Memaparkan catatan dengan label Kedai Murah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedai Murah. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Oktober 2016

Review :: Restauran Dapur KOI Patin Tempoyak Terbaik !

Buurrrgg.... Alhamdullillah dah kenyang :)


sedap sehingga menjilat kaki :))

Meh sini aku share satu kedai makan di Seksyen 7 Bangi yang popular dengan Ikan Patin Masak Tempoyak. Nama dia Dapur KOI. Tadi tengah hari aku & my hubby lunch kt situ lagi. Dah 10x kot kami pekena patin tempoyak dia, memang tidak menghampakan sama sekali, masih lagi sedap seperti selalu. Dengan harga yang berbaloi & masakan yang sedap maka semestinyalah anda harus singgah dan cuba. 


Selain dari Patin tempoyak, lauk2 lain pun banyak. Mostly sedap2 belaka

Untuk makluman korang, aku takde kene mengena pun dengan tokey kedai ni, bukan sedara mara jauh sekali dia bayar komisyen untuk aku promote masakan patin tempoyak dia ni. Tapi sebab memang worth it untuk share dengan korang semua sebab memang sedap. Berapa kali sedapp daa... hihihi. Kalau nak compare dengan Restauran Temerloh Catering aku lebih prefer Restauran Dapur Koi ni. Rasa kuah dia tu memang original Patin  masak Tempoyak dari Temerloh. Lagi satu jangan lupa order Air Jagung special. Memang caww habis... Heeee...



Sooooo... Kepada peminat tegar patin tempoyak, silalah singgah ke kedai ni yea. Dekat Bangi je pun, kalau korang lalu Silk Highway tu boleh masuk simpang tepi Highway sebelum tol booth jika dari arah Semenyih ke Putrajaya. Tapi jika korang dari arah Putrajaya- Semenyih melalui Silk maka kene buat U-turn bawah fly over after bayar tol RM1.80. 

Ok tu je nak share... 

Babai... 




Ahad, 27 Mac 2016

Part 3 : Kedai Kain Kana & Rumah Makan Sangkuriang Bandung

Semasa di Bandung kami menggunakan khidmat kereta sewa & supir Hayuka Bandoeng. Alhamdulillah servis yang di berikan mmg terbaik & termurah di pasaran. Untuk satu hari pusing bandar hanya IDR 370,000 pusingla ke mana sahaja yg anda mahu tetapi jika ingin ke Tangkuban Perahu & Kawah putih ada sedikit tambahan di kenakan kerana agak jauh. Tapi kami tak pergi pun kt situ. Mahal bebenor fee nak masuk. Klu dulu masa hubby pergi fee sekitar IDR 75,000 sahaja, tetapi sekarang meningkat kepada IDR 350,000 (RM130/pax) huh gile mahal. So kami decide say No to Tangkuban Perahu. Duit tiket tu buat Shopping lagi berbaloi.


Hari ke 2 tu kami di bawa oleh Ujang ( Supir Hayuka Bandoeng) ke kedai kain Kana. Katanya murah kain di situ. So kami mengikut sahaja. Sesampai di sana mmg banyak sungguh kainnya. Kedai kain Kana ni sebenarnya kawasan perumahan. Rumah dia tu di jadikan store baju2 yg di buat di kilang dia sebelum di agihkan kepada penjual di Pasar Baru katanya. Banyak jugaklah aku borong kain di sini, siap aku tempah terus untuk di buat baju raya & Jubah. Tetapi setelah ke Pasar Baru ke esokkan harinya, aku membuat kesimpulan lebih baik membeli di Pasar baru sahaja, kerana lagi banyak design & Harga boleh di banding2kan. Dari segi harga, Pasar Baru lebih murah jika di bandingkan di Kedai Kain Kana beza dalam IDR 20,000 sehelai untuk kain sulam. Huh mmg silap percaturan sungguh kali ini. Tapi jika dibandingkan kedai kain di Malaysia harga yg ditawarkan masih murah, ayat sedapkan hati sendiri.
 


Inilah Kedai Kain Kana yg aku maksudkan, Walaupun kain dia banyak tapi corak lebih kurang sama jek, cuma color je lain2. So pendek cerita tak banyak pilihan & harga tak boleh nego sangat, sebab dah murah katanya. Nasihat aku pergilah ke Pasar Baru dahulu, kemudian baru ke Kedai Kain Kana ni. Kualiti kain pun sama jek dengan pasar baru, xde beza pun, tipu jek cakap kualiti kain dia lagi bagus.


Lebih 4 jam aku lepak kt kedai kain ni, adala beberapa org yg datang membeli, tapi hanya beli sehelai dua jek, aku jek yg borong sakan haritu. Rupe2nya aku dah terkene. hehehehe... Pasar baru Lagi murah & cantik2... menyesal den !


Ini adalah kain2 di pasar baru, mmg lain coraknya, sangat bervariasi...


Aku belikan kain warna hijau biru tu untuk Opah. Coz xtau nk beli ape so aku beli kain je laa. Nak shopping pun dah xde mood coz dah borong banyak kt Kana tu, so kt pasar baru hanya beli jeans Blouse & jubah abi. 

