Memaparkan catatan dengan label Special Day. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Special Day. Papar semua catatan

Rabu, 5 Mac 2014

Undangan Majlis Perkawinan @ Putrajaya


 
Tahniah kepada kedua mempelai iaitu Syirin & Fitri. Selamat melayari bahtera rumahtangga, semoga bahagia hingga ke Jannah. Semua org seronok menyambut hari bahagia, tapi tidak semua org mampu menjamin kebahagiaan yang di rasai pada hari pertama itu akan kekal hingga hujung nyawa. Namun kita hanya merancang, tapi Allah menentukan segalanya.
 
 
 
 
 
Majlis perkahwinan ni berlangsung di Dewan bersebelahan dengan bangunan Putrajaya Holding. Aku pun lupa nama dewan tu ape. Harga sewa untuk dewan sahaja ialah RM5000. Itu baru dewan, belum masuk hantaran + Mas kahwin + Catering + Pelamin + Juru solek + Pakaian. dengar khabarnya sepupu aku ni menghabiskan 35k++ untuk menjayakan hari bahagia mereka berdua ni. Mak dato... banyak tol duit diorang ni. Telan air liur jela dengar, aku kawin haritu xdela berhabis sampai banyak tu. kahwin biasa2 je, buat kt kampong je pun. So xde nk sewa dewan bagai, jimat duit :). Berjimat cermat amalan mulia. Tapi kalau berkemampuan ape salahnya. Silakan, kemampuan setiap org ni xsama, jika tidak membebankan tidak ada salahnya.
 
 
 
 
Jumlah wang hantaran sekarang makin mahal. Kalau dulu-dulu, 5k tu dah kire mahal sangatla tu. 10k lagila mahal. Tambah plak bakal pengantin perempuan tu ada Master or dalam proses nk habiskan PhD, adoiii masaklaa di buatnya, klu ikut trend skrg ni, Harga hantaran yang di tetapkan untuk pengantin perempuan yang ada Ijazah antara 12k - 15k. Kalau ada PhD mungkin boleh cecah 20k kot... 

Bila dah mahal sangat hantaran yang di letakkan, adala plak adegan tawar menawar. Adoiii dah jadik macam barang daganganla plak. Aku pun tak nak komen lelebih pasal hantaran ni, coz Nabi SAW sendiri pun tidak berkata ape2 tentang itu. Wanita berhak untuk menentukan nilai mahar dirinya. Lagipun bila dah berumah tangga nanti selalunya pihak wanita jugak yang banyak mengeluarkan duit perbelanjaan bagi membantu suami. So terpulang kepada pihak lelaki, tepuk poket Tanya duit, berapa RM ada dalam simpanan. Kalau rasa cukup bolehla melamar bunga di taman, kalai rasa xcukup buatlah pinjaman. tapi maksure mampu bayarla tiap2 bulan. Ehehehehe...
 
 
 
 
Oh ye lagik satu aku nak ingatkan, rasanya tak perlulah adegan tawar menawar dilakukan bile sesuatu nilai hantaran diletakkan oleh pihak perempuan. Kalau mak bapak rasa macam mahal baik diamkan sahaja. Bukan ape, nanti akan menimbulkan rasa kurang senang pada pihak pengantin perempuan. Sikap pertama yang di tonjolkan oleh ibu-bapa itu adalah pandangan pertama yang akan mencerminkan hubungan antara keluarga. Pada aku, ibu bapa baik xpayah campur tentang jumlah hantaran. Biarkan kedua pasangan berbincang & menentukan jumlah berapa banyak yang dipersetujui. Itu lebih baik aku rasa.
 
 
 
 
 
 
Eh dah melalut panjang plak aku kali ni. Ok laa... itu jela yg aku nak kongsi harini. Yang dah lama kawin tu, jagalah rumah tangga korang baik-baik yea. Gaduh baling-baling bantal tu biasa, jangan baling pinggang mangkuk udahla, Kalau rasa nk baling better pilih yg jenis plastic or periuk belanga, atleast xdela pecah berderai. Nnt klu dah pecah nak kene beli baru plak. kang dah membazir tu. hikhikhikhik....
 
Dalam rumah tangga ni perlukan tolak ansur. Tidak ade hubungan yang selamanya bahagia & gembira tanpa dugaan. Hidup ini adalah pentas ujian. kalau xde ujian tu mmg bukan dinamakan hidup. So laluilah setiap detik dengan penuh berhati-hati & kasih sayang. Semoga Rahmat Allah sentiasa melimpahi diri kita. InsyaAllah.
 
