Rabu, 19 Ogos 2020

Our Love :: Celebrate Anniversary Kami Yang Ke-12


Alhamdulillah untuk 12 tahun yang penuh bahagia & cerita. Doa-ku semoga masjid yang kita bina ini akan kekal bahagia hingga ke syurga. Kita hanya seorang manusia yang serba naif, semoga Allah sentiasa menjaga hati & cinta ini hingga hujung nyawa. Walaupun aku tahu terdapat anasir-anasir jahat yang cuba untuk melakukan pelbagai usaha untuk memporak-perandakan hubungan kami tapi Alhamdulillah Allah sentiasa menjaga kami. Semoga kamu yang masih hanyut dalam kekufuran & bertuhankan Syaitan kembali insaf & kembali kejalan yang benar. Hidup ini singkat saja. usahlah panjangkan penderitaan kamu itu hingga ke mahsyar. itu sajalah pesanan ikhlas aku untuk insan yang tanpa rasa bersalah menjadikan syaitan sebagai teman.

Sambutan ulang tahun perkahwinan kami tahun ini di sambut seperti biasa, Makan...Makan & Makan. Mula2 kami makan kat JAHET Fine Meat Bangi. Habis RM350++ jugalah meratah segala daging. Paling Mahal RM160++ Wagyu Aussie. Nak kata sedap sangat ke ? Hmm bolehla cuba sendiri. Nak juga try daging yang sangat glamour tu sekali seumur hidup. Walaupun jauh dalam hati terasa macam berdosa je. Kalau beli daging biasa dah berkilo2 dapat. huhuhu Semoga Allah maafkan. 

Ke-esokkan harinya kami lunch di Steamboat Accapella Shah Alam pula. Alhamdulillah boleh tahan juga cuma tak berapa banyak pilihan. Insya Allah nanti nak try Steamboat kat Padang Jawa pula, dengar kata sedap. hahaha asyik fikir pasal makan je aku ni, hmm memang tinggal harapan jela nak kurus. 


Hadiah untuk hubby tahun ni adalah perfume & T-shirt. Hubby pulak belanja aku 2 botol perfume pilih sendiri. hihihi... kira macam tukar2 hadiah jela. Selalu beli perfume D'xandra je, memang dah lama tak borong perfume macam dulu2. Aku ni memang kaki borong perfume kalau korang nak tahu, nanti aku borong banyak2 & kasi hadiah sebotol dua kat sedara mara, hahaha, sebenarnya rasa bersalah beli banyak2. Nak cover balik rasa berdosa kerana tamak haloba & lupa diri tu maka aku kasi la sedekah hihihi. beribu-ribu juga habis. Aduhaaiii sekali teringat terasa bertapa boros juga aku ni. Padahal aku ni bukanlah seorang yang boros, mungkin kerana duk terikut-ikut rentak kawan kot. Itulah orang kata, kita ni seperti mana kawan kita. So pilihlah kawan2 yang baik & mendorong kepada kebaikan. 

Sapa yang kenal je tahu aku ni camna. Kalau nak belanja kawan2 insyaAllah most of the time takde hal. Tapi kalau ajak aku lepak kat starbuck coffee ke ape ke, memang aku tak berapa minat. Sebab aku akan rasa macam berdosa, berlaku khianat kat duit, sedangkan kopi yang lebih kurang sama rasanya boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah kat restoran2 biasa. 

Hmmm agak kuno kan cara pemikiran aku ni, haaa itulah aku. Kalau anak2 dah besar nanti & terbaca coretan ibu ni, mesti masing2 akan mengiyakan dengan sesungguhnya bahawa ibu bukanlah seorang yang boros, lagi2 kalau nak beli barang untuk diri sendiri, aku punya buat kira2 tu makan sebulan juga, kerana anak2 sentiasa menjadi priority. Pesan ibu untuk semua anak2 ibu, Hiduplah dengan seadanya, tidak terlalu mewah & tidak juga sampai meminta-minta. Jika ada lebihan rezeki, sedekahlah kepada fakir miskin atau berkongsi rezeki dengan saudara-mata terdekat, kerana itu lebih bahagia & manis rasanya. hidup ini bukan hanya tentang kita & kita.

Semoga rumah tangga yang bakal kami tempoh untuk tempoh 12 tahun akan datang adalah lebih baik & sentiasa berada dalam rahmat & kasih sayang Allah swt Amin. Doakan kami yea sahabat2 yang budiman. Semoga sahabat2 juga bahagia hidup dunia & akhirat. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan