Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Selasa, 4 Oktober 2016

Review Seafood :: Hammer Bay Penang


Entry ni sudah berbulan jugak terperap dalam aku punya draft, Kitorang terjah restaurant ni masa bulan Ramadhan haritu. Kalau baca review org ramai mengenai Restauran ni memang top gitu, tapi after kami terjah macam biasa-biasa sahaja, tak berbaloi kami datang jauh-jauh dari Hotel di Batu Ferrenghi semata-mata nak berbuka di restauran yang meletooop la sangaatt. Mungkin bulan puasa kot, ramai yang booking table untuk berbuka dengan jumlah order yang banyak & pelbagai. So kualiti rasa & masakan mungkin kurang menjadi di situ. 

 

Udang butter dah sejuk so kurang membuka selera. Kebetulan kami datang ni adalah bulan Ramadhan. Dah booking melalui telefon untuk book tempat serta lauk apa. Mungkin kalau datang hari biasa lagi okey kot, aku pun tak berani nak promote lebih, maafkan saya yea Tuan Kedai. Tapi next time kalau datang Penang lagik aku akan cuba kt kedai lain pulak. Kadang-kadang lain orang lain citarasa.



Ikan Bakar pun tidak seperti yang digembar gemburkan, sambal dia tak rasa sedap sangat pun, nothing special for me. Mungkin sebab puasa kot, Tak boleh nak agak garam banyak mana, bersangka baik saja lah.  



Tengoklah bertapa ramainya org booking table untuk Iftar. Lauk pun dah siap terhidang sekitar jam 6 ptg sedangkan waktu berbuka sekitar 7.15 malam. Dah sejuk gigil-lah semua lauk-lauk tu kat atas meja, dahla dihidang tanpa bertutup, tuan meja pun belum sampai... aaiiisshh parah...



Sotong celup tepung pun tak rangup, tepung dah lembik, mungkin kerana goreng tak cukup garing menjadikan tepung di bahagian dalam sotong tak sempat masak. Nuha safiya & telur dadar yang menjadi feberet sepanjang masa.



View di pinggir Selat Melaka mengadap Pulau Jerejak agak cantik disertai dengan angin yang membuai, membuatkan sedikit ok walaupun rasa makanan seperti serba tak menjadi.



Walaupun begitu, kami tetap berbuka dengan gembira & makan sampai habis, nasib baik order portion kecik jek jadi tidaklah membazir. Apepun Alhamdulillah dengan rezeki dapat berbuka dengan sempurna. Kami berkejar pulang ke Hotel untuk solat Terawih di Masjid Negeri. Alhamdulillah sangat seronok dapat melakukan terawih di masjid Negeri Pulau Pinang.

Rabu, 20 Julai 2016

Malam 1 Syawal :: Eratkan Silaturrahim


Bergema suara takbir di angkasa...
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa...



         :.(


        :.(


        :.(



Kemeriahan itu bukan pada fizikalnya, tetapi pada jiwa, pada hati yang semakin redha atas segala ketentuan-nya.  Arwah abi telah pergi setahun yang lalu, hubungan antara aku dengan ibu tiri semakin rapat. Aku semakin mengenali dia dengan lebih dekat. Itupun kerana aku memegang pada kata2 abi "Buat baiklah dengan umi(ibu tiri), Dia tu baik, jangan duk sangka buruk ke dia" kerana pesan itu, kerana janji itu aku paksakan diriku untuk berbuat baik dengan-nya, aku lebih mesra memanggilnya "Mokde". Dan alhamdulillah hari demi hari aku sedar, dia juga seorang insan yang baik & inginkan perhatian anak-anak.   

Pada hari terakhir puasa, Opah telah menelefon aku supaya datang berbuka di rumah Maksu. Ayah Su juga menelefon aku memberitahu perkara yang sama, supaya datang berbuka di rumah-nya. Alhamdulillah ramai insan yang masih ingat & sayang kepada-ku. Petang itu aku bertolak balik dari Kuala Terengganu ke Dungun sekitar jam 1 ptg. Selepas Check out dari Felda Reseidence kami terus ke beberapa rumah saudara mara sekitar Kuala Terengganu.

Dalam perjalanan ke Dungun kami sempat singgah ke rumah Moknik Rah (kakak arwah abi) & juga ke rumah Ayah De (abg ipar abi iaitu suami kepada arwah Cikde Dah). Lama juga aku di rumah mereka. Duduk bersembang bermacam2 perkara. Sudah hampir 7 tahun kami tidak bersua muka. Masing2 dengan urusan hidup sendiri. Tetapi pada raya kali ini aku nekad untuk menghubungkan kembali tali silaturrahim yang telah hampir hilang dari ingatan. Dulu, arwah umi selalu membawa aku ke rumah saudara mara ketika aku masih kecil hinggalah aku dewasa. Jadi aku sedikit rapat dengan mereka berbanding adik beradik yang lain. Walaupun sudah lama tidak bersua, hubungan & kemesraan itu masih terasa kuatnya. Kerana aku antara sepupu2 mereka yang masih muda. Kerana arwah abi adalah adik yang paling Bongsu. 


Pada petang terakhir Ramadhan itu, kami terus ke Bandar Dungun untuk Check in bilik di sebuah Chalet Ulek Beach Resort di tepi Pantai Sura. Ini kali pertama aku tinggal hotel ketika pulang beraya di kampung halaman-ku sendiri. Bukan kerana sombong tetapi kerana bilik aku telah dihuni oleh sepupu yang juga pulang ke kampung untuk beraya. Mungkin mereka ingat aku tidak balik beraya seperti tahun2 yang sudah. Memang rancangan awal, kami ingin menginap di Hotel sekitar pantai Sura itu sahaja, lebih mudah & paling penting tidak menyusahkan sesiapa.



Suasana di dalam kawasan Ulek Beach Resort Dungun
  



Sementara menunggu staf chalet yang tiada kerana ke Bazar Ramadhan, maka kami lepak seketika di tepi pantai Sura.



Yes dah boleh Check in. hampir 40 minit juga menunggu. Bimbang juga jika Opah angin satu badan kerana kami lambat tiba. hmm redha sahajalah..


Bertemu dengan sanak saudara membuatkan emosi-ku semakin baik, perasaan rindu terhadap arwah umi & abi yang telah tiada, seolah2 terubat dengan menziarah kaum keluarga. Ada hikmah tersembungi dengan menyambung silaturrahim ini. Dan aku dapat rasakan sesuatu yang luar biasa pada jiwa & emosi-ku. Sesuatu yang jarang2 aku rasakan. Sesungguhnya DIA maha mengetahui.
 


 Di depan pintu Chalet kami MN10



Setelah check In bilik di Chalet itu kami terus ke rumah Maksu. Opah telah beberapa kali menelefon bertanya bila hendak sampai. Walaupun kadang2 pertanyaan yang kerap kali itu agak merimaskan, tetapi layankan sahajalah, memang ragam orang tua begitu. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang. 
 
