Memaparkan catatan dengan label Penang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penang. Papar semua catatan

Selasa, 4 Oktober 2016

Review Seafood :: Hammer Bay Penang


Entry ni sudah berbulan jugak terperap dalam aku punya draft, Kitorang terjah restaurant ni masa bulan Ramadhan haritu. Kalau baca review org ramai mengenai Restauran ni memang top gitu, tapi after kami terjah macam biasa-biasa sahaja, tak berbaloi kami datang jauh-jauh dari Hotel di Batu Ferrenghi semata-mata nak berbuka di restauran yang meletooop la sangaatt. Mungkin bulan puasa kot, ramai yang booking table untuk berbuka dengan jumlah order yang banyak & pelbagai. So kualiti rasa & masakan mungkin kurang menjadi di situ. 

 

Udang butter dah sejuk so kurang membuka selera. Kebetulan kami datang ni adalah bulan Ramadhan. Dah booking melalui telefon untuk book tempat serta lauk apa. Mungkin kalau datang hari biasa lagi okey kot, aku pun tak berani nak promote lebih, maafkan saya yea Tuan Kedai. Tapi next time kalau datang Penang lagik aku akan cuba kt kedai lain pulak. Kadang-kadang lain orang lain citarasa.



Ikan Bakar pun tidak seperti yang digembar gemburkan, sambal dia tak rasa sedap sangat pun, nothing special for me. Mungkin sebab puasa kot, Tak boleh nak agak garam banyak mana, bersangka baik saja lah.  



Tengoklah bertapa ramainya org booking table untuk Iftar. Lauk pun dah siap terhidang sekitar jam 6 ptg sedangkan waktu berbuka sekitar 7.15 malam. Dah sejuk gigil-lah semua lauk-lauk tu kat atas meja, dahla dihidang tanpa bertutup, tuan meja pun belum sampai... aaiiisshh parah...



Sotong celup tepung pun tak rangup, tepung dah lembik, mungkin kerana goreng tak cukup garing menjadikan tepung di bahagian dalam sotong tak sempat masak. Nuha safiya & telur dadar yang menjadi feberet sepanjang masa.



View di pinggir Selat Melaka mengadap Pulau Jerejak agak cantik disertai dengan angin yang membuai, membuatkan sedikit ok walaupun rasa makanan seperti serba tak menjadi.



Walaupun begitu, kami tetap berbuka dengan gembira & makan sampai habis, nasib baik order portion kecik jek jadi tidaklah membazir. Apepun Alhamdulillah dengan rezeki dapat berbuka dengan sempurna. Kami berkejar pulang ke Hotel untuk solat Terawih di Masjid Negeri. Alhamdulillah sangat seronok dapat melakukan terawih di masjid Negeri Pulau Pinang.

Khamis, 14 Julai 2016

Rainbow Paradise Hotel Tanjung Bungah


Dalam duk kalut nk check out dr pearl view, penginapan di area Batu Ferringghi atau Tanjung Bungah belum mendapat keputusan muktamat lagi. Faktor utama pemilihan bilik adalah di tepi pantai & mempunyai saiz swimming pool yg ok untuk si kecik bermain. Pada mulanya aku nak stay di Holiday Inn tapi hubby cakap jauh sangat bimbang jalan jam nnt, takkan lepas subuh dah nk turun katanya. Aiisshh banyak pulak syarat pakcik ni tau. Survey punye survey aku tengok Rainbow Paradise Hotel pun macam bagus. Harga pun bolehla, sedikit murah dari Holiday Inn. Nampaknya hubby mcm positive sikit dengan lokasi hotel ni. So tak payah banyak cerita kita booking terus. Main terjah aje. Tapi sebelum nk terjah tu aku dah khatam semua review hamba Allah yg pernah menginap di situ. Mmg tak sanggup nk hadap kisah seram lagik dah. 



Deruan angin pantai yg menyelinap di balik pepohon & tetiang membuatkan suasana petang di sini cukup mendamaikan.   


