Memaparkan catatan dengan label LaGu-LaGu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LaGu-LaGu. Papar semua catatan

Selasa, 1 April 2014

Sebuah Ketenangan Abadi

Mencari Ketenangan Hati adalah suatu yang amat sukar untuk ditemui. Sekalipun mempunyai harta yang banyak serta kemewahan dunia yang tiada bandingan. Tapi itu semua tidak menjamin kebahagiaan & ketenangan di lubuk hati seorang insan kerdil. 
 
Sesekali aku termenung sendiri, memikirkan tentang sebuah kehidupan yang telah aku lakarkan. Apekah bentuk yang telah aku corakkan disepanjang rentangan masa lalu-ku. Adakah aku sedang merosakkan lakaran kehidupanku dengan menconteng segala benda hitam pada-nya. Ataukah aku sangat berhati-hati dalam mencorakkan kehidupanku ? hanya aku shj yang tahu dengan pengetahuan yang sebenar. Sedangkan Allah memerhati tanpa sedikitpun terleka akan setiap sesuatu. Sedangkan aku pula lalai tentang dosa-dosa masa silam-ku. Tanpa aku sedar, aku telah jauh tersasar dari jalan kebenaran. Ya Allah... berilah aku masa untuk memperbaiki segala kesilapan masa lalu-ku. Berilah aku cukup waktu untuk menebus segala kekhilafan itu.
 
Banyak perkara yang aku lalui menjadikan aku semakin faham tentang erti sebuah kehidupan yang sebenar. Kalau dulu aku sering mencari di mana kepuasan hidup yang hakiki. Adakah dengan memiliki & menguasai sesuatu ? Adakah dengan mencari redha manusia tanpa mempedulikan Redha Allah ? Adakah dengan mencari keseronokan & menikmati apa sahaja yang mendamaikan. Berhujung minggu di Hotel2 bertaraf 5 bintang ? Menikmati makanan yang paling sedap dari serata ceruk kedai & restauran ternama dengan bayaran yg mahal ? Atau melancong kemana-mana untuk mendapatkan ketenangan... ? Tidak... jawapan-nya bukan semua itu sahabatku. Semuanya itu adalah khayalan. Semua itu adalah dusta & pembohong. Itu Hanyalah bayangan yang membuai jiwa untuk sementara waktu. Tapi ketenangan & kebahagiaan tidak jua aku temui.
 
Ketenangan & kebahagiaan itu sebenarnya adalah dekat. Ia ada pada jiwa yg bersih, ia akan hadir pada hati yang mencari keredhaan Tuhan-nya. Carilah Redha Allah, berusahalah untuk menemui jalan menuju Tuhan kerana di situ terletak-nya sebuah ketenangan. Tapi ingatlah, sejak langkah pertama kamu menuju Tuhan-mu, maka di situlah bermula-nya 1001 dugaan & cabaran yang akan membuatkan kamu letih & putus asa. Kuatkanlah tekad-mu. Bersabarlah, berdoalah mudah2n kamu selamat hingga ke akhirnya.
 
Sekalipun manusia melihat-mu tidak punya apa-apa, tapi sebenarnya kamu-lah pemilik kebahagiaan itu. Bergembiralah jika kamu dapat merasainya kerana di situlah permulaan kehidupan yang sebenarnya. Kehidupan yg akan dilimpahi Rahmat & kasih sayang Allah. Sebuah jiwa yang berjalan menuju Tuhan-NYA dengan penuh kebahagiaan. Demi Allah, erti ketenangan itu terlalu sukar untuk di ungkapkan. Cuma jiwa yg pernah merasainya shj tahu, bertapa indahnya sebuah ketenangan jiwa itu. 
 
Jika perasaan Cinta Dunia itu ada, bererti kamu belum dapat menikmati Cinta Allah. Untuk mendapatkan kebahagiaan itu kamu perlu menanggalkan Kecintaan pada dunia secara beransur-ansur & memenuhi jiwa-mu dgn kencintaan kepada Yang Maha Esa... & bermula detik itu nikmatilah erti kebahagiaan & ketenangan yang akan hadir secara berperingkat ke lubuk hatimu.
 
Demi Allah Ia tersangatlah indah. Sepertinya kamu berada di sebuah taman bunga yang luas saujana mata memandang, manakala bunga-bunga sedang mekar berkembang pelbagai jenis & warna dengan bau-bauan yang sungguh harum. Melihat kumbang2 yang menghisap madu pada kelopak bunga. Dalam suasana cuaca yang begitu nyaman. Tidak sejuk & tidak pula kehangatan. Dengan keadaan langit yang membiru, melihat anak2 berlari keriangan tanpa sedikitpun perasaan risau menerpa padanya. Menghirup udara segar dengan bau rerumput menghijau. SubhanaAllah
 
 
Ya Allah.. Ya Latif fuya Kafiy ya hafiy zu ya Syafiy...
Ya Karimu Antallah...
 