Meriah-nya dapat berbuka bersama saudara mara. Tambah meriah lagi bile Opah pun ada sekali. Walaupun kata2 Opah agak menusuk kalbu bila mendengarnya tapi aku tau dia tidak berniat begitu. Mungkin kerana aku sudah di anggap seperti anak-nya sendiri membuatkan batas bicaranya agak keras seperti seorang ibu menegur tanpa berlapik bahasa. Walaupun begitu, emosi-ku sedikit terganggu, mungkin terkesan dengan kata2 Opah sebentar tadi. Aku hanya diam selama duduk di dapur. Aku tau maksu perasan tentang emosiku yg sedikit terguris. Tapi mereka hanya buat2 seolah-olah tiada ape2. Ketika berbuka opah beberapa kali menyuruh aku makan lauk kegemaran-ku gulai ikan merah. Suruh aku rasa itu & ini. Mungkin dia terasa bersalah kerana begitu pedas melemparkan kata2 petang tadi membuatkan anak saudara-nya ini tersinggung & terus diam membisu beberapa ketika. 

Kadang2 sikap aku tidak ubah seperti anak2 kecil yang masih dalam dodoian ibu. Agak sensitif tetapi berpura-pura tiada apa2. Malam itu setelah berbuka, Opah memanggilku ke biliknya. Sementara hubby & juga yang lain ke Masjid untuk solat berjemaah & bertakbir raya. Nuha & budak2 kecil yang lain sibuk berlari ke Hulu ke Hilir menggamatkan rumah Tok Su yang tidak sebesar mana. 


Sambutan Birthday Ashman di rumah Toksu pada malam raya memeriahkan lagi suasana raya. Seronok tengok anak2 yang masih kecil menyambut raya... 

 Amatlah bersyukur kerana aku masih punyai ibu saudara yang begitu mengambil berat & menyayangi aku, kerana dia, aku sedikit kuat untuk melalui hidup ini. Opah menggantikan arwah umi untuk ibu & tokmi untuk Nuha. Hidup dengan menumpang sedikit kasih saudara-mara. Doa-ku Moga mereka sentiasa di Rahmati Allah dunia & akhirat.

Kedengaran Takbir raya memenuhi ruangan agkasa. Dentuman mercun di sana sini. Itulah suasana kampung yang sentiasa membuatkan aku rindu pada mereka yang telah pergi. Selepas semua balik dari masjid, kami berkumpul sekeluarga bersembang kosong tentang pelbagai isu semasa. Maksu & anak2 dara yang lain sibuk menyiapkan kuah sate & juga merebus daging untuk gulai nasi minyak di pagi Hari Raya esok hari. Sekitar jam 12 malam, kami meminta diri untuk pulang ke bilik. Ayah Su beberapa kali mempelawa kami untuk tidur sahaja di rumahnya, memandangkan pakaian & segala beg telah ade di Chalet. Mungkin lain kali sahajalah kami menumpang tidur.

Assalamualaikum semua. 
Jumpa lagik besok di pagi Hari Raya Aidilfitri...
 
 








Jumaat, 24 Jun 2016

Jalan-Jalan Di Bulan Ramadhan


Sepanjang sebulan bulan Ramadhan ni banyak betul kami berjalan, sekejap ke Terengganu lepas tu ke Penang pula. Amboii rancak berjalan nampaknya. Kitorang ke Pulau Pinang tu sebab follow my hubby ada kelas senjata di Kem Butterworth. Lama juga kami di Penang haritu iaitu 4D3N. Hotel pilihan mmg dah tau dah. Tempat lepak sejak azali klu hubby ada kerja di Penang iaitu The Light Hotel Seberang Jaya. 




Selama di Penang kami berbuka di beberapa tempat di sekitar Pulau Pinang. 1st day sampai tu kitorang ke Restaurant Pen Mutiara di Batu Maung. Kami dah penah ke sini dulu tapi masa tu bukan bulan puasa. So kali ni kite terjah lagi sekali untuk menikmati kari kepala Ikan Merah yg agak pekat. Harga murah jek RM45 sekuali besar, makan 3 org pun boleh walaupun saiz hidangan untuk 2 org. Kami amik ala carte sahaja, malas nk berbuffet bagai, coz perut kami ni kecik je, confirm x berbaloi. 



Kari kepala ikan yg sedap, tapi klu aku masak lagi sedap kata hubby... :))



Total damage berbuka kt Restaurant Pen Mutiara Batu Maung ni ialah RM91 sahaja. Alhamdullillah kenyang sudah, Sotong goreng tepung tu pun siap bungkus bawak balik bilik coz dah full, mmg tak larat dah nak habiskan. Padahal order untuk saiz paling kecik tu. Klu pilih buffet tu xtaula mana lg nk isi, setakat 4 lauk ni je pun semua dah surrender. Air kitorang ialah Limau suam & juga kelapa untuk hubby. After dah kenyang2 maka kami pun bertolak ke masjid untuk berterawih pula.





Semasa di sana kami sempat menunaikan solat terawih di masjid berdekatan hotel penginapan kami. Alhamdulillah imam pun suara boleh tahan sedap. Hari ke 2 & ke 3 tu aku dah tak ke masjid coz dah ter.. tuttt... hihihi. Maka after berbuka hubby akan hantar aku ke bilik Hotel than baru dia ke Masjid. Walaupun duduk terkurung jek dalam bilik hotel yg comel tu, tetapi seronok juga, coz boleh cuba makanan Penang & merasai kemeriahan Ramadhan di Utara semenanjung tanahair.



Masa hari pertama berterawih di masjid, Nuha safiya sempat lg berselfi dengan budak mana entah. Ibu tengah solat terawih dia duk berselfi pula yea.. amboii-amboii mesra alam sungguh budak kecik ni... Bila aku bukak phone baru perasan gambar diorang, bukan sekeping dua, bepuluh2 keping. Dahla muka bulat sebijik jek macam abg dengan adik. hihihihi... Nuha oh Nuha.. cepat aje dia dapat kawan. Tapi sayang-nya sempat berdating semalaman saja sebab hari2 seterusnya kami dah tak ke masjid lg.



Tempat berbuka pilihan kami untuk hari seterusnya ialah di Al Haura Arabic Kopitiam di Sungai Petani.  



Nasi Arab & Air asam ... ??  :))


Nasi Arab yang tak berapa nk arab sebab ada air asam sekali, hmm bolehla sedap jugak, daging pun banyak sampai terpaksa bungkus bawak balik hotel. Kepada yg ingin mencuba kelainan boleh cuba kt kopitiam ni, macam2 menu ada, tapi klu rasa nk makan nasi arab yg sedap, ini bukan kedainya, coz nasi arab dia ni dah di melayukan, mmg xde fefeling nasi arab pun, macam makan daging bakar dengan air asam jek rasanya, tapi sedapla jugak. Sekian review untuk nasi arab ni. hihihihi...


