Isnin, 31 Mac 2014

Suatu Pagi @ Taska Kasih Emas

Selalu bila hantar terus meluru masuk & main dengan kawan2. Tapi hari ni, bila sampai tak nak masuk plak. Kalau camni dah gaya-nya mesti ade something wrong semalam. Samada pengasuh Taska marah2 or pukul dia ataupun dia gaduh dengan si Omar lagi. Budak Omar ni mmg glamour betul, semua mak budak kt Taska tu nk kenal mana satu Omar. Nakal & ganas, adoiii rasa nak aje aku kasi hadiah air penawar kt budak kecik tu.
 
Bila Nuha dah xnak masuk maka hati aku ni dah berbelah bahagi plak jadinya. nak tinggalkan terasa berat hati, nak bawak g office nanti kelam kelibut plak. walaupun ade je staf lain yg bawak anak kt Office. Tapi aku rasa macam xsyok la plak nk bawak Nuha. Coz nanti habis satu Office di rondanya.
 
 
 
Cuba tenangkan Nuha seketika. Last2 pengasuh bawak dia masuk ke dalam. menjerit sekuat hati dia panggil " Buuuu... Buuuu... Buuu..." Ya Allah sedih plak aku nk tinggal si kecik ni. Terasa seperti di ragut sebahagian jiwa-ku. Dari celah2 cermin tu aku masih mengintai samada Nuha dah ok or masih lagi menangis. Alhamdulillah, Kak Ida dah tenangkan dia. Walaupun masih menangis tersedu-sedu tapi stil under control. Kak Ida membuat isyarat supaya aku cepat2 pergi, takut nnt klu Nuha terpandang aku, dia menangis lagik.
 
Dalam perjalanan ke Office, rasa sedih & sayu masih lagi mencengkam di jiwa ini, tanpa sedar sebijik demi sebijik airmata-ku jatuh ke pipi. Ya Allah.... jagakanlah anak kesayanganku itu, moga dia selamat & baik2 sahaja...

Jumaat, 21 Mac 2014

Alhamdulillah Rezeki Dari Allah

Syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat & rahmat dari-NYA. Tuhan yang mentadbir sekelian alam. Sesungguhnya rezeki itu adalah kurniaan daripada Allah. Jika kita bersyukur kepadanya walau dengan rezeki yang sedikit nescaya akan di tambah lagi olehnya.
 
Bermula 1 March 2014 ni Our beloved Managing Director telah membuat kelulusan untuk "salary increment". Walaupun aku sebenarnya terasa malu juga untuk menerima kenaikan gaji yang baru ni, memandangkan bebanan kerja tidak seberapa. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur atas rezeki yang tidak di sangka-sangka ini.

Mudah2n ada rezeki untuk menambahkan zuriat pula nnt. Amen Ya Rab & terima kasih kepada my beloved Boss. Tanda bersyukur atas nikmat yang diberikan ini aku bercadang untuk belanja my beloved aunty & her family untuk makan malam. Hujung minggu nilah InsyaAllah.

Khamis, 20 Mac 2014

Terdetik Untuk Menunaikan UMRAH

Beberapa minggu ini aku asyik membuat carian berkenaan dengan menunaikan Umrah ke Tanah suci tanpa menggunakan Agen. Banyak juga maklumat yang aku dapat. Setiap ketika perasaan untuk kembali ke Tanah Haram mula membuak-buak. Kali pertama aku ke Menunaikan Umrah pada tahun 2004. Aku mendapat sponsor penuh dari arwah cik ngah. Travel agen yg membawa kami pada ketika itu bernama Al-Quds. Alhamdulillah berada di Tanah Haram pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan adalah sebuah perasaan yang sangat Indah. Perasaan pertama kali melihat Ka'abah tidak dapat aku bayangkan dengan kata-kata. Jangtung berdegup kencang, ingin melihat sebuah rumah yg Maha Suci, yang menjadi tujuan ibadat setiap umat Islam di Bumi. Dari celah2 tiang Masjidil Haram yang berdiri megah aku dapat melihat Ka'abah dari pintu Babusalam. Tanpa sedar aku menangis. Mungkin terlalu gembira agaknya. Allahurobbi.
 
Tiket untuk menunaikan Umrah pada bulan Ramadhan sekarang melambung tinggi. Kebanyakkan Pakej bermula dari angka RM5500++ untuk bilik 4/6. Itu harga di awal ramadhan, bukan pertengahan Ramadhan apetah lagi untuk 10 hari terakhir Ramadhan. Harga melambung2 sampai mencecah 30k seorang. Ya Allah... Bumi yang tandus & kontang itu suatu masa dahulu tidak mempunyai apa2, kini berdiri megah dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Mungkin juga ini petanda dunia akhir zaman. Mendengar cerita dari sanak-saudara yang baru shj balik dari sana, semuanya telah jauh berubah. Kedai2 atap semua dah xde. Hotel2 yang berhadapan masjidil haram semuanya telah di robohkan. Perubahan yang begitu drastic sekali.
 
Jika di izinkan Allah aku berhasrat untuk sana lagi. Terasa ingin mengulang & merasai detik2 yang indah selama berada di bumi haram itu pada bulan yang mulia & penuh barokah itu. Mudah2n Allah sudi menjadikan aku Tetamu di Rumah-NYA.
 
Antara Travel Agent yang menjadi perhatian adalah Andalusia Travel, Felda Travel & juga Rayhar Travel. Harga pakej untuk menyambut awal Ramadhan dengan bilik berdua semuanya bermula dari Angka RM7500++ bagi penerbangan Saudi Air/MAS/ Emirate. Kitorang bercadang untuk berpuasa di Mekah selama 6 atau 7 hari sekurang-kurangnya. Menunaikan Umrah di bulan Ramadhan sama pahala-nya dengan menunaikan ibadat Haji. Itu yang aku nak sangat pergi ketika bulan Ramadhan. Pahala pun berlipat ganda, Mudah2n aku tidak tergolong dari kalangan manusia yg muflis di hari akhirat nanti.  
 
Beberapa sessi perbincangan bersama hubby & my aunti telah dilakukan. Memandangkan jika aku jadi untuk menunaikan Umrah pada awal Ramadhan nanti, mungkin aku terpaksa tinggalkan my beloved Nuha kat my aunty. Perancangan awal aku mahu membawa dia sekali ke sana, tetapi setelah banyak kali di fikirkan dan beberapa factor keselamatan di ambil kire maka aku terpaksa membuat keputusan untuk tinggalkan Nuha. Walaupun berat hati aku ni nak tinggal Nuha. Tapi demi menjamin kesempurnaan ibadah & juga keselamatan Nuha aku terpaksa Redha untuk tidak membawanya. Mengikut pengalaman yang lepas, pada bulan Ramadhan jumlah Jemaah meningkat berkali ganda, melebihi waktu2 yang lain. Ada yang kata jumlah Jemaah sama ramainya dengan musim Haji. Nak berjalan pun mmg bersesak-sesak. Jika aku membawa Nuha mungkin keadaan sebegitu kurang sesuai untuk dia yang masih di usia awal kanak2. Baru shj beberapa bulan menjengah usia 2 tahun. InsyaAllah jika di izinkan Allah, aku akan membawa Nuha ke Tanah Suci bile dia sedikit besar & pandai menjaga diri InsyaAllah.
 
Untuk Umrah yang pertama kali bagi my hubby, dia mencadangkan kitorang pergi bersama agent. katanya agak rumit untuk pergi sendiri tanpa agent. Bimbang ada perkara2 ibadah yang tidak sempurna di lalukan nnt. Oleh itu aku bersetuju untuk pergi dengan Travel Agent, tapi travel agen yang mana satu belum dapat di putuskan lagi. Persediaan dari segi mental & fizikal juga harus di mantapkan. Harapnya niat untuk ke Tanah haram ini di mudahkan jalannya oleh Allah. Amen ya Rabb.
 
 
 
 

Khamis, 13 Mac 2014

Kesesuaian Gadjet Untuk Anak-Anak

Adakah gadjet merupakan keperluan kepada anak2 ? Sudah tentu tidak, tapi kebanyakan ibu-bapa masa kini menjadikan pelbagai gadjet seperti Ipad, Samsung Galaxy & bermacam-macam lagi brand gadjet di luar sana sebagai hadiah kepada anak2. Aku juga antara segolongan ibubapa yang tidak ketinggalan. Bukan niat di hati untuk melalaikan anak2 dengan permainan dan Video game tetapi hanya sekadar bahan bantuan yang dapat membuatkan si anak duduk diam seketika.