 
 

Selasa, 7 Januari 2014

Dengarlah Suara Yang Indah & Kata-kata Yang Mulia !

Terasa lapang & tenang apabila mendengar alunan suara2 yang memuji Allah dgn bait kata2 yg penuh dengan nasihat & pedoman untuk hati....

























Opick feat flo – Shalu’ala Muhammad

Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad


Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari al-quran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Pabila mulut jauh dari Asma-Nya
Langkahnya hidup bagai hilang berkahnya
Pabila dunia tak berlandaskan jiwa
Siap-siap akhirat meninggalkannya

Dibayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba


Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad


Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari al-quran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Dibayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba

Ya Rabbi Ya Rabbi Ya Rabbi

Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad
Shalu’ala Muhammad

Sholallah ala Muhammad
Shallallahu Alaihi Wa Salam
Sholallah ala Muhammad
Sholallah alai Wa sallim

Yaa Nabi salaam alaika
Yaa Rasul Salaam’alaika
Yaa Habiib salam’alaika
Sholawattullah’alaika


Rabu, 21 Ogos 2013

Terkenang Semasa Dulu !

Tet..Tet.. masuk mesej kt whatsapp pagi-pagi buta, tengok ade Video Lagu "Hatiku Rindu" R Azmi. Mula2 cam malas nk bukak, tengok cover video cam xbest. Tp bukakla jugak sebab yang hantar Video tu my beloved hubby.
 
Bile dah dengar lagu-nya tetiba hati meruntum rindu. Terus teringat masa2 dulu, zaman kanak2 riang. Lagu ni betul2 membuat hatiku terpikat pada seni bahasa & juga music nya. X-sangka Abi tetiba dtg mood jiwang di pagi hari. Ehehehe rindu ke Yg..? Baru je sehari kt Kuching tu dah merasa rindu ea.. ehehe .. Jomlah kita layan lagu lama yang begitu indah ni. Opah pun suke lagu ni. Katanya arwah nenek aku dulu pun suke nyanyi lagu ni, slalu dengar kt radio. Mmg legend rupenya lagu R Azmi ni, nk cari CD la sekeping nnt. Aku mmg suka layan lagu2 lama ni. Jiwa seni lah katekan.. hehehhe..
 
 
 
 
Sepanjang dalam kereta nk ke opis aku duk ulang2 lagu ni je... sambil duk mengelamun melayan perasaan sendiri. Setiap perkara yg telah berlalu itu tidak akan kembali lagi...





Khamis, 6 Jun 2013

Saat Aku Mencintaimu !

Da lama x-layan lagu kt Youtube. Memandangkan Unifi kt rumah aku buat hal, maka untuk menghilangkan boring lepak kt umah after habis kerja, maka aku bukak U-tube kt Samsung Galaxy. Hmm berguna jugak gadjet aku ni.
 
Ape lg layan lagu jiwang2laa... da lama xlayan perasaan. Terlalu sibuk sgt dengan urusan dunia & keluarga sampai xsempat nk menghiburkan hati sendiri. After my beloved baby da tido maka aku layan-la jiwang karat kt u-tube. Terus terbayang kisah2 zaman remaja dulu. DejaVoo kembali menerjah jiwa-ku...
 
Sejak dari zaman sekolah lagi aku memang suka baca buku2 puisi. Yerla aku selalu duk sesorang kt umah after balik sekolah. maka aktiviti aku kt umah ialah berangan & cakap sesorang disamping tugas wajib aku ialah mencuci pinggan mangkuk, angkat baju kt ampaian, kemas rumah & masak Nasi. Nnt ptg my beloved Umi balik kerja dia akan masakkan lauk. Camtulah rutin harian aku setiap hari sehingga masuk ke sekolah menengah berasrama.
 
Aku mmg jarang lepak ngan kawan2 or main2 kt padang sekolah. adela jugak tp boleh kire bape kali dlm sebulan. Aku lebey suke terperap sesorang dlm bilik, tak pun aku menanam pokok kt kebun blakang rumah.. Ehehehe tringat zaman kanak2 la plak. Sangat rindu masa lalu yang indah bersama insan2 yg aku kasihi...
 

Rabu, 5 Disember 2012

Maafkan Aku Kerana...

 
 
Lidahku kelu untuk memanggil-nya "UMI". Maafkan aku kerana airmata ini pasti berjujuran setiap kali aku membicarakan tentang "UMI". Maafkan aku kerana jiwaku terlalu lemah untuk menerima kenyataan bahawa umi telah tiada. Hanya dengan memadamkan sedikit ingatan & menyimpan jauh panggilan "UMI" dari bibirku membuatkan jiwa ini sedikit tenang dari kekacauan sebuah kerinduan. Walau demi sesungguhnya aku terus menerus merindui-nya hingga ke-akhir hayatku. Maafkan aku duhai ayah. Aku masih boleh menerima kenyataan untuk menghormatinya & itu telah aku lakukan. Tetapi tolonglaa... aku memohon jgn memaksa-ku untuk memanggilnya umi.
 