Total damage di Al haura Arabic Sungai Petani...


Setelah kenyang maka balik ke bilik lepak dalam bilik ekon yg sejuk tahap duk kt puncak gunung. Tapi bagus jugak sejuk2 cepat sikit kurus, coz energy banyak digunakan untuk menyejukkan badan kembali. Entah betul ke tak teori aku ni huhuhuhu... ada sape2 boleh bantu ??



No meja kami...

Untuk hari seterusnya kami ke Puncak Mutiara Cafe di Kampung Pelek Butterworth. Dulu pun kami dah pernah beberapa kali ke sini. Tetapi yg pasti bukan bulan Ramadhan lah. So macam biasa, bila tiba bulan Ramadhan ni maka keinginan untuk menikmati makanan akan sedikit over expected, so kite cuba la mana yg patut, padan2 dengan harga & poket sendiri. Poket org lain suke hati depa laa.



Nasi hubby, sekejap je dah habis daging bakar tu, after berbuka semua dah closed. (habis) Pengurusan makanan yg agak lemah. Kuantiti makanan sedikit tetapi tetamu tersangatlah ramai. Mungkin translate pada harga yg agak murah, sapa amik cepat maka untunglah. Yang bajet buffet kt 5* hotel nk amik sikit2 mmg xmerasalah lepas tu. coz semua dah kene kebas.



Nasi beriani aku yg simple coz xde selera sangat malam tu, perut meragam di sebabkan perios pain.


Senarai Menu mengikut hari  



Review untuk buffet di Puncak Mutiara Cafe biasa-biasa sahaja. Samada mulut aku kurang selera pada hari tu atau mmg lauk dia kurang kene dengan tekak aku. So aku makan sikit jek, sekadar mengalas perut. Meja kami pula agak jauh dari tempat buffet, so terpaksa menapak agak jauh, So bile dah penat selera nak makan tu dah macam hilang. Lagipun kuih muih yg di hidangkan sikit jek, padahal tetamu yg datang sikit punye la ramai, lepas berbuka tu ingat dia akan top up kuih lg, tetapi smpai ke sudah dah xde tambahannye. agak mengecewakan di situ.



Harga buffet yg di tawarkan ialah RM35 tetapi pada aku better beli jek nasi beriani kt Bazar 2 bungkus lepas tu beli kuih muih dalam RM10 da settle. Jimat banyak di situ. In future rasanya dah tak berminat untuk join buffet Ramadhan di sini lg. Agak tidak berbaloi pada hemat aku. Sekian shj my review untuk cafe ni.

Setelah beberapa hari di Penang maka petang Rabu tu kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Tamat sudah sessi jelajah di bulan Ramadhan tahun 2016. Cuma tinggal lebih kurang 11 hari lg untuk menikmati kemuliaan bulan Ramadhan. 10 hari terakhir ni kene semakin kuat beribadat, mudah2n dapat juga bertemu dengan Lailatul Qadar. Nasib baik juga "Bendera Merah" datang pada pertengahan Ramadhan so masuk 10 akhir Ramadhan ni dapatlah aku bersolat & berterawih, walaupun secara solo di rumah.




Khamis, 23 Jun 2016

Salam Takziah !

Baru beberapa minggu yg lalu aku & keluarga pulang ke kampung untuk melawat saudara mara yg sedang di timpa dengan ujian sakit. Tidak sampai 2 minggu setelah bertemu dengan Cik Ngoh Dah di rumahnya di Kuantan & berborak panjang mengenai susur galor keturunan kami. Tiba2 pada hari Isnin yg lalu 20 June 2016 bersamaan 15 Ramadhan pada jam 3 ptg, Cik Ngoh telah kembali kehadrat Illahi. Bertemu pencipta sekelian alam ini- Al Malik.  

Teringat perbualan ku dengan hubby selepas melawat arwah pada petang itu, aku memberitahu hubby tentang keadaan cik ngoh. Melalui pemerhatianku, aku rasa cik ngoh sudah tidak mempunyai waktu yg panjang. Paling-paling lama pun 2 bulan. Aku bukan meneka & membuat andaian tetapi itulah yg sering aku perhatikan pada setiap ahli keluarga yg semakin hampir menemui ajal. Walaupun kelihatan agak sihat & masih petah berkata2 serta masih boleh ketawa kecil walaupun agak termengah-mengah, tetapi keadaan jasad seperti seolah2 memberi isyarat bahawa usia-mu kini semakin hampir ke penghujung. Saki baki waktu yg ada ini persiapkanlah untuk menghadapinya. (sakaratul-maut)

Sepanjang perbualan kami pada petang itu, aku sempat berpesan kepadanya supaya membuat persiapan untuk menghadapi alam barzakh, bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa tetapi kerana keyakinan kepada hidup selepas mati itu, kerana setiap daripada kite akan tiba waktunya. Alangkah indah jika waktu yg akan tiba itu sudah kite persiapkan diri untuk menghadapinya. Bila mana 2 malaikat datang menjemput saat itu, kite sudah bersedia untuk pulang bertemu Tuhan pencipta alam. Tiada apa yg kita hiraukan lagi mengenai dunia yg akan kita tinggalkan, semuanya sudah di susun & di atur sebaik mungkin. 

Cik ngoh adalah seorang guru al-quran yg di segani di Istana Pahang, dia seorang insan yg sentiasa ceria & menghiburkan. Mudah2n Allah merahmatinya & di tempatkan di kalangan hamba2 yg solehah.

Ketika arwah umi melalui saat2 akhir kehidupannya, arwah umi berpesan kepada aku tentang semua dokumen2 penting yg telah di simpan di dalam satu fail. Semua dokumen hartanah & juga buku bank simpanan semua telah di simpan di situ. Tetapi aku hanya memandng sepi pesanan itu, kerana aku tidak mengharapkan arwah umi untuk pergi terlalu awal meninggalkan aku sendiri. Demi sesungguhnya janji Allah itu telah jelas, setelah arwah pergi aku mula mencari fail yg dimaksudkan arwah umi di balik susunan buku di rak. Apabila aku membuka fail berkenaan, sungguh aku terasa takjub, subhanAllah, umi sepertinya sudah tahu yang ajalnya semakin hampir. Kami sekeluarga tidak mempunyai sebarang masalah untuk menguruskan segala peninggalan arwah umi. Semuanya seperti telah tersedia dengan rapi untuk diuruskan. Indahnya sebuah kematian.          

Hidup ini hanyalah seketika. Dunia ini hanyalah tempat berlakon & berseloka, tiada apa yg kekal abadi untuk dimiliki, semuanya hanyalah pinjaman semata-mata. Dalam setiap doa yg aku lafazkan, Ya Allah.. sampaikanlah hasrat hatiku untuk tinggal di bumi Madinah mahupun Mekah pada penghujung hidup-ku. Sedarkanlah aku jika aku terlalai & terleka terhadap dunia & matikanlah aku dengan sebaik2 kematian & tempatkanlah aku dengan sebaik2 tempat kembali pada sisi-MU. Ameen Ya Robbal 'Alamin.