 
 
Selalunya Nuha akan menggunakan HP aku untuk melihat Upin & Ipin di Youtube. Maka tidak sampai 2 minggu, quota data internet aku telah mencapai limit. Aduhaiii... dah 2 bulan aku terpaksa beli quota internet dari Digi. Sesekali terfikir juga untuk meng"download" cerita-cerita tu, tapi macamne? aku ni bukannye tahu sangat tentang application yang berjuta dalam downloader tu. Yang aku tau mesej, whatsapp & call. Paling kuat pun bukak Facebook or bace emel di Handphone itu sahajalah yang aku tahu. Sehingga pada suatu petang my hubby tolong downloadkan aplikasi "VIDEODER" & "MX Player" lahaaiii rupanya sangat mudah nak download semua cerita or lagu dari Youtube.



Handphone S2 yang dah lama xpakai. Tetiba-tiba terfikir untuk download cerita Upin & Ipin untuk Nuha. So xpayahla nk pakai HP aku. Cuma Bateri S2 tu ada masalah skit iaiutu cepat habis. Nampaknya nk kene beli bateri barula pulak untuk anakanda kesayanganKu ini. Aku download cerita tu masa kt Office coz pakai wifi je. Klu nk pakai Internet Data aku mmg masakla. Ok Nnt petang dah boleh kasi hadiah untuk adik. Hopefully ada manfaat dengan menonton cerita Upin & Ipin tu. Sepanjang pemantauan aku, cerita animasi Upin & Ipin tu banyak jugak yang positif. Ada cerita tentang puasa, tentang mengaji al-quran & sebagainya.

Mudah2n dengan adanya alat bantuan ini akan memudahkan Nuha memahami perkara yang patut & tidak patut di lakukan. Walaubagaimanapun Gadjet yang seumpama ini perlu juga di kawal bagi mengelakkan anak2 hilang sifat beramah mesra (Friendly). Kadang-kadang apabila terlalu asyik dengan video & game yang terdapat di dalam gadjet berkenaan membuatkan mereka menjadi pasif & lebih gemar menonton video atau bermain game daripada berinteraksi dengan ibu & ayah.

Tapi sekiranya ibu-bapa dapat membuat jadual pemantauan yang baik, InsyaAllah ia dapat seimbangkan pemikiran anak-anak. Dalam sesetengah keadaan ibu-bapa juga sepatutnya ikut serta menonton video bersama anak-anak.

Wallahualam...


 

Rabu, 5 Mac 2014

Di Hempap Syiling Kapur Ketika Tidur

Seperti biasa tepat jam 10.30 malam kitorang sekeluarga akan bersiap untuk tidur. Selalunya aku akan lena pada jam 11.30pm & ke atas. Nuha pulak cepat pulak tidurnya pada malam itu.  My hubby pun sama. Kalau dah letak kepala & tutup lampu tak sampai 20 minit berdengkur la dia. Aku plak mmg jenis payah nk lelap. Macam-macam benda bermain dalam kepala. Tapi berlainan pula pada malam kejadian..  After letak je kepala sekejap, entah bila pun aku tak sedar yang aku telah hanyut di alam mimpi.
 
 
 
 
Tepat jam 1.30am tiba-tiba bunyi Berdegang !! Auch terasa amat sakit di bahagian mulut. Hubby turut  terperanjat. Bingkas dia bangun & bukak-kan lampu. Apa yang berlaku ..??? Dalam terpinga-pinga kitorang sangat terkejut. Cornice di bahagian kepala katil telah jatuh menghempap kepala hubby. Nasib baik Nuha tidak ape-ape. Alhamdulillah Allah selamatkan adik dari sebarang kecederaan terkena cornice. Lena-nya Nuha tidur hingga tidak sedikit pun dia terganggu dengan bunyi tu... 
  
 
 
 
Dalam keadaan yang agak pening & masih terkejut, aku & hubby bersihkan serpihan cornice yang berteraburan di atas katil. Aku masih mencari-cari sebab mengapa cornice tu boleh jatuh. Adakah sesiapa ada di atas bumbung rumah & menyebabkan tekanan pada syiling..?? Sejak akhir2 ni banyak kejadian pecah rumah di kawasan kejiranan aku ni. Walaupun ada pengawal keselamatan tapi entah macamne diorang masih boleh menerobos masuk ke kawasan perumahan & memecah masuk ke dalam rumah.
 