Padaku, tiada sesiapa pun didunia ini yg layak untuk aku memanggilnya "UMI" selain dia yg telah aman di sisi Tuhan. Ampunkan aku andai aku melukai hatimu wahai ayah. Ampunkan aku... Mintalah ape shj, pasti akan aku taati permintaan-mu tetapi bukan untuk gelaran itu. Hanya satu yg aku mohon, Fahamilah & percayalah akan anak2mu ini, kerana kami adalah anak-mu & engkau adalah ayahku dunia & akhirat. Doaku moga dikau sentiasa di ambang bahagia hingga ke syurga abadi.
 
Untuk-mu wahai ayah, ingin aku katakan, sesungguhnya aku amat merindui kasih syg-mu seperti dulu. Rindukan perhatian & gurau senda bersama-mu. Rindukan setiap saat yg telah berlalu. Namun kini seolah-olah semuanya hanya mimpi. Aku seperti terbangun dari sebuah lena yg panjang. kupandang kiri, kupandang kanan, tiada sesiapa pun disisi. Memanggil umi & abi... kenapa meninggalkan aku sendiri begini..? aku hanya mampu menangis sendiri, mengharap dlm bayangan, moga sebuah kenangan lalu mampu mengeluarkan sekuntum bunga di tanah hati yg semakin gersang.
 
Aku sentiasa merindui kasih syg-mu wahai umi & abi. Dlm sendu ini aku berdoa, moga Allah merahmatimu wahai ayah & ibuku yg mulia :.(
 
 
 
 
 
 

Rabu, 3 Oktober 2012

Aku, Dia & Tong Sampah !!

Best gile layan cite ni, ala2 cite Korea .. huhuhu slalu cite melayu jarang yg buat cite bersahaja camtu, tp kali ni aku solute ngan pengarah cite ni.. Best..Best.. Teringat plak kisah zaman remaja dulu2.. ehehe tp tajuk tu kite tune skit "Aku Dia & Friendster" jalan cite hampir sama je.. ehehe lawak2..
 
Lagu dia pun best "Jatuh" Liyana Fizi yg nyanyikan lagu ni, xpernah dengar pun sebelum ni nama penyanyi ni, adakah aku yg x-update atau mmg x-glamour pun minah ni.. aku pun xtau.. ehehe.. what ever it is aku ni mmg jarang update pasal artist2 ni.. dr 100% database aku ni, maybe 5% kot.. itupun database yg lama2 dulu.. huhuhu..
 
Okla da penat & lewat mlm sudah, aku pun nak solat isya' n tito.. esok nk p kerje plak.. Gudnite kengkawan.. nnt sambung cite lg, BB Nuha da lama berlayar... muhahaha... sambil layan U-tube lagu "Jatuh"...
 
 
 
 
Assalamualaikum...
 
 
 

Ahad, 23 September 2012

Aku Tak Ingin Sendiri !


Relexkan minda di pagi hari Isnin yg begitu berjiwa. Bangun pagi dgn semangat yg berkobar-kobar untuk ke tempat kerje ehehehe... Mandi pun termenung hampir 10 minit di bawah shower, Terasa telusnya aliran air yg mengalir, membaluti seluruh tubuhku...Fikiran melayang jauh entah ke-mana, mungkin ke syurga...keindahan yg xdapat aku lakarkan dgn kata-kata.. :)
 
Sepanjang perjalanan ke tempat kerje layan sinar FM. macam biasa lawak SY dan juga mak banang buat aku tergelak sesorang. hahaha.. lawak cekodok la diorang ni. Lagu paling best pagi ni di Sinar ialah nyanyian Hetty Koes Endang "Tak Ingin Sendiri". Semua lagu Hetty Koes Endang aku mmg suke... Best..Best..
 
Mendengar lagu tu, membuatkan aku terbang jauh ke tepian pantai, di buai2 angin sepoi bahasa.. aarrrhhhh I miss all the past memories.. zaman remaja yg begitu bermakna dan zaman kanak2 yg membahagiakan. Bile tiba pagi Jumaat perkara yg sering aku lakukan ialah membonceng motor ke tepi pantai Seberang Pintasan. Best pagi2 layan ombak di sana... My mom mmg da tau kemana aku pergi, klu pagi Jumaat tu aku xde, mmg dia dah leh agak ke-mana her beloved doter mengelamun... I Miss U Mom.. Love U so Much.. U always understand me, always knows what i want without i notice u anything..
 