Isnin, 6 Jun 2016

Ramadhan Kareem :: Ingatan-ku di Bulan Ramadhan !

Selamat menyambut 1 Ramadhan kepada semua insan di mukabumi Allah ini. Ramadhan membawa barakah kepada seluruh alam bukan hanya kepada umat islam tetapi kepada semua makhluk di bumi ini. Maka marilah kita sama-sama bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia ini.


Bila Ramadhan tiba hati teringatkan arwah Umi & Abi yg telah pergi kehadrat Ilahi. Arwah umi telah pergi pada 07 Oktober 2009 (bersamaan 16 syawal), manakala selepas 6 tahun berlalu arwah Abi pula menyusul pada 29 April 2015 yg lalu. Masih terngiang di telingaku ini, saat abi meniti hari2 terakhir dalam hidupnya Abi kerap kali bertanya "berapa lama lagi nk puasa ni ?" dia seolah2 sangat berhajat sekiranya Ramadhan sempat di temui pada tahun itu. Tetapi kehendak Allah lebih mendahului. Sebulan lebih sebelum kedatangan Ramadhan Abi telah kembali kepada Tuhan pencipta alam. Bertapa aku sangat terkesan dengan ketiadaan kedua ibu bapa yg aku kasihi pada usia yg agak muda. Bertapa hidup ini terasa teramat sunyi & kosong tanpa mereka. Walaupun aku sudah mempunyai keluarga, aku sudah punyai anak, aku juga punyai seorang suami yg baik & sentiasa sabar melayan kerenahKU tetapi hati tetap merindui telinga seorang ibu untuk ku-ceritakan segala jerih perih hidup yg aku lalui, hati tetap rindukan raut wajah seorang ayah bila mana setiap kali melihat-ku pulang ke kampung. 

Pada Ramadhan sebelumnya ketika aku & keluarga dalam perjalanan  pulang ke kampung untuk menyambut 1 syawal. Pada Ramadhan terakhir itu, Arwah abi menunggu kepulangan-ku di beranda sehingga senja, beberapa kali dia bertanya kepada adik-ku, pukul berapa aku akan sampai. Cerita itu membuatkan aku semakin sedar, walau kekadang sifat ayah yg kelihatan hanya bersahaja melihat anaknya pulang, tetapi jauh di sudut hati, mereka sangat bahagia menanti kepulangan anak yg di kasihi. Wahai anak2 yg masih punyai ibu & ayah, pulanglah bertemu mereka, bahagiakanlah mereka seperti mana kau ingin membahagiakan anak2-mu. Kerana hidup ini tiada maknanya tanpa kedua umi & abi.

Terimbau ingatanku setahun yang lalu, Ketika arwah Abi sedang tenat melawan cancer paru-paru tahap 4, Tahap 4, yer aku tekankan sekali lagi cancer Tahap 4 hanya menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya. Tetapi Aku pada ketika itu terpaksa ke Jepun kerana beberapa bulan sebelum itu, aku telah menempah tiket penerbangan untuk bercuti ke Jepun, Abi juga telah maklum tentang percutianku itu. Tetapi tiada pula suara2 sumbang yg kedengaran lantaran pergi bercuti saat abi sedang bertarung antara hidup & mati. Jika tika itu abi menyuruh aku tidak pergi ke Jepun, Nescaya akan aku canclekan semua tiket penerbangan & hotel. Tetapi aku pegi juga kerana Abi menyuruh aku pergi.

Mungkin naluri seorang ayah dapat meneka kegundahan hati anak kesayangannya, Tiba2 saja arwah abi menelefonku pada petang itu, ketika itu aku dalam perjalanan pulang dari kerja, dia bertanya bila aku akan berangkat ke Jepun dan berapa lama ? lantas arwah abi berpesan supaya aku tidak membatalkan tiket penerbangan itu. Tidak perlu risau tentang-nya, katanya, "Kite duduk kt mana2 pun di muka bumi ni, kite boleh berdoa kan, klu Allah nak amik nyawa Abi, mung duduk sebeloh pun abi mati jugok, Tiket beli semua doh kan, pergilah, Klu mg dok g Jepun tu sebab abi, Mintok maaf banyak, mung jangan balik jumpe abi, ramai doh org tunggu Abi ni, Umi pun ada sokmo sebeloh ni (umi : merujuk kepada mak tiri aku) Jadi mg dok soh nk susoh hatilaa" Aku hanya diam mendengar dengan teliti kata-kata abi ketika tu, tanpa aku sedar satu persatu air mataku menitis laju di pipi. Bertapa kasihnya seorang ayah yg sentiasa ingin membahagiakan anaknya. Tidak pernah sekalipun abi merungut mahupun bersikap kurang senang jika aku jarang2 sekali menjenguknya kerana dia tahu yg anaknya ini mempunyai tugas & beban kerja ketika itu, & yang lebih dari itu dia tidak ingin meletakkan anaknya ini dalam dilemma kehidupan semata-mata demi memuaskan tuntutan naluri-nya. Dia sering menipu untuk membuatkan aku merasa sedikit aman, walau hakikatnya dia sangat inginkan aku menguruskan dia di saat2 akhir kehidupannya. Sebuah pengorbanan yang tidak terbayar walau seisi dunia.

Aku anak kesayangannya, anak perempuan tunggal yg sangat rapat dengannya, Aku lebih rapat dengan arwah abi berbanding umi. Apa sahaja yg aku minta pasti sedaya mungkin ditunaikan-nya. Tetapi bile aku sudah berumah tangga, Arwah abi selalu berpesan "Nk buat ape2 mintok izin suami dulu, nak beli ape2 tanya suami dulu, jgn buat macam kite zaman bujang dulu, ikut suke nk g mana, ikut suka nk beli ape, kene hormat ke tok laki macam kite hormat ke mok ayoh kite"

Sikap Umi & Abi seperti sama sahaja. Tidak pernah mereka memaksa atau jauh sekali meletakkan aku dalam dilema memikirkan antara diri sendiri & mereka. Klu aku bagitahu mereka yang aku ingin  pulang kampung, arwah abi lah yg terlebih dahulu membebel di telefon "Nok balik wat menda lg, raya haritu kan balik doh, nak balik naik kereta tu bukan isi air, klu mg ade kerje nk balik xpela, klu kata nak balik sebab nk mari tengok umi ke, nk tengok abi ke, dok payoh balik acap kali sangatlah..." itulah yg seringkali abi katakan setiap kali jika aku ingin pulang ke kampung. Mereka sangat menyayangi anaknya tetapi dalam masa yang sama mereka sentiasa ingin menjaga kerukunan rumah tangga kami, bimbang jika suamiku terasa terbeban melayan kerenah isteri yg sentiasa ingin pulang ke kampung untuk bertemu umi & abi, sampai begitu sekali mereka menjaga-ku. Sebuah kehilangan yang tidak dapat aku ungkapkan, Yang pasti hari2 yg aku lalui hanya semata2 demi seorang anak yg aku doakan semoga menjadi manusia yg berguna. Secara peribadi, hidup-ku kini terasa kosong, sebuah kekosongan yg tidak dapat di penuhi. 

