape maknanya kamu war-warkan segala jenayah rogol, sumbang mahram & sebagainya.

Allah tidak akan mengubah nsib sesuatu kaum jika kamu sendiri tidak mengubahnya. Segala kejahatan & kemungkaran yg berlaku di dunia ini adalah kerana jahat-nya tangan-tangan manusia.
 
Siapakah pihak yg sepatutnya yg aku maksudkan. Pertama sekali ibu-bapa, keduanya pihak pemerintah. Aku tidak membicarakan tentang masalah politik tetapi aku membicarakan tentang hala tuju pemuda pemudi islam Malaysia hari ni yg semakin rosak akhlak, budaya & juga tatasusila. Ape tidaknya jika hari2 di sogok dgn siaran TV yg memaparkan pelakon berpakaian separuh bogel, menggoda, joget yg menghairahkan, hiburan yg melampau, Drama kisah cinta yg keterlaluan hingga keranjang, majalah artis yg keterlauan. Apekah acuan yg ingin di bentuk ? menjadi manusia yg berjiwa Islam atau menjadi manusia yg berjiwa syaitan?
 
Mencegah itu lebey baik dari mengubati. Pernah mendengar dgn pepatah "Bapa Borik. Anak Rintik" knp "bapa" bukan ibu? kerana bapa itu lelaki, lelaki adalah ketua keluarga, ketua negara. Maka jika ketua yg mendidik itu adalah Kotor akhlaknye, Busuk budi perkertinya, Jahat hubungan-nya dengan Allah, maka usahlah kamu membayangkan sesuatu yg putih bersih & bercahaya akan keluar dari jiwa manusia seperti itu. Sesuatu yg kotor, tidak ade padanya melainkan penyakit & sesuatu yg busuk tidak ade wangian padanya.
 
Fikir2n & Selamat beramal..
 
 
 
 
 

Rabu, 3 Oktober 2012

TV3suku & Penyampai Berita = Bangang !!!

Bodoh ... Bengap ... sampai 10 keturunan agaknye... Kepala otak ko la nk tuntut kerajaan Selangor amik alih hutang rumah ko, konon org miskin, padahal ko dapat rumah PPRT tu bukan ko yg duduk pun, Siap ko sewakan plak kt org lain, pastu buat cerita mcm2. Klu ko dah sedar yg pendapatan bulanan ko tu xcukup utk menampung Kos sara hidup Keluarga ko di Negara Malaysia yg Cekik kedarah sejak beberapa tahun ni, Ko pergila buat press confrence pada Kroni Lahanat Najis Rojak & Rosmampus tu, yg ko duk melalak kt Kerajaan Negeri apehal. Sedar diri plak ko yea, hidup susah .. xcukup makan.. gaji cinonet, barang keperluan sume cekik kedarah, tp yg ko sokong jugak kerajaan yg cekik darah tu, nasib ko laa.. xpayah nk salahkan org lain... Ape punye bendol bin Bengap la ko ni SamDol... 

Layan TV 3suku mmg sakit otak. Mcm bangang, konon la sangat nk membela nasib rakyat... bela kepala bapak ko laa.. xpayah nk propa lelebey.. sume org dah muak + tepu dgn agenda yg meloyakan tu !!!
 
Klu camtu, aku pun nk mogok gak ni, Kerajaan Syaitan Kepala Segala Malaun, Sile tarik balik Hutang PTPTN aku yg ko over debit dalam akaun aku tu, Aku amik pinjaman hanya 10,500 MYR shj tapi diorang claim aku amik 14,000 Bala punye kerajaan, datang dari mana 3,500 lg xtau, syaitan mana yg songlap agaknye. Xpasal2 aku nk kene tanggung duit yg aku x-amik. Alasan ade transaksi masuk ke Akaun. Ko tengok yg transaksi masuk aje ke, yg transaksi keluar within 1 minit after ko xnak tengok pulak yea. Konon2 aku taula ko nak masukkan duit time tu & dah siap tercegat kt depan ATM mechine utk withdraw the whole amount. Aduyaaiii mmg bengang punye kerajaan. Klu sungguh aku keluarkan pun mane noleh aku withdraw selepuk 3500 MYR tu skali, limit 1500 je Dol, Bodoh punye pentadbiran PTPTN. Xhabis2 nk cekik kedarah rakyat cam aku ni... Lingkup la cepat pemimpin jahat wal cekik darah rakyat camtu.
 
TV3suku mmg menyesakkan kepala + Informasi jumud. Klu dulu org nk baca paper + menonton berita untuk update maklumat terkini tp skrg sape yg layan berita lahanat plus newspaper bangang makin meloyakan + menambah maklumat sampah dlm database kepala otak... Pengisian yg diberi semuanya sampah + 0 maklumat berilmu, itulah tanda Menteri penyiaran yg Bodoh + Bangang + xde maklumat berguna utk di sebarkan pada rakyat, yg ade.. hari2 fitnah itu ini, propa situ sini, melalak siang mlm... 
 
 
 
 BODOH !!!
 
 
 
Mood yang sangat bengang dgn propaganda media eletronik. Harap nnt klu PR naik pecat aje person  incharge yg buat editing utk maklumat yg disiarkan tu. Otak Udang semuanye, Belajar bertingkat2, tp Bodoh berlapis-lapis.. Buang duit mak-bapak je hantar University ingat suh jadi manusia tp jadi kaki fitnah & memecah-belahkan masyarakat...
 
 
 
 

Ahad, 16 September 2012

Shopping D Econsave Bersama Baby

Membeli barang dapur di Econsave bersama adek. Syg ibu da pandai duduk, senang skit ibu nk letak dlm troli. Seronok bukan main dia duk dlm troli. Budak baik yg senang di bawa kemana shj. Good girlz.. muhahaaha syg tecit ibu.
 
 

 
Awat muke cuak tu syg.. ibu tinggal sekejap je da buat muke sedey yea. Olo..Olo..Olo.. cian dia ...
 