Jom Layan lagu ni, Moga anda juga mendapat Kebahagiaan & ketenangan hidup yg di cari... :)
 
 
 
 
Aku dan laut seperti Romeo & Juliet. Aku sgt bahagia bile berhadapan dgn ombak yg menghempas pantai. Sungguh bahagia berada bersamanya. Aku seperti berada nun jauh di alam lain, setiap kali aku berada di tepian pantai. Klu hati terasa sedey, laut adalah teman setia yg sentiasa membuatkan hatiku kembali ceria & berbunga-bunga. Thank God kerana menciptakan ombak & pantai untuk membahagiakan hidupku...
 
 
 
 
 
 

Apa Sahaja Untuk Kamu !!!

Untuk Dia
(Najwa Latif + Sleeq)
 



Best gile kot, klu dapat jadi pompuan macam dlm lagu ni..
Ape shj utk kamu.. huhuhu...  Jom Berangan.. :)
 

Rabu, 15 Ogos 2012

Aku Balik Kampung ke Raye Ni ???


Mlm ni adalah mlm yg ke 27 Ramadhan, suasana mlm ini begitu indah & tenang sekali, pokok2 kelihatan tenang, sedikit pun tidak bergoyang, seolah2 angin pun tidak bertiup.. apekah semua makhluk Allah tunduk sujud kepada Sang Pencipta Yg Maha Agong ..?? Hanya manusia shj riuh rendah di segala ceruk pusat membeli belah...


 
Hari ini juga dah masuk hari yg ke 5 aku tidak berpuasa, sgt sedey kerana tidak dapat menunaikan solat Tarawih pada mlm2 terakhir Ramadhan kali ni, moga segala doa2 yg aku panjatkan di makbulkan oleh-Nye... Doa utk anak2 ibu, moga membesar dgn akhlak yg terpuji, moga puteri2 ibu terdidik dgn akhlak Fatimah & Khadijah & Putera2 ibu membesar dgn simbol kehebatan & ketinggian budi pekerti Rasulullah SAW seperti sucinya hati Muhammad Abdullah penghulu segala umat. Doa ibu lg, moga segala urusan anak2 ibu mendapat kemudahan & keberkatan, moga menjadi manusia yg beriman ye syg. Melihat dunia hanya sebagai tempat persinggahan untuk mengaut keuntungan di Negeri Abadi... Utk abi juga ibu doakan semoga bahagia & berjaya hidup dunia & akhirat, semoga abi di murahkan rezeki & di lapangkan hati dari segala masalah & keresahan dunia. Utk Tok Abi & Arwah Tok Mi juga ibu doakan moga bahagia semuanya di sisi NYA yg Maha Pengasih & Penyayang.

Selapas berbuka puasa di rumah opah td ibu ke Alamanda Putrajaya, Temankan Nyah & Opah shopping baju. Ibu temankan aje, xbeli ape2 pun, xde mood langsung nk shopping2 ni, lg pun nk raya kt mana pun belum pasti, entah2 xbalik raya pun, sampai ke saat ini masih belum ade kate putus dr hati, samada mahu ikut serta opah balik ke Terengganu pada mlm Jumaat ini (besok) ataupun duduk beraya di rumah Kajang shj. Mcm2 yg bermain di fikiran, Semua org sibuk bertanya bile nk balik, hmm agak2nya nk suh buat ape kt kampung tu yea..? nk kata buat kenduri pun x juga.. hmm kate Opah semua org amik berat, maklumlah aku ni dah mcm ibu tunggal sejak akhir2 ni. Semua-nye terkejar2 uruskan segala benda seorang diri. Dari urusan peribadi, anak, dapur, bayar segala Bil, Insurance, maintenance rumah, sakit demam adek, ke klinik, ke pasar beli lauk etc.. sgt menguji kesabaran Ku sebagai seorang manusia yg xpernah di beri tanggungjawab seberat itu sebelum ini.. :.( apepun aku reda & menerima segala dugaan ini dgn hati yg tabah, kerana aku tau Allah itu tidak pernah kejam kepada hambanya, dia tahu sejauh mana kemampuan setiap hamba-NYA.. cume kekadang kite sebagai manusia sentiasa meletakkan had utk diri sendiri... wal hal Allah menciptakan manusia dgn sebaik2 kejadian... 