Apepun semuanya telah berlalu pergi, kini aku lalui hidup tanpa mereka lagi. Aku hairan melihat gelagat manusia yg tanpa segan silu membuat pelbagai kenyataan, memaksa untuk di fahami tetapi tidak pernah sedikit pun ingin memahami. Aku janggal hidup dalam lingkungan org2 yg sangat mementingkan diri sendiri. Aku telah  terbiasa di didik untuk memikirkan org lain mendahului diriku sendiri, tetapi kadang2 aku sedar sikap yg di pupuk arwah umi & Abi tu sangat berat untuk aku contohi. Hidup dalam sebuah masyarakat yg sngt pentingkan diri sendiri membuatkan kesabaranku semakin hilang & terhakis. Aku tidak mampu menjadi sekuat arwah umi & abi. Maafkan anakanda-mu ini kerana terlalu dhaif dalam meniti hidup yg penuh kerakusan.

Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan mengembirakan Umi & abi di alam sana. Semoga Allah merahmati segala susah payah Umi & Abi selama mendidik kami. Ya Allah rahmatilah mereka berdua & kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecil-ku hingga aku menjelang dewasa. Ampunilah mereka ya Allah, jangan kerana keburukan sikap & akhlak-ku engkau menyiksa mereka, Sesungguhnya mereka adalah insan terbaik yg banyak mengajarkanku tentang Islam & Iman. Tempatkanlah mereka sebaik-baik tempat kembali di sisi mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rabbal'alamin. Ameeen ....



 

Jumaat, 26 Jun 2015

Birthday Hubby :: Purse Coklat

Selamat Hari tua hubby ...



Hari ni tanggal 9 Ramadhan hari jumaat adalah bestday my hubby, aku dah plan nk belikan dia purse coz dah nak hampir 7 tahun purse hantaran perkahwinan kitorang tu xbertukar, walaupun masih lagi dalam keadaan yang elok dan boleh tahan lagi 7 tahun :) hihihihi... 

Last month dengan muke selamba badak hubby cakap kt aku :

"klu Ayg ada rancangan nk belikan Abg hadiah, belilah purse..." 

Aku yg masa tu mmg  tak terfikir langsung nk belikan apa2 hadiah utk pakcik perasan ni. Tiba-tiba sentap sat... dalam hati aku berkata "amboi2 sedaapppnye order, ingat mesin ATM ke .." sambil main HP & buat2 tak dengar. Aku ni mmg suke buat muke xde perasaan je selalunya tapi jauh dalam hati aku tu xdela kejam sangat. Dah terbiasa camtu kot, yerla xkan nk tunjuk beria sangat pulak kan... like :

"Ok... sayang nnt I belikan utk U, lagi U nak ape sayang, xkan purse je syg.."

Gile ke ape camtu. buat xtau je dahlaa kan. Lagipun pakcik perasan ni time dia nk buat muka manis bukan main tersusun bahasa, tapiii time mulut nak mengZaass aku, amboiii2 boleh tahan ayat dia "rasa terbakar sebulan" aiiisshhh sabor ajela.. hurrmm....

Memandangkan opis aku tu sebelah aje dengan KL sentral & NU sentral maka xdela susah sangat aku nk g tunaikan impian pakcik perasan yg nak kan purse tu. Dahla semalam dia mengZass aku, klu ikutkan hati malas aku layan pakcik mulut lazer ni, tp itulah aku, nk buat xtau camtu je macam xsampai hati, pergila jugak menapak ke Parkson Nu Sentral tu. pusing punye pusing terjumpelaa purse yg pada aku mesti pakcik suke ni... ala2 askar gitu.. pakcik lazer kan pegawai tentera. Hmm okla tu kira jadi jelaa. Ok dah settle hadiah nk kene carik kad pulak. Cashier advice aku ke kaunter customer service kt bahagian atas, kt situ ade service bungkus hadiah & kad skali. Ok settle semuanya. 

Hadiah tu aku letakkan aje dalam almari tempat pakcik lazer selalu letak kunci kereta dia, nnt klu dia nk letak kunci kereta dia taula yg ade insan mulia yang baik hati ni kasi hadiah. Tak reti-reti nak say sorry & say thanks ke pakcik... aaiiisshhh geramnye rasa, dah melazer aku pastu buat muke tak bersalah, pastu buat ayat baik. ala2 macam xde ape2.. haaiiisshh awatlah aku lembut hati sangat, padahal dalam hati tu berkobar-kobar xnak layan da, aleh-aleh xterdaya nk let it go camtu je, hati selembut salju camnila, nampak macam aku yg buli dia, tapi sebenarnya dialaa yg paling banyak buli aku... 

Okla sempena birthday pakcik mulut lazer ni, saya nk wish :-

1.  Semoga sihat & bahagia selalu

2. Semoga sentiasa jadi sahabat saya yg terbaik.

3. Semoga Allah ampunkan dosa pakcik mulut lazer yang telah lalu & yang akan datang

4. Semoga Dipanjangkan usia yang berkat.

5. Semoga dimurahkan rezeki & diberi kejayaan yang besar dalam hidup.

6. Semoga pandai menjaga hati ur wife yg suci hati ni & kurangkan ayat2 sentap entah ape2.


sekian ... bye2


  
 

Khamis, 10 Julai 2014

BMW E60 :: Hadiah Birthday Hubby & Ramadhan Kami

Rasa sudah berbulan aku tak sempat untuk update ape2 cerita di sini. Kekangan waktu & juga kerja yg sentiasa tak pernah habis dan meeting yang berderet membuatkan aku tidak sempat untuk berkarya di sini. Bila ada masa aku terpaksa menyiapkan logbook VE aku tu. Klu ikutkan bulan 10 ni aku mesti submit logbook ke Board of Valuer untuk dinilai, lepas tu baru akan di panggil interview. Tapi nmpak gayanya,  macam takde harapnye je aku nak pergi interview hujung tahun ni. Coz untuk tahun ni punya logbook pun satu perkataan pun aku blum tulis lagi. Yang tahun lepas pun belum habis tulis lagi. Adoiiiyaaii... Sindrom Kemalasan melanda !