Setibanya kami di perkarangan Hotel, semuanya kelihatan bagus & mendamaikan. Dengan semua bilik partial sea view mmg membuatkan aku sedikit teruja & berlapang dada. Hari untuk relax & bersenang2. hihihihi... Nuha pula macam biasa, bila dah nampak pool yg bersimpang siur menjerit-jeritlah dia nk terjun. Opps..Ops.. nnt dulu, float tak pasang lagik jgn berani nk terjun. Tak sabar-sabar si kenit ni, tak padan dengan kecik tapi perasan dah besar... aiishh ... 




Dah tak sabar nk terjun la tu.. Nuha .. Nuha .. semoga zaman kanak2mu penuh makna anak-ku. Moga bila kau menjengah dewasa nnt, saat2 bersama ibu & Abi adalah sebuah kenangan paling indah dalam hiudpmu.   


Dalam jugak kolam ni 1.5m Rasa macam nk join Nuha terjun skali. 
bertabah jeklaa...


Ramai Foreigner stay kt Hotel ni, sepanjang beberapa hari kami melepak di sini hanya 1 pasangan melayu jek yg aku nampak, yg lain semua mat saleh & the geng.  Mungkin disebabkan bulan puasa kot tak ramai org stay kt Hotel.



 Habis jelajah kolam besar main kolam kecik pulak... As u wish je laa si kecik !


Kedudukan Hotel yang betul berada di persisiran pantai memudahkan pengunjung untuk duduk di bangku2 menikmati angin laut yg bertiup nyaman. 


Jauh-nya pakcik baju oren mengelamun. Fikir ape tu pakcik, jangan duk merenung semek saleh yg berpakaian tak cukup kain tu udah la yea.. 
Kurang pahala puasa nnt.



Tak cukup dengan mandi kolam nak main pasir pulak, mainlah budak kecik, nikmatilah zaman kanak2-mu itu. Ibu pun nk duk mengelamun sat, semua org duk layan mood masing2...



Pantai yg bersih dengan pemandangan persisir pantai yg cantik...



Bersih & kemas jek... cume semak dengan manusia yg kurang berpakaian sempurna. Nak buat camne dah tempat2 camni, ramailah warga asing yg berjemur mcm ikan masin...

 Lama tak amik gambar berdua, kasi UP skali.. hihihi sekadar kenang-kenangan di hari tua nnt...






Nuha Safiya mula kelihatan seperti anak india. Kesian kakak dahla tak berapa nk cerah, main pantai +  berendam dalam kolam bertambah2lah kurang cerahnya itu... Next time nk main pantai suh abi bli sunblock dulu yea. Itulah aktiviti sepetang di Rainbow Paradise, dah nk jam 3.30 ptg kitorang pun beransur naik ke bilik & berehat sebentar. 



No bilik Kami 1601 


Saiz bilik yang agak luas & sangat selesa untuk kami 3 beranak. Cuma katil jek kurang selesa. Spring dah sagging, agak sedikit tenggelam klu tidur di tengah2. Aku siap panggil housekeeping tukar tilam lagik.. hihihihi.. sakit belakang lorr tidur tilam tenggelam camtu ... :)




Lebih kurang jam 5 ptg kami bersiap2 untuk ke Restaurant Nasi Beriyani Hameediyah di Lebuh Campbell tu. After that kitorang singgah ke Tesco yg berdekatan Hotel belikan KFC untuk si kecik. Sambil tu sempat lagik borong air minuman & sedikit makanan untuk bersahur esok  pagi. Walaupun kami mmg mendapat kupon breakfast aka sahur tp seperti biasa aku lebih senang makan kurma & minum susu di bilik shj. Hubby jek la yg akan turun untuk makan sahur. 
Untuk hari2 yg seterusnya, seperti biasa hubby pagi2 lagi dah ke Kem Butterworth & kami 2 beranak duduk di bilik & kadang2 turun temankan si kecik Nuha mandi laut atau swimming. Kepala terasa ringan & aman. Indahnya hidup bile dunia bukanlah perkara utama yg perlu difikirkan. Hidup dengan tenang tanpa sebarang tekanan. Tetapi sampai bila ? Mungkin Allah jua lah yang Maha Mengetahui perjalanan hidup hamba-NYA ini.



Duduk di beranda sambil melampar pemandangan nun jauh ke ufuk alam...