 
 
 
Lepas abis shopping kt Econsave Opah ajak makan free kt rumah terbuka Umngok kt Bandar Baru Bangi. Alang2 dah tengah hari so kite lepak makan free dulu, nnt xpayah masak lunch da.. ehehe.. murah rezeki adek, dapat duit raye RM5, org kasi kite angkat aje, rezeki jgn di tolak musuh jgn di cari huhuhu, mcm2 ado, kambing bakar pun ado, tp Q panjang gile, xkuasa la aku nk amik port.. Atts org malaysia klu makan free camtu la gayenye.. :)


 
Tecit ibu da kepenatan jln2 sampai tengah hari.. cian tecit ibu... Klu ibu angkat naik nnt terjaga plak tecit ibu ni, terpaksalah ibu tunggu kt parking rumah sampai tecit ibu bangun.. habis minyak kete ibu tau, nnt nk g kerje, ibu nk kene tuang minyak lg la nampaknye..


Selasa, 11 September 2012

Sokong Cadangan Turunkan Harga Kereta

Salam semua, sejak dua menjak ni mcm2 usul keluar dari pelbagai parti, whatever pun aku paling sokong cadangan untuk menurun cukai kenderaan masakini yg kini mencecah hampir 200% ++ bagi beberapa kereta import seperti BMW, Audi, Merc etc. Kenapa kite patut menyokong cadangan cukai kereta di turunkan...? Di sini aku cuba membantu kawan-kawan supaya bukak mata mengenai isu ini. Anda kene faham bahawa cadangan PR adalah untuk menurunkan CUKAI kenderaan yg masuk ke Malaysia, Bukan menurunkan harga kereta atau menghapuskan cukai yea.

Pertama

Dapat meningkatkan taraf ekonomi sesebuah keluarga & menjamin keselesaan rakyat.

Contoh 1 : Harga kereta Vios baru di Jepun adalah sekitar RM40,000. Cukai import dikenakan kerajaan dlm linkungan 55% - 200% bergantung kepada jenis modal kenderaan (boleh rujuk di bahagian KASTAM duty import) So setelah masuk ke Malaysia harga Vios seperti berikut :

Price for 2012 Toyota Vios in Peninsular Malaysia
- Vios 1.5 TRD Sportivo – RM92,013.50
- Vios 1.5G Limited – RM89,613.50
- Vios 1.5G – RM87,313.50
- Vios 1.5E – RM82,300.00
- Vios 1.5J Auto – RM77,300.00
- Vios 1.5J Manual – RM73,200.00

Loan bank untuk memiliki sebuah kereta Vios J pada harga RM73,200 after 10% downpayment bagi 9 tahun pinjaman adalah RM750++ sebulan. Sekiranya cukai diturunkan sedikit mungkin harga vios J dlm lingkungan RM55,000 shj. Bulanan loan bank selama 9 tahun adalah RM550 sebulan. Perbelanjaan untuk kereta dapat dijimat sebanyak RM200 sebulan bersamaan RM21,600 selama 9 tahun !!!! banyak tu bhai, dapat 100 henggit 5 tahun sekali pun kecoh sedunia, 1M4U-laaa DR1M laa.. apekeja@#$% lglaa aku pun x-amik port sgt coz mcm xde effect pun. Propa je lebey.. :)

Kedua

Kemungkinan untuk memiliki hartanah sendiri adalah lebih tinggi berbanding menyewa.

Pendapatan keluarga sekitar RM4,000 sebulan. Kiraan anggaran perbelanjaan bulanan keluarga.

1. Loan kereta RM550
2. Card Credit RM200
3. Rmh sewa RM600
4. Perbelanjaan Rumah & Utilities RM400

Total perbelanjaan bulanan RM1750
Lebihan duit bulanan RM2250

Apekah jenis rumah yg sesuai untuk anda berdasarkan nilai lebihan duit yg ade..?

70% x $4000 : $ 2800
$2800 - $1750 : $1050 lebihan duit untuk anda membuat pinjaman bank bagi pembelian rumah baru anda.

Dengan jumlah RM1050 anda sudah mampu untuk memiliki sebuah hartanah Single storey / Town-house / Kondo di Kajang, Bangi, Puncak Alam, Kuala selangor, Rawang ataupun Semenyih. Namun begitu anda mampu utk influent pihak bank dgn membuat sedikit helah dgn tidak memasukkan perbelanjaan rumah sewa sebanyak RM600 sebagai komitmen bulanan dgn membuat statement anda tinggal bersama keluarga. huhuhu oleh itu anda mungkin boleh menaikkan margin pinjaman perumahan anda kepada RM1500 di mana kebarangkalian untuk memiliki hartanah yg lebih baik seperti 2-storey terrace adalah lebih besar.

Kesimpulannya adakah anda berpuas hati & berterima kasih kepada kerajaan dgn penurunan cukai kenderaan sekiranya dilaksanakan? jawablah sendiri dlm hati yea. Pastu jgn lupe pangkah skali.. huhuhu

Ketiga

Meningkatkan taraf ekonomi negara.

bagaimana penurunan cukai kereta dapat meningkatkan ekonomi negara? kerajaan telah mengalami kekurangan sumber pendapatan kerana penurunan cukai dari 200% kepada 100% atau dari 55% kepada 25% ?

Sesebuah negara yg maju memberi gambaran bahawa rakyat mereka dapat hidup dgn selesa dgn mempunyai kuasa belian yg tinggi. Apabila rakyat mempunyai lebihan wang bulanan maka kuasa beli meningkat dan keadaan ini akan mendorong kepada peningkatan transaksi belian dari semua aspek seterusnya menggerakkan sektor perdagangan, pertanian, pelaburan dan sebagainya.

Hanya dengan lebihan wang RM200 sebulan boleh mendorong peningkatan ekonomi. Mengarut !!! kata sesetengah pihak yg tidak mempunyai asas pendidikan ekonomi atau amik subjek ekonomi tapi dapat C- mungkin. huhuhu..
Dengan lebihan duit sebanyak RM200 anda boleh membuat pelaburan Emas, Membuat pinjaman peribadi sebanyak 10k -15k untuk menyelasaikan hutang kad Credit, membuat tabungan di ASB atau sebagai modal membuka perniagaan kecil2n di internet. Buka Mata, Buka minda. Lebihan RM200 bukannya dpt sekali je. tp setiap bulan ok. klu sekali je dpt RM200 tu mmg xleh nk buat apepun, buat bayar indah water bolehlah.. !! itu hanya utk perkiraan kereta VIOS J klu amik Honda Accord, Audi etc sendiri mau pikirla berapa dapat dikurangkan dan memberi manfaat kepda rakyat secara terus dan telus.