After dah siap2 bersihkan sisa-sisa kapur & habuk di lantai aku mintak hubby turun ke bawah untuk usha keadaan. Rasa takut begitu kuat mencengkam dada. Dalam pada itu aku jugak tidak lupa memanjatkan syukur kepada Allah kerana tiada kecederaan teruk yang di alami. Aku hanya terkene sedikit torehan di bibir. Hubby pula berjalur di tepi kepala. Nasib baik cornice tu tidak jatuh menjunam ke atas muka, jika tidak nauzubillah. Mungkin berkat aku selalu menmaca  doa tidur & surah 3 KUL serta menghembus kiri & kanan sebelum tidur.
 
Sesekali terdetik juga, Syukur ajal-ku masih panjang. Di tempat tidur di rumah sendiri pun belum tentu kite selamat. Malang datang tidak berbau. Di mana-mana sahaja bala bencana ada. Samada kite bernasib baik atau tidak itu semua di atas kehendak Allah. Allahuakhbar... !!!
 
 
 



Undangan Majlis Perkawinan @ Putrajaya


 
Tahniah kepada kedua mempelai iaitu Syirin & Fitri. Selamat melayari bahtera rumahtangga, semoga bahagia hingga ke Jannah. Semua org seronok menyambut hari bahagia, tapi tidak semua org mampu menjamin kebahagiaan yang di rasai pada hari pertama itu akan kekal hingga hujung nyawa. Namun kita hanya merancang, tapi Allah menentukan segalanya.
 
 
 
 
 
Majlis perkahwinan ni berlangsung di Dewan bersebelahan dengan bangunan Putrajaya Holding. Aku pun lupa nama dewan tu ape. Harga sewa untuk dewan sahaja ialah RM5000. Itu baru dewan, belum masuk hantaran + Mas kahwin + Catering + Pelamin + Juru solek + Pakaian. dengar khabarnya sepupu aku ni menghabiskan 35k++ untuk menjayakan hari bahagia mereka berdua ni. Mak dato... banyak tol duit diorang ni. Telan air liur jela dengar, aku kawin haritu xdela berhabis sampai banyak tu. kahwin biasa2 je, buat kt kampong je pun. So xde nk sewa dewan bagai, jimat duit :). Berjimat cermat amalan mulia. Tapi kalau berkemampuan ape salahnya. Silakan, kemampuan setiap org ni xsama, jika tidak membebankan tidak ada salahnya.
 
 
 
 
Jumlah wang hantaran sekarang makin mahal. Kalau dulu-dulu, 5k tu dah kire mahal sangatla tu. 10k lagila mahal. Tambah plak bakal pengantin perempuan tu ada Master or dalam proses nk habiskan PhD, adoiii masaklaa di buatnya, klu ikut trend skrg ni, Harga hantaran yang di tetapkan untuk pengantin perempuan yang ada Ijazah antara 12k - 15k. Kalau ada PhD mungkin boleh cecah 20k kot... 

Bila dah mahal sangat hantaran yang di letakkan, adala plak adegan tawar menawar. Adoiii dah jadik macam barang daganganla plak. Aku pun tak nak komen lelebih pasal hantaran ni, coz Nabi SAW sendiri pun tidak berkata ape2 tentang itu. Wanita berhak untuk menentukan nilai mahar dirinya. Lagipun bila dah berumah tangga nanti selalunya pihak wanita jugak yang banyak mengeluarkan duit perbelanjaan bagi membantu suami. So terpulang kepada pihak lelaki, tepuk poket Tanya duit, berapa RM ada dalam simpanan. Kalau rasa cukup bolehla melamar bunga di taman, kalai rasa xcukup buatlah pinjaman. tapi maksure mampu bayarla tiap2 bulan. Ehehehehe...
 
 
 
 
Oh ye lagik satu aku nak ingatkan, rasanya tak perlulah adegan tawar menawar dilakukan bile sesuatu nilai hantaran diletakkan oleh pihak perempuan. Kalau mak bapak rasa macam mahal baik diamkan sahaja. Bukan ape, nanti akan menimbulkan rasa kurang senang pada pihak pengantin perempuan. Sikap pertama yang di tonjolkan oleh ibu-bapa itu adalah pandangan pertama yang akan mencerminkan hubungan antara keluarga. Pada aku, ibu bapa baik xpayah campur tentang jumlah hantaran. Biarkan kedua pasangan berbincang & menentukan jumlah berapa banyak yang dipersetujui. Itu lebih baik aku rasa.
 