Habis cerita kedai kain Kana tu, kami meneruskan perjalanan mencari makan tengah hari di Rumah Makan Sangkuriang. Tempat ni agak jauh dari bandar bandung, lokasi agak ke pinggir bandar iaitu jalan menghala ke Tangkuban Perahu & Rumah Mode. Tapi kami tak singgah pun kat Rumah Mode haritu, coz jalan macet teruk, lagipun xde ape nk beli kot, harga barang kt situ pun katanye mahal2 belaka. So aku tengok dari luar je. Gambar pun lupe nk snap. 



  
Suasana dalam Rumah Makan Sangkuriang agak luas, ada 6 buah gazebo dan ade juga tempat dalam restaurant. Suasana yang agak menarik tetapi kurang terjaga.


Ok makanan dah sampai Jom Kite menjamu selera dahulu


My Beloved & Me 
dah lama tak bergambar berdua. Macam muda la pulak rasa, walaupun mmg masih muda. hihihihi...


Cinta hati Ibu


Sementara menunggu makanan sampai tu kami berposingla sekeping dua, hanya kami je duk dalam gazebo tu so kami posing la sesuka hati coz xde org nampak, klu ramai org segan jugak.

Kualiti makanan di Rumah makan ni biasa2 saja. Xdelah sedap sangat seperti yg di war-warkan. harga agak pricey. Untuk hidangan seperti yang di atas kami di charge IDR 350,000 (RM130) mungkin standard masakan padang atau sunda begitu harganya. lagi sedap Masakan padang di restaurant Sari Ratu kt KL ni aku rasa, harga pun lebih kurang je. 

Setelah makan kami di bawa ke jalan Cibaduyut untuk membeli barang2 kulit seperti jaket, kasut tali pinggang, handbeg & macam2. Tapi kualiti harus juga di teliti, kerana banyak juga yang menipu di sini. Aku hanya membeli kasut Nuha. kasut aku & hubby semua da xde saiz so kami xbeli. Setelah itu ujang memaklumkan kepada kami, tailor yg telah di tempah di kedai Kain Kana tadi sedang menunggu kami di bawah untuk ambil ukuran. Lahai amik ukuran di parking kereta sahaja. hmm apa nk di kata, kos upah dah di bayar, aku ingatkan ade kedai, tetapi hanya jahit dari rumah sahaja. Harapnya semua ok2 jgn ade yg senteng & sendat pulak nnt. 
 
Kami seterusnya ke Toko Tiga. Kat sini semua jeans ori di jual. Aku membeli beberapa helai T-shirt untuk Sadiq. Hubby juga tidak ketinggalan membeli beberapa helai T-Shirt. Kualiti kain yg agak bagus dengan harga yg terjamin murah. Kalau datang ke Bandung lagi aku nak borong T-shirt je kat sini untuk pakai sendiri & hadiah kt sesiapa. Wajib singgah.

Kami seterusnya ke beberapa Factory Outlet di Jalan Dago. Tapi takde ape yg menarik untuk di beli. Seperti harga & kualiti tidak setanding. So hanya pusing2 & cuci mata saja.

Lebih kurang jam 9 malam, aku mintak Ujang hantarkan kami pulang ke Hotel. Nuha pun sudah merenget ingin balik ke bilik, mungkin sudah keletihan seharian berjalan. Maka habis lah episod shopping & makan hari ke 2 kami di Bandung.



  




Jumaat, 26 Februari 2016

Buy & Sell NETELLER HERE !




To all NETELLER user, We Buy/Sell  NETELLER with Super Duper Best price in the Market everyday !


Get Updated Price Everyday at : 

Please Click the link above at  LADYPIPS26

LOCATION: MALAYSIA / SINGAPORE / BRUNEI / INDONESIA
LOCAL BANK : CIMB / MAYBANK 


  
24 HOURS A DAY 
7 DAYS A WEEK



PLEASE WHATSAPP /TELEGRAM TO MY LOVELY NO :-

019 335 3616


HOW TO WITHDRAW FROM NETELLER ACCOUNT ?

If you want to SELL Neteller to us. 
Follow the steps below


Step 1
Transfer your NETELLER to : ladypips26@gmail.com
(Please notify us before you make a transfer)
Step 2
 After you have transferred the funds you want to sell, please notify us on your tranfer through Email / Whatsapp / Telegram / Sms 
 (print screen the Receipt / Transaction history)
 
Step 3
Transactions are processed within 10 minutes.
If you are BUYING Neteller, you will need to pay into our bank account and send us the prove Payment / Transfer amount 

(print screen the Receipt / Transaction History)




Have A Nice Day with NETELLER !






Selasa, 10 Februari 2015

Visit Terengganu :: Nasi Dagang & Pasar Payang !


Setiap kali balik kampung kitorang pasti tawaf satu Kuala Terengganu untuk cuba Nasi Dagang yg di katakan sedap. Lain tangan yg memasak lain rasa dia, kadang2 kuah tak menjadi, tak sedap jugak nasi dagang tu. Tapi Klu arwah nenek & ummi yg masak mmg sentiasa sedap. Yum..yum.. sedappnya Nasi Dagang Terengganu ni.