 
 Fikir2kan dan selamat beramal...!!


 
My Dream SUV Q series... Muahaha...

 
Wait for Me yaa, I'll pick up U.. huhuhu... :)






























 

Isnin, 10 September 2012

Siapakah Manusia Celaka !!

Siapakah manusia yg amat di cela ini..? ada beberapa golongan yg dikategorikan sebagai manusia yg celaka. Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud :-
 
"CELAKA  sungguh org yg mendengar namaku di sebut tetapi tidak berselawat ke atasku, CELAKA sungguh org yg sempat bersama Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan, CELAKA sungguh org yg berkesempatan berbakti kepada kedua org tuanya, tetapi tidak dimasukkan ke syurga" Hadith Riawayat Imam Ahmad
 
 
Perkataan Celaka telah di labelkan untuk beberapa golongan manusia tersebut secara terang sekali. Ini bermakna Rasulullah saw ingin mengingatkan kepada umat manusia bahawa melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa semasa hayat mereka adalah perkara penting yg sepatutnya dilaksanakan oleh seorang manusia yg bernama ANAK.
 
Berselawat ke atas nabi apebila mendengar namanya disebut juga amatlah dituntut. Di sini jelas kepada kita bahawa kepentingan & bertapa besarnya tuntutan melakukan ke-3 tiga perkara tersebut. Kelihatan-nya seperti remeh shj perbuatan itu. Tetapi hanya Allah & Rasul-nya lebih mengetahui.

Dalam hadith yg lain ada disebut, jika engkau berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atas-mu 10 kali. Maha suci Allah yg Maha Agong lagi Maha Tinggi, Raja seluruh alam. Apekah kite tidak merasakan ape2 dgn peringatan & ganjaran yg amat besar itu hanya dgn melakukan perkara semudah berselawat ke atas Nabi. ?
 
Bagi manusia yg tenang hatinya, bersih jiwanya, sihat akal fikiranya sudah pasti dapat mencongak dgn mudah ganjaran yg akan diperolehi dlm setiap perbuatan memartabatkan agama Allah. Jika berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW itu mendapat rahmat yg berlipat ganda di sisi Allah, inikan pula melaksanakan perintah & segala ajaran yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Menjunjung & memartabatkan segala ajaran, perbuatan & gaya hidup yg di bawa oleh-NYA. 
 
Pada perkiraan akal yg sihat, berapa besar-kah pula ganjaran yg akan diberikan Allah kepada insan yg dgn setulus hati memperjuangkan agama Allah di-muka bumi. Menyambung wasiat para nabi..??  Tidak perlulah untuk kamu menjadi pakar dlm bidang ilmu matematik untuk membuat hitungan secara kasar. Kamu tidak akan menolak pendapat yg mengatakan menjunjung & menyokong segala usaha yg dibawa bagi memartabatkan Agama Muhammad bin Abdullah ini akan mendapat ganjaran pahala sebesar-besarnya yg tidak tergambar oleh akal & tidak terhitong oleh pasir2 di bumi. 
 
Adakah kamu akan menolak pendapat yg mengatakan menyokong puak yg dengan jelas menolak, meminggirkan & mempersendakan segala perbuatan, ajaran & gaya hidup yg di bawa oleh Nabi Muhammad SAW ini akan mendapat kecelakaan & seburuk-buruk balasan dari Allah SWT ????  Fikir2kan & selamat beramal.
 
Perumpamaan mudah yg ingin aku bawa di sini. Andai kamu mencintai seseorang dengan sepenuh hati kamu, nescaya kamu akan marah andai ade manusia yg melukakan hati kekasihmu. Apetah lagi andai manusia lain mengeji, mempersendakan & meminggirkan kekasihmu itu. Apekah kamu hanya akan berdiam diri & membiarkan sahaja perkara itu berlaku. Sudah sekali-kali tidak. Melainkan tiada rasa cinta di hati kamu kerana itu tiada apa2 tindakan & perasaan yg timbul di hati kamu apabila insan lain melukanya. itu adalah fitrah alam. Sifat yg Allah SWT ciptaan pada setiap manusia. Maka apekah kamu fikir Allah SWT akan memuliakan kamu, menempatkan kamu di syurga-NYA & menikmati segala nikmatnya setelah kamu dgn senang hati menyokong puak2 yg menghina, meminggirkan & mempersendakan Kekasihnya itu. Iaitu Muhammad bin Abdullah...!!!  
 
Ingatkah kamu akan peristiwa di mana Rasullullah SAW di hina & di cerca semasa baginda menjalankan dakwahnya Di Taif ? Malaikat Jibril turun memberi salam & menyampaikan wahyu kepada baginda ketika di Qarn al-manazil Katanya :-


"Sesungguhnya Allah telahpun mendengar kata-kata kaum itu dan segala jawapan dan penolakan mereka terhadapmu, justeru itu Allah telahpun mengutuskan malaikat penguasa gunung-ganang untuk kau perintahkan kepada-nya bertindak terhadap kaum itu."

Kemudian datang malaikat penjaga gunung memberi salam lalu berkata :-

"Wahai Muhammad, itu dia bukit-bukit, apa yang engkau mahu, sekiranya engkau mahu aku tangkupkan mereka dengan bukit Al-Akhsyabain itu, nescaya aku lakukan."


Al-Akhsyabain itu dua buah bukit, bukit Abu Qubais dan bukit Qaiqa'an, letaknya di Mekkah. Namun Muhammad bin Abdullah ini adalah manusia yg tinggi akhlaknya, baik budi bahasanya & terlindung baginda daripada sifat2 yg keji. Baginda menolak dengan berkata :-


"Aku berharapkan agar Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Maha Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun."
 
 

Wallahu'alam
 
 
 
 
 
 


Isnin, 27 Ogos 2012

Forcast Hartanah Lembah Klang 2013, Meningkat atau Sebaliknya ?