Smlm Tok Ki Mat Marah kt ibu, katenye "Nk buat ape duduk sesorang kt Kajang tu, balikla Terengganu jumpe adik beradik, sanak saudara, Nuha pun xpernah beraya kt Kampung lg..." bla..bla.. mcm2 dia memulakan ceramah, ibu just tadah telinga je, org nasihat kite dengarla. Mmg betul pun.. tp entahla hati Xterasa kemeriahan pun utk menyambut aidil fitri kali ni, hmm rasenye bukan kali ni je kot, raya 2,3 tahun sebelum ni pun biasa2 saja, tidak semeriah & seghairah ketika Tok Mi masih ade. Cume rasa sayu bersarang di hati kerana Ramadhan semakin berakhir. Feeling nk raya sakan, nk shopping entah ape2 langsung xde, entah kemana menghilang agaknya, tengok semua org sibuk membincangkan pasal baju raya, langsir raya, etc.. mungkin segala kegembiraan itu telah hilang sejak perginya kasih syg Tok Ummi dari dunia ini, seperti segala keceriaan ikut pergi bersama-nya. Yg tinggal dlm diri adalah tanggungjawab utk meneruskan sisa2 waktu yg ade utk bersama Abi & anak2 ibu... sedikit kekuatan itu semakin berakar umbi sejak adek lahir ke dunia.. Terima kasih ya Allah kerana engkau menggantikan sesuatu yg Istimewa kepadaKu setelah engkau mengambil sebahagian dari Nyawa-Ku.

Segala keputusan untuk balik ke beraya di Terengganu akan di putuskan besok, Klu hati terasa nk balik Kampung harapnya lalulintas dr KL- Terengganu baik2 je. Maklumlah drive kete sesorang dgn adek aje, klu lalulintas sesak camne nk tenang hati ibu ni, lg2 klu adek merengek2 kt sebelah... itu juga adalah antara faktor utama juga mengapa ibu langsung xde feel nk balik kampung...

Mudah2n segala urusan di permudahkan oleh-NYA.. amen Ya Rab...


Selamat Hari Raye Untuk Hubby yg sentiasa di ingati, juga utk semua kawan2, semoga Syawal ini menjanjikan kemeriahan utk semua..
Maaf Zahir & Batin :)







Sabtu, 30 Jun 2012

Saat Kau Pergi Jauh

Jam 7.30 pg bersiap2 untuk hantar hubby ke KLIA, 
aritu aku pk  mcm xnk  hantar my hubby ke KLIA, coz aku sebenarnya tersangat sedey, xnk tengok my hubby pergi tinggalkan aku & Nuha. Nnt ade aku berjujuran airmata kt situ, so aku suh hubby amik Limo jelaa...

Tp bile aku terbangun subuh td pagi, tetiba jiwa di selubungi rase sedey yg teramat bile mengenangkan yg hubby akan berangkat ke Aussi jam 10am kejap lg, pantasnya masa membawa aku, tub2  hubby da nk berangkat, terasa seperti mimpi je sume ni, aargghh mampukah utk aku lalui hari2 tanpa hubby sepanjang 3bulan lebey ni..

Yaa Allah berilah aku kekuatan, bertapa ku lemah utk hadapi dugaan ini tanpa dia yg aku kasihi. aku decide nk hantar hubby ke KLIA jugak, so suh dia cancelkan je LIMO tu, aku akan cube menenangkan diri aku, ape yg bermain di fikiranku saat itu hanyalah ingin menghabiskan sisa2 waktu yg ade bersamanya. Dan ape yg pasti aku-lah insan yg paling rindu kepadanya dan saban hari berdoa moga2 dia cepat kembali di sisi... :'(




Saat kutahu kau akan pergi jauh,
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu..

Agar kau tau bertapa ku terlalu mencintaimu..
Aku akan menunggu hingga dirimu kembali utkku..

Moga Allah sentiasa menjagamu & merahmati dirimu sygku... aku sentiasa menantimu di sini 
dgn seberkas doa pada setiap sujudku 
utk kebahagiaan dirimu... :'( 


Sepanjang perjalanan balik dr KLIA td, airmataku xhenti2 mengalir, terasa benar kesepian bile hubby xde, Baru je beberapa jam berpisah, rasenya mcm aku nk peluk hubby kuat2 and xkasi dia pegi, tp aku hanya berilusi sendiri... realitinya aku hanya melihatnya pergi meninggalkan aku...

Sarapan kt KFC KLIA td pun aku xbape nk makan, cume di gagah-kan juga utk menelannya, hati bergolak kencang. sedaya upaya aku cube utk tidak mempamerkn kesedihan dihadapannya. Bimbang nnt perasaanku makin menjadi2...

cume ape yg mampu aku katakn padanya " abg take care ok, nnt kt sana jgn lupa call selalu yea, pagi, ptg & mlm coz nnt adik (Nuha) rindu..." Tp yg sebenarnya akulah yg rindu padanya setiap saat dan ketika...

Ape yg aku buat dr td serba xkena, lepas tidokan Nuha ingatnye aku pun nk lelap skali, tp hati & fikiran asyik teringatkan hubby, Tersangat-sangat rindukan hubby, sambil menulis coretan ni pun airmataku xberenti mengalir je dr td..