Jika anda berada di Kuala Terengganu ade beberapa kedai nasi dagang yg sedap, antaranya terdapat di area Chendering & juga Rusila. So far Alhamdulillah sedap & berpatutan dari segi harga.


Sambil menunggu Nasi Dagang kami sampai, Kali ni kami lepak di kedai mak Jah yg dekat Chendering tu, tapi haritu kuah dia tak berapa Ump.. agak cair sedikit, so rasa nasi dagang tu agak kurang skit. 


Kecik pun suke makan nasi Dagang yea... 


After dah siap menimati sarapan pagi di Chendering tu, kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Pasar Payang di Kuala Terengganu, ape yg menarik di pasar payang ni yea. macam2 ade, kepada peminat batik & sutera mmg wajib singgah la kt Pasar Payang ni. Klu nak cari emas pun boleh jugak singgah kt Pasar ni, Ini kerana harga emas di Terengganu adalah lebih murah berbanding di Kuala Lumpur. Kalau xpercaya tryla g beli kt sana. 



Pemandangan baru di Pasar Payang Kuala Terengganu, dah lama aku tak datang ke sini, hampir 2 tahun kot xdtg sini. Datang2 je banyak benda dah berubah, semua jalan dah jadi sehala. hihihihi.. jakun betul anak Terengganu sorang ni kan.


Sambil2 lalu pun sempat jugak aku usha harga emas di kedai ni, Hmm boleh tahan murah jugak harga dia, harga used gold pun dia amik tinggi. Mmg xleh nk compare harga dengan Poh Kong & juga Tomei.

Habis sehari suntuk jugak kami duk menapak dari kedai ke kedai. Sempat pergi bersembang dengan my cousin lg. Dah lama xjumpe dia, Raya haritu pun xjumpe, so saje amik kesempatan melawat ke kedai batik & sutera dia. Klu masa arwah cik ngah ade dulu, setiap kali datang ke kedai dia mesti dapat sutera free punye hihihi.. tp aku ni bukan berminat nk pakai baju kurng sngt, pakai seluar & blouse lagi mudah. So just usha2 harga je la. xbeli apepun. :)

Kisah kami, Sehari di Kuala Terengganu.

Selasa, 25 Februari 2014

My Home :: Pasang Auto Gate JackPro

Cadangan untuk memasang autogate ni mmg sudah lama di buat. Walaubagaimanapun ianya hanya siap di pasang pada hujung minggu lepas. Mulanya kitorang fikir nak tukar pagar dulu baru pasang autogate. Tapi bila fikir balik, macam membazir duit plak nk tukar pagar, coz pagar yang sedia ada masih ok. So hubby cadangkan untuk tambahkan saja sebatang besi kt bahagian bawah pagar supaya kucing or anjing xboleh menyorok untuk masuk ke dalam rumah.

 
Sticker original dari Jackpro.
 
Autogate Jackpro Heavy Duty jenis kunci menjadi pilihan. Warranty selama 3 tahun. Untuk Arm Alan key lebih murah berbanding arm kunci, beza dalam RM150 ke RM200 camtu. Kebaikan jenis arm kunci ini ialah apabila motor rosak senang skitla nk bukak. Klu alan key kene banyak kali pusing baru boleh bukak. Itu je la beza dia. Kebanyakkan installer kasi warranty setahun or setahun setengah je. Tapi beli direct dengan HQ dia di Bandar Puchong Jaya tu, Warranty akan di beri selama 3 tahun. incase la motor rosak ke, arm xberfungsi ke, so xperlu risau dalam tempoh 3 tahun tu. barang dapat tukar free je.

 
2 org installer dari Jackpro yang datang untuk pemasangan autogate. Sangat cepat buat kerja. Nampakla Pro buat kerja cume yang aku xberapa suka coz diorang ni buang plastic berteraburan. Bukan reti nk pungut balik segala sampah2 yg diorang buat sepah tu, main tinggal je. Huh...
 
 
Berkenaan dengan harga pula ada banyak jenis & banyak harga bermula dari yang basic RM1100 hingga RM1400. Untuk jenis arm kunci + auto close after 3 minit + alarm + heavy duty + 4 channel kunci + keypad auto lock harga bermula dari RM1600 - RM2200. Sendiri tengok, fikirkan kesesuaian & kemudian boleh decide mana satu nak beli.


Yang bulat putih kat bahagian atas tu menunjukkan bahawa Arm ini menggunakan kunci. Klu xde tu makna-nya arm pakai alan-key shj di bahagian hujung.

 
IC yang di gunakan oleh Jackpro.


Pilihan function yang kitorang pilih adalah heavy duty + arm kunci & alarm shj. Auto close + Keypad auto lock tu kitorang xnakla. So harga yang di berikan ialah RM1600.