Harini aku just nak share tentang serba sedikit cerita Ramadhan dan juga ringkasan kisah2 yang telah dilalui selama beberape bulan ni. Nak mula kan dari mana entah. Sepanjang 13 hari Ramadhan ni, Alhamdulillah Semuanya baik2 belaka. Aku masih berkesempatan untuk masak iftar for my beloved family. Puasa tahun ni ahli keluarga bertambah coz my younger brother stay kt rumah kitorang untuk habis kan praktikal dia selama 3 bulan. Agak meriah skitla bile dapat berbuka ramai2. Aku hanya beli kuih di luar. Lauk pauk semua aku masak. Lauk simple2 je pun. Paling kurang 3 lauk. ayam or ikan goreng adalah menu Wajib.  Ehehe lagi satu sayur. So yang ke3 tu lauk yg berkuah skit. 

Alhamdulillah seronok bile dapat masak untuk keluarga dan semua masakan habis sejurus bersahur. Pendek cite tiada pembaziran. Cume yang kurang menarik, aku tidak berkesempatan untuk bertarawih di masjid or surau. Memandangkan si kecik Nuha yg agak aktif bimbang akan mengganggu jemaah lain nnt. So aku hanya solat sedirian di rumah. Hanya hubby yang ke surau Taman. Kadang2 lewat jugak hubby balik. Sambung bertadarus sekali katanya. Once hubby balik aku n Nuha mmg Dah di alam mimpi. See u tomorrow dear.  ;)

Sempena Bestday hubby yg ke 32 tahun haritu aku telah berikan hadiah paling istimewa untuk hubby. Memandangkan musim hujan dan juga cuaca yang tidak menentu. Atas dasar keperihatinan & kasih sayang, aku telah memberi cadangan kepada hubby untuk membeli sebuah kenderaan ke-2. Alhamdulillah Semuanya di permudahkan Allah. Aku hanya bayarkan deposit dan uruskan pinjaman di bank. Bulanan punye payment macam biasa... :)) 



   Walaupun telah lebih 10 bijik kereta p tengok satu pun dia  tak berkenan.
             Last2 jumpa yg ni terus jatuh Cinta pandang pertama.

So Hadiah untuk Hubby tahun ni adalah sebuah intelligent machine yg menjadi impian my hubby. Sebagai Seorang isteri yg sangat prihatin dengan kehendak suami,  aku telah penuhi impian hubby sebaik mungkin dengan izin Allah yg Maha Besar. Mmg nampak ke"exicited-tan" hubby bile aku suh dia test drive. I'm happy when u're happy. LCI 523i The Ultimate Driving Machine yg mmg mengujakan. Untuk aku yg suka race tgh highway ni mmg tiptop. Cume service n maintenance mmg kene prepared budget every month. Aktiviti jalan2 terpaksa di perlahankan. Pusing2 dlm Mesia jela dulu. Next 2 yr after salary increment baru blh start enjoy skit. Hehehehe... opportunity cost nama dia.



Happy Bestday sayang. Semoga dirimu sentiasa mendapat rahmat dan kasih syg Allah. Harta hanyalah Alat untuk membahagiakan tapi rasa cinta dan keikhlasan dlm perhubungan adalah asas kebahagiaan. I Love U till the end of my life.


Khamis, 20 Mac 2014

UMRAH :: Rindu Untuk Kembali Ke Mekah & Madinah

Beberapa minggu ini aku asyik membuat carian berkenaan dengan menunaikan Umrah ke Tanah suci tanpa menggunakan Agen. Banyak juga maklumat yang aku dapat. Setiap ketika perasaan untuk kembali ke Tanah Haram mula membuak-buak. Kali pertama aku ke Menunaikan Umrah pada tahun 2004. Aku mendapat sponsor penuh dari arwah cik ngah. Travel agen yg membawa kami pada ketika itu bernama Al-Quds. Alhamdulillah berada di Tanah Haram pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan adalah sebuah perasaan yang sangat Indah. Perasaan pertama kali melihat Ka'abah tidak dapat aku bayangkan dengan kata-kata. Jangtung berdegup kencang, ingin melihat sebuah rumah yg Maha Suci, yang menjadi tujuan ibadat setiap umat Islam di Bumi. Dari celah2 tiang Masjidil Haram yang berdiri megah aku dapat melihat Ka'abah dari pintu Babusalam. Tanpa sedar aku menangis. Mungkin terlalu gembira agaknya. Allahurobbi.

Tiket untuk menunaikan Umrah pada bulan Ramadhan sekarang melambung tinggi. Kebanyakkan Pakej bermula dari angka RM5500++ untuk bilik 4/6. Itu harga di awal ramadhan, bukan pertengahan Ramadhan apetah lagi untuk 10 hari terakhir Ramadhan. Harga melambung2 sampai mencecah 30k seorang. Ya Allah... Bumi yang tandus & kontang itu suatu masa dahulu tidak mempunyai apa2, kini berdiri megah dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Mungkin juga ini petanda dunia akhir zaman. Mendengar cerita dari sanak-saudara yang baru sahaja balik dari sana, semuanya telah jauh berubah. Kedai2 atap semua dah xde. Hotel2 yang berhadapan masjidil haram semuanya telah di robohkan. Perubahan yang begitu drastic sekali dalam masa beberapa tahun.
Jika di izinkan Allah aku berhasrat untuk sana lagi. Terasa ingin mengulang & merasai detik2 yang indah selama berada di bumi haramain pada bulan yang mulia & penuh barakah itu. Mudah2n Allah sudi menjadikan aku Tetamu di Rumah-NYA.


Antara Travel Agent yang menjadi perhatian adalah Andalusia Travel, Felda Travel & juga Rayhar Travel. Harga pakej untuk menyambut awal Ramadhan dengan bilik berdua semuanya bermula dari Angka RM7500++ bagi penerbangan Saudi Air/MAS/ Emirate. Kitorang bercadang untuk berpuasa di Mekah selama 6 atau 7 hari sekurang-kurangnya. Menunaikan Umrah di bulan Ramadhan sama pahala-nya dengan menunaikan ibadat Haji. Itu yang aku nak sangat pergi ketika bulan Ramadhan. Pahala pun berlipat ganda, Mudah2n aku tidak tergolong dari kalangan manusia yg muflis di hari akhirat nanti.  

Beberapa sessi perbincangan bersama hubby & my aunty telah dilakukan. Memandangkan anakanda Nuha Safiya terpaksa ditinggalkan bersama Opah (my aunty) Jika kami pergi menunaikan Umrah pada awal Ramadhan nanti. Perancangan awal aku mahu membawa Nuha sekali ke sana, tetapi setelah banyak kali di fikirkan dan beberapa factor keselamatan, maka aku terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan Nuha. Walaupun berat hati aku ni hhmmm... Tapi demi menjamin kesempurnaan ibadah & juga keselamatan Nuha aku terpaksa Redha untuk tidak membawanya. 