 
Doaku semoga segalanye baik2 belaka... :'(
Cepatlah mase berlalu pergi...
Aku ingin dia kembali kepadaku...
Love & Miss U so much syg...






Selasa, 26 Jun 2012

Happy Bestday My Darling Hubby

Today on 26 June 2012 is my Beloved Hubby Bestday, I Dropped here just want to wish Happy Best-Day 2U My Sweetheart, U always make Our life Cheerful & Feel Perfect. Thanks a Lot, May Allah Bless U Dear... Baby Nuha Also Wishing U Happy Best-Day.. We Love U Abi.. :)



MY DEAR LOVE,
YOU'RE ALWAYS THERE FOR ME
WHEN THINGS TEND TO GO WRONG
IT'S THAT FAITH YOU HAVE IN ME
THAT MAKES OUR MARRIAGE STRONG

IT'S YOUR LOVING AND YOUR CARING
AND KNOWING THAT YOU'RE NEAR
THAT SPECIAL KNACK YOU HAVE
MAKE MY TROUBLES DISAPPEAR

A BETTER HUSBAND NO WOMAN COULD WANT
WITH YOUR SWEET AND GENTLY WAYS
AND KNOWING THAT YOUR LOVE FOR ME
IS JUST AS STRONG TODAY

I LOVE YOU BABY WITH ALL MY HEART
WE'VE HAD OUR ARGUMENTS
OVER THE YEARS
AND SOME OF THEM
BROUGHT ME TO TEARS

BUT MORE IMPORTANT
ARE THE GOOD TIMES WE'VE SHARED
THE THINGS YOU'VE DONE
TO SHOW ME YOU CARE

YES, WE HAVE ARGUMENTS NOW AND THEN
BUT OUR LOVE ENDURES THROUGH THEM ALL
AND MOST OF THEM I CAN'T EVEN RECALL

BUT ALL THE GOOD TIMES WE SHARED
ARE BURIED DEEP WITHIN IN MY HEART
LOVING MEMORIES DEAR TO ME
MEMORIES FROM WHICH I'LL NEVER PART

I LOVE YOU DEARLY
THIS YOU ALREADY KNOW
IT'S OUR LOVE THAT'S
MADE OUR MARRIAGE GROW...




Moga cinta kite kekal hingga ke syurga !! 

Ahad, 24 Jun 2012

Keroncong Hujan

Ini adalah antara lagu keroncong yg paling memberi kesan mendalam dlm seluruh kehidupan aku,klu di kenangkan kembali, Zaman layan keroncong ni, macam2 peristiwa yg aku lalui ketika tu tp Alhamdulillah dgn sedikit kekuatan mental & ketabahan hati yg ade, aku berjaya tempuhi susah payah kehidupan zaman remajaku dgn tulus sekali, dan keroncong inilah yg selalu menemani  ruang hati saat2 sepi dan rindu menusuk kanvas sanubari-ku...

Keroncong Hujan & Kolej Mawar, my X-roomate mase tu, budak Law, selalu gelakkan aku bile time dtg mood jiwang nyanyi pakai hands free..uhuhu mmg lawak, walaupun dia slalu gelakkan aku kekadang dia pun terkinja2 skali nyanyi ngan aku bile time stress, hahaha kanak2 riang toi..

aku suke versi nenek ni, tp dia nyanyi xhabis..

Inilah diri-ku, gambaran jiwa-ku, seorang manusia yg cintakan kedamaian
dan ketenangan...  Dalam menghadapi kehidupan yg kekadang sukar utk di duga, aku lebih suke berhadapan dgn insan yg jiwanya penuh dgn
cinta & keharmonian kasih syg...   


Yg ni versi adibah Noor, moden skit.. boleh laa dr xde.. :)

Sekali Cinta itu singgah di hatimu, percayalah.. ia akan selamanya bersemadi dlm hatimu sampai bile2, Ia tidak akan pernah hilang walau sejuta kali engkau menghalaunya pergi, kerana ia telah sebati didalam dirimu, bersatu dlm hati "kau & dia" dan membentuk sebuah rase yg kau pangil cinta...
Oleh itu hati2lah dlm bermain cinta... 

Mood Layannzz di malam hari :)) ...








Sabtu, 23 Jun 2012

Biar Aku Menjadi Lilin

Di suatu pagi yg santai, OTW ke tempat kerje, aku akan layan Classic FM, ala2 jiwang kan, layan classic gitu huhuhu.. aku mmg xsuke lagu2 rock kapak ni, semak kepala otak den, layan keroncong ke, instrumental ke, baru ade class.. Jom layan lagu ni, sgt bermakna, dah lama aku cari tajuk ni,
semalam baru  aku jumpe,
thanks Classic FM :))





Jumaat, 22 Jun 2012

Deja Vu di Kinabalu


Takat leleh cite ni,
berkejar balik opis ari2 semata-mata xnak mis this cite... Mood terawang di langit Ke 7..
sob3..  sgt sedey..
suke sgt2 watak Akashah,
yg sngt macho + baik ati + setia + Encem..
muahaha xsabar nk tengok episod seterusnye...
Tiz Zaqyah pun mantop dlm cite ni,
penuh dramatis U...