 
 
 
 
 
Eh dah melalut panjang plak aku kali ni. Ok laa... itu jela yg aku nak kongsi harini. Yang dah lama kawin tu, jagalah rumah tangga korang baik-baik yea. Gaduh baling-baling bantal tu biasa, jangan baling pinggang mangkuk udahla, Kalau rasa nk baling better pilih yg jenis plastic or periuk belanga, atleast xdela pecah berderai. Nnt klu dah pecah nak kene beli baru plak. kang dah membazir tu. hikhikhikhik....
 
Dalam rumah tangga ni perlukan tolak ansur. Tidak ade hubungan yang selamanya bahagia & gembira tanpa dugaan. Hidup ini adalah pentas ujian. kalau xde ujian tu mmg bukan dinamakan hidup. So laluilah setiap detik dengan penuh berhati-hati & kasih sayang. Semoga Rahmat Allah sentiasa melimpahi diri kita. InsyaAllah.
 
 

Selasa, 4 Mac 2014

Melancong Itu Ibadah

Ramai orang suka pergi melancong ke-mana sahaja. Ada yang menjadikan aktiviti melancong itu sebagai Hobi. Namun apekah kita sedar bahawa melancong itu boleh menjadi Ibadah sekiranya kite memasang niat yang betul ketika ingin keluar melihat Negeri mahupun Negara lain. Berniat untuk menyaksikan kehebatan ciptaan Allah, mudah-mudahan dengan melihatnya dengan mata & kepala sendiri kita termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur. 
 
Islam adalah agama dan cara hidup terbaik yang ada di dalam dunia ini. Islam sangat menitikberatkan ilmu dan pengetahuan hanya dengan dengan keluar dari tempat tinggal kita untuk berjalan dan melancong ke tempat lain dapat menambahkan Ilmu & memantapkan mental kita sebagai hamba Allah.
 

Sesuai dengan maksud ayat 137 dari Surah Al Imran iaitu:

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap, oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul–rasul)

Isnin, 3 Mac 2014

Panggilan Ka'abah Telah Datang

Panggilan Haji terasa semakin dekat di hati. Terasa seperti ingin ke Mekah & Madinah. Tapi bagaimana hendak menunaikan Haji sedangkan hutang masih bertimbun. Simpanan di Tabung Haji pun belum mencukupi. kos untuk menunaikan Haji adalah sangat tinggi sekarang. Kalau pergi dengan Pakej Tabung Haji @ Muassasah mungkin bolehla dipertimbangkan. tapi itupun bukan sekarang. Mungkin 3 tahun lagi InsyaAllah. Tapi detik hati untuk ke sana seperti tidak dapat di tahan-tahan lagi. 3 tahun itu terlalu lama untuk di tunggu. Entah sempat entah tidak, entah sihat entah sakit. Hanya Pakej Tabung Haji yang menawarkan subsidi oleh kerajaan. Mungkin harga dalam sekitar 10k - 12k seorang. Klu berdua sudah 20k - 24k. Duit untuk perbelanjaan di sana lagi. Mungkin 10k sudah memadai. Sekurang-kurangnya Simpanan perlu ada RM35,000. Hmmm.... menghela nafas panjang buat seketika.
 
Terfikir juga di benak hati untuk mencairkan segala asset hartanah yang ade. memandangkan masa sihat & ajal tidak menunggu kita. Mungkin dengan mengorban sebijik hartanah untuk menuju jalan Allah & rasulullah itu mendapat keredhaan Allah. Rezeki di bumi ini semuanya milik Allah. Aku tidak ingin termasuk dalam kalangan manusia yang menghitung-hitung harta hingga masuk ke dalam kubur. Aku tidak ingin menjadi manusia yang telah di beri amaran oleh Allah di dlm ayat surah At-takatsur itu. Nauzubillah, aku tidak ingin masuk dalam golongan itu.
 