Salam Syawal & selamat pagi, melihat kepada tren unjuran harga hartanah semasa pada penghujung tahun 2012 kebanyakan hartanah mewah & super duper High N semakin kurang mendapat sambutan. Manakala pasaran hartanah yg berharga di bawah 1 juta mulai menjadi tumpuan spekulator hartanah. Knp ini berlaku..?
 
Berdasar analisa yg dibuat, golongan yg mempunyai lebihan wang & para pelabur hartanah mulai beralih minat kepada pasaran hartanah golongan pertengahan atas, iaitu hartanah yg berharga antara 400k - 800k, spekulator ini menjadi pemain utama yg menentukan halatuju pasaran hartanah di Malaysia harini. Percaya atau tidak itu bergantung kepada para pemerhati & penganalisa pasaran hartanah semasa di Malaysia. Anda boleh melihat mana2 projek pembangunan perumahan yg mempunyai potensi seperti hartanah di Kajang, Bangi & Puchong kebayakan hartanah yg telah siap di bina tidak berpenghuni & kebanyakan mereka membeli adalah utk "Capital Gain". Hanya berapa % rumah yg di beli adalah benar2 utk  di duduki..? Fikir-fikirkan & selamat beramal.. :)
 
Berdasar beberapa kajian & pemerhatian pasaran hartanah 2012. Antara tempat2 tumpuan yg akan mengalami ledakan harga hartanah ialah Shah Alam, Puchong, Bangi & Kajang. Di Shah Alam sekarang  harga Hartanah Teres 2 tingkat telah mencecah 600k ++ di bahagian bandar & juga kawasan pembukaan bandar baru seperti Denai Alam, Puncak Perdana, Setia Alam @ Setia Ecopark, Alam Impian under development I&P & Naza TTDI. Klu beberapa tahun yg lepas, harga launching 2-storey terace 22x75 di U12 iaitu bersebelahan dgn sek 7 shah alam hanya berharga 250k - 350k namun setelah hampir 3 tahun berlalu transaksi hartanah di kawasan tersebut telah mencecah 500k - 850k. Ini berdasarkan kajian peningkatan harga hartanah semasa di kawasan Lembah Klang, yg telah dibuat & dibukukan oleh aku sendiri sebagai THESIS utk tahun terakhir semester pengajian Jurusan Hartanah, dan ia  telah di sahkan sebagai harta Intelek UiTM.
 
Antara faktor yg mendorong kepada peningkatan hartanah semasa ialah kemudahan facility dari segi pengangkutan awam & juga kemajuan sesuatu kawasan yg dibangunkan oleh pihak kerajaan. Ini dapat dilihat secara jelas perubahan yg berlaku di kawasan Pusat Komersil sek 7 Shah Alam di mana 4 tahun lepas apartmen kedai di situ di jual dgn harga 75k - 90k namun tidak ramai pelabur & juga org persendirian dpt menjangkakan unjuran peningkatan hartanah itu akan meletop hingga mencecah 200k ++ dlm mase 3 tahun kemudian. Skrg klu anda berada disana, anda akan melihat pelbagai kemudahan awam, kedai2, toko membeli belah Jakel, restoran & sebagainya telah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Faktor inilah yg menyumbang kepada peningkatan harga sesuatu hartanah secara Total.
 
melihat kepada tren yg sama akan berlaku di Bandar Baru Bangi & juga Kajang. Namun begitu beberapa faktor penting juga perlu di perhatikan seperti keadaan politik semasa, keadaan muka bumi seperti kejadian banjir besar, tanah runtuh & sebagainya. Melihat kepada minat pelabur & juga pemaju hartanah yg sekarang ini mule melihat potensi Bandar Kajang & juga Bangi adalah antara bandar yg akan mengalami ledakan hartanah mewah tidak kurang 4 -5 tahun akan dtg.  Namun begitu pasaran hartanah di jangka akan mengalami sedikit penurunan untuk hartanah mewah yg berharga lebih 1 juta dan ke atas. namun bagi pasaran hartanah di bawah 1 juta tiada sebarang kejatuhan & kelembapan di jangkakan. Ini berdasarkan harga hartanah subsale yg di beli pada harga kurang 300k akan di jual pada pasaran terbuka dgn harga 400- 550k untuk 3 tahun akan dtg & para pelabur ini akan membuat belian hartanah mewah yg lebih bernilai tinggi antara 550 - 850k bergantung kepada tahap peningkatan ekonomi & juga syarat yg di tetapkankan oleh Bank Negara secara khusus.
 
Dapatlah di simpulkan bahawa hartanah pertengahan mewah tidak akan mengalami sebarang penurunan harga seperti yg di war-warkan oleh kebanyakan pihak, melainkan berlakunya bencana alam yg tidak di duga dimana berlaku kemusnahan yg besar yg mengakibatkan para penduduk tidak lg berani utk tinggal di kawasan berkenaan. Ape yg perlu di lakukan sekarang adalah memiliki sekurang2nya sebuah apartmen sederhana mewah di kawasan2 yg di jangkakan akan mengalami kenaikan harga utk beberapa tahun akan dtg. Seprti di Bangi, Kajang & Puchong. Bersusah-susah dahulu & bersenang2 kemudian. Untuk melihat transaksi hartanah semasa anda boleh rujuk di Iproperty & juga HomeGuru website. Ia adalah sebagai tanda aras & rujukan bagi anda yg baru bercadang untuk terlibat dlm pelaburan hartanah. Walaubagaimanapun Kestabilan politik juga menjadi faktor utama kepada nilai penigkatan & penurunan sesuatu hartanah. Faktor ini akan di bincang pada entry yg akan dtg. 
 
Sekian dulu untuk analisa hartanah Lembah Klang pada kali ini, akan bersambung pada entry yg seterusnya. Wassalam.
 
 
 
 
 
 

Ahad, 24 Jun 2012

Debat Perdana PRU13 Hala Tuju Islam

Bosan gile lepak kt opis pagi ni, aku duk sesorang je kt opis, minah kerani ni xtau kemana.. top management ade meeting, aku pun baru je selesai meeting ngan surveyor td berkenaan dgn tanah di Bukit Tunku... Tp minah senget tu tidak jugak masuk opis sampai skrg, jam dah menunjukkan 1 ptg, nasib baik aku pose harini so xperlu kuar lunch, klu x mmg xde sesapa la kt opis, hari ni aku bertindak sebagai kerani opis lg, angkat phone dan bukak pintu amik parcel dan segala macam benda... hmm so aku layan ceramah perdana di Youtube jelaa, xkuasa nk angkat call lg, thats not my duty ok..