 

Ahad, 26 Januari 2014

Kenduri Kesyukuran Naik Rumah & Bestday Nuha



Alhamdulillah, atucara Majlis kesyukuran pada hujung minggu baru ini berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua Ahli Keluarga, Jiran-jiran, kawan-kawan, staf-staf Mindef & juga ahli surau yang telah datang memeriahkan Majlis kami pada 25hb January 2014. Majlis kesyukuran ini di adakan adalah sempena menyambut hari kelahiran anakanda Nuha Safiya Muhammad Shafie yang telah berusia 2 tahun pada 14 January 2014 yg lalu. Di samping itu juga membuat Majlis ini adalah sempena tanda kesyukuran masuk ke Rumah Baru. Alhamdulillah ya Allah atas segala Rezeki & Rahmat yang telah Engkau curahkan kepada kami. Buat majlis ni mmg seronok. Tetapi persediaan untuk Majlis tu tersangatlah penat, coz kitorang banyak handle sendiri, hanya tempah nasi beriani & kambing golek shj. Lain2 persediaan buat sendiri. Dah nak sgt buat sendiri kan. Rasakanlah... Lepas ni dah tobat xnk urus sendiri dah, atleast kene  cari full catering yang uruskan. Cume nk kene Fulusi lebih skitla. ehehehehe...
 
Macam-macam peristiwa terjadi sepanjang hari sebelum Majis bermula. Mamai kitorang dibuatnye, dugaan.. Cerita yang paling entah apa2 apabila gas memasak habis ketika sedang menggoreng karipap. Sehari sebelum tu hubby dah mention untuk menyediakan tong gas tambahan. Manala tau kot2 gas tiba-tiba habis katanye. Tapi aku dengan penuh yakin, percaya yang gas tu xkan habis. sekali amik kaw. Nasib baik laksa penang aku dah siap masak, kalau tak memang kelam-kelibut jugak dibuatnya. Kebetulan masa tu plak hubby dah keluar amik kuih di Saujana Impian & juga Sate Willy di Sungai Ramal. Call hubby xangkat la plak.. adoiii. Aku pun dah malas nk pikir pasal gas tu, coz banyak kerje lain lg nk buat, nk solat asar lg, nak mandi lg, nk susun pinggan mangkuk kt luar & mcm2 lagilah. Makcik aku dah membebel itu ini. So buat pekak telinga jelaa.. Fuhhh tersangatlah banyak kerje buat majlis ni hah. walaupun majlis simple2 je pun. penat tuhan je tau. Rasa nk tercabut segala urat & pinggang aku ni hah... adoidoidoi..
 
 
Laksa Penang Buat sendiri, siap bungkus macam catering lagik.
ehehehe..
 
 
Nak dijadikan cerita my nebor kt sebelah tu dtg melawat. masa dia dtg tu aku tgh bersiap2 kat atas kot, my aunty je ada kt bawah masa tu. So aku pun xtau ape yg terjadi, sedar2 my nebor kasi pinjam gas memasak dia kt kitorang. Aduss malu I se-round tau, huhuhu Xpasal-pasal angkat tong gas jiran.. ehehehe lawak toilaa.. Apepun thanks a lot my nebor. Jasa-mu tetap ku kenang. :)
 
Hubby plak sikit punye lama g amik kuih dgn sate sampai dekat jam 7.30 baru sampai kt umah. Klu ikutkan Majlis bermula pada jam 7.30 untuk bacaan Yassin & solat marghib berjemaah tp terpaksa di tunda. Mana tetamu yang dtg awal tu, aku persilakan untuk diorang makan dulu. Tak kan nk suh tengok je makanan kt atas meja hidangan tu kesian diorang. Kambing golek plak dekat jam 8 baru nk buka stall. Buat2 lupe plak diorang ni. Isk macam2 laa diorang ni.
 
 
Antara kawan laki2 yang dtg, gambar yang lain2 xde, ini pun gambar ehsan dr group whatsapp. Bateri fon aku Kong terus malam tu, banyak sgt call masuk. So  gambar Bapak Mithali 2 org ni je yg ada. Bapak2 lain jgn terasa hati plak yea. ehehehehe :)
 
 
After dah selesai semua bacaan yassin, kawan2 sekolah X-SMK(A)DG pun ramai yang dtg. Dah tua-tua belaka. hikhikhik.. Masing-masing datang dengan family. Rasa sgt nostalgia, dah macam duk kt sekolah je rasa. Duk sembang pasal cite masa sekolah. Masing2 dah jadik mak & bapak org kaw, so muka pun dah berubah. sampai aku pun xcam member aku sorang ni... kesian dia, siap tersengih2 dari jauh lagi, aku ni plak muke confius, sapa ni..?? ya Allah bile dtg tengok lama-lama barulah boleh recall balik. hehehe.. kelakar toi. Ada lagi kes naya bila kawan aku call nk tanye jalan ke rumah tp bile aku angkat & Tanya sapa ni..? Dia pun cakap Rafidah.. aku plak duk fikir, Rafidah mana plak ni, eh salah no ni, xpela yea, Bye & terus je aku letak.. ahahaha kesian betul member aku ni, dahla nk dtg rumah aku tu sikit punye ramai yg tersesat entah kemana-mana. adoiii.. apela nasib alamat masih baru & xde dlm GPS. Bile dah jumpe & cerita balik semua tergelak pecah perut... Hmm Cepatnya masa berlalu kan. macam2 cerita & kisah di lalui. Semua tu membuatkan diri kite semakin matang & berfikiran lebih terbuka.
 