Sekiranya korang beli dengan installer luar, harga mungkin sedikit murah, tapi warranty yang di berikan cuma setahun shj. Lagi satu barang yang di berikan juga lain. Sebelum tu aku ada bace melalui forum mengenai supplier utk Jackpro ni tp bile aku call & Tanya spec mmg ternyata banyak spec yang di kurangkan. Warranty yang di beri cuma 1 tahun atau paling lama setahun setengah. My advise better amik dengan HQ je. Warranty 3 tahun, siap ade surat hitam putih lg. Klu rosak ke ape senang nk cari, xperlu risau samada nk lari ke or tukar no HP bagai. Barang2 camni nk pakai lama & kemungkinan untuk motor rosak kene kilat dalam tempoh 2 tahun tu adalah sangat tinggi. So jaminan yg lebih panjang tu mmg sangat berbaloi.

 
Rupa Arm dari luar adalah sama tapi tiada sticker Jackpro & juga component dalaman yang di pakai jugak tidak di ketahui mungkin telah di tukar bagi tujuan mendapatkan keuntungan lebih. Macam HP original dengan AP Set. Dari luar Nampak sama tapi kualiti lain2. 

 
Kunci hanya 2 Channel, sedangkan ini adalah set Heavy Duty. Bukan Basic. Klu set basic mmg pakai 2 Channel shj untuk yang Heavy Duty sepatutnya 4 Channel seperti gambar di bawah.
 
 
Contoh kunci original (4 Channel) yang di beri oleh JackPro. Tapi yang di offer oleh installer luar hanya 2 channel. Meaning that untuk 2 channel hanya boleh bukak & tutup gate shj.
 
Tujuan utama pasang autogate ni adalah kerana mood malas nak turun bukak & tutup pagar semakin menjadi-jadi. Lagi satu malas nk kunci pagar once tinggal rumah after pergi kerje or jalan2. Maka dengan adanya autogate ni gate dengan sendirinya dah berkunci. So org luar xkan sembarangan boleh access ke dalam kawasan rumah.
 
Kepada yang berminat untuk membuat pemasangan autogate bolehla cuba tengok brand ni. Local product, kilang ada kt puchong & cawangan ada kt setiap negeri. Sudah beroperasi lebih 18 tahun.
 
Alamat kedai :
Jackpro Master Sdn. Bhd, No 8 Jalan Helang 15, Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Selangor. Miss Fong : 03-80758468

Selasa, 21 Januari 2014

My Home :: Korea Wallpaper

 
Wallpaper memang sudah menjadi trend setiap rumah sekarang. Masa mula2 masuk rumah, hubby dah kasi cadangan untuk pasang wallpaper. Tapi entah macamne aku cancle-kan pemasangan wallpaper & decide untuk paint the whole house. Xsampai pun lg setengah tahun tetiba dtg mood nk pasang wallpaper plak. Terkopak lagi-la poket kitorang untuk kesekian kali-nya. Itulah klu dengar cakap hubby dari awal xdela 2x kerja. Hmm...
 

 
 
Mula2 kitorang g survey kt Bandar Baru Bangi kt Living Depot Hardware. Lepas duk bincang2 harga rasa macam mahal sangat kot klu pasang German punye wallpaper. Kualiti dengan korea pun xde jauh beza sangat klu amik Korea Gred A tu. After sembang2 ngan saleman kt Living depot tu, kitorang decide nk ke Puchong. Coz kt Sebelah IOI tu mmg ada outlet Korea Wallpaper yg bapak gaban besar. Sedikit penerangan yg di beri oleh saleman kt kedai Wallpaper di Puchong mengenai Wallpaper German Vs Korea. 

German punye Wallpaper hanya boleh cover 57kaki persegi dinding, berbanding Korea wallpaper boleh cover 150 kaki persegi dinding. Harga lebih kurang sama je. Klu yang German punye kene beli 3 gulung harga total +-RM750. Manakala Korea pula RM950/roll. Itu harga yang belum discount. Memandangkan diorang tengah buat Chinese New Year punye sale maka harga yang RM950/roll tu cume RM650/roll je. Tp itu wallpaper shj-la. Belum masuk kos pemasangan lagi. Harga pemasangan RM200/roll untuk wall yang ketinggian kurang dari 11ft, klu lebih dari 11ft tapi kurang dari 15ft RM250/roll. Klu lebih dari 15ft plak harga jadi mahal skitla coz nk kene pakai skyfolding. Harga jadi RM300/roll.
 
 
 
Untuk design dan harga mmg ada banyak pilihan, sempena musim promosi ni, harga yg ditawarkan serendah RM160/roll. Yang ni mmg pure paper, bukan vinyl. So jangka hayat serta ketahanan mmg tak sama dengan Vinyl wallpaper. Harga untuk vinyl bermula dari RM350/roll hingga RM650/roll untuk Premium Vinyl. Klu tengok packaging pun dah tau yang mana satu vinyl, yang mana satu pure paper.
  