4 ahli panel yg hangat membicarakan tentang Hala Tuju islam...

saudara da saudari yg budiman boleh mendengar dan memahami segala maklumat yg ingin di sampaikan oleh ahli panel yg hebat lg berilmu
di sini    Wacana Perdana 11


Renung2kan dan selamat beramal...







Selasa, 19 Jun 2012

Hati Kembali Kepada ALLAH Part 2

AL-FURQAN {Ayat : 9 - 14}


09. Lihatlah (Wahai Muhammad) bagaimana mereka membuat untukmu berbagai misal perbandingan (yang bukan-bukan), dengan sebab itu sesatlah mereka, sehingga mereka tidak mendapat jalan petunjuk.

10. Maha Berkat Tuhan yang jika Dia kehendaki tentulah Dia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah).

11. (Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang.

12. Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh.

13. Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu).

14. (Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya).


Semoga Allah menggolongkan aku, ibu & bapaku, suamiku, anak2ku, keluargaku dan seluruh umat islam yg dalam hatinya sentiasa mengingati Allah dgn sebaik-baik tempat kembali. Ameen ya Rab.



Isnin, 18 Jun 2012

Hati Kembali Kepada ALLAH Part 1

Al-Kahfi {ayat 28}

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada
Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang,
yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia,

Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran,
serta dia menurut hawa nafsunya
dan tingkah-lakunya pula adalah
melampaui kebenaran.


Ya Allah jadikanlah aku dan keluargaku tergolong dlm hamba2mu yg hatinya sentiasa mencintaimu dan mencintai hamba2mu yg dekat kepadamu dan jadikanlah mereka yg dekat hatinya kepadamu
itu juga dekat kepada kami.

Ameen ya Rab...






Rabu, 16 Mei 2012

PAS Parti Islam Terbaik Di Malaysia

Aku bukanlah seorang yg terlalu fanatik dgn PAS, aku cume fanatik dgn perjuangan Islam, iaitu agama yg aku anuti sejak aku mule melihat dunia & isi-nya, bermula detik itu dan sampailah sekarang aku adalah salah seorang dr berbillion ummat islam yg sentiasa memartabatkan agama langit yg suci ini dgn penuh ketulusan hati tanpa sebarang kompromi. Doaku moga akhir hidupku juga dlm agama yg maha suci ini. Moga2 seluruh keturunan-Ku juga adalah penganut Tegar agama ini, yg hatinya, jiwanya, akalnya dan seluruh perbuatannya adalah berlandaskan hukum agama Muhammad SAW. moga ade dikalangan mereka dgn rela memperjuangkan agama Allah ini tanpa sedikit pun rasa ragu dan gentar dgn sebarang ancaman musuh2 Islam yg sejak dulu tidak pernah serik mencari kepincangan jemaah islam. Andai ade darah yg mengalir ke bumi, itu adalah darah perjuangan kerana Allah, demi menegakkan agama suci ini, aku rela dan aku redha jika ianya kerana Allah.



Jadilah sebahagian dari mereka ini wahai anak2ku, jadilah hamba yg selalu mendampingi para ulama' dan wali Allah, jadilah manusia yg sentiada cenderung kepada hukum Allah dan redha dgn setiap yg ditentukannya. percayalah pada setiap ape yg telah dijanjikan dan tetapkanlah hatimu walau di langit mana sekalipun engkau berteduh. Doa Ibu moga anak2 ibu adalah anak2 yg memperjuangan agama Allah dan Rasul-nya..  ameen ya robbal'alamin...



Selasa, 8 Mei 2012

Pandangan Ustaz Azhar Idrus Terbaik !!

Ape kate Ustaz Azhar tentang Bersih 3.0,
Sama2 hayati semoga masuk dlm kepala Otak...





Terbaik dari Terengganu Darul Iman..


:))


Jumaat, 4 Mei 2012

Kekejaman Tentera Amerika Laknatullah

DALAM BERITA..PUAK2 ASKAR AMERIKA NI TV 3,TV 2,TV 1 XPERNAH  PUN DI PANGGIL  PENGGANAS..  PUAK PENGGANAS HANYA DI LABELKAN KEPADA PEJUANG ISLAM.  PEJUANG ISLAM DI PANGGIL PEMBERONTAK + PENGGANAS. MARI KITA HAYATI  CERITA BAWAH INI .. !!


Bangsa Laknatullah..!!!!
BARANGKALI KETIKA SURAT INI DITULIS, ANDA MEMBUANG MASA DENGAN KEKASIH ANDA, ATAUPUN SEDANG SERONOK BERSHOPPING !!


Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejuang  mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui seucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahidin mengambil tindakan. Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri. Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.

SURAT FATIMA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Quran, Surat 112 al-Ikhlas].



Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman. Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakn kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar!

Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak. Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompat oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan Allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah!

Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana . Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu
diperkosakan.

Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu.
Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang. Mereka tidak membenarkankami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan.

Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun! Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan.

Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa mu'atasima!]

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahidin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut. Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.

Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis: Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku." Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini.

Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq. tetapi tidakdipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira- wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka? Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul.

Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "Wa Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata: "Kepada anjing Rome , saya akan datang kepada kamu dengan tentera-tentera kami di mana barisan hadapannya  berada di pintupintu kami dan barisan belakangnya berada di sini." Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda.

Bolehkah maksiat ditutup dengan bayaran dan kontrak? Adakah kita takut mengkritik Amerika kerana bimbang kita akan kehilangan peluang perniagaan? Bagaimana pula keadaan kita di Malaysia ini? Bukti serangan Mujahideen terhadap tentera Amerika di penjara Abu Ghraib - Peristiwa "Battle of Abu Ghraib" ...wallahualam..

Selasa, 1 Mei 2012

Erti JIHAD Ke Jln Allah

JIHAD... !!!