I am Dreaming become Tiz Zaqyah
.....ahahahaha....






Khamis, 14 Jun 2012

Malay Evergreen Song

Rambu-Ramba

Kalaulah pergi ke Kuala Pilah
Singgah sebentar di Pekan Dangi
Kalau di hati rasa gelisah
Ingatlah aku ada di sini

Kalaulah pergi ke Kota Bahru
Singgah sebentar Kuala Terengganu
Biarlah aku jadi temanmu
Mengubat hati yang sedang rindu

Rambu Ba Rambu Ramba
Oh berdebar aku rasa
Apabila bertentang mata
Tak kusangka terjatuh cinta

Rambu Ba Rambu Ramba
Ada cinta dalam dada
Sepanjang masa engkau kusayang
Siang malam ku terbayang

Rambu Rambu Ramba
Terbayang di mata
Rambu Rambu Ramba
Hanya engkau kucinta


jom layan lagu ni...


Lagu ni, aku slalu dengar sejak aku kecik2 lg, dr zaman kanak2 sampaila aku da ade anak sekarang, mmg evergreen betoi lg ni, arwah ummi pun suke nyanyi lagu ni, nyanyi time dia masak kt dapur..
ehehe..

Abi suke nyanyi kt dapur jugak, klu time dia landing kt dapur tu dgrla suara dia nyanyi mcm2 lagu.. my abi pandai nyanyi, sedap suara dia mcm M.Nasir.. hehehe.. sngt kelakar klu ingat zaman kanak2 yg riang ria..

melalui zaman kanak2 yg sangat indah  adalah impian setiap anak2, 
moga aku mampu membahagiakan anak2 aku seperti mana kebahagiaan yg telah aku rasakan mempunyai Ummi & Abi yg sentiasa mengambil berat dan sayang-kan aku, walaupun mereka telah tiada di-sisi namum
kasih syg mereka tetap terasa dlm jiwa ini...






Rabu, 13 Jun 2012

Malamku Yang Santai :)

Layan U-tube n My baby, Sambil tunggu beloved hubby sampai dr Penang..
Jom layan lagu ni.. relexkan kepala....
Cepatlaa sampai syggg... 
muhahaha...



Mood sgt rindukan kamu...





Isnin, 4 Jun 2012

Pendam


Pendam ni adalah sebuah tajuk lagu yg amat popular dlm cite Cinta Buat Emelda, aku tersangatla addict menonton cite Cinta Buat Emelda, Mostly sume cite yg di siarkan pada jam 7 ptg aku ikuti kesemuanya, dan cerita yg paling syok yg pernah aku layan antaranya ialah "Chinta" takat leleh gitu.. huhuhu.. mase layan cite ni aku duk kt Aloq Staq Kuarters Pegawai TUDM Kepala Batas.



Jom layan lagu Pendam yg di-nyanyikan oleh Shahir AF dan dipopularkan melalui drama bersiri "Cinta Buat Emelda"


Harini aku MC, kepala sangat sakit mcm migrain, mmg xleh nk commit utk ketempat kerja, sngt2la lemau rase badan ni.. :.( Mood lepak umah jela seharian, klu rase rajin nk g umah cik, klu xlarat aku tido je kt umah..


Rabu, 2 Mei 2012

Erti Sebuah Cinta

CINTA,  KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN,
     KEGEMBIRAAN ..!!!

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda
 antaranya CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan
sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling
melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil
itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan
pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak
mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari
pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA
melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab
KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh
dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini
tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN
cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan
perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang
terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu
sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA
sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah
KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.
Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini.
" sahut KECANTIKAN.CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis
terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.. :.(
                                                                           
Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas,

"Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu",
kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN,
"Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ",

kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa..
            
Merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus
berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh
tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?                   


                                                                           
Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara,
"CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu
dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang
mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat
sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan ia segera
berlalu pergi. Pada saat itu barulah CINTA tersedar, bahwa ia sama sekali
tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu.
CINTA  segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu,
siapa sebenarnya orang tua itu...??

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu.
Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku..?

Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan
menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu,

"Kerana hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu.....

Membaca cerita ni buat kesekian kalinya membuatkan aku tersenyum sendiri,
bagitu jauh WAKTU meninggalkan aku bersama sebuah Memory... :)

Ahad, 8 April 2012

Hakikat Sebuah Kehidupan


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat kerana tuntutan tugas harianku mmg slalu memenatkan... Sementara anak2 & isteri-ku sedang berkumpul diruang tengah.  Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat ke muka ku.