Pada suatu petang ketika aku temankan Nuha bermain kolam, aku di sapa oleh seorang warga Switzerland namanya Solomi. Kami berbual2 panjang. Dia bersama baby lelaki (2++ yrs) & suaminya telah menjelajah hampir setahun ke seluruh negara di Asia. Hameekkk kau ! Target 18 bulan melancong pusing keliling ke negara2 Asia. Katanya Dia masih mempunyai masa lebih kurang 6 bulan untuk menjelajah Malaysia & Thailand sebelum kembali ke Swiss. 

Aku bertanya bagaimana dia mengumpal wang yg banyak untuk mengembara berbulan2. Katanya Ibu mertua-nya meninggal setahun yg lalu & suaminya adalah anak tunggal, maka segala harta menjadi hakmilik suaminya, Oleh itu dana 50k Euro digunakan untuk mengembara bagi tempoh 18 bulan. Iaitu peruntukan lebih kurang RM12,000/month. Dia duduk di Hotel tu untuk tempoh 2 bulan. Bulan depan dia akan ke Kuala Lumpur pula katanye. Dahsyat betul diorang ni, mengembara makan tahun. 

Banyak benda yg dapat aku kongsikan dengan Solomi hari tu. Dia banyak kondem org islam yg katanye suka berperang & tidak cintakan kedamaian. Ramai pendatang asing yg menetap di Europe kebanyakkan-nya datang dari negara2 bergolak seperti Syria, Jordan, Bosnia & Palestin. Kelihatan dari tutur bicaranya dia kurang memahami Islam di samping dia meletakkan satu tanggapan yg kurang baik terhadap Islam. 

Aku sedaya mungkin untuk mengubah tanggapan negative Solomi terhadap islam dengan memberikan beberapa contoh yg mudah untuk dia fahami. Alhamdulillah dia kelihatan begitu berminat dengan jalan penceritaan aku. Dengan berbekalkan sedikit ilmu sejarah islam di Portugal, Perancis, Spain & juga di Germany dia sedikit faham hakikat Islam yg sebenarnya. Apabila aku cuba kaitkan pula sejarah Kristian vs Islam Solomi kelihatan mula berminat secara total untuk mendengar penjelasan-ku tentang Islam selanjutnya. Aku dapat mengagak bahawa Solomi adalah seorang penganut Kristian yg tegar (Kuat Beribadat). Tetapi sayangnya dia tidak tahu yg penganut Islam juga menyanjungi Nabi Isa (Yesus) tetapi dengan cara pemahaman yg berbeza dengan mereka. Hampir 3 jam juga aku duduk berbual dengan Solomi. Dia juga terkejut apabila aku menafsirkan maksud namanya Solomi = Peace = Salam in Islam. 

Dengan mewujudkan suasana perbincangan yg lebih ikhlas & tidak menyanggah mana2 kepercayaan mereka, ia menjadi sebuah perbincangan ilmiah yg sangat indah. Mudah2n Solomi dapat melihat Islam dengan cara yg berbeza. Hidayah itu dari Allah, kita hanya menyampaikan... Moga bermanfaat untuk-nya.. InsyaAllah.










Hotel ke Rumah Hantu Ni ?

Ada Apa Dengan Penang ..?

Asyik2 kami ke Penang, addoiiii tak ade tempat lain ke hubby nak outstation ni ? Dah bosan kot, asyik ke Penang je. Untuk trip kali ni tak nak stay kat The Light Hotel coz nak cari environment lain pulak huhuhu, skali skala tukar angin, walaupun The Light is always the best sebenarnya. 

Mungkin kami akan stay di area Batu Ferringhi or Tanjung Bungah pulak. Walaupun agak jauh untuk hubby, tapi pandai2la hubby keluar awal sikit nanti untuk ke kelas di Kem Butterworth. Ala2 kejam skit kali ni hihihi... 

Pergerakan kami dari Kajang ke Penang agak lewat petang, sebab tengah duk fikir nak gerak harini atau esok pagi. Tapi akhirnya gerak harini juga, sebab hubby tak nak nanti kelam kabut pagi2. OK yunk as you wish. Jom gerak. 