So kitorang decide untuk pakai installer luar je. Murah skit dari pakai yang kedai punye. Kitorang beli 7 roll semuanya dan dapat 2 roll percuma. Klu installation RM200/roll dah jadi RM1800 untuk installation shj. Tapi untuk menurut kata saleman kt kedai tu, untuk pemasangan melebihi 5 roll, pemasangan yang ke 6 dan seterusnya jadi Free. Itupun promotion sempena Chinese New Year jugak. So kpd kawan-kawan yang rasa nk pasang Whole house tu blhla lock price kt diorang dulu. Nnt dah cukup modal baru buat pemasangan.
 
 
Inilah wallpaper yang telah menjadi pilihan kami, 4 roll Premium Vinyl,
5 roll yang jenis Pure Paper.
 
 
Selepas membuat sedikit carian berkenaan dengan installation wallpaper, maka kitorang decide untuk upah Loveshine installer. Harga yang di beri agak murah untuk pemasangan yang sedikit. Tapi klu nk pasang banyak aku mmg cadangkan korang pakai installer kedai je coz maximum kos untuk installation RM1000 je, selebihnya dah FREE. Memandangkan kitorang cume pasang hanya beberapa roll je, itu sebab aku cari installer luar. Kadar harga upah yang di kenakan adalah seperti berikut: Harga untuk 2 roll pertama untuk Korea wallpaper ialah RM250. Roll yang seterusnya hanya RM90/roll. Kitorang decide untuk pasang 7 roll je, lagi 2 roll nnt pasang sendiri after tengok cara diorang pasang. Ehehehe save skit. Lagipun klu kene cara, mmg mudah je nk pasang wallpaper ni, tp klu xtau cara mmg susah jugak & risiko dia adalah anda hanya akan merosakkan wallpaper shj. So kene tengok cara pemasangan yg betul buat amali skit pastu baru blh try cuba sendiri..
 
 
 

Ahad, 19 Januari 2014

Pemasangan Polycarbonate Pagola Style



Musim tengkujuh dah xmenentu skrg. Dah masuk pertengahan bulan January pun masih hujan lebat lagi. Bila dah hujan memanjang, aktiviti untuk menjemur pakaian menjadi terhad. Lagi2 bila tiada space di bahagian belakang untuk ampaian. Bila dah jadi macamni, barulah kitorang realize bahawa ruang untuk menyidai baju adalah sangat penting & seharusnya setiap rumah perlu ada ruang untuk ampaian.

Akhirnya kitorang telah bersepakat untuk membuat pemasangan awning di bahagian carporch. Sekurang2nya masalah untuk menyidai baju dapat diselesaikan bile hujan. Selalunya kami hanya sidai baju di bahagian belakang dapur. Tp bile hujan turun habislah basah kuyup semua baju kitorang. Sedihkan... balik dari kerje tengok baju sume dah lencun habis. terpaksalah angkat, basuh lagi skali & sidai tepi rail staircase. Dah macam rumah setinggan.

So... Hari ni aku nk stori kt kengkawan yg masih mencari contarctor or kedai besi yg boleh buat "Polycarbonate Pagola Style" dengan harga yang sngt berpatutan. Klu sebelum ni aku tak kisah dengan siapa nk buat & siapa yg buat pemasangan. Tapi setelah mengalami banyak pengalaman buruk dengan kontarktor Indon & juga pekerja indon yg entah ape2 kejanya, so aku decide untuk amik Chinese sebagai kontraktor untuk kes yg xseberapa ni. Nama Lancai ni Jonhson. As long as aku berurusan dgn Jonhson ni, mmg kitorang berpuas hati.

Jonhson ni sangat baik & tak banyak songeh, Walaupun banyak kali aku mintak dia ubah design & buat sedikit tambahan besi tapi still dia layan dengan baik & tidak menyakitkan hati. Service mamat chinese ni pun mmg terbaik. Hasil kerja pun blh tahan. Dan paling penting harga antara yang termurah di pasaran. Aku rasa sebab dia masih muda & baru shj amik alih bisness kilang besi ni dengan Bapak dia, itu yg kekadang dia mamai skit & xpandai sgt nk pusing sana sini.

 
 
Kat bahagian tepi tu aku sengaja kosongkan, tujuannya adalah untuk memberi laluan kepada air hujan. Coz pokok-pokok aku tu kene dpt pencahayaan yang secukupnya. So after duk fikir2 maka aku decide untuk buat design camtu, asalnya mmg xde pun camtu masa discuss dgn Johnson sebelum tu. Tp after tengok diorang pasang, dan2 tu aku ubah fikiran and request diorang tambahkan 4 batang besi kt bahagian kosong tu, at-least bolehla aku sangkut pokok orchid ke ape kan.. hehehe.
 
 
 
 
Besi yang aku pakai untuk bahagian hadapan adalah size 6 x 2 inchi. Slalu org pasang 4 x 2 je. Klu besi depan tu besar Nampak lagi real macam kayu skit. walaubagaimanapun aku cat kolor silver gray. saje xnak cat color coklat. dah macam rare sgt.. hehehe sesekali mencari kelainan.
 