Selang beberapa ketika seseorang yang tidak jelas mukanya dgn berjubah putih dan bertongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata-Ku. Aku sangat terkejut dengan kedatangan lembaga yang tiba2 itu dihadapanku.. 

Belum sempat aku bertanya.. "Siapa Engkau.."
tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas..
Nafasku bergerak kencang, terasa berombak diseluruh tubuhku,
sepertinya aku kelemasan di udara..

Aarrggghhhh rasa kesakitan jenis apekah ini, yg tiba-tiba menyerang dadaku..??

Namun aku berusaha untuk tetap bernafas seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang merayap ke-segenap salur nadi-ku dari bahagian kaki-ku hinggalah ke dadaku.. terus dan terus merayap penuh penderitaan yg xmampu aku tanggung, akhirnya ia tiba ke kerongkongku…

"aarrgghhh Sakittt… Sakiiittt bantu aku isteriku, cepat bantu ayah anak2-ku... "
Kotak suara-ku xmampu lg bersuara lantaran kesakitan yg aku tanggung membuatkan lidahku kelu tidak dpt berkata walau sepatah ayat pun...


Ingatlah Kepada-NYA..!!!
Keluar airmataku menahan rasa peritnya sakit ini… Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.. Dalam keadaan yang masih sukar bernafas, benda tadi terus menerus memaksa untuk keluar dari tubuhku… " kkhhaaaarr… khhhhaaarr.. " kerongkonganku berbunyi seperti dijolok dgn sesuatu, berbuih-buih mulutku.. 

Yaa Allah penderitaan apekah yg engkau timpakan untuk-ku ini, selama ini tahap kesihatan-ku selalu di tahap yg terbaik, pelbagai jenis ubat dan rawatan pakar yg aku dapatkan semata-mata untuk menjamin kesihatan diriku pada tahap yg ideal, tetapi hari ini....  aku tiba-tiba diserang penyakit yg sngt menyeksakan jasadku, sakit apekah ini... ?? 




 Badanku gementar… peluh keringatku meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku menitis laju..   Tangan & kakiku kekejangan...

Sedetik setelah benda itu meninggalkan aku... "aarrrhhhhh... leganya.." Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu pergi, berlalu begitu saja, hilang dari pandanganku, segala penderitaan yg aku alami td hilang dgn tiba-tiba.. dan aku merasakan aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru...

Siapa Dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa Dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan??? Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu,
Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak sekuat tenaga-ku, mungkin seluruh Taman dapat mendengarkan jeritan-ku….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku...
  Seolah mereka tak melihatku…  Dan mereka terus-menerus menangis….
Aku sedar.. Aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa
Roh-Ku kembali kepada  Tuhan-Ku...

Aku telah Mati… Aku telah Mati...!!!
Arrggghhhhh Aku telah Mati Ya Tuhan-KU..
Aku telah meninggalkan mereka .. aku tidak berdaya menangis dan berteriak lg… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.. 
Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.  Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja untuk dunia-ku.

Sungguh, bila aku tahu aku akan Mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dan segala urusan dunia-ku yg lain.  Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum Bersolat... kembalikan Roh-Ku ya tuhan, aku ingin menunaikan Ibadah terhadap-MU.. kembalikanlah wahai Tuhan-KU walaupun hanya sehari..

 "Ya Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku adalah hamba-MU yg sangat bahagia. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh duduk kepada-MU, mengakui segala dosa2 silamku & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia... "


Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih.  Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Rumah yg Abadi buat selamanya... 

Mari berlumba dalam melakukan kebaikan...!!
Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…

 Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama..!!

Rabu, 4 April 2012

Doaku Untukmu

Salam penuh keceriaan untuk hari yg penuh kesyukuran lagi membahagiakan... Alhamdulillah sume kerje
kt opis harini dapat aku selesaikan dgn
Sempurna + Cepat + Bersemangat..

Sambil menyiapkan kajian hartanah untuk tanah di Beranang & Slide Presentation Ijok tu,  aku layan U-Tube wali band, da lama aku cari  satu lagu ni,
tapi xtau tajuk dia ape, cume kekadang je dgr kt radio
 itupun time dlm kete mase otw dtg opis or jln2 ...
bile da jumpe lagu ni ape lg, layan habis laa..
di tambah lg dgn mood aku yg mmg tahap
terbaik punye harini...
ehehehe..

Jom kite layan lagu yg membuatkan aku sngt tersentuh dgn lirik dan alunan music yg mengasyik-kan ni..



Dedicate to my beloved hubby.. Just want to tell U that Im really Love U even I dont Know whether
U Love me or not at all...

....Glory Day....