  
Menu berbuka puasa untuk kami yang bermusafir ke Penang. Kami berbuka puasa di R&R gopeng, nasi arab tu kami tapau di Arabian House Seksyen 7 Bangi... Antara kedai favourite nasi arab aku... :)


Berbuka & bersolat di RTC Gopeng sebelum meneruskan perjalanan kami. Macam2 ada di RTC ni, selesa & sangat mesra pengguna.


Nuha Safiya melepaskan hajat dari mula sampai dah nak main, asyik nak bermain je kerja dia. 

Memandangkan Kami ke Penang agak lama lebih kurang 5D4N. Maka pada malam pertama tu kami stay di Pearl View Hotel sekitar Seberang Jaya. Itupun sebab kami sampai dah lewat malam sekitar jam 11pm. Kalau ikut rancangan awal, kami terus ke Hotel sekitar Tanjung Bungah or Batu Ferringhi tapi sebab dah lewat sangat sampai, macam membazir pula bayar mahal2 sekadar untuk stay beberapa jam jek. So kitorang decide lepak kat Pearl View Hotel dulu malam tu, esok baru gerak ke area pulau.


Harga untuk buffet berbuka puasa RM63 untuk adult. entah ada sijil halal ke tidak hotel ni. Wallahualam... 

Suasana dalam bilik, abaikan segala benda yg berselerak tu, bantal tido wajib using kalau ke mana2, selagi boleh angkut kite angkut. Huhuhuhu. 


Sebenarnya ini adalah 1st time kami stay di hotel ni. So meh sini baca review aku untuk hotel ni. Ini adalah cerita benar. Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. 

Pertama kali kami tiba untuk check in, secara peribadi suasana hotel ni memang agak menyeramkan. Jalan untuk masuk ke bilik dari tempat parking kereta sikit punyalah jauh, berpusing-pusing jugakl kami anak beranak cari jalan, macam main treasure hunt pulak. Aku just follow hubby masuk pintu keluar pintu, bilik pun tak nampak rupa lagik, dalam hati dah membebel sendiri dah, tapi diam2 sendiri sudah, coz aku juga yang book hotel ni. Kang banyak cakap, ada kena tiaw dengan pakcik hubby tak pasal2

Dengan hanya bertemankan lampu kuning yg suram di segenap laluan jalan menuju ke bilik membuatkan bulu roma aku semakin meremang. Di tambah pula dengan dekorasi hotel yang penuh dengan patung2 binatang kiri & kanan, suasana pula sunyi sepi, seolah-olah kitorang sahaja yg menginap di level tu. Bilik sikit punya banyak, tapi macam takde guest pun, sunyi sepi je. Laluan koridor bilik pun sempit. Akhirnya kami sampai ke bilik. Kecik je pun biliknya, ala2 hotel bajet. Dalam gambar nampak macam luas. Tipah tertipu lagi kalini. Nasib baik semalam je menginap kat sini. 

Pagi2 lagi hubby sudah ke Kem Butterworth.  Lepas sahur & solat subuh kami 2 beranak sambung lena lagi. Qada' tidur semalam. Lebih kurang kul 10 pagi baru kami turun ke bawah untuk temankan Nuha breakfast. 

Walaupun dah siang, tapi suasana kat korridor tu agak suram. Mungkin kurang pencahayaan. Siap tersesat lagi untuk turun breakfast. Berpusing pusing kami cari jalan ke lift untuk turun. Ya Allah apa teruk sangat hotel ni, after dah jumpa lift, lift pulak buat hal sangkut tak nak bergerak, bertambah bingung aku di buatnya, keluar masuk 2, 3 kali cari staf hotel kot2 ade area situ, satu kelibat manusia pun tak nampak. Akhirnya aku buat call ke reception menggunakan telefon yg tersangkut di dinding Hotel. Cerita berjela pun tak guna, dia suruh kitorang tunggu je kat level tu, nanti ada staf datang guide katanya. 

Akhirnya kami di selamatkan oleh cleaner yg kebetulan ada di situ, Dah mcm dalam filem seram kot. Hotel ke Rumah hantu ni ? After dah siap kasi Nuha makan, maka kami pun naik ke bilik kembali. Nuha ajelah yang makan, aku sah2lah puasa. Tempat breakfast dengan bilik Hotel sikit punya jauh, kena keluar ke bawah dan masuk blok lain pula. Teruk betul arrangement bilik & facility. 