 
Ini lagi kawan aku X-SMK(A)DG, owner blog anakmamamanja.blogspot.com
 
 
Tenant aku yang dekat Taman Sepakat Indah 2 pun datang. Thanks to Omar & Yasser Familys. Siap bawak hadiah gedabak punye besar. Org arab ni mmg jenis suka meraikan kawan2. Syukur Alhamdulillah dapat tenant yang baik hati & beriman. Senang kerja aku, setiap bulan Xperlu nk call 10x mintak bayar duit rumah. every 26hb sure masuk account.. :)
 
Majlis berakhir jam 11 mlm, Tapi masih ada lg kawan-kawan yang duduk melepak & makan, sekitar jam 12.30 semua tetamu dah beransur pulang. Aku pun dah penat gile. Tadi masa duk melayan kawan-kawan & tetamu yg datang xterasa penatnya. Magic jugak kekadang, perasaan happy tu akan menyebabkan daya tahan diri kita meningkat 100%. Macam beteri HP yang dah weak tapi bila jumpe kawan2 tiba-tiba je full recharge. Itulah pentingnya menjaga perasaan & emosi. Xpayah berdendam & berdengki bagai, xbagus untuk diri & masyarakat. Klu nk sakit hati & geram memanjang pun sampai bile la sangat... kan..kan..kan..  yang sudah itu biarlah berlalu, kita buka buku baru. Itulah yang lebih baik. InsyaAllah.
 
Total tetamu yang datang di anggarkan +-100 org. Sate Daging & Ayam yang di tempeh 600pcs semua-nya habis. Kambing Golek pun habis seekor. Xsampai jam 10.30 dah tutup kedai. nasi Beriani ada berbaki sikit lg. Laksa penang 80 bungkus habis juga. Cume yang tinggal laksa yg x di pek shj. So lepas ni, aku rasa dah boleh agak banyak mana kuantiti makanan yg perlu di sediakan. Alhamdulillah xde banyak sgt membazir makanan. cumenya laksa ada sedulang xhabis. Kuah dah habis, laksa je yg xhabis. sepatutnya untuk jemputan 100-150 org hanya perlukan 8 bungkus laksa shj. Aku masak 12 bungkus laksa mlm tu. Terpaksa di tongsampahkan lebihan tu. Apepun Alhamdulillah semua telah selesai dengan jaya-nya. Keesokkan harinya, after solat subuh semua pakat lelap sampai jam 1 tengah hari, penat punye pasal... ehehehe... :)
 
 


Isnin, 19 Ogos 2013

Terlupa Ulang-Tahun Perkahwinan !

 
 
Gambar dr mr. google
 
Ya Allah.. ! Aku terlupa hari ulangtahun perkahwinan aku yg ke 5 tahun pada 16 August 2013 haritu, Ya Allah ape sudah jadi dengan kepala aku ni. Aku baru teringat bile terpandang planner atas meja opis tadi pagi. Kt situ aku dah tanda "Anniversary" skali bile sampai waktu-nya aku terlupa. Hubby plak langsung x-sebut sepatah pun. Pada hari Jumaat lepas hubby sibuk nk makan cake "Rasa macam nk makan cake la plak harini" Tp aku ni plak masih blurr.. apehal nk makan cake plak, hmm mengalahkan org mengidam.. malas-lah aku nk buat cake, Nnt makanye sikit je.. selebihnya buang je nnt.. so aku buat xtau jelaa..
 
Pada malam Jumaat tu Hubby suh aku amikkan kek dlm fridge. Rupe2nya dia dah siap2 belikan cake secret recipe 2 slice. 1 Macadamia nut & 1 lg Coklat Indulgence. Aku pun makan jelaa.. yummy2 sedaapp... Xterlintas langsung dalam fikiran aku pasal Anniversary kitorang. sedaap je aku melantak sampai habis, cake hubby pun aku tibai separuh. huhuhuhu.. mmg x-senonoh tol. Tp serious aku betul2 x-ingat. Betapa banyaknye benda yg  tgh aku fikirkan sampai hari yg begitu penting yg x-pernah aku lupe sebelum ni pun, boleh aku terlupa. Atau ini sudah menunjukkan bahawa aku semakin tua & menjadi semakin pelupa ! Sob--Sob..Sob... maafkan saya...!!  
 
So untuk memohon maaf pada hubby atas keterlupaan ingatan aku haritu, harini, aku dah plan sebuah percutian Romantis ke Krabi Thailand.. Ehehehe.. Amacam suka X. Jom I belanja U Holiday kali ni... Suka X.. Suka X..?  ehehehe Dah Nampak dah muka tersengeh-sengeh..... Bila nk ber"Holiday" ni.. Tunggu...! after dah balik Holiday nnt baru aku upload cerita kt sini yea...
 
Happy Anniversary yg ke 5 tahun syg, Saya sgt sayangkan kamu & saya sangat bahagia bersama kamu. Moga Allah panjangkan Usia & Jodoh kite hingga ke Syurga. Abg adalah lelaki terbaik yg Allah kirimkan buat saya setelah Allah mengambil Umi drpd Saya, InsyaAllah sy akan cuba menjadi teman terbaik yang selalu ada untuk Abg hingga ke akhir hayat nnt... !