Mengikut pengalaman yang lepas, pada setiap kali tiba bulan Ramadhan jumlah Jemaah meningkat berkali ganda, melebihi waktu2 yang lain. Ada yang kata jumlah Jemaah sama ramainya dengan musim Haji. Nak berjalan pun memang bersesak-sesak. Jika aku membawa Nuha dalam keadaan sebegitu mungkin kurang sesuai untuk dia yang masih kecil, baru saja hendak memasuki umur 2 tahun. InsyaAllah jika di izinkan Allah, aku akan membawa Nuha ke Tanah Suci bila dia sedikit besar & pandai menjaga diri InsyaAllah. 

Memandangkan ini adalah Umrah yang pertama kali bagi my hubby, dia mencadangkan kitorang pergi bersama agent saja. katanya agak rumit untuk pergi sendiri tanpa agent. Bimbang ada perkara-perkara ibadah yang tidak sempurna di lalukan sendiri tanpa panduan ustaz2. Oleh itu aku bersetuju untuk pergi dengan Travel Agent, tapi travel agen yang mana satu belum dapat di putuskan lagi. Persediaan dari segi mental & fizikal juga harus di mantapkan. Harapnya niat untuk ke Tanah haram ini di mudahkan jalannya oleh Allah. 


Amen ya Rabb...

Rabu, 17 Julai 2013

Aku, Dia & Ramadhan !

Alhamdulillah, dah masuk hari ke 9 berpuasa di bulan ramadhan. Tahun ini aku menyambut Ramadhan bersama suami & juga anakanda yg dikasihi di rumah Hillpark 2 Kajang. Tahun ini adalah tahun pertama kitorang menyambut Ramadhan bertiga untuk sepanjang bulan. Sebelum ni, Hubby hanya ada di hujung minggu untuk berbuka bersama-sama. Bila weekdays masing2 pulang ke tempat kerja masing2. Aku di KL dan hubby di Penang. Tahun ini adalah permulaan Ramadhan yg paling bermakna untuk kami sekeluarga.
 
Selama berpuasa seminggu ni, kitorang xpernah sekali pun lg menjejakkan kaki ke Bazar ramadhan, berbanding tahun-tahun sudah. Walaupun penat balik kerja, tp aku tetap happy untuk menyediakan masakan berbuka untuk keluarga. sangat seronok bile hubby pun dengan baik hati & ringan tulang membantu aku di dapur. Hehehe.. I love U syg... Setiap hari menu masakan berbeza-beza. Aku siap buatkan schedule masakan lg. Huhuhu.. gile semangat nk masak.. Ala bukan banyak sangat lauk yg aku buat. maximum 2 lauk je. Hubby dah pesan awal2 xpayah nk masak banyak2, nnt xhabis...!! So kitorang dah decide, untuk berbuka cume ada 2 menu lauk shj. Satu menu berkuah, satu lagi sayur or menu kering.
 
Hari pertama puasa aku masak gulai daging & sayur je. Time sahur hubby masakkan telur dadar coz sayur da habis. Hari ke-2 puasa pula, kitorang berbuka di kedai Arab seksyen 7 Bangi. makan kambing sepuas hati sampai nk termuntah rasenya. Punyelah kekenyangan sampai perut pun da rasa sendat di tekan seluar, addooiii... Kedai Arab tu sebelah dengan  Darul Huffaz, harga buffet RM36/pax. Hmm bolehla.. walaupun kitorang datang dah lewat skit tp makanan still banyak.
Hari ke-3 plak aku masak Ikan Masak Pedas, belacan & juga ikan kerisi goreng, yummy2... sedaapp.
 
Hari Sabtu adalah Hari ke-4 kitorang berpuasa, Sepanjang hari Sabtu tu, ada 2 kerja telah di lakukan. Pertama ialah pemasangan Grill rumah telah siap di pasang pada hari Sabtu. Ke-2 ialah pemasangan Roman Blind & juga Railing curtain oleh Azizah Hias. Hehhee.. Nampak rupa rumah la skit pada hari tu. walaupun keletihan satu hari tu tp aku agak happy kerana banyak benda da siap di pasang. Petang tu plak, makcik di Subang Jaya call, ajak berbuka di rumah dia. Pemasangan gril siap di pasang dlm kul 5.30pm. After that terus bersiap untuk ke Subang Jaya plak. Klu xpergi kang kecik hati plak org yg menjemput. So kitorang singgah beli Nasi Arab kt kedai Tareem Hadramawt di Taman Sepakat 2. Dekat dengan rumah lama kitorang dulu. After berbuka, kitorang terawih kt Masjid Baru Subang Jaya. Baby Nuha tersangatla aktif, siap dia tawaf 50x kt masjid tu. Adooiiiiii pening kepala aku di buatnya. Dahla Jemaah sikit punya ramai. Anak sapa la ni yea... aktif sangat ni..? ehehehe... Bertolak balik ke Kajang lebey kurang jam 12 malam. Sampai rumah terus tido. ZzzZzZz 
 
Hari ke-5 puasa aku buat bebola ikan selayang masak tumis & juga ikan pari Panggang. Kerja panggang-memanggang ini slalunya my hubby yg buat. Mmg sedap klu dia buat. Ehehehe... kene puji lebey skit, kasi happy.. nnt klu cakap xsedap ade plak yg boikot xnk tolong masak ehehe... Tp mmg sedaapp betul pun hubby buat, entah ape yg di letak-nya, bile aku Tanya xnak cakap tu, secret resepi la sangat... :) Hari ke-6 berpuasa, aku Masak Sup Kepala Ikan Merah, Kerang Rebus & juga Kangkung Celur. Kolestrol mmg terbaik. Aku ni dahla high kolestrol, tp makan xde nk berpantang pun, main redah je semua benda. Selagi xsakit.. kite on je.
 
Sup tulang adalah masakan kegemaran aku sejak azali lg. Bile arwah umi masak sup tulang maka aku adalah org yg paling banyak makan nasi, selang beberapa jam makan nasi.. hehehe mmg kuat makan betul. So Pada Hari ke-7 aku decide nk buat Sup Tulang & telur dadar. yummy2 nk buat lagi-la minggu depan. Eehehe... Memandangkan stok udang dalam peti masih banyak so pada Hari ke-8 iaitu semalam kitorang masak Udang Lemak Cili Padi, Ikan Talapia Panggang & juga Sayur Taugeh... Semua makan dengan berselera & kenyang. Alhamdulillah.
 
Memu masakan aku selalunya tidak bercampur antara masakan Darat & juga Laut. Klu aku masak daging, for sure aku xkan masak ikan/udang/sotong or ape2 shj yg datang dari sungai atau laut. Itu semua sunnah Rasullullah, so aku cuba untuk menjadikan satu amalan pemakanan yg sihat untuk keluarga aku. Dulu, masa mula2 kawen my hubby slalu pelik ngan aku, coz aku xkan makan masakan laut & darat dalam satu hidangan. Klu makan kt majlis pun aku cuba elakkan. Tp sekarang hubby dah faham & dia pun follow cara aku, Klu makan kt kedai ke ape, kitorang xkan order masakan bercampur. Mudah2n semua ahli keluarga mendapat berkat & sihat sentiasa hendaknya.
 