Sesampai di bilik aku terus call hubby mintak balik cepat sikit, dah tak tahan kot duk bertapa kat rumah hantu ni. Boleh pulak hubby gelak bila aku cerita pengalaman ngeri kami tadi kat dia. Rupa2nya hubby pun alami nasib yang sama semasa nak turun sahur tadi pagi. Aku tak turun sahur, cuma makan kurma & segelas air jek di bilik. Adooii pengalaman ngeri betul laa. Memang tobaaatt lahum aku tak akan stay lagi hotel ni. Macam tempat ape jek ! haaiiishh silap betul tak baca review dulu sebelum booking hotel ni. Nasib baik book untuk 1 malam jek. Kalau tak, confirm demam kura aku dibuatnya. Apepun aku masih terfikir, Untuk ape diorang buat bilik2 yang banyak tapi takde guest sangat pun. Ke ada aktiviti yang tak sepatutnya dijalankan di situ. Hmm masih tertanya-tanya..... ?????.... 

Lebih kurang jam 1200 tgh hari kami dah check out dari hotel tu dan terus menuju ke Tanjung Bungah iaitu Hotel yang sepatutnya kami stay dari semalam. Alhamdulillah selesai sudah sebuah pengalaman ngeri lagi menyeramkan di Hotel Pearl View. 1st & last aku stay kt situ, mintak sisih 7 keturunan tinggal kt situ lagik. 





    

Jumaat, 24 Jun 2016

Jalan-Jalan Di Bulan Ramadhan


Sepanjang sebulan bulan Ramadhan ni banyak betul kami berjalan, sekejap ke Terengganu lepas tu ke Penang pula. Amboii rancak berjalan nampaknya. Kitorang ke Pulau Pinang tu sebab follow my hubby ada kelas senjata di Kem Butterworth. Lama juga kami di Penang haritu iaitu 4D3N. Hotel pilihan mmg dah tau dah. Tempat lepak sejak azali klu hubby ada kerja di Penang iaitu The Light Hotel Seberang Jaya. 




Selama di Penang kami berbuka di beberapa tempat di sekitar Pulau Pinang. 1st day sampai tu kitorang ke Restaurant Pen Mutiara di Batu Maung. Kami dah penah ke sini dulu tapi masa tu bukan bulan puasa. So kali ni kite terjah lagi sekali untuk menikmati kari kepala Ikan Merah yg agak pekat. Harga murah jek RM45 sekuali besar, makan 3 org pun boleh walaupun saiz hidangan untuk 2 org. Kami amik ala carte sahaja, malas nk berbuffet bagai, coz perut kami ni kecik je, confirm x berbaloi. 



Kari kepala ikan yg sedap, tapi klu aku masak lagi sedap kata hubby... :))



Total damage berbuka kt Restaurant Pen Mutiara Batu Maung ni ialah RM91 sahaja. Alhamdullillah kenyang sudah, Sotong goreng tepung tu pun siap bungkus bawak balik bilik coz dah full, mmg tak larat dah nak habiskan. Padahal order untuk saiz paling kecik tu. Klu pilih buffet tu xtaula mana lg nk isi, setakat 4 lauk ni je pun semua dah surrender. Air kitorang ialah Limau suam & juga kelapa untuk hubby. After dah kenyang2 maka kami pun bertolak ke masjid untuk berterawih pula.





Semasa di sana kami sempat menunaikan solat terawih di masjid berdekatan hotel penginapan kami. Alhamdulillah imam pun suara boleh tahan sedap. Hari ke 2 & ke 3 tu aku dah tak ke masjid coz dah ter.. tuttt... hihihi. Maka after berbuka hubby akan hantar aku ke bilik Hotel than baru dia ke Masjid. Walaupun duduk terkurung jek dalam bilik hotel yg comel tu, tetapi seronok juga, coz boleh cuba makanan Penang & merasai kemeriahan Ramadhan di Utara semenanjung tanahair.



