Selasa, 10 Mac 2020

Selamat Jalan Kuda Kesayanganku 😢



Hari ini, 10 Mac 2020 adalah hari terakhir aku bersama kereta kesayanganku, hampir 9 tahun dia menemaniku dalam banyak perkara, membawaku ke mana2 saja. Walaupun kuasa kudanya tidaklah sehebat mana, tapi dia banyak berjasa untukku & juga keluarga. Panjat bukit Raub ke kebun durian, jadi pengangkut tile & 2x jadi Lori pengangkut barang2 pindah rumah. Segala mak nenek aku letak dlm bonet.


Adik kakak 💖



Beberapa kali juga masuk longkang gara2 rabun ayam sampai tercabut fog lamp. Tapi tetap sihat sejahtera tanpa buat sebarang akal. Aku sangat gembira sepanjang memilikinya. Berkat betul kereta ni. 


Aku cuci sendiri tengah hari tadi, walaupun cuaca panas terik, sampai bercucuran peluh. Tapi aku puas hati, ia sebagai kenangan terakhir untuk aku ingat. Aku ni memang kuat sentimental. Walaupun nampak macam kasar je tapi aku ni adalah seorang yang sangat rapuh hatinya. Kuat sentaplah pendek cerita. Tapi tak nampak sangat sebab aku selalu simpan dalam hati. 


Banyak kenangan dalam kabin ni


Bergambar di hari2 terakhir bersama vios... 😭😭😭 Sedih sangat rasa sebenarnya. 


Nuha & Umar kat belakang, Auliya tido kat depan. Kekenyangan makan kuih. 


Nuha sekarang dah darjah 2, Kete ni aku beli masa Nuha Safiya 4 bulan dalam kandungan. Beli di Alor Setar Kedah, masa tu aku duduk dalam mess pegawai. Sebelum beli vios ni aku pakai Myvi kelabu. Myvi tu aku kasi kat adik aku sambung bayar sejak jan 2012. Banyak juga kenangan Myvi tu dalam hidup aku & arwah Umi.


Masa ni g beli kuih kat Uniten, pusing2 amik feel sebelum petang nanti Tuan baru datang ambik. Umar umur almost 4 bulan. 

Sedih rasanya melepaskan dia ke tangan orang lain, terasa benar kesedihan di hati saat menyerahkan kunci & geran kepada owner baru. Sayu je rasa hati. Hubby hanya gelakkan aku, dia tu bukan faham pun perasaan aku ni. Setiap Barang2 atau ape saja yang pernah aku jaga mesti ada hubungan hati yang kuat dalam jiwa aku ni. Bila hilang atau diambil orang aku memang akan terasa berat untuk menerimanya. Tapi apakan daya. Hidup ini sifatnya adalah sementara. Semuanya hanyalah pinjaman dari Allah.  Semoga Engkau baik2 saja bersama Tuan barumu.

Alasan aku melepaskan vios tu adalah kerana terlalu banyak kereta yang bersusun di luar pagar. Yang betul2 aku pakai sebiji je, yang Lain2 tu tak tahu nak cakap. Jauh di dalam hati aku terfikir, jika aku mati & bertemu Allah nanti, ape aku nak jawab. Kerana setiap harta yang kita miliki tetapi tidak kita gunakan itu bermakna kita telah berlaku khianat & membazirkan harta. Ia adalah sikap yang tidak baik & paling nyata ia membawa dosa. Allahurobbi...


Selamat Jalan kudaku, sampai di sini saja kita bersama. Segala suka duka, akan tetap tersemat utuh di memoriku. Semoga Engkau gembira bersama Tuan barumu. 

I'll Miss You...