 
Aku pernah Tanya kt Unigate untuk quotation polycarbonate pagola style ni. Harga yang aku dapat tersangatlah mahal. Delux kasi quotation siap pasang semua RM26/sft. Lagi dia hanya pakai besi 2 x 4 inchi shj untuk alang di bahagian hadapan, klu kite nk pakai besi 2 x 6 inchi kene tambah lagi +-RM200. Tp dengan Lancai yang baik hati ni dia kasi harga mmg terbaik. siap boleh tukar2 design lg. harga sama je tp layan jela dia membebel itu ini. ehehhe kononlah, X-untungla, rugila.. bla..bla..bla.. tp last2 ok je, bile dah siap aku bayar senyap je pun... ehheeh Jonhson2, Kasi minum limau ais bergelas2 senyap terus dia. siap boleh offer aku untuk pasang Autogate plak. hehehe.. Harga pun terbaik di pasaran. InsyaAllah klu ada bajet mmg nk pasang jugak Autogate ni. senang kerja & bagus untuk keselamatan. Keselamatan la sgt, padahal dah ade guard berpalang pun kt depan sana. Tp xpela, klu musim hujan xpayah nk basah2. Tp kene hold dululaa, bulan-bulan depan la pulak, banyak sangat dah kuar duit 2 bulan ni. Saving pun sampai dah kering.

 
Yg duk tengah tula si Jonhson. Muda lagi pun umur baru 26 yrs old. Ada skali tu dia janji nk dtg kul 3 ptg so kitorang tunggula. Aleh kul 6 ptg baru sampai, Lori dia breakdown kt highway. hehehe muka bukan main cuak takut kitorang angin. Tp aku cool je, xde nk marah ke ape, coz aku pun kuar jln2 dr kul12 sampai kul 5 lebih baru sampai rumah.. kesianla jugak kt si Johnson ni, Siap dtg hantar pagar & besi2 kt rumah aku dengan towing truck lagik. Mmg lawak tul si lancai ni...
 

 
Sebelum pasang aku mintak dia sembur antirust dulu selepis. tujuan dia supaya tahan karat skitlaa. maklumlah musim skrg ni kejap hujan, kejap panas. Mmg cepat aje berkarat klu xsapu antirust. Ini baru sapu antirust, color ala2 light blue, dah siap pasang tergantung kt atas sume baru diorang cat color light gray.
 


Masa 1st day diorang dtg pasang kt rumah. Tempoh pemasangan selama 2 hari setengah. yang jadi lama tu pasal lori dia breakdown kt highway cheras-kajang. klu tak satu hari setengah dah siap dah. Workmanship pun kemas. Secara keseluruhan kitorang mmg berpuas hati dengan hasil kerja diorang ni. Xde nak sakit kepala, xde nk marah2. senang hati berurusan dgn manusia yg  buat kerja secara jujur ni. Klu tak boleh migraine aku layan kerenah indon2 yg buat rumah sebelum ni. Aahai indon...

Polycarbonate yg aku pasang ni buatan Malaysia gred terbaik kata si Jonhson. Bukan yang kitar semula ke ape yea. Code MK 57 color light gray. So make sure klu korang nk pasang tu, Tanya dulu kontraktor ape jenis dia kasi, pastikan anda mendapat brand Marklon polyglass. Warranty 10 tahun jika retak, pecah, pudar warna ataupun leaking. Delux pun pasang yg jenis ni jugak. klu yang japan tu mahal skit. Tp klu dah warranty 10 tahun tu okla tu. Setakat nk jemur panas & tahan hujan kt carporch tu xpayahla nk branded bagai, cukup da yang tu ( untuk aku laa, tp klu yang berkemampuan tu ape salahnye kan). Bagi aku yang penting good kualiti, ada jaminan ketahanan jika rosak, functioning, harga mampu milik & cantik di pandang. Dah cukup tu.

ok setakat itu shj perkongsian kali ni, klu ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan sebarang pertanyaan di bahagian komen di bawah yea. InsyaAllah klu berkesempatan aku akan bantu mana yang mampu. Bapaiii... Zaasss....




 
 

Rabu, 25 Disember 2013

Memborong di Big Bad Wolf !

 
Yesssza... Buku tentang Egypt dah beli ni, bila plak nk ke sana ni..??? hehehe...
 
Beli... Beli... dan beli... Hehehe.. biasalah org perempuan-kan suke shopping. So xdela pelik sgt klu aku nk g shopping kan. Lagipun aku bukan shopping makeup ke ape. Peruntukan untuk makeup selalu xsampai RM300 pun setahun. Tapi peruntukan untuk shopping buku mmh makan beribu RM setahun. Mmg sejak kecil lg my late ummi slalu bawak aku ke Pesta buku, samada di Dewan Majlis Dungun or Stadium Kuala Terengganu. Klu ada rombongan sekolah nk ke Pesta buku, maka aku adalah pelajar yg xpernah terlepas dari mengikuti ape jua program. Aku mmg suka beli buku. Sebab aku suka baca buku-la sebab tu aku suka beli buku... tp memandangkan dah terlalu banyak sangat buku yg aku beli, so ada banyak jugaklah buku yg belum sempat aku habis membacanya.