Ramai manusia harini menggunakan perkataan Jihad, asal buat itu nk berjihad, buat ini nk berjihad, so sejauh mane erti jihad yg sebenar2nya.. kadangkala masyarakat hanya memahami jihad itu hanyalah berperang di Afgan or Palestin, itu baru jihad.. betoi ke camtu..?

JIHAD dlm Islam bermaksud mengerah sepenuh tenaga @ berjuang untuk menunaikan perintah Allah ta'ala dengan mengerjakan segala kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan demi kebaikan seluruh alam. Jihad adalah sebahagian drpd ajaran Islam yg menganjurkan kepatuhan kepada Allah ta'ala dan hubungan damai dgn semua pihak.

Jihad boleh dilakukan  dlm pelbagai bentuk. ia blh dilakukan dgn lisan iaitu menasihati org lain, atau dgn tenaga dgn melakukan "Ammar makruf nahi mungkar " serta membuat kerje2 kebaikan yg boleh memberi manfaat kepada semua pihak mahupun golongan yg kurang bernasib baik. Jihad senjata hanyalah salah satu bentuk Jihad yg ada dlm islam dan ia bukanlah satu-satunya Jihad dlm Islam.

Ramai masyarakat hari ini telah mengecilkan minda & otak mereka dgn mengecilkan skop Jihad itu sendiri, ini baru kite bincang mengenai Jihad, belum lg masuk bab2 perbincangan agama yg lain. aku hairan melihat manusia yg kekadang sengaja memperbodohkan diri dlm perkara berkaitan politik Islam, bile ckp tentang politik mesti akan ade suara2 sumbang yg berbunyi

 "Klu da alim sngt pergi masjid je, jd pak imam xpayah nk masuk politik or jadi ustaz/ustazah ajar budak2 mengaji & etc ..!!"

Kekadang aku mmg marah klu dengar org melayu islam yg mengeluarkan kate2 bodoh camtu, samada mereka ni benar2 bodoh tentang politik islam ataupun sengaja buat2 bodoh lantaran terlalu banyak di sumbat oleh propaganda politik kotor melalui media massa yg semakin rancak telah meracuni pemikiran masyarakat. walla'hualam.. cume ape yg ingin aku katekan tentang POLITIK ISLAM ialah adalah menyeluruh. Islam itu sempurna dlm segala segi, dan Rasulullah SAW juga berpolitik, beliau juga adalah ketua Negara dan Nabi Yusof juga berpolitik, beliau juga adalah pemimpin pada zaman-nya. so ape yg pelik-nya org alim mahupun ulama' menjadi ketua negara. buka minda dan buka hati, cerminlah peribadi sebelum mengeluarkan kata2 yg secara jelas menampakkan kebodohan diri anda dlm membincangkan hal2 yg berkaitan agama islam khas-nya...

Bentuk jihad yg relevan hari ini bergantung kepada sesuatu masyarakat islam itu sendiri, kerana ianya berbeza mengikut tempat dan keadaan. Bak kate pepatah melayu "lain padang lain belalangnye" " masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum" rupenya org2 melayu dahulu kala telah pandai melihat sosio budaya masyarakat. walaupun mungkin mereka tidak mendapat pendidikan secara formal seperti anak2 muda hari ini tetapi dgn akal fikiran yg di kurniakan Allah, mereka sebenarnya jauh lebih berilmu dan sensitif dalam menilai budaya & budi pekerti.

Masalah ekonomi dan sosio budaya umat islam hari ini amatlah serius di seluruh dunia, Ianya termasuk dlm kewajiban yg perlu ditangani segera, tanggujawab utk melakukannya terpikul di bahu para pemimpin dan semua masyarakat islam. Ia adalah sebuah JIHAD yg besar, yg harus dipandang serius oleh semua pihak, dan ia bukanlah perkara kecil yg boleh dipandang enteng.

Adab2 dlm melakukan jihad bersenjata mestilah tidak melampaui batas yg mana haruslah dilakukan dgn ADAB & mengikut landasan undang2 yg benar. (Al baqarah ayat 190, 194 & 229 ; An-Nahl : 126 ; Asy-Syura : 40 An-Nisa : 171 dan Al-Maidah : 77)

Para pejuang tidak boleh memukul atau mencederakan org awam, pejuang tidak bersenjata, tawanan perang & juga mereka yg cedera. konsep tempur dlm islam bukanlah bertujuan utk menghapuskan mereka sama skali tetapi hanyalah dgn mengalahkan mereka dgn melemahkan kekuatan & menakutkan mereka sehingga mereka mengaku kalah dan berhenti berperang. Islam mengajar umatnye ber-Adab dlm ape jua keadaan, dlm keadaan biasa mahupun perang.

Menulis artikel agama dgn tujuan utk measihati & memberi ilmu kepada masyakat adalah sebahagian daripada JIHAD yg besar, oleh itu sama-sama lah kite saling nasihat menasihati ke jalan Allah. krn yg baik itu dtgnya daripada Allah yg tidak baik itu adalah kelemahan diri kite sebagai manusia.

Wallahualam.. 















Isnin, 30 April 2012

Otak D' Kepala Lutut

Mood Bengang Kene Maki Oleh Manusia
Mulut U-Setan Suria KLCC.. :)

Slalu dengar org ckp ade otak letak kepala lutut, kire ayat paling baik la ni utk men-describe manusia yg jenis No-Otak or perkataan yg paling senang di fahami  B-O-D-O-H.  kang klu kite kate bodoh marah, kate otak lembu pun marah, tp aku rase otak lembu lg bagus kot dr kepala otak manusia yg bangang, hmmm pelik2.. slalu jugak jumpe manusia jenis yg camni, tp kekadang aku pun ade gakla membodohkan diri layan manusia bodoh camni.. da jadi same2 bodoh.. Aduyaaii.. sabo ajela.