Masa hari pertama berterawih di masjid, Nuha safiya sempat lg berselfi dengan budak mana entah. Ibu tengah solat terawih dia duk berselfi pula yea.. amboii-amboii mesra alam sungguh budak kecik ni... Bila aku bukak phone baru perasan gambar diorang, bukan sekeping dua, bepuluh2 keping. Dahla muka bulat sebijik jek macam abg dengan adik. hihihihi... Nuha oh Nuha.. cepat aje dia dapat kawan. Tapi sayang-nya sempat berdating semalaman saja sebab hari2 seterusnya kami dah tak ke masjid lg.



Tempat berbuka pilihan kami untuk hari seterusnya ialah di Al Haura Arabic Kopitiam di Sungai Petani.  



Nasi Arab & Air asam ... ??  :))


Nasi Arab yang tak berapa nk arab sebab ada air asam sekali, hmm bolehla sedap jugak, daging pun banyak sampai terpaksa bungkus bawak balik hotel. Kepada yg ingin mencuba kelainan boleh cuba kt kopitiam ni, macam2 menu ada, tapi klu rasa nk makan nasi arab yg sedap, ini bukan kedainya, coz nasi arab dia ni dah di melayukan, mmg xde fefeling nasi arab pun, macam makan daging bakar dengan air asam jek rasanya, tapi sedapla jugak. Sekian review untuk nasi arab ni. hihihihi...


Total damage di Al haura Arabic Sungai Petani...


Setelah kenyang maka balik ke bilik lepak dalam bilik ekon yg sejuk tahap duk kt puncak gunung. Tapi bagus jugak sejuk2 cepat sikit kurus, coz energy banyak digunakan untuk menyejukkan badan kembali. Entah betul ke tak teori aku ni huhuhuhu... ada sape2 boleh bantu ??



No meja kami...

Untuk hari seterusnya kami ke Puncak Mutiara Cafe di Kampung Pelek Butterworth. Dulu pun kami dah pernah beberapa kali ke sini. Tetapi yg pasti bukan bulan Ramadhan lah. So macam biasa, bila tiba bulan Ramadhan ni maka keinginan untuk menikmati makanan akan sedikit over expected, so kite cuba la mana yg patut, padan2 dengan harga & poket sendiri. Poket org lain suke hati depa laa.



Nasi hubby, sekejap je dah habis daging bakar tu, after berbuka semua dah closed. (habis) Pengurusan makanan yg agak lemah. Kuantiti makanan sedikit tetapi tetamu tersangatlah ramai. Mungkin translate pada harga yg agak murah, sapa amik cepat maka untunglah. Yang bajet buffet kt 5* hotel nk amik sikit2 mmg xmerasalah lepas tu. coz semua dah kene kebas.



Nasi beriani aku yg simple coz xde selera sangat malam tu, perut meragam di sebabkan perios pain.


Senarai Menu mengikut hari  



Review untuk buffet di Puncak Mutiara Cafe biasa-biasa sahaja. Samada mulut aku kurang selera pada hari tu atau mmg lauk dia kurang kene dengan tekak aku. So aku makan sikit jek, sekadar mengalas perut. Meja kami pula agak jauh dari tempat buffet, so terpaksa menapak agak jauh, So bile dah penat selera nak makan tu dah macam hilang. Lagipun kuih muih yg di hidangkan sikit jek, padahal tetamu yg datang sikit punye la ramai, lepas berbuka tu ingat dia akan top up kuih lg, tetapi smpai ke sudah dah xde tambahannye. agak mengecewakan di situ.



Harga buffet yg di tawarkan ialah RM35 tetapi pada aku better beli jek nasi beriani kt Bazar 2 bungkus lepas tu beli kuih muih dalam RM10 da settle. Jimat banyak di situ. In future rasanya dah tak berminat untuk join buffet Ramadhan di sini lg. Agak tidak berbaloi pada hemat aku. Sekian shj my review untuk cafe ni.

Setelah beberapa hari di Penang maka petang Rabu tu kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Tamat sudah sessi jelajah di bulan Ramadhan tahun 2016. Cuma tinggal lebih kurang 11 hari lg untuk menikmati kemuliaan bulan Ramadhan. 10 hari terakhir ni kene semakin kuat beribadat, mudah2n dapat juga bertemu dengan Lailatul Qadar. Nasib baik juga "Bendera Merah" datang pada pertengahan Ramadhan so masuk 10 akhir Ramadhan ni dapatlah aku bersolat & berterawih, walaupun secara solo di rumah.