 
Nah amik ko selonggok buku aku borong kt Big Bad Wolf. Dari jam 10 mlm sampai jam 2 pagi duk kt The Mine. Whatever it is. Thanks A lot to my hubby coz sudi menjadi teman untuk mengangkat segala buku2 aku tu. Ehehehe...
 
Beli buku walau xbaca pun xpe, InsyaAllah apebila diperlukan nnt pasti ia akan memberi manfaat kepada anak2 mahupun sesiapa shj yg berhajat kepada maklumat di dalamnya. So tiada istilah membazir bile membelanjakan duit untuk membeli bahan bacaan ilmiah. Tapi agak2la kan janganlah plak borong buku sampai anak bini xcukup makan. Itu xtermasuk dalam istilah di atas yea. Ape-ape perkara dlm dunia ni kene berwasatiah mengikut status kewangan masing2. Bak kate org lame, ukur baju di badan sendiri.
 
 
Buku yg bahagian atas tu adalah buku panduan untuk traveller. Banyak Negara jugaklah aku angkat. Xpela, kite borong buku dulu, nnt klu ada rezeki kita angkat la tiket plak. Ke tak gitu... ehehehe
 
 
 
Ini buku si kecik Nuha, bahagian dia mmg kene ade. mana boleh xde bahagian si kecik tuit ni. Klu kite beli ape2 pun dia pun nk jugak yg dia punya. Lagi xbeli lagi tu dia xnak keluar dari kedai.. Adoiii pening kite di buatnya. nasib baik baru sorang, klu 5, 6 org masak jugaklah ibu. Abi buat muka sardine je. Last2 ibuu jugak... 
 
 
Bila time duk sesorang aku suka menghabiskan masa terluang aku dengan membaca buku. Bila time hubby xde kt rumah or bila time konfrontasi dengan my hubby so buku adalah teman paling setia yg akan menemani aku sepanjang waktu. Tapi selalunya konfrontasi paling lama pun sehari, lepas tu dah xleh nk duk diam klu hubby buat dunno. Ehehehe... Walaupun muke cool je tp dlm hati tu bergelora jugak... ehehehe bocor rahsia den.


 
Tu dia, sedar xsedar habis berkepuk jugak, sedap je main angkut masuk kotak. Huh boleh tahan jugak. burst bajet aku kali ni. Anggaran xmelebihi RM350. Hmm xpela, dah penat2 angkut bayar jela.. walaupun ada org buat muke seposen je... ala skali setahun je pun, bukan tiap2 bulan... :)
 
 
 
 

Selasa, 24 Disember 2013

My Home :: Wet Kitchen

Alhamdulillah, akhirnya siap jugak kitchen cabinet dapur basah kt rumah kitorang. InsyaAllah awal bulan January 2014 ni installer dari KS Work akan datang pasang kt umah kitorang. Kalau ikutkan jadual asal diorang dah boleh datang pasang Pada 26hb Disember 2013 tetapi aku ada mintak diorang buat sedikit adjustment & penambahan pada design. So date pemasangan terpaksa di tunda beberapa hari. Last2 aku suh dtg awal tahun je la. Coz end of this month kitorang sekeluarga ada event yg tak dapat di elakkan. Tak sabar nak tengok Outcome camne. ehehe
 
 

Hood pun aku mintak diorang tutup skali, Tp bukan tutup permenant tau. Klu tutup pakai box camtu je nnt susah plak klu tersumbat ke ape. Aku mintak diorang buat pintu jugak utk hood aku tu. ehehehe..
 
 
 
Warna pilihan adalah Hitam & juga Hijau pucuk pisang. Aku kan penyokong Hijau yg Tegar... hikhikhikhik.. :)
 
Material yg kitorang pakai adalah Playwood. memandangkan ini adalah dapur basah, maka penggunaan kawasan ini banyak terdedah kepada air & kelembapan maka aku decide untuk menggunakan Playwood bukan Milamine. Dari segi harga adalah sikit perbezaan. Tapi untuk jangka panjang aku rasa beza seribu dua tu adalah berbaloi. Sebelum ni aku pernah ada kitchen cabinet yang di perbuat daripada Milamine. Bila terlalu banyak terdedah kepada air & Kelembapan kualiti chipboard agak merosot. Lagi plak dapur rumah lama aku tu ada leaking kt bahagian bawah sinki so ape lagi, habis sekeping chipboard berlubang. Tp kt bahagian playwood tak plak rosak.
 
Dari pengalaman tula aku decide nk guna playwood untuk semua bahagian dapur basah aku ni. Untuk lapisan luar plak aku pilih Fomica sebagai penambah seri. InsyaAllah nnt dah siap aku akan upload real picture kt sini. :))
 
 
 
 
 

Isnin, 9 Disember 2013

Samsung Note II VS Huawei Ascend Mate

Ape yang best tentang kedua-dua model smartphone ni. Satu brand dari Korea satu lagi dari China. Yang menarik tentang Brand smartphone ni ialah kitorang dapat beli dengan harga yang murah ehehehe..
 