Nk kate Bodoh sgt ke aku ni.. ? Oh tidak, mungkin kekadang bodoh dlm membuat keputusan utk membiarkan diri diperbodohkan oleh manusia yg bajet pandai la sgt, aku ni jenis xsuke nk tunjuk pandai even 0.02 je lg nk 1st class honour. itupun saje je malas nk tunjuk pandai sngt. nnt ade plak hati busuk yg dengki.. huhuhu.. ayat bangga diri la plak aku ni.. ape2 la labu, mmg tgh bengang sebenarnye, bengang layan manusia bangang xsedar diri yg nk cari pasal ngan aku.. bajet bagus, aduss sakit toi ati ni.. malas nk gaduh2, so aku coretkan kemarahan aku pada papan kekunci ni ajelaa.. bkn takut or xde Idea nk lawan, tp malas nk membodohkan diri di khalayak ramai.. so better kite let go je manusia bodoh & ber'akal dengkal camtu..

Kekadang terpikir gak dlm kepala aku ni, tengok gelagat manusia yg xberapa nk ade ni, kate org lame "cukup makan jela" mcm aku ni da tahap X-cukup makan, "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" sebab tu aku kurang mood nk berlagak n sesenang ade nk mengata org situ sini kot, mungkin jenis sedar diri pun ye jugak agaknye. sedar yg hidup ni xbape nk lama, selama mane sgt nk hidup dgn jiwa  angkuh & besar diri camtu, lgpun Umi & Abi aku xpernah ajar sikap buruk perangai camtu even harta segunung emas pun. Adeehhh .. nk kate berpangkat sngt pun xdelaa, ala2 je, setakat baru jadi kuli batak tu xpyhla nk eksen n nk tunjuk belang xkene tempat, lainla klu da masuk senarai JUSA, aku respek la jugak.. tp kaum kerabat aku pun ramai je JUSA, tp xde plak nk berlagak cam taik .. huh bosan + menyampah jumpe manusia kerdil yg xsedar diri ni..

klu betoi pun harta xhabis ala Donald Trump tu pun xpayah la nk tunjuk bagus, coz xbagus mane pun setakat harta banyak klu "Peel" perangai busuk cam air longkang & mulut jahat cam Firaun.. bawak2-la insaf cek oiii.. aku just nasihatkan je, da klu rase diri tu betoi sngt serupe malaikat lantak ko la labu, xkuase aku nk amik pot.. xde kene mengena ngan keturunan aku pun.. harapnye2 xdela keturunan anak cicit aku jumpe ngan keturunan manusia xsedar diri & ujub xkene tempat camni... sisih malaikat 4444..

Belajar da la xpandai mane, result pun xsampai 3 pointer, baru dapat kerje elok skit da nk tunjuk lagak, piirahh itik.. setakat salary br cecah 2k++ xpayah nk lagak serupe CEO laa.. loye aku .. bawak sedar diri skit, cermin muke lelama skit time mandi tu,, itupun klu ade cermin dlm bathroom laa.. klu xde aku blh sedekahkan.. huh panas2.. mcm duk dlm oven je rase .. aarrgghhh geng2 U-setan da dtg merasuk aku plak ni nampaknye.. isk x boleh jadi ni.. rasenye merehatkan diri lebey baik mlm2 hari camni..

Oleh kerana Jam da menunjukkan kul 1.13 pagi, so lebih baik aku memejam-kan mate aku esok nk ke Home Dec di KLCC plak.. so sebelum tido ni kate Ustazah Bahiyah. adalah lebih baik kite maafkan sume org n doakan kebaikan utk semua org even manusia tu sgt2lah menyakitkan hati kite.. wallah'ualam.. Selamat mlm jom tido .. as-salam..  




Sabtu, 28 April 2012

Ape Pandangan Umum BERSIH 3.0 ?

Mestilah Terbaik dari Ladang... !!



Untuk entry hari ini aku masih berminat menulis cerita berkisar tentang BERSIH 3.0 yg baru shj semalam menutup tirai-nye, Alhamdulillah sume telah selesai, cume ade berita yg tidak enak didengar mengenai kecederaan fizikal & tindakan Jahat polis Malaysia terhadap peserta2 yg menghadiri perhimpunan Aman Bersih 3.0.

Secara peribadi aku berbangga dgn golongan muda mudi yg mempunyai kesedaran spritual yg tinggi, syabas aku ucapkan kepada kalian. Dlm kebejatan moral muda-mudi yg kebanyakan-nya kini hanya berminat menghadiri konsert Jom Heboh, Konsert Akedemi Fanta-sial dan ape entah lg majlis2 yg langsung tidak menyumbangkan kepada peningkatan mental & perjuangan bangsa mahupun agama..



Alhamdulillah, masih ramai rupenye yg sanggup mencari jalan sukar demi menjatuhkan kerajaan pengkhianat rakyat, agama & bangsa. namun begitu tidak kurang juga yg masih meletakkan minda se-level dgn katak di bawah gelas. walau apepun pandangan dan perjuangan yg ingi anda tegakkan, sentiasalah menjadikan AGAMA itu sebagai tali pengukur untuk anda membuat sesuatu keputusan. Kerana setiap ape yg lakukan walaupun sebesar biji sawi sesungguhnya akan dipertanggungjawabkan di hari kebangkitan kelak. 



Menyokong pemimpin yg bernaung dgn label ISLAM, tetapi dgn keras & angkuh menolak hukum islam adalah bukan perkara kecil sebesar bijji sawi. Ingatlah saudara-ku Allah itu bersifat dgn sifat SABAR maka bersyukurlah wahai manusia keji yg sentiasa berdolak dalih dlm memertabatkan Hukum Yg Maha Esa, Lihatlah dgn hati yg bercahaya, pandanglah dgn pandangan Iman, hitunglah kemuliaan, buanglah kebatilan.
   



Adeke minah ni ckp aku ckp xde otak.. uh panas betoii ati den, tp xmengapalah, mls nk emo2 sngt pasal hal2 camni, nk marah pasal aku komen ttg polis dia plak naik angin.. zero knowledge la moii.. inila masalah rakyat mesia yg suke menutup minda, xkirelaa sejahat mn pun yg rejim pak najis lakukan, still tahap malaikat.. xfhm aku..


BERSIH - JOM - BERSIH 3.0




Hari ni 28 April 2012, hari rakyat Malaysia berkumpul di Dataran Merdeka Kuala Lumpur utk membantah pilihanraya kotor yg di pelopori oleh Kepala Hantu Tok Ajib x-sedar diri, aku juga sebahagian daripada rakyat yg menyokong BERSIH 3.0 walaubagaimanapun keadaan x mengizinkan utk aku sama2 hadir ke Dataran Merdeka pada hari ini..