Setelah membuat sedikit penelitian & pembacaan tentang menunaikan Ibadah Haji. Jalan untuk menuju Allah & Rasulullah seharusnya bebas dari segala rasa ingin selesa & serba sempurna. Hati harus tenang & jiwa seharusnya sentiasa berlapang dada demi mencari keredhaan Allah. Oleh yang demikian aku membuat kesimpulan untuk diriku sendiri bahawa untuk menunaikan ibadah haji aku hanya perlu bersederhana. Tidak perlu berhabis wang berpuluh ribu semata-mata inginkan keselesaan semaksimum mungkin. Mungkin Pakej Tabung Haji itu lebih zuhud & banyak menuntun hati & jiwa supaya bersabar & redha, Berbanding pakej2 tavel agent yang lain. Melalui pemerhatian-ku Pakej Menunaikan Ibadah Haji yang di bawa oleh Rayhar mencecah RM20,000 seorang. Klu berdua sudah 40k, belum tambah duit perbelanjaan semasa di Tanah Suci. Kalu di fikirkan tentang duit sampai bila pun sentiasa tidak cukup. Nampaknya cadangan untuk mencairkan salah satu Asset hartanah itu mungkin boleh di fikirkan sebaiknya. Mudah-mudahan Allah membuka jalan kepada semua urusan dunia & akhirat-ku.
 
Kadang-kadang kite terlupa untuk apa kite di hidupkan. Kenapa kita menjadi begitu & begini. Semua itu adalah kehendak Allah. Allah memberi kite harta supaya mudah untuk kite beribadah kepada-NYA tapi apa yang terjadi sebaliknya. semakin banyak harta dunia di kumpul semakin terasa ingin mengumpul lagi. Allahuakbar... Sesungguhnya aku sedar Allah SWT itu sentiasa memerhati setiap tingkah-laku hambanya. Seperti-mana ibu-ayah memerhatikan gerak-geri & tingkah laku anak2-nya, Namun pemerhatian Allah itu lebih lagi menjangkaui segenap jiwa, setiap lintasan hati yang ada di benak sanubari, Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.


Ahad, 2 Mac 2014

Expo Buku Islam Putrajaya 2014

Expo Buku Islam ini berlangsung di Dewan Cempaka Sari Putrajaya. Lokasi adalah bertentangan dengan Palace Of Justice. Banyak buku-buku & kitab tersohor di jual dengan harga yang sangat menarik. Buku untuk kanak2 juga banyak.
 
Expo ini berlangsung selama seminggu. Bermula pada 28 feb dan akan Berakhir pada 9 Mac 2014 ini. Kepada yang berminat untuk mencari bahan bacaan agama silakanlah berkunjung ke sini. Kami sekeluarga sempat menghabiskan masa selama beberapa jam di Expo Buku Islam ini. Sempat juga menyambar beberapa buah buku & kitab untuk rujukan harian.

 
 
Kitab Al-Ihkam, karangan & terjemahan semula oleh Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri antara kitab yang menarik perhatian aku. Harga pasaran RM35/jilid, tapi sepanjang Expo ini, ia hanya di jual dengan harga RM40 untuk 2 jilid. Potongan harga ini di buat memandangkan ustaz zul telah memulakan kuliah untuk kitab HIKAM ini di masjid shah alam. Oleh itu bagi menggalakkan semua org memiliki kitab ini maka Dr. Zul dengan berbesar hati telah memberi potongan harga yang begitu istimewa. Banyak hukum agama & panduan hidup yang di huraikan dalam kitab ini. Mudah2n Allah merahmati & memberkati segala usaha Dr. Zul. Macam berminat juga untuk join kuliah di Masjid Shah Alam tu. tapi macam jauh sangat plak. Klu ada di Bangi or Kajang, alangkah bagusnya.
 
Lebih kurang jam 5.30 ptg kai sekeluarga beransur pulang. InsyaAllah jika di izinkan Allah aku ingin sekali ke Jakarta atau Bandung. Dengar khabarnya banyak kitab2 tersohor yang telah di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu Indonesia di jual dengan harga yang sangat murah di sana. Walaupun mungkin aku tidak sempat untuk menelaah ke semua kitab2 tersebut, tapi dengan ada-nya kitab2 berkenaan di bilik bacaan rumah, akan menarik minat anak2 untuk menbaca & memahami hokum agama pada usia yang lebih muda. Wallahu'alam.