 
 
Last weekend aritu aku ajak my hubby ke Plaza Lowyat. Sebelum tu aku ade tengok dlm Newspaper tentang carnival jualan hebat. Semua model handphone dijual dengan 50% discount. Entah betul entah tidak. Biasala iklan mmg gempak memanjang. Apepun after Asar kitorang bersiap ke Plaza Lowyat. Sesampai je kt Ground Floor kt dalam Lowyat tu aku tengok org ramai duk berkumpul. rupe2nya ada acara lelongan gadget. Huh aku ape lg terus join sekaki, mana boleh terlepas peluang. Nk juga join.. ehehehe.. Hubby dengan my little doter duk kt blakang.

Bila tiba giliran Smartphone Huawei Ascend Mate di lelong maka aku tanpa sedar dah terjebak dalam acara membida Smartphone tu. Padahal pada mulanya aku nk beli Smartphone Samsung Note III, Xterlintas plak pasal Huawei ni. Sekali tanpa sengaja aku Berjaya mendapat bidaan tertinggi. Hubby kt blakang tu buat muka pelik bile pembida di pentas mengumumkan "Smartphone Huawei Ascend mate dimenangi oleh kakak dengan Harga RM780" sambil semua audition mengarah kepada aku. Fuuuhhh Glamour sekojap ko. hehehe...
 
Hubby pun datang dekat dengan aku "Kenapa tetiba bid Hp Huawei..? bukan kate nk beli Note 3 ke..?" dengan selamba aku pun jawablah "Hmm bukan aritu abg kata nk beli Huawei tu kan..Xpela yang tu org kasi kt abg, org beli note II jelaa, kalu nk amik note 3 dah lari bajet..." my hubby terus terdiam. Xsangka plak aku kasi HP Huawei tu kt dia agaknya. hehehe.. aku pun xsangka jugak. Entahla semua berlaku begitu pantas.
 
selapas dah buat bayaran aku lepak lg kt situ, dalam fikiran ingat nk bid Note 3 plak. Klu ade rezeki boleh dapat murah. Tp sayangnya xde rezeki aku untuk menang Note 3 secara lelong. So kitorang terus naik ke tingkat atas untuk beli Note 2. Lebih kurang sejam duk memusing akhirnya tercapailah impian aku utk menukar Smartphone samsung Galaxy S2 aku yg dah berusia 2 tahun tu kepada Samsung Note 2. Walaupun pada asalnya aku nk beli Note 3 dengan bajet RM2300 tp nk buat camne tetiba aku dah terjoin lelongan Huawei tu plak, ape nk di kato, Kita hanya merancang tuhan yg menentukan. Walaubagaimanapun mmg berbaloi join acara lelongan tu. Harga pasaran Huawei Mate tu adalah RM1250 sedangkan aku beli dengan harga RM780 jimat lagi RM470... Mmg terbaik..
 
Note II tu aku beli original set dengan harga RM1500. Siap dengan screen protector & juga cover ala2 kulit.Total perbelanjaan untuk 2 ketul smartphone adalah RM2280.00 shj mmg under bajet. balance lg RM20 boleh buat makan McD ehehehe.. semua org happy haritu, aku pun happy coz dapat beli HP baru & juga dapat Happykan my hubby dengan membeli smartphone juga utk dia. hehehe... klu sesorang je happy xdela happy sgt.. So klu boleh happy bersama kan lagi seronok. :)) malam tu kitorang pakai tido jam 1.30 pagi, laki bini duk excited menggodek smartphone masing2. ehehehehe... Bangun pagi dah mamai...:))
 
 
 



Restoran Sup & Popia Meletop Di KL

 
 
Lunch harini kitorang ke kedai mamak di Taman Setapak Jaya. Tetiba aku rasa macam nk makan sup. So before lunch tu aku dah google tempat makan yang direkemenkan oleh blogger sekitar KL. After duk meng"google" akhirnya aku tertarik dengan kedai Mamak kt setapak ni.
 


 
 
Kepada sesiapa yg tengah mencari restoran untuk lunch aku pun nk rekemenkan Restauran Hussien Sup ni. Sup dia mmg kaw habis. After da makan tu rasa panas je badan. Macam baru lepas Sauna je rasa. Bagus untuk meningkatkan tenaga batin ni.. ehhehee..
 
 
 
 
Harga untuk makanan kt kedai ni boleh di katakana berbaloi. Untuk Semangkuk sup kambing RM6 dan Sup Ekor RM7. Popia 1 set RM1.2 ada 2 ketul popia. Makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan.
 
Lokasi kedai ni adalah di belakang Masjid Jamiul Ehsan Taman Setapak Jaya. Kalau nk pakai GPS boleh search Jalan Puah Jaya Taman Setapak. Kalau dari bualatan Pahang tu sila masuk simpang ke Hospital Tawakkal. Lepas tu jalan je terus sampai jumpe Masjid yg berwarna kuning dis ebelah kiri jalan. Betul2 lepas flyover tu terus masuk simpang ke kiri tepi masjid. belakang tula Restauran ni berada. selamat menjamu selera. Zaasss....
 
 
 
Peta nk ke Restoran dari bulatan Pahang


 
 Bile Nampak masjid kuning sila masuk simpang masjid selepas Flyover Duke tu...