Ikutan & contoh tauladan terbaik.. I love in It ..

Sebagai seorang rakyat yg prihatin dgn perkembangan negara Malaysia dulu kini & selamanya, Eh.. ?? Mcm pernah aku dgr motto ni tp di mana yea..:)) ehehehe.. aku tersangatla bosan melihat gelagat pemimpin kerajaan Malaysia yg skrg ini, kebanyakkannye hanyalah mencari kemewahan & Menipu + Merompak harta rakyat yg telah di-Amanahkan kpd mereka utk di uruskan & di tadbir dgn baik.. bile aku mengeluarkan fakta begitu mesti akan ade yg bertanya...

"Mana Buktinya..? Klu betul Be End (Laknatullah) menipu + merompak duit rakyat buatlah report polis, negara kita ni negara demokrasi berperlembagaan, ada undang2... "


Adooiii Tuan kedai mesti bengang je ngan BERSIH 3.0 ni, ramai sngt customer hari ni, sampai habis sume makanan, duit pun banyak plak masyuk, mesti sakit otak xtau
nk manage camne.. huahuahaua.. 
Hahaha pecah perut aku nk jawab soalan ni, cume yg aku boleh kate, mmg negara LEMBAGA HITAM punye, xkan xnampak2 cek oiii, cume yg Otak Udang je layan Be End ni..  

"Cairkan Otak anda & bukak Mate luas2..Gunekan segala panca-indera yg Allah SWT kurniaankan utk anda  berfikir dgn matang, bak kate cendiakawan, banyak berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan.. " 

Walaupun sejak dr bangku sekolah lg mmg kengkawan dah tau aku ni kuat politik, tp ape yg aku nk katekan disini, aku bukan nk menyempitkan kepala otak aku dgn menolak bulat2 parti2 politik lain seperti Umngok tu, cume ape yg aku pertimbangankan (Timbang bukan gune Dacing senget ni, kite gune akal yea) adalah tentang pembawakan pemimpin  muta'akhir ini dari segi pengaruh & pengisian kepada masyarakat..


Hubungan mesra Polis & BERSIH 3.0

Mampukah setiap rakyat di negara ini menjamin anak2 yg mereka didik dgn akhlak yg mulia sejak lahir sehinggalah menjengah usia remaja menjadi manusia yg utuh jiwa & akidahnye dlm menghadapi gelombang Budaya Hitam yg melanda Malaysia hari ini..?

Ikhlas aku katekan, aku takut melihat gelagat remaja & muda mudi hari ini, yg rata2-nye tidak mempunyai jati diri & pegangan agama, menghina & mencaci golongan Ulama' seperti tiada ape2, berpakaian menjolok mate sehingga mengzahirkan kemaluan & buah dada hanya perkara biasa...? masyarakat seperti telah imun dgn budaya ini sehingga tiada rasa bersalah dlm diri melihat anak2 bangsa semakin merudum nilai budaya ketimuran-nya.

Anak luar nikah berapa ramai ? remaja tidak bersolat berapa ramai ? remaja yg berzina seawal usia 13 tahun berapa ramai ? remaja minum arak & menghisap dadah berapa ramai ? tanyalah diri saudara dan saudari sekalian.. bacela fakta2 yg sahih bukan data yg telah di pesongkan..

Bila sy berkata tentang keruntuhan moral remaja, pasti akan ade suara sumbang yg berbunyi..

"Anak sendiri yg jahat & tidak bermoral pun nk salahkan kerajaan ke ? senangla camtu, mak ayah goyang kaki, anak bodoh salah kerajaan, anak merompak salah kerajaan, anak berzina salah kerajaan, anak mengandung salah kerajaan.. amboii3 nyah .. seronok U, sume yg xbaik salah kerajaan.. "

Oh sahabat2ku, tidak begitu mudah seperti yg diungkapkan, akhlak & budaya itu bukan setakat di rumah, bukan boleh diwarnakan seperti mengecat dinding rumah mengikut kehendak, pengaruh luar & hiburan melampau yg di telah rencanakan oleh pemimpin tidak berakhlak sebenarnye lebih besar & lebih mendalam kesannye kepada jiwa remaja & anak2.. sebagai contoh pengajuran hiburan konsert terbuka dgn jelas mengundang maksiat.  apekah saudara merasakan setelah anak2 muda menghadiri konsert terbuka itu mereka akan pulang kerumah dgn berakhlak & berjiwa merdeka..? terimalah kenyataan wahai saudara-ku, setiap anak muda yg menghadiri majlis maksiat seperti itu akan disusuli dgn pesta arak dan seterusnye melakukan penzinaan..

1. Dlm 100% remaja yg menghadiri konsert berapa % yg akn pulang kerumah selepas konsert tamat..?

100%  /  50% / 25% / 0%

2. Dlm kiraan 100% juga berapa ramai remaja yg menghadiri konsert bersama mahram.. ?

100% / 50% / 25 % / 0%

3. Berapa % remaja yg menghadiri konsert berpakaian Menutup AURAT ?

100% / 50% / 25 % / 0%

Untuk itu segala jawapan di atas adalah terkandung dlm jiwa saudara & saudari.. buat & pilihlah yg terbaik utk keturunan & kelangsungan hidup zuriat anda yg lebih syumul...

 Hebat... Lautan Manusia .. Terbaik.. :))


Rakyat Mesia Di Melbourn.. Mantop.. Mesti Pak Ajib
da Ketaq lutut tu..  huahauhaua..

maka tiadalah pilihan yg terbaik melainkn pilihan yg berlandaskan agama ..!! krn hidup ini bknlah menongkat langit, anak2 yg di lahirkn, harap-nye menjadi saham tertbaik utk ke Syurga bkn saham ke Neraka, renung2kn dan selamat beramal...

Tanah SUCI hanya utk insan yg berjiwa Besih lg SUCI.. klu serupo minah Katik Pink tu
mmg xlayak nk berada kt Tanah Suci ni..

" Adakah sama mereka yg befikir (berilmu) 
dgn mereka yg jahil..?