Hari ini adalah Hari ke-9 berpuasa, aku tengah duk fikir samada nk masak or nk makan kt luar je. Actually aku nk amik feel berterawih di Masjid besar Shah Alam. Sudah lama aku X ke sana. Klu masa zaman Universiti dulu, aku sangat seronok berterawih kt situ, walaupun sangat sesak dengan Jemaah & sukar untuk mendapatkan parking tp suasana di masjid itu membuatkan aku terpanggil untuk terus berjemaah di sana. Seperti berada di masjidil haram pula rasanya. dengan masjid yg selesa, dengan imam yg sedap & juga suasana sekeliling yg mendamaikan. So dalam perancangan aku minggu ni, ingatnya nk ajak hubby berbuka di Shah Alam, after that terus berterawih kt Masjid Besar tu. Tp belum tau lagi la camne. Harapnya Nuha xdela aktif sangat. Ya Allah berilah ruang & kelapangan hati untuk aku menjalankan ibadah terawih di masjid Shah Alam kali ini. Moga Nuha baik-baik aje kat sana nnt. Ameen.
 
 
 
 
 
 





 

Isnin, 10 September 2012

Siapakah Manusia Celaka !!

Siapakah manusia yg amat di cela ini..? ada beberapa golongan yg dikategorikan sebagai manusia yg celaka. Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud :-
 
"CELAKA  sungguh org yg mendengar namaku di sebut tetapi tidak berselawat ke atasku, CELAKA sungguh org yg sempat bersama Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan, CELAKA sungguh org yg berkesempatan berbakti kepada kedua org tuanya, tetapi tidak dimasukkan ke syurga" Hadith Riawayat Imam Ahmad
 
 
Perkataan Celaka telah di labelkan untuk beberapa golongan manusia tersebut secara terang sekali. Ini bermakna Rasulullah saw ingin mengingatkan kepada umat manusia bahawa melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa semasa hayat mereka adalah perkara penting yg sepatutnya dilaksanakan oleh seorang manusia yg bernama ANAK.
 
Berselawat ke atas nabi apebila mendengar namanya disebut juga amatlah dituntut. Di sini jelas kepada kita bahawa kepentingan & bertapa besarnya tuntutan melakukan ke-3 tiga perkara tersebut. Kelihatan-nya seperti remeh shj perbuatan itu. Tetapi hanya Allah & Rasul-nya lebih mengetahui.

Dalam hadith yg lain ada disebut, jika engkau berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atas-mu 10 kali. Maha suci Allah yg Maha Agong lagi Maha Tinggi, Raja seluruh alam. Apekah kite tidak merasakan ape2 dgn peringatan & ganjaran yg amat besar itu hanya dgn melakukan perkara semudah berselawat ke atas Nabi. ?
 
Bagi manusia yg tenang hatinya, bersih jiwanya, sihat akal fikiranya sudah pasti dapat mencongak dgn mudah ganjaran yg akan diperolehi dlm setiap perbuatan memartabatkan agama Allah. Jika berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW itu mendapat rahmat yg berlipat ganda di sisi Allah, inikan pula melaksanakan perintah & segala ajaran yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Menjunjung & memartabatkan segala ajaran, perbuatan & gaya hidup yg di bawa oleh-NYA. 
 
Pada perkiraan akal yg sihat, berapa besar-kah pula ganjaran yg akan diberikan Allah kepada insan yg dgn setulus hati memperjuangkan agama Allah di-muka bumi. Menyambung wasiat para nabi..??  Tidak perlulah untuk kamu menjadi pakar dlm bidang ilmu matematik untuk membuat hitungan secara kasar. Kamu tidak akan menolak pendapat yg mengatakan menjunjung & menyokong segala usaha yg dibawa bagi memartabatkan Agama Muhammad bin Abdullah ini akan mendapat ganjaran pahala sebesar-besarnya yg tidak tergambar oleh akal & tidak terhitong oleh pasir2 di bumi. 
 
Adakah kamu akan menolak pendapat yg mengatakan menyokong puak yg dengan jelas menolak, meminggirkan & mempersendakan segala perbuatan, ajaran & gaya hidup yg di bawa oleh Nabi Muhammad SAW ini akan mendapat kecelakaan & seburuk-buruk balasan dari Allah SWT ????  Fikir2kan & selamat beramal.
 
Perumpamaan mudah yg ingin aku bawa di sini. Andai kamu mencintai seseorang dengan sepenuh hati kamu, nescaya kamu akan marah andai ade manusia yg melukakan hati kekasihmu. Apetah lagi andai manusia lain mengeji, mempersendakan & meminggirkan kekasihmu itu. Apekah kamu hanya akan berdiam diri & membiarkan sahaja perkara itu berlaku. Sudah sekali-kali tidak. Melainkan tiada rasa cinta di hati kamu kerana itu tiada apa2 tindakan & perasaan yg timbul di hati kamu apabila insan lain melukanya. itu adalah fitrah alam. Sifat yg Allah SWT ciptaan pada setiap manusia. Maka apekah kamu fikir Allah SWT akan memuliakan kamu, menempatkan kamu di syurga-NYA & menikmati segala nikmatnya setelah kamu dgn senang hati menyokong puak2 yg menghina, meminggirkan & mempersendakan Kekasihnya itu. Iaitu Muhammad bin Abdullah...!!!  
 
Ingatkah kamu akan peristiwa di mana Rasullullah SAW di hina & di cerca semasa baginda menjalankan dakwahnya Di Taif ? Malaikat Jibril turun memberi salam & menyampaikan wahyu kepada baginda ketika di Qarn al-manazil Katanya :-


"Sesungguhnya Allah telahpun mendengar kata-kata kaum itu dan segala jawapan dan penolakan mereka terhadapmu, justeru itu Allah telahpun mengutuskan malaikat penguasa gunung-ganang untuk kau perintahkan kepada-nya bertindak terhadap kaum itu."

Kemudian datang malaikat penjaga gunung memberi salam lalu berkata :-

"Wahai Muhammad, itu dia bukit-bukit, apa yang engkau mahu, sekiranya engkau mahu aku tangkupkan mereka dengan bukit Al-Akhsyabain itu, nescaya aku lakukan."


Al-Akhsyabain itu dua buah bukit, bukit Abu Qubais dan bukit Qaiqa'an, letaknya di Mekkah. Namun Muhammad bin Abdullah ini adalah manusia yg tinggi akhlaknya, baik budi bahasanya & terlindung baginda daripada sifat2 yg keji. Baginda menolak dengan berkata :-


"Aku berharapkan agar Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Maha Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun."
 
 

Wallahu'alam